English is Fun.

Guwa ingat lagi waktu guwa dekat sekolah asrama dulu. Beberapa bulan sebelum menjelang SPM, kaunselor skolah dah pesan siap-siap dekat bebudak supaya isik borang kemasukan ke kolej matrikulasi. Time tu rancak la beliau ke sana-sini bagi ceramah motivasi berhubung kesan melengah-lengahkan pengisian borang kemasukan ke IPTA dan lain-lain institusi. Antara lain termasuklah gagal mendapat tempat belajar, gagal mendapat course yang diminati dan akhir sekali  mengundang kegagalan dalam hidup.


Begitu la lebih kurang kerjaya seorang cikgu kaunselor di sekolah guwa. Nak harap bebudak datang bilik beliau mengadu ada masalah cinta dengan makwe, guwa rasa jangan mimpi la. Dah sah-sah la sekolah guwa tu semuanya jantan-jantan belaka. Kalau ada makwe pon, setakat anak makcik dewan makan skolah yang guwa rasa adalah dalam lingkungan dua belas tahun.. Cutting tak brapa nak naik lagi. Muka kosong macam takde pengisian rohani. Nak senyum pon macam satu pekerjaan yang sukar pada dia.. Apatah lagi nak mintak kiss. Pendek kata, nak buat makwe pon tak sampai hati...

Jadi, tempat guwa dan kengkawan tumpang bermanja, akan jatuh pada cikgu-cikgu perempuan di skolah tu. Seingat guwa, antara cikgu yang boleh tahan manis dan jelita nya termasuk lah cikgu add math sama cikgu bahase inggeris. Huh! cikgu bahse inggeris toksah cakap la. Kalau lu orang perasan, dalam sesebuah skolah, biasanya yang paling cun dan vogue tak lain tak bukan mesti cikgu bahse inggeris. Dressing cikgu bahse inggeris ni lain macam sikit. Tak skema sangat macam cikgu-cikgu subjek lain. Maka, memang bebudak cepat manja lah dengan cikgu bahse inggeris.

Belajar di skolah asrama penuh ni memang tak sama macam belajar di skolah harian. Dekat sini, kita orang memang dimanja kan sepenuhnya. Hampir setiap hari cikgu-cikgu balik lambat sebab kene stay back dekat skolah in case ada bebudak tak paham soalan masa prep tengah hari, boleh terus naik bilik guru. 

Time tu, guwa punye bahse inggeris barai tahap ya rabbi... Jadi, guwa nak berdampingan dengan cikgu bahse inggeris pon jadi segan. Karang buatnya dia bantai borak dengan guwa dalam bahasa inggeris, satu hal pulak guwa nak menyelak kamus sambil berborak. Dan andai kata guwa dah jumpa perkataan yang guwa carik tu pon, belum tentu lagi beliau paham struktur ayat guwa yang grammernye tahap oxford. Silap-silap aribulan, terkeluar juga ayat-ayat seperti "teacher, u has been looking little beautiful today. not like yesterday. what your secret?".Ah, bukan boleh percaya sangat lidah melayu guwa ni.

Kekadang guwa berbulu juga dengan sesetengah classmate guwa yang cakap omputihnya berhabuk tahap baca majalah CLEO macam baca majalah Mangga. Sikit punye style. Biasanya golongan-golongan begini seringkali dilihat berdampingan dengan cikgu bahse inggeris di kantin skolah, di library, dan juga di kepsi atau mekdi, time outing. Kire tempat orang standard-standard la...


Guwa? Oh, guwa pon baca juga majalah CLEO tu. Malah, setiap page tu guwa selak dengan laju sambil sesekali menyeka rambut yang turun menjurai ke paras dahi. Kaki pulak, guwa silangkan gaya mat salleh. Duduk harus lah bersandar. Confidence level guwa tarik pada peringkat paling tinggi. Padahal, bukan guwa baca pon. Skadar tengok-tengok gambar paha sama betis makwe dalam tu je. Nak menampakkan ke'omputih'an lagi, sesekali guwa sebut la "hey! nice boobs, bitch!". Bile nak ketawa pulak, guwa sebut "ahaks!". Jadi, kengkawan yang perati guwa pon rasa macam ada sedikit respect la. Nak tegor guwa pon dioarang jadi tak berani. Takut kalau-kalau guwa bidas dalam bahasa inggeris.

**********************

Satu petang, beberapa hari setelah result trial SPM bagi sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dikeluarkan, guwa didatangi mak dan ayah guwa dengan membawa sedikit juadah minum petang. Mak dan ayah guwa memang begitu. Sebulan sampai dua-tiga kali dia orang datang jenguk guwa tolong hangkut baju-baju busuk guwa bawak balik cuci dekat rumah. Maklum lah, jarak rumah guwa dengan skolah asrama tu tak sampai 5 kilometer pon. Enjin kereta tu kalau boleh bercakap, guwa rasa mengeluh panjang juga dia nak datang ke sekolah guwa pasal tak sempat panas lagi, tapi dah sampai.

"Hurrmm... parah ni..."

Incik ayah mengeluh perlahan sambil menghembus asap rokok Suria perlahan-lahan, gaya macho.

"Kenapa bang?"

Tiba-tiba puan emak menyahut dari tepi, hairan melihat air muka Incik ayah.

"Nah, awak tengok la sendiri."

Slip keputusan trial SPM guwa dihulur kemas oleh Incik ayah. 

Guwa hanya diam membatu sambil terus leka mengunyah goreng pisang yang mereka bawak. Sesekali, pandangan guwa berpaling pada beberapa orang member guwa yang lalu lalang di situ lengkap dengan jersi sama boot masing-masing, bersiap-siap untuk beraksi di padang. 

"Hurrmmm..."

Kali ni giliran Puan emak pula mengeluh panjang tak panjang sangat.

"Mak rasa kadang-kadang kau kene slowdown sikit..."

Guwa hanya diam dan meneruskan kunyahan goreng pisang nipah. 

"Macam mana boleh jadi macam ni?"

Puan emak bersuara kembali setelah melihat respon guwa yang tak berapa acuh nak acuh.

"Teruk sangat ke mak?"

Dengan berhemah, guwa capai semula slip result trial guwa dari tangan Puan Emak.

Guwa belek satu persatu atas bawah.



Hurmm....

