Sembang kencang

Tiga empat bulan lepas punya cerita. Time tu guwa masih lagi dengan profesyen guru tusyen sambilan. Oh ya, lupa guwa nak beritahu lu orang. Sekarang ni guwa sudah beralih kerjaya ke bidang lain, tapi itu nanti kita cerita belakang. Kalau semuanya nak guwa cerita dekat sini sekali harung, memang tak la.

Jadi, guwa sambung cerita. Malam tu guwa baru balik dari mengajar. Pukul sepuluh lebih macam tu, guwa sudah terpacak di depan rumah dengan kemeja Levis merah kotak-kotak, seluar cotton jeans hitam jenis regular cut, lengkap dengan tali pinggang.  Dua tiga bijik buku rujukan SPM guwa pekup ke dada rapat-rapat gaya cikgu-cikgu. Untuk mendidik anak bangsa, guwa cukup sedar bahawasanya penampilan perlu guwa titik beratkan. Karang kalau guwa dressing tshirt itam ironmaiden sama short pants, apa pula kata student guwa.  Boleh jadi mereka hilang respek pada guwa dan menganggap guwa tak lain sekadar kutu yang  lebih kurang level-level mereka sahaja. Ini tak langsung, menghilangkan keyakinan mereka terhadap subjek yang guwa ajar. Mana boleh begitu! tak. masalahnya mengapa guwa menulis beriya-iya macam cilake ni?

Sambung cerita. Sedang guwa leka menanggal topi keledar, tiba-tiba guwa rasa paha guwa digeli-geli oleh sesuatu. Guwa seluk poket seluar mencari-cari dari mana datangnya geli tersebut. Rupanya ada sms dari Aboi, member lama.

"Zack, mana?! minum jom. kedai Wahid. sekarang. semua ada ni. cepat!"

Cilake. 

Jenis tak menyempat. Dah la bagi mesej pun berbaur arahan, karang kalau guwa carut, sia-sia je. Bisik ati guwa.

"5 minit."

Balas guwa ringkas sambil melangkah deras.

***************

"kletak kletak kletak!"

Paddle gear moto, guwa henjak dengan tumit kiri berkali-kali sebelum tertera abjad N.


Mata guwa melilau mencari kelibat Aboi, member guwa. Lima saat kemudian, guwa sudah boleh detect Aboi. Bukan susah. Yang dahi jendul macam padang golf tu, ha beliau la tu! Beliau sorang saja yang ada dahi sebegitu. Kalau berlaga kepala dengan dinding, dinding pun berkecil hati. Rasa mahu berhenti jadi dinding. Keras tak keras kepala Aboi.

"Lahanat! lu balik jepon haram tak bagitau kan?!"


Satu greet yang cukup mesra dan padu guwa terima. Ikhlas. 

"Dah sebulan lebih dah guwa balik..." balas guwa ringkas sebelum menyorong punggung ke kerusi plastik warna merah lusuh.

"Minum dik?" -sapa wanita bertubuh kurus kering rambut ikat gumpal-gumpal pakai getah rambut benang dah terburai sikit, mematikan kata-kata guwa. 

"Bagi sirap limau satu, taknak bijik." -pesan guwa sambil mata melilau ke meja lain kalau-kalau ada makwe yang perlu diberi perhatian.

"Lu buat apa skarang zack?" - Wahi memulakan perbualan sebaik sahaja wanita pengambil order berlalu pergi.


"Baru je lepas order air haaa." - jawab guwa selamba.



**********

"Babi."


-balas Wahi sambil capai kotak rokok jenama "League" atas meja. Aboi geleng-geleng kepala tersengih-sengih sambil seluk poket seluar belah kanan capai lighter. Mizi pula tak sudah-sudah dengan henset.



"Guwa keje dekat Senawang. buat part time. carik duit sikit."


"Keje apa?"-sambung Wahi seraya melepaskan asap kepul-kepul dari mulut. 


"Kerjasama!" -balas guwa lagi sambil menghadang muka dengan lengan.


Pedepekkk! Belum sempat guwa elak, kotak rokok Wahi dah singgah ke dada guwa.



"Ada jugak yang minum sirap perisa kaki ni karang..." sahut Aboi sambil nyala api rokok guna lighter cricket.


"Betul-betul la gampang!" ujar Wahi sedikit bengang dengan jawapan guwa. keh keh keh.



"Cikgu tusyen, sayang.." 



...bla bla bla..brapa lama keje?..bla bla bla..student lu cun tak?..ada tak yang ajak lu main? bla bla bla... justin bieber.. bebal.. bla bla bla..

Perbualan guwa sama Wahi dan kengkawan, berlanjutan dari satu topik ke topik yang lain. Cerita budak taman guwa eksiden moto sampai divider besi tembus dada, cerita bang cik yang dengar kabarnya da jadi nyah sejak kerja jual perfume dekat Pavilion, cerita bapak Along kantoi pasang bini nombor dua, dan macam-macam cerita lagi. Semua ada. Macam Astro time tak hujan.


***********

...nak sambung lah. boleh? 




p/s : "cuti panjang sudah habis bro..." - Malik



Related Posts with Thumbnails