Sms, kucing, dan makwe hotlink.

Satu petang sedang guwa duduk-duduk santai di rumah menggosok kepala-kepala kucing kesayangan guwa, guwa didatangi satu sms dari member taman guwa yang bernama Eno.

"Ju, futsal malam ni. pukul 11. friendly."

Heh! guwa senyum acuh tak acuh.

Gosokan ke kepala kucing, guwa hentikan serta merta. Perlahan-lahan, guwa turunkan kucing guwa dari riba terus ke lantai. Dan bagaikan tidak bersetuju dengan tindakan guwa, kucing guwa mendongak guwa dengan dahi kerut seribu. Beliau cuba kembali ke pangkuan guwa, tapi guwa tepis dengan tangan kanan. Namun kucing guwa tak berputus asa. Kali ni beliau melompat terus ke riba guwa. Berlaku tolak menolak antara guwa dan kucing. Akhirnya kucing guwa mengalah lalu bingkas bangun meninggalkan guwa dengan mulut yang terkumat-kamit seolah-olah berkata sesuatu.

"Dasar anti-klimaks!" - protes kucing guwa dalam bahasa kucing.

Serentak itu juga guwa capai kusyen di sebelah guwa. Terkedek-kedek kucing guwa lari ke luar rumah tanda kecut.

"Biadap! tak tau respek tuan! Perangai macam binatang!" 

"Memang binatang pon?! Ahaha!" -sahut kucing guwa dari luar rumah sambil ketawa.

Gampang.

**************

Setelah marah guwa beransur reda, guwa kembali dengan urusan sms dari member guwa tadi.

"Ok. Seploh stengah karang aku datang." - balas guwa ringkas.

Tetet tetet..!

Tetiba henset guwa berbunyi. 

"Wah! Jadah hape laju bebenar si Eno ni reply mesej guwa? bela saka ke hapa?!"

Setelah menekan button "read", rupa-rupanya encik Maxis yang reply bagitau yang kredit guwa tak cukup untuk menghantar mesej tadi ke Eno.

"Lerr..."

Kali ni guwa tak tau nak marah ke siapa. Nak luah ke kucing, kucing dah keluar meninggalkan guwa. Lantas guwa capai kunci moto terus bergerak ke kedai hotlink berdekatan. 

Belum sempat guwa masuk gear empat, moto guwa dah tercangak depan kedai hotlink.  

"Dik, topap tiga ringgit ada?"

Makwe hotlink tu tak lawa sangat. Topap tiga ringgit pon sudah memadai. Biar kedai dia tak maju! Biar dia rasa. Supaya jadi pengajaran kepada owner kedai tu supaya lebih peka dan sensitif dalam memilih pekerja. Ini ari, makcik jual air tebu tepi jalan pon pandai tarik customer dengan meletakkan anak beliau yang cun dan seksi duduk di sebelah mesin tebu. So what? Ini semua bisnes strategy! bisnes bai! bisnes! Tak kan itu pun guwa nak ajar.

"Abis la bang." - jawab makwe hotlink simple.

"Lima ringgit ada?"

"Emmm... Lima ringgit pon abis. Seploh ringgit je yang tinggal..."

"Ok. Takpe lah. Thanks ek?."

Haish...

Keluh guwa dalam hati.

***********

Seterusnya, enjin moto guwa berderum lagi. Kali ni destinasi guwa -7E.

Sesampainya guwa di 7E, guwa nampak ada dua orang makwe. Dua-dua pun lebih kurang jelita. Sorang tengah beratur bayar duit jajan sama air tin. Sorang lagi tengah berlegar-legar dekat ATM.

Guwa berfikir di dalam hati. Kalau guwa beratur di kaunter cakap yang guwa nak topap lima ringgit, sah-sah la guwa menjatuhkan maruah sendiri. Apa barang muka hensem-hensem topap lima ringgit? Paling sengkek, seploh ringgit la at least. Baru kena. Ye tak? 

Jadi, guwa jeling mesin ATM. Makwe dekat ATM tu pulak dari tadi macam fifty-fifty je guwa tengok. Reti guna ATM ke tidak? 

Melihatkan guwa yang semakin hampir ke mesin ATM tu, makwe ATM perlahan-lahan mengundurkan diri beratur di blakang guwa. 

"Ni mesti kes nak kluar seploh hinggit tapi malu takut orang blakang nampak. keh keh keh" -ketawa guwa dalam hati sambil mata masih menjeling makwe kaunter tadi.

Tet tet tet tet tet tet.....!!

Tiba-tiba mesin ATM berbunyik bagai nak rak. Kad guwa tak boleh masuk. Ah sudah! ni apa hal pulak ni? 

Dengan separuh panik tapi masih tenang, guwa pandang kad guwa.

"Nagoya Institute of Technology." 