"Macam mana bahse melayu kau boleh dapat B ni? Melayu apa macam ni?"

Puan emak ketawa berdekah-dekah diikuti senyuman sinis dari Incik ayah. Dan guwa cukup masak dengan senyuman tu. 'Senyuman menyindir makan dalam' nama dia.

"Apo la ekau ni.. Bahaso yang kau cakap haghi-haghi  dokek ghumah pon buleh dapek B ko? Buek malu boto la... Keh keh keh..."

Incik ayah meriah ketawakan guwa petang tu. 

"Entah! Bahse inggeris pulak kau boleh dapat A. Macam tak pecaya je... Meniru ke? hakhak! "

Sahut Puan emak tak nak kalah.

"Cubo try speaking sikit ayah nak donga."

Cilake.

Guwa terus jadi moral down lantas menelan bijik pisang nipah yang guwa kemam dari tadi.

"Ni nak sain ke tak nak ni?! "

**********************

Kuik-Kuik Si Tikus Pintar.

Hai. Kenalkan, ini pula Kuik-Kuik, tikus belanda (guinea pig) peliharaan kitorang adik beradik. Kitorang bagi nama 'Kuik-Kuik' sebab dia cuma tau sebut satu perkataan tu saja.


Kuik-Kuik ni asalnya seekor tikus makmal untuk projek sains akak aku dekat maktab. Tapi, oleh sebab muka dia yang comel, akak aku tak sampai hati nak operate dia. Jadi, akak aku bubuh dia dalam sangkar dan bawak balik ke rumah untuk dibela. 


Kuik-Kuik ni tak macam Mok. Dia tak memilih sangat dalam bab makan. Pisang, lobak merah, jagung, kacang buncis, semuanya dia makan. Tapi dalam banyak-banyak tu, yang paling die gemar - sayur kangkong. Especially part batang tu. Seronok tengok dia kunyah. Berderap derup bunyiknya.


Kebetulan, sangkar Kuik-Kuik terletak dekat jalan nak menuju ke dapor. Jadi, setiap hari Kuik-kuik kerjanya perhatikan gelagat kami satu keluarga yang lalu lalang dalam rumah tu. Setiap kali emak pulang dari kedai, dia akan menjerit-jerit "Kuik..Kuik..Kuik!" sekuat-kuat hati. Konon-konon excited la sebab dia tau dalam plastik kedai mak tu, biasanya ada sayor kangkong yang dibeli khas untuk dia sorang. 


Disebabkan habit dia yang tak boleh dengar bunyik plastik ni, kadang-kadang mak jadi tension. Bukan apa, bising! Padahal, kekadang mak tengah selongkar plastik sampah je pon. Tapi Kuik-Kuik tetap menjerit-jerit sebab dia ingat mak tengah prepare nak bagi dia makan...

Sebagai suri rumah yang normal dan sibok dengan tugasan harian, adakalanya mood emak kurang baik...


Pada masa tu, siap la Kuik-Kuik. Terpaksa tahan telinga dengar mak membebel. Kitorang adik bradik memang takde dekat rumah. Akak sulung pulak keje dekat kolumpo. Jadi, Kuik-Kuik ni kira macam kawan baik emak la... Teman mak sementara tunggu ayah balik keje.

Sesekali bila cuti, kitorang balik rumah, tengok-tengok Kuik-Kuik dah gemok! Mana taknya, mak kata dia asyik makan je dua ploh empat jam! 

Family aku memang suka dengan binatang. Jadi, kitorang memang selalu bergurau manja dengan Kuik-Kuik. Sesekali, pernah juga test hulur die dekat Mok. Tak cukop tanah dia lari!


Tak seperti hamster, bulu Kuik-Kuik ni kasar. Saiz dia pun jauh lebih besar dari tikus-tikus peliharaan yang lain. Aku suka letak dia atas riba, sebab suka feel 'geli' masa die gerak-gerak atas paha aku.


Tapi, seperti biasa, Kuik-Kuik tak pernah lupa untuk menguji tahap iman dan kesabaran kitorang adik beradik...



Sekian.


p/s:
Kata orang, kalau kita sayang dan baik dengan binatang, nanti binatang tu akan selalu mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita pon akan jadi murah. Tak tau la betul ke tidak. Wallahualam. :)


.

Pengajaran Buat Gemok ...


Ini 'Gemok', kucing peliharaan keluarga aku. 
Tapi kami adik beradik panggil dia 'Mok' aje.




Mok ni kucing pelik. Dalam bab pemakanan,
dia sangat cerewet. Dia tak makan ikan mentah. 
Dia makan ikan yang sudah dimasak sahaja.


Pada satu hari di bulan Ramadhan,
Mok pulang ke rumah dengan menggonggong
seekor ikan kembong yang dicurik dari rumah
jiran belakang.



Emak yang terkejut dengan tindakan Mok itu
segera merampas ikan tersebut. Selepas mencuci
ikan tu sehingga bersih, emak pulangkan semula
pada jiran belakang rumah sambil meminta maaf.


Mujur jiran belakang rumah berbaik hati untuk
menghalalkan saja ikan itu kepada Mok. 


Akak aku terus menggoreng ikan tadi lalu
diberi pada Mok. 


Mok makan dengan penuh berselera.


Kata akak aku, mungkin Mok lapar sangat sebab
dia tak sahur pagi tu. Thats why lah dia mencuri...




Bila masuk waktu berbuka puasa, emak suruh
kami adik beradik supaya jangan bagi Mok makan.
Konon-konon nak ajar dia bahawa lain kali jangan mencurik.




Sejak dari hari tu, Mok insaf dan tak berani mencurik lagi.

Mok sudah pandai berdikari dengan mengutip 
lebihan tulang ikan dari sinki dapor. 

Mok juga semakin rajin mengemas rumah, mencuci kereta, dan tak tinggal semayang. Ok, itu tipu.

Sekian.




Siri Bercakap Dengan Setan - Episod Minyak Pengasih. part 5.

Kereta Ford tua warna perang meluncur laju meredah keheningan malam kampung Petualang. Di kiri kanan bahu jalan, pelepah pokok kelapa sawit meliuk lentok melambai-lambai ditiup angin. Sesekali, kedengaran bunyi anjing menyalak dari atas bukit, membuatkan suasana malam bertambah seram...


