Ohh My Gas! Eskrim

Satu petang di minggu lepas, guwa hallo cik makwe. Ajak dia berbuka puasa sama. Cik makwe kata dia abis kerja pukul pat setengah. Guwa kata ok.

Jadi petang tu guwa berkira-kira dalam kepala lokasi mana yang sesuai untuk guwa berbuka puasa sementara menunggu cik makwe abis keje. Pikir punya pikir, guwa end up untuk buka puasa dekat pavilion saja. Rasanya ada dekat pat lima tahun juga guwa tak jejak kaki ke pavilion. Last time datang pun masa guwa muda remaja dulu.

Cik makwe sms mintak izin balik rumah dulu di Setapak untuk mandi-mandi tukar baju. Biasa la orang pempuan. Pada dia, baju keje hanya untuk keje. Baju jalan-jalan untuk jalan-jalan. Untuk tido, lain pulak bajunya. Kalau bra warna coklat, panties pun nak kene warna coklat. Punya disiplin. Guwa pun tak paham. Guwa? Baju melayu sama suar trek pun guwa on je. Lepas juga sampai ke Tesco.

Lebih kurang pukul lima setengah macam tu cik makwe sampai KL Sentral. Borak-borak ala kadar, tanya "hows ur day" lebih kurang, terus gerak naik monorail menuju ke Bukit Bintang.

Pavilion masih sama macam Pavilion empat tahun dulu. Masih lagi port melepak budak-budak baru nak up. Jenis dress up ala-ala k-pop, port dekat tangga ramai-ramai. Memasing nampak gaya macam anak orang loaded dengan pempuannya beg tangan Gucci, kepit i-pad dekat celah ketiak. Yang lelaki jenis kemeja cantum butang sampai atas, siap ada pakai bow-tie. Seluar warna-warna.

Guwa senyum geleng-geleng kepala. "pavilion.. pavilion.."

Lepas jalan-jalan cuci mata dengan cik makwe, guwa turun escalator menuju ke aras satu. Aras yang kaya dengan makanan. Guwa port dekat satu corner area food court. Menu buka puasa guwa petang tu nasik goreng thai special sama air mineral. Cik makwe pula pekene mee laksam ke apa ntah nama dia. Guwa pun tak ingat. Yang guwa ingat cuma satu. Iaitu makanan yang kitorang order tu tak sedap langsung.

Lepas makan, guwa berlegar-legar di area situ dengan harapan mencarik pencuci mulut kot-kot la ada aiskrim ke, kek ke, donut ke..

Tiba-tiba...

Tiba-tiba mata guwa tertancap pada satu booth bawah escalator. Booth yang dilengkapi dekorasi warna pink jambu. Macam booth makwe makwe.


Guwa dongak atas sikit. Guwa eja sebutir sebutir. "O.M.G ice cream."

O.M.G? guwa ingatkan Oh My God. Rupa-rupanya bawah tu ada tulis Ohh My Gas.

Guwa toleh ke cik makwe.

Cik makwe geleng kepala seolah-olah paham apa yang bermain di benak guwa yang benak ni.

Perlahan-lahan guwa cuba dekati booth merah jambu tersebut.

Wah. Old school giler rasa guna perkataan 'tersebut'. -.-


Kelihatan beberapa orang pekerja booth tersebut lengkap bersenjatakan alatan moden sedang menyiapkan ais krim yang di order customers.

Tak berkelip-kelip mata guwa dok perhati.

Ada ketika, keluar kepulan asap putih memenuhi ruang tempat buat ais krim tu!


Alangkah terperanjatnya guwa bukan kepalang.

"Mainan sihir apakah ini? Jual ais krim mende sampai berasap-rasap bagai ni? Jual eskrim ke halau setan?" getus hati kecil guwa.

Tapi perasaan terkejut guwa tu guwa simpan dalam hati dulu. Takut kalau diluahkan, orang kata guwa jakun pula.

Segalanya terjawab bila guwa selesai baca apa yg tertera pada advertisement board sebelah dia.


Guwa tak tau sama ada guwa yang ketinggalan zaman, atau pun kita sebenarnya yang dah makin maju.

