3 perkara yang annoying

Bile aku malas menulis, aku suke melukis. Sila baca dari kiri ke kanan.

1) Menonton cerita hantu yang digembar-gembur kan kononnya seram rupanya tidak lah seseram mana. Sebaliknya umpama menonton cerita katun Hagemaru episod 'bermain dengan adik'...

Photobucket

2) Bilemana makan biskut cicah air, secara tak sengaja biskut tu terjatuh dalam air. Ini adalah super annoying! Lagi annoying bile serdak biskut tu buat batang leher ang tercekik lalu batuk.

Photobucket

3) Notification fesbuk yang masuk bertubi-tubi menyebabkan terganggunye proses pembelajaran. Tak tekan kang, takut-takut ada awek cun yang add... 

Image and video hosting by TinyPic

Oh, tak lupa juga. Esok hari Isnin. Tu pon tak kurang menjengkelkan jugak tu.


***********************

p/s :
sapa terer, cuba carik semut itam dalam gambar di atas. kalau jumpa, boleh claim kereta toyota vios sebijik dengan aku.


.

Memori zaman darjah satu

Tengahari tu cuaca sangat cantik. Matahari bersinar megah, terang-berderang. Aku usha  ke langit. Terlihat sekawan burung layang-layang sedang terbang laju sambil memakai sunglasses, peluh menitik-nitik kat dahi sekor-sekor. Aku tersenyum nipis. "Mungkin kalian patut berehat sebentar...", bisikku dalam hati, lalu meneruskan perjalanan.

Sesekali, pipi aku disapa angin yang bertiup lembut. Dan tiap kali tiupan angin tu menembusi ruang-ruang  benang baju hingga sampai ke kulit badan, seraya itu aku menghela nafas, "aaaahhhhh..." sambil memejam mata rapat-rapat. Heaven! 

Betul la kata orang, cuaca yang baik mempengaruhi mood kita sehari-harian. 

Aku teruskan mengayuh basikal sambil menyanyi girang. Dalam tak sedar, lagu Ramlah Ram berjudul 'Diam Diam Jatuh Cinta" tu dah masuk kali ke tujuh aku ulang-ulang. Bile sampai part korus "Dulu malu, tapi mahu..kini baru ku tahu~~", sengaja aku tarik tinggi-tinggi. Serentak tu, kelihatan beberapa orang makcik japanese yang dari tadi sibuk berborak, mula terdiam. Masing-masing dahi berkerut seribu. "Fuckin tourist..." Agaknya itu lah yang dikatakan mereka dalam hati. Ah, lantak pi!

( Sila dengaq lagu ni bila ang da abis baca the whole entry. Keh keh keh )

**************************

Lebih kurang sepuloh minit melayan perasaan, akhirnya aku tiba ke destinasi yang dituju - kedai seratus yen. Kalau dalam bahasa jepon, depa panggil "Hyaku yen shoppu". Kalau kat Malaysia tu, saing-saing 'Hot Market' jugak la... Barang-barang dia semua around 100 yen (dalam tiga ringgit). Tapi tak la semua barang jual kat sana. Kalau ang nak carik kipas siling sama peti ais, memang sampai kiamat tak jumpa. Tapi kalau stakat benda-benda basic hat pinggan mangkuk sama alat tulis tu, insyaAllah ada...


Actually, aku nak carik 'mousepad'. Aku punye mousepad dah ilang masa pindah-pindah barang itu ari. Puas dok slongkaq sana sini tapi tak jumpa. Ntah mana aku lempaq pon aku tak tau. Biasa la orang laki-laki... Pelupa. Bak kata Incik ayah, "Kalau 'anu' ang tu boleh tanggal-tanggal, da lama dah ilang". 

*********************************

Masuk-masuk kedai, makcik cashier bagi setangkai senyuman manis dengan harapan supaya aku shopping banyak-banyak skit biaq beliau untung. Aku balas senyuman beliau dan terus berlalu pergi. Tersengih dalam ati mengenangkan duit syiling seratus yen ada tiga keping ja dalam poket sluaq. 

Sampai kat bahagian stationary, mata aku dok melilau carik mousepad. Dan di sini la bermula segala nya... 

Pandangan mata aku terhenti kat satu sudut. Terpandang satu objek yang cukup 'rare' pada aku. Objek yang satu tika dulu pernah mengajaq aku erti kesusahan... Objek yang mampu mengembalikan nostalgia aku di zaman bangku skolah, dulu-dulu...

Lepas bayaq harga mousepad sama 'benda' tu, terus aku balik ke rumah dengan hati yang garing girang...

Oh ya, makcik cashier sempat bagi jari tengah ke arah aku sebelum kluaq kedai...

Acah je.

*******************************


So, ini la dia 'benda' yang aku maksudkan tadi. Gam kanji! Err, sila abaikan meja aku yang tunggang langgang  tu ya? Orang darah seni macam aku ni memang tak boleh kemas-kemas. Alaa, apa orang kata ... "jiwa abstract" ? Ha, lebih kurang gitu la...

Lama jugak aku belek gam ni. Jangan memain woo... barang 'rare' macam ni susah nak dapat dah skang ni. Da boleh consider macam tapir dah. Binatang terlindung bawah akta. Lima enam tahun lagi, aku ingat anak-anak kita da tak jumpa da gam macam ni. Ye ar, la ni  kalau ang pi Popular, MPH dan segala macam kedai-kedai alat tulis, cuba ang perati betol-betol. Kebanyakan gam la ni, sume hat bentuk lipstick tu. Pusing tang bawah, baru kluaq gam. Kan ?