Di kala semua insan sedang nyenyak lena dibuai mimpi, Hussin dan kengkawannya masih lagi gagah bersengkang mata bertemankan asap rokok dan lagu-lagu retro Sinar.fm. 

"Jauh lagi ke Sin?" - ujar Adi sebaik sahaja DJ radio selesai memutarkan lagu "Bossanova" nyanyian Wann.


"Tak jauh dah. Depan tu je..." - balas Hussin sambil menuding jari telunjuk ke arah ladang getah yang tak berapa jauh dari situ.

"Kau yakin ke Sin dengan apa yang kite buat ni?"

Mat Top bersuara dari tempat duduk belakang.

Adi memulas volume radio hingga ke paras boleh berborak. DJ radio menjadi kecil hati, lalu memperlahankan suaranya.

"Entah la Mat Top... Tapi kalau ikut dari apa yang aku dengar, Wak Argus tu handal orangnya tau!"

Jawab Hussin seraya menoleh ke arah Mat Top dengan raut muka bersungguh-sungguh. Mata nye terjegil besar seolah-olah melihat kelibat anak dara salin baju belakang langsir berkain jarang.

"Handal?" - soal Mat Top lagi, tak berpuas hati dengan jawapan Hussin.

"Engkau ingat lagi tak kes anak Haron yang kene baham dek rimau itu ari?" - sambung Hussin mula open cerita, cuba untuk meyakinkan Mat Top. Sementara itu, Adi masih lagi menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sesekali mata Adi menjeling pada cermin sisi, lihat kalau-kalau ada pontianak yang terbang cuba mengekori kereta nya dari belakang.

"Ha?! Tak tau pulak aku. Apa cerita?" Mat Top tarik muka pelik, meminta penjelasan lanjut.

"Lepas dua hari dari tarikh kebumi arwah, orang kampong heboh kata diorang nampak Wak Argus berkelahi dengan harimau tu belakang kebun getah..."

"Ha?! dah tu, apa jadi?! "

"Apa lagi, menggelupor la rimau tu di terajang dek Wak Argus... langsong takde can rimau tu nak keluar kuku..."

*********************



"Eh, Sin! Kau nampak tak apa yang aku nampak?..." 

Pertanyaan Adi mematikan perbualan Hussin sama Mat Top. Serentak itu juga, Hussin berpaling ke depan melilau mencari benda yang dimaksudkan oleh Adi.

Dalam jarak lebih kurang sepuluh meter, kelihatan sesusuk tubuh berbaju putih, berambut panjang berdiri tegak di bahu jalan. Lagaknya tak ubah seperti lakonan maya karin dalam cerita hantu.

"Eh, bukan kah itu pontianak?" - tanya Hussin lantas menggosok-gosok matanya berulang kali.

Mat Top menggangguk-angguk kepala tanda setuju. 

"Barangkali dia nak menompang agaknya..." 

"So, macam mana cerita ni Sin? Nak berhenti ke tak?" -tanya Adi, sambil tangan kiri memegang tombol gear, bersedia untuk memperlahankan kereta.

"Hurrmm... berhenti la kejap. Kesian pulak aku tengok." jawab Hussin tenang.

Kereta Ford tua mula menghampiri makhluk berbaju putih. Serentak itu juga, cermin kereta dturunkan perlahan.

"Cik adik nak tompang kan?" 

Adi menyapa, ramah.

Makhluk berbaju putih diam tak berkata-kata. Mengangguk tidak, menggeleng pon tidak.

"Naik lah. Tapi dengan satu syarat! " sambung Adi.

Gadis berambut panjang  memandang Adi tak berkelip-kelip menanti kata-kata Adi yang seterusnya.

"Kalau nak menompang, buat cara menompang. Jangan nak ngengada berubah wajah dari cantik-cantik macam ni, tetiba nak jadi hodoh. Dan lagi satu, aku tak lalu tanah perkuburan depan tu. Jauh...! Tapi kalau kau tak kesah nak menapak sikit, aku boleh drop kau dekat simpang depan tu. Orite?" - terang Adi satu persatu.

Gadis berambut panjang buntu dan terus ghaib dari pandangan...

"Lah?! Cilake punye antu. Penat je aku explain panjang lebar."

Adi memaki hamun gadis berambut panjang sambil menumbuk stereng kereta. Hussin sama Mat Top menggeleng-geleng kepala, beristighfar dalam-dalam...

**************************


Akhirnya, setelah lebih kurang dua jam perjalanan, kereta Ford akhirnya tiba di perkarangan rumah Wak Argus, bomoh terkenal di kampung Pendeta Zulkarnain, bersebelahan dengan kampung Petualang...

"Ada orang ke ni, Sin? Macam rumah tinggal je ni... ?" - soal Mat Top sambil menampar nyamuk yang tompang berehat di lehernya.

"MASOK!" 

Tiba-tiba kedengaran satu suara garau dari dalam. Adi dan Mat Top saling berpandangan. Terpancar wajah cuak dan cemas di muka masing-masing. Hussin memulakan langkah menaiki tangga rumah Wak Argus. Berderap bunyi lantai kayu rumah Wak Argus tiap kali tapak kaki Hussin mencecah lantai.

Daun pintu diselak kemas. Bau kemenyan memenuhi rongga hidung. Hussin mengibas-ngibas asap yang menghalang penglihatannya dengan menggunakan tangan. Sayup-sayup di celahan asap tebal, Hussin boleh nampak sesusuk tubuh lelaki lingkungan 40-an sedang duduk bersila di hadapan kemenyan dan alat-alat perbomohan lain seperti keris, limau purut, telur ayam, tengkorak, dan jam randik.

"Nama saya Hussin... Saya..."

"Takpe. Duduk. Wak tau semuanya..." 

Suara garau Wak Argus sekali lagi mematikan suasana. 

"Wah! Bukan calang-calang bomoh, Wak Argus ni!" - bisik Hussin dalam hati sambil tersenyum nipis. Kali ni dia benar-benar yakin Wak Argus mampu membantu dia mendapatkan Misya, anak gadis Mak Esah yang digila-gilakan nya sejak kecik.

"Engkau orang datang nak jumpa Wak, kan? Betul tak? Wak tau tu..."

Luluh remuk hati Hussin mendengarkan firasat Wak Argus yang baru sebentar tadi dipujinya.

