Drama sebabak 1

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan bangganya mempersembahkan
sebuah drama hasil terbitan beliau sendiri...yang diberi judul


arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
skrip : ZackZukhairi

Scene 1 ( Di sebuah bus-stop di KLCC)
Situasi : Fasha,si gadis cantik metropolitan berusia lingkungan 20-an sedang menunggu bas untuk ke Masjid Jamek. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tak kurang tampannya di hadapan beliau dan drama pun bermula....

Fasha : Err...Encik, surat khabar incik jatuh.
Roy : Oh,thanks. Tak prasan plak. (sambil tersenyum gaya macho).
Fasha : (tersenyum)
Roy : Anyway, da lama ke tunggu ?
Fasha : Sorry ?
Roy : Oh,no no... I mean... dah lama ke tunggu BAS ?
Fasha : Oh, tak la. Baru je. Dalam setengah jam?
Roy : Haha. Tak sangka u pandai buat lawak. (Umpan dipasang kemas)

Fasha : (tersenyum)
Roy : Hurm...patut la... (sambil membelek jam ditangan nya)
Fasha : Excuse me?
Roy :Oh takde, skarang ni da masuk lunch hour. Patut la susah nak dapat bas.
Fasha : Oh... I see...




(Kelihatan dari jauh, sebuah bas rapidKL bernombor 43D tersipu-sipu datang...)

Roy : Eh, bas i da sampai. U jangan jeles ok? I rasa u naik teksi je la susah2. Ha ha.
Fasha : Eeii, jahat! (sambil menjuih bibir bajet comel)

Fasha : Eh,wait! Tu bas I la!
Roy : Really? U nak pegi mana?
Fasha : I nak pegi Masjid Jamek.
Roy : Oh,kalau macam tu,betul la tu. Sama la ngan I. Hehe. Macam ada jodoh plak kita ni. (Wah!)
Fasha : Wekk! (buat muka comel lagi)


Scene 2 (Dalam bas)
Roy sengaja bagi Fasha naik dulu konon-konon gentleman gitu.
Roy port betul2 sebelah Fasha.
Matlamat cuma satu - No phone Fasha.

Roy : Haish...(mengeluh)
Fasha : Knapa ?
Roy : Ni haa... (sambil menunjukkan surat kabar METRO yg dibawa tadi) Tak habis-habis kemalangan. Hari-hari ada kemalangan. Bawak bas yang sebesar alam tu pon boleh berlanggar. Ni tak lain,kes cuai la ni! (Roy tarik muka serius konon2 macam seorang warga yang prihatin)
Fasha :  A'ah. I ada baca jugak berita pasal tu. Skang ni takut betul nak naik bas malam-malam...

(Wah! dalam hati Roy berkata 'ini awek mesti syok sama guwa. Lelaki up to date ni!" )

Roy :  Eh,kita ni dari tadi sembang. I tak tau pon nama u lagi. Nama I Roy. U ?
Fasha :Hehe. Tu la... Dari tadi I tunggu u tanya soalan ni sebenarnya. (gatal !) Nama I Fasha...
Roy : Waaa! Bestnya nama. Macam artis! Fasha Sandha. Cantik macam tuan dia jugak.

(pancing Roy...pancing lagi...)

Fasha : (tersenyum sipu sambil melarikan pandangan ke tingkap bas)
Roy : Ececeh,malu malu meow pulak...
Fasha : Eeii..! Jahat la u ni! (senyum bajet cute buat kali ke2)
Roy :  Eh,u nak gi Masjid Jamek buat apa? I tau! U mesti nak shopping tudung kan?
Fasha : Eeee! Pandai! macam mana u tau?
Roy :  I tengok tudung u pakai, i da boleh agak. Sbb kat sana banyak jual tudung cantik-cantik kan?
Fasha :: Yup! terer la u ni!