Tertera perkataan tu pada kad guwa.

"Fakkkkk!!" - carut guwa dalam hati berbaur bahasa kesat.

Saat tu, makwe kaunter, makwe blakang guwa, mak makwe, ayah makwe, adik makwe, pakwe makwe, semuanya menoleh ke guwa dengan serta merta hampir serentak. 

Guwa tarik muka selamba lantas beredar dari situ meninggalkan mesin ATM yang sudah kembali senyap.

Dari atas moto, guwa sempat peratikan makwe-makwe yang sedang galak ketawa sambil tangan pekup-pekup mulut. 

***********

Setibanya guwa di rumah, terus guwa capai lighter. 

Skarang ni cuba bagitau apa patut guwa buat pada student card guwa ni?



Selain bakar, lu orang ada idea?

Cepat! guwa tengah panas ni. 

Kelas Sains Darjah Empat

Malam itu cuaca sungguh baik. Nun jauh di langit, bulan sedang rilek-rilek baring diselimuti awan-awan gebu. Beburung yang dari pagi terbang riang tak henti-henti, semuanya sudah pulang ke sarang. Kucing-kucing yang berpeleseran di premis-premis kedai makan, masing-masing sudah mula menjilat bulu di blakang kedai tanda kenyang. Semut-semut yang dari tadi sibuk memikul lebihan-lebihan nasik sorang sebutir atas kepala, kini sekor-sekor dah boleh berlapang dada di dalam sarang. Walaupun hakikatnya mereka tiada dada.

Begitu lah lumrah fitrah kitaran alam. Penat lelah seharian memerah keringat di ofis mencarik sesuap dua suap nasik, kini bertukar santai. Tak kira la penjawat awam, buruh kasar, juru ukur, operator pengeluaran wanita, pembantu makmal, supervisor kilang papan, pembantu tadbir, kerani sekolah, semuanya mengambil kesempatan untuk berehat di sebelah malam. Pon begitu, di saat warga kota bersenang-senang duduk bergelak tawa bersama keluarga tercinta menyaksikan rancangan-rancangan yang disajikan di kaca telebisyen, lain pula senario yang berlaku di Pusat Tuisyen Warisan Pendeta (bukan nama sebenar), Seremban, Negeri Sembilan...

******


Jam 9 malam. Kelas sains darjah empat.

Fail hijau yang tersusun bersama fail-fail lain di atas ruang meja guru, guwa capai kemas. Sahelai demi sehelai lembaran kertas di dalamnya guwa selak ligat. Bebola mata guwa laju mencari helaian bertajuk "attendence form". Sesambil itu, hujung mata guwa melilau sekitar kelas mencongak bilangan pelajar yang hadir satu-persatu di dalam hati.

"Hurrmmm... Baiklah. Nama-nama yang saya sebutkan ni, sila angkat tangan ya?" ujar guwa ringkas sambil jari jemari guwa sudah bersedia menge'tick' nama pada attendence form pelajar.

"Ahmad Takiudin bin Abu Mansur?"

"Saya cikgu."

"Nurul Katriona Nabila binti Tan Sri Megat Tajuddin?"

"Yup."

"Chan Sow Lin?"

"Yes teacher!"

"Puteri Fathiatun Nadirah Syuhada Binti Ali?"

"Yes. Err... teacher!"

"Yup. Ada apa Puteri?" soal guwa.

"Bukan Fathiatun laa teacher.. Jamiatun!"

"Oh.. ok ok. Sori Sori."

Dan begitulah seterusnya sehingga guwa selesai menanda kedatangan memurid. Dari cara mereka menjawab soalan guwa tadi pon, guwa sudah boleh mengagak karektor masing-masing. Guwa sudah boleh mencongak pelajar mana yang agresif, pelajar mana yang pendiam, pemalu, peramah, attention seeker, ngada-ngada dan sebagainya.

"Sebelum cikgu mula kan kelas malam ni, kita baca doa dulu."

"Allah hum maftah 'alaina hikmata ka wanshur 'alaina min khoza iniroh mati ka ya arhamar rohimin...amiiin."

*******

Subjek guwa malam tu - Sains darjah empat. Nampak ringan, tapi guwa sedar guwa tak boleh pandang ringan. Walaupun guwa sekadar guru part time, guwa tak mahu kerjaya seorang guru dicemar dan dilacurkan demi wang ringgit semata-mata. Pada guwa, kerja ialah amanah. Guwa sedar setiap sen yang guwa terima ujung bulan nanti, takkan ada sesen pon yang terlepas pandang untuk dihitung dan dihisab di kemudian hari. Justeru, guwa harus dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja guwa. (sambil membetul-betulkan tali leher)

"Orait. So... Hari ni kita akan blaja pasal "Basic needs" atau pon dalam bahsa melayu nya "Keperluan asas". 

