Review Burger Bakar Abang Burn


Dah ramai orang sibuk perkatakan kehebatan burger dia. Tapi guwa tak percaya.

Dah beratus kali status di facebook mention pasal dia. Tapi guwa tak ambik port sangat.

Bebudak instagram tak payah cerita lah. Belum sempat bismillah, gambar dah up dulu. Lu nak angle mana? Bawah daging burger? Pandangan dari tepi sayur? Pandangan daging burger dari sisi gigi? Semua shot ada.

Pendek kata semua orang sibuk perkatakan tentang kehebatan dan keangkuhan Burger Bakar Abang Burn.

Tetapi tidak pada guwa. Jenis guwa, selagi sesatu benda tu tak terbukti sohih dan benar, guwa memang takkan percaya punya. Lu sogok la macam mana pun, selagi mana benda tu fifty-fifty, jangan harap guwa nak percaya.

Guwa ingat lagi Abdul kawan guwa masa di UM dulu. Bergaduh dengan guwa pasal burger juga. Isu remeh je pun. Abdul mati-mati pertahankan argument beliau bahawa Hamburger haram dimakan. Alasannya sebab ada 'ham' ataupun bahasa lainnya 'hirisan daging babi'.



Sebagai seorang sahabat yang sejati dan bekas AJK persatuan pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah, guwa cuba bidas statement Abdul dengan penuh hemah.

“Tak semua hamburger tu haram just sebab nama dia ada ‘Ham’ dekat depan. Abis tu, siput babi pun jatuh hukum haram lah sebab ada perkataan ‘babi’ dekat nametag dia?”

Ujar guwa dengan konsep pendekatan logik akal yang guwa percaya lebih mudah untuk penghadaman akal Abdul.

“Ah! Tak kira! Haram tetap haram!” bentak Abdul.

Perkara macam ni memang guwa dah standby dalam otak. Guwa tak salahkan Abdul. Memang ramai orang yang mindset dia macam Abdul. Dalam subjek psychology, penyakit ni dinamakan “selective perception”. Yang mana sesorang tu hanya cenderung untuk pilih dan dengar benda yang dia percaya saja. Any argument yang selain daripada apa yang dia percaya, dia akan anggap invalid.

Jadi, tak dapat tidak, terpaksa lah guwa berhujah dengan fakta.

“Abdul, sebenarnya begini…”

Wah. Bukan main formal lagi ayat guwa.

“Hamburger ni just satu phrase ataupun perkataan yang diambik sempena nama tempat Hamburg dekat Jerman yang mana kononnya burger tu berasal dari situ. Dekat Jerman, makanan yang famous dekat sesatu tempat tu biasanya diorang akan bagi gelaran. Kira macam nickname la. Contohnya macam sosej. Ada orang panggil ‘frankfurter’. Sebab dia famous dekat Frankfurt, Jerman.”

Argue punya argue, baru Abdul puas ati dan percaya. Dan guwa pun dapatlah mencekik burger free malam tu.

**********

Berbalik kepada tajuk entry ni tadi.

Jadi, bila ada orang sebok perkatakan pasal kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni, guwa pun rasa terpanggil juga lah. Apa yang hebat sangat pasal burger dia ni? Apabende yang rare sangat sampai bebudak sibok dok suruh guwa try.


Hormon ‘naktahuron’ guwa mula terangsang. Sikap ‘semangat ingin tahu’ yang mak ayah guwa terapkan sejak kecik dulu mula memabara. Guwa bukan boleh benda-benda macam ni. Eksaited dia lain macam sikit.

Satu malam guwa tekad.

Guwa, SB, Ujang dengan adik pempuan dia ke Ampang untuk mengkaji sejauh mana kebenaran berita kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni. Adakah betul-betul power atau sekadar satu momokan.

Lebih kurang sekitar 9.30 malam macam tu, kereta proton inspira adik Ujang park tepi jalan besar. Susah nak carik parking punya pasal. Dari situ dah boleh rasa aura hebatnya penangan burger bakar kat situ.

Sesampainya guwa di Gerai Burger Bakar Abang Burn, guwa terus port satu sudut. Guwa perhati sekeliling. Memang ramai customer dia. Ada cina, india, pak syeikh, dan macam-macam bangsa sumer port situ pekene burger bakar dia.

Guwa usya satu korner. Kelihatan lebih kurang lima nam orang pekerja ber-tshirt itam lengkap dengan sarung tangan siap dengan bandana dekat kepala tengah rancak siapkan order customer. Fuh, memang bersih kerja diorang. Tak nampak langsung kobis sepah-sepah dengan sos melejeh-lejeh macam dekat kebanyakan gerai burger lain.