(Padahal, Roy memang slalu teman awek die beli tudung kat situ)

Roy :  Eh,tak la. I teka je. (tersenyum kontrol macho )
Fasha : U pulak ? Buat apa gi Masjid Jamek?
Roy :  I nak pergi semayang jumaat laa..hehe.

(dalam hati Roy - "wah, mesti awek ni suka laki alim dan warak mcm aku)

Fasha : Wah! Bagus nya u. (tersenyum manis)
Roy : Eh, tak la. Biasa je Fasha...Kita ni kaum laki-laki kene la dekat-dekat kan diri ngan masjid skit. Esok-esok da kawen, xde la kekok nak jadi Imam kpada isteri. Kan?

(Wah, Roy main kotor. Dia guna teknik dakwah pulak... )

Fasha : Kalau semua laki-laki macam u, bertuah semua pempuan kat malaysia ni.

Dipendekkan cerita, bas pun sampai di Masjid Jamek.

Roy : Nice having chat with u, Fasha... Anyway, ni email I. Nanti add I kat facebook k? I tunggu.
(sambil menghulurkan secarit kertas surat kabar yg tertulis emailnya)
Fasha : Emm...Ok.

Scene 3 ( Malam kejadian. Lokasi : bilik Roy)

Roy tersenyum panjang. Balik-balik terus bukak laptop. Website pertama dicarik nya - Facebook.com

Seronok bukan kepalang bile terlihat ada new friend request dari fasha.


Ditenungnya lama-lama gambar profile Fasha.
Gambar pengantin baru.

"Ah! ni gambar member dia kot..."
(Roy cuba sedapkan hati sendiri)

Roy cuba usha wall profile Fasha... Klik!





Terkedu melihatkan status fecbuk Fasha.

Perlahan-lahan cursor mouse Roy bergerak ke arah button 'ignore'.
Klik!

"Celaka."







p/s : lelaki...lelaki...trick lu dalam  poket guwa la. hakhak.


[picture kawen : credit to akak aku]

Kalau la kita semua bersatu...




Keunikan jepon

(note : adult content. 18 and above sahaja. ok?)


Ces! Aku pegi post office sat, balik2 je tgk bersepah komen. Cilakak lu orang. Gelakkan aku ya? Mentang-mentang selipar aku ada 'love-love', ang bahan aku ek? hakhak!

Kalau ang nak tau, kat jepon ni banyak je jual benda-benda merapu dan kadang2 tu ang akan rasa "eh,wadafak? barang camni pon boleh jual ke?"

Sebelum ang ketawakan selipar aku, ang tengok dulu selipar ni.



Unik kan? Asalnya benda ni kasut. Tapi didatangkan dalam bentuk 2-in-1. Selipar boleh,kasut pon boleh. Agak-agak kalau ang tengah date kat bintang walk, tetiba matahari mencanak panas,ang boleh bukak zip tu, supaya kasut tu boleh jadi selipar. Kat malaysia ada jual tak? Aku tak sure. Tapi kalau ada,bagus gak. Pegi class,pakai kasut. Balik bilik, jadi selipar. hehe.

Ha, yang ni bantal peluk edisi kuda laut. Slalu kalau kat malaysia, orang guna bantal peluk straight je yang macam hantu bungkus tu kan? . Ha, pasni ang boleh buang dah. Sebab kita da nak masuk tahun baru. 

Lagi 10 tahun da 2020! kereta pon da tak guna petrol. Masak air pon da tak guna api. Petik buah kelapa pun da tak guna monyet. Guna remote control je. Pendek kata serba serbi modern dan berteknologi. Baru la boleh respect skit.



Cuba tengok cam jepon, bantal yg simple pon diorang boleh pikir macam mana nk jadikan menarik. Buat bentuk breast camni. Memang khas dicipta untuk kaum brader-brader yang belom kawin. 
 


