Showing posts with label tragedy. Show all posts
Showing posts with label tragedy. Show all posts

Kite ingat lagi...

(soundtrack)

 
  
  
  
  
  
  
  
  
  
  


p/s : 

What Is A Dad?
 
A dad is someone who wants to catch you before you fall
but instead picks you up, brushes you off,
and lets you try again.

A dad is someone who wants to keep you from making mistakes
but instead lets you find your own way,
even though his heart breaks in silence
when you get hurt.

A dad is someone who holds you when you cry,
scolds you when you break the rules,
shines with pride when you succeed,
and has faith in you even when you fail...

Sejarah negeri Melaka

Jam da dekat pukul 1 pagi. Macam biasa, time-time macam ni aku memang tak tido lagi punya. Konfem. Aku bukak footytube.com, bantai layan replay MU blasah Arsenal itu ari. Baru sampai part Nani score sebijik, tetiba ada satu message masuk inbox fesbuk aku.

click la untuk baca lebih jelas. 

Kisahnya, ada member aku, anym nak mintak tolong. Die ada assignment untuk subjek "Malaysian Studies". Tugasannya - buat satu komik berkisar tentang sejarah dalam Malaysia.

Aku tanya die, brapa banyak storyline die nak ? Die kata 6 keping wajib ada. 

Aku tanya lagi, bile deadline? Die jawab "esok pagi, jam semilan".

Ok, nice! skang da pukol 1 suku pagi. Tapi takpe. Rileks. Jangan gelabah. Kite mesti cool.

Aku carik incik google, aku usha barang seminit dua. Lepas pikir-pikir lebih kurang, aku pick tajuk Sejarah Melaka. Simple.

Aku terus balas mesej anim.



Die da stuju, aku pon mula bukak photoshop. Mata aku tak lari tengok jam kat desktop komputer. Bukan apa, aku kesian kat anym. Aku suruh die tido dulu, sebab aku takut aku lambat siap. Nanti kalau da setel, aku email la. Die kata die nak tunggu. Ok,fine. Aku pon start la melukis... dan ini lah hasilnya...Sila jangan ketawa.

 

Siap!
Anym kata die puas ati. Aku ketawa terkekek-kekek bile tengok hasil keje aku sendiri. Macam bebudak tadika melukis!

Teringat subjek sejarah kat skolah dulu. Kalau la buku teks sejarah tu ada gambar-gambar cam aku lukis ni, sumpah aku tak tido dalam class! hakhak.

***********************************


p/s : Yang sebenarnya, aku malas nk buat entry untuk ari ni. Tu yang aku publish mende alah ni. Hakhak! Anyway anym, lu utang guwa mee goreng basah satu ok?

Saya sayang awak...

(soundtrack)



 
 
 
 
 
 
 
 
 

p/s :
I’m scared to care too much, to miss too much, to feel that rush once more, to love again at the risk of getting hurt. But what I fear most is the thought of you leaving me, when I’ve already conquered those fears for you. 


Jangan bercakap dalam jamban

Mengimbau semula detik-detik Malaysia pada zaman awal merdeka dulu, waktu tu kalau di kampung-kampung, jamban memang dibina berasingan dari rumah. Masa tu teknologi kita tak berapa hebat lagi.



Masa tu, aku mula pikir apa logiknya jamban dipisahkan dari rumah? Apa bezanya jamban dan bilik air? Kenapa jamban sering dianak tiri kan?

Orang putih kata 'smell travels.', dan mungkin sebab ni, jamban diasingkan dari rumah. Logik jugak. Ye la, buat nya abang aji baru balik kedai kopi pekena sambal petai campur telur asin, balik2 rumah nak melepas hajat, masalah besar jugak tu. So, kalau da jamban jauh dari rumah, kira bau tu tak la sekejam biasa. Kira sampai kat pangkal idung je la. Ok la skit kan?

Tapi, bebudak kampung dulu-dulu berani. Tak macam bebudak ari ni. Dulu, blakang rumah ada hutan. Nak pegi ngaji pon kene lalu kebun getah. So, bebudak dulu memang handal-handal belaka. Stakat jumpa ular senduk, ditibai nya dengan kayu.

