Bile Cikgu Zack mula mengajar...
blog realiti konspirasi, blog zackzukhairi, cerita lawak, cerita melayu, cikgu zack, joke, kelakar, kisah kanak-kanakDerita Anak ke-tiga
anak ke tiga, blog melayu, blog realitikonspirasi, cerita, cerita melayu, entertainment, hiburan, joke, zackzukhairi"Mak, orang nak adik pompuan sorang ah. Go! U can do it Mom! " Boleh tak macam tu? Silap-silap dapat kaki di pipi.
980 yen
bengang, blog realitikonspirasi, blog zackzukhairi, joke, zackzukhairiJam Fossil di tangan, aku jeling laju. Kelibat jarum pendek pada angka dua diikuti jarum panjang yang seakan hampir bertindih dengan kedudukan jarum pendek jelas menggambarkan suasana waktu itu cukup sibok bagi umat bergelar manusia. Tak kire penjawat awam kerajaan, cikgu sekolah, peniaga buah-buahan, posmen, mau pon pelajar universiti, semuanya sedang sibok dengan kerja masing-masing.
Kalau dalam drama melayu, yang pastinya ada beberapa scene saja pada waktu-waktu petang macam ni. First, scene dalam pejabat (office) yang mana si Hero akan berpura-pura sedang bercakap di telefon dengan ntah Tan Sri mana ntah. Dan yang pastinya dialog itu akan berbaur isu-isu bisnes seperti "Ya Tan Sri. Macam mana dengan tender kite dengan Wira Holding tempohari... I dah mintak Lisa siapkan portfolio..." bla bla bla...
Kalau drama tu berkisarkan percintaan, waktu-waktu macam ni, scene di mana si Hero dan si Heroin sedang makan-makan di sebuah restauran pastinya tak asing lagi. Antara isik kandungan perbualan termasuklah "Mommy I da bising tau. Bile U nak pinang I ? Daddy I tu, U bukan tak tau... Beriya-iya dia nak U ambik alih syarikat dia tu... Dia dah tak larat nak handle syarikat tu sorang-sorang. Mommy I tu pulak tak sabar-sabar nak timang cucu! "...

Drama liku-liku kehidupan keluarga si miskin pulak, waktu-waktu lewat tengahari macam ni, si Ibu (biasanya dengan kain batik dan baju kurung lusuh corak bunga kecik2) sedang menarik muke sadis sambil menggoreng ikan masin di kuali. Lepas tu, akan ada babak si anak kecil yang baru balik dari skolah dengan baju sekolah yang wajib koyak-koyak dan comot-comot gara-gara di buli di skolah tadi, balik dan terus ke meja makan. "Ibu, hari-hari makan lauk ikan masin je...Ali da jemu la...". respon si Ibu? "Sabar ya sayang...nanti ayah dapat gaji, kita makan sedap-sedap ya?" sambil mengesat air mata... Sekian.
Oh drama...drama...
**********************************
Ok. Berbalik pada cerita asal. Petang tu cuaca baik. Tambahan pulak tengah cuti semester. Membuatkan petang tu bertambah baik. Ya, at least bagi seorang student macam aku.
Sliding door yang memisahkan bilik aku dengan housemate, aku selak perlahan. Pandangan mata aku menerawang sekitar bilik. Pegun. Statik. Takde sebarang objek bergerak. Mungkin beliau keluar dengan minah japanese lagi la ni... bisik hati aku.
Bersiap lebih kurang, aku sarungkan jeans berserta tshirt nipis lengan panjang warna hitam. Aku capai jaket tebal, terus keluar dari bilik. Destinasi aku tak jelas. Takde hala tuju. Yang pasti, aku mau keluar memanfaatkan cuaca petang yang baik tu. Duduk sorang2 depan pc pon bukan boleh mendatangkan keuntungan. Kekadang terpikir jugak, kalau lah komputer aku ni diibaratkan seperti seorang awek cun yang perlu difahami isi hatinya, maka aku yakin by the time aku tulis entry ni, aku sedang bahagia bersama awek tu dan mungkin silap-silap kitorang ada baby comel-momel macam Amani dalam crita Adamaya...

