Terima kasih awak...
cerita, cerita sedih, life, love's suck, paint, photoshop, reality, sad story, terima kasih, truthPerihal Kuiz
bodoh, cerita, fact, funny, joke, kuiz, lawak, reality, truthDulu-dulu seingat aku, masa zaman aku kekecik dulu, ada satu rancangan kat tv, orang panggil 'Pop kuiz'. Skarang ni dah takde dah kot. Rancangan tu berkisar pasal industri hiburan tanah air, tapi dalam bentuk kuiz. Die ada 2 orang host. Sorang laki, sorang pempuan. Pastu peserta die ada 3 pasang, dibahagikan ikut rumah biru,merah dan kuning kalau tak silap.
Ada satu part yang dalam kuiz tu yang paling aku tak boleh blah bilemana masuk segmen 'sape cepat,die dapat'. Masa tu, berebut-rebut peserta nak tekan buzzer. Host baru je cakap "Beliau ini penah dinobatkan sbagai pelakon wanita terbaik pada anugerah..."
Teeettt!!
Sampai tak sempat abis cakap pon host tu. Hebat kan? (-_-")
Yang aku heran, akak-akak aku dok bersila depan tv, mata tak kelip-kelip tgk citer tu. Die pon sama terjerit-jerit dok jawab soalan2 dalam tv tu. Lagaknya mngalahkan orang yg dalam tv tu. Bingit rumah dengan suara die dua beradik je. Aku port jauh2 perhati je...
Mak aku pulak memang tak amik kesah langsung. Die punya feveret program, satu je - Panggung Sabtu. (citer industan). Ha, time tu tv memang die sorang yang qonquer. Jangan la ada sesapa berani nak tukar channel. Silap-silap kang die mogok tak nak masak. Alamat kebuloq la aku adik bradik. Da paham sangat da...
"Bagaimanakah nasib Lela dan adik tirinya? hantarkan jawapan anda ke 33137 berserta slogan 'saya suke menonton rancangan ini kerana ....' (tidak mlebihi 30 patah pkataan)" Kan?
Fanatik gile die dgn majalah2 tu. Sampaikan aku penah skali tibai majalah REMAJA die sebab nak gunting gambar Intan Azura. Time tu aku minat giler kot ngan Intan Azura! Haha. Cun bai. Ntah camne, akak aku dapat detect majalah die ilang satu. Meraban die carik satu umah. Dan akhirnya terjumpa majalah die yg aku gunting kat bilik aku. Ha, apa lagi? Bengkak pipi gara2 makan penampar akak aku. Sekian.
Lepas aku belek dua tiga kali, baru perasan kat dalam majalah REMAJA tu kadang2 ada kuiz cinta untuk remaja. Contohnya headline die camni : "RAHSIA HUBUNGAN ANDA & SI DIA".
Antara soalan2 die plak lebih kurang camni :
Kamu dan si dia sudah berjanji untuk keluar bersama, tiba-tiba die tak datang. Kamu akan?
1) Call si dia, maki-maki die sampai die datang.
2) Takpe la.. mengalah je lah...
3) Ah! Aku tak kire. Nak kuar ngan boyfren lain ah!
4) Mintak putus.
Lepas tu, di akhir kuiz tu, ang kena calculate markah ang, then baru ang boleh check result die, contohnya :
Result :
Tahniah! anda kekasih yang baik. Si dia sayangkan anda kerana sikap anda yang keibuan dan memahami itu. Sila kawen secepat mungkin sebelum anda berubah sikap.
Smalam, aku bukak fesbuk. Rasanya dah hampir setengah tahun gak aku tak sentuh kuiz-kuiz kat fesbuk tu. Ntah macam mana, terdetik ati aku nak try jawab kuiz-kuiz tu. Maka, aku pon petik la dua tiga kuiz yang agak-agak cam best je.
Ok, aku pon try la jawab every single question yang die bagi. Sehabis jujur aku jawab dengan harapan result die nanti best laa.. Kot-kot dapat Fahrin Ahmad ke... tak pon Farid Kamil ke.. Kan? Aaron Aziz pon nice jugak. Tup tap tup tap, aku dapat result ni...
Ok. Fine! Takpe, maybe result die tak brapa nak accurate kot? (ayat sedapkan ati sendiri)
So, aku pegi next quiz. Kuiz pasal malam pertama. Wow! Kali ni dengan harapan result die akan sedikit gempak dan 'more to reality' la hendaknya...
