Soal Jawab Masalah Cinta bersama Dr.Zack

Bile aku takde keje, macam biasa aku suke bersiar-siar dari satu website ke satu website. Ye la kan, mana la tau kalau-kalau ada info/ilmu yang berguna utk aku. Ini ari kan zaman IT? Maklumat sumer kat ujung jari je. Ang cakap je ang nak apa, semua ada.

Tak reti nak masak sambal ayam? taip je "resipi sambal ayam", zaaass! beribu resipi keluar. Sambal ayam johor, sambal ayam pedas, sambal ayam berempah, sambal ayam mawi, semua ada. Pendek kata segala tok moyang sambal, semua keluar. Lengkap dengan sukatan sekali. Tak payah ang nak call mak ang kat kampung, dok tanya "mak, garam ni nak bubuh brapa sudu?".

Ari ni aku ke ruangan soal jawab bersama Dr. Mashitah Ibrahim.



Antara lain info yang aku dapat :

1) SOALAN :
SAYA seorang yang dilahirkan berpunggung agak leper. Jadi saya bercadang untuk menjalani pembedahan menambahkan saiz punggung agar menjadi besar sedikit. Dalam proses pembedahan itu, dua implan berisi silikon atau berisi cecair saline (yang dibuat dari bahan halal) akan dimasukkan ke dalam punggung saya bagi menambahkan saiznya (ia sama seperti proses menjalani pembesaran buah dada). Adakah ia diharamkan?

SHASHA
Kuala Lumpur 


JAWAPAN :
Islam menitik beratkan soal kebersihan dan kesihatan. Proses pembedahan seumpama ini jika mengundang kemudaratan adalah dilarang.Tujuan puan mahu melakukannya juga harus jelas. Jika sekadar mahu kelihatan cantik saja eloklah dihindarkan perkara yang shubhah ini. Jika ia kehendak suami demi menjaga keharmonian rumah tangga yang sudah dibina dapatkan dulu nasihat doktor pakar islam untuk menjamin kesihatan supaya tidak mudarat.

*********************************************************

Lepas belek-belek lebih kurang, aku pon mula la buat keje gila, macam biasa. Aku carik info berhubung soal jawab seks dalam rumahtangga plak. Well, aku dah 23 kot? Lagi 4 tahun da nak kawen. Aku berhak belajar benda-benda ni demi 'kesejahteraan' rumahtangga aku kelak. Wah!

Tetiba terjumpa soalan bodoh ini.


(jangan click kalau ang belom cukop umoq!)

Oh,ok. Takpe2. Bagus! Malu bertanya sesat jalan kan? Pedulikkan mereka yang ketawa! Haha.

*********************************************************



And then, aku merayau lagi sampai la ke ruangan soal jawab cinta remaja. Ini part yg paling aku tak berapa berkenan. Kadang-kadang soalan yang diajukan terlalu common. Sampaikan aku rasa, "eh,budak yang soal ni, mak ayah die tak antar skolah ke?". Soalan die lebih kurang camni.

Soalan :
Dr Love, saya jatuh cinta dengan abang senior skolah saya. Tapi dia tak cintakan saya. Macamana ya?

-gadis buntu,Ipoh-

Jawapan :
Dr Love faham masalah saudari. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Lupakan dia, cari yg lain. Itu penyelesaian terbaik.

Yang peliknya, doktor tu boleh layan plak soalan-soalan macam tu. Kalau la aku jadi Dr.Love tu, aku akan jawab dengan jujurnya "Tak payah la kau nak menggedik. Dah orang tak suka tu, tak reti-reti ke?".

*******************************************************

Jadi,hari ni aku nak adakan sesi soal jawab berhubung masalah cinta remaja versi aku sendiri.



Surat.
Soalan :
Dr.Zack, saya merupakan seorang penuntut tahun 2 jurusan seni lukis di salah sebuah IPTA di Malaysia. Di situ, saya berkenalan dengan seorang lecturer lelaki yang tampan dan cukup berketerampilan. Hubungan student dan guru yang saya sangkakan biasa pada awalnya bertukar kepada perasaan cinta. Setiap hari saya akan mengekori beliau ke pejabatnya atas alasan mahu bertanyakan soalan-soalan tutorial, walhal saya sebenarnya ingin melihat wajahnya sahaja. Apa yang perlu saya lakukan Dr.Zack ?
Gadis bengong,
Kuala Lumpur.

Jawapan :
Pertama sekali, Dr.Zack faham dengan masalah anda. Jurusan seni lukis memang satu jurusan yang mencabar. Setiap minggu ada saja tugasan dan tutorial yang perlu diselesaikan. Dr.Zack tau sebab Dr.Zack dulu pon menuntut jurusan yg sama. Dan sampai sekarang pon Dr.Zack masih lagi jatuh cinta pada lecturer wanita di tempat Dr.Zack belajar tu. Dr.Zack pon buntu! Apa kata kita lupakan soal lecturer tu, kita berdua kawin je? Anda tentu cun kan?