Mau tak nya? Kalau dah berjam-jam setiap ari aku abiskan masa ngadap muka dia, jangankan kata isi hati, isi perut, isi limpa semua aku da boleh faham kot ? Ah. Merepek.
Setibanya di stesen keretapi bawah tanah (subway), aku jadi buntu kejap. Tak tau mana aku nak pergi. Tika itu, aku bayangkan kalau la aku di stesen KL Central, mau je aku tekan butang KLCC. Tak pon, aku jalan kaki sikit ke Monorel, dan beli tiket ke IMBI. Timesquare maybe? Tapi tu semua takde kat jepon ni...
Akhirnya, aku buat keputusan untuk jalan-jalan sekitar 'Ousu Kannon' yang terletak lebih kurang 15 minit dari situ. Ousu Kannon tu kire macam Petaling Street jugak ah. Tapi tak semeriah mana. Suam-suam kuku je. Boleh la sekadar jalan-jalan memerhati sekeliling... Takde apa pon yang menarik petang tu. Sekadar kelibat remaja-remaja jepon yang dating dengan fashion yang ntah hape2, makcik-makcik 40an yang window shopping dan beberapa foreigners lain.
Merasakan perut ini seakan-akan ditendang dari dalam, lalu aku menyinggahkan diri ke kedai makan Turkey yang berhampiran. Aku usha mamat Arab tu senyum-senyum semacam je... Aku cuba positif. Aku senyum semula dan terus amik port kat meja bar tepi dia.

"Irasshaimase! Douzo!" (Slamat datang. Sila2.) ujar mamat Arab tadi dengan pandangan tepat ke muka aku bersama sekeping senyuman.
"Kore wo, potato setto de... onegaishimasu.." (this one, with potato set please...). Jawab aku setelah beberapa saat membelek menu yang tertera di depan mata.
"Onomimono wa ?" (drink?)
"Kekko desu." (no thanks.). Sengaja aku malas order air sebab aku tak dahaga pun time tu. Sekadar singgah pekena kebab je.
"Haaiitt...kore agemasu." Mamat Arab tu tersenyum sambil menghulurkan aku segelas air teh percuma. Celaka. Ini mesti nak menganjing aku ler ni. Ingat aku tak mampu beli air ke hapa? Tapi aku cuba bertindak positif dan rational... Cool...
"Ah, Arigato..." (thanks) - jawabku penuh budi bahasa di samping senyuman yang aku sendiri tak pasti sejauh mana keikhlasannya. Bukan apa, cerita mamat Arab 'tido' dengan awek member aku dulu still terngiang-ngiang lagi dalam kepala aku. So, aku macam trauma plak bile berdepan dengan pak Arab. Maybe aku kena tukar mindset aku. Sigh*
Sambil membelek-belek pamphlet/risalah berkenaan Turkey dan Istanbul yang ada kat situ, aku sempat menjeling pada mamat Arab tadi. Tersengih-sengih die sambil menghiris daging kebab yang aku order. Entah apa dalam pala otak die, aku pon tak tau.

"So..U Malaysian?"
"Hait! Err... I mean Yes." Jawab aku sedikit terkejut.
"I've been there, once. Nice country huh?"
Aku senyum sambil mengangguk perlahan. "How long have u been workin here?" Kali ni aku cuba bermesra sedikit dengan harapan dapat kebab free. Walau pon aku tau english aku agak ke laut...
"Two years."
"I see..."
"Is that your cam?" ujar mamat Arab tu sambil menuding jari ke kamera aku.
"Yup."
"Nice cam."
"Well, thanks."