Seingat guwa, masa guwa kecik-kecik dulu, istilah aisrim adalah ini :-



Zaman tu, aiskrim ni cukup trending. Seposen satu. Fevret guwa- eskrim milo sama eskrim asam boi.

Nak makan dia kene gigit ujung bersimpul tu, pastu pusing-pusing sampai putus. Kalau jenis hati tak berapa kering, gigit belah bontot dia. Senang sikit. Biasa makwe-makwe je macam tu.

Paling canggih di zaman tu pun adalah lebih kurang macam ni.



Guwa panggil eskrim pop. Makan time balik mengaji. Karate patah dua guna lutut. -.-"

Tapi tapi tapi... itu semua dulu!

La ni lagi canggih.

Apa yang ada di depan mata guwa ni super hi-tech punye eskrim.

OMG icecream ni sebenarnya satu konsep yang mana lu orang boleh create eskrim kesukaan lu orang dengan mengikut kreativiti memasing. Cumanya cara nak hasilkan eskrim tu agak unik dengan teknologi menggunakan teknik pembekuan bahan melalui agen cecair nitrogen (N2) yang debekukan pada suhu lampau sehingga boleh cecah -196 degree celcius! Ini membolehkan satu proses penyejukbekuan yang tinggi yang bmana boleh menghasilkan tekstur eskrim yang ultra lembut.

Terlalu scientific untuk lu orang barangkali. Takpe, mungkin video ni boleh membantu pemahaman lu orang.



Untuk permulaan, guwa dan cik makwe mengambik keputusan untuk pekena eskrim coklat machademia.



So, guwa pick gelato sebagai base dia. Instead of gelato, lu orang boleh pilih base ice cream mahu pun soya.

Lepas tu, sesi mix and match di mana lu orang boleh gabungkan perisa apa yang lu orang suka. Macam guwa, guwa menggabungkan coklat dengan machedamia milk. Tak brani ambik risiko gabung banyak-banyak perisa takut pening.

Lepas tu, langkah terakhir ialah pilih topping. Guwa pilih sedikit kacang hazel saja.

Setel da pilih semua semua tu, pekerja terlatih di OMG tu akan combine kan lu orang punye perisa tadi ke dalam satu mangkuk dan digodak-godak sampai sebati dengan machine seakan blender.

Lepas da sebati, cecair nitrogen (liquid nitrogen gas) akan disalurkan ke dalam adunan  dan tindakbalas cecair nitrogen dengan suhu bilik akan membekukan adunan menjadi eskrim. Sebab tu lu orang akan perasan ada gas kepul-kepul. Tu sebenarnya adalah proses pemeluapan melalui kaedah heat transfer. Walaa! Lu orang paham ke tidak ni? keh keh keh

Fuhh! lebih kurang dua tiga minit lepas tu, siap la eskrim guwa. Heaven giler rasa dia. Tak macam eskrim beli kat kedai Ah Chong dan Keluarga.



Rasa coklat dan kacang machedamia dia well mixed. Padu.

Cik makwe pula dengan Soya base Sakura Green Tea dia.



Boleh tahan jugak aiskrim berasaskan soya.

Ada masa nanti, lu orang try la. Sumpah nice.

Nyumm!




Untuk maklumat lanjut, lu orang boleh refer pada


p/s : 
selamat ari raya maap zahir batin :)



Al-Lazat Burger Bakar Review

Khamis lepas 4 julai 2013, guwa dan beberapa orang rakan blogger yang lain dijemput untuk menghadiri satu jamuan ringan menikmati burger bakar abang burn somewhere in bandar seri permaisuri cheras kalau tak silap.

Actually majlis tu lebih berkisarkan kepada pelancaran menu baru Abang Burn sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan yang penuh barakah tahun ni. Menu tersebut dibubuh nama Al-Lazat bersempena rasa dia. Diadun sebati dengan gabungan percik moden dan sos timur tengah, daging ayam yang dah diperap empuk akan disajikan bersama-sama sayur dan kepingan roti yang segar-segar dan terpilih. 


