Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Biar sampai syurga...

(soundtrack)

 
  
  
  
  
  
  
  
  
 
  


p/s : 
Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted. If your someday was yesterday, learn. If your someday is tomorrow, hope. If your someday is today, cherish...



(note : percubaan pertama untuk versi happy-ending. Kalau tak best, aku stick ngan versi sad-ending je la pas ni. )

 

Awak lah segalanya...

(soundtrack)

 




p/s :
Sometimes we picture ourselves as a tiny insignificant star, chasing a beautiful moon. But little did we know that we are being followed and loved by a patient cloud...



(note : dah last2, baru prasan ending die (part operate mata) macam sama skit ngan korean movie, KISS. hehe. kebetulan...)
.

Soal Jawab Masalah Cinta bersama Dr.Zack

Bile aku takde keje, macam biasa aku suke bersiar-siar dari satu website ke satu website. Ye la kan, mana la tau kalau-kalau ada info/ilmu yang berguna utk aku. Ini ari kan zaman IT? Maklumat sumer kat ujung jari je. Ang cakap je ang nak apa, semua ada.

Tak reti nak masak sambal ayam? taip je "resipi sambal ayam", zaaass! beribu resipi keluar. Sambal ayam johor, sambal ayam pedas, sambal ayam berempah, sambal ayam mawi, semua ada. Pendek kata segala tok moyang sambal, semua keluar. Lengkap dengan sukatan sekali. Tak payah ang nak call mak ang kat kampung, dok tanya "mak, garam ni nak bubuh brapa sudu?".

Ari ni aku ke ruangan soal jawab bersama Dr. Mashitah Ibrahim.



Antara lain info yang aku dapat :

1) SOALAN :
SAYA seorang yang dilahirkan berpunggung agak leper. Jadi saya bercadang untuk menjalani pembedahan menambahkan saiz punggung agar menjadi besar sedikit. Dalam proses pembedahan itu, dua implan berisi silikon atau berisi cecair saline (yang dibuat dari bahan halal) akan dimasukkan ke dalam punggung saya bagi menambahkan saiznya (ia sama seperti proses menjalani pembesaran buah dada). Adakah ia diharamkan?

SHASHA
Kuala Lumpur 


JAWAPAN :
Islam menitik beratkan soal kebersihan dan kesihatan. Proses pembedahan seumpama ini jika mengundang kemudaratan adalah dilarang.Tujuan puan mahu melakukannya juga harus jelas. Jika sekadar mahu kelihatan cantik saja eloklah dihindarkan perkara yang shubhah ini. Jika ia kehendak suami demi menjaga keharmonian rumah tangga yang sudah dibina dapatkan dulu nasihat doktor pakar islam untuk menjamin kesihatan supaya tidak mudarat.

*********************************************************

Lepas belek-belek lebih kurang, aku pon mula la buat keje gila, macam biasa. Aku carik info berhubung soal jawab seks dalam rumahtangga plak. Well, aku dah 23 kot? Lagi 4 tahun da nak kawen. Aku berhak belajar benda-benda ni demi 'kesejahteraan' rumahtangga aku kelak. Wah!

Tetiba terjumpa soalan bodoh ini.


(jangan click kalau ang belom cukop umoq!)

Oh,ok. Takpe2. Bagus! Malu bertanya sesat jalan kan? Pedulikkan mereka yang ketawa! Haha.

*********************************************************



And then, aku merayau lagi sampai la ke ruangan soal jawab cinta remaja. Ini part yg paling aku tak berapa berkenan. Kadang-kadang soalan yang diajukan terlalu common. Sampaikan aku rasa, "eh,budak yang soal ni, mak ayah die tak antar skolah ke?". Soalan die lebih kurang camni.

Soalan :
Dr Love, saya jatuh cinta dengan abang senior skolah saya. Tapi dia tak cintakan saya. Macamana ya?

-gadis buntu,Ipoh-

Jawapan :
Dr Love faham masalah saudari. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Lupakan dia, cari yg lain. Itu penyelesaian terbaik.