Ingat lagi mak aku cerita pengalaman dia kecik-kecik dulu. Masa tu, satu malam tu dia tak boleh tido. Perut sakit. Tak tahan sangat agaknya, dia ajak mak long aku teman die ke jamban. Time tu dalam pukul 1 pagi kot. Mak long aku tu plak mengantuk,tapi die temankan jugak la. Siapa tak sayang adik kan?

Demi nak menghilangkan rasa takut, mak aku yg tengah berak dalam jamban tu buat-buat la berborak ngan mak long aku yg tunggu kat luar tu.


Mak : Long, sorry la. Aku sakit perut sesangat ni. Kalau tak, takde nye aku nak nyusahkan kau.
Mak Long : (Diam...takde jawapan)
Mak : Long! Kau ada tak tu?

Langsung takde jawapan dari Mak Long aku. Senyap sunyi...Yang ada cuma bunyik unggas.

Mak : Long, kot ya pon ngantuk, jangan la tido kat situ. Skit je lagi ni ha! Ntah apa yang mak bubuh dalam sardin tadi, abis perut aku memulas-mulas...Hadoii!

Kata-kata mak aku masih lagi tak disahut...

Mak aku dah cuak. Takut punya pasal, mak aku da nak baca surah fatihah dah, tapi ngenangkan dia dalam jamban, so mak aku tak jadi baca. Dia capai lampu minyak tanah, dia halakan ke celah pintu jamban tu. Dulu-dulu jamban kayu je. Kira memang senang la nak skodeng. Skali samar-samar die nampak ada lembaga putih rambut panjang tengah duduk mencangkung. Lembaga tu langsung tak bergerak. Jarak dia dgn lembaga tu ada lah dalam semeter.

Mak aku da nak nangis da. Tapi tu bukan pengalaman pertama mak aku jumpa antu. Teringat kata-kata wan (nenek) aku, "kalau jumpa benda pelik, jangan ditegur". Mak aku terus senyap tak kata apa-apa.

Habis je berak, die terus pecut lari masuk bilik. Selimut.

Dia tengok Mak Long aku tengah nyenyak membuta. Die gerakkan Mak Long aku.

Mak : Long, sampai ati kau kan?...
Mak Long : Mendenye Mah... ( Mah = nama timangan mak aku)
Mak : Esok-esok kalau kau mintak aku teman, jangan harap aku nak teman!
Mak Long : Kau merepek mende ni? Tido la..esok nak keje...(mak aku keje kilang masa muda2 dulu)

Mak : Ah,dah la kau Long. Serik aku nak tolong kau lagi pasni.
Mak Long : Eh, kau ni nape? Tengah-tengah malam marah2 aku ni?
Mak : Yang kau tinggalkan aku tadi apsal?
Mak Long : Tinggalkan? Ko cakap apa ni Mah?

Mak : Tadi masa aku berak, ko lari masuk rumah kan? Aku tau kau ngantok Long...tapi aku bukan slalu mintak kau teman aku. Jangan la tinggal aku sorang2 kot ya pon.
Mak Long : Mah...Sumpah Mah! Aku tak tau apa kau cakap ni. Bila masa plak aku bangun?
Mak : Eh?! Sapa plak yang teman aku tadi, kalau bukan kau?

Mak Long : ....

Mak Long : Dah dah.. Benda da jadi. 'Dia' tak mengikut kau balik, da cukup bagus. Lain kali kalau nak kejut aku, picit ibu jari kaki. Kau da lupa ke apa Mak ajar?

Kata wan (nenek aku) aku, kalau nk kejut orang bangun, picit ibu jari kaki dia, sebab roh kita keluar masuk ikut situ. Betul ke tak, Wallahualam. Tapi kalau ikut sistem refleksologi yg aku dengar, ibu jari kaki memang tempat saraf bahagian otak kepala berkumpol... sbb tu bila kejut tekan ibu jari kaki, biasanya orang akan bangun.

Esoknya, mak aku terus cerita kat arwah wan aku. Wan (nenek) aku cakap, "lain kali jangan bercakap bila dalam jamban." Jamban tu rumah syaitan. Tempat jin bertendang...


.

