Showing posts with label trick. Show all posts
Showing posts with label trick. Show all posts

Teknik mengorat 2010 part 1

Tempat : Library
Situasi :  Si awek tengah dok usha rak buku kononnya tengah mencarik buku rujukan untuk next assignment. Datang sorang brader lalu dari tepi, dan zaaass!

Cara lama : 
Brader : Emm...Patheology. Nice. (sambil senyum)
Awek : (balas senyuman)
Brader : You amik social science ke? (ini ayat cucuk intro)
Awek :  Yup.. and you?
Brader : Oh, i tak pandai macam u. I amik civil je. (low profile)
Awek :  Eh, tak la.. mana ada pandai. Biasa je la. (senyum)
Brader : Anyway, u cari buku pasal apa? Kalau-kalau i boleh tolong?
Awek :  Oh, xpe. Thanks. Just belek-belek je. (senyum)
Brader : No no...Seriously i ikhlas ni. Cuba tengok muka i. (buat muka serius)
Awek :  Ahaha! u ni kelakar la. (symptom awal umpan da mengena)
Brader : Hehe. I tolong u ok ?

Langkah seterusnya, tukar phone number, seminggu kemudian,couple.
Mana nak dapat skill lama macam ni bro! Kasi adjust skit~

Cara baru : 
Lalu sebelah awek yang tengah belek2 buku tu, terus pura-pura rebah. Buat seperti gaya orang kene sawan or gaya orang diserang sakit asthma smbil tangan menjerut2 leher seperti org sesak nafas.
Brader : Urghh...tolong...(muka tgh nazak)
Awek :  Eh! U tak apa2 ke?! Ya Allah, macam mana ni! Tolong! (si awek confirm cuak)
(Silap aribulan, percuma lu dapat kene raba ngan awek tu. Hakhak.)
Brader : I just need fresh air. Boleh tolong bawak i kat tepi tu? Please...
Awek :  Oh, ok ok! (masih cuak)
Brader : Nasib baik u ada, kalau tak, i tak tau apa nasib i...
Awek :  Eh, jangan cakap macam tu. I tak buat apa-apa pun.
Brader : Seriously i mintak maaf sgt2 dengan u. Dah curi masa u. Buat susah u je... (pancing)
Awek :  Laa..it's ok. Yang penting u da slamat. Kan? (senyum manis)
Brader : Mana boleh! I da hutang nyawa dgn u tau. Sebagai balasan, i nak blanja u minum. Kalau u tolak, i nk bunuh diri! (buat muka comel)
Awek :  Ahaha.. Lawak la u ni!
Brader : I serius ni.
Awek : Ha,ya ya.. ok ok....

Settle!

Tapi ni trick untuk lelaki yang wajahnya 50-50 je. Ok? Kalau hensem macam aku Farid Kamil , tak payah guna taktik ni. What u need to do is just being cool and automatically sumer awek akan usha lu. Tak percaya? tengok ni...



Hakhak.
Celaka. Dunia tak fair.


p/s : Sila pastikan tiada pak guard berhampiran lu. Kalau ada, masak lu brader. Silap2 die hantar lu pegi hospital.

*Part 2 , coming soon.

Drama sebabak 1

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan bangganya mempersembahkan
sebuah drama hasil terbitan beliau sendiri...yang diberi judul


arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
skrip : ZackZukhairi

Scene 1 ( Di sebuah bus-stop di KLCC)
Situasi : Fasha,si gadis cantik metropolitan berusia lingkungan 20-an sedang menunggu bas untuk ke Masjid Jamek. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tak kurang tampannya di hadapan beliau dan drama pun bermula....

Fasha : Err...Encik, surat khabar incik jatuh.
Roy : Oh,thanks. Tak prasan plak. (sambil tersenyum gaya macho).
Fasha : (tersenyum)
Roy : Anyway, da lama ke tunggu ?
Fasha : Sorry ?
Roy : Oh,no no... I mean... dah lama ke tunggu BAS ?
Fasha : Oh, tak la. Baru je. Dalam setengah jam?
Roy : Haha. Tak sangka u pandai buat lawak. (Umpan dipasang kemas)

Fasha : (tersenyum)
Roy : Hurm...patut la... (sambil membelek jam ditangan nya)
Fasha : Excuse me?
Roy :Oh takde, skarang ni da masuk lunch hour. Patut la susah nak dapat bas.
Fasha : Oh... I see...




(Kelihatan dari jauh, sebuah bas rapidKL bernombor 43D tersipu-sipu datang...)