Yang peliknya, doktor tu boleh layan plak soalan-soalan macam tu. Kalau la aku jadi Dr.Love tu, aku akan jawab dengan jujurnya "Tak payah la kau nak menggedik. Dah orang tak suka tu, tak reti-reti ke?".

*******************************************************

Jadi,hari ni aku nak adakan sesi soal jawab berhubung masalah cinta remaja versi aku sendiri.



Surat.
Soalan :
Dr.Zack, saya merupakan seorang penuntut tahun 2 jurusan seni lukis di salah sebuah IPTA di Malaysia. Di situ, saya berkenalan dengan seorang lecturer lelaki yang tampan dan cukup berketerampilan. Hubungan student dan guru yang saya sangkakan biasa pada awalnya bertukar kepada perasaan cinta. Setiap hari saya akan mengekori beliau ke pejabatnya atas alasan mahu bertanyakan soalan-soalan tutorial, walhal saya sebenarnya ingin melihat wajahnya sahaja. Apa yang perlu saya lakukan Dr.Zack ?
Gadis bengong,
Kuala Lumpur.

Jawapan :
Pertama sekali, Dr.Zack faham dengan masalah anda. Jurusan seni lukis memang satu jurusan yang mencabar. Setiap minggu ada saja tugasan dan tutorial yang perlu diselesaikan. Dr.Zack tau sebab Dr.Zack dulu pon menuntut jurusan yg sama. Dan sampai sekarang pon Dr.Zack masih lagi jatuh cinta pada lecturer wanita di tempat Dr.Zack belajar tu. Dr.Zack pon buntu! Apa kata kita lupakan soal lecturer tu, kita berdua kawin je? Anda tentu cun kan?


Email
Soalan :
Saya sudah puas bertanya pendapat rakan-rakan saya tapi semuanya tak membantu. Saya berharap sangat Dr.Zack dapat membantu saya kali ni. Buat pengetahuan Dr.Zack, saya merupakan seorang gadis berusia 22 tahun dan masih belajar. Sebagai seorang manusia normal, saya tak lari dari perasaan cinta dan ingin dicintai. Saya menjalinkan hubungan cinta dgn rakan sekelas saya. Masalahnya ialah rakan sekelas saya itu seorang perempuan.. Saya tak tau kenapa wujud perasaan cinta pada dia. Saya tau percintaan songsang kami ni tak kemana. Tapi saya sayangkan dia! Tolong saya Dr.Zack!
Gadis dilema,
Seremban.

Jawapan :
Masalah sebegini sudah seringkali Dr.Zack dengar. Dr.Zack rasa anda berdua ni bodoh. Mesti setiap kali ujian pendidikan agama islam, anda dapat markah C dan kebawah kan? Celah mana yang menariknya kawan perempuan anda tu, sampai anda boleh tergoda pada dia? Apa kurangnya Dr.Zack? Masih tak cukup kacak kah?


Sms
Soalan :
Dr.Z,saya ada adik angkat cun di skolah. Dia sayangkan saya dan mintak couple ngan saya. Tapi saya tak nak. Saya nak belaja lagi. Tambahan pulak,saya anggap die macam adik je. Saya da cuba terangkan pada dia, tapi die tak faham. Die tetap nakkan saya! Dan ini bukan kali pertama saya ada masalah begini. Dulu kakak angkat saya pernah meluahkan prasaan cintanya pada saya, tapi saya tolak mentah-mentah. Untuk pengetahuan Dr.Z, saya ni kacak orangnya. Selalu menjadi rebutan di kalangan pelajar perempuan di skolah. Kadang-kadang saya puas mencari alasan untuk menepis cinta mereka. Apa harus saya lakukan Dr.Z?
Brader kacak,
JB

Jawapan :
Pegi mampos dengan anda.


Ada soalan lain? boleh hantarkan di SINI
********************************************************

p/s : aku amik kesempatan ni ucapkan thanks kat Qeera sebab sudi review blog aku secara percuma di page beliau. Korang boleh baca kat sini.