Perbualan kitorang berpanjangan lebih kurang 15 minit jugak la. Macam-macam jugak yang dibualkan. Dari topik yang common macam gaya hidup, masuk ke bab pekerjaan sampai la ke bab pembangunan negara. Punye excited die bercerita, aku layankan aje.
Demi menambahkan lagi kebarangkalian untuk dapat makan kebab free, aku cuba pancing dia buat kali terakhir.
"Hey, mind if i take ur picture?"
"No problem man!" Jawab dia sambil posing gaya tak nak kalah. Aku menggeleng dalam hati.

"Maybe I'm gonna introduce u to my girl friends. In case...ya, u know... maybe u guys can hav a date later... party... sort of things..." (pancing)
"Cool!".
Wah. Die punye senyum... Macam pengantin laki malam pertama! Berseri-seri!
**************************************
"I think i have to go now. Soo..." (sambil berpura-pura menyelak wallet dengan harapan tak payah bayar.)
"980 yen desu!"
Oh. Ok.
.
Jumaat di Jepon
cara hidup orang jepon, cerita, cerita aku, fact, joke, luar negara, realiti konspirasi, reality, sembahyang, sembahyang jumaat, truth, zackzukhairiSedikit mukadimah berunsur agama petang ni. Bukan apa, ini ari 12 Rabiul Awal 1431 - Maulid Nabi. So, tak salah rasanya aku nak berpesan-pesan barang satu dua, kan? Enjoy tu enjoy jugak, tapi bile masuk bab-bab akhirat ni, kite mesti mau ingat. Ok kawan-kawan? Wah! Macam pesanan wonderpets plak.
So, apa kita nak buat kalau Maulid Nabi ni, abang zack? Berarak ramai-ramai kat dataran merdeka ke? Tak jugak.
Banyak cara ang nak memperingati detik-detik kelahiran Rasulullah sebenarnya, tapi yang paling simple - banyakkan berselawat. Sebab dari apa yang pernah aku blajaq dulu, Malaikat Izrail hat cabot nyawa maknusia tu penah cakap lagu ni, "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."
Amacam? Ok? Tamat mukadimah.
Tiket ketapi nak ke masjid tu adalah dalam 260 yen.
Kat jepon ni, masjid boleh kire dengan jari je. Tak banyak. Mujur la Nagoya ni kire macam bandar besaq jugak ah. So, macam ramai jemaah dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia sumer-sumer yang keje kat sini. Diorang pakat reramai kutip duit derma ihsan buat masjid ni. Macam memember aku kat tempat lain, dengaq cita depa langsung tak jumpa masjid. Nak buat macam mana kan? Tempat orang...
Gambaq kat atas ni pulak waktu aku first year dulu. Tengok la sendiri. Macam mana susahnya nak semayang kat negara orang. Bukannye ada surau kat memana macam kat Malaysia. Ingat lagi satu kes tu, aku ngan kengkawan aku smayang kat satu sudut kat tepi car park area. Tetengah kitorang semayang, datang sorang pak guard jepon berdiri terpacak tengok kitorang. Orang-orang yang lalu lalang lagi la toksah cerita. Sumer dok jakun tengok kitorang. Siap ada yang berhenti jalan semata-mata curious nak tau apa yg kitorang dok buat. Masa tu risau jugak kalau-kalau tetiba ada anjing yang diorang bawak tu lalu kat kitorang. Tapi tuhan punye kuasa agaknya, pak guard tu jaga kitorang sampai abes smayang.
Kekadang, kene pak guard yang jenis tak reti bahasa, diorang mati-mati tak bagi kitorang smayang kat public area. Aku ingat dalam pala otak die mesti terbayang "terrorist". Risau kot-kot kitorang pasang bom kat situ agaknya. Hehe.
Lepas smayang jumaat, aku terus gi kedai tu. Masuk-masuk kedai je, tengok table macam da full. Last-last aku port tepi je. Port yang macam kat bar tu. Alih-alih, tetengah aku belek menu yang ada, datang sorang mamat Arab mana ntah, port sebelah aku. Die pandang aku. Aku pandang dia. Aku senyum. Die pon senyum balik.
