Kawan baik aku

Ujung bulan doblas itu ari, akak aku yang nombor dua tu selamat diijabkabulkan. Tahniah la aku ucapkan. Dah 7 tahun couple, elok benar la korang kawen. Dah nazak benar aku tengok kadang-kadang tu. Mana tak nye? Ada satu ari tu, aku masuk bilik die, tengok2 die dok nangis teresak-esak sambil koyak-koyak gambar die ngan boyfren die. Aku tanya "eh, ni apa masalah?". Jawapan simpe - gaduh ngan boyfren.

Hek eleh! Menggeleng kepala aku dengar jawapan camtu. Pempuan ni memang camni ek? Kadang-kadang, dari apa yang aku nampak, pompuan ni kalau menangis, dia ada dua reason je. Kalau tak sebab period (PMS), tak lain mesti gado ngan boyfren punye. Ces!

Kesian punya pasal, aku port sebelah die, aku slowtalk lebih kurang. Tup-tap-tup-tap malam tu balak die call balik mintak maap. Baru la nampak muka akak tu senyum. Dandan tu gi carik sellotape, dok cantum gambar yg die koyak tadi. Terkekek-kekek aku gelak. Sengal!

*********************************

Takpe la. Biasa la tu, adat bercinta ye tak?

Ok. Nak dijadikan cerita, dua tiga bulan sebelum akak aku kawen tu, ayah aku kat Malaysia dah sms aku dah. "weyh, ang balik tak? akak ang kawen ujung bulan doblas ni"

Kebetulan, aku takde cuti. So tak dapat la aku balik tgk akak aku bersanding. Tapi dari jauh aku dah call ucap tahniah. Duit pon lebih kurang aku da kirim. Selebihnya aku hanya mampu doa moga2 korang bahgia ke akhir hayat.



Sebagai anak laki dalam keluarga tu, aku rasa tanggungjawab aku berat. Nak arap adik laki aku sorang tu? Hah! Tak payah! Tangan tak lekang dok pegang enset. Bercinta macam orang gile. Selang seminit henset vibrate.

Last-last, aku sms member baik aku kat seremban, nama Amai.
"Amai, akak guwa kawen ujung bulan ni. Guwa tak dapat balik ah.. Cuti takde. Lu tolong ah tengok-tengok apa yang patut ek?"

5 minit pastu, die reply. "Ok, takde hal. nanti guwa settle."

*************************************

Alhamdulillah, lepas majlis kenduri kawen tu abis, malam tu aku call mak aku.. Mak aku kata semuanya berjalan lancar. Mujur la ada Amai ngan memember aku yang lain. Diorang la yang tolong pasang papan tanda tunjuk arah umah pengantin. Tolong pasang khemah. Tolong basuh pinggan. Segala macam keje diorang handle walaupon aku takde. Ha, itu namanya kawan! Ini ari aku nak story pasal kawan baik aku.



Baju itam tu aku. Yang baju kuning tu encik Amai. Nama die mohd akmal. Dalam beribu kawan-kawan aku, dia la sesatunya kawan baik aku dunia akhirat. Kawan yang memang tak makan kawan. Aku berani cakap ni sebab aku kenal die dari umur aku 4 tahun lagi. Sama-sama membesar, susah senang memang aku share ngan die je.

Kalau nak cerita sejarah idup aku ngan Amai ni, pergh! sumpah cakap, memang tak abis kalau nak citer semua dalam shari. Macam-macam perangai setan kitorang buat! hakhak! Tersenyum aku masa taip entry ni bile kenang-kenang balik kenakalan kitorang.

Masa kecik-kecik dulu, time tu cerita kartun dragon ball memang tgh top. Sampaikan bebudak sibok dok ngumpul komik-komik die dari jilid 1 sampai jilid 43 (last episode) kalau tak silap.



Setannya aku ngan si Amai ni, setiap bulan bile keluar komik Dragon Ball episod terbaru, aku ngan die mula la pegi kedai apek buat 'projek'! Si Amai akan bantai borak dengan apek tu, keje aku plak masukkan komik tu dalam baju cepat2. Lepas tu, demi tak menampakkan syak wasangka apek tu, kitorang end up dengan membeli senaskah surat kabar DIDIK yg harganya cuma tujuh posen. Kiranya, apek tu tak syak la kitorang curik komik die sbb kitorang datang beli smthing. Kang kalau blah tangan kosong je, kantoi plak kan? hakhak! Sampai skang apek tu tak tau.

Kalau ang lahir zaman aku, ang akan perasan bile time skolah menengah dulu, sebok bebudak remaja layan trend hiphop la, punk la, gothic la, dan segala macam trend. Macam aku ngan amai, kitorang layan skinhead. Pergh! Bile ingat-ingat balik, sumpah bodoh. Dressing bebudak skin head ni sempoi je. Kemeja lusuh,sluar skinny. Time tu, takde duit nk beli baju ngan jeans ni sumer2. Puas la dok toreh sluar jeans lama dengan pisau lipat smata-mata nak dapatkan effect lusuh dan koyak2 tu. Hakhak! Si Amai ni lagi bahalol. Seret sluar jeans kat jalan raya.


ish ish! hakhak! miss u guys.

Bile abis form 3, masa tu result PMR aku gempak jugak ah. 7A1B. Macam mana aku dapat result camtu, jgn tanya aku. Aku pon musykil. Aku bukan cam ang. Seumur idop aku, tak penah pegi tuisyen walau skalipon. Apa cikgu ajar kat class, tu la yg aku blaja. Takde nye nak extra2 ni.
Alih-alih naik tingkatan 4, aku dapat offer masuk skolah asrama penuh SASER. Maka berpisah la aku dgn Amai. Kat SASER tu la baru aku blaja jadi orang skit sebab kat sana bebudak cam gud-gud je. Ye la...budak pandai...