Drama sebabak 2

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan usahasama Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Kg. Piatu
membawakan sebuah lagi drama tragis yg berjudul...


Arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
Skrip oleh : ZackZukhairi

(note : sila klik soundtrack ni sambil baca, utk lebih feel.)


Khamis,31 Disember 2009
Di taman asuhan kanak-kanak Taman Cempaka, Kuala Lumpur.


Adik : Ayah! Ayah! Kejap tau! Adik nak salam cikgu Husni dulu.
Ayah : Ha, ya. Ayah tunggu ni. (sambil tersenyum di depan pintu pagar)

Beberapa minit kemudian,kelihatan kelibat anak kecil bernama Misya yg baru berusia 4 tahun itu terkedek-kedek berlari ke arah ayahnya. Ditangan nya tergenggam erat segulung kertas lukisan putih.

[Dalam kereta menuju ke rumah]

Adik : Ayah, tadi kan...kat skowah cikgu Husni suwuh lukis tajuk 'Bebas'. Cikgu adik kata, lukisan adik cantik tau! Ayah tengok la ni. Cantik tak? (sambil menunjukkan kertas lukisannya.)
Ayah : Adikk...ayah tengah drive ni. Nanti sampai rumah, ayah tengok ya?
Adik : Ala ayah...sekejap je. Please...
Ayah : Adik...kan ayah kata ayah tengah drive ni?


Misya akur. Digulungnya semula kertas lukisan tu tanpa banyak soal.

Setibanya di rumah, anak kecil tu terus berlari mendapatkan ibunya di dapur.

Adik : Ibu Ibu! Cepat tengok lukisan adik ni! Cantik tau! (sambil berlari)
Ibu : Ye ke? anak ibu lukis apa? (jawab ibunya acuh tak acuh sambil menyambung kerja di dapur)
Adik : Ala... Ibu tengok la dulu. (sambil menarik apron yg dipakai ibunya)
Ibu :  Ya sayang...kejap lagi ibu tengok ya? Ibu tengah masak ni.
Adik : Semua orang pon tak nak tengok lukisan adik... (sambil menjuihkan bibirnya.)
Ibu :  Cuba adik pergi tunjuk kat ayah. Ibu tengah masak ni.

Mendengar kata ibunya, dia terus ke ruang tamu mencari ayahnya.
Encik Mansur sedang membaca surat khabar.

Adik : Ayah, tengok la lukisan adik ni. Cantik kan?
Ayah : Cantik! Pandai adik lukis. (Sambil matanya tak lari dari surat kabar yg dibacanya)
Adik : Ayah tengok la betul-betul! (ujar Misya sedikit merajuk dgn layanan ayahnya yg acuh tak acuh)
Ayah : Adik...Ayah baca surat kabar ni. Ayah letih baru balik kerja. Adik simpan dulu. Nanti malam ayah tengok? Ok?

Melihatkan semua orang seperti tak menghiraukannnya, Misya terus mengangkat beg skolahnya dan masuk ke bilik.

*****************

Malam tu selepas makan malam,sekali lagi Misya datang ke ruang tamu dengan lukisan yg hampir keromot di tangannya. Sememangnya lumrah anak kecil, memang tak pernah putus asa... Perlahan-lahan dicuitnya bahu ayahnya yang sedang menonton tv.


misya? teettt! bukan! ni anak sedara aku.

Adik : Ayah... ni lukisan adik... (nadanya lemah)
Ayah : Adik, kejap ya? Ayah nk tengok berita ni. Pergi tunjuk kat mak.

Dilihatnya mak sedang sibuk mencuci pinggan.
Langkahnya longlai menuju ke arah ibunya namun digagahkan juga. Matlamatnya cuma mahu lukisan nya dilihat oleh ibunya.

Belum pon sempat dia berkata apa-apa...Ibunya terlebih dahulu bersuara,

Ibu : Ya adik, mak tau. Tapi kejap lagi laa...Kan mak sibuk ni?

Adik : Ok... (sayup suaranya...)

Misya balik ke kamarnya. Dipegangnya erat lukisan tadi. Tidur.

