Showing posts with label zackzukhairi. Show all posts
Showing posts with label zackzukhairi. Show all posts

Al-Lazat Burger Bakar Review

Khamis lepas 4 julai 2013, guwa dan beberapa orang rakan blogger yang lain dijemput untuk menghadiri satu jamuan ringan menikmati burger bakar abang burn somewhere in bandar seri permaisuri cheras kalau tak silap.

Actually majlis tu lebih berkisarkan kepada pelancaran menu baru Abang Burn sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan yang penuh barakah tahun ni. Menu tersebut dibubuh nama Al-Lazat bersempena rasa dia. Diadun sebati dengan gabungan percik moden dan sos timur tengah, daging ayam yang dah diperap empuk akan disajikan bersama-sama sayur dan kepingan roti yang segar-segar dan terpilih. 


Dijual masa bulan puasa saja. Kira limited edition la. Memang sedap giler guwa tak tipu. Serius sedap. Masa guwa menaip ni pun, air liur guwa berjurai-jurai meleleh kene keyboard. Malas nak lap. 

Untuk bagi lu orang rasa feel sedapnya beger al-lazat tu, guwa bagi video sikit. Karang kalau tidak, lu kata guwa membohong pula. Nah. Tengok sendiri. Lepas tarawih malam karang boleh la drop by kejap pekena seketul dua. 


Jadi, malam tu pihak media seperti RTM dan beberapa rakan blogger femes yang lain seperti ujang, brader budiey, fatin liyana, yuyu zulaika beserta guwa dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Saja mention nama guwa last skali. Sebab bila sebut pasal 'blogger', guwa macam "ha?! guwa ni kira blogger ke?". Dah la update blog setahun sekali, blogger hamende cenggitu. Ye tak? Jenis menulis ikut suka ati.

Tapi abang burn punya pasal, guwa hadir juga. Wah. Mengadanya. Macam artis pulak statement.

Sikap pemalu yang diterapkan kepada guwa terbawak-bawak sampai ke sesi fotografi. Nak ambik gambar pun menyorok.

Dari kiri, Faris, Ujang sama anak dia, Guwa dan Mejah.

Overall memang happening gile malam tu! Kalau dah kata guwa pun ada sama, mesti la happening. Bukan senang guwa nak join gathering gathering cenggini. Bukan guwa anti sosial, cuma jadual guwa padat!

Padat dengan aktiviti-aktiviti ilmiah dan kemasyarakatan. Masa guwa lebih banyak dihabiskan di perpustakaan mengkaji jurnal-jurnal student master dan phd. Adakala guwa di jemput untuk menghadiri pembentangan kertas kerja projek-projek baru bebudak universiti. Bulan lepas saja, dua kali guwa ke Jordan atas jemputan seorang profesor di sana bagi mendengar perbahasan berhubung isu "teknologi dan impaknya terhadap sosiologi". Guwa dilantik sebagai salah sorang panel untuk menilai perbahasan tersebut. Bersama-sama dengan guwa, turut mengembeling tenaga dan buah fikiran termasuklah jemputan dari Canada, Africa, dan Washington. Di sebelah petangnya pula, kebiasaannya guwa akan meluangkan masa bersama jemaah masjid di taman guwa bertandang dari satu rumah ke rumah bertabligh mengajak manusia mengenal hakikat insan dan tuhan..

Jangan puji dahulu kerana semua tu guwa acah saja. 


Baiklah. Jadi, guwa teruskan cerita dengan majlis pelancaran menu baru Abang Burn itu ari.

Majlis disempurnakan dengan bacaan doa dan diringi ucapan dari orang-orang besar Abang Burn. Pung pang pung pang dalam sepuluh minit camtu, abis. Lepas tu baru kitorang dijemput makan. Fuhh! Cakap pasal makan memang heaven. Cenggini ha! *sambil angkat ibu jari tunjuk very good. herot bibir sikit*

Kalau lu orang perasan, tahun ni saja sudah dua kali guwa promote untuk Abang Burn. Apa yang istimewa sangat Abang Burn ni? Nak kata guwa tangkap cintan sama anak pempuan dia, memang tak la. Nak kata dia upah guwa tiga ribu untuk review, pon tak juga. 

Sebenarnya, guwa tertarik dengan konsep pendekatan bisnes dia. Jujur guwa cakap, nak carik bisnesman melayu yang berjaya dekat Malaysia ni, lu boleh kira dengan jari. Dato' Hj Ramly Mokni owner kepada Ramly burger, Tan Sri Azman Hasyim pengerusi AMbank, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yakni orang ke-8 terkaya dekat Malaysia ni, who else? Tak ramai. Bukan orang kita tak pandai bisnes, tapi jenis buat bisnes tak kena gaya.