Maka aku jawab dengan lebih slow dan berhati-hati... Antara soalan2 yang aku kene jawab termasuk la 'jenis pempuan yg aku sukai', 'warna kegemaran aku', dan bla bla bla... Lebih kurang seminit aku jawab, aku pon click 'show result'...
Tadaa!
Oh, okaaay!
Taknak main dah.
Soalan : Siapakah di antara berikut, yang paling ensem dan kacak bergaya ?
p/s :
Live fully, have fun. Be crazy, be weird, go out & screw up! Don't try to be perfect. Just be an excellent example of being human. Enjoy life.
******************************
(updated : Farah kata citer Pop Kuiz tu ada lagi skang ni. In fact, tgh masuk Season 2 kot!. Hakhak! Mana aku tau. Aku tak amik port sgt citer ni. )
.
Retro game dulu-dulu
cerita, cerita budak budak, dulu dulu, game, klasik, reality, retro, story, truth*******************************************
Kekadang tu aku rasa teknologi game ini ari tak berapa nak boleh pakai ah.
Dek terlalu asyik mengadap game tv tu, ang da jarang kuar rumah. Dah tak campor ngan memember luar. Alangkah tak fun nye idop ang. Esok-esok bile ang da tua, takde benda yang best untuk ang kongsi ngan anak ang. Takkan ang nak cakap "ayah dulu kecik-kecik main ps2. Seronok!". Bile anak ang tanya apa yg sronoknya? Ha, masa tu baru ang tergagap-gagap nak jawab. Baru ang realize takde apa yg menarik pon sebenarnya main game2 camtu.
Kalau diikutkan bebudak zaman aku ngan Iwan dulu, umur-umur 7-8 tahun, kitorang da kluar masuk semak dah. Buat apa? Carik spider, carik belalang buat main. Masa tu memasing pegang kotak kaset sorang satu. Mula la dok merayau kat pokok-pokok pandan carik spider sebab spider memang kat situ je port die.
Petang skit, agak-agak da dapat tangkap dalam 2-3 ekor tu, baru la balik umah. Then lagakan spider ang tu dgn spider member ang. Tengok spider sapa yang kuat. Memang la dosa melaga-laga kan binatang, tapi masa tu budak lagi. Halal haram, syurga neraka pon samar-samar lagi.
Malam tu balik umah, lepas mandi, lain plak game nya. Masa tu aku adik bradik akan berkumpol dalam bilik akak aku yang sulung tu. Amik pensel sorang satu, kertas sorang selai. Aku tak tau la korang main ke tak, tapi game die camni la lebih kurang.
Mula-mula kena lukis table macam kat atas ni. Bahagikan pada beberapa kategori, contohnya 'makanan','artis','tempat', 'benda' dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti ang. Lepas semua da siap buat table tu, baru la lat-ta-li-lat nak decide sapa yang jalan dulu. Contohnya, akak aku dapat 1st, so cara main die camni. Memula die akan pilih satu huruf ikut sukati die. Dalam kes kat atas ni, die pilih huruf J. So kitorang adik bradik kene la isik table memasing dengan word yang starting with J. Kalau ada word yg x jumpa, biar kan je kosong (-). Setiap satu perkataan tu, markah die 20. Dalam masa 30 saat, masa tamat. Time tu baru tunjuk result memasing. Akak aku yg sulung tu slalu menang sebab tahap 'kosa kata' die tinggi. Ala, agak-agak ar pon. Time tu aku bebudak lagi, boleh ar die buli. Cuba rematch skang! Konfem aku bagi word yg extravaganza punye! 'J' for Juliana Evans!
Game camni la baru best untuk bebudak. Dapat blaja bahasa melayu dengan math dalam satu masa. Slain tu jugak, boleh eratkan hubungan ang adik bradik. Baru la ada memori nak cerita bile da tua-tua nanti. Kan? Bile anak ang tanya, "mak ngan maklong tu rapat tak dulu?". Ha, masa tu baru la ang boleh story citer2 retro macam ni.
Cara main die camni. Memula kena tentukan turn/giliran, pastu buat table 5x5 macam kat atas ni.