Email
Soalan :
Saya sudah puas bertanya pendapat rakan-rakan saya tapi semuanya tak membantu. Saya berharap sangat Dr.Zack dapat membantu saya kali ni. Buat pengetahuan Dr.Zack, saya merupakan seorang gadis berusia 22 tahun dan masih belajar. Sebagai seorang manusia normal, saya tak lari dari perasaan cinta dan ingin dicintai. Saya menjalinkan hubungan cinta dgn rakan sekelas saya. Masalahnya ialah rakan sekelas saya itu seorang perempuan.. Saya tak tau kenapa wujud perasaan cinta pada dia. Saya tau percintaan songsang kami ni tak kemana. Tapi saya sayangkan dia! Tolong saya Dr.Zack!
Gadis dilema,
Seremban.

Jawapan :
Masalah sebegini sudah seringkali Dr.Zack dengar. Dr.Zack rasa anda berdua ni bodoh. Mesti setiap kali ujian pendidikan agama islam, anda dapat markah C dan kebawah kan? Celah mana yang menariknya kawan perempuan anda tu, sampai anda boleh tergoda pada dia? Apa kurangnya Dr.Zack? Masih tak cukup kacak kah?


Sms
Soalan :
Dr.Z,saya ada adik angkat cun di skolah. Dia sayangkan saya dan mintak couple ngan saya. Tapi saya tak nak. Saya nak belaja lagi. Tambahan pulak,saya anggap die macam adik je. Saya da cuba terangkan pada dia, tapi die tak faham. Die tetap nakkan saya! Dan ini bukan kali pertama saya ada masalah begini. Dulu kakak angkat saya pernah meluahkan prasaan cintanya pada saya, tapi saya tolak mentah-mentah. Untuk pengetahuan Dr.Z, saya ni kacak orangnya. Selalu menjadi rebutan di kalangan pelajar perempuan di skolah. Kadang-kadang saya puas mencari alasan untuk menepis cinta mereka. Apa harus saya lakukan Dr.Z?
Brader kacak,
JB

Jawapan :
Pegi mampos dengan anda.


Ada soalan lain? boleh hantarkan di SINI
********************************************************

p/s : aku amik kesempatan ni ucapkan thanks kat Qeera sebab sudi review blog aku secara percuma di page beliau. Korang boleh baca kat sini.





62 comments:

Ariff Shah said...

melampau siot lu. hahahahahaha

joegrimjow said...

konpem xde org nak tanye pasni
haha

AzilaPalal said...

Dr.Zack kewujudan kamu akan menambahkan kekusutan buka menolakkan kekusutan..
Dr.Zack..tahun depan masuk raja lawak jer lah...

meera^da cute..*_* said...

allo....zack..

gilor sungguh sape yg nk dptkan tips dr ko...
neway, aku da bace review tuh...
xsangka ang saser...eit, kenal Amirfadli??

nurain rodze said...

hahaha .
kalau terklik mcm mana ?

chamn said...

hahahah.. wei ade org tanye betul k soalan utk dr.zack tu??? cam sengal semacam jer.... tp sgt best! haha..

p/s:xtahan gelak pasal suami gagal masukkan buah z**** tu.. aduhai!

lilema_ said...

hahahaha..siottttt tol

♥♥Sew.It.Art♥♥ said...

wahahahahah..ang ni mmg xleh blah la zack..kekelakaran tahap maksimas!dr love yg sgt xleh blah..keskeskes..

weyh..timas for the permission~
hmpir 3-4jam aku nk draf bagai sume..ahaks~

enyheartsdiamond said...

da baca da review tu :D

*Dr. Zack..saya nak boyfren sebelum birthday saya tahun ini, 2010..la..mcm mn ye?

hahahahaaaa

violetless said...

hahahahahha....guling2 aku golak...

tambah2 yang brader kacak..tak boleh blah jawapan..

edaolala said...

haha. sangat kelakar :p memang tak sesuai di baca oleh budak bawah umur la yang paper tuh. hahaha =.='

Ieqa Swetluv said...

zack.. ika rase x layak lah nak tanye pasal cinta kat zack ni.. abes kena balun nanti adoi x rela haha

annadzirah said...

hahaha.
lawak lawak lawak..
bagos.
100 markah ntok anda..
hahaha.

Fathiha Zainal said...

Hahah! Adoyaii Dr Zack si doktor chento. Nk pocah powut den ni haa baco sorat2 cinto tu. Ekau mmg terbaik lah Dr Zack!