*****************************

"Saya datang ni ada hajat, Wak..." 

Hussin cuba menerangkan niat dan matlamat nya pada Wak Argus sambil menjeling pada Adi dan Mat Top yang dari tadi duduk diam membatu.

"Hurrrmmmm..." 

Wak Argus mendengus sambil tunduk bertafakur dengan bahasa yang tak pernah Hussin dengari sepanjang 27 tahun penghidupannya.

"Saya nak Wak tolong buatkan saya Minyak Pengasih! Saya nak biar si Misya tu melutot dekat saya ni Wak! Baru dia tau siapa saya! Apa dia ingat dia cantik, dia boleh senang-senang tolak cinta saya?! " 

Hussin meluahkan perasaannya pada Wak Argus.

"Ada bawak gambar?" -tanya Wak Argus, malas untuk mendengar masalah Hussin dengan lebih lanjut.

"Err...takde la Wak..." jawab Hussin selamba.

"Lerr.. engkau ni tak pernah tengok tibi ke? Nak bomoh kejadah mende kalau takde gamba?? Dah tu, datang berlenggang je la ni ??"

Soal Wak Argus dengan muka tegas, mengalihkan pandangannya pada Adi dan Mat Top. 

"Kalau lukis, boleh tak Wak?" 

Hussin bersuara memberi usul. 

Terbeliak bijik mata Wak Argus mendengar cadangan bernas dari Hussin. Rasa nak dilemparnya Hussin dengan tepak sireh depan mata, tapi Wak Argus cuba untuk bersabar...

"Hurrmmm... takpe lah. Wak ada cara lain..." 

Akhirnya, Wak Argus bersuara cuba merungkai permasalahan Hussin.

"Nah. Sapu minyak ni pada badan engkau dan pejamkan mata. Bayangkan wajah Misya dalam hati..."

Ujar Wak Argus sambil menghulurkan sebotol kecil minyak sebesar ibu jari kaki orang dewasa.

Tanpa berlengah-lengah lagi, Hussin terus menanggalkan baju dan menyapu dengan rakus sebotol minyak itu ke badannya. Tersengih-sengih Hussin sambil memejam mata membayangkan tubuh badan Misya yang montok, di dalam kepala otak nya.

Dengan tak semena-mena, asap kemenyan depan muka Hussin berkepul-kepul naik sehingga Adi sama Mat Top tak dapat menahan diri dari batuk bertalu-talu. 

Samar-samar, Hussin dapat lihat wajah Wak Argus bertukar perlahan-lahan menjadi wajah mirip Misya! Hussin tak percaya dengan apa yang dilihatnya lantas melempar kemenyan yang sibok berasap dari tadi. 

Tak silap lagi! Wak Argus kini sudah berubah wajah menjadi Misya.

Cuma... yang merunsingkan hati dan benak Hussin adalah, Misya yang di depan matanya ini mempunyai misai dan khalkum. Dan yang pastinya ia adalah milik Wak Argus.

"Jom kawen! Hikhik" 

ujar Misya Jadian dengan suara garau, sambil tersenyum manja.

"DUUSSHH!!"

Hussin menerajang rusuk Misya Jadian dengan sepenuh hati jantannya, lantas berlalu pergi...

************************

Sekian.



Siri Bercakap Dengan Setan - Episod Minyak Pengasih. part 4.

"Aji ni kalau buat kuah roti canai, tak bubuh bulu idong, tak sah ek?! "


Tiba-tiba sahaja Hussin meninggi suara dari meja makan. Adi senyum nipis sambil 'tune' api lighter. Mat Top melilau pandang sekeliling risau-risau ada parang terbang gara-gara mulut lancang si Hussin.

"Orang tengah ghamai ni Sin, kome makan aje lerr.. Aku tak sengaja. Mana nak tau bulu idong aku nak jatuh dalam kuah kari kamu tu..." jawab Aji Leman selamba sambil menepuk-nepuk doh roti canai atas kuali leper.

Sebagai orang lama di kampung Petualang, dia dah masak benar dengan perangai dan pe'el nye si Hussin. Siapa yang tak kenal "Hussin warrior" ? Terpijak tahi ayam, habis ayam dengan reban-reban sekali dibakarnya. Tercekik bijik manggis, alamat satu pokok manggis habis ditarahnye dengan gergaji kayu. Hangin tak memasal.

"Ha, iya lah tu Aji...wat evaa~"

Balas Hussin sambil menjentik bulu idong dalam kuah karinye ke arah kapel meja sebelah. Brader meja sebelah tanpa berfikir panjang terus letak duit lima ringgit atas meja, lantas menarik tangan makwenye beredar dari situ dengan sepantas kilat, meninggalkan milo ais yang masih berbaki separuh gelas.

"Sejak bile kau pandai cakap 'wat eva' ni Sin ?? " - soal Adi sambil mengekek ketawa.

"Ntah! macam gampang." - sahut Mat Top.

"Teehee!" Hussin hanya menyeringai dengan gusi depan terselit cebisan cili tak abis blend. Boleh tahan korup juga Aji Leman ni berniaga. 

******************************

Malam makin pekat. Kedai Aji yang tadinya riuh, dah mula lengang. Kucing-kucing yang dari tadi sibok menyelinap bawah meja mencarik lebihan tulang, memasing dah terlentang kekenyangan dengan kaki empat-empat mengadap ke atas.

"Aku serius ni Adi... Mat Top..."

Hussin bersuara tiba-tiba, memecah kesunyian suasana kedai makan Aji. Asap rokok dihembusnya perlahan... tenang... 

Raut wajah Hussin bersahaja tapi Adi dan Mat Top cukup kenal dengan pandangan mata tu. Garang, tegas, dan berkarisma. 

Hussin memang gila-gila orang nya, tapi dalam membuat keputusan, ketegasan beliau tak harus dipandang ringan. Pernah sekali beliau tampil memberi usul dalam mesyuarat PIBG sekolah, tercengang semua yang hadir. Berpeluh dahi guru besar dibuatnya. Penolong kanan, Guru panitia sains, Guru kaunselor, masing-masing tunduk menikus. Ibu bapa memurid yang hadir, tak kira tua muda, langsung pakat-pakat akur sebulat suara. Terus mesyuarat PIBG petang tu bersurai takat tu sahaja.