Ala, tak yah susah-susah. Macam kitorang dedulu, guna buku latihan matematik yg kotak-kotak tu je. Pastu isikkan dgn nmbor dari 1-25. Susun la ikut kreativiti memasing. Pastu setiap orang akan sebut nombor yg die nak, based on table yg die buat. Sapa siap dulu kesemua perkataan B.I.N.G.O, die la pemenang. Aku dulu jahat skit, suke main tipu. Agak-agak nombor tu cam lari je dari table aku, aku padam senyap-senyap guna rubber!
Berbaik-baik kan lebih bagus?
cat, cat vs rat, friendship, funny, joke, kucing, kucing comel, kucing vs tikus, life, reality, tikus, truthp/s :
.
Kawan baik aku
cerita, friendship, kawan, kawan baik aku, kisah, lifestyle, reality, sahabat, story, truthUjung bulan doblas itu ari, akak aku yang nombor dua tu selamat diijabkabulkan. Tahniah la aku ucapkan. Dah 7 tahun couple, elok benar la korang kawen. Dah nazak benar aku tengok kadang-kadang tu. Mana tak nye? Ada satu ari tu, aku masuk bilik die, tengok2 die dok nangis teresak-esak sambil koyak-koyak gambar die ngan boyfren die. Aku tanya "eh, ni apa masalah?". Jawapan simpe - gaduh ngan boyfren.
Hek eleh! Menggeleng kepala aku dengar jawapan camtu. Pempuan ni memang camni ek? Kadang-kadang, dari apa yang aku nampak, pompuan ni kalau menangis, dia ada dua reason je. Kalau tak sebab period (PMS), tak lain mesti gado ngan boyfren punye. Ces!
Kesian punya pasal, aku port sebelah die, aku slowtalk lebih kurang. Tup-tap-tup-tap malam tu balak die call balik mintak maap. Baru la nampak muka akak tu senyum. Dandan tu gi carik sellotape, dok cantum gambar yg die koyak tadi. Terkekek-kekek aku gelak. Sengal!
Takpe la. Biasa la tu, adat bercinta ye tak?
Ok. Nak dijadikan cerita, dua tiga bulan sebelum akak aku kawen tu, ayah aku kat Malaysia dah sms aku dah. "weyh, ang balik tak? akak ang kawen ujung bulan doblas ni"
Kebetulan, aku takde cuti. So tak dapat la aku balik tgk akak aku bersanding. Tapi dari jauh aku dah call ucap tahniah. Duit pon lebih kurang aku da kirim. Selebihnya aku hanya mampu doa moga2 korang bahgia ke akhir hayat.
Sebagai anak laki dalam keluarga tu, aku rasa tanggungjawab aku berat. Nak arap adik laki aku sorang tu? Hah! Tak payah! Tangan tak lekang dok pegang enset. Bercinta macam orang gile. Selang seminit henset vibrate.
Last-last, aku sms member baik aku kat seremban, nama Amai.
"Amai, akak guwa kawen ujung bulan ni. Guwa tak dapat balik ah.. Cuti takde. Lu tolong ah tengok-tengok apa yang patut ek?"
5 minit pastu, die reply. "Ok, takde hal. nanti guwa settle."
Alhamdulillah, lepas majlis kenduri kawen tu abis, malam tu aku call mak aku.. Mak aku kata semuanya berjalan lancar. Mujur la ada Amai ngan memember aku yang lain. Diorang la yang tolong pasang papan tanda tunjuk arah umah pengantin. Tolong pasang khemah. Tolong basuh pinggan. Segala macam keje diorang handle walaupon aku takde. Ha, itu namanya kawan! Ini ari aku nak story pasal kawan baik aku.
Baju itam tu aku. Yang baju kuning tu encik Amai. Nama die mohd akmal. Dalam beribu kawan-kawan aku, dia la sesatunya kawan baik aku dunia akhirat. Kawan yang memang tak makan kawan. Aku berani cakap ni sebab aku kenal die dari umur aku 4 tahun lagi. Sama-sama membesar, susah senang memang aku share ngan die je.
Kalau nak cerita sejarah idup aku ngan Amai ni, pergh! sumpah cakap, memang tak abis kalau nak citer semua dalam shari. Macam-macam perangai setan kitorang buat! hakhak! Tersenyum aku masa taip entry ni bile kenang-kenang balik kenakalan kitorang.
Masa kecik-kecik dulu, time tu cerita kartun dragon ball memang tgh top. Sampaikan bebudak sibok dok ngumpul komik-komik die dari jilid 1 sampai jilid 43 (last episode) kalau tak silap.