Teringat guwa pada satu ari dalam teksi waktu perjalanan pulang dari kolumpo. Tiba di satu trafic light merah di sekitar Temiang, guwa nampak ada satu kedai jual burung kat sebelah kanan guwa. Seingat guwa, dulu takde pulak kedai burung tu. Borak punya borak, rupanya pakcik teksi tu kata kedai burung tu ada sorang uncle cina yang bukak. 

"Orang cina ni pandai kan? dia tau je apa kehendak kita. Sebab tu bisnes die tak melingkup. kekadang kita pikir hek elehh! sapa la yang giler sangat nak beli burung? brapa sen sangat je untung? Tapi diorang tak pikir cenggitu. Orang cina ni ada perayaan yang mana kengkonon lepaskan sekor burung untuk bayar nazar. Ha lebih kurang cenggitu la. Sebab tu adanya bisnes jual burung tu. Still boleh buat duit."

Macam Abang Burn ni pulak, dia jenis sentiasa carik menu baru untuk customer. 


Dan yang bagusnya, dia tak kedekut. Sebab apa guwa kata dia tak kedekut. Sebabnya, untuk pengetahuan lu orang, Abang Burn sanggup bukak cawangan kat Lembah Klang yang beroperasi semata-mata untuk tujuan infaq di mana kesemua keuntungan bulanan adalah untuk anak yatim dan fakir miskin.  Dia target cawangan tu dapat menyumbang sekurang-kurangnya RM 20,000 sebulan terutamanya dekat rumah anak-anak yatim dan fakir miskin yang tidak mampu mendapat bantuan 'mainstream'. Camtu la lebih kurang.


Dari mana datangnya dana ni? Jawapannya ialah dari jualan burger Al-Lazat tadi. Ok. Habis kat situ. So, lu orang kalau kata nak menjamu selera sambil beramal, boleh la singgah-singgah pekene berger bakar beliau. Tak rugi mana lah setakat seploh hinggit dua. Tengok movie cerita cinta boleh pula? Siap couple seat lagi. keh keh keh..

Renung-renungkan dan selamat ber'amal.. 

Sampai part 'amal' tu kene baca sengau sikit. 

Sekali lagi.

Selamat ber'amallll~

Haaa. Gitu :p

Xoxo,

Zack.

Kisah dongeng kita...

soundtrack :




p/s : 

I wonder why just when I learned to wait, it was when you never came. I wonder why just when I learned to laugh, it was when you made me cry. And I wonder why just when I’ve learned to love you, it was when you said goodbye.



Review Burger Bakar Abang Burn


Dah ramai orang sibuk perkatakan kehebatan burger dia. Tapi guwa tak percaya.

Dah beratus kali status di facebook mention pasal dia. Tapi guwa tak ambik port sangat.

Bebudak instagram tak payah cerita lah. Belum sempat bismillah, gambar dah up dulu. Lu nak angle mana? Bawah daging burger? Pandangan dari tepi sayur? Pandangan daging burger dari sisi gigi? Semua shot ada.

Pendek kata semua orang sibuk perkatakan tentang kehebatan dan keangkuhan Burger Bakar Abang Burn.

Tetapi tidak pada guwa. Jenis guwa, selagi sesatu benda tu tak terbukti sohih dan benar, guwa memang takkan percaya punya. Lu sogok la macam mana pun, selagi mana benda tu fifty-fifty, jangan harap guwa nak percaya.

Guwa ingat lagi Abdul kawan guwa masa di UM dulu. Bergaduh dengan guwa pasal burger juga. Isu remeh je pun. Abdul mati-mati pertahankan argument beliau bahawa Hamburger haram dimakan. Alasannya sebab ada 'ham' ataupun bahasa lainnya 'hirisan daging babi'.



Sebagai seorang sahabat yang sejati dan bekas AJK persatuan pembimbing rakan sebaya (PRS) di sekolah, guwa cuba bidas statement Abdul dengan penuh hemah.

“Tak semua hamburger tu haram just sebab nama dia ada ‘Ham’ dekat depan. Abis tu, siput babi pun jatuh hukum haram lah sebab ada perkataan ‘babi’ dekat nametag dia?”

Ujar guwa dengan konsep pendekatan logik akal yang guwa percaya lebih mudah untuk penghadaman akal Abdul.

“Ah! Tak kira! Haram tetap haram!” bentak Abdul.

Perkara macam ni memang guwa dah standby dalam otak. Guwa tak salahkan Abdul. Memang ramai orang yang mindset dia macam Abdul. Dalam subjek psychology, penyakit ni dinamakan “selective perception”. Yang mana sesorang tu hanya cenderung untuk pilih dan dengar benda yang dia percaya saja. Any argument yang selain daripada apa yang dia percaya, dia akan anggap invalid.