Agak-agak kalau letih balik keje tu, boleh la capai bantal ni, gesel-gesel skit, pergh! heaven. Kalau nak lagi effektif keberkesanannya, sila la bayangkan bantal tu macam megan fox



Siap boleh squeeze tu. Ces! Pandai tol japanese ni. Kadang-kadang aku rasa ngan cara ni boleh mengurangkan statistik jenayah rogol dan cabul di kalangan remaja. Da tak payah da nak usha aweks2 kilang balik keje.

"Ala zack, stakat breast je pebarang?"

Okay, nah! Aku bagi edisi riba skit. Hakhak.



Aku ingatkan skali lagi,benda alah ni sumer untuk yg belum kahwin ok? Da kawin,sila la buang kalau tak mahu dihambat keluar oleh bini ang.

Aduhai...Macam-macam. Tu baru part bantal. Belum aku masuk lain-lain part. 
Kadang-kadang tu, kreatif nye orang jepon ni sampai tahap takleh diterima akal pon ada.




Nipple plastik. Aku pikir sapa la yang desperate sgt nk beli mende alah ni. Kalau pon aku pempuan, masa nak bayar kat kaunter tu, sumpah aku malu. Mesti akak cashier tu dok usha dada aku. hakhak. dush!




Yang ni lagi satu benda pelik. Konsep dia simple je. Sama macam mascara. Ang bubuh kat telinga kucing ang, dalam masa seminggu, telinga die boleh lentik.Ha, ang ingat ang je ke nk bergaya, kucing pon mau bergaya gak. Baru ar boley pasang sugar daddy edisi kucing.

Okay, tu baru open story pasal barang-barang pelik. Skang ni aku ajak korang tengok barang-barang menarik yg berfaedah plak. 




Slalu kalau kat office, korang panas sebab pakai necktie kan? Ha, kini necktie didatangkan dengan USB cabel. Korang plug in kat laptop, secara otomatiknya, cooler fan kat laptop ang tu salurkan udara ke batang leher ang. Amacam? 


Tapi aku tak berminat. Rasa macam nerd plak bile necktie aku ada wayar2. 

Next stuff please...


Mengantuk di pejabat? kini tidak lagi!. Mende alah ni akan bergoyang2 supaya mata korang kembali fresh dan bertenaga.Tapi tak berkesan untuk wanita. 


Okay, ni lagi satu benda yg menarik dijual kat jepon. Slalu kalau korang demam, penah tak sampai tahap selsema yang kaw-kaw? Pernah skali tu,aku demam teruk. Hingus meleleh da macam pili bomba pecah da. Sampaikan nak rukuk time smayang tu seksa gile. Kalau kena time tengah smayang jemaah, mau menangis tunggu imam abis rukuk. Dengan adanya mende alah ni, takde la jadi kes2 camni. 



Yang kat atas ni gambar rokok elektrik. Kegunaannya untuk perokok tegar yang susah nk berenti merokok. Kadang2, org merokok sebab nak kan 'gaya' je. Konon2 macho la ada asap2 kepol-kepol. Hakhak. Rokok ni boleh kasi berasap tanpa melibatkan nikotin,tar dan sebagainya.


Dah macam smartshop plak aku. Ces!

Banyak lagi kalau aku nk list kan semua. Kalau nk tau, korang datang la sini. 



p/s : jangan gelakkan selipar aku ok? Beliau tak bersalah. Hakhak





(pictures credit to google.com)

Selipar jepon di musim winter

Malam tadi aku lepak2 ngan member aku. Lepas pekena nasik goreng beriyani sepinggan dua, member aku ajak pegi 'donkey-hotei.' Konon-konon mahu usha barang2. Kalau ada berkenan,boleh rembat barang satu dua. Duit scholar bulan lepas pon bnyk lagi ni.

Donkey hotei ni kira macam kedai MyDin la kat malaysia. Serba-serbi nenek moyang jual kat sana.Memandangkan aku pon xde keje nak buat, aku follow ah. Nawaitu asal, nak beli stokin tebal pasal kaki aku da naik beku da bile ngadap komputer lama-lama musim2 winter ni.

