don't promise me forever

soundtrack :




Teknologi yang membunuh!

Beberapa minggu sebelum raya korban itu ari, satu malam tu guwa didatangi seorang member. Guwa nama kan member guwa tu si polan la dalam cerita ni. Eh kejap! Tak sedap. Cliche. Guwa bagi nama 'Mohd Tekno' la. Kasi rare sikit.

Mohd Tekno ni student tahun tiga jurusan mekanikal di universiti guwa. Jadi, cerita nya begini. Malam tu macam biasa la student. Kalau dah nama nya student, takde la keje nya nak study malam-malam. Especially student engineering. Kalau study karang, kata orang tu seolah-olah menentang hukum alam. Sama macam menyuruh pontianak mengilai di tengah hari buta. Kan menentang fitrah tu..

Bagi student engineering, siang adalah waktu belajar. Malam adalah waktu bermain. Kalau study pun, bukan la study sangat. Setakat buat lab report dengan copy paste data dekat wikipedia saja.

Ok. Sambung cerita Mohd Tekno.

Kedatangan Mohd Tekno malam tu sebenarnya nak pinjam mesin scanner guwa. Kebetulan guwa takde buat apa time tu. Malam-malam begitu, biasanya keje guwa tak lain melayan lagu dekat Suria FM je. Bukan nak dengar lagu sangat sebenarnya.Tapi lebih pada nak dengar suara DJ Lin. Seksi bhai suara dia. Lu orang try la dengar. 'Suria Cinta' ke apa entah nama program dia. Guwa tak ingat.

Jadi, lepas Mohd Tekno serahkan drawing dia pada guwa, guwa terus bubuh bawah mesin scanner. 

Lepas tekan button 'scan now', dekat screen laptop guwa keluar la gambar drawing yang di scan tadi.

Guwa belek Mohd Tekno punya drawing.

Hurmm..

"Apa benda ni Tek?" soal guwa sebaik melihat drawing beliau.

"Oh, ini design untuk alat menyembelih haiwan" - jawab Mohd Tekno ringkas.

"Alat sembelih?" -soal guwa lagi.

"Yup."

"Kitorang kene design satu alat menyembelih binatang yang efisyen dan canggih." -terang Mohd Tekno lagi.

"Yang segitiga ni apa?" soal guwa sambil merujuk kepada drawing beliau.

"Tu kepala lembu"

"Yang petak besar ni?"

"Tu kira macam alas sembelih lembu tu la"

"Ohh.. tak sembelih atas tanah...."

Dah macam freemason pun iya juga guwa tengok drawing Mohd Tekno. Siap lembu tu terkangkang lagi. Kaki lembu tu empat-empat kene ikat ke atas mengadap langit. Siap ada hydraulic pump untuk kasi adjust alas tikar lembu tu. Fuhh! 

*****************

Lepas Mohd Tekno balik, guwa meneruskan pekerjaan guwa melayan DJ Lin.

Tapi fikiran guwa masih lagi pada lembu yang bakal disembelih menggunakan alat penyembelih Mohd Tekno tadi.

Guwa just terpikir.

Guwa rasa kadang-kadang.. tak semua benda perlu diteknologikan..

Ada benda yang mungkin lu patut kekal kan sebagai tradisi.

Biar lah benda tu kuno sekalipun, tapi 'value' dia yang mahal.

Kalau hari raya korban orang-orang kampung dok pakat sembelih binatang guna mesin, apalah lagi meriahnya raya korban? Yang sebenarnya, suasana tolong menolong masa nak sembelih lembu tu yang mahal. Sorang pi pegang kaki lembu, sorang tolong ikatkan, lepas tu sembelih guna pisau tajam. Habis sembelih, sama-sama lapah. Cara macam tu walaupun tradisional, at least lu orang happy sebab dapat ramai-ramai pakat buat keje sama-sama. Meriah.

Jadi guwa terfikir, sejauh mana releven nya teknologi-teknologi ni? 

Guwa admit. Guwa mengaku. Yes, teknologi memang perlu. Kalau diperhatikan zaman sekarang ni, dah macam-macam teknologi ada. Contohnya itu hari guwa ada terbaca pasal teknologi 'auto-parking' yang kampeni Ford buat pada kereta diorang.