Jadi, tak dapat tidak, terpaksa lah guwa berhujah dengan fakta.

“Abdul, sebenarnya begini…”

Wah. Bukan main formal lagi ayat guwa.

“Hamburger ni just satu phrase ataupun perkataan yang diambik sempena nama tempat Hamburg dekat Jerman yang mana kononnya burger tu berasal dari situ. Dekat Jerman, makanan yang famous dekat sesatu tempat tu biasanya diorang akan bagi gelaran. Kira macam nickname la. Contohnya macam sosej. Ada orang panggil ‘frankfurter’. Sebab dia famous dekat Frankfurt, Jerman.”

Argue punya argue, baru Abdul puas ati dan percaya. Dan guwa pun dapatlah mencekik burger free malam tu.

**********

Berbalik kepada tajuk entry ni tadi.

Jadi, bila ada orang sebok perkatakan pasal kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni, guwa pun rasa terpanggil juga lah. Apa yang hebat sangat pasal burger dia ni? Apabende yang rare sangat sampai bebudak sibok dok suruh guwa try.


Hormon ‘naktahuron’ guwa mula terangsang. Sikap ‘semangat ingin tahu’ yang mak ayah guwa terapkan sejak kecik dulu mula memabara. Guwa bukan boleh benda-benda macam ni. Eksaited dia lain macam sikit.

Satu malam guwa tekad.

Guwa, SB, Ujang dengan adik pempuan dia ke Ampang untuk mengkaji sejauh mana kebenaran berita kehebatan Burger Bakar Abang Burn ni. Adakah betul-betul power atau sekadar satu momokan.

Lebih kurang sekitar 9.30 malam macam tu, kereta proton inspira adik Ujang park tepi jalan besar. Susah nak carik parking punya pasal. Dari situ dah boleh rasa aura hebatnya penangan burger bakar kat situ.

Sesampainya guwa di Gerai Burger Bakar Abang Burn, guwa terus port satu sudut. Guwa perhati sekeliling. Memang ramai customer dia. Ada cina, india, pak syeikh, dan macam-macam bangsa sumer port situ pekene burger bakar dia.

Guwa usya satu korner. Kelihatan lebih kurang lima nam orang pekerja ber-tshirt itam lengkap dengan sarung tangan siap dengan bandana dekat kepala tengah rancak siapkan order customer. Fuh, memang bersih kerja diorang. Tak nampak langsung kobis sepah-sepah dengan sos melejeh-lejeh macam dekat kebanyakan gerai burger lain.



Ujang ke cashier buat order. Hal menu guwa serah ke dia sebab dia lebih arif. Guwa tak kesah sangat. Tank guwa pun 1.3 je. Tak besar mana.

Dipendekkan cerita, malam tu guwa pekene burger ayam supremo RM10.50. Guwa dengar cerita dari bebudak blog, Abang Burn ada menu baru. Meatball apakenama ntah. Desas desus kononnya Meatball tu sedap dan tengah trending, jadi guwa pun order la barang sepinggan dua untuk mengetest sejauh mana boleh perginya meatball dia.

Sesambil menunggu order guwa sampai, guwa pekena borak dengan Ujang. Ujang ni kira dah lama la pekene burger bakar ni dulu sebelum guwa. Menurut Ujang, gerai yang kitorang port ni sebenarnya kira macam dia punya HQ la. Abang Burn ni dah ada 14 cawangan seluruh Malaysia. Giler. Kagum kejap guwa time tu.

Tapi kagum guwa tak lama. Belum sempat nak layan kagum, order guwa sampai. Ada la dalam 10 minit macam tu. Cepat tak cepat kerja dia. Tak sempat nak berborak dibuatnya.

Sebelum makan, guwa pesan pada Ujang mintak dia tolong shoot gambar burger dua tiga keping. Nak harap guwa shoot, memang fail. Tak reti guwa bab-bab fotografi ni.
Elok-elok burger, karang kalau guwa shoot, terus jadi gambar kuih koci..

Ujang angguk tanda paham.

Ketik-ketik! Lebih kurang macam ni la bunyik kamera dia.


Guwa pejam mata rapat-rapat.

Guwa bismillah dalam hati.

‘kruuppp’

Kunyahan pertama guwa tepat mengenai sisi kanan burger.

Sebaik saja aroma dia singgah ke saraf neuron tekak guwa, terus guwa terpana. Betul la diorang cakap, burger bakar dia memang sedap. Super nice. Sayur dia segar. Ayam dia pun bakar cukup masak.



