Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Vitagen dan sahabatku

Masa kekecik dulu, guwa empat beradik cukup berhantu dengan vitagen. Paling guwa suka, vitagen perisa oren dengan anggur. Sedap weh. Masam-masam lemak macam tu. 





Zaman tu, vitagen tengah up. Takde saingan sangat dari kampeni lain. Koka-kola buat hal koka-kola. Takde kaitan. Yakult? Yakult pun belum sampai ke tanah melayu time tu. 


Fenomena vitagen menggila sehinggakan jadi sebutan dari generasi ke generasi yang lain. Dari sekecik-kecik budak sampai la ke orang tua, masing-masing jadikan vitagen sebagai makanan ruji. Sehari tak dapat vitagen, boleh sengal-sengal sendi dibuatnya. Sistem penghadaman boleh jadi kacau. Silap-silap boleh dapat sakit gout. Ok cukup. Takde la macam tu sangat. Guwa acah je. Yang lu orang beriya-iya kerut dahi tarik muka serius benar ni apahal?

Ok, sambung cerita.


Begini flashback guwa.

Masa zaman guwa dulu-dulu, vitagen ni satu minuman yang boleh kata disyor kan oleh kerajaan juga lah sebab dia bagus untuk usus. Especially bagi peringkat bebudak yang baru nak membesar. Jadi, setiap tahun lori vitagen akan datang ke sekolah-sekolah untuk menjual vitagen. 

Sehari sebelum lori vitagen tu datang ke sekolah, biasanya cikgu-cikgu akan edarkan satu kertas besar saiz tapak tangan kalau tak silap guwa. Dalam kertas tu ada senarai harga vitagen dan berapa banyak yang lu orang nak beli nanti. Kira macam 'order form' la bak kata omputih. Zaman skarang ni guwa tak sure sistem ni ada lagi ke tak. Cikgu-cikgu lepas habis baca ni mungkin boleh jawab.





Tujuan kertas tu diedarkan awal bukannya apa. Just nak bagi masa untuk bebudak balik rumah ngepau duit mak bapak memasing. Bebudak kecik la katakan. Takkan mintak duit beli vitagen pun mak ayah tak kasi? ye dak? Kalau mintak duit beli malajah Mangga ke memang la tak dapat. Ini vitagen! Minuman susu kultur yang bagus untuk usus! Com'on dad! 

Tapi...

Berbeza pula dengan keluarga guwa. Mak ayah guwa jenis tak manja kan anak-anak sangat. Dari kecik guwa diajar untuk usaha dapat kan sendiri apa yang guwa nak. Setakat niat nak mintak duit beli vitagen tu memang boleh lupa kan je kot... (kesat air mata). Takkan dapat punye. 





Biasanya, ayat yang paling standard mak guwa akan bagi - "kalau la mak ni cop duit, jangankan vitagen sebotol, satu kampeni vitagen tu mak belikan untuk kau! siap dengan pekerja-pekerja sekali!"

Jadi, dengan perasaan hampa, guwa teruskan juga hidup guwa hari tu. Biar lah usus guwa reput dimamah bakteria. Guwa rela! Asalkan mak ayah guwa cukup makan pakai nya. Eh, tetiba. 

Ok. Sesampainya di sekolah, guru kelas guwa buat announcement. Time tu bebudak dah standby dengan order list memasing. Ada yang beli 5 botol, ada yang beli sepuluh, ada yang beli dua belas, dan tak kurang juga yang beli dua puluh botol. Jenis gayat macam tak penah jumpa vitagen.





Guwa pula hanya ada tujuh posen ngam-ngam hari tu. Itu pun duit belanja sekolah. Cukup-cukup untuk beli sebotol vitagen perisa oren.





Karang kalau guwa tak keluar masa cikgu buat announcement, serba salah juga. Mana taknya, semua classmates pakat-pakat beli, guwa sorang je yang tak beli. Nanti mesti cikgu tanya macam-macam. Tapi kang kalau guwa beli sebotol je vitagen, mesti kengkawan lain ejek guwa, Brader lori vitagen pun silap-silap ari bulan tak nak jual ke guwa. Jadi, moral guwa jadi down sangat-sangat. Nak menitik air mata rasanya. Sudahnya guwa keluar juga beratur ke lori vitagen dengan perasaan bercampur baur antara sedih dan hiba.