"Benda ni melibatkan akidah, Sin... Silap-silap langkah, mati esok memang tak merasa syurga kita..." - Mat Top memulakan hujah.

Hussin hanya senyum sipi dengan puntung rokok tersisip kemas di bibir. Suasana diam seketika seoalah-olah memberi laluan pada Hussin untuk mengemukakan apa yang terlintas di benaknya.

*****

"Aku heran betul lah..."

Hussin bersuara sejurus sebelum meneguk teh o nipis depan matanya. Adi sama Mat Top berpandangan satu sama lain, menanti kata-kata seterusnya dari mulut Hussin.

"Semua orang dalam dunia ni sibok belumba-lumba nak masok syurga, tapi bile masuk part mati, haram sekor pon tak berani... Nak masuk syurga, tapi taknak mati. Macam mana tu Adi?" 

Keh keh keh... 

Adi tersengih, mengangguk-angguk kepala tanda setuju. 

"Engkau lain Sin.. Amal ibadat kau tak sama dengan kitorang. Amalan kau tu bawah sikit je dari tu ha, sapa nama imam kampong tu? Haji Taib? Talib? apa ke nama entah orang tua tu...alahai...lupa dah aku."

"Talib tu bapak aku la, bahalol.  Haji LATIP!" sampuk Adi.

"Ha, Haji Latip! Amalan kau Sin, saing-saing dia jee... kalau mati konfem syurga! Tak macam kitorang ni ha... Amal ibadat entah ke mana.."  tempelak Mat Top sambil main ais dengan strow.

"Kitorang? sorry sikit! engkau je yang takde amal... aku pernah je tolong kucing tersepit jari dekat rim moto. Ha, tu kire amalan jugak kan?" -balas Adi.

Hussin hanya diam memerhati gelagat masing-masing. Cawan teh o nipis di tangan kanannya menanti masa sahaja untuk melayang ke kepala salah sorang dari mereka, tapi Hussin gagahkan diri untuk bersabar. Kerna Hussin tau sabar itu separuh dari iman...

***************************

"So, engkau orang tak nak ikut la ni ?" 

"Nanti dulu Sin... Kau ni hape laa.. Harap muke je brutal. Tapi hati? Ramlah ram." ujar Adi, sambil merampas kunci motor Hussin, menghalangnya dari pergi.

"Duduk dulu Sin..." pujuk Mat Top.

"Benda boleh bawak berunding..." sambungnya lagi.

"Nak runding apa lagi ? Kalau engkau dua orang taknak ikut, aku boleh buat sendiri. Sekurang-kurang nye takde la buang masa aku dekat sini. Ye tak?"

Hussin meninggikan sedikit nada suara nya sambil menadah tangan meminta kunci moto yang dirampas Adi.

Disebabkan marah, Hussin terlupa akan hakikat moto nya sudah tidak boleh bergerak lagi gara-gara tayar depan yang pancit tergilis hantu bungkus semasa dalam perjalanan ke kedai Aji tadi.


***************************

terpaksa bersambung lagi... 


p/s :
esok aku ada paper. sekarang da pukul 2.10 pagi. aku nak tido. selamat malam... o/



Siri Bercakap Dengan Setan - Episod Minyak Pengasih. part 3.

Cuaca malam tu suam-suam kuku. Bulan mengambang nak tak nak sahaja. Angin bertiup lembut, segan silu. Sesekali kedengaran juga bunyi unggas-unggas hutan bersahutan riang dari dahan ke dahan. Riuh benar bunyi nya. Bagai tiada masalah dunia yang harus dipikirkan. 

"Ah... Alangkah senang nye hidup menjadi unggas..." - Hussin bermonolog, meredah kesunyian malam. Sesekali, kepalanya tersengguk-sengguk bila tayar depan moto menjengah lopak. Dan setiap kali itu juga lah mulut Hussin terkumat-kamit menyumpah seranah pekerja bangladesh yang menurap jalan bagai menyapu jem pada roti. 

"Buat kerje, tak ikhlas langsung!", bentak Hussin sambil membetulkan semula helmet Apollo yang lolos  sehingga menghalang penglihatannya.

Dalam pada jiwa berkecamuk, Hussin meneruskan perjalanan. Tiba di selekoh ladang kelapa sawit Lebai Manan, lampu moto Hussin tersuluh akan satu kelibat manusia berambut hitam, berbaju putih labuh...

"Ah sudah! Menatang apa pulak ni ?! " bisik Hussin dalam hati.

Hussin pijak gear belakang bertubi-tubi sehingga tertera abjad "N" pada dashboard moto, lalu merapati lembaga tadi. Direnungnya lama-lama wajah lembaga berambut panjang itu dari atas sampai bawah. Cutting model. Muka macam Juliana Evans.

"Sedari ni dari mana, nak ke mana? Bukan main lawa lagi.. Bukan orang sini kan?" sapa Hussin.

Gadis berambut panjang senyum tawar, mengangguk perlahan.

"Sedari ni mesti pontianak, kan?" tanya Hussin lagi.

Gadis tu menggeleng-geleng kepala seraya berkata, "Nama saya Umaira... Saya tinggal di kampung seberang."

"Ah, tak kire! engkau pontianak! engkau ingat aku bodoh?! " 

Paaaannngggg!

Sedar tak sedar, sekeping penampar Hussin hinggap di muka gadis berambut panjang. Tersungkur gadis tu dibuatnya. Sambil memegang pipi yang kemerah-merahan, gadis berambut panjang cuba bangun dan membetul-betulkan bajunya yang kotor terkena tanah.

"Taknak kasi tompang, dah la! Jangan la lempang-lempang tak memasal. Eeiii, Menci tau!"

Ujar gadis berambut panjang lalu terbang pulang dengan wajah kecewa. Baru dia tau penangan Hussin.

*****************************

Akhirnya, setelah mengharungi berbagai-bagai dugaan dan halangan, termasuk tayar depan pancit gara-gara tergilis hantu bungkus dan lampu depan pecah diranduk anak babi hutan sesat, akhirnya Hussin sampai jua ke warung Aji Leman.

"Aji, roti kosong sama teh o nipis satu! "

Kerusi plastik meja sebelah, Hussin tarik kemas. Sekotak rokok Nusantara hampir benyek, dikeluarkannya dari kocek seluar lantas dinyalakannya sebatang. Selesai membetul-betulkan posisi duduk, Hussin bersuara..

