Bila ingat-ingat balik time aku kekecik dulu, masa tu cikgu tak macam sekarang. Masa zaman tu, cikgu tak pandai bergaya sangat. Tudung pon skadar tudung biasa je. Takde batu-batu. Takde ropol-ropol. Tudung ekin, tudung wardina, tudung heliza AF sumer-sumer belum ada lagi. Baju kurung pulak corak bunga besar-besar warna terang. Kiranya, kalau cikgu datang, sebatu lagi jauhnya bebudak da boleh nampak. Punye silau. Masa tu mula la lintang pukang lari duduk tempat memasing. Menikus. Takut dengan cikgu.
Mana tak nya? Kalau ang ingat lagi, waktu tu cikgu semua ada pembaris kuning lebar tapak tangan, panjang die lebih kurang sedepa. Tujuan asal konon-konon nak guna untuk buat garisan lurus bile menulis kat papan hitam, tapi 'tujuan sebenar' die memang nak bagi bebudak takut. Toksah cakap banyak, aku dulu penah kena libas sekali kat tapak tangan gara-gara tak siap keje rumah bahasa melayu.
Waktu tu hukuman denda dilaksanakan mengikut budi bicara cikgu. Kalau kene cikgu yang baik, especially cikgu-cikgu pelatih, kalau ang buat bising, paling kejam pon die suruh ang diri atas bangku je. Kalau kene cikgu yang veteran hat pakai spek tebal bulat besaq bingkai itam tu, lain pulak hukuman die. Silap-silap ang kene diri luaq kelas sampai abis masa. Kalau stakat diri je takpe jugak, ini siap kene ketuk ketampi lagi.
Bercakap soal denda dan hukuman ni, ada satu nama yang masih segar dalam ingatan aku. Puan Hartimah. Cikgu geografi aku masa tingkatan tiga. Die punye style lain sikit.
Kalau ang tertidoq atau berborak time die tengah mengajaq, satgi die toleh die lempaq kapur, duster, dan kadang-kadang pen ke arah ang. Kalau jenis yang buta tuli tak reti nak mengelak tu, alamatnye memang sah-sah makan kapur kat dahi.
Tapi dalam banyak-banyak cikgu, yang paling taiko di kalangan cikgu ada dua jenis je.
Cikgu disiplin (Hal Ehwal Murid) ngan Cikgu kemahiran hidup. Dua jenis cikgu ni dikenalpasti cukup berbahaya. Dan selalunya, jawatan ni disandang oleh kaum lelaki. Istilah "lelaki" kat sini dengan erti kata lain, lelaki yang memang lelaki. Bukan 'lelaki adik-adik' hat main tepuk tampaq dengan student pempuan tu.
Ingat lagi cikgu disiplin kat skolah aku dulu. Sabarudin ke hapa ntah nama die. Lebih kurang gitu la. Die punye penampar, ang toksah citer. Tapak tangan die macam kertas pasir gred 3. Mak datok punye kasaq. Kalau dia nampak ang pakai baju skolah tak masuk dalam sluaq (tuck in) , siap la ang. Memang masak punye.
Dari pengalaman memember aku yang bercerita, kononnya cikgu Sabarudin ni dulunya bekas tentera. Isteri die tinggalkan die sebab tak tahan dengan sikap panas baran dia. Panas baran macam mana? Ha, ada skali tu bebudak skolah tak berdiri tegak masa nyanyi lagu Negaraku. Abis je time perhimpunan, die panggil bebudak tu, lepas tu sorang-sorang kene tarik sideburn tinggi-tinggi.
Pergh! Terjengket-jengket hamba Allah tu dibuatnya. Kalau ang tak pernah rasa, pi suruh member ang tarik sideburn ang. Kalau ang dapat bertahan dalam lima minit, ang hero! serius.
Ada satu kes yang buat aku ingat kat die sampai la ni...
Waktu tu aku form 3. Macam biasa petang tu, lepas class aku mesti singgah library pinjamkan buku siri penyiasatan EnidBlyton untuk mak aku. Ya, ang tak salah baca. Memang untuk mak aku pon.