*************************

1 Januari 2010,pagi.

Ibu : Adik!! (Jerit ibu dari bawah.) Bangun sayang. Sarapan.
Adik : Sekejap bu.
 (jawab Misya sambil membetulkan keromot pada lukisannya gara-gara terhimpit semasa tidur semalam)

Di meja makan.

Adik : Ibu, semalam ibu janji nk tengok lukisan adik...
Ibu : Makan dulu sayang. Nanti sejuk mee ni. Kejap lagi lepas mandi wangi2, baru ibu tengok ya?
(jawab ibunya sambil senyum)

Agaknya sudah bosan dengan alasan ibunya, gadis kecil tu terus diam tanpa banyak soal.

******************

Sesudah mandi dan bersiap, di carinya ayahnya di bilik tidur.

Adik : Ayah, bangun la. Tengok lukisan adik ni...
Ayah : Adik...ayah mengantuk ni...Kejap lagi ya sayang?
(ujar ayahnya sambil menarik selimut...)

**********************

Misya turun ke halaman rumah. Krayon ditangan kirinya. Kertas lukisan di tangan kanannya.

Angin bertiup kuat.

Kertas lukisan Misya terbang sehingga ke kaki lima depan pintu pagar rumahnya...

Berlari anak kecil tu mendapatkan kertas lukisannya.
Tiba-tiba....

DAMMM!!!
Sebuah kereta Wira berwarna silver merempuh jasad kecil tu secara tak sengaja...

Darah membanjiri jalan...

"Ya Allah! anak aku!"

Misya dengar suara tu...tapi semakin lama semakin sayup...

Adik : Bu...lukisan adik....
(sambil menyentuh pipi ibunya. Tangan nye berlumuran darah. Merah dan pekat.)

"Ya Allah! Abangg!! Anak kita bang!!"
(jerit Puan Anita memanggil suaminya...)

***********************

2.15 petang, Hospital Besar Kuala Lumpur.

Doktor : Maafkan kami tuan...puan...Kami da cuba sedaya upaya kami. Pendarahan die terlalu serius. Maafkan kami...

******************

Hari ni...

1 haribulan januari 2010...

Tiada lagi rengekan anak kecil yang bersungguh-sungguh mahukan perhatian.

Yang tinggal cuma...sekeping kertas lukisan berlumuran darah.








  p/s : aku rasa aku tak boleh buat citer sedih ar. hakhak.

Knapa aku anti org indonesia

Rasanya tajuk ni sgt common. Bile cakap pasal indonesia-malaysia, konfem memang xde ending! Orang sini dok kata orang sana tu kuli, orang sana plak dok kata orang kita 'maling-sia' (pencurik). Pada aku, apa pon reason ang, tu bukan sebab knapa aku harus benci orang indon indonesia. Aku punya sebab aku yg tersendiri. "i have my own reason" bak kata omputih. Ah,berak ang la! hakhak.



Sebelum aku start story, kite dengar dulu apa keluhan orang kita berhubung masalah ni.



 Mak Temah,51 (kampung tiram, slangor) : "Kadang2 abis telo ayam makcik kene rembat ngan mat-mat indon kat sini. Diorang ni bukan tau respect,kalau nk mintak la. Bukan stakat telo ayam, nasik ayam pon mak cik boley bagi arr! jgn ar curik2."


Pn. Embung,45 (kuala pilah) : "Akak memang takdo bagi muko kat dioghang ni! oghang gaji akak oghang indoneshia. Dio mano berani ngan akak. Itu ari, dio main konyit-konyit mato plak ngan abang akob (suami) kau, akak tibai kepalo dio ngan besen."



Couple,18 (kay-hell) : "ntah ar bro, we all pon sumtimes jadi takot2 gak nak dating especially kat area petaling street ni. Rasa da macam kat jakarta da ni. Banyak sangat mat indon. Kang x pasal2 duit wa kene pau, awek wa die kenduri."


"So,ang plak camne zack? apa alasan ang benci indon? 
Haa...aku tau! ni mesti pasal akak ang kawin lari ngn laki lombok ni! wakaka" 


Ha,ye la sangat. Aku sontot jubo ang ngan pembaris besi satgi baru tau.