Tiba-tiba, sedang guwa bersedih, mood sedih guwa itu dimatikan oleh sesuatu. Bahu guwa terasa dicuit orang.






Guwa menoleh dan guwa dapat lihat kawan baik guwa datang sambil tersenyum. 


Dia tanya guwa kenapa muka guwa sedih.


Guwa cakap la guwa malu sebab guwa beli satu je vitagen. 


Sahril kata dia nak beli sepuluh. Jadi, untuk tutup aib guwa dan bagi guwa gembira, Sahril potong tulisan 10 pada kertas order dia gantikan jadi 6 botol. Atas kertas guwa pula, Saharil potong angka 1, gantikan dengan 5. Lepas tu, dia hulur duit rm dua ringgit lapan posen pada guwa.




"Sekarang kau dah tak payah sedih dah. Kita sama-sama beli banyak. Shhh.. ini rahsia kita! "


ujar Sahril sambil sengih ke guwa.


"Dah. senyum la."


ujar Sahril lagi.


"Nanti karang lepas sekolah aku bagi balik kat kau ok?" -balas guwa perlahan dengan suara tersekat-sekat tahan sebak.


"Ok!"


Sahril senyum lagi sambil tolak guwa ke depan brader vitagen.






Hari tu guwa belajar satu lagi benda berharga dalam hidup.


"Kawan yang baik ialah kawan yang datang pada kau bila kau susah. Dan kata pada kau 'jangan risau. semuanya akan ok. aku kan ada? "


Masuk darjah tiga, Sahril pindah skolah.


Sampai hari ni guwa lost contact dengan dia.


Sahril. Kalau aku jumpa kau nanti, aku blanja kau vitagen ok?! Kalau tak jumpa kat dunia, kita jumpa kat 'sana' nanti. Jangan risau. Tuhan dah record semua nye! :)

**********


p/s :



"Each of us is a star that shines with the rest. Sometimes we twinkle alone but whenever you feel like you’re about to lose your own sparkle, don’t worry, i’m here to add a glow."



Tragedi pilu 2003

Kadang-kadang aku rasa aku dah sedia la untuk pikul tugas seorang ayah. Carik nafkah bagi anak bini makan-pakai, sediakan tempat tinggal, hantar anak-anak pi skolah dan tak lupa juga untuk jadi tukang baca doa kat meja makan.

Ye la, mau tak nya? Dua tiga hari ni aku cukup komited dengan kerja-kerja aku. Turun naik office sensei, ulang-alik jumpa orang pejabat mintak borang itu ini, lepas tu singgah plak pejabat rumah, slowtalk ngan ejen tu berhubung rumah baru aku yang bakal bertukar ujung bulan ni.


Bukan senang beb nak jadi laki-laki. Meredah ujan aku nak setelkan sumer-sumer. Minggu depan nak start carik keje part time pulak. Err, pada mak-mak kat luar tu yang tengah dok ralit baca blog aku, "amacam makcik? boleh ambik saya jadi menantu?"

****************************

Ok. Aku tak nak cerita panjang-panjang. Badan dah letih, makan pon tak lagi ni. Sat gi pukul 5 pagi ada game Arsenal plak. Tu semua la tu. 

Tadi siang, masa on da way nak ke ejen syarikat perumahan tu, tetengah mengayuh basikal, tetiba paha aku rasa menggigil semacam. Rasa geli-geli. Aku raba poket sluaq. Ada pesanan ringkas dari Amai, kawan baik aku kat Malaysia. (klik sini jika ang masih belom kenal Amai). Sambil tersengih, aku tekan button "read". Dalam hati aku dok tertanya-tanya apa mimpi si malaun ni sms aku.

"Woii ! guwa da baca cerita yang lu tulis pasal guwa kat blog! wakaka! giler Market! Kim salam kat peminat guwa."