Dijual masa bulan puasa saja. Kira limited edition la. Memang sedap giler guwa tak tipu. Serius sedap. Masa guwa menaip ni pun, air liur guwa berjurai-jurai meleleh kene keyboard. Malas nak lap. 

Untuk bagi lu orang rasa feel sedapnya beger al-lazat tu, guwa bagi video sikit. Karang kalau tidak, lu kata guwa membohong pula. Nah. Tengok sendiri. Lepas tarawih malam karang boleh la drop by kejap pekena seketul dua. 


Jadi, malam tu pihak media seperti RTM dan beberapa rakan blogger femes yang lain seperti ujang, brader budiey, fatin liyana, yuyu zulaika beserta guwa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Saja mention nama guwa last skali. Sebab bila sebut pasal 'blogger', guwa macam "ha?! guwa ni kira blogger ke?". Dah la update blog setahun sekali, blogger hamende cenggitu. Ye tak? Jenis menulis ikut suka ati.

Tapi abang burn punya pasal, guwa hadir juga. Wah. Mengadanya. Macam artis pulak statement.

Sikap pemalu yang diterapkan kepada guwa terbawak-bawak sampai ke sesi fotografi. Nak ambik gambar pun menyorok.

Dari kiri, Faris, Ujang sama anak dia, Guwa dan Mejah.

Overall memang happening gile malam tu! Kalau dah kata guwa pun ada sama, mesti la happening. Bukan senang guwa nak join gathering gathering cenggini. Bukan guwa anti sosial, cuma jadual guwa padat!

Padat dengan aktiviti-aktiviti ilmiah dan kemasyarakatan. Masa guwa lebih banyak dihabiskan di perpustakaan mengkaji jurnal-jurnal student master dan phd. Adakala guwa di jemput untuk menghadiri pembentangan kertas kerja projek-projek baru bebudak universiti. Bulan lepas saja, dua kali guwa ke Jordan atas jemputan seorang profesor di sana bagi mendengar perbahasan berhubung isu "teknologi dan impaknya terhadap sosiologi". Guwa dilantik sebagai salah sorang panel untuk menilai perbahasan tersebut. Bersama-sama dengan guwa, turut mengembeling tenaga dan buah fikiran termasuklah jemputan dari Canada, Africa, dan Washington. Di sebelah petangnya pula, kebiasaannya guwa akan meluangkan masa bersama jemaah masjid di taman guwa bertandang dari satu rumah ke rumah bertabligh mengajak manusia mengenal hakikat insan dan tuhan..

Jangan puji dahulu kerana semua tu guwa acah saja. 


Baiklah. Jadi, guwa teruskan cerita dengan majlis pelancaran menu baru Abang Burn itu ari.

Majlis disempurnakan dengan bacaan doa dan diringi ucapan dari orang-orang besar Abang Burn. Pung pang pung pang dalam sepuluh minit camtu, abis. Lepas tu baru kitorang dijemput makan. Fuhh! Cakap pasal makan memang heaven. Cenggini ha! *sambil angkat ibu jari tunjuk very good. herot bibir sikit*

Kalau lu orang perasan, tahun ni saja sudah dua kali guwa promote untuk Abang Burn. Apa yang istimewa sangat Abang Burn ni? Nak kata guwa tangkap cintan sama anak pempuan dia, memang tak la. Nak kata dia upah guwa tiga ribu untuk review, pon tak juga. 

Sebenarnya, guwa tertarik dengan konsep pendekatan bisnes dia. Jujur guwa cakap, nak carik bisnesman melayu yang berjaya dekat Malaysia ni, lu boleh kira dengan jari. Dato' Hj Ramly Mokni owner kepada Ramly burger, Tan Sri Azman Hasyim pengerusi AMbank, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yakni orang ke-8 terkaya dekat Malaysia ni, who else? Tak ramai. Bukan orang kita tak pandai bisnes, tapi jenis buat bisnes tak kena gaya.

Teringat guwa pada satu ari dalam teksi waktu perjalanan pulang dari kolumpo. Tiba di satu trafic light merah di sekitar Temiang, guwa nampak ada satu kedai jual burung kat sebelah kanan guwa. Seingat guwa, dulu takde pulak kedai burung tu. Borak punya borak, rupanya pakcik teksi tu kata kedai burung tu ada sorang uncle cina yang bukak. 

