Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Drama sebabak 4

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
kembali lagi dengan sebuah drama komedi romantis
arahan sepenuhnya oleh Zackzukhairi
berjudul...

Penerbit : Zackzukhairi
Skrip : Zackzukhairi

Sabtu, Kg. Hulu Tiram, Kedah.
Di sebuah perhentian bas...

Amat : Celaka kau Roy! aku ingat ang da mati! Hakhak!
Roy : Kuang ajaq lu! Haha. Mati mende nye!. Bertambah 'sihat' lagi ada la! (sambil menggosok2 perutnya yg memboroi tu)
Amat : Ye laa...Aku ingat ang da tak jumpa dah jalan balik ke kampung ni...Orang bandar la katakan~ (sambil mendongak ke langit)
Roy : Ceh! Aku ingat laa...busy skit je. Company tempat aku keje tu, tiap-tiap bulan ada je tender baru masuk. Tak menang tangan dibuatnya. Tu yg aku jarang dapat balik.
Amat : Ah sudah la ang Roy! Alasan!
Roy :  Aduhai...Sejak bile plak ang pandai merajuk ni? Dah macam awek-awek la pulak! Hakhak
Amat : Haha. Celaka!



Amat : Walawei! Ni kete ang ke ni ?! 
Roy : Tak ah! kete arwah nenek aku! Haha
Amat : Cinabeng! Cakap ar betol-betol.
Roy : Bongok! haha. Kete aku la! Amacam ? 
Amat : Pergh! Ang jual dadah ke apa kat Kelumpo tu? Kaya giler!
Roy : Ish! ada plak. Ala mat... Alhamdulillah la ada rezeki lebih skit..

Roy : Eh, apa sembang kat sini! Tak reti-reti ke nak naik?
Amat : Ish, segan la! Kreta mahal-mahal cam ni, mana layak aku nak tumpang. Buat kotor kete ang je.
Roy : Dah-dah, takde drama-drama. Naik cepat sebelum aku rembat bontot ang.
Amat : Haha. Ok ok...

Dalam kereta

Amat : Brapa ang beli kreta ni? Mahal tak? Agak-agak kalau aku jual motor peninggalan arwah bapak aku tu, boley angkat sbijik tak?
Roy : Honda kapcai bapak ang tu? Haha! buang lombong je la!
Amat : Ces! Siot.

Tiba-tiba, sedang diorang rancak berbual, lalu kelibat seorang wanita di tepi jalan...
Berbaju kurung, free hair. Rambutnya hitam mayang. Lenggoknya cukup menggoda. Potongannya 34-26-36.. Pendek kata memang cun ah!

(background music)



Roy : Eh mat! sapa tu?! (tak berkelip mata nmpak awek cun)
Amat : Mana? Awek baju itam tu ke?
Roy : Ha'ah! Ang kenal ke?
Amat : Laa...apa tak kenal plak! Apsal, ang berkenan ke?
Roy : Giler ah! baru 3 bulan aku tak balik kampung, tup-tap-tup-tap da ada awek cun plak kat kampung ni. Tak boley jadi ni.
Amat : Hentikan niat ang Roy...Ang tak kenal budak tu lagi.
Roy : Apsal? Budak tu kaki kikis ke? Hakhak...Ang jgn risau la Mat. Ini Roy la! Silap jantan ar mau kikis!
Amat : Wah...cakap besaq!
Roy : Ang tak percaya?! Ha, esok aku ayat die! Hehe. Ang tunggu la.
Amat : Sukati ang la Roy...hakhak.

**************************************************************


Keesokan harinya...
Di lokasi yang sama...
Seperti kebiasaannya, Roy akan menghabiskan cutinya dengan berfoya-foya di pekan. Kononnya mahu mencuci mata dengan awek-awek kampung...Tiba-tiba...

"Eh, tu macam awek semalam"- (bisik hati kecik Roy)

Kereta diperlahankan, rambut disikat kemas, ayat diatur rapi, cermin tingkap diturunkan perlahan...

Roy : Assalamualaikum sedari.
Awek : Wa'laikumsalam. (senyum menggoda! maklum la...BMW tu! )
Roy : Sedari nak ke mana? Boleh saya hantarkan?
Awek : Oh, tak pe... saya nak ke pekan. Cari benang jahit skit.