Setannya aku ngan si Amai ni, setiap bulan bile keluar komik Dragon Ball episod terbaru, aku ngan die mula la pegi kedai apek buat 'projek'! Si Amai akan bantai borak dengan apek tu, keje aku plak masukkan komik tu dalam baju cepat2. Lepas tu, demi tak menampakkan syak wasangka apek tu, kitorang end up dengan membeli senaskah surat kabar DIDIK yg harganya cuma tujuh posen. Kiranya, apek tu tak syak la kitorang curik komik die sbb kitorang datang beli smthing. Kang kalau blah tangan kosong je, kantoi plak kan? hakhak! Sampai skang apek tu tak tau.
Kalau ang lahir zaman aku, ang akan perasan bile time skolah menengah dulu, sebok bebudak remaja layan trend hiphop la, punk la, gothic la, dan segala macam trend. Macam aku ngan amai, kitorang layan skinhead. Pergh! Bile ingat-ingat balik, sumpah bodoh. Dressing bebudak skin head ni sempoi je. Kemeja lusuh,sluar skinny. Time tu, takde duit nk beli baju ngan jeans ni sumer2. Puas la dok toreh sluar jeans lama dengan pisau lipat smata-mata nak dapatkan effect lusuh dan koyak2 tu. Hakhak! Si Amai ni lagi bahalol. Seret sluar jeans kat jalan raya.
Alih-alih naik tingkatan 4, aku dapat offer masuk skolah asrama penuh SASER. Maka berpisah la aku dgn Amai. Kat SASER tu la baru aku blaja jadi orang skit sebab kat sana bebudak cam gud-gud je. Ye la...budak pandai...
Tapi bile abis SPM, heaven!
Time tu bebudak tengah menggila carik duit nak beli henpon. Sapa ada henpon, kire bergaya ah. Baru ah tak segan nak turun town carik awek. Ini jam bukan macam zaman aku dedulu. Henset 1st aku, nokia 3310 harga die masa tu RM250.
Itu pon harga setelah berunding macam orang gile dok tawar menawar dengan tokei kedai tu. Starting Simpack Maxis masa tu plak RM60 kalau tak silap. Celaka.
Last year, aku balik Malaysia, aku ajak Amai turun town carik henset yg sama macam ni. Aku suke henset ni sebab tahan lasak. Die punya button pon best sampaikan aku boleh taip sms dgn kelajuan 160 patah pkataan dalam masa 10 saat. Pastu, siap dengan game Bantumi yg macam game main congkak. Best!
Tapi sayangnya da tak jumpa. Ada member aku kata, henset ni skarang da jadi barang 'rare' dah. Lima puloh hinggit seketul orang tolak. Aduhai... Betapa lah zaman tu dah berubah. Kan? Starting Simpack Maxis skang ni pon aku tengok tak smpai seploh hinggit dah.
Ok, sambung cerita. Masa tu macam-macam keje aku buat ngan si Amai ni. Semuanya sebab nak carik duit beli henset. Nak mintak mak ayah belikan? Nangis guling-guling kuar air mata darah skali pon, jgn harap mak ayah aku nak belikan!
Antara keje yang penah kitorang buat tmasuklah carwash, attendant pam minyak, jual tshirt bundle, keje kilang dan macam2. Dan setiap keje yg kitorang buat, ada je memori untuk diingat smpai tua. Contohnya, macam keje carwash. Satu ari tu, ada pakcik cina ni masuk carwash tempat kitorang keje tu. Die bawak kete Merc lama, kaler itam. Die punya berlagak, sampai maki kitorang sebab cuci slow sangat. Padahal, belum ada customer yg komplen kitorang basuh slow. Die siap kata kat kitorang, 'pekerja bangla kat carwash lain lagi laju kejenya dari kitorang'.
Time tu aku da pandang Amai. Amai senyum nipis je.
Aku kenal Amai ni. Die memang panas baran skit. Tapi hari tu die cool je... Abis je keje, petang tu kitorang lepak2 minum-minum ngan memember lain.
itu adalah bilamana dia cuma ada lima ringgit dalam poket dia, tapi die masih mampu tersenyum dan beriya-iya offer nak blanja ang minum teh o limau segelas dan nasik lemak sebungkus. Sedangkan minyak motor die dah tertera abjad 'E'.
itu adalah bilamana ang call die tengah malam pukul 2 pagi sebab moto ang buat hal, die sanggup datang terkebil-kebil baru bangun tido, semata-mata nak tolong hantar minyak moto.
itu adalah bilamana ang call die bagitau ang nak balik Malaysia, serta merta die tanya 'bile?' sebab die nak mintak cuti semata-mata nak jemput ang kat KLIA.
itu adalah bilamana ang kecewa gara-gara ditinggalkan girlfren yang ang sangkakan kononnya 'teman sehidup semati' tu, die sanggup teman ang pukol 2-3 pagi di mapley smata-mata mahu mendengar luahan hati ang dan menenangkan ang...