Yang bagusnya, sos dia tak melimpah macam burger bakar tempat lain. Saiz die pun sedang elok je. Tak terlalu besar dan tak kecik.

Lepas pekena burger, tiba la masa yang dinanti-nanti. Kira macam upacara klimaks la.
Guwa nak try dia punya meatball pulak.

Meatball dia datang combo dengan potato wedges. Guwa kira ada sepuluh bijik meatball dengan 3-4 keping wedges. Lengkap bermandi kuah sama mayonis. Memang nampak sedap. Harga dia RM9.90.

Apa yang special pasal meatball ni, dia tak guna tepung. Memang hundred percent daging dan rempah ratus.


Macam biasa, kunyahan pertama guwa lelap mata. Orang kata bila kita lelap mata, baru kita dapat rasa nikmat sesatu benda tu. Sebab tu Louis lane dengan clark kent dalam citer superman tu lelap mata bila scene ciom. Nak ambik feel gamaknyaaa..

Fuhh.. . dia punya meatball.. guwa tak tau nak describe macam mana.

Saat daging tu masuk tekak guwa, guwa loss kejap.

Rasa macam berada di dunia lain. Roh guwa terawang-awang. Rasa macam neelofa tengah suap guwa sambil ada background muzik dua tiga orang main biola lagu ‘kau mawarku’. Serentak tu jugak, emma maembong pula datang sambil tersenyum mengelap lebihan sos di bibir guwa. "Makan perlahan-lahan sayang.." ujarnya. Punya heaven! 

Adunan daging dengan rempah kuah dia memang well-mixed. Padu!

Ah cerita banyak-banyak pun tak guna. Lu orang kene try dulu baru tau.

Secara overallnya, dari skala lima, guwa bagi empat setengah bintang dekat Abang Burn. Tak boleh bagi full. Nanti selesa sangat, takde improvement di masa hadapan.

 



Jadi dalam kes ni, guwa dengan ini mengiktiraf Burger Bakar Abang Burn sebagai one of the best burger bakar yang guwa pernah rasa. Jujur.

Guwa susah nak review sesatu produk unless dia betul-betul best.

Jadi, untuk maklumat lebih lanjut lu orang boleh pergi ke fanpage Burger Bakar Abang Burn di sini :




 p/s : Abang Burn kene payung guwa lebih ni! keh keh keh


Resepi Kari Ayam bersama Chef Zack

Kadang-kadang aku perasan jugak style sesetengah blogger ni. Idea nak menulis entry tengah takde, tapi tangan tu gatal jugak nak hapdet, konon-konon kalau tak hapdet sehari, follower lari lintang pukang macam kene kejar kucing garang.

Jadi, cara yang paling mudah untuk menerbitkan satu entry tanpa mengeluarkan setitik peluh di dahi, mudah saja. First, rembat video klip Shahir AF8 dekat youtube, lepas tu google lirik lagu dia, bubuh bawah video tadi. Siap!

Kalau nak nampak lagi natural, bubuh la ayat ngengada barang sebaris dua contohnya "Malam tadi I mimpi Shahir datang meminang I !! Omg! "

p/s :
xoxo

*******************

Kekadang ada jugak terfikir nak buat macam tu. Tapi karang, apa aku nak bubuh dekat bahagian 'p/s' ? Takkan nak bubuh 'xoxo' jugak ? Tebiat nak mampos? Kalau muke kiut macam Dafi takpe la jugak. Sekali dia tulis 'hye' dekat status fesbuk, tak sampai seminit, penuh 32 komen jawab "hye handsome!" siap ada icon =* lagi. Tu tak masuk yang like lagi. Kalau nak dikira-kira, mau makan ratus-ratus 'like' jugak tu.

Jadi, atas dasar rupa yang tak seberapa, aku hentikan la niat aku nak buat entry-entry macam tu. Sebaliknya, kalau aku malas nak menulis, biasanya aku melukis je. Simple. 

Tapi ari ni aku nak buat style lain. Aku nak memasak! hakhak. Aku rasa dalam reramai anak dara yang baca blog aku ni, mesti ada selit sorang dua yang tak reti memasak. Kan ? Toksah kencing ah. =p

Usah khuatir! Ari ni chef Zack nak ajar cara-cara menyediakan kari ayam edisi bujang. Puan-puan di rumah sila standby pen dan kertas ok ? Wah, macam chef wan gitu~


Baiklah puan-puan, mula-mula... Ambik ayam. Maksud kata, ayam yang dalam peti ais tu tau. Bukan ayam yang sedang meragut rumput di halaman rumah tu ya? Hikhik. Lepas tu, potong kecik-kecik macam yang Zack buat ni. Jangan potong besar-besar, nanti lambat masak~ 


Ok, sekarang ni ikut Zack potong bawang ya? 