Tapi bile abis SPM, heaven!

Time tu bebudak tengah menggila carik duit nak beli henpon. Sapa ada henpon, kire bergaya ah. Baru ah tak segan nak turun town carik awek. Ini jam bukan macam zaman aku dedulu. Henset 1st aku, nokia 3310 harga die masa tu RM250. 


 Itu pon harga setelah berunding macam orang gile dok tawar menawar dengan tokei kedai tu. Starting Simpack Maxis masa tu plak RM60 kalau tak silap. Celaka.

Last year, aku balik Malaysia, aku ajak Amai turun town carik henset yg sama macam ni. Aku suke henset ni sebab tahan lasak. Die punya button pon best sampaikan aku boleh taip sms dgn kelajuan 160 patah pkataan dalam masa 10 saat. Pastu, siap dengan game Bantumi yg macam game main congkak. Best!

Tapi sayangnya da tak jumpa. Ada member aku kata, henset ni skarang da jadi barang 'rare' dah. Lima puloh hinggit seketul orang tolak. Aduhai... Betapa lah zaman tu dah berubah. Kan? Starting Simpack Maxis skang ni pon aku tengok tak smpai seploh hinggit dah.

Ok, sambung cerita. Masa tu macam-macam keje aku buat ngan si Amai ni. Semuanya sebab nak carik duit beli henset. Nak mintak mak ayah belikan? Nangis guling-guling kuar air mata darah skali pon, jgn harap mak ayah aku nak belikan!

Antara keje yang penah kitorang buat tmasuklah carwash, attendant pam minyak, jual tshirt bundle, keje kilang dan macam2. Dan setiap keje yg kitorang buat, ada je memori untuk diingat smpai tua. Contohnya, macam keje carwash. Satu ari tu, ada pakcik cina ni masuk carwash tempat kitorang keje tu. Die bawak kete Merc lama, kaler itam. Die punya berlagak, sampai maki kitorang sebab cuci slow sangat. Padahal, belum ada customer yg komplen kitorang basuh slow. Die siap kata kat kitorang, 'pekerja bangla kat carwash lain lagi laju kejenya dari kitorang'.

Time tu aku da pandang Amai. Amai senyum nipis je.

Aku kenal Amai ni. Die memang panas baran skit. Tapi hari tu die cool je... Abis je keje, petang tu kitorang lepak2 minum-minum ngan memember lain.


zaman muda-muda

Ntah macam mana, keciknya dunia, ternampak kreta Merc tu park kat sebelah kedai minum kitorang. Amai terus tarik aku pegi kat kreta tu, die toreh kreta tu ngan kunci motor, bercalar! abis 2 pintu. Gile. Aku diam je. Hakhak!


amacam? ensem tak guwa muda2? hakhak!


Banyak lagi kenangan-kenangan kitorang zaman memuda dulu. Tu belum cerita part merempit sumer2 lagi. Memang tak abis kalau nk citer sumer. Tapi jahat-jahat Amai ni, die dah ajar aku banyak benda yang berharga dalam idop ni... Dia jugak da ajar aku bahawa kawan adalah ini :

Kawan itu adalah bilamana dia cuma ada lima ringgit dalam poket dia, tapi die masih mampu tersenyum dan beriya-iya offer nak blanja ang minum teh o limau segelas dan nasik lemak sebungkus. Sedangkan minyak motor die dah tertera abjad 'E'.

Kawan itu adalah bilamana ang call die tengah malam pukul 2 pagi sebab moto ang buat hal, die sanggup datang terkebil-kebil baru bangun tido, semata-mata nak tolong hantar minyak moto.

Kawan itu adalah bilamana ang call die bagitau ang nak balik Malaysia, serta merta die tanya 'bile?' sebab die nak mintak cuti semata-mata nak jemput ang kat KLIA.

Kawan itu adalah bilamana ang kecewa gara-gara ditinggalkan girlfren yang ang sangkakan kononnya 'teman sehidup semati' tu, die sanggup teman ang pukol 2-3 pagi di mapley smata-mata mahu mendengar luahan hati ang dan menenangkan ang...

Thanks a lot, my friend.


p/s : Amai, Aku berani puji ang dalam entry aku ni sebab aku tau ang buta IT. Ang takkan tau pasal kewujudan blog ni! Hakhak.

186 comments:

mYpRecious said...

sweet giler kau bercerita pasal kawan kau..

aku pulak yg taching2.. ahakss..

ila-ali said...

Entah kenapa syedeh plaks baca entry ang ari ni...

Ibu Ammar said...

quote 'kawan adalah....' tue memang sayu je bunyi die.. adei, aku cam tertanya-tanya, aku macam bukan kawan seperti itu.


bab Amai calarkan keta tue..aku sokong!

Nurul Huda Rahim said...

baiknye amai. terharu plak tetbe. haha. tp siyes. kwn yg mcmni ssh nk dpt. yg laen tuh plastik ja lbeh.

nabilah_2908 said...

hmm...if Amai baca n3 ni..sure dia terharu... :)

Yna Mina said...

oh..gud la amai tu...
tacing bace n3 ni...

henpon 3310 pun henpon 1st aku..beli ngan duit 300 yg dapat time PLKN.hakhak

ery said...

tingat zaman mude2 ke?? heheh

Unknown said...

tahniah dpt abg ipaq...!!
diri tu bile lg?

well...itulah namanya kwn...susah kita secara automatik mjd susah dia jg...same2 harungi...

bertuah bdn dpt mber mcm amai tu yerk..

