Peribahasa melayu 3
paint, peribahasa, photoshop, thinkingCikgu dulu vs Cikgu hari ni
cikgu, issue, opinion, stupidity, thinkingBakal 'orang rumah' aku tak lama lagi da nak start posting/mengajar.
Ini bermakna, tak lama lagi die dah dapat title 'cikgu'.
Bile sebut pasal cikgu ni, korang perasan tak ? Kalau dalam sekelompok pompuan/wanita yg tgh tunggu bas, agak2 korang boleh detect tak yg mana satu kerja cikgu ? Tak tau la,tapi kalau aku, maybe aku boleh detect.'Aura' diorg ni cam lain skit. Biasa nya cikgu ni dengan name tag hitam die, dengan fail kat tangan, dan kebanyakannya pakai spek.
Err...sila jangan compare dengan 'cikgu syuhada' dalam citer syurga cinta tu. Cerita melayu memang selalu tak berpijak di bumi yg nyata.
Cikgu ari ni bukan macam zaman kita dulu-dulu. Ari ni, ang rotan budak skit, esok-esok muka ang kuar fontpage paper, "Guru disaman gara-gara merotan murid".
Masa zaman aku skolah dulu, jangan kata nak tunggu cikgu rotan, 1st day masuk skolah je bapak aku da pesan siap-siap kat cikgu, "rotan je anak saya ni cikgu, kalau die tak dengar cakap". Time tu, kalau kat skolah, budak-budak cukup takut ngan 'rotan' cikgu.
Ingat lagi ada satu kes masa aku darjah 6 dulu. Ada sorang member aku ni kena libas gara-gara tipu cikgu konon-konon tertinggal buku latihan. Masa tu, kalau sapa tak siap keje umah yg cikgu bagi, mmg gerenti kena rotan punya. Member aku ni plak, takut punya pasal, die tipu la cakap die tertinggal buku kat umah. Dia ingat konon-konon cikgu tu suruh hantar esok je. Sekali cikgu tu check beg die, kantoi homework die tak siap lg. Huh,apa lagi. Makan nasik guna tgn kiri la nampak gayanya hari tu.
Tu ok lagi stakat kene rotan. Subjek 'kemahiran hidup tingkatan 2' Skolah Mnengah Tunku Ampuan Durah, Seremban. Sengaja aku mention nama skolah aku dgn harapan kalau cikgu tu baca, biar dia tau betapa aku bengang ngan die. hakhak! Ada ke patut ketok jari aku ngan pembaris besi gara-gara aku tertinggal buku teks? sakit kot!
Tapi dulu, budak-budak tak berani nk mengadu kat mak ayah. Mak ayah dulu-dulu memang takde bagi chance kalau betul ang yang wat salah.Tak macam mak ayah ari ni, "You touch my son, i'll see you in court!"
Bile dah rotan tak boleh, cubit pon tak boleh, maka budak-budak bertambah la setan nya.
Dah tak takut cikgu lagi dah. Cikgu pon disepaknya. Apa mau takut? Bapak aku ada!
Bile da jadi sampai tahap camni, aku hanya mampu geleng kepala dan senyum je. Orang yang ajar ang, bagi ang ilmu, ang boleh bantai tumbok terajang pulak. Sah-sah memang tak berkat ilmu ang. Haish, lantak ang ler...
Aduhai, aku malas nk cerita banyak2. Letih nk menaip.
Senang citer camni la. Aku ni simple je. Cikgu jgn bodoh, murid jgn cam celaka, mak bapak kene peka, 'org atas' sila jgn buta. Pikir la sendiri k?
p/s : Kembalikan la hak merotan tu. Biar la anak ang sakit sikit, daripada die jadi setan.
Cinta Dulu dan Cinta Hari ni
awek cun, cinta, joke, realiti, thinkingSebelum masuk ke tahun 2010 ni, aku suka nk abiskan entry-entry aku dengan citer-citer flashback zaman dulu-dulu, kire konon-konon macam penutup bagi tahun ni la. Hehe. Kalau korang bosan, sorry la ek?
Bagi kanak-kanak merenyam miang macam aku, kisah cinta aku bermula seawal umor doblas tahun. Masa tu darjah 6. Kat skolah aku, ada sorang awek cun nama die hidayah bahari. Time tu aku minat die sbb kitorang sama2 dalam satu group nasyid kat skolah tu. (ya! aku budak nasyid)
Mak budak tu stiap ari bekal kan anak die ngan kuih karipap, nasik lemak & macam2. Time rehat, aku suke pau die. Kecik-kecik lagi perangai aku da menyetan da.
Bile abis darjah 6, budak tu da pindah skolah. Jadi, harus lah aku mencari awek yg lain.
Masuk tingkatan dua, aku couple lagi. Tapi, kali ni da advance skit. Dah tak main la pau pompuan. Kali ni aku plak yg belanja. Konon-konon gentleman la.
Aku tak tau la zaman korang cam mane, tapi masa zaman aku tu, surat cinta wajib bubuh bedak kasi wangi-wangi. Konon-konon nak tunjuk yg cinta korang tu suci la. Pastu, cara nk lipat surat tu plak macam-macam style. Ada yg lipat bentuk petak je. Kalau pempuan, biasa nya die lipat bentuk love la, bentuk t shirt la. Kadang-kadang pening kpala nak bukak.
