Showing posts with label opinion. Show all posts
Showing posts with label opinion. Show all posts

Kalau la kita semua bersatu...




Ada apa dengan mamak?

"Macha! teh tarik satu! "


Biasa dengan situasi camni? Hakhak. Well, tidak pada aku. Sebab aku mmg tak minum teh tarik. Tapi pada korang yg slalu lepak mapley (mamak) layan teh tarik, aku sure korang da biasa dgn situasi camni.

Okay,ari ni aku nak story pasal kedai mamak ngan kedai melayu. Rata-rata orang kat internet sibok dok cakap pasal ni,  so ari ni aku nk cakap based on pengalaman aku sendiri. 




Bile cakap soal kedai makan, yang biasa kite dengar ada 2 je. "roti canai or tomyam?". Atau bahasa lain, "kedai mamak or kedai melayu".

Kalau tanya aku, aku lebih memilih untuk makan di kedai mamak. (Ini pandangan aku. Sila jangan blame aku di bahagian 'comment' lagi). Knapa? 

1)Menu
Kalau korang perhatikan, menu kedai mamak ni simple dan murah. Roti canai,nasik lemak, nasik goreng. Bagi golongan muda remaja seperti aku, aku lebih suka makan benda2 ringan macam ni sambil berbual2 dgn member2. Simple dan santai.

Berbeza dengan kedai melayu, diorg lebih kepada menu-menu berat macam tomyam, ikan bakar, siakap steamboat dan mcm2. Maybe pada korang xde masalah. Tapi aku memandang dari sudut lain. Roti canai RM1.20 + Milo ice Rm1.20 = Rm2.40. Simple,kenyang dan yg penting 'cepat'.



2)Masa
Soal ni cukup ketara ok? Bukan aku nak 'curse' kedai makan org melayu kite, tapi realitinya mmg begitu. Ang datang kedai, ang port satu meja. Satgi dalam lima belas minit baru ada waiter layan ang. Itu pon setelah puas ang angkat tangan mcm org gile dok panggil "dik..order dik".

Ini sangat berbeza dengan kedai mamak. Ang datang-datang je, terus ada orang approach ang."minum apa bos?".

3)Layanan
Ni satu lagi aku perhatikan. Kalau ang pegi kedai melayu, ang tak boleh nak melawak langsung. Muka masing-masing nak ketat je.Cuba la bawak senyum skit. Ang tu pelayan, hati customer ang kene jaga weyh. Aku datang bukan nak ngorat ang. Aku datang nak bagi ang duit, bukan makan free je. 

Berbeza ngan layanan mamak. Ya, memang aku tak nafikan mamak tu langsung tak comel. Apatah lagi kalau die senyum, memang toksah harap ada rupa lisa surihani lah. Tapi at least, die senyum. Camtu la cara serve customer. Dah tu, siap boleh melawak lagi. 
Mamak : Air bos?
Aku : Air..Air... Ai lav you ada x? 
Mamak : Alamak bos, suda abis la! (senyum smbil garuk kpala) 
Aku : Air mutlak ada?
Mamak : Pon abis.
Aku : Dah tu apa je air yg ada ni ?
Mamak : Ai hate you ada! haha.
(dalam ati aku, "kimak punya mamak. Sudah main sama aku!" )

4) Tv
Ya, aku cukup amik kesah pasal benda ni. Bagi sorang yg kaki bola cam aku, bile kene time malam tu ada match, aku suke lepak kat mapley (mamak) je. Screen besar, tengok pon selesa.


Satgi, cuba ang pi kedai melayu, dah la tv kecik. Die boleh bantai layan citer 'sembilu kasih' pulak. Dah tu, bile org mintak tukar channel, die sound kite balik "sorry bang, kitorang x pasang astro".  Ah, nice!


5)Sikap
Mamak ni, kalau ang nak tau, diorang ada persatuan(association) diorg sendiri. Sebab tu kalau ang jenis kaki jalan, ang akan perasan restoran yang sama nama, tapi cawangan dia sepah-sepah merata tempat. Bahan-bahan rempah, ayam daging sumer diorg beli banyak2 under persatuan and then distribute kat kedai masing2. Kire diorg punya style berniaga tu sistematik la orang kata.