Cilake. Skarang ni boleh bagitau guwa, sape balachi yang bagitau die pasal blog ni? Biar guwa jentik dahi die lapan belas kali. Tak pasal-pasal guwa jadi moral down. Jadi malu sebab 'ter'puji kawan sendiri, lepas tu kantoi. Hakhak! takpe la. Ini ari guwa mesti bagi "1-1" balik. So, guwa nak story pasal Amai.

Oh ya, izinkan aku guna "guwa" ari ni sebab cerita ni memerlukan penghayatan dan pemahaman yang tinggi. Dan ya, ini adalah cerita benar. Bukan rekaan. Heh!

*******************************

Ada satu kali tu sekitar tahun 2003 kalau tak silap, time tu guwa tengah cuti baru abis Sijil Pelajaran Malaysia. Macam biasa, tiap kali cuti panjang, guwa dengan Amai mesti akan pusing-pusing sekitar kawasan Senawang untuk carik lobang-lobang kerja. 


Time tu, guwa dengar cerita dari sorang member guwa yang lain, katanya kilang Philipmorris (kilang rokok) tengah nak pakai bebudak. Laju je guwa kontek Amai ajak apply sana. Maklum la, poket pon tengah kering. Dapat sehari doploh hinggit buat sara duit prepaid sama duit makan pon jadi la.

Amai kata "ok. no hal."

Tengahari sikit, lepas makan, tup-tap-tup-tap Amai da tercongok depan gate rumah guwa. Kaca mata hitam ala-ala brader, helmet merah, baju tshirt kolar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), sluaq jeans lusuh, kasut nike air-force, bertenggek atas motor EX5 merah die gaya mat rempit ajak game.

Cinabeng. Mujur guwa kenangkan yang guwa nak apply keje kilang je. Kalau guwa salah cakap itu ari yang guwa nak apply keje pejabat, lepas tu die dressing macam ni, guwa memang nak kasi satu penendang padu je kat perut die. Tak tipu punye.

*********************************

Dipendekkan cerita, masa interbiu keje tu, everything ok la. Takde apa masalah. Sesama melayu memang senang nak deal. Tak macam masa guwa nak apply keje kilang besi kat jepon ni dulu. Die mintak borang sekian-sekian, lengkap dengan cop dan tanda tangan pensyarah guwa. Lepas guwa da bagi sumer-sumer, minggu depan die call guwa kata "sorry, kilang ni nak pakai dua orang in case ada kene tukar shift pagi-malam. Kalau takde kawan, permohonan u gagal." Kepala hangguk die.

Lepas keluar dari kilang rokok tu, guwa dengan Amai tak lengah-lengah terus capai helmet nak balik rumah. Masing-masing sengih sampai ke telinga. Guwa perhati Amai, bukan main laju die tarik asap rokok. Tak macam selalu. Hembus pon slow-slow, punye saving. Guwa? Guwa mana merokok. Tengok bibir pon lu orang da boleh tau. Sikit punye jambu.


Masa atas moto, sampai traffic light Paroi, tetiba Amai toleh pandang guwa.

"Ju, alang-alang kite da dapat keje ni, apa kata kite poya-poya dulu? Esok da tak boleh enjoy da."

"Nak gi mana?" -tanya guwa ringkas.

"Kite balik dulu mandi siap-siap. Turun town."

"Laa... pegi terus la? Apsal nak balik umah dulu? Lu bukan smayang Zuhur pon."

"Cilake. Badan da bau rokok ah."

"Ok ok. Tapi lu jangan lambat." - sempat guwa bagi warning sebelum die memecut laju.

***************************

Dekat lima belas minit jugak la guwa menunggu, baru la kelibat Amai muncul di depan rumah guwa. Die punye hensem toksah cerita. Kemeja fit Levis, rambut siap dengan wax, spek Ray-Ban bingkai emas, sluaq jeans biru lusuh.

sekadar hiasan

Tapi time tu, guwa sedikit hairan. Guwa tak nampak kelibat helmet.

"Mana motor?" 

"Naik bas la Ju. Sayang ar rambut. Penat guwa touch-up ni!"

"Ceh."