"Orang cina ni pandai kan? dia tau je apa kehendak kita. Sebab tu bisnes die tak melingkup. kekadang kita pikir hek elehh! sapa la yang giler sangat nak beli burung? brapa sen sangat je untung? Tapi diorang tak pikir cenggitu. Orang cina ni ada perayaan yang mana kengkonon lepaskan sekor burung untuk bayar nazar. Ha lebih kurang cenggitu la. Sebab tu adanya bisnes jual burung tu. Still boleh buat duit."

Macam Abang Burn ni pulak, dia jenis sentiasa carik menu baru untuk customer. 


Dan yang bagusnya, dia tak kedekut. Sebab apa guwa kata dia tak kedekut. Sebabnya, untuk pengetahuan lu orang, Abang Burn sanggup bukak cawangan kat Lembah Klang yang beroperasi semata-mata untuk tujuan infaq di mana kesemua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin.  Dia target cawangan tu dapat menyumbang sekurang-kurangnya RM 20,000 sebulan terutamanya dekat rumah anak-anak yatim dan fakir miskin yang tidak mampu mendapat bantuan 'mainstream'. Camtu la lebih kurang.


Dari mana datangnya dana ni? Jawapannya ialah dari jualan burger Al-Lazat tadi. Ok. Habis kat situ. So, lu orang kalau kata nak menjamu selera sambil beramal, boleh la singgah-singgah pekene berger bakar beliau. Tak rugi mana lah setakat seploh hinggit dua. Tengok movie cerita cinta boleh pula? Siap couple seat lagi. keh keh keh..

Renung-renungkan dan selamat ber'amal.. 

Sampai part 'amal' tu kene baca sengau sikit. 

Sekali lagi.

Selamat ber'amallll~

Haaa. Gitu :p

Xoxo,

Zack.

Kisah dongeng kita...

soundtrack :




p/s : 

I wonder why just when I learned to wait, it was when you never came. I wonder why just when I learned to laugh, it was when you made me cry. And I wonder why just when I’ve learned to love you, it was when you said goodbye.



Ayam, Cikgu Sains dan Sekeping Lukisan


Puan emak dah bising-bising. Katanya sejak balik bercuti ni guwa banyak buat benda yang tak bermanfaat dan tak mendatangkan hasil langsung. Kerja makan tido makan tido saja.

"Omak ni bebaya kau dulu, pepagi buto lagi dah nurun poie motong gotah. Takdo la kato dapek tido lamo sikit. Jangan mimpi. Karang kok tak motong, dapor tak berasap. Dah tu nak buek macam mano? Kok tak kojo kang, apo nak kedarah? Tak macam bebudak ni ari. Pomaleh! Namo la nak menolong orang tuo buek kojo-kojo ghumah, Haghammm.."

Begitu la antara lain isi kandungan bebelan puan emak dalam loghat nismilan. Tu belum masuk bab incik ayah lagi. Incik ayah punye kata-kata lagi pedih kalau kene. Tajam dan padu. Macam kene sengat tebuan tanah.

Jadi nak tak nak guwa bangun dan mula berkira-kira pekerjaan apa yang boleh guwa lakukan selain mentela'ah facebook dan melayan sinetron.

Guwa pandang keliling bilik guwa. Macam cilake. Tak cantik langsung decoration. Almari baju sebijik, katil sebijik, lepas tu barang-barang lain bersepah-sepah atas lantai. Mana satu lantai pun guwa tak pasti. Tak jumpa dasar. Punya banyak barang. Jalan setapak, terpijak kalkulator. Jalan setapak lagi, terpijak pen kilometriko. Kadang-kadang tulang ayam pun ada. Entah mana datang pun guwa tak tau. Dah macam stor tempat cinderella kene kurung dengan mak tiri pun iya juga. Siap tikus pun ada sama. Buat ramai.