NomborSebelas said...

nice bro kawan lu.....

kuyam said...

kalau aku jd amai n bace post ini,sumpah nangis2 terharu woh~
hahaha kejam gila calarkan merc siapa2 tu..hehe...tu la die tuan punya merc,sape srh cari pasal..

rizputra7 said...

Amai..member bagus...kena bagi award nie..

violetless said...

hahahahahha...siap cakap kawan buta it lagik..ahahahah

Anonymous said...

kira nakal tahap gaban la nie kcik2 dolu

AzilaPalal said...

wah..cerita ttg teman baik..tidak ketinggalan juga gambar koleksi edisi majalah mangga (half naked) di pantai...
Ape2 pun tahniah untuk Amai...
T_T sob..sob..teman yang sukar di cari ganti..=

CITY® said...

selamat pengantin baru buat kakak zack

heeeeeee

Marysa Nasti said...

kawan itu segalanya dan lebih utama dari cinta.

tapi bila aku nak dapat kawan baik, yg betul2 setia dengan aku. asek kena tikan je :(

Cik Renex said...

mmg kawan yg bagus la korg..

Aini said...

haaa.. kasitau amai.. =)

akyda radzi said...

hahahahaha...saya suka saya suka...nakal la korang nie...tau budak nakl 2 nie ati dia baik semangat kwn dia kuat...tahniah sbb dapat jumpa kwn yang sehati ...sekepala awal awal lagi...bukan cam saya...sampai skrg bau kwn pun tak der....mmm anyway arap p byor la komik apek tu....sian dia tak untung...hehehehe...jgn marah yer...suka entry nie

fikah © said...

harap2 amai dapat baca..hak3..

chamn said...

jahat gile ko dulu.... hakhak.... skinhead yer... xde gamba k ko dressing skinhead.. nk gak tgk~

Fiza Rahman said...

Mesti amai bangga klo dpt tau ang buat N3 khas untuk dia, untung ang dpt kawan mcm amai (^_^)

Miss Ekin said...

uuwaaa i pulak terharu baca entry nie. bgenang air mata hakhak poyo dak. serius!!

btw memang cmtu la namanya kawan.
huhu ingatkan amai tu nak baca ceehhh tak dapat la die nak bangga diri ;pp

Ayako A. said...

part kotak gambar tu xleh blah.,.gilo sengal !

Cipina said...

sob..sob..terharu ah..seb baik ang tak masuk lagu zack..kang tak pasal-pasal meraung kat depan laptop ni..

Shahada Fauzi said...

pencurik2!!!hahaha..gile jahat..p bayaq balik kat apek tu..:p

xpe2..biarpun amai bute IT..tp mesti die tahu isi ati ang..nama pun besfren kan...

Kancilbiru said...

adakah kau kangen sama Amai sehingga entry ini kau ciptakan dong?~

epalejau said...

sure bahagia kan dapat kawan macam amai? walaupun dia buta IT?:)

---- epal takde kawan sebaik amai..takpe, epal tanak carik..intead of epal sndiri yg akan sentiasa berusaha untuk menjadi sahabat sebaik amai..

Lina Khairunisa said...

bestnyer dpt kawan mcm ni. ;)

♥♥Sew.It.Art♥♥ said...

aku suke entry neh.bile bace pn buat aku terkenang2..

yesh..fwens remain forever..tp bkn sng nk dpt kwn mcm yg kwn ang ckp tu..tp stil rs bertuah sbb maseh ade member yg teman aku xkire mase..

bkn sng2 je same2..tp time nanges pn ade same2 dtg teman..tng kn aku..sgt best kalo dpt kawan yg sekepala dgn kite..ssh sng same2..

hafeezkhairi said...

zack..amai ang mmg best!!!!susah nak cari kawan mcm tu zmn sekarag ni..kawan makan kawan ea r berlambak..nasib baik la aku ada kawan cam amai gak heheh so xdela jelz sgt ngn ang kan =)

Amoi said...

u org negeri sembilan ke?
haha. SASER is a best boys school in n9. ^.^

Anonymous said...

igt ang kawen, upeyea akk ang kawen.. bwu nk ngepau nasi minyak! hehehe..

jge kwn baik2 uh.. ssah nk dpt kwn mcm amai uh.. kim slm kt dye.. :)

Rara said...

waaa...aq suke entry ang..klo mmbe ang bce,best j dye..

aBoi said...

kenapa takde orang tanye Amai tu dah berpunya ke belum?? Pelik kan?

Unknown said...

gambar kat pantai tu, ko yang mana satu ek, zack? penat aku usha~

nada hanis said...

kawan is everything. semoga banyak lagi kawan macam amai kat dunia ni. hehe.

wey, hang orang kedah ka? tang mana?

Qiha Aziz said...

touchinglah entri ni. sedih baca.
kita memang hidup sezamanla. aku pon ada komik dragon ball 1 smpi 43.

Anonymous said...

mmg kelAss la amai....bersyukurlaa dpt kwn mcm die...

tahniah dpt abg ipar...

hahah pdn mke apek tu..!!kn da calar keta...

eyh bpe ek kos koling2 dr jepon ke malaysia??

Didi Nadhirah said...

agaknye masa sessi luahan perasaan tu ade sessi pengaliran air mata tak hehehehe....anyway bgs arr amai kawan sejati

AmalinaOmar said...

untung dpt kwn mcm kau.

kalau aku jd amai, aku sanggup pegi cc skarang cari blog kau.

ceksumolek's said...

bagusnya ada adik yg caring camnih.. :) suke part yg kakak nk kawin tu//

MR.Z said...