"Benag jahit? wah! ini betul-betul kampong mari punya!" bisik hati kecil Roy.

Roy : Naik lah. Kebetulan saya pon nak ke pekan ni. (sambil turun dari kereta dan membukakan pintu)
Awek : Tak susahkan awak ke?
Roy : No no...my pleasure!
Awek : Apa tu?
Roy : Oh..takde pape. (sengih)

"Awek ni memang innocent! confirm masih dara.com! "Roy ketawa dalam hati.

Roy : Semalam saya ada nampak awak lalu sini...Tak sangka plak hari ni pon dapat jumpa awak lagi. Macam ada jodoh plak kan? hehe.
Awek : (senyum). Saya memang selalu lalu kat kawasan ni. Rumah saya blakang tu je. (menuding jari arah rumahnya)
Roy : I see..
Awek : Saya tak pernah nampak awak pun kat kampung ni. Awak duduk area sini ke?
Roy : Oh, tak la. Saya duduk KL. Kerja kat sana. Tapi rumah orang tua saya kat sini...
Anway...saya Roy... (tangan di hulur)
Awek : Saya Kamalia...panggil je Lia. (senyum)

Menyedari salam tangannya tak disambut, Roy terus meng'cover' malunya dengan mengalihkan tangan ke gear kereta. Com'on Roy! Ang tak boleh samakan awek bandar ngan awek kampung!

Setibanya di pekan...

Roy : Lia...kalau tak jadi keberatan, boleh tak kalau saya nak teman awak?
Awek : Emm.... (diam)
Roy : Tak boleh ya? Takpe2.... Saya faham. It's ok. (senyum control)
Awek : Bukan macam tu... Awak tak malu ke jalan ngan saya ? Lia ni budak kampung je...
Roy : Laa...! Apa nak malu pulak! Saya yang patut cakap camtu. Lia tu da la cantik! Segan je nak jalan ngan Lia...

Awek : Hehe. Ada-ada je awak ni. (senyum.) Kalau awak betul tak malu, jom la.
Roy : Heh! Saya memang tak malu pon! Especially ngan awak. Hehe.

Awek : Tak payah la ber'awak-awak' dgn saya... Panggil je saya Lia. (senyum)
Roy : Oh, ok ok. Hehe.. Lia pon sama. Panggil je saya Roy. Nak lagi sweet, panggil 'abang' pon boleyh~! Hehe. (roy mula memancing)
Awek : Ok...Baiklah abang Roy! Hihi

"Wah! Senangnya nk tackle awek ni!"

Dari satu kedai ke satu kedai mereka singgah. Dan sepanjang perjalanan tu jugak la Roy tersengih-sengih. Gayanya seperti orang baru kali pertama jatuh cinta!

Semua orang di sekeliling hanya melihat dan memerhatikan gelagat mereka berdua. Mungkin mereka jeles dengan Roy kerana Roy ada awek cun. "Ah! pedulikkan mereka!" kata Roy...

Roy : Lia..perasan tak?
Awek : Apa?
Roy : Orang-orang ni asyik pandang kite je dari tadi. Lia tak pelik ke?
Awek : Orang kampung ni memang macam tu. Tak boleh tengok orang jalan berdua. Ada je yg tak kena kat mata diorang.
Roy : Tu la... tak spoting langsung!

Dipendekkan cerita,tiba-tiba...

Awek : Abang...Lia nak gi toilet jap la.
Roy : Oh, ok. (senyum)
Awek : Abang pegang henbeg Lia kejap ya? Kejap je...
Roy : Ok sayang! Hehe.
Awek : Nakal! Hihi

***********************************************************

Dah 2 minit Lia pergi...

Hati Roy pulak macam tak sedap.

"Pelik. Apsal plak aku kene pegang henbeg dia? Bukan selalu perempuan bawak henbeg masuk toilet ke? Biasanya tissue,pad, lipstick semua kan dalam henbeg diamnya?"

Tiba-tiba persoalan ni bermain di benaknya.