Bagi lu orang especially makwe-makwe yang selalu berdepan dengan masalah masa nak parking kereta secara serong (side parking), kini tak lagi jadi masalah. Kereta tu akan detect ruang kosong secara otomatik dan pusing sterang lu orang dengan otomatik. Tak payah nak tegang urat leher dok jenguk belakang.

Kalau lu orang pencinta kucing pula, ada teknologi yang dah menghasilkan alat mainan kucing.


Tak payah nak susah-susah terlari-lari main kucing dengan lidi penyapu.

Hurmm..

Banyak lagi la teknologi lain. 

Malas guwa nak petik banyak-banyak contoh.

******************

Ada satu teknologi ni.

Teknologi ni dah lama guwa perhatikan.

Teknologi 'cebok-tak-payah-guna-hos-paip' nama dia.


Dulu masa guwa kecik-kecik, guwa membesar dengan jamban cangkung macam ni. Lepas berak, tarik tali pam dekat atas. 

Lepas lama sikit, orang barat bawak masuk teknologi tandas duduk macam yang lu orang selalu jumpa ini ari.

Masa tu guwa culture shock. Masih tak dapat menerima hakikat sebuah tandas yang mana lu orang boleh 'bisnes' sambil duduk. Masa tu, fenomena cangkung masih lagi kuat dalam lubuk hati guwa. Sehinggakan jamban duduk pun guwa cangkung kan juga.

Tapi bodoh guwa tak lama. 

Sampai satu tahap guwa dah boleh guna tandas duduk sambil duduk. Siap boleh baca majalah lagi. Tabiat guwa kalau buang air besar, guwa suka membaca. Tak dapat surat kabar, ingredients belakang botol syampu pun guwa baca. Tak tau mana guwa ambik tabiat tu.

Sehingga la satu hari teknologi 'cebok-tak-pakai-hos-paip' diperkenalkan. 

Teknologi ni dah lama guwa jumpa. Since guwa di Jepun lagi.


Dalam banyak-banyak teknologi, teknologi ni yang paling guwa rasa tak perlu. Cukup guwa menyampah. Tak berak pun takpe lah. Sikit guwa tak ralat. Esok pun boleh berak apa?

Jamban pattern ni ada hutang darah dengan guwa.

Nak bagi lu orang nampak betapa marahnya guwa ke teknologi ni, guwa gagahkan juga cerita.

Secara basic nya, kalau lu orang perasan, kebanyakan tandas awam dibina dengan sistem saluran paip air bercabang.


Alahai macam mana guwa nak cerita bagi lu orang paham eh?

Kejap guwa lukis.

Ha, macam ni la lebih kurang.

Makna kata, air dari tangki tu akan dikongsikan bersama oleh tiga jamban-jamban terbabit.

Kalau lu tengah berak dekat jamban C , dalam masa yang sama jamban A dan B takde orang guna, secara otomatik lu akan dapat kelajuan air yang cukup selesa dan sempurna. Tak payah pulas kepala paip kuat-kuat. Kalau tak, teknologi 'jamban-cebok-tak-pakai-hos-paip' akan membunuh lu secara kejam. Tak percaya boleh cuba. Laju air dia boleh sampai menusuk usus kecik. Boleh buasir siap! 

Nak dijadikan cerita...

Satu hari guwa ke mega mall. 

Tiba-tiba nafsu berak guwa datang.

Guwa pun bergegas mendapatkan jamban terdekat.

Ha, pattern jamban dia jenis 'cebok-tak-pakai-hos-paip'.

Dan saluran paip dia pula macam dalam gambar guwa lukis.

Jamban time tu fully occupied. Penuh. 

Guwa dapat position Jamban C. (sila rujuk diagram di atas)

Dalam masa yang sama, jamban A dan B ada orang tengah guna.

Jadi, masa guwa nak cebok, air paip tu guwa dapat haluuuusss je.

Sebab air dah di-distribute sama banyak ke jamban-jamban bersebelahan guwa.

Mungkin kami cebok pada masa yang sama. -.-"

Jadi, untuk mendapatkan laju air yang optimum, guwa pusing kepala paip sampai abis.