Masa tu mak aku cukup berhantu dengan buku-buku cerita penyiasatan macam NancyDrew, Tiga Penyiasat (Jalil, Gopal dan AhMeng), Siri Penyiasatan Salma, dan entah hapa-hapa lagi ntah. Kadang-kadang jadi keje plak aku nak kene balik lambat semata-mata nak pulangkan buku-buku tu.
Ok, lepas pinjam buku tu, aku pon buat selamba je la kluaq dari library tu. Tiba-tiba tengah aku capai beg kat rak kasut luar tu, dari jauh aku dengaq sayup-sayup ada suara...
"Kamu..."
Aku toleh. Aku nampak die berjalan ke arah aku. Langkah die perlahan tapi garang. Masa tu jantung aku da berdegup laju dah. Peluh jantan, peluh betina semua da mngalir dah...Terasa ada awan hitam atas kepala aku. Kalau dalam komik, dah siap kluaq petir kilat sabung menyabung dah time tu. Punye la takut.
"Saya ke? " jawab aku terketaq-ketaq lepas perhatikan takdak orang lain kat kiri kanan aku.
"Ya. Kamu."
Kali ni die dah berdiri betul-betul 50 sentimeter depan aku. Sebelah tangan pegang buku rekod prestasi murid-murid. Sebelah tangan lagi dok elok dalam poket seluaq.
"Ada apa cikgu?" satu soalan yang ringkas tapi cukup padu aku bagi kat dia.
"Kamu tanya saya ada apa?"
Aku diam. Tunduk menikus.
Aku dapat rasakan bunyik tapak kasut dua tiga pelajar yang dari tadi dok berborak kat depan library tu sayup-sayup semakin pudar, tanda diorang dah blah. Aku belek kasut aku. Putih, tali terikat kemas. Takde apa salahnya kat situ.
Aku tengok baju skolah aku, masih lagi dalam sluaq. Kemas lengkap dengan lencana dan tanda nama... Dah tu, apa yang tak kena? kepala aku da semak. Jiwa jadi tak tenteram. Dalam kepala dok terbayang penampaq cikgu Sabarudin je. Ini kang, kalau kata aku kene penampar, memang aku mogok ngan mak aku tak pinjam buku sebulan! Tak pecaya, tengok lah nanti!
"Kamu tau hari ni hari apa?"
Soalan die mematikan segala persoalan yang baru nak timbul dalam benak aku.
"Err..Isnin cikgu."
Ya Allah. Aku lupa aku dah tertanggal necktie tadi waktu bunyik loceng tamat class! Mana aku tau nak jadi macam ni. Kat skolah aku dulu, setiap Isnin memang wajib pakai necktie. Tapi bile da abis class, standard la kalau nak tanggal necktie. Panas kot! "Tolong la jangan pukul saya cikgu..." aku merayu dalam hati...
"Saya tak sengaja cikgu...Lain kali saya tak lupa lagi. Janji!".
Terpacul kata-kata tu sambil aku terhegeh-hegeh keluarkan necktie dari poket kanan seluar warna hijau tua aku.
"Isnin ya?" soal cikgu Sabarudin lagi. Aku rasa kali ni die nak carik salah aku yang lain.
Aku mengangguk perlahan..."ya cikgu..."
Peluh dingin dah mengalir dari celah songkok aku...
"Terima kasih... Saya mati-mati ingatkan hari ni hari Selasa. Haha..."
Jawab Cikgu Sabarudin ringkas sambil beredar pergi dari situ meninggalkan aku sorang-sorang bersama seribu lapan belas ratus persoalan yang sampai hari ni aku tak tau apa modus operandi nya...
Ada sapa-sapa boleh tolong jawab?