Roy buntu. Seribu satu macam perkara difikirkannya. Die nekad! Dia mula menyelongkar henbeg Lia. Ada compact powder, lipstick, celak dan macam2 lagi barang make-up wanita.

Fuhh! Lega hati Roy.

Tapi, pandangan nya tertancap pada purse di henbeg Lia. Dibeleknya isi kandungan purse tu. Alangkah terkejutnya dia bila terlihat nama pada kad pengenalan 'Lia' tertera...

MOHD KAMAL BIN TAWIL !

Ha?! Kepala Roy dah semak! Lantas dia berlari ke toilet tadi...

Sebaik pintu tandas diselak, terlihat la dia 'Lia' sedang kencing...tapi berdiri !






What the ....!

'Kamalia' konon! Patut la dari tadi orang sumer perhati aku semacam! Sial !

Terus dilemparnya henbeg tu ke lantai.

Dikeluarkan henset Nokia dari poketnya. Nama 'Mat Jebon' pada senarai frenlist dicarik pantas.



"Celaka ang! Apsal tak bagitau aku yg dia jantan! "


Teet!

Message sent.



.
p/s : semua nama watak yg digunakan tidak ada kaitan dgn yg hidup mahupon yg sudah tiada.

(pictures credit to google.com)

Drama sebabak 3

(note : sila padamkan lampu. pastikan speaker anda berfungsi. Apa yang bakal anda lalui sebentar lagi adalah satu pengalaman yang tak pernah anda jumpa di mana-mana blog....)

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan julung-julung kalinya membawakan anda
sebuah drama seram misteri yang berjudul...

Arahan sepenuhnya oleh ZackZukhairi
skrip oleh : ZackZukhairi

(sila click soundtrack ni utk merasai feel yg sebenar)
     

Tinggal kurang seminggu sahaja lagi cuti semester 2 bagi pelajar2 Kolej UNIVY akan sampai ke penghujungnya. Bagi Anis, (pelajar perubatan tahun dua), dia lebih senang menghabiskan saki-baki cuti yang tinggal di hostelnya sahaja dengan alasan mahu mendapatkan kembali 'feel' belajar yg sudah lama hilang semenjak cuti semester bermula.

Dia lebih rela bermalam di hostelnya menyiapkan tugasan sem lepas yang masih tertinggal. Hantu? Tak pernah terdetik dalam kamus hidup Anis kerana dia memang tak percayakan tahyul.

Tapi, Anis tak tahu bahawa 'tragedi' malam tu bakal merubah pendiriannya...

Malam tu, ketika bilik pelajar lain semua masih gelap tak berpenghuni, pintu bilik Anis tiba-tiba diketuk seseorang....

"tuk...tukk..."

Anis : Siapa?

....(sunyi tiada jawapan)

Anis : Helloo..siapa tu?  Kak Chah kan? Hehe. Tak payah la nak takutkan Anis. Anis tak takot la.

"Assalamualaikum..."

Menyedari suara salam yang deberi tu bukan milik Kak Chah, Anis terus bangun dari katilnya dan bergegas menuju ke pintu.

Anis : Wa'laikum salam...
Anis : Laa...Ika! Buat terperanjat Anis je tau! ! Ingatkan siapa la datang tengah2 malam ni... Biasanya Kak Chah je yg suke menyakat Anis time-time camni.

Ika cuma tersenyum...sambil berjalan menuju ke katilnya. Diam tanpa suara...

Anis : Hai Ika...tak pernah-pernah balik cuti awal, tiba-tiba je balik awal ni nape? Haa...Anis tau! Rindu kan Anis ya? Hehe... (Anis cuba menceriakan suasana sunyi)

Ika masih berdiam diri... Seketika kemudian...


Ika : Anis... Ika ada benda nak cerita kat Anis...
Anis : Eh, knapa ni Ika ? (Anis terus duduk di sebelah Ika - concern ttg sahabat karibnya itu)

Nada suara Ika tersekat-sekat...
Ika : Ika lari dari rumah...
Anis : Ya Allah... Kenapa ni Ika? Ika gaduh dengan mak ayah Ika ya? Cuba cerita kat Anis kalau-kalau Anis boleh tolong ?
Ika : Mak ayah Ika tak suka dengan Helmi... Diorang tak bagi Ika kawan dengan dia...