Air pun ditembak keluar sedap-sedap rasa.

Dan guwa pun meneruskan aktiviti mencebok guwa.

Untuk dua tiga saat tu guwa bahgia seketika.

Entah macam mana tiba-tiba air yang keluar tu mak datok punye laju!
Gua saspek mesti brader-brader sebelah dah habis cebok. Sebab tu air guwa laju.

Purrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr~~!!

Dia punya pancut, sampai pintu jamban.

Habis berterabur air depan pintu. Becak lecah!

Ah sudah. Cilake.

Sekarang guwa berdepan dengan satu masalah besar.

Dekat luar ada orang tengah tunggu turn. Macam mana guwa nak hadap ni.

Guwa pakai seluar, zip siap-siap.

Macam biasa..

Guwa tarik muka tenang.

Guwa capai henset dalam poket.

"Ha, jap jap. Guwa on da way dah ni. Dalam lima minit guwa sampai"

Sambil berjalan keluar dari jamban, guwa jeling cermin singki.

Guwa nampak ada brader gelak-gelak tutup mulut.

Memang..

gampang.

Mukadimah Sebuah Kesepian

Tiga empat bulan yang lepas, di satu pagi yang damai, adalah satu hari tu guwa duduk sibuk menaip entri baru untuk di muat naik  ke laman blog guwa. Masih segar di ingatan guwa pada waktu tu suasana amat tenang sekali. Tiada bunyi kereta. Tiada bunyi anak menangis. Tiada bunyi ayam berkokok. Tiada! Barangkali ayam pun kesiangan hari tu. Jarum jam di dinding berdetik nak tak nak sahaja. Bunyi detiknya pun segan silu. Pergerakan jarumnya guwa rasakan macam slow bebenar. Seolah-olah jam di dinding itu tak ikhlas untuk menjadi sebuah jam. Sampai satu tahap guwa rasa macam nak je maki "Kalau tak mahu berdetik, tak usah lah jadi jam!". Tapi guwa tidak lah segila itu untuk memaki sebuah jam yang tak mahu melawan.

Suasana yang tenang pagi tu guwa match kan lagi dengan secawan nescafe o panas di sisi meja guwa. Dengan harapan moga-moga bunyi hirupan nescafe tu nanti dapatlah memecah kebuntuan sunyi guwa. "Slurrrppp..arhhhh...." Lebih kurang begitu la bunyik dia konon-konon. 

Jari jemari guwa ligat menaip. Entri yang baru ni mesti guwa muat naikkan secepat yang mungkin. Budak-budak di facebook dah bising "abang zack! bile nak update!". Ada juga yang jenis like-a-boss dok tulis "woi zack! cepat la update!". Cara tulisnya tu macam la guwa dibayar dua ribu sebulan untuk menulis blog. Pui.

Sedang guwa leka menaip, guwa didatangi seekor kucing peliharaan keluarga guwa. Perlahan-lahan kucing guwa memanjat kaki guwa dan akhirnya duduk bersimpuh di riba guwa. Nak guwa hulurkan ikan, tiada ikan di sisi guwa ketika itu. Nak dijamu dengan nescafe, kucing guwa tak minum nescafe. Pahit katanya. Jadi guwa abaikan perihal kucing guwa tu sambil terus menaip. 

Mungkin dek terlalu jakun melihat jari-jari guwa berkeletak keletuk menaip di keyboard laptop, kucing guwa mula memberi reaksi entah hapa-hapa. Dihulurkan jejari kucingnya ke arah keyboard guwa seolah-olah mahu memberitahu guwa yang dia juga pandai menaip. Sekali dua guwa sabar lagi. Masuk kali ketiga dia tekan butang 'spacebar', guwa dah mula tak sabar. Lantas guwa angkat kucing tersebut dan letakkan beliau di bawah kerusi guwa. Aman sikit hidup guwa. Boleh lah guwa menaip dengan lancar.

Tapi aman yang guwa sangka hingga ke petang, rupanya huru hara di tengah hari. Kucing guwa tiba-tiba melompat ke meja guwa lantas tersadung cawan nescafe. Habis nescafe guwa tertumpah di keyboard laptop. Guwa mula rasa nak marah. Tapi perasaan risau ke laptop guwa lebih berat mengatasi perasaan marah guwa ke kucing guwa. 