"Ha, macam mana? On ke tak ?"

Adi sama Mat Top berpandangan satu sama lain. Kotak rokok Hussin tadi dicapai Adi lalu dirembatnya sebatang tanpa sebarang keizinan bertulis mahupon secara lisan.

"Benda ni bukan benda kecik, Sin..."

Ujar Adi seraya memetik api lighter. 

Seketika kemudian, kepulan asap mula memenuhi ruang meja makan. Serentak itu juga kapel di meja sebelah memberi jelingan tajam pada Hussin tanda protes. Hussin singsing lengan baju sehingga menampakkan parut panjang sejengkal di lengan kirinya. Kapel sebelah cepat-cepat mengalihkan pandangan dan kembali menyedut milo ais dengan straw.

Hussin mengalihkan pandangannya pada Mat Top dengan sedikit body language.

"Betul cakap Adi tu Sin... Benda ni tak boleh bawak memain. Silap-silap, boleh syirik! "

Giliran Mat Top pula memberi respon.

*****************************

bersambung lagi... 



p/s : lepas ni part last. janji! keh keh keh...


Siri Bercakap Dengan Setan - Episod Minyak Pengasih. part 2.

"Prom pom pom...pom..pom...pom....pow.. pow..."

Bunyi enjin moto tua pak Akob menangis lagi, memecah kebuntuan malam. Sesak benar bunyik nya. Nak dibuang, sayang. Nak dihantar repair, malu pula pak Akob pada tokei Wong... 

"Haiya! wa ni Akob aa, selupa itu olang melayu ala cakap, apa? idop segan, mati malu-malu.. ha, ya ka? wa tak cakap salah, nak cakap pon takut lu berkecil hati. Ini moto aa, sula tak boleh bikin lagi maa...! Enjin lama. Sklu suma sula longgar-longgar. Piston dalam pon sula mau pecah.. Angkat balu la kawan...Tala mahal punyaaa." 

Pak Akob hanya mampu senyum nipis. 

"Kalau ada duit, takde la aku antar repair sama engkau. Mangkok." getus hati pak Akob seraya menolak moto tua itu pulang. 

********************

"Ha, Sin. Kau nak ke mana pulak memalam buta ni?" sapa pak Akob sebaik saja tiba di depan tangga rumah.

"Usin ada hal sikit yah." jawab Hussin acuh tak acuh sambil menadah tangan meminta kunci moto pak Akob.

"Kalau ye pon, tunggu la ayah tu naik ke dalam dulu Sin oii... 'Bertuah' sunggoh anak sorang ni tau!" 

Kedengaran suara Mak Siti bising-bising dari dalam.

Pak Akob malas nak argue panjang. Dihulur nya kunci moto pada Hussin, lalu meneruskan perjalanan ke dalam rumah.

Sedar-sedar, bayang Hussin sama moto sudah lesap dari pandangan.

"Usin...Usin..."

Menggeleng pak Akob sambil meletakkan kopiah lusuhnya atas gobok.

"Perangai siapa la yang di ikut nye si Usin tu..." keluh pak Akob.

"Lah! Perangai awak la. Sapa lagi?" - jawab Mak Siti ringkas tapi padu.

"Oh, ya ek?"

"Ha la! Dah tu?"

"Ye la, ye la... yang burok, yang jahat, ha, tu semua ikut saya... kalau awak tu, yang baik-baik aje. Kan?"

"Alolorh, merajok... bughok bebenor udah ghopa nye." Mak Siti ketawa kecil, lalu menarik kerusi meja makan untuk pak Akob.

"Saya bergurau je la bang..." 

Dicium nya pipi pak Akob selepas melihat pak Akob takde respon. Risau juga kalau-kalau tak dapat ciom bau syorga nanti.

Habis merah-merah pipi pak Akob. Macam cilake.

"Malam ni malam jumaat kan?"

Tiba-tiba aje pak Akob berteka-teki...


*************************

bersambung lagi...


Siri Bercakap Dengan Setan - Episod Minyak Pengasih. part 1.

Suara parau Haji Talkin melaungkan azan maghrib, kedengaran lagi senja itu. Sama seperti hari-hari kebiasaannya. Gegak gempita seluruh pelosok Kampung Petualang, Jalan Siluman Angkasa, 57800 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Burung-burung yang berkicauan riang sejak pagi tadi, masing-masing mula bergegas pulang. Kelihatan juga kelibat dua-tiga orang kanak-kanak berlari menangis sambil mencari selipar yang hilang. Nun di awan, matahari sedang merendah diri memberi laluan pada sang bulan untuk take-over...

"Ikut kan hati Usin ni mak, mau aje Usin tapak kan muka Mak Esah tu tadi! Biar dia rasa! "

Tiba-tiba terpacul kata-kata tu dari mulut Hussin, anak tunggal Mak Siti, perlahan, sambil menutup jendela rumah. Fikiran nya kusut. Hati nye remuk hancur.

"Astagfirullahalazim... bawak mengucap Sin... Istighfar banyak-banyak..."

"Usin memang da lama sabar da ni mak..." 

Asap rokok Nusantara dihembus Usin perlahan-lahan. Dicapainya kusyen yang berselerak atas lantai, dikirai nya berkali-kali sebelum melabuhkan punggung.

"...Kalau die kutuk Usin, Usin boleh hadap lagi mak. Takpe, Usin sedar Usin ni sapa. Belajar memang tak tinggi mana, Pakai pon selekeh. Tapi, die tu dah over sangat, mak! Sampai abis satu keturunan kite dihamburnya. Cilake apa?"

"Allahuakbar... Usin... Usin... Sabar nak... Maghrib-maghrib macam ni, jangan diikutkan sangat ati marah tu. Tu semua syaitan tu Sin... Syaitan! Cuba bawak bersabar sikit... pegi ambik air semayang." - ujar Mak Siti sambil membetulkan telekung di kepala nya.. sesekali terlihat garis-garis kedut usia di dahinya.

"Huh! sabar...sabar! tak abis-abis dengan sabar! kalau semua orang dalam dunia ni boleh sabar, takde nye perang dekat Palestin tu mak..." 