**********

Tapi, memandangkan takde pari-pari datang menolong guwa mengemas bilik, mahu tak mahu terpaksalah guwa mengemas sensorang diri. Sambil mengutip sampah-sampah lama, guwa menyanyi hiburkan hati sendiri. Konon-konon tak nak bagi rasa tertekan sangat la. Kononnnn...

Sedang guwa memunggah buku-buku lama masukkan dalam kotak, tetiba guwa terjumpa buku latihan sains  masa zaman sekolah menengah dulu. Guwa selak selai demi selai. Ada macam-macam cerita. Cerita pasal klorofil la, pasal transpirasi la, protozoa la, fotosintesis la.. dan macam-macam cerita lagi.

Tapi dalam banyak-banyak cerita tu, pandangan guwa tertarik pada satu helaian dalam buku tu. Satu helaian yang mengandungi sekeping lukisan yang ada cerita dia sendiri. Tersenyum guwa bila tengok lukisan tu. :)

Lukisan tu guwa lukis di mukasurat akhir buku latihan sains masa tingkatan tiga sekitar tahun 2001 kalau tak silap.

Time tu sistem pembelajaran di Malaysia masih lagi belum mengada-ngada. Semua memurid pun belajar dalam bahsa melayu. Senang paham. Kalau tak paham apa yang cikgu ajar, memurid akan cepat-cepat angkat tangan tanya soalan. Tak macam bebudak ini ari. Cikgu dekat depan speaking omputih. Memurid pulak, english level baru tahap khatam buku 'the red riding hood'. Past tense present tense pun tak berapa reti nak guna. Jenis eja Tuesday dengan Thursday pun selalu tersilap. Tapi bila cikgu soal paham ke tidak, memasing angguk kepala gaya angkuh sambil jerit 'understandddd!'. Punya eksyen. Especially bebudak lelaki. Bukan apa, karang kalau tak angguk kepala, takut kene drop dengan makwe meja sebelah. Padahal, si makwe tu pun dua kali lima je. Bukan pandai sangat. Tapi sebab dek cun, belajar tak pandai pun tak mengapa. 

Jadi, satu hari tu cikgu sains guwa mengajar topik pembiakan. Atau bebudak ini ari cakap 'reproduction'. Ea? Tak sure ada ke tak topik ni.  Masa tu, guwa diperkenalkan dengan subtopik 'persenyawaan luar' dan 'persenyawaan dalam'. 

Oh ya. Mesti lu orang macam "Hah?! hamende ni nyawa nyawa ni??' Siap ada nyawa luar, nyawa dalam pulak?" Kan?

Takpe. Kita revise balik bab ni sikit-sikit. Guwa pun tak berapa ingat sangat. Tapi kalau tak silap guwa, dia kira macam ni la.

Generally, 'persenyawaan dalam' ni macam satu proses yang berlaku pada haiwan betina. Yang mana sperm si jantan akan bergabung dengan ovum si betina dalam badan si betina. Biasanya jadi dekat mamalia dengan reptilia. Mamalia tu apa? Mamalia ni kira macam sejenis kuih pengat pisang. Tapi inti kacang. Ha-Ha. -.-"

Jangan nak mengada sangat la mamalia pun tak tau.

Ok. Kita sambung.

'Persenyawaan luar' pulak berlaku dekat luar badan si betina. Alah, senang kira macam ikan la. Ikan betina bertelur dekat luar. Lepas tu nanti bergabung dengan sperm yang ikan jantan lepaskan. Lalu jadilah anak ikan. 



Sebab tu la lu orang tak penah nampak ikan pregnant perut boyot macam kucing betina mengandung. Sebab dalam perut dia takde baby. Just ada telur je. Baby dia bersenyawa dekat luar. 

Ikan paus? Ikan paus tu belakang cerita. Sebab dia mamalia.

Ok. So macam tu la lebih kurang ceritanya.

Jadi satu hari tu, cikgu sains guwa sedang menerangkan contoh-contoh haiwan yang menjalankan persenyawaan luar.

Jenis guwa pula, kalau dalam kelas guwa akan dengar dengan tekun. Sebab guwa jenis malas nak balik baca buku semula. Kalau tak paham, guwa akan tanya sampai paham masa dalam kelas tu juga. Tak suka simpan-simpan. Nak harap guwa study kemudian, memang tidak la.