"Assalamualaikum" aku sapa die. "Wa'laikumsalam"- jawab die.
Itu je la perbualan kitorang sampai aku sudah makan. Sorry ye brader? Guwa takde mood nak beborak la ini ari.
Menu aku ari ni namanya 'Mixed Sis Kebab'. Pergh! Heaven. Nikmat die sama macam nikmat baru lepas kene test JPJ masa amik driving license dulu-dulu. Rasa lepas segala azab seksa. Harga mende alah ni 980 yen. Mahal ke tidak, blakang kire. Aku da lapar ni.
Mamat Arab sebelah ni plak dari tadi dok perhati aku je. Aku order ini, die order ini. Aku order coke, die pon order coke. Tetiba teringat memember aku penah cakap dulu, pak arab ni kuat seks! Aku dah tak sedap ati, ni kang kalau die ngayat aku mintak nombor phone, aku memang tak syak lagi akan simbah coke ni ke muke die. Serius.
Mujur la sampai aku sudah makan, die takde touch memana.
Lepas tapau kebab 2 keping, aku bayar kat counter. Aku terus blah dengan sedikit senyuman menganjing pada diri sendiri. "bodo punye zack. ang ingat ang jambu sangat ke sampai die nak ayat?"
Fashion jepon
fact, fashion, fesyen jepun, japan article, japanese, japanese fashion, joke, lifestyle, orang jepon, style, trend, truthNi nak carik part-time job pon satu bala gak. Semuanye nak kan pengesahan pihak universiti. Entah hapa-hapa. Kalau kat Malaysia, ang nak carik part time job punye la senang. Datang je stesen minyak memana, tanya je "bang, ada keje kosong tak?". Esok lusa da boleh masuk keje. Setel. Tak payah nak pakai cop tandatangan lecturer sumer-sumer.
Kalau ang slalu tengok citer shin chan, perasan tak ada beg macam ni? Ha, beg ni memang khas dicipta untuk bebudak skolah kat jepon. Harga die mahal. Aku try usha dalam internet, harga die ada yang cecah 300 US dollar. Kulit die tebal dan keras, memang dicipta supaya tahan lasak sebab beg ni akan diguna sepanjang 6 tahun zaman skolah rendah tu.

Pempuan ni simple je...
ada apa dengan dara, cerita lucu, dara, joke, kawan, kisah aku, reality, selaput dara, sembang petang, sembang sembang, truthSatu petang tu, aku ngan Amai lepak-lepak minum kat restoran Salma Beevi dekat jalan Megaway. Sesapa yang duduk Seremban tau la kot. Time tu dalam pukul 6 setengah lebih kurang. Baru lepas main takraw. Sesaja aku ajak Amai pekena milo ais dulu sebelum balik. Lama tak menyembang. Ye la, time tu aku study kat UM. Jarang-jarang dapat cuti.
Memula, Amai mengelak. Die tarik muke alim, "Alamak, da nak maghrib ni. guwa takut terlepas saf depan laa.." kata beliau.
"Ala mai, kejap je pon. Lepas minum kite chow ah!"
"Leceh ah. Kang nak mandi lagi, nak siap-siap sumer. Lambat!" jawab beliau dengan nada sedikit ngada-ngada.
"Aiseh, takpe la kalo macam tu. guwa baru ingat nak belanja lu..." - sengaja aku test iman Amai yang senipis kepak nyamuk tu.
"Oh, takpe2. Guwa smayang kat rumah je kot ari ni. Lu blanja kan?"
Ceh!
"Mana lu tau?"
"Lu ni nama je blaja tinggi-tinggi. Tapi bingai lu lebih kurang guwa je kan? Hakhak! " - Amai ketawa.
Cilake punya Amai. Percuma je aku kena.
"Pempuan ni simple je ju... ( ju = nama panggilan rapat aku). Kalau da dressing macam tu, sah-sah cikgu punye."