Thanks a lot, my friend.
p/s : Amai, Aku berani puji ang dalam entry aku ni sebab aku tau ang buta IT. Ang takkan tau pasal kewujudan blog ni! Hakhak.
Cerita Huruf K
cerita, comic, joke, ketam, kodok, komik, paint, photoshopp/s :
Dah abis lukis, baru aku perasan...mana ada ketam kaler pink! (-_-") Ah!
.
Tandas jepon
fact, ideology, japan, jepon, modern, science, tandas, technology, toilet, truth(note : entry ni panjang)
Ingat lagi tak, dalam entry aku yang lepas, aku ada bawak ang sumer jalan-jalan sambil belajar ke seven eleven kat jepon? Tak ingat? Ang ni banyak minum air semut ni ! Patut la senang lupa. Hakhak! :D
Ok,sila refer entry ni. Banyak jugak feedback yg aku dapat dari entry tu. Dan salah satunya adalah ini :
Ramai yang tak percaya bile aku cakap kebanyakan tandas awam kat jepon ni takde pintu. So, ari ni aku bubuh gambaq skit, bagi ang tengok sendiri.
Tandas pempuan aku tak sure, tapi kalau tandas lelaki memang takde pintu macam dalam gambar ni.
Aku pernah tanya member jepon aku pasal rasional di sebalik benda ni, tapi malangnya die pon xde jawapan. Maka aku pon terpaksa lu carik sendiri kat internet. Antara jawapan yang boleh diterima pakai adalah atas faktor keselamatan. Kiranya kalau ang pengsan dalam tandas tu, ada la orang kuar boleh nampak ang. Lagi satu, kalau berlaku kes cabul or ragut dalam tandas, senang la orang luar nak slamatkan ang...Kisahnya~
Lagi satu benda pelik pasal tandas awam ni, kadang-kadang ada certain tandas yang tak provide tissue tau.. Pandai-pandai ang la nak selet guna apa. Hakhak! Rasionalnya?
Ok, macam ni, kat jepon, kalau ang jalan-jalan kat town, kebiasaannya ang akan terserempak dengan group-group pengedar tissue. Tissue-tissue ni diberi percuma pada orang yg lalu lalang. Tissue ni bukan tissue biasa yang ang beli tiga posen kat kedai tu. Tissue die disertakan dengan iklan-iklan dari pelbagai company. Antaranya termasuklah pengiklanan hotel murah, cybercafe, salon rambut dan macam2 lagi.
So, disebabkan benda ni seolah-olah dah menjadi satu fenomena biasa kat jepon, maka atas dasar tu, diorg tak sediakan tissue kat tandas awam kot. Kiranya ang dapat tissue tu, sila la simpan dalam handbeg kot-kot tengah jalan kang, ang nak terkucil, takde la meraban dok carik tissue.
Ok, firstly kite tengok benda yg simple dulu. Aku tak sure sama ada Malaysia guna sistem tandas macam ni ke tak, tapi jepon mmg mostly guna cara ni. Simple sangat-sangat. Diorang just tambah satu cabang pipe je kat atas tangki flush tu. Kalau ang penah bukak tangki flush jamban kat Malaysia tu, bentuk dalam die lebih kurang gini kan?
Mekanisme nya camni.. Bila ang flush, air akan keluaq sekaligus at the same time air baru akan masuk. Kan? Air yg masuk ni, sebenarnya datang dari tangki rumah ang yg besaq kat atas loteng tu. Which mean air tu bersih. Tapi, kalau ang perhatikan, dalam gmbar ni takde pon cabang paip mcm tangki kat jepon kan? Ni la sebenarnya pembaziran. Sedangkan air yg masuk tu ang boleh guna utk basuh tangan or istinjak. Japanese realize benda ni, sbb tu diorg keluarkan muncung paip tu letak atas tank. Then, air basuh tangan tadi tu akan remains dalam tank tu sbagai air yg akan diflush utk cuci najis ang nanti. Faham tak? Ahaha! sorry ah. Aku fail ar bab explanation ni. (-_-!)