Pada hari tu, guwa sedikit hairan bila cikgu guwa mengatakan bahawa ayam menjalankan persenyawaan luar. Guwa macam "ha?! biar betik."

Guwa lantas angkat tangan dan terus bertanya. "ayam persenyawaan luar eh miss?". Cikgu sains guwa tu cina kalau tak silap.

Masa tu cikgu guwa macam diam sekejap dan angguk nak tak nak. Guwa syak beliau pun tak berapa nak sure. Dan beliau cepat-cepat ubah topik.

Guwa pun malas nak argue panjang sebab guwa pun tak berapa sure sebenarnya. Bebudak lain pulak jenis belajar ikut buku. Kalau contoh tu takde dalam buku, takde la. Jenis belajar untuk exam.

Jadi hari tu guwa pulang ke rumah dengan perasaan bercampur baur. Betul ke ayam bersenyawa secara luar? Sebab bukan apa. Guwa penah nampak ayam beromen. Serius tak tipu. Ayam jantan tu dia akan tindih ayam betina, pastu gigit tengkuk dia sikit, pastu "chutttttt" dalam lima seconds, setel. Buat macam takde apa-apa pernah berlaku. Alaa.. lu orang pun mesti pernah tengok kan? Jap la guwa search kat youtube.



Ha. Ada pun. Lebih kurang gitu la.

Jadi persoalannya kenapa cikgu guwa ajar ayam bersenyawa secara luar?

Guwa cuba membayangkan ayam dan persenyawaan luar. Lebih kurang gini la kot.

Mula-mula ayam betina bertelur.


Lepas tu ayam jantan datang approach telur tu.

Dia terangsang tengok telur-telur yang comel. Lalu dia merembeskan sperm dia.

Then, sperm tu meresap cecelah kulit telur ayam tu dan bergabung dengan sel ovum ayam betina kat telur tu.
-.-"

Dan jadi lah anak ayam.

Macam tu la kot yang cikgu guwa bayangkan.

Ataupun satu lagi option.

Mungkin cikgu guwa konfius bila tengok ayam betina mengeram telur. Mungkin dia ingat mengeram tu satu proses persenyawaan luar.

Jadi guwa pendam soalan guwa tu tanpa jawapan sehingga hari ini.

Oh ya. Guwa pula ada satu habit yang guwa masih amalkan sehingga sekarang.

Kalau guwa marah, guwa bengang atau guwa konfius, guwa akan luahkan pada kertas dengan cara melukis dan menconteng.

Jadi, guwa ambik buku latihan sains guwa tu dan conteng gambar ni dekat mukasurat belakang.



Dengan harapan cikgu guwa faham maksud guwa. Ye lah. Takkan guwa nak pergi pada cikgu guwa dan cakap "cikgu, saya pernah nampak ayam beromen." ? Nak mampos? Termeninggal beliau karang.

Malangnya cikgu guwa tak perasan lukisan guwa tu. Kalau beliau perasan, mungkin sedikit sebanyak akan mengubah persepsi beliau terhadap statement "ayam menjalani persenyawaan luar".

Atau mungkin juga beliau akan beranggapan guwa seorang yang gila seks.

Begitu lah flashback guwa.

***********

Guwa tutup buku dan sambung mengemas.

Sambil tersenyum. :)



Review Burger Bakar Abang Burn


Dah ramai orang sibuk perkatakan kehebatan burger dia. Tapi guwa tak percaya.

Dah beratus kali status di facebook mention pasal dia. Tapi guwa tak ambik port sangat.

Bebudak instagram tak payah cerita lah. Belum sempat bismillah, gambar dah up dulu. Lu nak angle mana? Bawah daging burger? Pandangan dari tepi sayur? Pandangan daging burger dari sisi gigi? Semua shot ada.

Pendek kata semua orang sibuk perkatakan tentang kehebatan dan keangkuhan Burger Bakar Abang Burn.

Tetapi tidak pada guwa. Jenis guwa, selagi sesatu benda tu tak terbukti sohih dan benar, guwa memang takkan percaya punya. Lu sogok la macam mana pun, selagi mana benda tu fifty-fifty, jangan harap guwa nak percaya.