Roy : Eh, bas i da sampai. U jangan jeles ok? I rasa u naik teksi je la susah2. Ha ha.
Fasha : Eeii, jahat! (sambil menjuih bibir bajet comel)

Fasha : Eh,wait! Tu bas I la!
Roy : Really? U nak pegi mana?
Fasha : I nak pegi Masjid Jamek.
Roy : Oh,kalau macam tu,betul la tu. Sama la ngan I. Hehe. Macam ada jodoh plak kita ni. (Wah!)
Fasha : Wekk! (buat muka comel lagi)


Scene 2 (Dalam bas)
Roy sengaja bagi Fasha naik dulu konon-konon gentleman gitu.
Roy port betul2 sebelah Fasha.
Matlamat cuma satu - No phone Fasha.

Roy : Haish...(mengeluh)
Fasha : Knapa ?
Roy : Ni haa... (sambil menunjukkan surat kabar METRO yg dibawa tadi) Tak habis-habis kemalangan. Hari-hari ada kemalangan. Bawak bas yang sebesar alam tu pon boleh berlanggar. Ni tak lain,kes cuai la ni! (Roy tarik muka serius konon2 macam seorang warga yang prihatin)
Fasha :  A'ah. I ada baca jugak berita pasal tu. Skang ni takut betul nak naik bas malam-malam...

(Wah! dalam hati Roy berkata 'ini awek mesti syok sama guwa. Lelaki up to date ni!" )

Roy :  Eh,kita ni dari tadi sembang. I tak tau pon nama u lagi. Nama I Roy. U ?
Fasha :Hehe. Tu la... Dari tadi I tunggu u tanya soalan ni sebenarnya. (gatal !) Nama I Fasha...
Roy : Waaa! Bestnya nama. Macam artis! Fasha Sandha. Cantik macam tuan dia jugak.

(pancing Roy...pancing lagi...)

Fasha : (tersenyum sipu sambil melarikan pandangan ke tingkap bas)
Roy : Ececeh,malu malu meow pulak...
Fasha : Eeii..! Jahat la u ni! (senyum bajet cute buat kali ke2)
Roy :  Eh,u nak gi Masjid Jamek buat apa? I tau! U mesti nak shopping tudung kan?
Fasha : Eeee! Pandai! macam mana u tau?
Roy :  I tengok tudung u pakai, i da boleh agak. Sbb kat sana banyak jual tudung cantik-cantik kan?
Fasha :: Yup! terer la u ni!

(Padahal, Roy memang slalu teman awek die beli tudung kat situ)

Roy :  Eh,tak la. I teka je. (tersenyum kontrol macho )
Fasha : U pulak ? Buat apa gi Masjid Jamek?
Roy :  I nak pergi semayang jumaat laa..hehe.

(dalam hati Roy - "wah, mesti awek ni suka laki alim dan warak mcm aku)

Fasha : Wah! Bagus nya u. (tersenyum manis)
Roy : Eh, tak la. Biasa je Fasha...Kita ni kaum laki-laki kene la dekat-dekat kan diri ngan masjid skit. Esok-esok da kawen, xde la kekok nak jadi Imam kpada isteri. Kan?

(Wah, Roy main kotor. Dia guna teknik dakwah pulak... )

Fasha : Kalau semua laki-laki macam u, bertuah semua pempuan kat malaysia ni.

Dipendekkan cerita, bas pun sampai di Masjid Jamek.

Roy : Nice having chat with u, Fasha... Anyway, ni email I. Nanti add I kat facebook k? I tunggu.
(sambil menghulurkan secarit kertas surat kabar yg tertulis emailnya)
Fasha : Emm...Ok.

Scene 3 ( Malam kejadian. Lokasi : bilik Roy)

Roy tersenyum panjang. Balik-balik terus bukak laptop. Website pertama dicarik nya - Facebook.com

Seronok bukan kepalang bile terlihat ada new friend request dari fasha.


Ditenungnya lama-lama gambar profile Fasha.
Gambar pengantin baru.

"Ah! ni gambar member dia kot..."
(Roy cuba sedapkan hati sendiri)

Roy cuba usha wall profile Fasha... Klik!





Terkedu melihatkan status fecbuk Fasha.

Perlahan-lahan cursor mouse Roy bergerak ke arah button 'ignore'.
Klik!

"Celaka."







p/s : lelaki...lelaki...trick lu dalam  poket guwa la. hakhak.


[picture kawen : credit to akak aku]

Cara berlawan dengan hantu

Dari kecik smpai besar, aku memang x takut antu. Bukan cakap besar. Tapi aku mmg xde prasaan takut antu. So, aku nk share tips macamana supaya korang x takut antu.

Cara-cara berhadapan dengan hantu adalah berbeza mengikut type/jenis hantu tersebut.