Ini cerita tahun lepas. Waktu tu aku balik malaysia cuti mid sem. 
Nak dijadikan cerita, satu ari tu aku turun KL. Area lowyatt. Aku ingat nk unlock henset jepon aku. For your info, henset jepon ni x boley guna kat malaysia. Diorg bubuh security code ntah pemende ntah. So,pagi tu around 10 a.m aku da ada kat sana (lowyatt). Tak ramai orang lagi time tu.




Tengah aku melangak jalan2 dok carik kedai enset tu, tetiba ada satu group laki indonesia 5 orang masing2 dalam baya 40-an datang approach aku. 


"Ni apahal plak ni?" hati aku da pikir bukan2 da. 
 Ni kang x pasal2 kena pau gak aku ni kang.


"Mas,maafin ganggu. Kami baru nyampei (sampai) ke kuala lumpur. Mau pergi KL central. Ini ada peta (sambil menunjukkan peta KL kat aku) , tapi ngak ketemu stesen keretapi nya mas. Boley bantuin ngak mas?"


Aku tengok diorg ada gaya macam orang baru 1st time sampai KL. Masing2 lengkap ngan backpacker. Siap bawak map lagi tu.



sesapa yg tak tau, ini la backpacker.

"Mau bantuin gimana nih?" tetiba terkeluar menda alah ni dari mulut aku. Ah sudah! ni kes slalu teman mak aku tengok 'bawang merah bawang putih' punya pasal la ni.



"dah tu, ang pcaya ka zack?"


Memula mmang x caya. Tapi ksian plak kat diorg. So, aku tuding pakai jari je ar sambil briefing jalan nk ke stesen keretapi.


"Mas turunin tangga ni, lepas tu belok kiri, sampai ke bla bla bla...jumpa la stesen tu". (dengan gaya seorang tourist guide)


"Boleh tolong tunjuk kan gak mas? kami mau pantas ni."


"Tapi,saya tak ada masa ni. Saya ada hal." 
(banyak songeh plak kau,aku da tolong.)


Pastu laki tu balik kat group die, bcakap2 dgn bahasa yg aku x paham sepatah haram pon. Seminit pastu,dia datang balik kat aku...



"Mas, mas ambil duit 50 ringgit ni. Tolong kami mas. Tunjukkan jalan"


"Wah! duit free di pagi hari!"-bisik ati aku. 

"Eh,bukan gitu mas. Saya bukan mahu wang, saya ngak punya waktu ni" jawabku jujur. Nampak je muke aku bangsat camni, tapi hati aku suci. hakhak.


Tapi,at last aku tolong gak. Aku turun elevator, guide diorg jalan ke stesyen krtapi. Ntah macam mana pagi tu aku bawak diorg ikut lalu blakang area car park tu. Aku pon xtau apsal. Kena pukau ke aku? 




Tetiba, salah sorang dari indon tu tolak aku kat dinding. Aku rasa ada benda tajam kat leher aku. Pisau.

Dua orang lagi dok pegang tangan aku. 
Aku da pikir mati je da time tu. 


"Jangan bising, kalau ngak mau mati". 
Apa la kudrat aku nk melawan kalau da smpai 3 orang pegang aku. Siap ngn pisau plak tu. Stone cold pon pikir tiga kali kot nak fight back.


Diorg punggah wallet aku. Duit dalam 3 rat ilang camtu je. (dah la duit 50 inggit tadi aku x amik. gampang tol. ). Henset yg aku nk unlock tu pon kene rembat. 


Agak sial tak? 
Pastu, diorg suruh aku diam jgn gerak. Kalau tak, diorg bunuh aku. Dalam 5 saat pastu, aku toleh blakang diorg da xde. 

 Aku da x pikir banyak. Aku idup lagi pon da syukur da. IC, lesen sumer die x rembat. Ada gak la keperimanusiaan diorg meninggalkan aku syiling. Aku call cousin aku, die datang amik. Pastu, kitorang pusing2 area KL konon2 nk carik mamat2 indon tu tapi x jmpa. Mesti ar diorg da blah ye tak?


Sejak pada itu hari, aku benci orang indonesia especially lelaki.





p/s : tapi aku suka sandra dewi! wadafak?! hakhak.



Related Posts with Thumbnails