Guwa ingat lagi Abdul kawan guwa masa di UM dulu. Bergaduh dengan guwa pasal burger juga. Isu remeh je pun. Abdul mati-mati pertahankan argument beliau bahawa Hamburger haram dimakan. Alasannya sebab ada 'ham' ataupun bahasa lainnya 'hirisan daging babi'.



Sebagai seorang sahabat yang sejati dan bekas AJK persatuan pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah, guwa cuba bidas statement Abdul dengan penuh hemah.

“Tak semua hamburger tu haram just sebab nama dia ada ‘Ham’ dekat depan. Abis tu, siput babi pun jatuh hukum haram lah sebab ada perkataan ‘babi’ dekat nametag dia?”

Ujar guwa dengan konsep pendekatan logik akal yang guwa percaya lebih mudah untuk penghadaman akal Abdul.

“Ah! Tak kira! Haram tetap haram!” bentak Abdul.

Perkara macam ni memang guwa dah standby dalam otak. Guwa tak salahkan Abdul. Memang ramai orang yang mindset dia macam Abdul. Dalam subjek psychology, penyakit ni dinamakan “selective perception”. Yang mana sesorang tu hanya cenderung untuk pilih dan dengar benda yang dia percaya saja. Any argument yang selain daripada apa yang dia percaya, dia akan anggap invalid.

Jadi, tak dapat tidak, terpaksa lah guwa berhujah dengan fakta.

“Abdul, sebenarnya begini…”

Wah. Bukan main formal lagi ayat guwa.

“Hamburger ni just satu phrase ataupun perkataan yang diambik sempena nama tempat Hamburg dekat Jerman yang mana kononnya burger tu berasal dari situ. Dekat Jerman, makanan yang famous dekat sesatu tempat tu biasanya diorang akan bagi gelaran. Kira macam nickname la. Contohnya macam sosej. Ada orang panggil ‘frankfurter’. Sebab dia famous dekat Frankfurt, Jerman.”

Argue punya argue, baru Abdul puas ati dan percaya. Dan guwa pun dapatlah mencekik burger free malam tu.

**********

Berbalik kepada tajuk entry ni tadi.

Jadi, bila ada orang sebok perkatakan pasal kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni, guwa pun rasa terpanggil juga lah. Apa yang hebat sangat pasal burger dia ni? Apabende yang rare sangat sampai bebudak sibok dok suruh guwa try.


Hormon ‘naktahuron’ guwa mula terangsang. Sikap ‘semangat ingin tahu’ yang mak ayah guwa terapkan sejak kecik dulu mula memabara. Guwa bukan boleh benda-benda macam ni. Eksaited dia lain macam sikit.

Satu malam guwa tekad.

Guwa, SB, Ujang dengan adik pempuan dia ke Ampang untuk mengkaji sejauh mana kebenaran berita kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni. Adakah betul-betul power atau sekadar satu momokan.

Lebih kurang sekitar 9.30 malam macam tu, kereta proton inspira adik Ujang park tepi jalan besar. Susah nak carik parking punya pasal. Dari situ dah boleh rasa aura hebatnya penangan burger bakar kat situ.

Sesampainya guwa di Gerai Burger Bakar Abang Burn, guwa terus port satu sudut. Guwa perhati sekeliling. Memang ramai customer dia. Ada cina, india, pak syeikh, dan macam-macam bangsa sumer port situ pekene burger bakar dia.

Guwa usya satu korner. Kelihatan lebih kurang lima nam orang pekerja ber-tshirt itam lengkap dengan sarung tangan siap dengan bandana dekat kepala tengah rancak siapkan order customer. Fuh, memang bersih kerja diorang. Tak nampak langsung kobis sepah-sepah dengan sos melejeh-lejeh macam dekat kebanyakan gerai burger lain.



Ujang ke cashier buat order. Hal menu guwa serah ke dia sebab dia lebih arif. Guwa tak kesah sangat. Tank guwa pun 1.3 je. Tak besar mana.