Oh! Chop chop! (sambil angkat dua dua belah tangan paras bahu, gaya terkejut)

Lupa Zack nak bagitau. Potong bawang ni ada cara dia.  Mula-mula, make sure bawang tu dibelah dua terlebih dahulu ok? Sebab kite nak pakai separuh aje~ Hikhik.


Dah siap potong bawang, kite potong apaa~ ? (sambil acu-acu senduk ke arah camera man)

Halia! Pandaiii!!


Baik la puan-puan, so far macam mana? Dapat ikut Zack tak ? Zack laju sangat ya? Ok ok.. Kite slow-slow.

Lepas potong bawang sama halia, kite kupas kentang! Zack gemar kentang. So biasanya Zack guna dua bijik. Ikut selera masing masing. Tapi jangan la sampai enam bijik. Mengalahkan ayam pulak. Kang silap-silap jadi kari apa ? (sambil menjegil mata ke camera man)

Kari kentanggg!! Pandai~


Sekarang ni kita kembali pada ayam yang dipotong tadi, lumurkan dengan serbuk kari. Bagi sebati. 

Pesan emak Zack, ayam ni kita perap sama-sama dengan serbuk kari tadi selama lebih kurang lima belas minit supaya rasa kari tu meresap dalam ayam tu. Ha, masa Zack di oversea dulu pon, ada satu kali tu chef di India ajar Zack supaya perap sekali dengan serbuk cili bagi pedas sikit.

Ikut cita rasa puan-puan ya? Yang nak makan ni siapa~ ? 

Diri sendiri! Pandaii~


Sementara tunggu ayam siap diperap, kita boleh la masak nasik. =)

************************

Baiklah puan-puan di rumah, jam di tangan Zack dah lima belas minit ya... Jadi, sebelum kita mula memasak, kita bukak dulu kipas dapur ya? 

Bukan apa, sengaja bagi jiran-jiran sebelah, makcik rogayah, kak eton sumer-sumer tumpang bau sekaki~
Hikhik.


Ok, panjang pulak Zack membebel kan ? Tanpa membuang masa lagi, mula-mula, kita tumis bawang sama halia yang kita hiris tadi. Pastikan api tidak terlalu besar ya puan-puan ?


Agak-agak da naik bau die, kite masukkan ayam dengan kentang~


Puan-puan tau tak kenapa kita bubuh kentang awal-awal ? Sebab... kentang ni lambat masak. So, kene bubuh awal-awal. (Ye ke?) 

Lepas tu, kita gaulkan sebati dan biarkan selama sepuluh minit.

Sementara tu, boleh la kita sediakan santan ya puan-puan ?


Macam Zack kat sini, susah ya nak dapat santan cair. So, Zack guna santan serbuk. Ini depends ya?

Ada sesetengah orang tak suka guna santan. Boleh jugak. Tapi Zack suke! Hikhik.


Orite! Dah seploh minit pon! Boleh la kite masukkan santan tadi dan kacau ! 

Puan-puan boleh tambahkan air sikit kalau taknak pekat ya?


Akhir skali, masukkan garam secukup rasa dan kacau.

Biarkan sehingga kari mendidih dan siap! Senang kan? Kata mak Zack, nak tau kari tu da masak ke belum, ambik kentang tadi, cucuk guna garfu. Kalau kentang tu da empuk, maknanya kari tu da siap untuk dimakan! 
Hikhik.

************************



Siap satu entry!

Sila jangan ngengada nak mintak aku resipi siakap tiga rasa. Memang aku lempaq sendok kat ang satgi. 

keh keh keh.

*********************

p/s :
sekali skala gedik nice juga.




Kisah Malam Sabtu.... (part2)

Ok. Kite sambung  entry yang lepas.

Sebenaqnya, sengaja aku stop cerita takat tu tadi sebab nak tengok lagu mana tahap pemikiran ang. Alhamdulillah, cerdik-cerdik belaka pembaca blog aku. Sampaikan beruang kutub yang 'rare' tu makan apa pon, angpa amik tau ek? Keh keh keh.

Kiranya aku sorang ja la yang kantoi geografi nampak gayanya. Cet! Ini tak lain mesti Puan Emak yang tak kasi aku minum susu Anmum masa kekecik dulu! Kalau tidak, jangan kan nak tanya beruang kutub makan apa, siap dengan populasi singa laut perkapita pon aku boleh jawab dalam sekelip mata la!. Hebat tak hebat susu punye power.

Photobucket

Aku bukannya apa, cara aku berfikir mungkin tak sama macam ang. Aku jenis tak suke nak terima sesatu benda tu tanpa alasan dan teori yang kukuh. Macam kes beruang kutub ni, aku selalu menggambarkan yang beruang kutub tu makan ikan. Sama macam beruang kutub dalam iklan ubat gigi 'fresh & white'.