Guwa malas nak berdebat ngan si malaun tu, guwa sarung kasut converse guwa, terus guwa chow dari situ.

*****************************

Ok. Cerita sebenarnya bermula di sini.

Masa dalam bas tu, kebetulan time masa tu tak brapa nak kene. Seat belakang penoh dengan mamat-mamat indonesia. Seat depan pulak penuh dengan makcik-makcik. Yang tinggal seat tengah-tengah je. Guwa tengok ada satu port baik punye. Selang beberapa langkah dari pintu tengah bas, dan lebih cantik nye sebab ada sepasang awek cun duduk depan seat tu.

sekadar hiasan

Tanpa berlengah-lengah guwa terus menyinggahkan punggong guwa kat seat tu. Betol-betol sebelah tingkap. Sengaja guwa port situ sebab nak usha muke awek depan dengan menggunakan kaedah 'pantulan cahaya' yang guwa belajar masa kelas Fizik cikgu Azman kat skolah dulu. Walaupon tak nampak jelas, tapi samar-samar, guwa boleh nampak bibir awek tu kat cermin tingkap bas. Jambu bai! Guwa saspek umor die dalam lingkungan 17-18 macam tu.

Amai pulak port sebelah guwa sambil main henset. Guwa jeling skit. Guwa nampak mata die tak lari dok usha  awek seat depan. Hakhak. Amai...Amai...

Lima minit lepas bas bergerak, tetiba naik segerombolan umat manusia. Golongan makcik-makcik jugak la. Entah mana diorang nak pegi tengah-tengah hari buta pon guwa tak tau. Tak boleh ke kluaq ari lain?

Nak dijadikan cerita, Ada sorang makcik melayu ni tak dapat seat. Dah la tua, tangan pulak penuh dengan beg plastik dan beg balik kampong. Gayanya macam baru lepas kene halau dari rumah anak-anak je guwa syak.

Makcik tu berdiri sebelah Amai sambil tangan satu lagi pegang tiang bas. Guwa tak sampai hati pulak tengok makcik tu berdiri macam tu. Baru guwa nak bangun, tengok-tengok Amai da berdiri dulu bagi seat die kat makcik tu. 

"Duduk cik..." Kata Amai sambil melemparkan sekeping senyuman yang guwa cukup kenal itu adalah senyuman palsu.

"Terima kasih nak..." jawab makcik tu sambil port sebelah guwa. Sayup-sayup guwa boleh hidu bau minyak wangi makcik tu. Bau minyak tar beli masa pegi umrah dulu kot.

"Acik nak pegi mana dengan beg banyak-banyak ni?" Tetiba guwa dengar Amai bersuara. 

Guwa jeling Amai. Cilake. Guwa nampak die sengih jahat kat guwa.

Guwa usha awek seat depan. Guwa tengok awek-awek tu da berbisik-bisik da... Lebih membuatkan guwa panas bile guwa terdengar macam ada perkataan "gentleman" di balik perbualan diorang tu.

"Acik nak balik kampong nak..." jawab makcik sebelah sambil senyum.

"Oh...Meh sini saya tolong pegang beg tu..." 

Dengan tak berlengah-lengah lagi guwa terus capai henset kat poket, dan dengan laju guwa menaip pesanan ringkas khas buat Amai.

"Cilake. Brapa gelen minyak lu jual ni bai?"

Tak sampai seminit lepas tu, Amai dapat sms tu. Terus die sengih kat guwa sambil simpan henset dalam poket.

**********************

Entah apa silapnya, sampai satu selekoh nak kluaq dari Taman Desa Rhu, bas tu macam hilang kawalan lalu driver tu brek dengan mengejut. Guwa yang tengah pegang henset pon nyaris tercampak henset kat awek seat depan. Kalau tak, konfim melepas guwa nak ayat sorang-sorang.

Guwa perhati Amai. Eh, Amai takde?!

Skali guwa nampak Amai terhegeh-hegeh bangun sambil kutip barang-barang makcik yang jatuh akibat impak dari brek mengejut tu. Ada buah limau, tupperware, baju dua tiga lai lengkap dengan kain batik, dan macam-macam lagi. Merah padam muke die mengutip satu-satu. Hakhak! guwa da tak dapat tahan gelak da masa tu. Awek depan plak dah berdekah-dekah ketawa. 