Sejurus lepas guwa lap nescafe tumpah tadi dengan tshirt buruk, guwa mula toleh ke kiri dan kanan mencari kelibat kucing untuk guwa beri sedikit pelajaran. Tapi yang tinggal cuma guwa dan cawan nescafe. Dari jauh kelihatan kucing guwa tersenyum sambil tutup mulut dengan tangan, mata pejam. Cilake. Dalam kepala guwa dah takde benda lain. Menu tengahari guwa hari tu pasti 'kucing masak kicap!'. Ah guwa tak kira!

"Tunggu la nasib kau! Dasar kucing!." Bentak guwa dalam hati sambil mula menyambung pekerjaan menaip guwa tadi.

keletak keletak keletak..

keletak keletak keletak!

Tiba-tiba keyboard yang guwa taip mula tak menjalankan tugasnya sebagai keyboard.

Eh, ini dah double panas!

Guwa dah angin.

"KUCINGGGGGGGG!!!!"

****************

Begitu lah flashback guwa. 

Sebab tu la guwa dah lama tak update. 

Keh keh keh..


------------------------------------
p/s : tajuk entri tak boleh blah.

Vitagen dan sahabatku

Masa kekecik dulu, guwa empat beradik cukup berhantu dengan vitagen. Paling guwa suka, vitagen perisa oren dengan anggur. Sedap weh. Masam-masam lemak macam tu. 





Zaman tu, vitagen tengah up. Takde saingan sangat dari kampeni lain. Koka-kola buat hal koka-kola. Takde kaitan. Yakult? Yakult pun belum sampai ke tanah melayu time tu. 


Fenomena vitagen menggila sehinggakan jadi sebutan dari generasi ke generasi yang lain. Dari sekecik-kecik budak sampai la ke orang tua, masing-masing jadikan vitagen sebagai makanan ruji. Sehari tak dapat vitagen, boleh sengal-sengal sendi dibuatnya. Sistem penghadaman boleh jadi kacau. Silap-silap boleh dapat sakit gout. Ok cukup. Takde la macam tu sangat. Guwa acah je. Yang lu orang beriya-iya kerut dahi tarik muka serius benar ni apahal?

Ok, sambung cerita.


Begini flashback guwa.

Masa zaman guwa dulu-dulu, vitagen ni satu minuman yang boleh kata disyor kan oleh kerajaan juga lah sebab dia bagus untuk usus. Especially bagi peringkat bebudak yang baru nak membesar. Jadi, setiap tahun lori vitagen akan datang ke sekolah-sekolah untuk menjual vitagen. 

Sehari sebelum lori vitagen tu datang ke sekolah, biasanya cikgu-cikgu akan edarkan satu kertas besar saiz tapak tangan kalau tak silap guwa. Dalam kertas tu ada senarai harga vitagen dan berapa banyak yang lu orang nak beli nanti. Kira macam 'order form' la bak kata omputih. Zaman skarang ni guwa tak sure sistem ni ada lagi ke tak. Cikgu-cikgu lepas habis baca ni mungkin boleh jawab.





Tujuan kertas tu diedarkan awal bukannya apa. Just nak bagi masa untuk bebudak balik rumah ngepau duit mak bapak memasing. Bebudak kecik la katakan. Takkan mintak duit beli vitagen pun mak ayah tak kasi? ye dak? Kalau mintak duit beli malajah Mangga ke memang la tak dapat. Ini vitagen! Minuman susu kultur yang bagus untuk usus! Com'on dad! 

Tapi...

Berbeza pula dengan keluarga guwa. Mak ayah guwa jenis tak manja kan anak-anak sangat. Dari kecik guwa diajar untuk usaha dapat kan sendiri apa yang guwa nak. Setakat niat nak mintak duit beli vitagen tu memang boleh lupa kan je kot... (kesat air mata). Takkan dapat punye. 





Biasanya, ayat yang paling standard mak guwa akan bagi - "kalau la mak ni cop duit, jangankan vitagen sebotol, satu kampeni vitagen tu mak belikan untuk kau! siap dengan pekerja-pekerja sekali!"