Lepaih ni, hg bleh jd pakar motivasi dak?? ;p

CallMe-NW said...

dr love yg sengal btol..bleh bunoh dri kot sape yg mntk nsihat ngn dr zack ni

Didi Nadhirah said...

nk mintak tips pun den serba salah...masjid tanah kg mano

Syima Syaz said...

sengal..haha

zack zukhairi said...

@Ariff : Kejam kan Dr.Zack? hakhak!

@cintaqaseh : masuk raja lawak? haha! takleh2! muka tak market ah.

@meera~da cute : Amirfadli? kenal2! :)

@nurain : oit2! budak kecik jgn ngengada click ya? sekeh pala satgi! :p

@chamn : shh...jgn cakap kuat2 pasal buah z**** tu. bebudak ramai ni! :p

@Qiera : tak tau nk cakap apa dah. thanks sgt2 k? :)

@enyheartsdiamond : nak boyfren sblum bufday? pi usha abg jual air kat cafe tu! gerenti die single. :p

@Fathiha : pakar motivasi? takboleh2! pakar motibasi blh ar. :p

@Didi Nadhirah : Den lahir kampung masjid tanah, ramuan cino bosar, melako. Tau ko? hakhak!

Hazirah said...

ececeh zack...
nabil 2 pown muke x seberape market... ckp sal nabil, de bau2 bacang ngan die ka???

hafeezkhairi said...

soalan-soalan untuk dr.Z macam soalan dlm mjlah ujang pon ada..hehe mmg salute lah kau ni zack..mmg terbaik lah =)

udacun said...

peh.. mmg xley blah r ngn soal jawab zack ni...

nak bersoal jwb gak.. tp segan ler plak nak tnya..hahaha.. takut dpt jwpn cam tu gak...

TinaSofea said...

dr zakc sgt sengal dan bgus..hehehe

Rara said...

huih..xmo ah aq nk cite mslh kt dr neh..haha.

hans said...

hahaha
dr zack
asal muka ko tu macam fahrin jer aku tgok?

cess,gila xleh blah punya kaunselor cinta
hahaha

molliesa said...

hakhakhak...

Didi Nadhirah said...

kg mak den ramuan chini kechil...kita satu daerah alor gajah la....lubuk chino

Mysara Newrie said...

ok. aku dah postkan satu soalan kat ang kat FB. ang boleh jwb ke tak? haha

ini q i L L said...

adoi. bahaye tol dr zack ni. kehkeh.

Unknown said...

wahahaa.. caya bro

ni soklan gimmick ker soklan betul ni

♣ DªrKNoTTyz ♣ ™ said...

hahaha..weh zack ramai dak pompuan lam nih segan nk tanye...tp biar aku wat soklan utk dorg..nnti ko jwb ek..hikhik..

1. saudara Dr.zack dah berpunye?
2. ape ciri2 wanita yg Dr.zack minat?
3.agakla Dr.zack ade ke wanita yg zack minat dlm beratus2 follower dlm blog ni..

sekian..

Anonymous said...

hahhahahhahaha gelak guling2

Asfan Ash said...

dr sesat!
Kisah Profesor Yang

Ujub

CITY® said...

halhakhakhak

dr zack?
muahhahha
lawoks
kretif
gediks
hahahhahahha

adeh la
gelak gak baca n3 ni
heeeeeeee

zack zukhairi said...

@Hazirah : nabil? bau-bau bacang? eh, xde la. hehe. muka aku cam nabil kah? :O

@hans : wah! muka aku mcm fahrin? pergh! hahaha. dah ramai da cakap mcm ni. :p

@Didi Nadhirah : ha,dekat sangat dah tu! boleh la balik kampung sesama. :)

@Pemalas yg Bijak : ni semua soalan gimmick je :) soalan rekaan.

@DarkNottyz : LOL. ehem..ehem... takpe, biar Dr.Zack jawab.
1)Dr.Zack da berpunya
2)Suka pempuan yg manja, rambut panjang dan lurus, pandai masak (sebab Dr.Zack suke makan)
3)Ada! :p

ザ-sylver- S said...

uishhk, gile babi la, dah 500 followers ang..syabas2..
masuk bln 2 , kalu smpai 1000, kite mkn tom yam jom..

Unknown said...

Dr Zack saya ada masalah cinta sebenarnya , ada seorang awek tu memang cun giler tapi masalahnya dia tak nak dekat saya . Keadaan lagi teruk apabila saya pun taknak dekat dia . Keluarga kami pulak memang tak nak kami berkapel . Jadi masalahnya macam mana saya hendak selesaikan masalah saya sedangkan saya takda masalah ?


Muahahahaha

izzatiRosli said...

haha klaka!!
konfem pasnie org xkan jmpe dr zack lg da.