7 tahun kaple tuhh..lama gler..

cHiQuE CoMeL said...

susah sbnrnya nak cari/dpt kwn mcm amai skrg nih... lucky u :D

TinaSofea said...

giler best..trigt kwn2 skola dulu..tp sume da bwk hala sendiri..tp ade la 2-3 org cm kwn abg ni..huhuhu..laki2..pompuan susah..yg ade pun yg 1 kepala kekal smapi skrg..bestla~!!^_^

Anonymous said...

zack.. best nye ang ada bestfren yang sangat best macam tuh..
sumpah aku jeles!!
aku pon ada kawan baek..
nanti aku senang2 aku nak wat entry pasal kawan baek aku.. hehee..

Syima Syaz said...

u r sooo lucky!! jaga kawan tuh elok2 sampai akhir hayat!

jan.naimah said...

rugi nyer amai xtaw ko tulis ntri ni.....

Aelfi said...

serius.itulah kegunaan kawan baik.


*setan betol,seret sluar kat jalan raya.hahaha.

cik beLLanan said...

susakan nak cri kawan sejati cmtu..
klw amai 2 bce..mzty tharu en..;p

emma said...

sungguh touching entry ni..huhuhu..mmg betol..kalo kwn mmg dia akn wat ape je utk kite..(=.=')

cik manis said...

aku pun ada kwn baik since umor drjh 1. ni smpai skrg kmi 1 geng stil cntct mcm adek bradek :)

btw, tmpang lalu!
slame ni silent reader je.
ari ni brani nk tnjuk muke LOL.

Merissa K. said...

dragonball 1-43 tu i ada dua set! hahah. old school gila!

redbirdfe said...

hahahaha.

erk. esok exam final. bantai bace belog ini sekejap.

joegrimjow said...

ahaaa
ak da syak ko ni gay dah
jgn iyekan dah la ye
hehe

kawan nak bawak sembang ni susah nak cari
sembang untung ke die banyak
tp nak sembang pasal peribadi
susah wooo

Liz said...

tang puji2 tu da terharu da...tp tang p/s tu mmg takleh blah..hahahaha

Wafiq Legacy said...

saser rupenyaa...ramai btol kwn i student saser.haha..tp xsempat la dgn zul kot...ada f4 n f5 jek kan?=)
kawan baik...congrate sbb dpt kwn yg btol2 baik..bukan sume org berpeluang dpt bestfriend cm u ...

Syaiful Azhar said...

hoho..aku suka entry nih..
keep it up bro..
aku rasa ko nih memang teliti orang nyer..

Athirah Ibrahim said...

yahhh. kawan makan durian senang dicari. kawan makan taik? perghhh ke lubang cacing sekalipun belum tentu jumpa. wahahaha merepek.

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

skinhead ke???hehehhe..skinhead mana??nothern riot ke??

ini q i L L said...

susah senang bersame. ;)

Wafaa said...

errr... nape mcm tak boleh nak cam mana satu Amai dalam gambar2 lain? Makin mengembang ke? ke ilusi optik?

Anonymous said...

hahaha..senyap2 amai pown ada blog!!hahaha...spa tau!!!!!^_^

tp superb la part calar kreta apek tuh!!manTOP!!^_^

Unknown said...

salam

ang tu pandai, tu la sebab xyah g tuisyen pun bleh score. aku ni kurg cerdik tu sbb kena g tuisyen berderet-deret. itu pun xpandai pandai laie

Nand Nasyari said...

bt r entry pasal kengkawan kt blog plak.. nk enterprame gak..heheh ;D

Unknown said...

pasni g cari amai, bg die bc entry ni.yess!..haha

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

berkawan biar seribu..
berkasih biar satu...

p/s: ada kaitan x ngan entri ni? hehe.

Liyana Lunia said...

i nak nangis laaa. asl u comel gila muda dulu KAH KAH KAH *koma

Dekna said...

sweet giler cite sal kawan baik tu..
haha.kesian lak dia tak tahu..

gi la ajar dia at least ajr dia utk tgk entry ni dh la..hehe
psti dia tharu seumo idup.

Mysara Newrie said...

Zack ak bc citer ko dgn Amai 2 baru aku sedar aku tak da kawan baik sebab aku kawan dgn semua org! Huhu. Anyway masa aku tgh jiwang2 pasal apa erti kawan 2 tetiba aku gelak sebab baca pasal kwn ko yg buta IT 2. haha.

NHidayah Rosli said...

perghhh..ko mmg kiut la weyh

.: Si BungaKopi : . said...

henset 33 sekupang tuh memang TAHAN LASAK. dulu waktu aku darjah 6, kawan aku beli dgn harga rm50. Jeles gila aku waktu tu. Best la amai ada kwn mcm ko

Hafizah Mastar said...

so sweet :) aku pun dh tersenyum baca entri kau ni..mmg best..boleh meleleh airmata :) & i know how you feel

molliesa said...

jek...tahniah..sbb ang dapat kawan cam amai..tak ramai cam amai k...
akak pon takde kawan cam amai..tapi akak ni cama amai la..cume sahabat tak reti menghargai cam mane ang hargai...=)

p/s: gtau amai..dia leh geng ngan mak akak..sbb mak akak penah calarkan kete org sbb kes kerek2 camni lah..hakhakhak..=)

nina asri said...

betuah dapat kawan macam tu.
bkn senang nak dpt kawan yang betul2 baik dengan kita.
yang nak susah sama2 tu la yang susah nak dapat kan.

udacun said...

apesal lak aku rasa sedih tetibe.. sedih bace entry ni...

myb sbb kawan kot..kawan lelame.. kawan sejati.. huhuhu...
sebak ler plak.. nak ngs wooo...