Dipendekkan cerita, malam tu guwa pekene burger ayam supremo RM10.50. Guwa dengar cerita dari bebudak blog, Abang Burn ada menu baru. Meatball apakenama ntah. Desas desus kononnya Meatball tu sedap dan tengah trending, jadi guwa pun order la barang sepinggan dua untuk mengetest sejauh mana boleh perginya meatball dia.

Sesambil menunggu order guwa sampai, guwa pekena borak dengan Ujang. Ujang ni kira dah lama la pekene burger bakar ni dulu sebelum guwa. Menurut Ujang, gerai yang kitorang port ni sebenarnya kira macam dia punya HQ la. Abang Burn ni dah ada 14 cawangan seluruh Malaysia. Giler. Kagum kejap guwa time tu.

Tapi kagum guwa tak lama. Belum sempat nak layan kagum, order guwa sampai. Ada la dalam 10 minit macam tu. Cepat tak cepat kerja dia. Tak sempat nak berborak dibuatnya.

Sebelum makan, guwa pesan pada Ujang mintak dia tolong shoot gambar burger dua tiga keping. Nak harap guwa shoot, memang fail. Tak reti guwa bab-bab fotografi ni.
Elok-elok burger, karang kalau guwa shoot, terus jadi gambar kuih koci..

Ujang angguk tanda paham.

Ketik-ketik! Lebih kurang macam ni la bunyik kamera dia.


Guwa pejam mata rapat-rapat.

Guwa bismillah dalam hati.

‘kruuppp’

Kunyahan pertama guwa tepat mengenai sisi kanan burger.

Sebaik saja aroma dia singgah ke saraf neuron tekak guwa, terus guwa terpana. Betul la diorang cakap, burger bakar dia memang sedap. Super nice. Sayur dia segar. Ayam dia pun bakar cukup masak.



Yang bagusnya, sos dia tak melimpah macam burger bakar tempat lain. Saiz die pun sedang elok je. Tak terlalu besar dan tak kecik.

Lepas pekena burger, tiba la masa yang dinanti-nanti. Kira macam upacara klimaks la.
Guwa nak try dia punya meatball pulak.

Meatball dia datang combo dengan potato wedges. Guwa kira ada sepuluh bijik meatball dengan 3-4 keping wedges. Lengkap bermandi kuah sama mayonis. Memang nampak sedap. Harga dia RM9.90.

Apa yang special pasal meatball ni, dia tak guna tepung. Memang hundred percent daging dan rempah ratus.


Macam biasa, kunyahan pertama guwa lelap mata. Orang kata bila kita lelap mata, baru kita dapat rasa nikmat sesatu benda tu. Sebab tu Louis lane dengan clark kent dalam citer superman tu lelap mata bila scene ciom. Nak ambik feel gamaknyaaa..

Fuhh.. . dia punya meatball.. guwa tak tau nak describe macam mana.

Saat daging tu masuk tekak guwa, guwa loss kejap.

Rasa macam berada di dunia lain. Roh guwa terawang-awang. Rasa macam neelofa tengah suap guwa sambil ada background muzik dua tiga orang main biola lagu ‘kau mawarku’. Serentak tu jugak, emma maembong pula datang sambil tersenyum mengelap lebihan sos di bibir guwa. "Makan perlahan-lahan sayang.." ujarnya. Punya heaven! 

Adunan daging dengan rempah kuah dia memang well-mixed. Padu!

Ah cerita banyak-banyak pun tak guna. Lu orang kene try dulu baru tau.

Secara overallnya, dari skala lima, guwa bagi empat setengah bintang dekat Abang Burn. Tak boleh bagi full. Nanti selesa sangat, takde improvement di masa hadapan.

 



Jadi dalam kes ni, guwa dengan ini mengiktiraf Burger Bakar Abang Burn sebagai one of the best burger bakar yang guwa pernah rasa. Jujur.

Guwa susah nak review sesatu produk unless dia betul-betul best.

Jadi, untuk maklumat lebih lanjut lu orang boleh pergi ke fanpage Burger Bakar Abang Burn di sini :




 p/s : Abang Burn kene payung guwa lebih ni! keh keh keh


Related Posts with Thumbnails