Khamis lepas 4 julai 2013, guwa dan beberapa orang rakan blogger yang lain dijemput untuk menghadiri satu jamuan ringan menikmati burger bakar abang burn somewhere in bandar seri permaisuri cheras kalau tak silap.
Actually majlis tu lebih berkisarkan kepada pelancaran menu baru Abang Burn sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan yang penuh barakah tahun ni. Menu tersebut dibubuh nama Al-Lazat bersempena rasa dia. Diadun sebati dengan gabungan percik moden dan sos timur tengah, daging ayam yang dah diperap empuk akan disajikan bersama-sama sayur dan kepingan roti yang segar-segar dan terpilih.
Dijual masa bulan puasa saja. Kira limited edition la. Memang sedap giler guwa tak tipu. Serius sedap. Masa guwa menaip ni pun, air liur guwa berjurai-jurai meleleh kene keyboard. Malas nak lap.
Untuk bagi lu orang rasa feel sedapnya beger al-lazat tu, guwa bagi video sikit. Karang kalau tidak, lu kata guwa membohong pula. Nah. Tengok sendiri. Lepas tarawih malam karang boleh la drop by kejap pekena seketul dua.
Dijual masa bulan puasa saja. Kira limited edition la. Memang sedap giler guwa tak tipu. Serius sedap. Masa guwa menaip ni pun, air liur guwa berjurai-jurai meleleh kene keyboard. Malas nak lap.
Untuk bagi lu orang rasa feel sedapnya beger al-lazat tu, guwa bagi video sikit. Karang kalau tidak, lu kata guwa membohong pula. Nah. Tengok sendiri. Lepas tarawih malam karang boleh la drop by kejap pekena seketul dua.
Jadi, malam tu pihak media seperti RTM dan beberapa rakan blogger femes yang lain seperti ujang, brader budiey, fatin liyana, yuyu zulaika beserta guwa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Saja mention nama guwa last skali. Sebab bila sebut pasal 'blogger', guwa macam "ha?! guwa ni kira blogger ke?". Dah la update blog setahun sekali, blogger hamende cenggitu. Ye tak? Jenis menulis ikut suka ati.
Tapi abang burn punya pasal, guwa hadir juga. Wah. Mengadanya. Macam artis pulak statement.
Sikap pemalu yang diterapkan kepada guwa terbawak-bawak sampai ke sesi fotografi. Nak ambik gambar pun menyorok.
Dari kiri, Faris, Ujang sama anak dia, Guwa dan Mejah.
Overall memang happening gile malam tu! Kalau dah kata guwa pun ada sama, mesti la happening. Bukan senang guwa nak join gathering gathering cenggini. Bukan guwa anti sosial, cuma jadual guwa padat!
Padat dengan aktiviti-aktiviti ilmiah dan kemasyarakatan. Masa guwa lebih banyak dihabiskan di perpustakaan mengkaji jurnal-jurnal student master dan phd. Adakala guwa di jemput untuk menghadiri pembentangan kertas kerja projek-projek baru bebudak universiti. Bulan lepas saja, dua kali guwa ke Jordan atas jemputan seorang profesor di sana bagi mendengar perbahasan berhubung isu "teknologi dan impaknya terhadap sosiologi". Guwa dilantik sebagai salah sorang panel untuk menilai perbahasan tersebut. Bersama-sama dengan guwa, turut mengembeling tenaga dan buah fikiran termasuklah jemputan dari Canada, Africa, dan Washington. Di sebelah petangnya pula, kebiasaannya guwa akan meluangkan masa bersama jemaah masjid di taman guwa bertandang dari satu rumah ke rumah bertabligh mengajak manusia mengenal hakikat insan dan tuhan..
Jangan puji dahulu kerana semua tu guwa acah saja.
Baiklah. Jadi, guwa teruskan cerita dengan majlis pelancaran menu baru Abang Burn itu ari.
Majlis disempurnakan dengan bacaan doa dan diringi ucapan dari orang-orang besar Abang Burn. Pung pang pung pang dalam sepuluh minit camtu, abis. Lepas tu baru kitorang dijemput makan. Fuhh! Cakap pasal makan memang heaven. Cenggini ha! *sambil angkat ibu jari tunjuk very good. herot bibir sikit*
Kalau lu orang perasan, tahun ni saja sudah dua kali guwa promote untuk Abang Burn. Apa yang istimewa sangat Abang Burn ni? Nak kata guwa tangkap cintan sama anak pempuan dia, memang tak la. Nak kata dia upah guwa tiga ribu untuk review, pon tak juga.
Sebenarnya, guwa tertarik dengan konsep pendekatan bisnes dia. Jujur guwa cakap, nak carik bisnesman melayu yang berjaya dekat Malaysia ni, lu boleh kira dengan jari. Dato' Hj Ramly Mokni owner kepada Ramly burger, Tan Sri Azman Hasyim pengerusi AMbank, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yakni orang ke-8 terkaya dekat Malaysia ni, who else? Tak ramai. Bukan orang kita tak pandai bisnes, tapi jenis buat bisnes tak kena gaya.
Teringat guwa pada satu ari dalam teksi waktu perjalanan pulang dari kolumpo. Tiba di satu trafic light merah di sekitar Temiang, guwa nampak ada satu kedai jual burung kat sebelah kanan guwa. Seingat guwa, dulu takde pulak kedai burung tu. Borak punya borak, rupanya pakcik teksi tu kata kedai burung tu ada sorang uncle cina yang bukak.
"Orang cina ni pandai kan? dia tau je apa kehendak kita. Sebab tu bisnes die tak melingkup. kekadang kita pikir hek elehh! sapa la yang giler sangat nak beli burung? brapa sen sangat je untung? Tapi diorang tak pikir cenggitu. Orang cina ni ada perayaan yang mana kengkonon lepaskan sekor burung untuk bayar nazar. Ha lebih kurang cenggitu la. Sebab tu adanya bisnes jual burung tu. Still boleh buat duit."
Macam Abang Burn ni pulak, dia jenis sentiasa carik menu baru untuk customer.
Dan yang bagusnya, dia tak kedekut. Sebab apa guwa kata dia tak kedekut. Sebabnya, untuk pengetahuan lu orang, Abang Burn sanggup bukak cawangan kat Lembah Klang yang beroperasi semata-mata untuk tujuan infaq di mana kesemua
keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin. Dia target cawangan tu dapat menyumbang sekurang-kurangnya RM 20,000 sebulan
terutamanya dekat rumah anak-anak yatim dan fakir miskin yang tidak mampu mendapat
bantuan 'mainstream'. Camtu la lebih kurang.
Dari mana datangnya dana ni? Jawapannya ialah dari jualan burger Al-Lazat tadi. Ok. Habis kat situ. So, lu orang kalau kata nak menjamu selera sambil beramal, boleh la singgah-singgah pekene berger bakar beliau. Tak rugi mana lah setakat seploh hinggit dua. Tengok movie cerita cinta boleh pula? Siap couple seat lagi. keh keh keh..
Renung-renungkan dan selamat ber'amal..
Sampai part 'amal' tu kene baca sengau sikit.
Sekali lagi.
Selamat ber'amallll~
Haaa. Gitu :p
Xoxo,
Zack.