Jadi, dengan perasaan hampa, guwa teruskan juga hidup guwa hari tu. Biar lah usus guwa reput dimamah bakteria. Guwa rela! Asalkan mak ayah guwa cukup makan pakai nya. Eh, tetiba. 

Ok. Sesampainya di sekolah, guru kelas guwa buat announcement. Time tu bebudak dah standby dengan order list memasing. Ada yang beli 5 botol, ada yang beli sepuluh, ada yang beli dua belas, dan tak kurang juga yang beli dua puluh botol. Jenis gayat macam tak penah jumpa vitagen.





Guwa pula hanya ada tujuh posen ngam-ngam hari tu. Itu pun duit belanja sekolah. Cukup-cukup untuk beli sebotol vitagen perisa oren.





Karang kalau guwa tak keluar masa cikgu buat announcement, serba salah juga. Mana taknya, semua classmates pakat-pakat beli, guwa sorang je yang tak beli. Nanti mesti cikgu tanya macam-macam. Tapi kang kalau guwa beli sebotol je vitagen, mesti kengkawan lain ejek guwa, Brader lori vitagen pun silap-silap ari bulan tak nak jual ke guwa. Jadi, moral guwa jadi down sangat-sangat. Nak menitik air mata rasanya. Sudahnya guwa keluar juga beratur ke lori vitagen dengan perasaan bercampur baur antara sedih dan hiba.





Tiba-tiba, sedang guwa bersedih, mood sedih guwa itu dimatikan oleh sesuatu. Bahu guwa terasa dicuit orang.






Guwa menoleh dan guwa dapat lihat kawan baik guwa datang sambil tersenyum. 


Dia tanya guwa kenapa muka guwa sedih.


Guwa cakap la guwa malu sebab guwa beli satu je vitagen. 


Sahril kata dia nak beli sepuluh. Jadi, untuk tutup aib guwa dan bagi guwa gembira, Sahril potong tulisan 10 pada kertas order dia gantikan jadi 6 botol. Atas kertas guwa pula, Saharil potong angka 1, gantikan dengan 5. Lepas tu, dia hulur duit rm dua ringgit lapan posen pada guwa.




"Sekarang kau dah tak payah sedih dah. Kita sama-sama beli banyak. Shhh.. ini rahsia kita! "


ujar Sahril sambil sengih ke guwa.


"Dah. senyum la."


ujar Sahril lagi.


"Nanti karang lepas sekolah aku bagi balik kat kau ok?" -balas guwa perlahan dengan suara tersekat-sekat tahan sebak.


"Ok!"


Sahril senyum lagi sambil tolak guwa ke depan brader vitagen.






Hari tu guwa belajar satu lagi benda berharga dalam hidup.


"Kawan yang baik ialah kawan yang datang pada kau bila kau susah. Dan kata pada kau 'jangan risau. semuanya akan ok. aku kan ada? "


Masuk darjah tiga, Sahril pindah skolah.


Sampai hari ni guwa lost contact dengan dia.


Sahril. Kalau aku jumpa kau nanti, aku blanja kau vitagen ok?! Kalau tak jumpa kat dunia, kita jumpa kat 'sana' nanti. Jangan risau. Tuhan dah record semua nye! :)

**********


p/s :



"Each of us is a star that shines with the rest. Sometimes we twinkle alone but whenever you feel like you’re about to lose your own sparkle, don’t worry, i’m here to add a glow."



Tilam..Tilam..! Tilam lama tukar baru!

    Tadi siang, guwa duduk-duduk di beranda rumah sambil memerhati bebudak sekolah balik rumah. Sambil menengok bebudak sekolah tu, sambil guwa meneguk oren sangkuik tanpa gula. Tabiat guwa memang macam tu. Tak suka bubuh gula kalau bancuh oren sangkuik. Guwa tak suka manis-manis. Nak kata guwa pemalas pun iya juga. Tapi hari ni punye panas memang lain macam guwa perhatikan. Garang punye panas. Kalau kejap lagi melintas moto aiskerim 'mat kool mat kool oh kawanku' lalu depan rumah guwa, guwa memang nekad nak tahan je terus tanpa banyak soal bicara. Kalau selalu tu guwa siap halau lagi cina aiskerim tu pasal memekak pasang lagu mat kool tetengahari buta. Orang nak tido pun tak senang. Tapi hari ni lain cerita.