"Keperluan asas ni hape mende cikgu?? Ok, die macam ni tau. "Keperluan" tu ialah benda yang kite perlu atau pon benda penting yang mesti ada. Contohnya macam duit. Duit kita perlu tak?"

"Perluuuuuuu...." jawab memurid guwa dengan hujung bibir terjuih ke depan. Die punye "luuuu..." tu doblas harakat ada guwa rasa.

"Ok. Duit tu memang satu keperluan. Tapi kalau kita tengok manusia zaman batu dulu, diorang takde duit pon tapi still boleh hidup. Diorang buat macam mana? Diorang berburu dalam hutan mencarik makanan. Jadi, kita kata 'duit' bukan lah satu keperluan asas bagi manusia. Sebab apa? why? Sebab takde duit pon, manusia masih boleh hiiii...???"

"duppppp....!"

"Pandai... :) "

Sengaja guwa puji diorang walaupun hakikatnya menyambung perkataan yang tak sudah, bukan la benda yang boleh dibanggakan pon. Tapi pada guwa, untuk mengajar bebudak, 1stly lu mesti tackle diorang dulu. Once lu dah dapat perhatian diorang, insya Allah diorang dengar kata. Guwa tak mau garang-garang dan tegas sangat. Ini bukan kelas tingkatan 5. Guwa mau rilek-rilek tapi input tak lari.

"So, 'keperluan asas' ataupon 'basic needs' ialah sesuatu yang kita perlu untuk hidup. Kalau takde je kita mati."

"Faham tak?"

"Faaaahaammmm...."

"Ok, kalau faham, saya nak tanya. Apa benda yang kalau takde je, manusia akan mati? haa, apa dia?"

"Udara cikgu!" jawab salah sorang student guwa yang duduk di barisan tepi.

"Kenapa pulak?" soal guwa sengaja menguji kefahaman beliau.

"Ye la. Kalau takde udara, macam mana manusia nak bernafas??".

"Bagus. Pandai!" 

"Lain?"

Kali ni guwa tengok muka masing-masing macam eksaited nak jawab tapi diorang tak tau jawapan. Jadi, guwa cuba pancing dengan teknik menyambung perkataan.

"Makaaa....??" soal guwa dengan lontaran vokal yang tinggi di bahagian hujung ayat.

"naaannnn!" jawab memurid dengan muka selamba. 

"Makanan... Kan? Kalau takde makanan, manusia boleh hidup tak?"

"Tak boleyyy....."

"Jadi, kita kata makanan ataupun 'food' ialah salah satu  'basic needs' of humans." terang guwa lebih lanjut sambil menulis nota ringkas di white board.

"Lagi, what else?"

"Tempat tinggggg.....??"

"Galllll.....!"

Wah. Tetiba guwa rasa macam tak boleh jadi. Senang bebenar bebudak ni. Takat nyambung perkataan je keje sekor-sekor.

"Eh class!. Kejap! Saya nak tanya satu soalan. Ayah nabi Muhammad bernama Abdul Mutaaa....???"

"libbb....!"

Haa, kan guwa dah agak. (-_-")

"Banyak la kamu punya Abdul Mutalib! Bapak nabi, Abdullah.. Abdul Mutallib tu datuk nabi. Haa, kan dah kena trap? Lain kali, fikir dulu. Jangan main nak senang je. Ok?"

"Teheee!" . Tersengih-sengih muka seko-seko. Mujur la guwa ni tak garang.

********

"Orait, skarang ni kita belajar pasal basic needs of animals pulak. Animals ni sama macam manusia. Keperluan asas dia tadi apa?? Air, food, water and ??..."

"Shelter!" 

"Good."

"Ok, cuba tengok gambar yang cikgu bagi dalam nota tu tadi."


"Haa, kenapa anak ayam tu mati?"

"Sebab mak die takde!" jawab sorang student guwa. Dari raut wajah dia, langsung tak menunjukkan yang dia bergurau. Jadi, guwa cuba tahan marah. 

"Hmm... memang lah mak dia takde. Tapi dia masih boleh hidup kan? Ok, sapa tau jawapan dia? Kenapa anak ayam tu mati?"

"Saya cikgu! saya! saya!"

"Ha, apa jawapan die Balkis?"

"Die mati sebab takde air!"

"Ok. Pandai. :) Binatang kalau takde air, dia akan mati. Sama macam manusia. Sebab apa?? Sebab air ialah salah satu basic needs binatang."

"Awak tau tak, unta kat padang pasir tu boleh hidup selama sepuluh bulan tanpa minum air??" Kali ni sengaja guwa bagi sedikit info buat student guwa yang masih hijau dalam kancah kehidupan.

"Sebabb... dia ada bonggol dekat blakang badan dia. Bonggol ni dalam dia ada air" terang guwa sambil melukis gambar seekor unta di white board.