Dulu masa aku kekecik, ini lah dia gam yang mendewasakan aku. Eceh.

Teringat lagi masa aku darjah satu dulu. Time tu cikgu kelas aku nama Puan Siti Aminah. Beliau mengajar subjek Bahasa Melayu. Beliau sangat garang. Satu hari sebelum tamat class, beliau sempat bagi tugasan yang mana memerlukan memurid menggunting dan menampal keratan petikan yang beliau bagi semasa lecture.

Dah menjadi resam bebudak hingusan, bile abis skolah, jangan harap nak terus belek keje skolah. Paling tidak, main galah panjang depan rumah ramai-ramai. Yang bebudak pempuan pulak main teng-teng. Terkinja-kinja lompat atas jalan raya. Entah apa yang seronoknya pon tak tau la. Cukup guwa tak faham dengan permainan teng-teng tu.

Ok. Berbalik pada cerita tadi. Bila da puas main, menjelang senja Incik ayah da stanby depan pintu rumah sambil 'daring' tajam. Beliau tak payah cakap apa-apa, aku da berlari masuk bilik air pi mandi. Kalau sudah azan maghrib, ang tak siap mandi lagi, malam tu memang ang makan tali pinggang. Itu Incik Ayah punye style.

Lepas mengaji muqaddam sama Incik Ayah, masuk part buat keje skolah yang Cikgu Siti Aminah bagi tadi. 

Nak dijadikan cerita, time tu dandan takdak gam la pulak. Masa zaman tu, gam ada 2 jenis ja yang popular. Satu yang macam kat atas ni hat bentuk colgate. Satu lagi bentuk yang dalam mangkuk siap ada sudu. Harga dia dua posen. Sat, aku lukis. Bagi ang recall balik kalau-kalau ang da lupa.


Ha, lebih kurang gini la scara kasaq. Sorry la, lama tak melukis. Lukisan pon jadi macam bebudak tadika. 

Gam ni made from kanji. Kelemahan die, bila ang bubuh dalam beg skolah, die cepat tertumpah. Tambah-tambah bila berada dalam beg yang tuannya lasak macam setan.

Maka, malam tu bile nak guna gam, mula la aku kelam kabut satu rumah dok tanya akak-akak aku "ada gam tak?". Akak aku jawab 'takdak.' 

Incik ayah pulak tengah tengok berita perdana tv satu. Kalau mengadu gam takdak sebab da abis tumpah dalam beg, memang makan back-hand jugak aku ingat. Time tu Incik Ayah darah muda lagi. Sarjan rejimen askar melayu diraja la katakan. Risau jugak kalau-kalau hangin dekat kem tentera siang tadi beliau bawak balik rumah. So, nak tak nak, terpaksa diamkan aje.

*******************************

Puan Emak yang tengah khusyuk lipat baju, tetiba datang ke arah aku lepas beliau perasan yang aku duduk berteleku lama membelek buku latihan bahasa melayu...

"Pasai apa ni?" tanya Puan Emak.

"Gam takdak..." Jawab aku dengan nada berbisik takut-takut Incik Ayah terdengaq.

"Dah tanya akak ang ?"

"Dah. Takdak jugak..." jawab aku lagi dengan mata berkaca. Bebudak. Biasa la. Jati diri tak berapa nak strong lagi.

Puan Emak membelek buku latihan aku sambil menepuk-nepuk bahu aku perlahan-lahan supaya jangan nangis.

"Dah dah...Jangan nangis."

Tiba-tiba Puan Emak ke dapoq dan kembali dengan bawak nasik panas sekepal atas piring. Aku melopong ja. Tertunggu-tunggu apa yang Puan Emak nak buat lepas tu. 

"Mak aku ni nak buat magic ka hapa?" Bisik ati aku time tu.

Puan Emak ambik beberapa butir nasik panas, ditenyeh-tenyeh nye atas buku latihan aku dengan ibu jari. Lepas tu, ditampalnya kertas petikan yang Cikgu Siti Aminah bagi siang tadi. 

"Siap!"

Kata Puan Emak, tersenyum sejurus sebelum meninggalkan aku melopong sorang-sorang dengan seribu satu tanda tanya.

Sihir apakah?

Tak terfikir dek otak aku masa tu yang nasik jugak boleh dijadikan gam bile darurat.

Keh keh keh.


+++ Tamat Flashback ++++

*******************************

Alang-alang da melukis gambaq gam tadi, aku mula la main conteng-conteng! Tambah-tambah bile tengah takdak keja ni. Lagi pulak esok ari sabtu. Banyak masa lagi nak buat assignment. Ye tak ?

Kalau ang suma ingat-ingat balik, time kekecik dulu, alat tulis kita tak macam ari ni. Ang prasan tak ? Ini jam punye alat tulis da macam sedikit advance. Bebudak la ni mostly da pakai pensel tekan. Omputih panggil 'mechanical pencil'. Tu dia aih! Siap ada pensel tu hat goncang-goncang ja da kuaq lead.  Punya canggih.

Aku dulu-dulu pakai pensel kayu ja. Hat kaler merah ada tulis 'HB'. Bila muncong patah, kena asah lain. Nak asah tu pulak guna sharpener bulat hat ada cermin. Keh keh keh! 