"Apsal plak?" Kali ni aku tarik muke blur...
"Cuba lu tengok seluar die. Kan ada tulis tu?"
"MAKTAB PERGURUAN RAJA MUAZIM"
Ceh! terkena dah aku. Macam mana aku boleh tak perasan plak. Terkekek-kekek Amai ketawakan aku.
"Ok ok... Ha, Dah tu macam mana nak tau die dara ke tak?" terpacul soalan ni dari mulut beliau. Sememangnya aku tunggu soalan ni.
Amai terus capai kunci motor sambil menyumpah seranah.
p/s :
Aku dengar teknologi jepon da sampai tahap cipta "selaput dara palsu" dah. tak sabar aku nak nganjing Amai lagi. Hehe!
Cinta aku dan Yukiko
cerita, cerita jepon, cerita lawak, cerita melayu, cerpen, cerpen romantis, dongeng, joke, lawak, romantik, romantisAwal Januari 2009.
Pagi tu macam biasa kaki aku melangkah longlai menuju ke kelas. Subjek 1st period hari tu - quantum mechanics. Subjek yang sememangnya tak best langsung. Lecturer pulak Otsuka sensei. Umur dalam lingkungan 40-an. Pakai spek bingkai hitam, rambut hitam berkilat sikat belah tepi, baju kemeja kemas, tali leher jerut sampai cecah kerongkong. Cukup untuk menggambarkan dirinya seorang lecturer berkaliber.
Dingg dongg...!
Loceng da berbunyik. Senyap sunyi satu pelosok Universiti. Class yang tadinya riuh rendah dengan hilai tawa, semuanya terdiam. Menikus. Langsung takde suara.
Dengan pandangan yang serius ke arah student, Otsuka sensei memulakan lecture pagi tu. "Hait, dewa hajimemashou..." atau dalam bahasa melayu nya "baiklah, kite mulakan skarang.".
Macam biasa, port aku sebelah tingkap, lebih kurang 4 meja dari belakang. Port yang aku rasa cukup selamat. Biasanya kalau sensei nak soal student, die mesti aim sama ada budak yg duduk barisan depan skali atau blakang skali. So, port aku tu kire paling strategik. Sengaja aku pilih sebelah tingkap kononnya kalau mengantuk time lecture, boleh la cuci mata pandang pokok-pokok hijau yang segar kat luar kelas. Tapi biasanya, tak sempat aku tengok pokok-pokok tu, aku da terbungkang atas meja dah.
(soundtrack)
Hari tu hari Sabtu. Cuti.
Yukiko kata die tak kisah aku pakai apa pun. Die senyum je. Aku tarik napas lega.
Tiba-tiba Yukiko tarik tangan aku. Belum sempat aku nak respon apa-apa, die peluk aku. Erat! Suasana sunyi seketika. Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku rasa bahu aku basah dengan cecair panas. Aku toleh kepala. Dalam samar-samar, aku dapat lihat Yukiko menangis...
Aku balas pelukannya...dengan harapan tangisannya reda...
"Daisuki yo...Zack kun..."
( I like u so much, zack )...
Semuanya datang terlalu pantas. Aku tak tau apa yang patut aku buat...
Yukiko tarik aku masuk ke ruang kamarnya... Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak mampu untuk menolak. Semuanya bagaikan sudah tertulis! Aku seolah-olah merelakan apa jua yang dia buat.
Yukiko menolak aku perlahan ke atas katil empuknya. Dalam sayup-sayup cahaya, aku dapat lihat susuk tubuh Yukiko yang mengiurkan. Seketika kemudian aku rasakan badan aku ditindih. Aku rasa aku tewas malam ni... Serius!
"Zack, bangun! Makan jom? Aku lapaq ni."
Aku bukak mata. Housemate aku tercongok kat ujung katil. Celaka! Aku mimpi je rupanya!


.jpg)



