Sampai2 je, mata aku tertarik kat satu stokin ni. Tebal die ok,bulu pon cantik. Tapi ada slack skit ar pasal corak die cam haram jadah. Puas aku dok belek2, memilih corak yang paling rasional dan logik bagi seorang lelaki. Akhirnya, aku nekad. Aku beli yang ni.



Bila balik rumah, aku terus masuk bilik. Tak buang masa, aku terus sarung selipar yang aku beli tu. Excited. Barang baru la katakan.




Termenung kejap aku ngadap selipar tu bile da kena ngan kaki aku. Dengan corak love kecik-kecik,da macam hape da. Cilake. Aku rasa aku da salah beli la. Ntah apa punya taste aku malam tu pon aku tak tau. Mungkin sbb aku takde choice malam tu, tu yg aku main rembat je asal boleh.

Terus aku pesan kat housemate aku, kalau nk masuk bilik aku,ketuk dulu. Jangan sampai die nampak aku pakai mende alah ni. Sumpah malu.Hilang kemaskulinanku. Oh,tidak...




p/s : selamat ulangtahun blog aku yang ke sebulan. 


Mari menanam azam


 
 

Masuk tahun baru, masing-masing sibok tanam azam...
itu dan ini...

tanam la...teruskan menanam...


subur ke tak, belakang kira! hakhak.

Lelaki dan handbag

Sesetengah lelaki ni memang cukup romantik. Cukup sweet. Aku tak nafikan benda tu. Tapi kadang-kadang romantik tu tak bertempat sampai bikin mata aku sakit je.


camni la rupa aku agaknya kalau aku pegang henbeg awek aku. hakhak!


Muka hensem-hensem, bawak beg tangan gucci. Argh....
Kadang-kadang tu muka macho, pakai jaket hitam levis, tapi bawak beg tangan awek kaler pink.Oh tidak...
Muka tak ensem, bawak beg tangan bunga2. No komen..!

Aku tau ang hensem bro. Aku tau ang sayang awek ang.. Aku pon sayang gak awek aku. Tapi takkan la sampai tolong bawakkan handbeg dia. Tak sampai sekilo pon handbag tu aku rasa. Biar je la kaum aweks-aweks yang bawak. Jangan la gedik sangat...

Memang la pada si awek, diorg akan rasa :
1)  Gosh! my boyfie looks soooo sweet ! so romantik! tak macam boyfren u all.
2)  This macho man is belongs to me. Cant u see the handbag he's holding? mine okkaayy!

Tapi pada mata kebanyakan orang (especially laki) , ang kelihatan bodoh dan pelik.




Kalau laki-bini, aku tak heran sangat. Ang tak boleh samakan orang da kawin ngan orang bujang. Kadang-kadang, si bini letih nak dukung baby, so suami dia tolong la bawakkan handbag bini dia. Ha, kalau macam tu, takpe la jugak.

Ni ada satu kes penah terjadi kat member aku. Satu ari member aku ni gi teman mak die gi beli kain kat mall. Die tolong bawakkan handbeg mak dia sbb kesian kan mak dia. Ok, aku respect ar dia ni sbb berbakti pada mak sendri. Nak dijadikan cerita, waktu die lintas jalan, mak die ni jalan slow sampai tertinggal kat blakang. Tiba-tiba lalu sorang brader naik motor ni, tak pasal-pasal terus berhenti, tumbok muke member aku ni. Dia ingatkan member aku ni ragut handbag org tua(mak) tu. Ha, kan da tak pasal2?

So,lepas ni masuk tahun 2010 aku harap aku tak jumpa lagi trend macam ni k ? Jadi la lelaki yg romantik bertempat...melindungi kaum hawa, bukan bererti ang kena jadi boneka. Ya?


updated : picture (credit to photoshop).

Maaf, saya tak boleh tolong awak


 
 


p/s : cinta tu amat dalam. jangan sampai terjatuh ke dalam nya.

Misteri sekotak SANITA

Dulu kecik-kecik, mak aku suruh pegi kedai.