Unknown said...

best la ang ade kawan baik...aish..susah crik kwn baik ni..alololo..touchg gak entry ni..like!!

kim said...

the best friendship award goes to AMAI... haha.. betuah ko Z. haih..

zack zukhairi said...

Tarik napas dalam-dalam...

Ok, salam all :)

@nursarah : takpe, aku pon mungkin bukan kawan yg terbaik, tapi aku cuba gak utk bagi yg terbaik buat kawan2 aku. :)

@zaza : aku lambat lagi kot. hehe. 27 maybe? insyaAllah. :)

@akyda : apek tu da tak meniaga kat situ lagi arr..die da pindah mana ntah. haha.

@chamn : adeh bro. xde gambar laa.. lbh baik lu jgn tgk, sumpah lu gelak nnt! hakhak! :D

@im a loser : oowh, kutuk akak aku ya? bgtau die! :D hehe

@nizaa : kangen jugak. kangen sama teman2 lain di malaysia juga. :)

@epalejau : good epal. same goes to me. i pon cuba my best to be a good partner to my other frens. :)

@amoi : yup! i org negeri 9. Saser is the best boys school in negeri? yup. i heard bout it too, tapi i takde la hebat pon. biasa2 je. :)

@maisyara : aku lmbat agi kawen. :p

@aBoi : amai da ada awek! cun woo! hakhak! :D

@Kak zana : aku takde ar dalam tu. Aku tukang amik gambar sebab memasing taknak mngalah! haha.

@oh nada : aku orang negeri smbilan. :)

@sang perindu : kat sini, aku guna skype je call rumah. RM37 dapat cakap dalam 6 jam kalau call land line. Kalau call henset, dapat dalam 4 jam lebih kot. tak sure. :)

@DiDi Nadhirah : sorry ar guwa nak nangis! hahaha! xde2. :p

@cumi : thanks :)

@virulent : yup. aku stju ngan statement ang. kadang2 rasa frenship between girls and girls tak sekuat boys punye frenship. maybe sbb girls more to emotion?

@si manes yaya : :) nanti kalau u da buat entry pasal ur best fren, bgtau i k? aku nk baca gak.

@joegrimjow : weyh! hahaha! mana ada aku gay. aku normal lagi ni. lisa surihani nk campak mana? :D

@xyncaholic : thanks dude. :)

@Athirah Ibrahim ; Kawan makan najis, aku pon xnak weyh! hahaa.

@Ziana Farrel : Skinhead mende ntah. ikut2 orang je. tak tau sgt pon. :p

@Wafaa : Dalam gambar kat pantai tu, amai yg kene tanam. Dalam gambar last, amai yg duduk depan baju putih. ha'ah! die da mengembang skit.

@Amir : ada kaitan tu. nice quote. thanks. :)

@Liyanaa : ahaha! owh,perli ek? nak kene babap? ahaha! :D

@fiza Mastar : glad u know what i feel. :) thanks for dropping comment here. :)

@kak Mollie : mak akak rock! hakhak! seyes!

@all readers : thanks for reading and drop comment kat sini. :)

aku Zaty said...

upss! aku terlambat komen laks..
hee~ sng je nk komen kali nie..
dua2 same2 prangai setan!=p
haha! tp mmg best ade kwn baik nie!=p

.:fifi:. said...

tabik spring kat amai!..
perh seronok ko dpt kwn cam amai..
pyh nk dpt..
tp bkn nk kata la..
klu gurl pyh sket nk dpt kwn camneyh...

hedayah ariffin said...
This comment has been removed by the author.
hedayah ariffin said...

salam...

hye..
jst singgah nk say thnksz..
blog nie besh giler...
comely sgt...
n plg besh part mainan budak dulu2 tue..
xsbr nk p klas luse nnti nk gtau membe2 suh tgk blog nie...
ade something special..

1 nite tu ktrg gurl lpak2 borak psl mainan dlu2 tue...
tup2 ade lam blog nie...
sweet sgt...
especially logo..ptg askar..n patung kertas tue...

thnks and sayonara~ =)
xoxo

Unknown said...

Mutiara Naga, Misteri Naga..er..Sailormonn!! (:

erin said...

hakhak.1st time bace blog nih.tp aku suke dowh.nak2 part komik dragonball tu.aku pn suke gak.tp xle curi kt apek.curik collection abg aku.heheh.pas tu cite kau ngan amai sebijik cm cite tunang aku.cm setan.tp last2 tgal seminggu je lgik jadik laki aku.ahahha.gud job!!

imma.jayma.azima said...

(T_T) aku pon ade kwn cmni gak..
& aku syg sgt2 kat dia..

Khaizarien said...

best r kwn cam amai

Khaizarien @ atie Blog

Unknown said...

auuuu! aii tacing neh..

sob.sob. nanges tak pe kan ?;)

rezza effendi said...

ergh zack~ aku tabik kat ang sbb dpt mber cam Amai tuh, skang rmai mber kje nk mkan mber je~ kan?

Miss Shizu said...

salam bro...
saya bru jek taw kewujudan blog nh..huu..
nice sgt2..
terharu sgt2 bace en3 nh...
gud luck n salam perkenalan...