So, kalau die makan ikan, why not die makan penguin ? Kan dua-dua pon sumber daging (protein) ? Tambahan pulak, menangkap penguin yang terkedek-kedek berlari atas bongkah ais adalah jauh lebih kacang kalau nak dibandingkan dengan menangkap ikan. Ye dak ? Setakat penguin, sekali lempang da pengsan kot ?

Tapi tak terpikir pulak aku yang penguin tak bermastautin di kutub utara.

Meh sini aku nak tanya balik bebudak yang minum susu tin masa zaman kekecik,

"Agak-agak singa  makan anak unta tak?"

Keh keh keh...

*******************************

Actually, ini bukan kali pertama aku pertikaikan benda-benda lagu ni. Kalau nak diikutkan, banyak lagi benda yang aku tak berapa puas ati. Dan adakalanya ia membelenggu dan merungsingkan jiwa nurani ini. Oh, sungguh cilake ayat ku.

Dulu-dulu, masa kat sekolah, cikgu ajaq peribahasa "ada udang di sebalik batu...". 

Kalau ang nak tau, waktu first time aku dengaq peribahasa tu, aku da terbayang dalam kepala otak aku gambaran seekor udang yang tengah sembunyi di sebalik batu. Puas jugak aku bayangkan... Tapi aku still tak dapat connection die. Maksud kata, apa kaitan udang di balik batu ? kenapa mesti udang ? Anak ikan pon main-main belakang batu apa? ketam ke? unggas air ke? Kenapa mesti udang jugak yang dipilih ? Racist ke hapa? Haha.


Udang kaler pink, style jugak kan ?

****************************

Ok. Aku ajak ang berpikir lagi...

Kali ni kite pegi advance sikit.

Penah dengaq tak peribahasa "biar mati anak, asalkan jangan mati adat." ? 

Sama konsepnya macam kes udang ni tadi, kita cuba gambarkan dengan objek yang nyata. Baru nampak sikit maksud tersirat die. 

Orang kite selalu sebut 'menjunjung adat'. Kan? Jadi, dalam kepala otak aku, aku gantikan 'adat' ni dengan something yang boleh dijunjung. Senang cerita, kite tengok gambar lah ya? Baru nampak sikit.



Orite. Cerita die macam ni. Ada dua orang anak beranak, si bapak dan si anak. Mereka berdua tinggal sebumbung.   Satu ari, dua beranak ni merantau untuk memulakan hidup baru setelah kematian emaknya akibat barah payudara.

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan seorang pencurik yang ada parut di pipinya. Pencurik itu mahu membunuh si bapak, tapi setelah puas merayu, pencurik tu bagi dua option.

"Kau pilih anak, atau adat?"




Di saat yang genting tu, si bapak teringat pesan tok gurunya "biar mati anak, jangan mati adat!"...

Maka, dengan berat hati, die memberi anaknya kepada pencurik sebagai ganti nyawanya.

******************************

Sepurnama telah berlalu dan akhirnya si bapak ni tadi meninggal dunia...

Kini, yang tinggal hanya la si Adat seorang diri. 

Persoalannya, kalau dah anak tadi pon mati (dibagi pada pencurik), apa guna nye adat? siapa yang nak junjung adat yang slama ni diwarisi turun temurun kalau bukan si anak ? 




Maka, mati la adat tanpa diwarisi sesiapa...

Amacam? Keh keh keh...

*********************

Kata incik Albert Einstein, 'imagination is more important than knowledge...'

Aku rasa ada betulnya. Kadang-kadang, ber'imaginasi' macam ni akan buat ang pikir luar dari takuk pemikiran lama. Baru otak ang berkembang skit.

Cakap pasal kembang, ada satu teka-teki lama yang selalu menjadi siulan bebudak dulu-dulu.. Bunyiknya macam ni,

"Anak rusa Nani, baru kembang ekor... Apa salah kami, lalu tidak tegur..."

Ok. Jom kite try imagine !




Nampak tak ? Sikit punye kembang ekor anak rusa Nani. Maka tak hairan la kalau beliau berlagak sekampung sampaikan lalu pon tak tegur. Bukan senang nak ada rusa ekor kembang lagu tu! Keh keh keh.



Ok. Tamat sesi merepek untuk kali ini.

Sekian.

.