Sharpener bulat ni sbenaqnya bukan guna untuk asah pensel sangat pon. Bebudak saing-saing aku dulu ramai guna untuk menyakat memember dalam class ja. Cikgu mengajaq kat depan, kitorang main pantul-pantul cahaya guna cermin sharpener. Tipu la kalau ang tak penah buat! :p

Lepas tu kalau nak lagi advance, ada yang guna sharpener ni buat main otromen-otromen. Kan otromen ada lampu lip-lap dekat dada ? Ha, time tu bebudak pakat buboh kat baju skolah sorang satu. Konon-konon Otromen Taro arr.. Ntah hapa-hapa.

Kalau anak orang kaya pulak, diorang tak main la sharpener bulat hat dua posen satu ni. Diorang main sharpener hat macam mesin tebu tu. Bubuh pensil lepas tu pusing tombol. Punye mengada-ngada.


Lepas tu pulak, yang bebudak pempuan sibok dok ngumpol patung getah yang boleh bubuh  kat blakang pensel. Termasuk la akak-akak aku. Entah hape yang best nye pon aku tak tau. Tapi dengaq crita, kalau terdesak, patung tu boleh jadi pemadam jugak tu. Tak tau la. Tak ingat la. Masuk bab patung ni, aku 'not in to' sangat...


Apa lagi ek ? Ha, lepas tu, kalau pemadam getah pulak, kebanyakannya yang ada gambaq bendera negara. Kan? Kalau tak silap, time tu ada game lawan pemadam. Main dua orang, yang lain dok pakat keliling jadi referee tak bertauliah. Pemadam sapa tindih pemadam yang lain, kire dapat 1 point la. Aku nak terang panjang lebaq pon, aku rasa ang tau kot. Ye dak ?



Kalau bebudak jahat, lain pulak hal nya. Bubuh paku tekan dekat pemadam, lepas tu gesek-gesek kat simen lama-lama, bubuh kat tangan member. Boleh merah jugak la melecuq kalau kene. Kawan aku nama Irwan suke buat macam tu. Aku ingat lagi satu kali tu die tenyeh dekat tangan budak pempuan kelas sebelah, sampai bapak budak tu datang skolah. Keh keh keh... Memory siot!

Kalau pembaris pulak, ada dua patern ja yang aku tak boleh lupa.


Satu yang jenis murah, dua posen kalau tak silap. Ni kire antara barang wajib ada jugak time tu. Ada dua lubang dekat pembaris tu yang aku tak tau langsung kegunaan dia. Bile da naik skolah menengah, baru tau yang lubang tu guna macam alat jangka lukis yang buat bulatan tu. Itu pon member aku yang ajaq. 

Kalau bebudak yang kaya skit, especially bebudak pempuan, biasanya guna pembaris yang merepek. Ada kanta dekat ujung, lepas tu siap ada menatang serbuk kilat-kilat la bagai. Ntah hapa motif, guwa pon tak tau.

Ok la. Sebenaqnya aku da letih menaip ni. Nak pi mandi.

Sekian.



Eppy Besday Incik Zack !

Dua puluh empat tahun lepas punye cerita. Tu dia! jangan main-main. Aku ingat lagi. Time tu aku belom kenal lagi erti dunia. In fact, perkataan 'dunia' tu sendiri belom ada dalam kamus idop aku time tu. Cara-cara menyuap nasik dengan tangan yang simple pon aku tak reti, apatah lagi nak suruh aku tukar channel TV. Nak suruh aku menaip entry ? Jangan nak memasal. Memang percuma kene maki dengan aku dalam bahasa baby.


Time tu era-era zaman tv Malaysia kebanyakannya dah ada kaler. Filem 'Ali Setan' lakonan Fauziah Ahmad Daud sama Azmil Mustapha tu kire macam saing-saing 'Avatar' jugak la die punye femes. Maka berpusu-pusu la orang ramai masuk panggung untuk menonton. Si Pakwe dengan rambut ropol-ropol baju kemeja lipat lengan, seluaq yankees. Si Makwe pulak dengan baju kebaya sendat, sluaq bell-bottom. Rambut wajib kembang setaman, jalan pegang tangan. Macam tu la lebih kurang secara kasaq, menggambarkan suasana zaman tu.

Bagi pasangan Incik Ayah dan Puan Emak, takde la banyak aktiviti yang dapat mereka lakukan time tu. Tidak seperti kapel-kapel yang lain. Incik Ayah terpaksa melayan dan menjaga karenah Puan Emak yang tengah sarat mengandungkan Aku. Keh keh keh...

**************************************

Masuk bulan ke sembilan aku port dalam perut Puan Emak, aku da mula naik kepala. Takde lah lain pekerjaan yang aku lakukan dalam perut Puan Emak melainkan menendang-nendang dan bermain dengan tali perut sendiri. Makanan aku pulak simple. Segala hape mende yang Puan Emak telan, itu lah jugak yang aku telan. Kadang-kadang nasik kosong sama kuah sardin, kadang-kadang pengat pisang. Depends arr. Kene time Puan Emak mengidam nak makan jeruk mangga, dapat jugak la aku jamah mewah sikit berbanding biasa... 


25 Mei 1986.


Meniti hari-hari terakhir berada dalam perut Puan Emak, satu malam tu, aku terjaga dari tidoq. Terasa dinding perut Puan Emak sedikit berbeza time tu. Tidak seperti selalu, kali ni dinding perut Puan Emak terasa sedikit hangat dan bergetar-getar seolah-olah diusap-usap dari luaq.

Dalam keadaan yang sedikit bingung bercampur cemas, aku rapatkan telinga aku ke dinding perut Puan Emak. 

Sayup-sayup aku boleh dengaq perbualan Puan Emak sama Incik Ayah...

"Bang...Kalau anak ni laki-laki, nak bubuh nama apa ya?"