Rokok yang tak abis dihisapnya, ditenyeh-tenyeh ke piring kuih, sebelum bingkas bangun ke bilik air.

Mak Siti hanya mampu menggeleng kepala sambil membentang sejadah...

**************************

...bersambung....



p/s : amacam? boleh pergi tak agak-agak cerita macam ni ? keh keh keh... guwa nak siap-siap, main bola.




Worldcup...oh worldcup...

Ada tinggal lagi empat hari je lagi sebelum world cup sampai ke penghujung. Kalau di Afrika, petanda nya sudah ketara kelihatan. Pakcik-pakcik yang bukak gerai burger sama kepok lekor dekat tepi pintu masuk stadium, masing-masing dah mula berkemas pulang. Makcik-makcik yang turut sama memeriahkan temasya world cup dengan membuat bisnes jual "tudung maradona", scarf rambut ronaldinho dan lain-lain produk, masing-masing da boleh tutup buku.

Yang jual vuvuzela hamjadah tu, memana belen tak abis jual, balik nanti boleh passing dekat anak-anak jiran sorang satu.


Biar depa buat main tiop-tiop dari pagi lepas subuh sampai malam. Selagi tak berdarah anak tekak, jangan bagi diorang balik rumah. Kalau degil jugak, perambat kepala seko-seko dengan vuvuzela tu. Ha, nak sangat tiop kan ?

*************************

Ari ni kite cakap pasal bola je. Before this, ramai yang mintak aku tulis pasal world cup, tapi macam yang aku  terangkan sebelum ni, aku bizi sikit. La ni pon, aku korbankan time tido aku semata-mata untuk tulis entry kat angpa suma. Mana nak carik blogger baik dan kacak  cenggini ? habaq mai !

Itu ari ada orang tanya, "zack, pasai pa suma orang dok sibok cakap pasai world cup? best sangat ka?"

Ini tak lain, mesti golongan awek-awek punye soalan la ni. Ha, meh sini aku tanya ang balik. "pasai pa bila pasaraya SOGO buat mega sale, beratoq mak-mak sama akak-akak dekat sana?"

keh keh keh...

Benda simple. Ok, senang cerita macam ni. Kalau ang prasan, selalu tu tiap-tiap tahun bila masuk 14 febuari atau nama lainnya 'hari memperingati kekasih', golongan yang paling happy sampai tahap senyum cecah cuping telinga, siapa? Awek-awek kan? Ha, sama la jugak dengan world cup. Kire macam hari memperingati  pakwe la kengkonon... 

Penat woo slama ni dok layan karenah angpa, orang pompuan... Teman tengok wayang la, shopping kasut la,  belanja mekdi la... Lambat datang, merajok. Tak ingat tarikh lahir, merajok. Tak call sehari, muncong. Tak cakap "i lebiu", kata da tak sayang...

4 tahun sekali world cup. Kitorang laki-laki tak mintak banyak pon dari angpa kaum pempuan. Kitorang just  mintak sedikit kebebasan ja. Kalau angpa call tetengah malam, tapi kitorang (laki-laki) tak angkat, arap angpa pi masok tidoq dulu. Kalau angpa ada plan nak ajak tengok midnight movie ka hapa, harap-harap boleh tunda ke bulan depan. Kalau anak merengek nak susu tetengah malam, harap angpa (isteri) boleh bangun sat sumbat puting. Jangan bising-bising. Kitorang nak tengok bola. As simple as that. Tak susah pon kan ? Bagi can la.. :p

************************

Ok. Sambung cerita kenapa aku suke world cup. 

Kalau ang tengok tibi, ang perasan dak awek-awek world cup sluruh negara hat tayang-tayang body dok pekik sokong team negara diorang atas padang? pergh! jelita-jeliti ! Boleh kecil hati juga lisa surihani kalau die tengok. Terus rasa tak nak berlakon dah lepas ni. Moral down punye pasal.


Awek korea selatan. 


Awek brazil.


Dutch lady.

Tu belum masuk awek denmark sama makwe-makwe england lagi tu. Sengaja aku malas nak bubuh banyak-banyak. Pendek kata semua nye hot-hot belaka. Tu baru pendek yang kata. Panjang kata? Oh, panjang tak kata apa. Panjang malas nak cerita. Panjang rilek-rilek je.

Kekadang, aku terpikir jugak, what if kalau one day Malaysia masok world cup? Agak-agak ang, sapa artis yang turun padang untuk support team kita? 

Huh! Jangan memain dengan awek Malaysia. Masing-masing tak kurang jelita nya... Yang wajib turun, guwa ingat Fasha Sanda sama Diana Danielle. Amacam, tak cukup cun lagi?

Lisa surihani ada, Tiz zaqyah ada, Wan maimonah ada, dan ramai lagi kalau nak suruh aku list kan satu-satu. Semuanya da siap sedia, tinggal lagi nak tunggu team Malaysia masok tibi, beraksi saja. Ye dak?

*************************

Cakap pasal team Malaysia, ada jugak yang tanya aku kenapa Malaysia tak masuk world cup. Jawapan aku,  malaysia belum layak lagi kot. Tunggu la sikit tahun lagi. Tak payah tengok jauh-jauh sampai ke world cup, try usha korean dengan japanese punye cara main je dulu da cukup. Terang-terang cakap, malaysia takde lagi player yang sama level macam Honda mau pon Ji Sung Park, buat masa ni. 

Bile ingat-ingat balik sejarah bola sepak Malaysia, dulu bola sepak kite tak macam gini. Bile masuk musim liga super, tibi main iklan bola selang dua tiga jam sekali. Time tu, kalau tak silap aku, Dunhill pegang sponsor iklan bola. So, bile da banyak pendedahan dalam tibi, benda mula la jadi bahan bual orang. Baru terasa bahang bola sepak tu. Masing-masing memang semangat tercongok anak branak depan tibi smata-mata nak tengok bola. Feveret team aku time tu, Selangor. Pergh, azman adnan, sharil arshad, rusdi suparman.. sapa lagi? Itu jam, siap berkelahi dengan kengkawan dekat skolah dok argue pasal antara azman adnan dengan yusri che lah, siapa lagi terer. 

Ha, nak tau macam mana 'true' bola sepak dulu-dulu punye penangan, time tu kalau kat skolah, dia ada satu game tau. Game untuk budak laki-laki. Aku tak sure bebudak ini ari tau ke dak, tapi zaman aku dulu memang femes jugak rasanya.