Kisah Malam Sabtu.... (part1)

Bagi bebudak U yang study dekat Malaysia, biasanya malam-malam Sabtu adalah malam yang paling heaven. Malam yang paling ditunggu-tunggu. Abis lecture belah petang, sumer buat hal masing-masing. Yang pakwe-makwe standard, biasanya da plan awal-awal nak tengok midnight movie cerita Lagenda Budak Setan. Minggu lepas lagi si pakwe da book tiket siap-siap. Pakwe janji nak ambik depan hostel pukul sepuloh malam. Siap pesan suruh makwe pakai 'cantik-cantik'. Bukan apa, senang nak menyetan sama. Alah, bukan aku tak tau. Aku dulu pon muda jugak...

Kalau kapel-kapel yang baru nak up pulak, macam biasa dating dekat kedai makan je. Port satu table ujung-ujung, duduk mengadap muka satu sama lain. Order Milo Ais sorang satu, lepas tu discuss pasal masa depan. Masa depan tu pulak dalam erti kata lain, tak la depan mana pon. Biasanya tak lain yang dibincangkan termasuk lah cara-cara bagaimana nak spend duit PTPTN yang bakal masuk bulan depan, halatuju lepas grad, dan diselitkan jugak dengan plan untuk hari esok seperti temankan si makwe beli tudung dan keluar jalan-jalan. 

Bagi golongan skema pulak, lepas maghrib, turun cafe beli nasik. Naik bilik, bukak hot.fm, terus mengadap assignment yang lecturer bagi. Biasanya, golongan-golongan macam ni wajib dapat 4 flet dalam exam. Pendek kata kalau dapat pointer 3.8, malam tu jugak call mak dekat kampong nangis-nangis mintak ampunkan kalau-kalau ada dosa lama yang tak terampun lagi. Punye nerd.

****************************

Bagi student oversea dekat sini, lain pulak halnya. Yang mana muka baik-baik, pukul tujuh da ada dekat International Student House kumpol ramai-ramai baca quran lepas maghrib. Lepas tu ada la sikit tarbiyah dan makan-makan ringan. Nak cerita panjang-panjang pon tak boleh, sebab aku bukannya join pon. Keh keh keh. Sila jangan tiru perangai buruk aku ni. Jadi la insan yang mendekati majlis-majlis ugama ok ?

Ok. So...cerita die macam ni. 

Malam tu aku dengan ex-housemate aku lepak-lepak dekat rumah je tengok buletin utama TV3 secara online. Maka duduk la kami dua beranak depan laptop sambil perati pembaca berita tu baca berita sebutir-sebutir.

Mana-mana berita yang perlukan komen dari kami berdua seperti isu-isu politik dan hal ehwal semasa macam kes-kes buang anak, rogol budak dan lain2, maka aku dengan kawan aku pon mula la masing-masing berkerut dahi dok mengulas sana sini mana yang patut. Tujuan die tak nak bagi rumah tu sunyi sepi je sebenarnya...

"Cilake bebudak sekarang. Beromen pandai! Lepas tu dapat anak, lempaq tepi jalan."

"Entah! Dedulu boleh tahan la lagi. Buang dekat pintu masjid. At least pak imam jumpa, boleh la jugak bela buat jadi anak angkat ke hapa."

"Main tak pakai kondom! Bodoh!"

****************************

Lebih kurang begitu la komen-komen yang sempat diutarakan sebelum fokus kitorang termati tiba-tiba gara-gara iklan ini...


"beruang kutub tak makan penguin..." 

Aku dengan member aku memasing terdiam. Terpaku. Macam kene santau. Eh, bukan santau. Pukau.

Abis je iklan tu, aku terus alihkan pandangan ke member aku. Dan seolah-olah mengerti apa yang tersirat di hati aku, beliau juga berkerut dahi memandang aku. Mata kitorang bertentang satu sama lain.

"Ang tau dak?" tanya aku sejurus kemudian dengan nada cukup serius.

"Apa?"

"Tu..?"

"Mende?"

"Hat tu la! beruang kutub tak makan penguin... Ang tau dak?"

"Hurmmm..."

Jauh jugak beliau termenung. Kelihatan beberapa butir peluh jantan mengalir di pipi beliau. 

"Ntah."

"Ang tau dak?" 

Kali ni soalan yang sama beliau pulangkan kembali pada aku.

"Tak!"

Jawab aku dengan serius tanpa ragu-ragu.

*******************************

(bersambung....)




p/s :
Amacam? Saspen ? Keh keh keh...

.

Tahniah Encik Subkhiddin

Ada orang kata guwa pilih bulu dalam berkawan. Kalau awek-awek comel rambut lurus, pipi kembong-kembong, mata jegil besar-besar, amik gambar 3 inchi depan cam, add guwa dekat facebook, laju je guwa approve. Tapi kalau brader-brader bulu kaki lebat kerinting-kerinting, ada parut kene ekzos moto dekat keting belah kanan yang add guwa, guwa reject macam tu je tanpa banyak bicara.