Miss Sweet Tooth said...

ahaha... ak bleh bace n gelak jew r n3 ko ni... x merasa r ak otak setan2 tue... uhuh.. teringin nk wat.. tp skali pun x berani..

p/s: jgn ler ad member ak yg bace komen ak nie...teruk ak kena bhn...

Mini Cooper said...

bc part yg kwn tu.s0b..s0b..menyentuh kalbu tol.

Diyana Aziz said...

terharu nyeee :)

zikeryhassan said...

semoga ang ngan amai akan kekal bersahabat smpai bile dengan jayanya. amiin.

♥ciK-t0ge ♥ said...

besHnye ade kwN mcm aMai..
tuHLah naMenye Best freND f0rever!
hUHU..
aGak terHaru kaLo dPt kwN sebegiTu,.,

Unknown said...

alhamdulillah,
dlm dunia ni masih ada kwn sejati!

belog said...

hahaha:)
nanti kalau kakak amai kawen kaw jgn lupe balas budi die balek ok:)
hahaha:)
thumbs up sama post kali ini
bagus:)

Anonymous said...

hmm..nice...hpe he'll be ur bez fren forever...

fiza said...

best tol ad kwn mcm ni...truly fren la...

sjaa64 said...

bagusnyer kawan...mmg btol pon...friendship forever!!!!!!

ang skolah saser ek...memag r top...thun ni pon no.1 spm...whoa...

touching bace citer nie..hheheehe..t nk gtaw amai sal blog ni..ekekeke(mcm knal)

Anonymous said...

klaka gle...huhuhu...special la cte kt cni..plg bez yg bli sokaba didik 70sen hahahahaha g byr blik, kalo x kna tny dlm kubur nt,sape mau jwb hahahaaha neway thumbs ub 2 your page!!!!!

Aida Effarina said...

tabik spring kat friendship korang! :D nakal2 pun boleh study sampai japan. thumbs up! :)

muzakkir said...

aku rase aku tak suke ape yang ko tulis nie..aku rase yang pasang papan tanda kawen aritu aku...dan yang basuh pinggan mangkuk aritu pown aku ngan member2 aku dari pahang..amai just datang makan ngan didie mase ari kemuncak jer..lu ape tau..??cite biar ar btol....

Anonymous said...

ntahle bro..entry dah cun..korang mmg sahabt sejati, tp ape cer kutuk adik sndiri..
hahaha
cmne pn kawan..nnti time ko kawen..adik gak yg kene tolong, bkan kawan...kan?ni blog, bratus org boleh bce..trmsk adik bro sndiri..acu try test pikir prasaan dier time dier bace entry ni..klu ak la..mnangis seyh..ade abg, bkn nk mmbela, kutuk ade ar..

Husna Zainal said...

aku respek ngan entry ko sal best fren ni..ko bertuah sb ade kawan yg terbaik..but sian kat adik u ni..ape2 pon air dicincang takkan putus kan..

Ayu Zan said...

kalau amai tau.
mesti die terharu..

syue said...

huhuhuhu... amai dh bace tntang ni kan..huhu... ak bangge pena kenal ng amai... hehehe..ramai ek peminat die... ish2..

En Joe Cikgu Yang Garang ^^ said...

wei boleh tak sok member ko tu jd member aku....

Shahizan Azmi said...

hahahaa, kalau ditakdirkan dy terjumpa post entry pasal diri dy ni , mesti mase tuu jugak dy daa menanges2 terharu dpt kwn cam kau ;))

^lurve_purple^ said...

ku plak yang tacing ngan en3 nie..
sakit perut gelak dengan cite kenakalan korang..
tapi.. terharu lak ngan pengertian kawan tue.. susah nak dapat kawan macam tue.. beruntung sungguh anda dapat kawan macam tue.. =)

FiqaSaleh said...

touching arr... Y_Y but very nice..

miss jaja said...

tacing sungguh.. sedih sbb aku takde kawan camni..sedih2..

Khairun Salwa said...

salam..
pehh..bgos btol amai 2..
btol la kata ko, kwn ssah mmg ssah nk cri..cm si amai tu la..
alhamdulillah, ak pon ade gk kwn cm si amai tu..
demi kwn, suma sggop..

ermm..nk amik ko nyer ayt psal kwan tu ley..??
nk share kt blog aku..tuk renungan kwn2 len gk..;)

umairaharis said...

touching aku bace entry nie..
susah dah nak cari kawan yg betol2 kawan skunk nie :)

Anonymous said...

serius touching giler... best la blog ko.. aku nak mintak share part ko kata kawan itu bila mana.... minta izin nak share ek... aku suka kata2 tu...

aznita said...

x pe nnt sy gtau amai yg die dh popular kat blog ang :D

EimaruSi|ence™ said...

Seyesly, ko mmg banyak kwn..Tuh jek yang aku nak cakap

*terima kasih bt aku touching..Sob2

EimaruSi|ence™ said...

*silap:Ko memang banyak pengalaman....Then ko bleh olah jadikan cerita

Klu den, borak ngan kwn2 bulih ar...

amal_fc1303 said...

walamak sgt la menarik cerita nie. best nye dpt kawan cm amai tu. hope kekal smpai bile2 la korg berkawan.

chanz said...

aku adalah amai...wakakaa...

BuNGaKRiSTaL said...

speechless... terharu! =)

zakirin said...

perghhh lah...memang best pengalaman hidup ang..papepun setiap orang ada pengalaman masing2 cuma ambik je yg baik even kita pernah buat benda yg tak baik..huhuhu

sitimashitah said...

kawan dunia akhirat~!

Anonymous said...

sweet la lu zack..muahahah.ssh nk cri kwn mcm amai tuh..*kalau die tau lu tulis log ni msti die segan2 jmpe lu nnti.muahaha.