Ok, settle bab tangki, kite tengok bab mangkuk tandas plak.
So, macam ni rupa mangkuk tandas kat jepon. Kalau ang perhatikan, ada button-button kat belah kanan tempat duduk tu kan? Sebenarnya, setiap button tu ada fungsi die masing-masing.
Aku akan terangkan satu persatu...
1st skali, kite zoom-in gambar button tu dulu.
Ok, sepertimana jamban kat KLIA tu, jamban kat jepon ni pon ada guna sistem air pancut yang keluar dari bawah tu. Tapi masalahnya jamban pancut kite, mak aku slalu mengadu pedih punggong sebab air yang dipancutkan tu kadang-kadang laju. Aku tak nafikan benda ni sebab aku pon penah kena. Mungkin sebab tiub air yg ditembak kluar tu terlalu sempit, maka air yg kluar tu pon laju cam mat rempit kene kejar polis. Terkinja-kinja jugak ah kalau kena bontot !
Masalah ni tak timbul kat jamban jepon sbb kalau ang perhatikan butang bulat yg paling kanan skali tu, benda tu boleh dipusing untuk adjust kelajuan air. Butang 'shower' tu pulak gunanya untuk cebok. Butang 'bidet' tu pulak gunanya utk pempuan. Aku tak tau apa bezanya butang spray ngan bidet tu. Maybe sebab pempuan punya 'ehem2' tu sudut die lain skit. Hakhak! Abaikan.
Pastu kan, oleh sebab jepon ni negara bermusim, mangkuk tandas tu dilengkapi dgn sistem heater. Kiranya kalau masuk musim winter, xde la beku punggong ang masa nak berak.
Lebih menarik lagi, aku dengar tandas pempuan ada sikit kelainan dari tandas lelaki. Hehe. Macam mana aku tau? Sebab aku suke mencarik. Apa kelainannya?
Ha, macam ni... benda kat sebelah ni dipanggil
音姫 (otohime). Benda ni aku rasa tak semua tandas pempuan ada. Mungkin sekadar satu gadget yg boleh dipasang sendiri kalau ang mau.
Fungsi die camni. Seperti mana yg ang sedia maklum, pempuan ni makhluk tuhan yang semulajadi pemalu. Jadi, bile diorg berak, diorang konfem akan segan kalau ada bunyik 'plup!' or bunyik2 yg sewaktu dengannya. Maka, diorang akan berpura-pura menjirus air ke dalam jamban bagi meng'cover' bunyik2 yang tak diingini tu. Japanese memandang benda ni sbagai satu pembaziran air.
Maka alat ni dicipta untuk mengeluarkan bunyik jirusan air tanpa melibatkan air pon. Haha! Lebih funny bilamana aku dapat tau yang kononnya bunyik yg dikeluarkan boleh diadjust sampaikan boleh mengeluarkan bunyik burung berkicap! Hakhak! Ntah hape-hape.
Dulu, kalau tak silap aku ada satu company tengah dalam proses nak siapkan satu toilet yang mana boleh ukur berat ang, tekanan darah ang, heart beat, darah dalam urine sumer2. Giler.
Kajian demi kajian orang-orang jepon dan orang barat buat, sampaikan ada satu konsep nak buat tandas macam gambar kat atas ni. Mekanismenya menarik. Basuh baju macam biasa, and then air basuhan baju yg di spin tu akan dijadikan air pencuci tandas ataupon air yg akan di flush utk cuci najis ang pd mangkuk tandas tu. Konsep die sama mcam yg aku explain awal2 tadi. Menarik kan?
Aku harap sangat-sangat akan datang, ada anak melayu kita yang rajin explore dan kaji benda2 macam ni. Kadang-kadang, kite ni terlalu cepat berpuas hati dgn apa yg kite ada sampaikan kite taknak berfikir utk mengkaji lebih jauh skit...
Ok lah. Dah terlebih panjang dah ni . Sebagai penutup, aku bagi korang tengok satu video yang comel macam mana japanese ajar anak diorg berak. Maybe Malaysia patut buat rancangan pendidikan macam ni. Ahaha!
p/s : Lepas ni korang tak yah da pegi jepon. Aku da citer sumer! =p
.