"Hurmm... Abang tak kisah yang...Apa-apa pon takpa. Asalkan sayang selamat, anak kita selamat, itu dah cukup buat abang..."

"Ngah Senin ok tak bang?"

Tiba-tiba terpacul nama tu dari mulut Puan Emak. Dan dengan tidak berfikir panjang, kaki ini laju menendang perut Puan Emak bertubi-tubi tanda protes. Ada ke patot nak bagi nama aku "Ngah Senin" ? Tak komersial dan futuristik langsung! Bubuh la "Indra Putra" ka... "Pierre Andre" ka... Baru Milennium! bentak hati baby aku.

*********************************

26 Mei 1986.
11.33 tengah malam.
Kampung Masjid Tanah, Lubok China, Melaka.

Alhamdulillah, penantian selama lebih kurang sembilan bulan dalam perot Puan Emak berakhir malam tu. Aku punye feel time tu, ang toksah tanya. Dia punye happy macam orang kuaq penjara! 

Tapi nak kluaq tu seksa jugak laa... 'Pintu' sempit. Badan aku time tu plak sikit punye semangat. Bertarung nyawa jugak la Puan Emak meneran nak bagi aku kluaq. Bidan Rahimah yang dari tadi dok tekan-tekan perut Puan Emak dah menitik-nitik peloh atas lantai. Beberapa orang makcik yang aku saspek jiran Puan Emak yang dari tadi dok ulang rangkap yang sama "Sabar Mah, Teran lagi... Teran lagi...", aku usha da macam hape dah. Masing-masing tarik muke cemas macam nampak antu. 

Lain pulak halnya di luaq bilik, Incik Ayah mundar-mandir sambil tangan pegang songkok. Sekejap ke pintu bilik Puan Emak, sekejap ke serambi, serba tak kena. 

"Dah ke belom mak bidan?! " Teriak Incik Ayah dari luaq bilik.

"Ang boleh bawak sabaq skit dak?! Cuba ang dok istighfar banyak-banyak! "

Agaknya macam tu la dialog Incik Ayah sama mak bidan. Sikit punye saspen. Aku ingat kalau-kalau ditakdirkan ada kucing tak kene time nak bergurau menyeseh-nyeseh kat kaki Incik Ayah time tu, silap-silap ari bulan, boleh makan tumit jugak tu. Jangan memain.

********************************

26 Mei 2010.
Nagoya, Japan.



Sijil Surat Beranak yang selama ni dok terperuk dalam File tu, aku belek-belek depan belakang.

Sikit punye season. (-_-")

Pernah satu ketika dulu beberapa ari sebelum fly ke jepon, puas aku slongkaq almari baju dok kalut carik sijil surat beranak ni. Time tu keadaan sijil ni lagi horror. Lipas sama cicak pakat-pakat buat tikar alas piknik anak beranak agaknya. Biadap!

Lepas cuci lebih kurang dengan berus gigi  kering, buang teloq lipas, aku pi lari kedai cina antaq laminate.

Menggeleng apek kedai tu tengok sijil beranak aku yang macam toilet paper. Kalau die Islam, mau panjang jugak die beristighfar tu...

Sampai je rumah, dengan hati yang tak puas, aku terus sapa Incik Ayah yang sedang khusyuk membaca surat khabar.

"Pasai apa surat beranak orang jadi lagu ni ?!"

Bentak aku sambil melempaq surat branak tu atas meja tanda protes.

Incik Ayah menjeling seketika dan tersenyum nipis.

"Ha, pasai pa?"

Soal aku lagi lepas melihat respon Incik Ayah yang acuh tak acuh tu.

"Macam mana comot nye sijil surat branak tu... Macam mana berkedut dan keromotnya kertas tu... Macam tu jugak la pahit jerih Ayah nak besaqkan ang... Bukan senang nak bagi ang jadik orang..."

+++++


*************************

Sijil Surat beranak tadi aku simpan semula dalam fail. Kemas.

Kemas bersama memori-memori yang lain...

Beremosi petang-petang macam ni tak nice jugak. Bisik ati aku.

Lantas, tuna yang cik awek kirim tempohari, aku bubuh atas meja.



Ah! Aku tak kira. Nak bubuh lilin jugak. Jangan banyak komplen.

"Eppy besday to me..."

"Eppy besday to me..."

"Eppy besday to Zukhairi... Eppy besday to me!"

************************

p/s: 
Pada yang wish kat fesbuk tu, thanks banyak-banyak. Aku tak larat nak reply satu-satu. Harap ang tak marah ya? Sekian.


.

Bile Cikgu Zack mula mengajar...


Satu malam sekitar tahun dua ribu berapa entah, kebetulan malam tu aku duduk-duduk dekat serambi rumah. Biasa nya time-time Buletin utama jam 8 malam begini, aku da lesap dah. Kalau tak motor honda Ex5 Amai yang menjemput aku pi minum-minum, boleh jadi  memember yang lain sms ajak pekene futsal barang sejam dua dekat Seremban Dua.

Tapi hari tu lain sedikit. Mungkin faktor cuaca malam tu yang semacam hendak hujan membantutkan niat mereka untuk mengajak aku keluar berseronok-seronok. Atau mungkin juga faktor ketiadaan wang untuk mengisi tangki minyak motor masing-masing.. Atau boleh jadi Amai sedang khusyuk mendengar tarbiyah lepas maghrib di surau?. Ok, itu mustahil..

Melihatkan respon aku yang tak tentu arah sekejap berdiri sekejap duduk itu, akak aku yang sedang tekun mengajar budak-budak tuisyen ketika itu menjadi fed-up, seraya berkata...