Mana tak nya? Kalau ang ingat lagi, waktu tu cikgu semua ada pembaris kuning lebar tapak tangan, panjang die lebih kurang sedepa. Tujuan asal konon-konon nak guna untuk buat garisan lurus bile menulis kat papan hitam, tapi 'tujuan sebenar' die memang nak bagi bebudak takut. Toksah cakap banyak, aku dulu penah kena libas sekali kat tapak tangan gara-gara tak siap keje rumah bahasa melayu.
sekadar gambar hiasan.
Bercakap soal denda dan hukuman ni, ada satu nama yang masih segar dalam ingatan aku. Puan Hartimah. Cikgu geografi aku masa tingkatan tiga. Die punye style lain sikit.
duster
Tapi dalam banyak-banyak cikgu, yang paling taiko di kalangan cikgu ada dua jenis je.
Cikgu disiplin (Hal Ehwal Murid) ngan Cikgu kemahiran hidup. Dua jenis cikgu ni dikenalpasti cukup berbahaya. Dan selalunya, jawatan ni disandang oleh kaum lelaki. Istilah "lelaki" kat sini dengan erti kata lain, lelaki yang memang lelaki. Bukan 'lelaki adik-adik' hat main tepuk tampaq dengan student pempuan tu.
Ingat lagi cikgu disiplin kat skolah aku dulu. Sabarudin ke hapa ntah nama die. Lebih kurang gitu la. Die punye penampar, ang toksah citer. Tapak tangan die macam kertas pasir gred 3. Mak datok punye kasaq. Kalau dia nampak ang pakai baju skolah tak masuk dalam sluaq (tuck in) , siap la ang. Memang masak punye.
Dari pengalaman memember aku yang bercerita, kononnya cikgu Sabarudin ni dulunya bekas tentera. Isteri die tinggalkan die sebab tak tahan dengan sikap panas baran dia. Panas baran macam mana? Ha, ada skali tu bebudak skolah tak berdiri tegak masa nyanyi lagu Negaraku. Abis je time perhimpunan, die panggil bebudak tu, lepas tu sorang-sorang kene tarik sideburn tinggi-tinggi.
sideburn.
Pergh! Terjengket-jengket hamba Allah tu dibuatnya. Kalau ang tak pernah rasa, pi suruh member ang tarik sideburn ang. Kalau ang dapat bertahan dalam lima minit, ang hero! serius.
Ada satu kes yang buat aku ingat kat die sampai la ni...
Waktu tu aku form 3. Macam biasa petang tu, lepas class aku mesti singgah library pinjamkan buku siri penyiasatan EnidBlyton untuk mak aku. Ya, ang tak salah baca. Memang untuk mak aku pon.
Ok, lepas pinjam buku tu, aku pon buat selamba je la kluaq dari library tu. Tiba-tiba tengah aku capai beg kat rak kasut luar tu, dari jauh aku dengaq sayup-sayup ada suara...
"Kamu..."
Aku toleh. Aku nampak die berjalan ke arah aku. Langkah die perlahan tapi garang. Masa tu jantung aku da berdegup laju dah. Peluh jantan, peluh betina semua da mngalir dah...Terasa ada awan hitam atas kepala aku. Kalau dalam komik, dah siap kluaq petir kilat sabung menyabung dah time tu. Punye la takut.
"Saya ke? " jawab aku terketaq-ketaq lepas perhatikan takdak orang lain kat kiri kanan aku.
"Ya. Kamu."
Kali ni die dah berdiri betul-betul 50 sentimeter depan aku. Sebelah tangan pegang buku rekod prestasi murid-murid. Sebelah tangan lagi dok elok dalam poket seluaq.
"Ada apa cikgu?" satu soalan yang ringkas tapi cukup padu aku bagi kat dia.
"Kamu tanya saya ada apa?"
Aku diam. Tunduk menikus.
Aku dapat rasakan bunyik tapak kasut dua tiga pelajar yang dari tadi dok berborak kat depan library tu sayup-sayup semakin pudar, tanda diorang dah blah. Aku belek kasut aku. Putih, tali terikat kemas. Takde apa salahnya kat situ.
sekadar hiasan