    Ha! sebut pasal ni, guwa teringat satu kisah...


Di satu ketika dulu, di taman perumahan guwa, setiap petang akan lalu sebuah lori cina mundar-mandir jual tilam. Boleh dikatakan seminggu tu dalam tiga empat kali juga dia datang berlegar-legar sekeliling taman mencarik customer.



Dekat atas bumbung lori tu ada macam siren. Lepas tu siren tu bunyik macam ni..

"Tilam..Tilam! . Tilam lama tukar baru! "

Begitu la rangkap yang diulang-ulang lori tu setiap hari tanpa jemu.

Kadang-kadang sehari tu sampai dua tiga kali juga lori tu lalu depan rumah guwa. Bayangkan seminggu berapa kali pulak guwa kena hadap lagu tu? Mahu tak mahu, guwa terhafal juga lah lirik dia.


Satu hari tu, guwa sedang leka main kucing dekat beranda rumah. Incik ayah pula bersandar di kusyen pekena surat kabar sambil layan nescafe panas. Puan emak pula duduk di ruang tamu menengok sinetron sambil lipat baju.


Sedang kami leka buat hal masing-masing, melintas lori tilam lalu depan rumah sambil memekik

"Tilam..Tilam..! Tilam lama tukar baru!"


Tiba-tiba entah macam mana nak dijadikan cerita, hari tu tetiba pulak cik ayah gatal mulut gi ajuk lori tu. 

"Bini Lama Tukar Baru ~~ "

Puan emak dekat dalam dah berdehem dah guwa dengar.

Guwa dah tak sedap ati.



Time tu guwa dah terasa aura hitam.

Langit jadi mendung sekejap. Awan hitam pekat.

Petir tak semena-semana sabung menyabung.

Burung-burung lari balik sarang memasing. Dah tak terbang dah. Time tu, burung pun jadi lupa mereka ada sayap.


Sejurus kemudian, kelibat puan emak muncul di depan incik ayah sambil cekak pinggang.

Guwa lekas-lekas tarik kucing bawak masuk rumah.

Incik ayah pula menyorok belakang surat kabar. Kalau boleh menyamar jadi kucing, guwa rasa time tu juga incik ayah bertukar jadi kucing.

Kesan daripada peristiwa petang tu...


Malam tu guwa dah incik ayah makan malam dengan maggi sorang sebungkus. Tumis sendiri-sendiri. Puan emak mogok masak.

Cinabeng!

*********


p/s :
perempuan dan poligami umpama api dengan petrol. jangan dibuat main bai! terbakar!

...bukan kah ini satu kemajuan?

    Tahun ni umur saya bertambah satu angka lagi menjadikan saya lebih dewasa. Dulu-dulu, masa saya masih di bangku sekolah, saya selalu terfikir 'alangkah bagus nya kalau aku dewasa...'. Time tu rasa tak sabar nak dewasa. Time tu jugak daya pemikiran banyak bergantung kepada logik akal semata-mata. Logik akal waktu tu pulak terbatas dek pengetahuan yang cetek. Biasanya, sumber pengetahuan tu datang dari drama-drama tibi yang ditonton tak lupa juga dari perbualan dengan rakan-rakan sekolah time waktu rehat tengah hari. Pada usia tu, kerja sekolah dan ujian pertengahan tahun, dilihat perkara yang amat annoying dan kira paling susah la time tu. Sampai tercetus rasa nak cepat-cepat dewasa. Konon-konon bila dah dewasa, tak payah susah-susah nak ambik peperiksaan lagi. Punye naif.

    Pada saya, definisi hidup berubah-ubah sejajar dengan fasa umur kita. Atau dalam bahasa matematiknya, definisi hidup berkadar langsung dengan usia. Oh ya, hari ni saya nak guna 'saya-awak'. 