Sampai kat kedai, pakcik kedai tu bungkus SANITA tu cantik2 ngan surat kabar.




Aku heran. Kenapa die kene susah payah bungkus? Dalam perjalanan pulang, aku asyik pikir kan benda tu je...





Bila sampai umah, aku bagi barang tu kat mak.




Tak puas ati punya pasal, aku tanya gak kat mak aku...

 



Mak kata...




Oh...



p/s : Suka tengok kotak SANITA. Ada corak bunga2. Cantik. 

latest update : Ada orang tak tau Sanita tu apa. Hakhak. Okay, Sanita itu ialah brand tuala wanita yg femes masa zaman aku kecik-kecik dulu. Skang ni da x jumpa da.



 

Movie review : Jin Notti

Wah! hari ni baru dapat chance tengok movie. Aku blasah dok depan pc sejam lebih ngadap mende alah ni. Citer da lama, tapi baru jumpa kat torrent. Aiya!

Film : Jin Notti (2009)
Starring : Mawi, Fara Fauzana, Cat Farish, Adibah Noor, Sazzy Falak
Director : Azhari Mohd Zain
Producer : Norman,Yusry & Edry Abdul Halim



Synopsis :
 Notti (farah fauzana)merupakan seorang anak jin yang  di kenakan hukuman yang sangat berat dan dikurung dalam penjara yang di panggil “All Alone” oleh Majlis Penghakiman Jin yang di ketuai oleh Jin Samsu.  Kesalahan die adalah kerana dia terlalu baik. Sebagai hukuman, Notti di hantar turun ke dunia manusia untuk bergaul dengan golongan yang melakukan perkara-perkara yang keji dan mungkar.

Comment :

  • Start2 je citer da kene hadap muka fara fauzana yg kiut.
  • Scene mengadap Majlis Penghakiman Jin. Dia punya Majistret sumpah lawak!
  • Ada watak yg tak boleh blah, muke macam kantung skrotum (telo) 

  • Dialog sesama jin yg menarik. Spontan dan klakar.
  • Ada sazzy falak! aku memang minat gile suara dia ala-ala husky
  • Adegan gaduh kat club tu macam haraaam...ada pedang2 bagai
  • Adegan kat sungai. Mawi buat muke kiut. Rasa nak hantuk kpala kat dinding.




  • Eh, tetiba heroin jatuh cinta kat mawi kat sungai. Mawi pon sama. (dasar citer mlayu)
  • Scene mawi gadoh kat sungai. Jerit2 macam silat depan orang kawen.
  • Eh, tetiba david teoh pon nk tunjuk muka gak. Oh,ok.
  • Happy ending. (cam biasa)
My Review : 




My Rating :

 




Overall, okay la citer ni. Not so bad. 


p/s : Bile la melayu nk produce citer macam transformers. Mesti robot die guna kreta proton. vroom vroom!




Kalau la doremon itu wujud...

Aku selalu bayangkan kalau la aku dapat bela sekor Doremon, mesti hidup aku tak macam ari ni. At least aku ada roomate yg boleh buat pelok2 time tido. Paling tak pon, boley ajak bergusti. Dia kan bulat2 comel je, mesti sah-sah aku menang! Hakhak. Kalau ada masalah cinta ke, boley citer kat die. Nanti die mesti kuar kan benda2 pelik dari poket die. 

Tapi tu sumer fantasi mengarot je. 

Tapi....Hurmm...

Kalau la Doremon tu betol2 wujud...




Kalau la doremon tu wujud, 1st thing, aku nk die tolong siapkan homework aku. Segala keje-keje mathematic ke, english ke, sumer aku nk die buatkan. Keje aku just balas comment orang kat fecbuk je.

Tapi, kalau la doremon ni wujud, aku taknak la die ada banyak2. Kalau boleh,biar sekor je! Biar dalam dunia ni, aku sorang je yg ada. Baru boleh nganjing kat memember. Kalau ada banyak2, nanti orang da tak heran kalau jalan-jalan je jumpa doremon. Tak best!