Airmata Ika mengalir perlahan-lahan...

Anis : Laa...tapi kenapa? Helmi tu baik je Anis tengok? (sambil mengesat air mata Ika)
Ika : Mak ayah Ika dah ada pilihan diorang sendiri...
Anis : Siapa? Lokman yang Ika cerita tu? Dia?

Ika mengangguk perlahan...

Anis : Hurmm...sabar la Ika. Buat masa ni, Anis rasa biar la Ika mengalah dulu...
Ika : Tapi sampai bile Anis? Sampai bile? (air mata Ika tak boleh disekat lagi)
Anis : Mana la tau kalau-kalau esok diorg berubah fikiran?
Ika : Mak Ayah Ika? berubah fikiran? Huh, jgn merepek la Anis. Anis tak kenal diorg tu lagi... Diorang bukan macam parents Anis, open minded.
Anis : Habis tu macam mana? Anis lari dari rumah tanpa pengetahuan diorang... Sure diorg tengah susah hati kat rumah tau...

Ika diam...

Ika : Anis..takpe la...Ika ingat Ika nak tidur dulu...Ika letih...
Anis : Oh,ok ok.. Ika rest la. Tak payah la fikir sgt pasal ni. Everything gonna be ok... Just a matter of time. Ika rest ya?


Ika hanya mengangguk. Anis kembali ke katilnya. Lampu dipadam.

********************************************************

Entah kenapa malam tu, susah Anis nak lelapkan mata. Puas dia berguling ke kiri dan kanan, tapi matanya masih sukar dilelapkan.

Tiba-tiba,pandangan mata Anis tertancap pada katil Ika...

Dilihatnya Ika meronta-ronta!

"Eh,kenapa dengan Ika ni?" bisik hati kecil Anis. Mengigau barangkali. Anis cuba berfikiran positif.

"tolong....tolong Ika...Anis...tolong Ika..."

Sayup-sayup Anis dapat dengar suara tu.

"Ya Allah, apa aku nak buat ni?!". Hati Anis mula tak tenang..

Perlahan-lahan dia turun dari katil. Bangun dan terus ke katil Ika...

Dicuitnya bahu Ika yang tidur meniarap tu...

"Ika...are u ok dear?..."

Ika masih meronta-ronta...

"Ika..." Kali ni Anis goncang sedikit tubuh Ika dengan harapan dia tersedar.

Dengan tak semena-mena Ika memalingkan wajah.. Samar-samar Anis boleh nampak ada darah pekat bercampur nanah membuak2 keluar dari rongga mulut dan mata Ika! Serta merta bau busuk memenuhi ruang bilik.



Terus Anis rebah ke lantai. Pengsan...

**********************************************

Keesokan harinya, Anis tersedar... Di lihatnya sekeliling. Ika dah tiada. Yang tinggal cuma sebentuk cincin milik Ika pemberian Helmi dihari jadinya..

Ada kesan darah pada cincin tu.

Anis terus bersiap-siap dan menghubungi keluarga Ika.

*************************************************

Rupa-rupanya Ika sudah seminggu tak pulang ke rumah. Dah puas orang tua nya mencari, tapi tak jumpa. Setelah mendengar cerita Anis, mak ayah Ika terus menghubungi pihak polis.. Keterangan dari Anis diambil..

Hasil dari pemeriksaan pihak polis pada cincin milik Ika tu, kesan darah tu adalah milik Helmi.

Helmi disoalsiasat dan akhirnya ditahan atas tuduhan merogol dan membunuh Ika...

Pada hari tu juga, mayat Ika ditemui di celah belukar berhampiran hostel Ika.




Rupanya Helmi yg menjadi dalang segala-galanya. Sewaktu Ika bertengkar dgn orang tuanya minggu lalu, Helmi memujuk Ika utk lari dari rumah. Gara-gara tiada tempat bermalam, Ika terpaksa memilih utk tidur di hostel. Malam tu, Helmi datang dan Ika dirogol lalu dibunuh. Mayatnya dicampak ke dalam belukar berhampiran.




Yang sebenarnya aku da letih menaip.

Sekian.



