Showing posts with label luar negara. Show all posts
Showing posts with label luar negara. Show all posts

Jumaat di Jepon

Alhamdulillah, hari ni 26 Februari 2010, aku masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara atas muka Bumi pinjaman Allah yang maha Esa ni. Ye lah, kekadang tu risau jugak... Pernah tak ang terpikir kalau-kalau malam satgi ang tido, pastu pagi esoknya tak bangkit-bangkit dah? Parah gak tu! Kalau subjek amal ibadat atas Bumi ni dapat A+ , takpe la jugak. Kalau yang 50-50 ? Amacam? Toksah mimpi ar Munkar Nakir nak bagi ang 'repeat paper'.

Sedikit mukadimah berunsur agama petang ni. Bukan apa, ini ari 12 Rabiul Awal 1431 - Maulid Nabi. So, tak salah rasanya aku nak berpesan-pesan barang satu dua, kan? Enjoy tu enjoy jugak, tapi bile masuk bab-bab akhirat ni, kite mesti mau ingat. Ok kawan-kawan? Wah! Macam pesanan wonderpets plak.




So, apa kita nak buat kalau Maulid Nabi ni, abang zack? Berarak ramai-ramai kat dataran merdeka ke? Tak jugak.

Banyak cara ang nak memperingati detik-detik kelahiran Rasulullah sebenarnya, tapi yang paling simple - banyakkan berselawat. Sebab dari apa yang pernah aku blajaq dulu, Malaikat Izrail hat cabot nyawa maknusia tu penah cakap lagu ni, "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Amacam? Ok? Tamat mukadimah.

******************************
Ini ari aku dapat hidayah. Bukan NorHidayah binti Ahmad Takiudin. Tapi hidayah atau petunjuk hat Allah bagi tu. DIA kejut aku bangun gi smayang jumaat dengan cara yang cukup 'unik'.

Seploh minit lagi nak pukol doblas tengah ari, klentang-klentung bunyik lori sampah memekak depan rumah dok kutip sampah. Cinabeng. Takde kasik can langsung orang nak tido lama sikit. 

Bangun kemas-kemas muka, gosok gigi, tukar boxer, salin baju, terus bergegas gi Masjid Nagoya. Dari rumah aku nak ke masjid tu, kena naik kreta api bawah tanah (subway).  Paling tidak pon makan masa lima belas minit. Kire macam dari stesen Universiti nak ke Masjid Jamek jugak la.


Tiket ketapi nak ke masjid tu adalah dalam 260 yen.

Anggap macam dua ringgit nam posen ah. Skali skala Pegi masjid, apa la sangat nak berkira kalau nak dibandingkan dengan ganjaran pahala di akhirat esok? Ya tak? Eceh.

Raba-raba poket kiri, ada kunci beskal. Raba-raba poket kanan, ada henset. Try usha wallet, ada duit kertas je. Duit syiling takdak. Tak sempat nak capai tang rumah tadi. Nak tak nak masukkan je lah duit kertas seribu yen. Ka-Ching! berterabur duit syiling keluaq kat slot "balance".


Tiket ketapi subway kat jepon ni kecik je. Besaq skit dari ibu jari kaki orang dewasa. Jimat kertas kot.

Dari Nagoya, kena tukar train kat stesyen Fushimi sebab train tu tak lalu sampai Masjid. Kene menapak la sikit dalam seminit dua lagi gamaknya.

Masa tu dalam kepala otak aku dok terbayang kata-kata member aku dulu. "Zack, ang tau dak? setiap langkah kite ke masjid dikira sebagai satu pahala tau". Lepas tu ada member aku sorang lagi menyampuk, "kalau macam tu, memang tak bertambah la pahala aku!". 

"Pasai pa?" - aku tanya dengan pandangan sedikit berkerut.

"Ye arr.. Aku gi masjid naik EX5. Nak langkah mende?"

"Kepala bana ang!" sahut member aku tadi. Ikhlas, padu dan jitu.

***********************************
pemandangan stesen ketapi bawah tanah.

Lepas mengelamun melayan perasaan, ketapi pon tiba. Ok, bile masuk bab ketapi kat jepon ni, aku rasa biar kite tolak tepi dulu. Sebab banyak sangat benda kalau nak citer. Tapi takpe, rilek. Pelan-pelan kayuh. InsyaAllah cukup setahun ang follow blog aku, ang da boleh master 90% pasal jepon. Esok-esok kalau ang honeymoon ngan laki/bini ang kat Jepon ni, ang da tak heran dah. Masa tu, ang boleh jalan-jalan dengan segak bergaya tanpa perlu menjeling pada buku-buku tourism guide dah. Pendek kata, perasaan ang masa tu seolah-olah berada di sekitar Lembah Klang je. Takde apa yang nak diherankan.

masjid nagoya

Lepas sampai stesen Honjin, ang kene jalan kaki lagi dalam 5 minit sebelum ang sampai betol-betol depan pintu Masjid Nagoya. Ha, macam dalam gambaq yang ang tengok tu, macam tu la masjid kat jepon ni. Kecik je. Saiz die macam kedai 7E kat Malaysia, tapi ada la dalam 3-4 tingkat camtu. Macam bangunan kedai.