"Ang ni pasai pa? Macam orang mati bini ja? Tak nampak ka aku tengah mngajaq ni? Ang pi masuk dalam ah. Tak bole fokus la aku lagu ni! "

Dan bagaikan orang nyenyak tido dicubit pahanya, kata-kata beliau tu telah mematikan lamunanku. 

Oh, Sungguh bangang ku rasa tulis begini...

****************************************************

"Alahai, apa la yang susah sangat stakat mengajaq budak-budak tingkatan satu dua tu?..." bentak hati aku. Tapi tak brani la aku nak cakap depan-depan takut-takut sat gi pen marker dakwat permanent beliau singgah kat dahi. Maklum la, bukan boleh 'cucuk' sebarang-sebarang cikgu skolah ini ari. Hangin beliau susah diduga.

Sambil mengeluh perlahan, aku bangkit dan terus ke meja makan tempat budak-budak tuisyen tu mentela'ah.

"Bak mai tengok apa yang angpa blajaq ni..."

Dengan gaya seorang lecturer lepasan universiti luar negara, aku terus  membelek buku latihan anak murid akak aku sepintas lalu. 

Ada satu rajah bulatan beserta segitiga di dalamnya yang mana ketiga-tiga bucu segitiga tu tepat mengenai dinding bulatan. Satu sudut segitiga tu tertera angka 30 darjah, dan satu lagi sudutnya yg lain tertulis 60 darjah. "Find x..."



***************************************

Suasana ketika tu sunyi sekejap. Aku usha sumer mata bebudak tuisyen tu merenung tepat ke arah muka aku. Ada jugak yang kelihatan seolah-olah menganjing aku dengan pandangan mata yang kononnya aku baru pertama kali jumpa soalan macam tu. Dan besaq kemungkinan kalau aku tak dapat selesaikan masalah tu, aku syak mungkin diorang akan menyuruh aku join tuisyen bersama-sama diorang. Oh, itu tidak wajar sama sekali.

Kali ni, pandangan aku alihkan pada akak aku pulak. Dari raut wajah dan senyuman nipis beliau, ternyata beliau juga meragui kewibaan aku dalam ilmu kira-mengira. Cilake. Apa tidak kah beliau sedar kewujudan sijil johan kuiz matematik peringkat sekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan berwarna biru dalam fail aku kat bilik tu ? 


****************************************

"Nampaknya aku tak boleh silap ni..." bisik ati kecik aku sambil mencongak jawapan soalan tadi dalam kepala. Dua tiga kali jugak aku congak. Kesilapan yang kecik boleh mengundang kemaluan yang besaq. Aku sedar tu.

Dengan riak muka yang tenang, aku capai pen marker hitam atas meja. 

Leher aku telengkan kiri dan kanan. Berderap derup bunyik sendi tulang leher tanda langkah awal persediaan sudah pun complete. Jari jemari kedua-dua belah tangan aku temukan dan graaappp! 

Sepelosok ruang beranda rumah tu dipenuhi dengan aura suspen... Cicak yang dari tadi riuh berbunyik, mula senyap. Kucing yang khusyuk menjilat-jilat bulu bawah meja pon turut sama berhenti menjilat. Semut-semut itam kat dinding yang dari tadi mengangkat lebihan butiran nasik, semua lepas tangan. Siap ada dua tiga ekor yang jatuh berguling-guling gara-gara hilang pertimbangan.

"Ehemm..."

Aku mulakan langkah dengan penuh keyakinan. Walaupun agak fifty-fifty jugak sbenaqnya di pressure sebegitu rupa, aku tetap maintain cool.

Sambil menconteng rajah segi tiga yang dah pon aku hafal siap-siap, aku membebel sorang diri mengadap whiteboard menerangkan introduction soalan dengan sedikit terperinci.

"What we have here is a simple trigonometry problem..."

Jelas aku dengan lantang sambil menyudahkan lukisan segitiga.

"So, first of all, what u need to know is..."

"Cikgu, boleh terang dalam bahasa melayu tak?"

Tiba-tiba sorang budak pempuan spek bingkai itam di ujung meja bersuara mematikan presentation aku.

"Oh, okay...sorry."

Mana la aku tau kene cakap bahasa melayu. Sebab soalan dia tulis "Find x" ?

"Ok macam ni, firstly ang kena tau sudut pendalaman sebuah segi tiga, kalau dijumlahkan semuanya adalah sama nilainya dengan 180 darjah." 

"Soo... Sudut yang ini 60 darjah di campur dengan sudut satu lagi 30 darjah bersamaan berapaaa?"

Soal ku dengan meninggikan sedikit kadar desibel dan frekuensi suara di hujung ayat, lagak seperti guru tadika mengajar bebudak 6 tahun.

"90 darjah kan?" Ujar aku sendiri lepas melihat reaksi yang kurang memberangsangkan dari bebudak tu. Rasanya takde apa yang susah pon stakat suruh campur 60 sama 30. Aku pulak yang jadi konfius.

"So...kalau total sudut segitiga sama dengan 180 darjah, tapi kite dah tau dua dari tiga sudut tu 90 darjah, maka, sudut yg satu lagi iaitu 'x' mesti lah 180 tolak 90 ! sama dengan 90 darjah..."

"x=90"

Aku tulis besaq-besaq kat whiteboard.

**********************************

Suasana hening seketika. Masing-masing berpandangan satu sama lain.

Aku dengaq ada yang mengeluh... Real punye mengeluh.