Ini tidak betul !! Nampak tu ? Ada dua bijik tanda seru guwa bubuh. Serius tak serius guwa berhubung isu ni.

Suka guwa nak ingatkan kepada mereka, guwa bukan begitu orangnya...

Bile masuk bab-bab etika perkawanan ni, guwa tak penah diskriminasi mana-mana. Tak kire la lu gemok ke, obes ke, tua ke, muda ke, tunang orang ke, bini orang ke, kalau lu nak kawan guwa, guwa sambut dengan hati terbuka sambil tulis kat wall fesbuk 'thanks for adding' siap dengan icon comel '=)' sorang sebijik. 

Kalau brader-brader yang add guwa pulak, guwa tukar sikit die punye pattern. Guwa tulis 'thanks dude.' tanpa ada sebarang icon mengada-ngada. Dengan lelaki, guwa kene tulus. 

******************************

Guwa ada sorang kawan umur 44 tahun tau. Segak orang nya. Badan tough, saing-saing Jehan Miskin jugak guwa ingat. Body ketul-ketul, suara lantang. Kalau lu mental tak cukup kuat, guwa rasa baik lu orang jangan carik pasal dengan beliau. Sekali beliau tengking, berterabur lu lari tak cukup tanah. Menggigil satu badan. Balik rumah demam dua tiga hari. Makan nasik pon jadi tak selera. Silap-silap boleh kene parkinson.

Nama kawan guwa tu Subkhiddin. Tapi guwa panggil 'Kidin' je. Mesra sikit. 

Pagi tadi, celik mata, guwa baca paper Kosmo. Tersengih guwa sorang-sorang bile tengok muka member guwa tu terpampang dalam paper, bahagian sukan.  Ari ni beliau diterbangkan khas ke Afrika Selatan atas urusan kerja. Kerja apa? Ha! Part ni yang guwa suka nak cerita.

Incik Kidin merangkap member guwa (kononnya) ni, dapat offer jadi referee world cup two thousand ten! Tu dia! Bukan calang-calang profesyen. Tak main ah tukang selet cat putih buat line atas padang, atau pun tukang bancuh air. Pebarang.

Lu ingat senang ke nak jadi ref untuk game-game besar ni?  Kalau stakat ref perlawanan Kampung Ulu Tiram menentang bebudak Kampung Batu Tiga tu, Subkhiddin senyum nipis je. Lapan belas batu dari kotak penalti, beliau da boleh nampak keting sekor-sekor. Lupakan la hasrat lu orang nak berlakon pura-pura jatuh. Memang percuma beliau bagi kad kuning. Tak cakap banyak punye.

*********************************


Amacam ? Macho kan ? 

Tajuk headline pon da macam AF dah guwa tengok. Tak dapat guwa bayangkan kalau Subkhiddin baring atas pentas sambil menari lagu 'menuju puncak'. Tak tercapai akal guwa nak pikir sejauh tu.

"Kidin...Kidin...You gotta be kiddin' me." 

********************************

Lepas ni guwa ingat nak SMS beliau pesan ole-ole barang satu dua. Paling tidak pon, jersey Messi beserta tanda tangan ke, stokin Drogba ke, sarung tangan Van Der Saar ke...  Orite jugak kan ?



p/s : 
Tahniah kepada Encik Subkhiddin kerana membanggakan rakyat Malaysia dalam arena sukan tanah air. Nanti sampaikan pesan guwa kat Fernando Torres sama bebudak die, cakap "jangan titik lebih-lebih sangat. bagi can la skit kat org lain."

Keh keh keh...




3 perkara yang annoying

Bile aku malas menulis, aku suke melukis. Sila baca dari kiri ke kanan.

1) Menonton cerita hantu yang digembar-gembur kan kononnya seram rupanya tidak lah seseram mana. Sebaliknya umpama menonton cerita katun Hagemaru episod 'bermain dengan adik'...

Photobucket

2) Bilemana makan biskut cicah air, secara tak sengaja biskut tu terjatuh dalam air. Ini adalah super annoying! Lagi annoying bile serdak biskut tu buat batang leher ang tercekik lalu batuk.

Photobucket

3) Notification fesbuk yang masuk bertubi-tubi menyebabkan terganggunye proses pembelajaran. Tak tekan kang, takut-takut ada awek cun yang add... 

Image and video hosting by TinyPic

Oh, tak lupa juga. Esok hari Isnin. Tu pon tak kurang menjengkelkan jugak tu.


***********************

p/s :
sapa terer, cuba carik semut itam dalam gambar di atas. kalau jumpa, boleh claim kereta toyota vios sebijik dengan aku.


.

Related Posts with Thumbnails