Orang melayu? Ini ari ang bukak warung nasik lemak, esok lusa ada lagi orang melayu lain datang berniaga sebelah gerai ang. Kali ni, die jual nasik lemak jugak tapi ada extra kuih muih. Langsung xde inisiatif nak jual makanan lain. Sifat taknak bagi org lain maju tu mmg da sebati dalam pale otak diorg. Bile tengok restoran sebelah maju skit, mula tabur-tabur garam main santau.


6)Port
Port atau location. Maybe korang tak prasan, kalau korang kaki jalan-jalan-cari-makan macam aku, korang akan notice yg kedai mamak ni biasanya kat ujung lot kedai. Port yg paling ujung dalam deretan kedai, ha tu kedai mamak la tu.


Pasal apa? pasal port paling ujung ni luas. Dan senang orang perasan. Kalau ang tengok kedai orang melayu pulak, port tengah2 deretan kedai. 

Kadang-kadang tu plak, selang 2 bijik dari kedai makan tu, ada kedai repair motor. Penah sekali aku makan bertemankan asap motor. Memang terbaik.


7)24 hours
Bagi orang yang putus cinta, gado ngan awek ke, kadang-kadang pukul 2-3 pagi tak boleh tido lagi. Layan perasaan. Kedai mamak ni kebanyakannya 24 hours. Sbb tu aku sendiri kadang2 bile bosan2, capai kunci kreta, lepak mapley je. Ilang tension tengok mamak tu senyum. hakhak!

Kedai melayu kebanyakannya 12 hours je. Konon-konon nk save duit gaji pekerja. Katanya pukul 2-3 pagi orang da tido. Rugi bukak kedai time tu...


Ok la. Sebenarnya banyak lagi. aku taknak sentuh soal wi-fi, soal harga, dan mcm2 lagi. Kalau korang ada pendapat korang, sila-sila la komen. Banyak je point2 yg aku terlepas pandang. And macam biasa, every topic tu ada pros n cons dia. Apa keburukan kedai mamak ?? Ha, kalau korang nak tau, korang boleh la request. Kalau korang ramai nk tau, baru aku tulis. Hehe.

Cikgu dulu vs Cikgu hari ni

Bakal 'orang rumah' aku tak lama lagi da nak start posting/mengajar.
Ini bermakna, tak lama lagi die dah dapat title 'cikgu'.

Bile sebut pasal cikgu ni, korang perasan tak ? Kalau dalam sekelompok pompuan/wanita yg tgh tunggu bas, agak2 korang boleh detect tak yg mana satu kerja cikgu ? Tak tau la,tapi kalau aku, maybe aku boleh detect.
'Aura' diorg ni cam lain skit. Biasa nya cikgu ni dengan name tag hitam die, dengan fail kat tangan, dan kebanyakannya pakai spek.

Err...sila jangan compare dengan 'cikgu syuhada' dalam citer syurga cinta tu. Cerita melayu memang selalu tak berpijak di bumi yg nyata.


Ok,aku tak nak kutuk cerita melayu ari ni. Tapi aku nak cerita pasal cikgu.

Kadang2, aku suka bile 'die' jadi cikgu. Gaji banyak, kerja pun stakat pergi pagi balik tengahari, pas tu boley la masak or kemas2 rumah. Tapi kadang-kadang aku risau dgn profession guru ni.

Cikgu ari ni bukan macam zaman kita dulu-dulu. Ari ni, ang rotan budak skit, esok-esok muka ang kuar fontpage paper, "Guru disaman gara-gara merotan murid".



Masa zaman aku skolah dulu, jangan kata nak tunggu cikgu rotan, 1st day masuk skolah je bapak aku da pesan siap-siap kat cikgu, "rotan je anak saya ni cikgu, kalau die tak dengar cakap". Time tu, kalau kat skolah, budak-budak cukup takut ngan 'rotan' cikgu.