Bile da naik tingkatan tiga, aku putus ngan budak tu sebab ada pompuan lain syok kat aku. Pompuan tu lagi cantik dari awek lama.
Budak pompuan ni nama julia. Masa tu aku ketua kelas. Agaknya die nk carik org yg glamour dan berpangkat,maka die syok kat aku.
Percintaan kami semakin advance. Waktu rehat, aku tunggu sumer orang da keluar kelas, pastu aku pegi kat meja dia. Aku bubuh roti cokelat dengan nota kecik bawah meja dia. Konon-konon caring la.
Pastu, dulu kat skolah aku ada kelab persatuan pengguna. Dalam setahun tu, ada la 2-3 kali diorg buat hari "candy day" la, "choco day" la... Skolah korang ada x?
Time tu, bayar singgit kat bendahari kelas, pastu order la cokelat apa korang nak, pastu bubuh message skali. Time tu, seolah2 menjadi kewajipan utk seorang boyfren anta kat awek die. Aku ingat lagi, aku smpai tak makan 2 hari tu semata2 nk simpan duit bagi die candy.
Kadang2 aku rasa cinta budak dulu-dulu lagi best kalau nk banding cinta budak zaman skang. Dulu-dulu, demi nak dapatkan sorang awek tu, kene susah payah tulis surat. Pastu kene carik 'posmen' sendiri. Skang ni tak payah da. Guna sms je da cukup.
Sms pon bukan boleh simpan sampai mati. Tak macam surat. Honestly speaking, kat umah aku da penuh 2 kotak kasut surat cinta. Ingat nak simpan buat kenangan.
Cinta budak ari ni lebih kepada materialistik. Mungkin aku je yg terlalu bnyk pikir. Tapi tu la yg aku nampak. Macam aku dulu-dulu, nak bagi adiah kat girlfren, bagi buku nota ngan pensel 2b sebatang je. Tu pon da cukup buat die happy. Kalau ada duit lebih, baru la bagi music box yg murah2. Awek ari ni, bufday present nak yg mahal2. Kalau tak dapat cincin, nak rantai. Tak cukup ngan tu, nk celebrate kat kepsi (kfc) plak.
Well, banyak lagi kalau nak diikutkan cinta dulu dan skarang.
Apa kata korang dengar sendri apa kata Dato' S.M Salim.
p/s : Surat cinta aku yg berkotak2 tu aku nk bakar sama-sama ngan bini aku lepas akad nikah aku nanti. Konon-konon tanda zaman jahat aku da berakhir la. Hakhak.
Budak dulu vs Budak hari ni
beza, budak, science, thinkingMasa kecik-kecik dulu, Aku ada beberapa habit yg agak bodoh bile diingat-ingat semula.
1)Masa kecik-kecik dulu,kalau naik kereta,aku suke duduk di bahagian tepi tingkap. Kalau malam2, dari dalam kereta tu, aku boleh nampak bulan. Aku heran, kenapa ayah drive da jauh tapi bulan tu still kelihatan. Aku tanya kat mak, "mak,kenapa bulan tu asyik ikot kite je?". Mak kata sebab die nk suluh jalan. Takut ayah tak nampak memandu malam. Aku jawab "ooh..."
2)Masa kecik-kecik dulu,kalau makan buah,especially buah tembikai, aku akan berhati2 takut tertelan biji. Pada masa tu, aku sangka biji tembikai/benih tu boleh bercambah dalam perut. Aku membayangkan die menjalar dalam perut aku waktu aku tidor nanti.
Bile da naik darjah 4, baru aku tau rupanya dalam perut aku ada asid yg membunuh benih2 tu sebelum mereka sempat
3)Masa kecik-kecik dulu,aku tak berani main luar tanpa pakai selipar. Mak kata nanti kaki masuk cacing. Aku membayangkan cacing yg mak cakap tu adalah sebesar cacing gelang. Mau kering darah aku kalau dihisapnya.
Bile da skolah, baru aku tau rupanya cacing yg masuk dalam kaki tu tak boleh nampak ngan mata kasar. Kene guna mikroskop baru nampak - kata cikgu Bala krishnan.
4)Masa kecik-kecik dulu, kalau mandi kat laut, mak tak bagi aku mandi jauh2. Mak cakap takut nanti sampai kat ujung laut pastu jatuh ntah ke mana.
Bile da besar, baru aku tau. Cikgu kata bumi ni berbentuk sfera/bulat. Maka aku xkan jatuh kalau berenang sampai ujung laut.
5)Masa kecik-kecik dulu, aku ingat kalau lelaki ciom pempuan, nanti dapat baby. Gara-gara nak adik, aku cakap kat mak "mak pegi la ciom ayah banyak-banyak. orang teringin nak ada adik".
Bile da naik darjah 4, cikgu science ajar tajuk pembiakan. Baru aku tau, kalau nk dapat adik, kene 'ehem-ehem' dulu.
Hari ni aku terpikir, budak-budak skarang ni still ada pemikiran macam ni lagi ke? Subjek science ari ni semakin di titik beratkan.
Ah, alangkah tak 'fun' nye idup korang kalau cam tu...Idup yg xde tanda tanya. Idup macam buku teks. Sume da tertulis. hehe.
p/s : masa kecik-kecik, bile tengok citer superman ngan mak ayah, smpai adegan clerk kent ciom lois lane, mesti aku kene tutup mata. kalau tak, nanti mak cubit paha.



