Maaf, saya tak boleh tolong awak


 
 


p/s : cinta tu amat dalam. jangan sampai terjatuh ke dalam nya.

Cinta Dulu dan Cinta Hari ni

Sebelum masuk ke tahun 2010 ni, aku suka nk abiskan entry-entry aku dengan citer-citer flashback zaman dulu-dulu, kire konon-konon macam penutup bagi tahun ni la. Hehe. Kalau korang bosan, sorry la ek?

Bagi kanak-kanak merenyam miang macam aku, kisah cinta aku bermula seawal umor doblas tahun. Masa tu darjah 6. Kat skolah aku, ada sorang awek cun nama die hidayah bahari. Time tu aku minat die sbb kitorang sama2 dalam satu group nasyid kat skolah tu. (ya! aku budak nasyid)


Masa tu, muka aku tak macam skarang... Time tu, jerawat pon segan silu nk kuar. Maka, nak dijadikan cerita, budak tu pon cinta syok kat aku gak.

Mak budak tu stiap ari bekal kan anak die ngan kuih karipap, nasik lemak & macam2. Time rehat, aku suke pau die. Kecik-kecik lagi perangai aku da menyetan da. 


Bile abis darjah 6, budak tu da pindah skolah. Jadi, harus lah aku mencari awek yg lain. 

Masuk tingkatan dua, aku couple lagi. Tapi, kali ni da advance skit. Dah tak main la pau pompuan. Kali ni aku plak yg belanja. Konon-konon gentleman la.

 Aku tak tau la zaman korang cam mane, tapi masa zaman aku tu, surat cinta wajib bubuh bedak kasi wangi-wangi. Konon-konon nak tunjuk yg cinta korang tu suci la. Pastu, cara nk lipat surat tu plak macam-macam style. Ada yg lipat bentuk petak je. Kalau pempuan, biasa nya die lipat bentuk love la, bentuk t shirt la. Kadang-kadang pening kpala nak bukak.


Bile da naik tingkatan tiga, aku putus ngan budak tu sebab ada pompuan lain syok kat aku. Pompuan tu lagi cantik dari awek lama. 

Budak pompuan ni nama julia. Masa tu aku ketua kelas. Agaknya die nk carik org yg glamour dan berpangkat,maka die syok kat aku. 

Percintaan kami semakin advance. Waktu rehat, aku tunggu sumer orang da keluar kelas, pastu aku pegi kat meja dia. Aku bubuh roti cokelat dengan nota kecik bawah meja dia. Konon-konon caring la. 



Pastu, dulu kat skolah aku ada kelab persatuan pengguna. Dalam setahun tu, ada la 2-3 kali diorg buat hari "candy day" la, "choco day" la... Skolah korang ada x? 


Time tu, bayar singgit kat bendahari kelas, pastu order la cokelat apa korang nak, pastu bubuh message skali. Time tu, seolah2 menjadi kewajipan utk seorang boyfren anta kat awek die. Aku ingat lagi, aku smpai tak makan 2 hari tu semata2 nk simpan duit bagi die candy.


Kadang2 aku rasa cinta budak dulu-dulu lagi best kalau nk banding cinta budak zaman skang. Dulu-dulu, demi nak dapatkan sorang awek tu, kene susah payah tulis surat. Pastu kene carik 'posmen' sendiri. Skang ni tak payah da. Guna sms je da cukup.

Sms pon bukan boleh simpan sampai mati. Tak macam surat. Honestly speaking, kat umah aku da penuh 2 kotak kasut surat cinta. Ingat nak simpan buat kenangan. 


Cinta budak ari ni lebih kepada materialistik. Mungkin aku je yg terlalu bnyk pikir. Tapi tu la yg aku nampak. Macam aku dulu-dulu, nak bagi adiah kat girlfren, bagi buku nota ngan pensel 2b sebatang je. Tu pon da cukup buat die happy. Kalau ada duit lebih, baru la bagi music box yg murah2. Awek ari ni, bufday present nak yg mahal2. Kalau tak dapat cincin, nak rantai. Tak cukup ngan tu, nk celebrate kat kepsi (kfc) plak.