Ingat lagi ada satu kes masa aku darjah 6 dulu. Ada sorang member aku ni kena libas gara-gara tipu cikgu konon-konon tertinggal buku latihan. Masa tu, kalau sapa tak siap keje umah yg cikgu bagi, mmg gerenti kena rotan punya. Member aku ni plak, takut punya pasal, die tipu la cakap die tertinggal buku kat umah. Dia ingat konon-konon cikgu tu suruh hantar esok je. Sekali cikgu tu check beg die, kantoi homework die tak siap lg. Huh,apa lagi. Makan nasik guna tgn kiri la nampak gayanya hari tu.

Tu ok lagi stakat kene rotan. Subjek 'kemahiran hidup tingkatan 2' Skolah Mnengah Tunku Ampuan Durah, Seremban. Sengaja aku mention nama skolah aku dgn harapan kalau cikgu tu baca, biar dia tau betapa aku bengang ngan die. hakhak!  Ada ke patut ketok jari aku ngan pembaris besi gara-gara aku tertinggal buku teks? sakit kot! 

Tapi dulu, budak-budak tak berani nk mengadu kat mak ayah. Mak ayah dulu-dulu memang takde bagi chance kalau betul ang yang wat salah.Tak macam mak ayah ari ni, "You touch my son, i'll see you in court!"





Sejahat-jahat budak zaman dulu, ari ni kene rotan,esok lusa die lupa la. Takde nk dendam-dendam ni. Budak ari ni ? Ang rotan tapak tangan die skit, sat lagi ang balik umah dengan kereta calar-balar la nampak gayanya. 

Bile dah rotan tak boleh, cubit pon tak boleh, maka budak-budak bertambah la setan nya.

Dah tak takut cikgu lagi dah. Cikgu pon disepaknya. Apa mau takut? Bapak aku ada!


Bile da jadi sampai tahap camni, aku hanya mampu geleng kepala dan senyum je. Orang yang ajar ang, bagi ang ilmu, ang boleh bantai tumbok terajang pulak. Sah-sah memang tak berkat ilmu ang. Haish, lantak ang ler...



Kalau tanya pendapat aku, aku rasa environment pembelajaran ari ni tak macam dulu. Kalau dulu, aku memang excited nak gi skolah. Nak jumpa kawan-kawan, nyanyi lagu Negaraku kat perhimpunan pagi, bile time masuk class, sumer blaja elok2. Kalau cikgu ada mesyuarat, sumer dok diam-diam je. Sumer respect cikgu.


Sistem pembelajaran ari ni, kalau ang pandai, ang dok class A.
Ang mana boleh campur ngan budak kelas E. Diorg tu bodoh. Nanti bodoh diorg lekat kat ang. Cikgu plak berebut2 nak ngajar budak2 class A. Maklum la, budak pandai ni tak banyak songeh.

Sistem pembelajaran ari ni, science ngan math da kene ajar dalam bahasa mat salleh. Bagi budak-budak bandar yg dok main ps3 ari2, dok panggil mak ayah pon "mommy-daddy", ok la. Tapi bebudak kampung yg baru nk ngenal "A for Apple, B for Ball", sdikit sbanyak mesti diorg rasa tak sronok nk blaja.



Dulu-dulu, every month ada cop "untuk diperiksa" kat buku latihan anak-anak. Mak ayah kene sign every month nk tgk prestasi anak diorg. Skarang ni mana ada lagi. Mak ayah skadar bayar yuran skolah, PIBG dan duit tuisyen je. Anak ang kat skolah tu belajar apa, buat apa, sumer ang tak tau. Anak ang kat skolah beromen pon ang tak tau ?



Aduhai, aku malas nk cerita banyak2. Letih nk menaip. 

Senang citer camni la. Aku ni simple je. Cikgu jgn bodoh, murid jgn cam celaka, mak bapak kene peka, 'org atas' sila jgn buta. Pikir la sendiri k?


p/s : Kembalikan la hak merotan tu. Biar la anak ang sakit sikit, daripada die jadi setan.

Related Posts with Thumbnails