Sekarang ni siapa yang agak-agak macam dah ingat, sila angkat tangan sambil jerit "aku penah main dulu weyh! hakhak!"

Ok. Pada yang tak penah tau pasal mende alah ni, meh sini aku cerita sikit. Tu la ang... rugi tak lahir zaman aku. Macam-macam benda tak tau. Nak nyembang lebih-lebih pon, ang tak boleh nak feel. Lain kali suruh ah puan emak beranakkan ang cepat-cepat sikit.

Permainan die sama macam main bola atas padang. Cuma, hat ni main atas meja. Lagi besaq, lagi bagus. Macam aku dedulu, tarik dua meja dalam bilik darjah tu cantum bagi jadi satu. Ha, kire orite sangat la tu. Lepas tu susun player-player ang atas atas meja ikut la formation apa yang ang suke. 4-4-2 ka... 4-3-3 ka.. sukati ang.

Bile da siap sumer-sumer, nak main dia senang ja, kalau turn ang jalan, ang jentik ja atas manila kad  (player) ang, pastu nanti bola (kertas balut coklat) die gerak ah! ha-ha-ha! macam hape je.

Tapi die kene ada skill dan trick jugak, habaq ang! tak semudah yang disangka. Kalau ang terjentik kuat, satgi ke laut ah bola tu. Kalau ang pandai skit, ang main ah tepi tingkap. keh keh keh... pasai pa, sat gi bile ang jentik, kot-kot la angin tu tiup bola ang, silap-silap boleh swing bola tu, baru ronaldo!





Fuh! 'Rare' gile game ni skarang. Entah ada lagi entah tidak. Bebudak ini ari main game bola depan tibi je... tonyoh-tonyoh jari dekat joystick, lepas tu seronok sorang-sorang. Setitik peluh pon tak keluaq. Tak menarik langsung. :p

************************

Malam semalam punye cerita, tetengah bizi buat essaimen, tetiba cik awek call. Sesaja nak bermanja agaknya. Entah macam mana, tersembang pasal bola dengan beliau...

"Malam ni hubby rasa sape menang?" 

"Hurrmm... Uruguay kot." - jawab aku acuh tak acuh sambil jari sibuk menulis.

"Tapi Netherlands lagi kuat?" - balas cik awek dengan nada sedikit tak puas ati.

"Biasanya team yang kuat ni la yang kalah, yang..." 

"Ala, mesti menang punye la netherland! tak caya hubby tengok la nanti..."

"Kenapa Itah cakap macam tu?"

Sengaja aku nak duga cik awek punye pengetahuan bola.

"Ye la... Netherlands ada sapa tu... ala... Swen...swen... swenger ke hapa ntah nama mamat tu... Mamat tu terer! "

"Ha?! Swenger?"

Dandan tu aku drop pen atas meja sambil fokus pada perbualan dengan cik awek. 

"Swenger mana pulak ni yang..."

"Alaa b... Swengher... schwarzenegger...? apa ntah. Itah da lupa la nama dia..."

"Schwarzenegger....?"

Sejak bile pulak arnold schwarzenegger main bola ni? -bisik ati aku sambil terbayang jelas watak terminator lakonan beliau.



"Schwarzenegger tu pelakon, sayang..."

Kali ni aku jawab dengan nada penuh gentle sebelum cik awek sesat lebih jauh.

"Ala... yang botak tu..." -jawab cik awek sedikit kecewa.



"Ohh... itu nama dia Sneijder sayang... Sneijder..."

"Ha, dia la!"

Menggeleng guwa dua tiga kali sambil toreh meja dengan ujung pensel tekan.

**********************


Kebizian melanda.

Bulan ni guwa paling sibok sekali. Banyak perkara guwa nak kene rush. Next week guwa ada presentation nak kene bentang depan class. Ujung bulan tujuh ni pulak guwa ada final paper untuk first sem. Tak cukup dengan tu, subjek programming punye assignment itu ari pon da nak cecah deadline jugak. Pendek kata, semua benda nak buat perangai. Tak tau ke tangan guwa ada dua je? Kalau ada lapan belas, boleh jugak gua gagahkan. 

Sekarang ni guwa langsung takde masa untuk diri guwa sendiri. Nak bersenang-lenang baring-baring main kucing sambil layan drama "dendam orang minyak" tv3 pon jadi tak senang.

Tan Sri Khalid ada call sabtu lepas ajak guwa turun main golf sama-sama. Katanya guwa da lama tak turun padang, beraksi. Anak perempuan Dato' Munawir pon da mengadu dekat daddy dia, kata yang guwa ni langsung takde masa untuk keluar dinner dengan dia. Nak keluar shopping apatah lagi.

"Tak lomentik la abg zack tu, daddy! menci menci menci!" -ujar Linda anak kacukan darah cina-melayu tu dari dalam ofis Dato' Munawir. Guwa yang kebetulan lalu nak ke toilet sempat juga curik-curik dengar.

Mr Lim dari syarikat Maju Holding pulak da bising-bising pasal tender itu ari.

"Client nak tengok proposal tu a.s.a.p! U ada faham tak Mr.Zack? U mau meniaga, buat cara mau meniaga! Do i made myself clear?!" -bentak Mr Lim dalam talipon sebelom sempat memaki hamun guwa dalam bahasa mandarin itu ari.

Cilake. Itu semua drama. Jangan percaya sangat.

Nanti la guwa jenguk-jenguk kalender depan meja ni kalau-kalau ada waktu terluang, guwa gagahkan jugak la kudrat empat kerat ni taip satu dua entry.

Skarang ni guwa makan pon selang sehari. Baju yang guwa pakai skarang ni pon baju minggu lepas punye. Tak sempat nak basuh. Bilik air guwa tu pulak bukan setakat berlumut, malah cendawan, paku pakis dan langsuyar pon da start tumbuh. Takde masa guwa nak sental.

Punye bizi!




p/s :
nampak tak guwa punye mug atas meja tu? kalau nak tau, dalam tu ada serdak nescafe dua minggu lepas punye sama belen air seteguk. Bakteria, semut itam sama lipas buat main terjun tiruk dengan kuak lentang anak beranak. Gampang.

Related Posts with Thumbnails