Well, banyak lagi kalau nak diikutkan cinta dulu dan skarang.
Apa kata korang dengar sendri apa kata Dato' S.M Salim. 




p/s : Surat cinta aku yg berkotak2 tu aku nk bakar sama-sama ngan bini aku lepas akad nikah aku nanti. Konon-konon tanda zaman jahat aku da berakhir la. Hakhak.

Riwayat seekor buaya.

Time entry ni ditulis,aku baru je pas ym ngn member lama aku.



Buaya : zack,cibai ar! aku da kene main arr! sial ah.
Aku : laa...ko apsal ? pagi2 (2:15 pm) da meluah perasaan ni.
Buaya : lisa(bukan nama sebenar) tu ada jantan lain ah.
Aku : lah. jap2. bagi aku gelak dulu. wakaka!


Buaya : kimak lu...
Aku : okay2. lek2...pelan2 kayuh. ni apa kes?
Buaya : itu ari aku lepak parkson ngn bebudak ni. baru pas bowling. masa nak gi car park, aku nmpak die ngan mamat mana ntah. siap peluk2 pinggang bagai...
Aku : abang die kot? ko x sound ke?

(senyap jap. xde jawapan. ni mesti ym kat malaysia delay ni)

5 minit kemudian...

Buaya: ahh,gi mampos ah. aku da malas nk amik port psl die.
Buaya: dia mana ada abang. ntah ar zack. malas aku nk sound die. kpala tgh semak ah.
Aku : lek ah...ko kan player? baru ilang sorang. apa mau kisah? hakhak!


Buaya : tu dulu zack...aku da x main betina da. tapi alih2 die wat aku camni lak. sial la.
Aku : ok2...ko let go je ar. betina camtu bsepah ar.
Buaya : tu ar. aku ingat pn camtu. malas aku nk caya pompuan lagi. sumer sama je. x ley pakai!

bla..bla..bla...(conversation ends here).

Ya! sila lah pass kan baton tu kepada orang lain.


Wah,time ko mainkan prasaan orang dulu, ko x pikir plak apa diorg rasa.
hakhak. okay apa? playboy kene main ngan playgirl.

Actually,aku dulu pon seekor buaya gak. Tapi tu citer zaman muda2 dulu.
Standard la umor 17 nak naik doploh.Napsu serakah tengah ada. Esok2 da umor 50, badan da sakit-sakit, time tu napsu pon x guna da. haha. dush!

"Bangsat ar jantan ni. Apa yg korang dapat ek mainkan ati pompuan?"

Mesti ramai girls out there yg cakap camni kan? Kadang2 aku kesian gak tengok facebook tu.
Time tengah best becinta, wah! status masing2 cam haram je. Bahasa nk indah2.
Tapi bile tengah gaduh skit je...mula la status masing2 cam kimak.

2 minit pastu...


Dan di sini la bermulanya peranan seekor buaya.



"eh,awak jangan la sedih...die bukan ditakdirkan utk awak. U deserve a better man, girl! "
-ayat seorang buaya.

And it does work for a stupid-heartbroken-innocent-lil-girl.
Maka,mereka pun mula bertukar2 ym id dan nmbr telepon.

A week pastu, mereka mula berdating di timesquare.
Kononnya boley kenal lebih rapat.
Dan sebulan lepas tu, si perempuan itu kecewa lagi.
Dan lagi...


Kejam kan dunia ni? hakhak.

So,pada golongan aweks2 ni... aku sbagai bekas seekor buaya mau berpesan.
rajin2 la update2/belek-belek henset balak u all. kalau ada mesej2 yg cam suspicious tu, sila jangan tekejut bile dengar alasan

" eh,tu adik angkat i la..."

wakaka!


p/s: jangan sangka air yg tenang xde buaya. ini serius.

Related Posts with Thumbnails