Unknown said...

respek sangat kat zack sebab mempunyai kawan yang sanggup susah dan senang bersama2...bukan senang nak dapat kawan macam Amai tu..membuatkan aku teringat pada kawan2 baik aku je... :)

sueshe said...

sob..sob..sob(sedey seh)
urm sasah nak dpat membe cam amai 2..
bruntong sunggoh beliau..
huhu

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

sedih2...kawan yg baik mmg susah dicari :)

nazren said...

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......
kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang
sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh
di
sana....
kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........
kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam
durian
bau je busuk tp sedap dimakan....
kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......
kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT
LEBAH, UMPAMA BUNGA
ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI
LEMBU, TAK UBAH MACAM
DURIAN
&
MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!


If I dont get this back I understand... I have a game for you. Once you read this letter, you must send it to 14 people that you really care about, including the person that sent it to you.

if you recieve at least 7 back then you are AMAZING


walaupun kita mempunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.


walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.

Amai kwn yg baik...beruntung spe dpt kwn dia...

cutdud said...

hahaks,,,mse aku bace amai syum sinis 2 aku da agak mesti ade sumtym dye nak bwat,,,
:D
hahahax,,,
anyway,,,nice!!

rocky said...

hahahahhahaa...siot la ko zack...aku da tacing bace entry nie...last2 ko utuk amai lak....hahahahahhaa...klaka laa...

Unknown said...

cian kat amai...ye ke die x tahu blog ni heheh anyway sweet la story u ngn kawan2

intan_payung said...

sweet giler ar kawan ko.. untung ko dapat kawan cam2.. syukur tau..
aku nih asyik dapat kawan yg tikam belakang ja masa kecik,, sekarng aku dah besar dah bnyk kawan.. walau pun x karib tapi at least ada kawan masa susah senang..

natrah said...

hahaha..patot la berani mati puji kt blog.... tp kalo dia bce blog nie pon..boleh menitis setitik dua air mata

'aziemahazam said...

best...amai terbaik...
1st batch SASER ek???

diela (a.k.a) iela_sagi said...

untung nya amai cz ader kawan yang respect n hargai dia..(^_^)

heedayah said...

sweet.friend is priceless..sorang kawan yg btul2 fham kite dh ckup kalo nk bnding sribu kwn tp smua jd kwn bile sng je.

Ayie said...

waahaha.. layan cita ang.. mesti kembang amai tuh bila baca entry ang.. hahaha



http://kakirepek.blogspot.com/

Anonymous said...

haha, entry lame tp ak baru bace,hehe~
sedu sedan ak bace cite unk, miss my bestie~ <3

ayen =D said...

dh bertubi-tubi sangat dah dok baca blog ni.. tak penah rasa nk komen sbb rasa komen dh banyak sangat, sure wat semak je.. hahaha.

tp takpe la, komen lah seketul..

i like this post, nak2 part 'kawan' blink2 tu.. and tiba2 rs sgt terharu dengan my adik lelaki punya kawan2.. mcm penting gak diorang tu, nak2 time nk kawin nnti ke.. ahakz

shasha.baharuddin said...

abg . amai ni dox ane .? muke femes smacem jea cuz shasha pon dox s'ban . btw . mmg susa na dpt sahabat yang cam abg cite ni , law shasha dpt , sumpa shasha tak caek laen ! to amai , shasha solute abg .!

niknurizzati said...

baca entry ni, bleh tersedey plak. tringat zaman dulu2. haha

Anonymous said...

walla~~ak br bca post ko neh.. kire ketggln ke haku??.. hak3.. bosan3 baca ar post ko lama2 nyer..

taching2!! coz ak pown ad membe cmni.. slalu mmahami ak lebeh dr ak sdrik. kelemahan ak pown bolei die wat gelak jer.. klu howang len, sah hangen ngn aku neh.. hikiki...

cth; haku janji kul11am, satg kul 1pm br siap beb.. dia dh kenai haku.. hakaka... klu bf ak mau majok neh...

;P bnyk la klu nk citer.. sbb tu ak syunk kwn ak..

dekstro said...

layan entry...siap buat tribute lagi tue..hehehe..nice

Mak Jarah said...

Hurm.. Tersentuh bila baca entry ni. Bukan senang nak describe kawan kita even dia u nampak rapat sangat kan.. Perhaps i will find someone like amai.. =)

~~kaMpunG keCil~~ said...

seriously aku suka baca entry ni..dah dua kali aku baca...yg paling touching bila ko cite pasal "kawan itu adalah.." sweet gile... kim salam ye kat amai...respect r korang :)

deeya said...

best gler smpai air mate kuar sbb touching sgt3....

deeya said...

best gler smpai air mate kuar sbb touching sgt3....

Unknown said...

Aku mmg suke bace entry² yg melibatkan kwn²..sweet giler apa yg ang cite psal kwn ang tu.. aku doakan persahabatan korg kekal smpai bila²

Anonymous said...

so sweet la psl cter ang..tp awt ayt p/s tu amk terterap dhati la..=P

HIT@M PUTIH said...

yup.. betol.. bagi koi kawan jatuh no 2 selepas family.. bukan bf bukan gf. (-_-")

Unknown said...

sweet and touching la cite nie... hahahah almost terganggu emosi ese....

K2r~90 said...

la akmal jd amai , cam name pompn doh

Anonymous said...

skype brbyar k??
asal xgne oovoo...free kot...

Helene Cempaka said...
This comment has been removed by the author.
kedamaian hati said...

best...xsangka kn kwn gak yg ajar kita erti khdupan.....