    Masa saya masih baby, 'hidup' ni pada saya adalah tidur, bangun, nangis dan menyusu. Bila saya naik darjah satu, 'hidup' ialah dengar cakap mak ayah, dan pegi sekolah. Bila saya meningkat remaja, 'life' is to have a girlfren so that you can show to others yang kononnya macam "weh! aku ada girlfren la! so aku dah complete syarat untuk jadi remaja!" Dan akhir sekali, bila dah menjelang dewasa ni, aku rasa hidup ni ialah belajar, kerja carik duit, kawen dan akhirat...

    Bila duduk-duduk sendirian, kekadang saya terfikir juga "hurmm... sepanjang dua puluh lima tahun kehidupan aku atas muka bumi ni, apa je yang aku dah buat? rasa macam banyak abis dek main je." Jadi, aku capai pen dan kertas.. Eh silap! Saya. Jadi, saya capai pen dan kertas. Cuba menconteng sambil mengingat semula apa yang saya dah capai sepanjang hidup saya.

    Saya ingat lagi, waktu kecik-kecik dulu, saya cukup tak berani nak menggoreng telur. Saya takut minyak panas tu terpercik kene muka saya. Awak perasan tak kalau kita goreng ayam ke, goreng ikan ke, minyak dia mesti macam 'bedeceeyyyyy!!!' pastu melantun-lantun ke muka kita?? macam wadafak je kan? Jadi, saya mengambil inisiatif menahan minyak-minyak tu dengan menggunakan tudung periuk sebagai perisai.


Emak saya kalau ke dapur, beristighfar panjang dia sambil urut-urut dada. "Astaghfirullah... ni hape mende goreng telur macam nak gi perang ni??!"

Tapi hari ni tak lagi. :) Saya dah pandai goreng telur! Sikit je minyak yang melantun-lantun tu, Bukan kah itu satu kemajuan ? Meh saya ajar awak. Kalau awak taknak minyak tu melantun-lantun, awak letak la telur tu secara slow and steady. Baru la minyak die tak melompat.

************

Lepas tu, saya ingat lagi waktu kecik-kecik dulu saya tak pandai berenang sangat. Mandi lombong tu boleh dikatakan tiap-tiap hari tapi bodoh berenang tu tetap di tahap tu juga. Masa berenang tu, wah muka bukan main lagi. Macam gaya berenang nak masuk pertandingan.


Tapi yang sebenarnya, kaki dekat dalam air tu mengayuh atas tanah. Tangan je yang eksyen konon-konon macam berenang sangat. Hurmm.. boleh tahan bebal juga rasanya.



Tapi hari ni tidak lagi! :) saya dah pandai berenang sikit-sikit. Alah, boleh la kalau setakat nak berenang dalam pool sekangkang kera tu. Jadi, bukan kah itu satu kemajuan?

************

Waktu saya kecik-kecik dulu, saya cukup liat mandi pagi. Saya menyampah dengan air sejuk tu. Selalu buat saya selesema. Jadi, emak akan bangun seawal lima pagi semata-mata nak jerangkan air panas untuk buat mandi saya. Bukan amik air panas curah atas saya! mati lah saya kalau begitu. Maksud saya, emak campurkan air panas sebaldi bersama-sama dengan air kolah. Jadi suhu die kire suam-suam kuku la. Time tu mungkin keluarga kami tak berapa nak ada duit sangat untuk beli water heater. Jadi, terpaksa la guna cara manual tu.


Lepas balik dari jepun, saya guna duit sendiri ajak mak ayah pegi Giant carik alat pemanas air. Saya ingat lagi time tu harga pemanas air tu dalam dua ratus lebih. Saya beli guna duit sendiri sebab dalam rumah tu memang saya sorang je tak boleh mandi pagi. Lepas dah beli, saya call pak cik apa ntah nama dia. Pakcik tu keje die pasang wiring. Selepas mengupah pakcik tu rm50, maka bilik air saya sudah siap di install pemanas air!


Panas yang saya sangka sampai ke petang, rupanya ujan di tengahari. Air panas yang keluar tu laju sikit je dari air mata anak dara putus cinta. macam cilake. dah tu, die punye air panas tak boleh nak control. mungkin reostat die rosak. mana taknya, baru pusing tombol nombor satu, panasnya macam boleh rebus telur! sejak tu, keluarga saya buat maggi guna pemanas air tu. ok, itu saya tipu.

Tapi apa pun, dari cara manual ke cara automatik, bukan kah itu juga satu kemajuan?