Sampai je town, Amai terus turun bas dengan lajunya tanpa sebarang suara.

Guwa tak tunggu lama, terus bergegas dapatkan Amai.

"Lu jangan cakap apa-apa ju. Guwa tendang lu kejap lagi."

Amai warning guwa siap-siap sebelum sempat guwa bersuara.

Hakhak. Terkekek-kekek guwa ketawa.

Sekian.
***********************


p/s :
Nak buat baik, nawaitu mesti mau ikhlas bai...



Pempuan ni simple je...

Satu petang tu, aku ngan Amai lepak-lepak minum kat restoran Salma Beevi dekat jalan Megaway. Sesapa yang duduk Seremban tau la kot. Time tu dalam pukul 6 setengah lebih kurang. Baru lepas main takraw. Sesaja aku ajak Amai pekena milo ais dulu sebelum balik. Lama tak menyembang. Ye la, time tu aku study kat UM. Jarang-jarang dapat cuti.

Memula, Amai mengelak. Die tarik muke alim, "Alamak, da nak maghrib ni. guwa takut terlepas saf depan laa.." kata beliau.

"Ala mai, kejap je pon. Lepas minum kite chow ah!"

"Leceh ah. Kang nak mandi lagi, nak siap-siap sumer. Lambat!" jawab beliau dengan nada sedikit ngada-ngada.

"Aiseh, takpe la kalo macam tu. guwa baru ingat nak belanja lu..." - sengaja aku test iman Amai yang senipis kepak nyamuk tu.

"Oh, takpe2. Guwa smayang kat rumah je kot ari ni. Lu blanja kan?"

Ceh!

*******************************

Sesambil tunggu order, kitorang pon bantai ah sembang. Macam-macam citer jugak la yang kluar. Biasa la lelaki. Kalau da nama menyembang tu, topik-topik common macam kes rogol, politik, bola sepak, masalah remaja, minah kilang, awek rempit dan sebagainya memang tak miss punye. 

Tetengah sedap beborak, lalu sepasang awek bertudung, baju tshirt ngan suar trek. Jalannya cukup perlahan. Langkahnya rapat-rapat. Muke boleh tahan. Badan sedap-sedap. Standard anak dara punya cutting ah senang citer. "Bang, char kuey teow dua. Bungkus ya..."

Aku tanya Amai, "awek mana tu Mai ?"

"Oh, budak maktab perguruan tu..." jawab Amai penuh konfiden. Takde riak-riak bergurau pada air muka beliau.

"Mana lu tau?"

"Lu ni nama je blaja tinggi-tinggi. Tapi bingai lu lebih kurang guwa je kan? Hakhak! " - Amai ketawa.

Cilake punya Amai. Percuma je aku kena.

"Pempuan ni simple je ju... ( ju = nama panggilan rapat aku). Kalau da dressing macam tu, sah-sah cikgu punye."

"Apsal plak?" Kali ni aku tarik muke blur...

"Cuba lu tengok seluar die. Kan ada tulis tu?"

"MAKTAB PERGURUAN RAJA MUAZIM"

Ceh! terkena dah aku. Macam mana aku boleh tak perasan plak. Terkekek-kekek Amai ketawakan aku.

*******************************

Mana boleh jadi! Dah la makan pon aku payung, pastu siap kene bahan plak ngan Amai. Ini tidak adil! Setelah berpikir seminit dua, aku senyum dengan gaya sedikit jahat. Kali ni, nawaitu aku memang nak bahan Amai plak.

"Ok, kalau lu pandai, cuba teka antara dua orang budak tu, mana satu yang still ada dara?"

Simple je soalan aku bagi Amai. Tapi aku tengok Amai, berkerut jugak muka die berpikir. Lama betul die tenung bebudak tu. Hakhak! Gasak lu ler... bisik ati aku.

Tetiba Amai pandang aku dengan renungan yang tajam. Raut wajah die serius. Kunci motor yang dari tadi die main, tak semena-mena diletakkan atas meja. Ditariknya telinga aku rapat.