1) Pontianak. 
 Species ni dikatakan sering mengganggu pengguna jalan raya especially pengguna highway. Beliau dikatakan seorang wanita cantik, berbaju putih, dan biasanya mendukung bayi atau anaknya. Dan mungkin sebab tu, beliau digelar pontiANAK. Kalau korang terjumpa wanita berbaju putih,berambut panjang tetapi ada lelaki disebelahnya, jangan takut. Itu mungkin pontiABANG. Kalau tak pon,pontiAYAH.


Pontianak ni keja nya menahan kereta yg lalu di kawasan sunyi . Kemudian, meminta agar ditumpangkan sehingga sampai ke rumah beliau (tanah pkuburan). Ala, senang citer, sampai kat kubor tu nanti, korang baru sedar yg anak tu adalah batu nisan dan wanita cantik tu da berubah mnjadi hodoh. 

Cara mengatasi : 
Jangan panik. Tumpangkan saja die naik kete korang. Tapi jangan tumpangkan die sampai rumah die sbb korang tau die nk bawak korang gi kubur. Sebaliknya korang cuba drive sampai ke masjid atau surau R&R berdekatan. Ha, tengok apa reaksi die.



2) Hantu raya
Species ni dikatakan kononnya dibela turun temurun dari zaman nenek moyang kite dulu. Sebab utama dibela adalah utk menjaga keselamatan mahupon membantu membuat kerja2 berat spt membajak dan menebang balak.



Species ni berupaya meniru sebijik rupa tuan nya smpaikan korang pon konfius. Dan bile tersedar korang rupanya berinteraksi dgn hantu raya, korang mula la demam or pengsan. Ini tidak rasional sama sekali.

Cara mengatasi : 
Sebaik saja korang perasan yg prangai kawan korang tu lain macam je berbanding hari-hari biasa, jgn panik. Cuba aju kan soalan2 yg sukar yg korang rasa hny kawan korang tu je yg tau jawapannya. Contohnya "Ha, kalau ang betul2 mohamad tawil, cuba bgtau nmbor IC ang!". Kalau die xleh jawab, sah! itu hantu raya.



3)Toyol
Dikatakan berasal dari mayat bayi yg dipuja lalu bertukar menjadi toyol yg kemudiannya mencuri duit org kampung atas arahan tuannya. Jangan kan duit bawah bantal, peti besi pon boleh di hack nye. Kalau disuruh curi seploh hinggit, maka seploh hinggit la dicurik nye. Tak lebih tak kurang. Di kalangan species hantu, toyol dikatakan agak pintar especially dalam subjek matematik. 

Cara mengatasi :
Biasa main game monopoly or saidina? Korang guna kan duit tu simpan bersama duit korang dalam peti. Pasti beliau akan konfius mana satu duit yg patut beliau tibai. 




4)Orang minyak
Orang minyak dikatakan berasal dari seorang lelaki yg frust dalam percintaan setelah cintanya ditolak atas dasar rupanya yg x hensem. Demi mndapatkan wajah yg kacak macam aku beliau menuntut ilmu per'minyak'an ni. Beliau akan menyelinap masuk ke bilik anak dara mahu pun janda dan merogol mereka.


Cara mengatasi :
Sedikan mancis sebelah katil. Lighter lebih afdhal. Lihat je kelibat beliau, terus petikkan lighter. Beliau akan menggelupor carik air.


5)Hantu pocong
Hantu pocong atau nama specifik nya 'hantu bungkus' merupakan hantu paling lemah di kalangan hantu-hantu. Beliau dikatakan berasal dari mayat yang tak diterima bumi atas kejahatan yg beliau lakukan. (pandai-pandai aku je). Keje beliau adalah menggangu penduduk kampung yg bermain dam di kedai2 kopi. 

Cara mengatasi :
Takyah buat apa-apa. Just be cool. Dia bukan boleh cekik korang pon. Badan die berbungkus kot? Dia hanya mampu melompat ke sana dan ke mari. Sebaliknya, jika korang berani, lempangkan aje pipi die. Gatai sangat nk ngaco orang.


Dan akhir skali


6)Hantu kubor
Hantu ni paling dasyat di kalangan hantu. Lalu datang kepadamu seorang lelaki yang hodoh wajahnya,buruk pakaiannya,busuk baunya.
Siapakah beliau? "Akulah amalanmu yang keji.........."
Kini aku diazab dan diseksa di dalam kubur, menunggu-nunggu doa dari anak- anak yang soleh.Mana doa dari anakku seorang doktor?Mana doa dari anakku seorang jurutera?Mana doa dari anakku seorang blogger? hakhak!


Cara mengatasi : 
Banyak kan la amalan soleh. Amal ma'ruf, nahi mungkar.hehe!




p/s : hairan trend citer hantu melayu ari ni = sebut antu je, mesti ruminah sidek.

Related Posts with Thumbnails