(nama-nama watak di atas tiada kene mengena dengan yang hidup mahupon yg sudah meninggal dunia. kalaupun ada,ia hanya la sekadar kebetulan...)

p/s : Ok. Aku rasa aku xleh wat citer antu. Tak reti nak takut antu. Hakhak!


Drama sebabak 2

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan usahasama Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Kg. Piatu
membawakan sebuah lagi drama tragis yg berjudul...


Arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
Skrip oleh : ZackZukhairi

(note : sila klik soundtrack ni sambil baca, utk lebih feel.)


Khamis,31 Disember 2009
Di taman asuhan kanak-kanak Taman Cempaka, Kuala Lumpur.


Adik : Ayah! Ayah! Kejap tau! Adik nak salam cikgu Husni dulu.
Ayah : Ha, ya. Ayah tunggu ni. (sambil tersenyum di depan pintu pagar)

Beberapa minit kemudian,kelihatan kelibat anak kecil bernama Misya yg baru berusia 4 tahun itu terkedek-kedek berlari ke arah ayahnya. Ditangan nya tergenggam erat segulung kertas lukisan putih.

[Dalam kereta menuju ke rumah]

Adik : Ayah, tadi kan...kat skowah cikgu Husni suwuh lukis tajuk 'Bebas'. Cikgu adik kata, lukisan adik cantik tau! Ayah tengok la ni. Cantik tak? (sambil menunjukkan kertas lukisannya.)
Ayah : Adikk...ayah tengah drive ni. Nanti sampai rumah, ayah tengok ya?
Adik : Ala ayah...sekejap je. Please...
Ayah : Adik...kan ayah kata ayah tengah drive ni?


Misya akur. Digulungnya semula kertas lukisan tu tanpa banyak soal.

Setibanya di rumah, anak kecil tu terus berlari mendapatkan ibunya di dapur.

Adik : Ibu Ibu! Cepat tengok lukisan adik ni! Cantik tau! (sambil berlari)
Ibu : Ye ke? anak ibu lukis apa? (jawab ibunya acuh tak acuh sambil menyambung kerja di dapur)
Adik : Ala... Ibu tengok la dulu. (sambil menarik apron yg dipakai ibunya)
Ibu :  Ya sayang...kejap lagi ibu tengok ya? Ibu tengah masak ni.
Adik : Semua orang pon tak nak tengok lukisan adik... (sambil menjuihkan bibirnya.)
Ibu :  Cuba adik pergi tunjuk kat ayah. Ibu tengah masak ni.

Mendengar kata ibunya, dia terus ke ruang tamu mencari ayahnya.
Encik Mansur sedang membaca surat khabar.

Adik : Ayah, tengok la lukisan adik ni. Cantik kan?
Ayah : Cantik! Pandai adik lukis. (Sambil matanya tak lari dari surat kabar yg dibacanya)
Adik : Ayah tengok la betul-betul! (ujar Misya sedikit merajuk dgn layanan ayahnya yg acuh tak acuh)
Ayah : Adik...Ayah baca surat kabar ni. Ayah letih baru balik kerja. Adik simpan dulu. Nanti malam ayah tengok? Ok?

Melihatkan semua orang seperti tak menghiraukannnya, Misya terus mengangkat beg skolahnya dan masuk ke bilik.

*****************

Malam tu selepas makan malam,sekali lagi Misya datang ke ruang tamu dengan lukisan yg hampir keromot di tangannya. Sememangnya lumrah anak kecil, memang tak pernah putus asa... Perlahan-lahan dicuitnya bahu ayahnya yang sedang menonton tv.


misya? teettt! bukan! ni anak sedara aku.

Adik : Ayah... ni lukisan adik... (nadanya lemah)
Ayah : Adik, kejap ya? Ayah nk tengok berita ni. Pergi tunjuk kat mak.

Dilihatnya mak sedang sibuk mencuci pinggan.
Langkahnya longlai menuju ke arah ibunya namun digagahkan juga. Matlamatnya cuma mahu lukisan nya dilihat oleh ibunya.

Belum pon sempat dia berkata apa-apa...Ibunya terlebih dahulu bersuara,

Ibu : Ya adik, mak tau. Tapi kejap lagi laa...Kan mak sibuk ni?