"Psss... Dua-dua tu takde dara!"

Hakhak! Terbarai aku gelak sorang-sorang. Pakcik yang lepak sebelah table kitorang pon da jeling semacam da. Silap-silap makan kerusi gak aku ni kang.

Setelah reda ketawa, aku tanya Amai. "Ha, apa plak alasan lu kali ni? Jangan cakap kat guwa dekat baju die ada tulis "SAYA MASIH DARA" plak. Haha."

"Cuba lu tengok bontot die. Anak dara mana bontot jatuh macam tu!" jawab Amai dengan nada mendatar tapi cukup tegas.

"Apsal plak anak dara bontot tak jatuh?"

"Mak guwa cakap macam tu?"- jawab Amai selamba.

"Ah, mak lu kencing lu je tu."

"Tak tau la kan... Tapi ada lojik nye jugak ju...Cuba tengok karo-karo (bohsia) kat taman ni, kan memasing bontot jatuh?"

"Laa...Ada plak camtu. Maybe sebab diorang slalu betenggek atas seat moto? sebab tu kot bontot diorang leper, jatuh. Otot-otot punggung die menumpu pada satu tempat je." aku jawab dengan sedikit kemahiran KBKK dan fakta sains.

Aku usha muka Amai da konfius. Dalam hati aku da ketawa terkekek-kekek da.

"Ok ok... Ha, Dah tu macam mana nak tau die dara ke tak?" terpacul soalan ni dari mulut beliau. Sememangnya aku tunggu soalan ni.

"Oh...Pempuan ni simple je Mai..." Jawab aku dengan nada mengajuk style Amai.

"Cilake. Ha, macam mana?"

"Senang je. Gi la kawen ngan die. Malam pertama nanti lu tau laa..."


"Boss! kira! "
Amai terus capai kunci motor sambil menyumpah seranah.
Hakhak!


Photobucket


p/s :
Aku dengar teknologi jepon da sampai tahap cipta "selaput dara palsu" dah. tak sabar aku nak nganjing Amai lagi. Hehe!


Kawan baik aku

Ujung bulan doblas itu ari, akak aku yang nombor dua tu selamat diijabkabulkan. Tahniah la aku ucapkan. Dah 7 tahun couple, elok benar la korang kawen. Dah nazak benar aku tengok kadang-kadang tu. Mana tak nye? Ada satu ari tu, aku masuk bilik die, tengok2 die dok nangis teresak-esak sambil koyak-koyak gambar die ngan boyfren die. Aku tanya "eh, ni apa masalah?". Jawapan simpe - gaduh ngan boyfren.

Hek eleh! Menggeleng kepala aku dengar jawapan camtu. Pempuan ni memang camni ek? Kadang-kadang, dari apa yang aku nampak, pompuan ni kalau menangis, dia ada dua reason je. Kalau tak sebab period (PMS), tak lain mesti gado ngan boyfren punye. Ces!

Kesian punya pasal, aku port sebelah die, aku slowtalk lebih kurang. Tup-tap-tup-tap malam tu balak die call balik mintak maap. Baru la nampak muka akak tu senyum. Dandan tu gi carik sellotape, dok cantum gambar yg die koyak tadi. Terkekek-kekek aku gelak. Sengal!

*********************************

Takpe la. Biasa la tu, adat bercinta ye tak?

Ok. Nak dijadikan cerita, dua tiga bulan sebelum akak aku kawen tu, ayah aku kat Malaysia dah sms aku dah. "weyh, ang balik tak? akak ang kawen ujung bulan doblas ni"

Kebetulan, aku takde cuti. So tak dapat la aku balik tgk akak aku bersanding. Tapi dari jauh aku dah call ucap tahniah. Duit pon lebih kurang aku da kirim. Selebihnya aku hanya mampu doa moga2 korang bahgia ke akhir hayat.



Sebagai anak laki dalam keluarga tu, aku rasa tanggungjawab aku berat. Nak arap adik laki aku sorang tu? Hah! Tak payah! Tangan tak lekang dok pegang enset. Bercinta macam orang gile. Selang seminit henset vibrate.