Tiba-tiba telinga guwa sempat menangkap sesuatu.

"Teacher! Kenapa unta teacher macam zirafah je?" 

Cilake.

********

Jam di tangan guwa sudah menunjukkan pukul 9:45 minit malam. Ini bererti, guwa ada lagi lima belas minit untuk handle bebudak ni.

Guwa skarang dah masuk subtopik "Basic needs of plants" ataupun 'keperluan asas tumbuhan'. Tadi guwa ada terangkan secara details pasal salah satu keperluan asas tumbuhan iaitu sunlight, atau cahaya matahari. Guwa siap lukis gambar daun dan hubungkaitnya dengan cahaya matahari. Guwa cerita yang daun akan absorb cahaya matahari untuk buat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Guwa tanya "faham tak??", diorang jawab "fahammm...."

Jadi, guwa petik satu soalan sebelum mengakhiri kelas malam tu.

credit : Longman, Pearson Essential KBSR Science UPSR


"Ok, apa fungsi daun pada tumbuhan??"

Guwa tengok satu class senyap. Barangkali diorang leka buat latihan yang guwa beri tadi.

"Haa, Fatin. Cepat! apa kegunaan daun?" Kali ni guwa tukar pattern soalan biar senang dia faham.

"Hurmm..... buat herba, cikgu."


**********


Ok.

Minggu depan guwa dah boleh bawak rotan sama pembaris besi.


Haa?! Cikgu Zack ?!

Alhamdulillah. Hari ni 14 febuari 2011. Tahun ni umur pun da meningkat satu angka. Kerut-kerut dekat dahi ni pon dah mula kelihatan, menunjukkan tanda-tanda awal penuaan. Mujur itu ari akak guwa yang keje dekat damansara tu ada tinggal dia punye SAFI Rania Gold dalam bilik air. Boleh juga guwa lenjan. Tapi tak tau la kalau lelaki pakai ada efek ke tak. Guwa pakai sebat je. Kot kot la berhasil mengurangkan kedutan di muka, lepas ni boleh la guwa pegi reunion bebudak satu batch, sambil senyum, sambil tayang muka. Lepas tu kalau ada bebudak ni tanya "Eh! Zack ke ni??", haaa time tu boleh la guwa jawab sambil senyum, "Usia?? Ramai yang tak percaya..." macam dalam iklan tibi tu... Keh keh keh.


Orite. Laptop guwa dah ok. Line internet pon guwa baru pasang kelmarin. Guwa angkat broadband je pasal senang sikit guwa nak hangkut sana sini. So far, boleh tahan laa laju dia. Tak tau la kan kalau lepas seminggu nanti die buat perangai. Haa time tu memang guwa rebus je modem ni buat sup. Tak percaya tengok la!

******************
Guwa skarang ni dekat Malaysia. Dah dekat tiga bulan guwa rasa. Bulan sembilan nanti insya Allah kalau takde apa-apa, guwa sambung study dekat local uni. So, sementara nak tunggu tu, guwa buat part time sikit cari duit poket. 

Kisahnya bermula bila satu hari guwa dapat tau yang dekat Senawang ada interview nak cari guru tuisyen. Adik guwa punye member nama 'mail' yang rekemen. Guwa time tu dalam kereta on da way balik Seremban dari majlis kawen kawan kakak guwa dekat Melaka. Jadi, sampai rumah je guwa salin baju bagi semenggah sikit, capai file berserta sijil-sijil guwa, then terus pegi interview tu. Bayang la satu habuk pon guwa tak ready apa-apa time tu pasal guwa dah lambat. Interview pukul dua, tapi dua suku baru guwa sampai.

Owner pusat tuisyen tu pompuan. Dalam lingkungan 27-28 guwa rasa. Nak dipendekkan cerita, alhamdulillah guwa dapat keje kat situ. Guwa diberi amanah untuk mengajar subjek chemistry form5, physics form5 dengan science darjah 4,5 dan tingkatan 5. Giler tak giler. Tak pernah terlintas dalam kepala otak guwa ynag guwa bakal menjadi seorang pendidik. Ya! pendidik anak bangsa! Wah. Tetiba patriotik.

Jadi bermula lah kerjaya guwa sebagai seorang guru tuisyen di pusat tuisyen tu.. Pusat tuisyen apa? Haa, itu guwa terpaksa rahsiakan. Kang kejap lagi lu orang tau, dandan tu lu orang nak antar adik lu kat situ. Bukan guwa tak tau tu. Keh keh keh...

Jam pun da pukul 5 lebih. Macam biasa la, bile dekat Malaysia ni langkah guwa panjang sikit. Guwa nak pegi main bola dekat kompleks sukan Paroi. Malam sikit guwa sambung.



Related Posts with Thumbnails