"Cikgu, soalan tu kitorang dah buat laaa... Soalan nombor 9 ni yang kitorang tak paham. Macamana nak kira bucu segi lapan ni! "

Aku perhatikan semua mata bebudak tu da tunduk kebawah dengan bahu bergoyang-goyang, tangan pekup mulut menahan ketawa. Ada jugak dua tiga kerat yang kurang pendidikan moralnya dah mula barai ketawakan aku. 

Lantas, aku seluk poket seluaq belah kanan dan berpura-pura menekan button "call".


"Ha Amai! Guwa on da way la ni... Lima minit lagi guwa sampai !! "



*****************************

Syurga tu kat bawah tapak kaki mak ?

Balik main bola petang tadi, sampai rumah, tanggal boot, lempaq stokin, terus landing atas toto. Memang tak cakap banyak punye. Objektif utama memang nak baring-baring lepaskan penat. Kalau kata tertido skali pon, aku tak regret. Badan da letih. Sendi pon da sengal-sengal. Lama tak turun padang, sekali turun, mak ai! Die punye letih, macam baru balik menoreh. Tak warm up, tak stretching hape sume, dapat bola terus merembat macam orang gile. Mana tak nye. Cukup time, abis main, ha time tu mula la terasa otot lari la, tulang belikat terkehel la, urat merih tersimpul la, pendek kata satu badan trouble. 

Tetengah bijik mata dok konpius nak pejam ke tidak, vrreett vreett... henset aku vibrate. Chop!... Ni tak lain mesti cik awek la ni!. Kalau nak bermanja pon, tunggu la malam sikit. Petang-petang gini, bawak-bawak la ngaji ke hapa. Tak pon, gi la ajak memurid main tali skipping ke, apa ke... Hati aku mula la nak membebel bile penat-penat cenggini.

"Ye sayang...saya letih ni. Saya nk tido. Malam nanti saya online ya?" 

**********************************

"Ju! Ayah ni. Ang watpa?"

Sejak bile pulak suara cik awek garau macam Rambo ni ?...bisik ati aku dalam keadaan separuh sedar.

"Eh, ayah...ingatkan sape tadi..." jawab aku mamai sambil membuang beberapa kuntum taik mata yang baru nak tumbuh.

"Ada apa hal ni yah? Ayah sihat dak?..."

"Alah ju... Ayah ni macam ni laaa... Sihat orang tua... Ada time kang ok. Ada time kang sakit...Biasa la..."

"Ni mak ang ni ha. Sibok bebenar nak dengaq suara ang... Ni cakap ngan mak ang ni ha..." 

Macam biasa la. Incik ayah memang lagu tu. Kalau call anak-anak, memang die tak cakap lama punye. Tak macam puan mak. Berjam-jam pun steady lagi. Tapi aku ingat mana-mana ayah pon memang cenggitu la. Die tak tunjuk sangat yang die care pasal anak-anak die...

"Ju... apa kabar?"

"Alhamdulillah mak... Mak sihat dak?"

"Sihattt...." - jawab mak dengan nada excited. Enam harakat jugak la die punye "Sihatttt..." tu. Punye excited.

"Lama ang tak call umah... Tu yang mak suruh ayah ang call tu..."

"Ohh... Takdak credit la mak. Tak topup lagi. Ingat nak call mak ujong minggu ni...Alih-alih mak da call dulu plak."

"Alah, ang memang lagu tu. Cakap ja nak call, sat gi mak dok tunggu-tunggu, ang tak call-call pon..."

"Ish! awat cakap lagu tu mak... Itu ari kan orang ada hantaq mesej slamat ari emak ?"

"Ye la ye la... Ang da makan belom?"

"Dahh...."

"Makan apa?"

"Roti cicah ayaq ja mak..."

"Alahai sedihnya mak dengaq... Awat ang tak masak?"

"Malas ar mak. Lagi pon barang dapoq da abis. Tunggu ujung bulan ni baru nak pi beli."

"Laa... dah tu, la ni ang makan apa ja?"

"Owh, itah ada kirim maggi sama tuna itu ari mak...." jawab aku sambil menjeling kotak parcel yang cik awek kirim minggu lepas. Ada maggi asam laksa, tuna ayam brand, nescafe merah 3-in-1, milo dan macam-macam lagi barang makan yg lain.

************************************
Truuuut...Truuut.....

Lebih kurang 15 minit camtu, line terputus. Kredit da abis la tu agaknya... 

Slow-slow aku sandarkan kepala kat bantal. Ingat nak sambong tidoq, tapi fikiran aku kacau. Teringat pasal entry aku semalam. Tetiba terfikir... Kalau la mak aku terbaca apa yang aku tulis tu, agaknya mesti kecik ati orang tua tu. Mesti die ingat aku tuduh die beza-beza kan kasih sayang antara anak-anak dia...

Termenung kejap aku... Rasa berdosa pulak aku dengan mak...

Kalau da nama nya 'Mak' tu, of course la die sayang je semua anak-anak dia. Tak kire la Mak Teh ke, Mak Long ke, Mak Anjang ke... Sume para Mak sayangkan anak-anak dia. Mak Nyah lain cerita.

Mengimbau beberapa tahun ke belakang, saat aku skolah kat asrama penoh dulu-dulu, kalau sekali skala cuti skolah tu, bila balik rumah, macam-macam advantage aku dapat. Kalau kata bawah tudung saji tu ada lauk ayam masak kicap, jangan arap la adik bradik aku yang lain nak berebut bahagian kepak ngan aku. Penah skali akak aku gatai-gatai nak amik jugak, mak aku sekeh tangan dia. 