Aelfi said...

aku sokong dr zack!

wakakakakaka..dah macam org gila dok tergelak depan skrin ni.



*aku pelik dengan nafsu mamat tu.ada ka patut buah ***** nak disumbat ke dalam *****.baik sumbat dalam vakum.sengal weyhh..dunia oohh~ dunia~

..nOj.. said...

gilak ah dr. zack... hahahah another nice entry... best best. jgn berenti menulis tau (lain mcm je kipas ni)

MizShuai said...

hahahahahaaaa...nak tumpang gelak je! haahhaaa

aku Zaty said...

hahaha!
sesiapa yg minta khidmat nasihat drpd encik zack,
konpom hancus terus hubungn dyeowg..
hee~
mengong tol!=p

shuko said...

haha..mengong..aku dari awal tadi dh tgelak..boleh thn ko bcerita ek...cnfirm dpt jd bapa mithali nnti..haha

Hazirah said...

kpd ir zack...
mn aq tau...
aq x pnh menatap muke ko...
huhuhuhuuuuu

Unknown said...

Jawapan Pegi Mampos Dengan Anda paling lawak pecah perut..Haha

Klakar la ko nie, Zack!

Shahada Fauzi said...

hahaha...sumpah klakar gile...x bleh pakai punya DR. LOVE nih..mau suma yg mntk pdgn ang p bunuh dri pastu...adoi la...saket perot ceq gelak..sib bek hamster ni memahami..men wat x reti je dengaq ceq gelak sorg2..kui3...

SaYraH WonDerLanD said...

wuaaa dr zack garang sgt2..
camne nk tanya soklan
ade plak suruh g mampos T_T

imma.jayma.azima said...

wakakaakakaakaaa~
mangkuk punye entry!!

[ilang tension aku pas bc]

ada van de kamp said...

pnh bca utopia x? doc. love dia jwb mcm ni la. rasa nk bunuh diri kalau org tnya, kena kt diri sndiri blk. haha

KaeL said...

dgn ini sy mencadangkan Dr.Zack pergilah berjumpa dgn dr pakar saket jiwa!! hahaha

Ismail Noh said...

Makin sakit jiwa kau treat pesakit kau..haha3

Anonymous said...

hahaha...cam promote diri...

FiqaSaleh said...

hahahaha..lawakk.. ko mmg wat aku gelak senyum sorang2 dpn pc nih... hahahha.. ape kate ko wat satu forum soal jawp cam ni.. tak kesah lah jwp ko kelaut ke.. hehehhe..

qkiss...❤ said...

xbole blah btol la kamooo ni..(+_+)

qkiss...❤ said...
This comment has been removed by the author.
sitimashitah said...

hahahahahahah~~ cya lak dr zack~~~

n[i]ck sTiLL WaiTiNg said...

siut tul...ni smu kes trlampau..hak3~

Nur Asyuraini said...

aku ase lawak je~
x stop2 gelak...
hancus tul lau dr zack ni wujud...
ang better masuk raja lawak wea...
mana tau ley compete ngan nabil...
hahahaha ^^

K2r~90 said...

Dr zack, saye minat seseorang y giler pemalunye+baik+cute+pandai+manis lemak berkrim+alim+sweet..ect

tapikan ade pulak mamat yang lagi power tahap jutawan pulak minat kat saye..

so camne saye perlu buat pertimbangan nih?

erk free je kan x kene charge kan?

-gades sesat
kuantan

Anonymous said...

ang ni byk idea la zack..bernas blake..ang nk tau x??ang wat ak bsemangat nk wat blog..haha..tp ak baru 17 zack..ak ase xmampu r..haha..xpe r..ak folow ang jela..xtido mlm ak bce blog ang..punye best nye..haha..ang bajek,ak bg pnyepak..haha..:)

yanacomel said...

kadang2x i pun terfikir, kenapalah mereka nak bagi soklah2x cepuemas & kenapalah en.counslor sanggup nak layan mereka. SYABAS kerana anda berterus-terang. BTW, mintak izin post kat FB i yer (emm... sebenarnyer dah post :p)

kheryarch said...

best la semua entry..mcm2 ada..mcm astro..lawak ada..sedih ada..terbaik bro..pandai melukis plak tu...
tapi nak gtau..saya ni org penang...
hang/ang tu merujuk pada satu org sahaja..klau nak bercerita untuk ramai org...guna hampa...
contoh:hampa jgn dok wat loqlaq..hehehe....

kheryarch said...

lagi contoh:saya translate ayat bro ye..hehe..

kalau ampa rasa ampa suka apa yg aku tulih..ampa buleh tinggai komen kt sini na...hehehe....

Related Posts with Thumbnails