************

Dulu masa di bangku sekolah..

Kejap! kenapa mesti bangku? Dari dulu lagi saya tertanya-tanya. Mengapa mesti bangku dan sekolah dijadikan satu frasa? kenapa tak 'meja sekolah'? mungkin kah sebab bunyi nya yang tak berapa nak pergi?

Ok. takpe lah. Saya teruskan cerita saya.

Dulu masa di bangku sekolah, saya sering dikecil hati kan oleh pakcik-pakcik yang semayang jemaah di surau. Tiap kali saya sembahyang jemaah bersama-sama mereka, pakcik-pakcik tu slalu tak bagi saya semayang satu saf dengan mereka. Diorang kata, "belum sunat gi smayang blakang ya?"



Habah dia ngajar. Aku da sunat kot time tu! -_-"

Haa kan?! kan aku dah terkeluar 'aku'.

Bila muhasabah diri balik, baru saya sedar. Masa tu saya tak berapa nak tinggi sangat. Maklum la budak lelaki lambat sikit tingginya..

Jadi, hari ni tinggi saya dah mencecah 169 sentimeter. Walaupun tak berapa nak tinggi, tapi dapat pegang pemegang gantung-gantung dalam tren tu kire ok la tu. Ye dak? Bukan kah ini satu kemajuan?

************

Sebenarnya banyak lagi kemajuan yang dah saya capai dalam hidup ni. Contoh lain, saya dah boleh makan ikan sikit-sikit. Walhal dulu saya anti gile dengan ikan. Dah la busuk, pastu bile dah sejuk sikit, lembik macam hape je. Mujur siakap tiga rasa dah mengubah persepsi hidup saya. Bukan kah tu satu kemajuan?

Cerita ayah sewaktu di zaman dia tentera dulu, perang sana sini. Masa zaman penjajah, nak keluar rumah pun takut-takut. Tapi sekarang kita dah merdeka. Dah boleh perintah negara sendiri. Nak keluar ke mana-mana pun takde hal. Aman dan sentosa. Jadi, bukan kah ini satu kemajuan? Kenapa mesti kita nak cari titik perbalahan? Bukan kah ini negara kita? Negara anak cucu saya. Dan negara anak cucu awak-awak juga?

Kadang-kadang saya fikir, usah lah kita cemburu kejayaan orang. Usah kita dongak ke langit hentak-hentak kaki tangisi kenapa aku tak ke bulan.. Sebaliknya kita usaha lagi supaya ada kemajuan. Kalau tak ke bulan pun tak mengapa. Boleh jadi kita ke bintang? :)

Sekian karangan saya pada hari ini.

Buka buku baru

Hidup ini umpama layang-layang... adakalanya...

Err. ok. Tak payah nak ombak rindu sangat rasanya. Guwa bile masuk bab-bab intro ni guwa memang fail sikit. Tak tau dari mana nak mula. Cerita "sembang kencang" tahun lepas tu guwa kire setel la ek? Nak sambung celah mana pun guwa tak reti. Bukan tak reti, tapi malas.

Ok. first of all, mintak ampun mintak maap pada yang tunggu update dari blog ni yang dari hari ke hari makin sepi tanpa berita. Bukan apa, guwa bizi sedikit menguruskan kehidupan duniawi yang padahal sementara je pon. Tapi takpe, lepas ni insya Allah guwa akan kembali menulis seperti dulukala. Melukis, merepek, berhujah, menganjing dan ketawa macam biasa.

Tahun dua ribu dua belas ni banyak cerita baru. Tempat baru, kengkawan baru, pengalaman baru, makwe baru. Semua baru. Orang kata, hidup ni satu perjalanan panjang. Dan apa yang guwa bakal tuliskan dalam blog ni cuma serpihan kecik dari perjalanan hidup guwa. Guwa cuma manusia biasa. Guwa tak lari dari dosa. Guwa juga tak lari dari norma hidup seorang manusia biasa. Bermain, bergurau, berdating, bergatal. Semua tu pun guwa. Jadi, apa yang guwa nak cakap sebenarnya ni? kah kah kah.

Ok la. Kite jumpa lagi next entry. bai.


Related Posts with Thumbnails