Bintang Biru. said...

eisshh,kecian budak tuh, nama sedap2 p panggl amai

my life as an ice_cream said...

HUHU..best...kawan...

euforia cinta(Teha Azhari) said...

hahaha..
best lah!!!
tak sgke masih ade orang yang sayang kawan mcm nie!!
jealous nye!!!
ape2 pun kawan yang terbaik adalah kawan yang bersama2 kite dlm kesusahan n mase senang..

euforia cinta(Teha Azhari) said...

hahaha..
best lah!!!
tak sgke masih ade orang yang sayang kawan mcm nie!!
jealous nye!!!
ape2 pun kawan yang terbaik adalah kawan yang bersama2 kite dlm kesusahan n mase senang..

euforia cinta(Teha Azhari) said...

hahaha..
best lah!!!
tak sgke masih ade orang yang sayang kawan mcm nie!!
jealous nye!!!
ape2 pun kawan yang terbaik adalah kawan yang bersama2 kite dlm kesusahan n mase senang..

liela said...

so sweet..

shaazril said...

rasa terharu plak baca n3 nie...sobsobsob....iskiskisk...teringat kenangan bersama2 ngan mber semasa di pangkor island....

aNieSz said...

bace entry2 nie.best gilaa...teringat time kechik2 dulo...heheheh...mmg cmtue la... bestnya dpt kwn cm amai tue...tp tue la kawan terbaik..kwn dunia akhirat.. ang mengaji tinggi2 jgn lupa kawan2 plak...hehehhe

ateynmiera said...

hahahhaaa...sweet gile memory korg...jadi nakal mmg best kan...kawan terbaik tol amai ni..ngee..=P

~*^SaiFuL AMiR^*~ ! said...

best la kwn2 ang cmtuh..
aku xda cmtuh..kwn aku susah,aku tolong..mcm2..tp klu time aku susah,sekor xda..xleh tolong...
sedangkn depa senang,lgsung x ingt..
hnya 2-3 org je leh pkai..
nma RIJAL,aku kwn dgn dia dri drjah 4..dia la tlg aku pling byk n dia la pling byk berjasa bg aku..
wlpown ada gaduh2 la,ape la...
tp dia mmg terbaik bg aku..
bukan xda kwn lain yg tolong aku,tp.............pham2 je la..
p/s: dlm nie,brani aku petik nama kwn aku sbb dia x taw kot blog ang...haha..
aku copy ang ang yg atas tu k..
hehe...aku kredit kt ang k..

cekodok apple said...

nsib memb bte i,t..kalau x..hik..hik

SHEalwayswithSNEAkers said...

really nice sory . sumpah jles sgt abg zack . owg xpenh ade kwn baek sepnjang 20thn hdup kt muka bumi nie . waaaaaa ... terharunye . nk pnjm amai boley??haha :)

krolyan said...

wah..sedeynya..kim salam ngan amai ye..hihihihi

Unknown said...

mmg m0mentos yg cuk0p best r..nk c0py sket tang shbat 2..hehe..bleh kan

mohainimohammad said...

nak buat cmgni jgak utk bespren ak bole.,ngee
mis my bespren alot!!!

lisa said...

giler best dpt kwn cam ni....
aq ade sowang tp x tau bole kekal cam ni ke x....
aq hrap bole kkal r....

Anonymous said...

zack kau perasan tak komen muzakkir die cakap amai tak buat keje time kawen kakak kau tu pun. ishh kau ni pun =.=

Anonymous said...

plek..tolong ikhlas dak muzakkir???sabaq naa..tuhan lagi taw ang tolong dak..tp mesti mau ikhlas laa..

Anonymous said...

plek..tolong ikhlas dak muzakkir???sabaq naa..tuhan lagi taw ang tolong dak..tp mesti mau ikhlas laa..

CiKKu DaYaNK said...

siot...ingatkan puji ikhlas...hampeh..klu kwan ang tau it..Sumpah ang x puji..hohohohoho..sungguh2 tidak adil ang nie..

vpcea45fg_90 said...

owh..aku suke laki buta I.T....

:)

ir yien 9897 said...

hah!! amai kawan rapat zack.,,eh2 dia clasmate yien kt teknik kuala klawang..OMG leh lah bestfriend ngn zack zuhairi juga..hahaha

aizamia3 said...

kehkehkeh..
sudahnya amai tau gak..

anis said...

ermmm,teringat kawan dari zaman sekolah sampai sekarang...banyaknye memori..syahdu lak bace..

ekin esa :) said...

part last. kejam. haha

ratu semut said...

crta yg sweet utk d kenang....saya nk kongsi kata2 amai kwn awak tu boleh...syukran..=)

Anonymous said...

ceq tasingggg.
sekian. mekaseh.

Anonymous said...

sy pon ade kawan baik camni. ade la 2 org. sorang tu kwn drpd kecik sorang lg kwn drpd form 1. diorang ni jenis mcm amai la. almost the same attitude. muncul je bile ade masalah x kire la diorang tgh susah ke. sy ni rindu kt diorang. sebab keduanya dah pergi selamanya. arwah amer (fadzly) Ramadhan 2011, aregone (farez) baru je kelmarin 2012 baru ni la.. al faihah..

Anonymous said...

budak saser ke? spm dapat bape? camne leh belaja kat jepun?

Unknown said...

syok giler dpt kwan bek cam amai...

pojan said...

best gile kot dapat mmber cenggini. last words kau aq bce tngkap syahdu woi!! haha.

Related Posts with Thumbnails