Ujang ke cashier buat order. Hal menu guwa serah ke dia sebab dia lebih arif. Guwa tak kesah sangat. Tank guwa pun 1.3 je. Tak besar mana.

Dipendekkan cerita, malam tu guwa pekene burger ayam supremo RM10.50. Guwa dengar cerita dari bebudak blog, Abang Burn ada menu baru. Meatball apakenama ntah. Desas desus kononnya Meatball tu sedap dan tengah trending, jadi guwa pun order la barang sepinggan dua untuk mengetest sejauh mana boleh perginya meatball dia.

Sesambil menunggu order guwa sampai, guwa pekena borak dengan Ujang. Ujang ni kira dah lama la pekene burger bakar ni dulu sebelum guwa. Menurut Ujang, gerai yang kitorang port ni sebenarnya kira macam dia punya HQ la. Abang Burn ni dah ada 14 cawangan seluruh Malaysia. Giler. Kagum kejap guwa time tu.

Tapi kagum guwa tak lama. Belum sempat nak layan kagum, order guwa sampai. Ada la dalam 10 minit macam tu. Cepat tak cepat kerja dia. Tak sempat nak berborak dibuatnya.

Sebelum makan, guwa pesan pada Ujang mintak dia tolong shoot gambar burger dua tiga keping. Nak harap guwa shoot, memang fail. Tak reti guwa bab-bab fotografi ni.
Elok-elok burger, karang kalau guwa shoot, terus jadi gambar kuih koci..

Ujang angguk tanda paham.

Ketik-ketik! Lebih kurang macam ni la bunyik kamera dia.


Guwa pejam mata rapat-rapat.

Guwa bismillah dalam hati.

‘kruuppp’

Kunyahan pertama guwa tepat mengenai sisi kanan burger.

Sebaik saja aroma dia singgah ke saraf neuron tekak guwa, terus guwa terpana. Betul la diorang cakap, burger bakar dia memang sedap. Super nice. Sayur dia segar. Ayam dia pun bakar cukup masak.



Yang bagusnya, sos dia tak melimpah macam burger bakar tempat lain. Saiz die pun sedang elok je. Tak terlalu besar dan tak kecik.

Lepas pekena burger, tiba la masa yang dinanti-nanti. Kira macam upacara klimaks la.
Guwa nak try dia punya meatball pulak.

Meatball dia datang combo dengan potato wedges. Guwa kira ada sepuluh bijik meatball dengan 3-4 keping wedges. Lengkap bermandi kuah sama mayonis. Memang nampak sedap. Harga dia RM9.90.

Apa yang special pasal meatball ni, dia tak guna tepung. Memang hundred percent daging dan rempah ratus.


Macam biasa, kunyahan pertama guwa lelap mata. Orang kata bila kita lelap mata, baru kita dapat rasa nikmat sesatu benda tu. Sebab tu Louis lane dengan clark kent dalam citer superman tu lelap mata bila scene ciom. Nak ambik feel gamaknyaaa..

Fuhh.. . dia punya meatball.. guwa tak tau nak describe macam mana.

Saat daging tu masuk tekak guwa, guwa loss kejap.

Rasa macam berada di dunia lain. Roh guwa terawang-awang. Rasa macam neelofa tengah suap guwa sambil ada background muzik dua tiga orang main biola lagu ‘kau mawarku’. Serentak tu jugak, emma maembong pula datang sambil tersenyum mengelap lebihan sos di bibir guwa. "Makan perlahan-lahan sayang.." ujarnya. Punya heaven! 

Adunan daging dengan rempah kuah dia memang well-mixed. Padu!

Ah cerita banyak-banyak pun tak guna. Lu orang kene try dulu baru tau.

Secara overallnya, dari skala lima, guwa bagi empat setengah bintang dekat Abang Burn. Tak boleh bagi full. Nanti selesa sangat, takde improvement di masa hadapan.

 



Jadi dalam kes ni, guwa dengan ini mengiktiraf Burger Bakar Abang Burn sebagai one of the best burger bakar yang guwa pernah rasa. Jujur.

Guwa susah nak review sesatu produk unless dia betul-betul best.

Jadi, untuk maklumat lebih lanjut lu orang boleh pergi ke fanpage Burger Bakar Abang Burn di sini :




 p/s : Abang Burn kene payung guwa lebih ni! keh keh keh


Related Posts with Thumbnails