Kalau ada doremon, boleh mintak pinjam die punya 'take-copter!'. Tak payah susah2 nak jalan kaki. Leceh. Terbang je, cepat smpai. Takde la awek aku membebel lagi. Mana tak nya, janji datang pukul 12, jalan jam punya pasal, pkul 2 baru sampai.


Kalau aku ada roomate seorang seekor doremon, boley pinjam 'pintu suka hati' dia ! 

Takde la susah-susah nak chat guna 'ym' lagi. Kadang2 tu, gara-gara internet kat malaysia yg laju macam siput khinzir, aku jadi sampai bergadoh ngan awek aku. Bayangkan la, mesej yg aku taip susah payah, setengah jam pastu baru dapat kat dia. Hangin la aku. 


Dengan adanya pintu ni, takde la aku susah payah nk booking tiket MAS balik malaysia. Biler agak2 aku rindu nk jumpa awek aku, bayang je bilik awek aku kat dalam kepala, pastu bukak pintu! Taraa! aku da pon smpai kat bilik awek aku! hehe. Kalau agak2 teringin nk makan sambal udang mak aku, bayang je umah aku. Taraa! da smpai umah! senang kan?

Tapi kan...kalau satu hari tu die mrajuk taknak bagi pinjam barang2 ajaib dia. Ha,cam ne? 

Ala,pujuk ar baik2 kan? Hehe. Kalau tak berjaya gak, susah-susah sangat, upah je dorayaki. 


Doremon ni bukan macam awek manusia, merajok nak lama2. Bagi je kuih dorayaki, satgi meleleh ar air liuq dia! hehe.


Kalau la ada Doremon, time-time exam je, aku nak pinjam die punya 'pensel ajaib'.



Masa kecik-kecik dulu, dalam cerita doremon kat tv tu, konon-konon pensil ni boley jawab sumer soalan exam dgn cemerlangnya tak kire apa subjek pon. Sejak tu lagi aku da pasang  nawaitu jahat da. Memang kalau ada Doremon, sah-sah aku nk tibai pensil ni kat poket die. 



Kalau ada Doremon, boleh aku suruh die kuar kan 'lampu picit ajaib' (betul ke nama dia? lupa da.). Lampu picit tu boleh bagi ang jadi besar or kecik ikut suka ati ang


Kalau la ada lampu ni, 1st skali aku nk try kat kucing aku dulu. Hakhak! Suluh die biar dia jadi besar rimau! boleh aku naik atas blakang die. 

Pastu kan, kalau ada doremon, aku nak suruh die kuar kan 'kain halimunan'. Ha, ni yg paling best! Aku pakai je kain ni, secara otomatik, orang da x nmpak aku. Boley la aku gi umah lisa surihani, skodeng die mandi.
 


Eh, tak boleh2! Dosa2. Tuhan marah. Nanti masuk api nurraka bak kata uda cun


Kalau ada Doremon, ada 'laci ajaib'! Konon-konon laci ni boleh bawak kite tengok masa depan. Waa! boley la aku tengok lagi doploh tahun aku keje apa, kawen ngan sapa sumer2. Gile best! 



Jom try skit.

"wahai laci ajaib, bawak aku ke hari ahad ni!  Go go! "

Taraa!




Wah! Dengan sekelip mata je aku da smpai ke Old Trafford! MU menang blasah Hull city 2-0 ahad ni! yezza!

"wahai laci ajaib, bawak aku ke bulan hadapan! Go go!" 


Tingg!



Walaweii! New year ah! syok2!

"wahai laci ajaib, bawak aku ke tahun hadapan! Go-go!"


Tingg!



....

Eh,tak nak la ada Doremon. Tak best.




p/s : entry ni khas buat cik Nur Masyitah bt Ismail sebab saya tau dia suke doremon. Sayang awak. :)


Related Posts with Thumbnails