Kat jepon ni, masjid boleh kire dengan jari je. Tak banyak. Mujur la Nagoya ni kire macam bandar besaq jugak ah. So, macam ramai jemaah dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia sumer-sumer yang keje kat sini. Diorang pakat reramai kutip duit derma ihsan buat masjid ni. Macam memember aku kat tempat lain, dengaq cita depa langsung tak jumpa masjid. Nak buat macam mana kan? Tempat orang...


Ok. Ini rupa dalam masjid tu. Aku snap gambar ni masa semua jemaah dah keluaq. Nak snap masa jemaah tengah semayang, agak kuajaq aku rasa. Oh, lupa nak bagitau ang. Henset-henset kat jepon ni pelik sikit. Aku tak pasti sama ada satu kemestian atau pon tak, tapi kalau tak salah aku hampir kesemua henset kat jepon ni dicipta dengan function "berbunyik bile amik gambaq". Tak kire ang silent kan henset ang lagu mana skalipon, bile ang amik gambaq, die mesti berbunyik! Tujuan die supaya boleh kurangkan jenayah skodeng dan paparazzi kononnya...

Kekadang, kalau time ada class petang, kitorang tak dapat la pegi masjid. So, masa ni bebudak malaysia, arab, pakistan, syria, dan lelain yang buat Master,Phd, Post Graduate sumer-sumer ni akan berkumpul kat 'international student house', bentang tikar, dan smayang jumaat kat situ. Imam pulak bergilir-gilir. Minggu ni budak Malaysia jadi imam, minggu depan brader Bangladesh plak dan seterusnya. Khutbah pulak dibaca dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan semua bangsa faham.


Gambaq kat atas ni pulak waktu aku first year dulu. Tengok la sendiri. Macam mana susahnya nak semayang kat negara orang. Bukannye ada surau kat memana macam kat Malaysia. Ingat lagi satu kes tu, aku ngan kengkawan aku smayang kat satu sudut kat tepi car park area. Tetengah kitorang semayang, datang sorang pak guard jepon berdiri terpacak tengok kitorang. Orang-orang yang lalu lalang lagi la toksah cerita. Sumer dok jakun tengok kitorang. Siap ada yang berhenti jalan semata-mata curious nak tau apa yg kitorang dok buat. Masa tu risau jugak kalau-kalau tetiba ada anjing yang diorang bawak tu lalu kat kitorang. Tapi tuhan punye kuasa agaknya, pak guard tu jaga kitorang sampai abes smayang.

Kekadang, kene pak guard yang jenis tak reti bahasa, diorang mati-mati tak bagi kitorang smayang kat public area. Aku ingat dalam pala otak die mesti terbayang "terrorist". Risau kot-kot kitorang pasang bom kat situ agaknya. Hehe.

****************************


Sebenarnya, dari rumah tadi nawaitu aku dah sedikit terpesong dah. Konon-konon nak pekena kebab barang sekeping dua memandangkan ada satu kedai turki dekat-dekat dengan masjid tu. Tapi nawaitu utama memang nak gi smayang jumaat. Harap-harap pahala jumaat tadi dapat la sikit. Buat tambah-tambah...

Lepas smayang jumaat, aku terus gi kedai tu. Masuk-masuk kedai je, tengok table macam da full. Last-last aku port tepi je. Port yang macam kat bar tu. Alih-alih, tetengah aku belek menu yang ada, datang sorang mamat Arab mana ntah, port sebelah aku. Die pandang aku. Aku pandang dia. Aku senyum. Die pon senyum balik.

"Assalamualaikum" aku sapa die. "Wa'laikumsalam"- jawab die.

Itu je la perbualan kitorang sampai aku sudah makan. Sorry ye brader? Guwa takde mood nak beborak la ini ari.


Menu aku ari ni namanya 'Mixed Sis Kebab'. Pergh! Heaven. Nikmat die sama macam nikmat baru lepas kene test JPJ masa amik driving license dulu-dulu. Rasa lepas segala azab seksa. Harga mende alah ni 980 yen. Mahal ke tidak, blakang kire. Aku da lapar ni.

Mamat Arab sebelah ni plak dari tadi dok perhati aku je. Aku order ini, die order ini. Aku order coke, die pon order coke. Tetiba teringat memember aku penah cakap dulu, pak arab ni kuat seks! Aku dah tak sedap ati, ni kang kalau die ngayat aku mintak nombor phone, aku memang tak syak lagi akan simbah coke ni ke muke die. Serius.

Mujur la sampai aku sudah makan, die takde touch memana.

Lepas tapau kebab 2 keping, aku bayar kat counter. Aku terus blah dengan sedikit senyuman menganjing pada diri sendiri. "bodo punye zack. ang ingat ang jambu sangat ke sampai die nak ayat?"

******************************

Waktu aku menaip entry ni, perut rasa lapar. Aku bukak plastik kebab yang aku tapau tadi. Sekali aku terkesima. Diam. Buntu. Sebak pon ada. Rasa nak aku lempar plastik kebab tu jauh-jauh.


Cinabeng. Sikit punye jambu. 

Aku saspek, tokei kebab ni pon nak ngayat aku ni. 
(-_-")



p/s : takpe lah. janji kebab die sedap. sekian.


Related Posts with Thumbnails