Last-last, aku sms member baik aku kat seremban, nama Amai.
"Amai, akak guwa kawen ujung bulan ni. Guwa tak dapat balik ah.. Cuti takde. Lu tolong ah tengok-tengok apa yang patut ek?"

5 minit pastu, die reply. "Ok, takde hal. nanti guwa settle."

*************************************

Alhamdulillah, lepas majlis kenduri kawen tu abis, malam tu aku call mak aku.. Mak aku kata semuanya berjalan lancar. Mujur la ada Amai ngan memember aku yang lain. Diorang la yang tolong pasang papan tanda tunjuk arah umah pengantin. Tolong pasang khemah. Tolong basuh pinggan. Segala macam keje diorang handle walaupon aku takde. Ha, itu namanya kawan! Ini ari aku nak story pasal kawan baik aku.



Baju itam tu aku. Yang baju kuning tu encik Amai. Nama die mohd akmal. Dalam beribu kawan-kawan aku, dia la sesatunya kawan baik aku dunia akhirat. Kawan yang memang tak makan kawan. Aku berani cakap ni sebab aku kenal die dari umur aku 4 tahun lagi. Sama-sama membesar, susah senang memang aku share ngan die je.

Kalau nak cerita sejarah idup aku ngan Amai ni, pergh! sumpah cakap, memang tak abis kalau nak citer semua dalam shari. Macam-macam perangai setan kitorang buat! hakhak! Tersenyum aku masa taip entry ni bile kenang-kenang balik kenakalan kitorang.

Masa kecik-kecik dulu, time tu cerita kartun dragon ball memang tgh top. Sampaikan bebudak sibok dok ngumpul komik-komik die dari jilid 1 sampai jilid 43 (last episode) kalau tak silap.



Setannya aku ngan si Amai ni, setiap bulan bile keluar komik Dragon Ball episod terbaru, aku ngan die mula la pegi kedai apek buat 'projek'! Si Amai akan bantai borak dengan apek tu, keje aku plak masukkan komik tu dalam baju cepat2. Lepas tu, demi tak menampakkan syak wasangka apek tu, kitorang end up dengan membeli senaskah surat kabar DIDIK yg harganya cuma tujuh posen. Kiranya, apek tu tak syak la kitorang curik komik die sbb kitorang datang beli smthing. Kang kalau blah tangan kosong je, kantoi plak kan? hakhak! Sampai skang apek tu tak tau.

Kalau ang lahir zaman aku, ang akan perasan bile time skolah menengah dulu, sebok bebudak remaja layan trend hiphop la, punk la, gothic la, dan segala macam trend. Macam aku ngan amai, kitorang layan skinhead. Pergh! Bile ingat-ingat balik, sumpah bodoh. Dressing bebudak skin head ni sempoi je. Kemeja lusuh,sluar skinny. Time tu, takde duit nk beli baju ngan jeans ni sumer2. Puas la dok toreh sluar jeans lama dengan pisau lipat smata-mata nak dapatkan effect lusuh dan koyak2 tu. Hakhak! Si Amai ni lagi bahalol. Seret sluar jeans kat jalan raya.


ish ish! hakhak! miss u guys.

Bile abis form 3, masa tu result PMR aku gempak jugak ah. 7A1B. Macam mana aku dapat result camtu, jgn tanya aku. Aku pon musykil. Aku bukan cam ang. Seumur idop aku, tak penah pegi tuisyen walau skalipon. Apa cikgu ajar kat class, tu la yg aku blaja. Takde nye nak extra2 ni.
Alih-alih naik tingkatan 4, aku dapat offer masuk skolah asrama penuh SASER. Maka berpisah la aku dgn Amai. Kat SASER tu la baru aku blaja jadi orang skit sebab kat sana bebudak cam gud-gud je. Ye la...budak pandai...

Tapi bile abis SPM, heaven!

Time tu bebudak tengah menggila carik duit nak beli henpon. Sapa ada henpon, kire bergaya ah. Baru ah tak segan nak turun town carik awek. Ini jam bukan macam zaman aku dedulu. Henset 1st aku, nokia 3310 harga die masa tu RM250. 