"Kepak ayam tu adik ang punya. Ang amik part lain. Tak pon nanti mak goreng lain untuk ang. Adik ang  sorang tu jarang balik umah....mengalah skit ya? "



********************************

Time aku skolah harian dulu pon, Mak aku jugak la yang satu hal pepagi subuh dok bangkit jerang air panas sebaldi smata-mata tau yang aku tak suke mandi air sejuk. 

Bile menjelang musim-musim exam, dia la yang beriya-iya rebuskan teloq sparuh masak, gaul dengan kicap, bagi aku adik bradik makan sebelum amik exam. Katanya baik utk otak... 

Banyak sangat memori aku dengan mak aku yang kalau nak diceritakan semua, alamat terbarai la huruf-huruf  kat keyboard ni. Punye banyak.

Tapi dalam banyak-banyak kenangan tu, ada satu yang sentiasa buat aku tersengih sorang-sorang bile teringat.

***********************************

Masa tu aku tadika ABIM. Umur 5 tahun setengah.

Time tu otak aku suci bersih lagi. Hormat pada orang tua, kalau lalu selisih, tunduk kepala, tak pandai menipu dan segala macam sifat-sifat mahmudah la pendek kata. Bebudak kan?

Satu ari balik skolah, lepas makan tengah ari, aku ketip kuku kaki mak aku yang tengah baring... Tetengah membelek jari-jari kaki mak aku, tergerak ati aku nak tanya...

"Mak, mana syurga mak? Takdak pon?"

"Ha?" Terkebil-kebil muka mak aku yang agak terkejut dengan soalan KBKK aku.

"Tak la... cikgu cakap syurga tu bawah tapak kaki ibu.. Ni orang tengok takdak pon?" (sambil membelek-belek tapak kaki mak aku bersungguh-sungguh. Punye stupid.)

"Owh...ada...mak da simpan takut ilang..." 

Jawapan mak tu aku telan bulat-bulat. Time tu, otak aku kapasiti 256Mb je. Tak pandai nak bezakan tipu dan benar,aqli dan naqli.

"Mak simpan kat mana? Orang nak tengok boleh dak? Cikgu cakap syurga tu cantik..."

"Kalau ang nak tengok, ang kena cabut uban mak dulu. Kalau jumpa lebih dari 3 lai, mak kasi tengok..."

Maka jenuh dan tekun la aku membelek helaian rambut mak aku. Time tu rambut beliau hitam berkilat lagi. Nak jumpa selai uban, mau makan masa jugak. Ibarat mencarik seekor semut itam di malam ari tanpa berbekalkan torch light. Tak juling bijik mata ?

Akhirnya, lepas berhempas pulas menyelongkar sepelosok kepala mak, aku give up. Time tu jumpa selai je uban. Itu pon tak sure sama ada uban ke bulu kucing. Sebab pendek semacam je.

Last-last, aku pujuk jugak mak supaya tunjukkan 'syurga' yang beliau simpan. Dan dipendekkan cerita, demi tak menghampakan aku, mak dengan yakinnya seraya berkata...

"Pi tengok dalam almari baju bilik mak..."

Apalagi? Berlari la aku masuk bilik mak nak pi check! Punye taksub dengan cakap mak.

********************************

"Tak dak pon mak! "

"Ada tu...cuba ang carik betoi-betoi." jerit mak dari ruang tamu.

"Takdak! Sungguh! Orang tak tipu"

Seketika kemudian, mak da pon berdiri tercegat sebelah aku.

"Eh, A'ah la! Da ilang! Ni mesti mak tercicir masa pi kedai ari tu!"

Kata-kata mak time tu umpama petir tepat menusuk ke jantung aku.

"Dah tu, macam mana orang nak masuk syurga??"

Maka menangis la aku teresak-esak sampai la incik ayah balik rumah dan menjelaskan segala-galanya.

Itu pon lepas ketawakan aku berdekah-dekah. Cet! Kecik-kecik lagi guwa da kene bahan.

(-_-")

Sekian.


sempoi kan mak guwa?

Derita Anak ke-tiga

Ada satu malam, aku lepak-lepak umah Syapit, member lama time keje kilang rokok dulu-dulu. Syapit ni boleh tahan jugak sengal die. Kepala masuk air. Kalau bersembang, dia la champion. Die punye cerita, letap-letup. Ang bukak ja topik apa pon, sat gi ang tak payah cakap apa-apa, die boleh bantai bercerita dengan panjang lebaq berjam-jam. Dari tengah malam, bawak ke subuh. Handal tak handal. Tapi cerita-cerita die tu, ang boleh dengaq ja. Percaya? Lebih baik jangan...Banyak auta dari fakta.

"Adikkkk! Buat kan member aku air. Ni member aku datang ni...!" 

Dari beranda rumah, Syapit da memekik arahkan adik pompuan die buatkan air untuk aku. Dan sebagai seorang jejaka kacak yang berbudi bahasa, maka harus lah aku berpura-pura menolak ye tak?

"Eh, mende ni Pit? macam mak-mak plak buat-buat air bagai ni... Tak payah susah-susah. Aku datang lepak-lepak je ni..." 

"Susah hamende nye? Aku suruh bancuh air je pon. Bukan bancuh simen..." jawab Syapit selamba di samping senyuman dungu nye. Rasa nak je aku hadiahkan penendang padu kat muka beliau barang sebijik dua.

"Eh, Bebudak kata ang da berenti politek ek?"

"A'ah." 

"Laa...apa kes?"