Adik : Ok... (sayup suaranya...)

Misya balik ke kamarnya. Dipegangnya erat lukisan tadi. Tidur.

*************************

1 Januari 2010,pagi.

Ibu : Adik!! (Jerit ibu dari bawah.) Bangun sayang. Sarapan.
Adik : Sekejap bu.
 (jawab Misya sambil membetulkan keromot pada lukisannya gara-gara terhimpit semasa tidur semalam)

Di meja makan.

Adik : Ibu, semalam ibu janji nk tengok lukisan adik...
Ibu : Makan dulu sayang. Nanti sejuk mee ni. Kejap lagi lepas mandi wangi2, baru ibu tengok ya?
(jawab ibunya sambil senyum)

Agaknya sudah bosan dengan alasan ibunya, gadis kecil tu terus diam tanpa banyak soal.

******************

Sesudah mandi dan bersiap, di carinya ayahnya di bilik tidur.

Adik : Ayah, bangun la. Tengok lukisan adik ni...
Ayah : Adik...ayah mengantuk ni...Kejap lagi ya sayang?
(ujar ayahnya sambil menarik selimut...)

**********************

Misya turun ke halaman rumah. Krayon ditangan kirinya. Kertas lukisan di tangan kanannya.

Angin bertiup kuat.

Kertas lukisan Misya terbang sehingga ke kaki lima depan pintu pagar rumahnya...

Berlari anak kecil tu mendapatkan kertas lukisannya.
Tiba-tiba....

DAMMM!!!
Sebuah kereta Wira berwarna silver merempuh jasad kecil tu secara tak sengaja...

Darah membanjiri jalan...

"Ya Allah! anak aku!"

Misya dengar suara tu...tapi semakin lama semakin sayup...

Adik : Bu...lukisan adik....
(sambil menyentuh pipi ibunya. Tangan nye berlumuran darah. Merah dan pekat.)

"Ya Allah! Abangg!! Anak kita bang!!"
(jerit Puan Anita memanggil suaminya...)

***********************

2.15 petang, Hospital Besar Kuala Lumpur.

Doktor : Maafkan kami tuan...puan...Kami da cuba sedaya upaya kami. Pendarahan die terlalu serius. Maafkan kami...

******************

Hari ni...

1 haribulan januari 2010...

Tiada lagi rengekan anak kecil yang bersungguh-sungguh mahukan perhatian.

Yang tinggal cuma...sekeping kertas lukisan berlumuran darah.








  p/s : aku rasa aku tak boleh buat citer sedih ar. hakhak.

Drama sebabak 1

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan bangganya mempersembahkan
sebuah drama hasil terbitan beliau sendiri...yang diberi judul


arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
skrip : ZackZukhairi

Scene 1 ( Di sebuah bus-stop di KLCC)
Situasi : Fasha,si gadis cantik metropolitan berusia lingkungan 20-an sedang menunggu bas untuk ke Masjid Jamek. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tak kurang tampannya di hadapan beliau dan drama pun bermula....

Fasha : Err...Encik, surat khabar incik jatuh.
Roy : Oh,thanks. Tak prasan plak. (sambil tersenyum gaya macho).
Fasha : (tersenyum)
Roy : Anyway, da lama ke tunggu ?
Fasha : Sorry ?
Roy : Oh,no no... I mean... dah lama ke tunggu BAS ?
Fasha : Oh, tak la. Baru je. Dalam setengah jam?
Roy : Haha. Tak sangka u pandai buat lawak. (Umpan dipasang kemas)

Fasha : (tersenyum)
Roy : Hurm...patut la... (sambil membelek jam ditangan nya)
Fasha : Excuse me?
Roy :Oh takde, skarang ni da masuk lunch hour. Patut la susah nak dapat bas.
Fasha : Oh... I see...




(Kelihatan dari jauh, sebuah bas rapidKL bernombor 43D tersipu-sipu datang...)