 Itu pon harga setelah berunding macam orang gile dok tawar menawar dengan tokei kedai tu. Starting Simpack Maxis masa tu plak RM60 kalau tak silap. Celaka.

Last year, aku balik Malaysia, aku ajak Amai turun town carik henset yg sama macam ni. Aku suke henset ni sebab tahan lasak. Die punya button pon best sampaikan aku boleh taip sms dgn kelajuan 160 patah pkataan dalam masa 10 saat. Pastu, siap dengan game Bantumi yg macam game main congkak. Best!

Tapi sayangnya da tak jumpa. Ada member aku kata, henset ni skarang da jadi barang 'rare' dah. Lima puloh hinggit seketul orang tolak. Aduhai... Betapa lah zaman tu dah berubah. Kan? Starting Simpack Maxis skang ni pon aku tengok tak smpai seploh hinggit dah.

Ok, sambung cerita. Masa tu macam-macam keje aku buat ngan si Amai ni. Semuanya sebab nak carik duit beli henset. Nak mintak mak ayah belikan? Nangis guling-guling kuar air mata darah skali pon, jgn harap mak ayah aku nak belikan!

Antara keje yang penah kitorang buat tmasuklah carwash, attendant pam minyak, jual tshirt bundle, keje kilang dan macam2. Dan setiap keje yg kitorang buat, ada je memori untuk diingat smpai tua. Contohnya, macam keje carwash. Satu ari tu, ada pakcik cina ni masuk carwash tempat kitorang keje tu. Die bawak kete Merc lama, kaler itam. Die punya berlagak, sampai maki kitorang sebab cuci slow sangat. Padahal, belum ada customer yg komplen kitorang basuh slow. Die siap kata kat kitorang, 'pekerja bangla kat carwash lain lagi laju kejenya dari kitorang'.

Time tu aku da pandang Amai. Amai senyum nipis je.

Aku kenal Amai ni. Die memang panas baran skit. Tapi hari tu die cool je... Abis je keje, petang tu kitorang lepak2 minum-minum ngan memember lain.


zaman muda-muda

Ntah macam mana, keciknya dunia, ternampak kreta Merc tu park kat sebelah kedai minum kitorang. Amai terus tarik aku pegi kat kreta tu, die toreh kreta tu ngan kunci motor, bercalar! abis 2 pintu. Gile. Aku diam je. Hakhak!


amacam? ensem tak guwa muda2? hakhak!


Banyak lagi kenangan-kenangan kitorang zaman memuda dulu. Tu belum cerita part merempit sumer2 lagi. Memang tak abis kalau nk citer sumer. Tapi jahat-jahat Amai ni, die dah ajar aku banyak benda yang berharga dalam idop ni... Dia jugak da ajar aku bahawa kawan adalah ini :

Kawan itu adalah bilamana dia cuma ada lima ringgit dalam poket dia, tapi die masih mampu tersenyum dan beriya-iya offer nak blanja ang minum teh o limau segelas dan nasik lemak sebungkus. Sedangkan minyak motor die dah tertera abjad 'E'.

Kawan itu adalah bilamana ang call die tengah malam pukul 2 pagi sebab moto ang buat hal, die sanggup datang terkebil-kebil baru bangun tido, semata-mata nak tolong hantar minyak moto.

Kawan itu adalah bilamana ang call die bagitau ang nak balik Malaysia, serta merta die tanya 'bile?' sebab die nak mintak cuti semata-mata nak jemput ang kat KLIA.

Kawan itu adalah bilamana ang kecewa gara-gara ditinggalkan girlfren yang ang sangkakan kononnya 'teman sehidup semati' tu, die sanggup teman ang pukol 2-3 pagi di mapley smata-mata mahu mendengar luahan hati ang dan menenangkan ang...

Thanks a lot, my friend.


p/s : Amai, Aku berani puji ang dalam entry aku ni sebab aku tau ang buta IT. Ang takkan tau pasal kewujudan blog ni! Hakhak.

Related Posts with Thumbnails