"Ntah ar zack. Boring ar study. Aku bukan pandai macam ang... Blajaq kat politek tu lama-lama pon, kluaq satgi bukan boleh jadi lawyer pon... Alih-alih keje gomen (government) jugak..." 

Aku senyum nipis je sambil capai kusyen yang selerak atas lantai sejurus sebelum melabuhkan punggung.

"La ni, ang buat apa ja?"

"Tak wat apa pon. Aku ingat nak carik keja, kumpoi duit nak kawen ar zack. Amacam?" 

Tersengih-sengih Syapit jawab sambil mengangkat-angkat dua-dua belah keningnya. 

"Masalahnya Pit, ada ke awek yang nak sangkut kat ang? Muka tak ensem, poket kering, motor pon tak market! Keh keh keh." balas aku selamba sambil menjeling Honda Ex5 merah tua milik beliau.

"Tu la ang tak tau Zack! Ang dok UM lama sangat tak balik sini. Ang pi tanya bebudak ni, itu ari berapa ramai awek-awek kilang tu yang aku bawak balik? Ang nampak ja muka aku lekeh cam ni, tapi beratoq awek-awek dok tunggu giliran nak kapel ngan aku tau? Tinggal lagi nasib baik motor aku tu boleh hangkut sorang je...kalau tak... "

"Ah! Ang citer memang 'world' la Pit...Entah-entah, awek-awek yang ang angkut itu ari ada 'keris' dalam sluaq tak? Bukan boleh pakai sangat ang ni! "

"Cilake!! Hakhak!" 

Terbarai-barai aku gelak ngan Syapit.

**************************


"Air bang..." 

Kehadiran adik Syapit, bersama-sama satu jug air teh O dengan biskut kering mematikan hilai tawa aku. Dengan jalan nye yang kepit, sluaq trek merah jambu, tshirt nipis lengan pendek, siap senyum-senyum pulak lagi. Pergh! Terasa macam jatuh cinta untuk seminit dua tu.

"Mekasih Siti. Buat susah-susah je... Siti tak minum skali?"

"Oi Oi! Ang toksah dok gile Zack. Die baru nak masuk Form 3." Tiba-tiba Syapit bersuara lepas tengok mata aku tak kelip-kelip mengusha adik pompuan die.

"Dah dah...! Ang pi masuk dalam Siti. Buat keje skolah ang. Pantang nampak jantan...! "

Terhegeh-hegeh Siti berlari masuk rumah lepas kene sound ngan abang dia.

"Ang ni pasai pa? Garang tak betempat. Kesian adik ang..."

"Tak leh bagi muke sangat Zack. Ang tak dak adik pompuan. Ang mana tau."

"Ala... die bukan buat apa pon? Apa la ang ni."

"Skang ni memang la tak buat apa-apa, sat gi kalau die sangkut kat ang, satu hal !"

"Haha. Dah tu, kalau die sangkut ngan aku, apsal? Ang tak teringin ka nak dapat adik ipaq Aaron Aziz cam aku? "

"Hakhak! Ang toksah dok loqlaq Zack. Tak tercapai akal aku nak panggil ang 'adik'. Ish! Mintak simpang la."

"Kuajaq ang!"

Keh keh keh.

***************************

Lepas pekena teh O barang secawan dua, aku usha jam da pukul 11 lebih. Macam tak berapa best plak nak lepak umah orang sampai tetengah malam. Last-last, aku mintak diri untuk blah. 

Sampai je rumah, aku terus baring-baring atas katil. Kepala dongak ke siling. Jauh jugak pikiran aku menerawang.

Kekadang terpikir jugak... Macam best je kalau ada adik pempuan kan? Ye la, at least boleh tolong buatkan air untuk aku, tolong masakkan maggi ke... paling tidak pon, tolong urut-urut kaki lepas balik main bola ke... Pergh! Heaven jugak tu. 

Hurmmm...tak kan nak suruh mak aku beranak sorang lagi pulak kan?


"Mak, orang nak adik pompuan sorang ah. Go! U can do it Mom! " Boleh tak macam tu?  Silap-silap dapat kaki di pipi.

La ni, sebut pasal adik beradik, aku rasa ada satu benda yang dari dulu aku tak berapa puas ati.



Aku ada dua orang akak, dan sorang adik lelaki. Pada yang lembap pick-up skit dalam kira-kira, senang citer, aku anak ke-3 dari 4 beradik arr. Seksanya jadi anak ketiga ni, aku je yang tau. Kekadang, bile gadoh ngan akak-akak aku, takde sapa nak backing aku. Nak ngadu ngan mak ? 

Jawapan puan emak adalah seperti ini : 
"Ang tu adik, die tu akak ang! Ang kene hormat skit. Die lagi tua dari ang..."

Bile aku berkelahi ngan adik aku pulak, jawapan puan emak automatically akan bertukar kepada ini :
"Ang tu kan abang ? Mengalah la sikit! Dia tu kan adik? Ang tak sayang adik ka?"

Oh.Ok! (-_-")

Itu dari segi perbalahan. Kalau dari aspek lain contoh macam pakaian pon satu hal jugak. Baju-baju T-Shirt aku bile da lama-lama akan turun ke adik aku. Kalau tak pon, akak-akak aku yang rembat. Baik dari shirt, jeans sampai la ke kasut-kasut aku. Semua harta benda tu aku beli guna duit sendiri ok? Takde mintak mak ayah pon. Tapi tu la...sumer akan diwarisi adik laki aku. Dah tu apa mende yang aku nak warisi pulak ? Baju kurung akak aku? Kebaya? Spaghetti ? 

Ada sesapa boleh tolong jawab?

Related Posts with Thumbnails