Roy : Eh, bas i da sampai. U jangan jeles ok? I rasa u naik teksi je la susah2. Ha ha.
Fasha : Eeii, jahat! (sambil menjuih bibir bajet comel)

Fasha : Eh,wait! Tu bas I la!
Roy : Really? U nak pegi mana?
Fasha : I nak pegi Masjid Jamek.
Roy : Oh,kalau macam tu,betul la tu. Sama la ngan I. Hehe. Macam ada jodoh plak kita ni. (Wah!)
Fasha : Wekk! (buat muka comel lagi)


Scene 2 (Dalam bas)
Roy sengaja bagi Fasha naik dulu konon-konon gentleman gitu.
Roy port betul2 sebelah Fasha.
Matlamat cuma satu - No phone Fasha.

Roy : Haish...(mengeluh)
Fasha : Knapa ?
Roy : Ni haa... (sambil menunjukkan surat kabar METRO yg dibawa tadi) Tak habis-habis kemalangan. Hari-hari ada kemalangan. Bawak bas yang sebesar alam tu pon boleh berlanggar. Ni tak lain,kes cuai la ni! (Roy tarik muka serius konon2 macam seorang warga yang prihatin)
Fasha :  A'ah. I ada baca jugak berita pasal tu. Skang ni takut betul nak naik bas malam-malam...

(Wah! dalam hati Roy berkata 'ini awek mesti syok sama guwa. Lelaki up to date ni!" )

Roy :  Eh,kita ni dari tadi sembang. I tak tau pon nama u lagi. Nama I Roy. U ?
Fasha :Hehe. Tu la... Dari tadi I tunggu u tanya soalan ni sebenarnya. (gatal !) Nama I Fasha...
Roy : Waaa! Bestnya nama. Macam artis! Fasha Sandha. Cantik macam tuan dia jugak.

(pancing Roy...pancing lagi...)

Fasha : (tersenyum sipu sambil melarikan pandangan ke tingkap bas)
Roy : Ececeh,malu malu meow pulak...
Fasha : Eeii..! Jahat la u ni! (senyum bajet cute buat kali ke2)
Roy :  Eh,u nak gi Masjid Jamek buat apa? I tau! U mesti nak shopping tudung kan?
Fasha : Eeee! Pandai! macam mana u tau?
Roy :  I tengok tudung u pakai, i da boleh agak. Sbb kat sana banyak jual tudung cantik-cantik kan?
Fasha :: Yup! terer la u ni!

(Padahal, Roy memang slalu teman awek die beli tudung kat situ)

Roy :  Eh,tak la. I teka je. (tersenyum kontrol macho )
Fasha : U pulak ? Buat apa gi Masjid Jamek?
Roy :  I nak pergi semayang jumaat laa..hehe.

(dalam hati Roy - "wah, mesti awek ni suka laki alim dan warak mcm aku)

Fasha : Wah! Bagus nya u. (tersenyum manis)
Roy : Eh, tak la. Biasa je Fasha...Kita ni kaum laki-laki kene la dekat-dekat kan diri ngan masjid skit. Esok-esok da kawen, xde la kekok nak jadi Imam kpada isteri. Kan?

(Wah, Roy main kotor. Dia guna teknik dakwah pulak... )

Fasha : Kalau semua laki-laki macam u, bertuah semua pempuan kat malaysia ni.

Dipendekkan cerita, bas pun sampai di Masjid Jamek.

Roy : Nice having chat with u, Fasha... Anyway, ni email I. Nanti add I kat facebook k? I tunggu.
(sambil menghulurkan secarit kertas surat kabar yg tertulis emailnya)
Fasha : Emm...Ok.

Scene 3 ( Malam kejadian. Lokasi : bilik Roy)

Roy tersenyum panjang. Balik-balik terus bukak laptop. Website pertama dicarik nya - Facebook.com

Seronok bukan kepalang bile terlihat ada new friend request dari fasha.


Ditenungnya lama-lama gambar profile Fasha.
Gambar pengantin baru.

"Ah! ni gambar member dia kot..."
(Roy cuba sedapkan hati sendiri)

Roy cuba usha wall profile Fasha... Klik!





Terkedu melihatkan status fecbuk Fasha.

Perlahan-lahan cursor mouse Roy bergerak ke arah button 'ignore'.
Klik!

"Celaka."







p/s : lelaki...lelaki...trick lu dalam  poket guwa la. hakhak.


[picture kawen : credit to akak aku]

Related Posts with Thumbnails