Showing posts with label resipi kari ayam. Show all posts
Showing posts with label resipi kari ayam. Show all posts

Resepi Kari Ayam bersama Chef Zack

Kadang-kadang aku perasan jugak style sesetengah blogger ni. Idea nak menulis entry tengah takde, tapi tangan tu gatal jugak nak hapdet, konon-konon kalau tak hapdet sehari, follower lari lintang pukang macam kene kejar kucing garang.

Jadi, cara yang paling mudah untuk menerbitkan satu entry tanpa mengeluarkan setitik peluh di dahi, mudah saja. First, rembat video klip Shahir AF8 dekat youtube, lepas tu google lirik lagu dia, bubuh bawah video tadi. Siap!

Kalau nak nampak lagi natural, bubuh la ayat ngengada barang sebaris dua contohnya "Malam tadi I mimpi Shahir datang meminang I !! Omg! "

p/s :
xoxo

*******************

Kekadang ada jugak terfikir nak buat macam tu. Tapi karang, apa aku nak bubuh dekat bahagian 'p/s' ? Takkan nak bubuh 'xoxo' jugak ? Tebiat nak mampos? Kalau muke kiut macam Dafi takpe la jugak. Sekali dia tulis 'hye' dekat status fesbuk, tak sampai seminit, penuh 32 komen jawab "hye handsome!" siap ada icon =* lagi. Tu tak masuk yang like lagi. Kalau nak dikira-kira, mau makan ratus-ratus 'like' jugak tu.

Jadi, atas dasar rupa yang tak seberapa, aku hentikan la niat aku nak buat entry-entry macam tu. Sebaliknya, kalau aku malas nak menulis, biasanya aku melukis je. Simple. 

Tapi ari ni aku nak buat style lain. Aku nak memasak! hakhak. Aku rasa dalam reramai anak dara yang baca blog aku ni, mesti ada selit sorang dua yang tak reti memasak. Kan ? Toksah kencing ah. =p

Usah khuatir! Ari ni chef Zack nak ajar cara-cara menyediakan kari ayam edisi bujang. Puan-puan di rumah sila standby pen dan kertas ok ? Wah, macam chef wan gitu~


Baiklah puan-puan, mula-mula... Ambik ayam. Maksud kata, ayam yang dalam peti ais tu tau. Bukan ayam yang sedang meragut rumput di halaman rumah tu ya? Hikhik. Lepas tu, potong kecik-kecik macam yang Zack buat ni. Jangan potong besar-besar, nanti lambat masak~ 


Ok, sekarang ni ikut Zack potong bawang ya? 

Oh! Chop chop! (sambil angkat dua dua belah tangan paras bahu, gaya terkejut)

Lupa Zack nak bagitau. Potong bawang ni ada cara dia.  Mula-mula, make sure bawang tu dibelah dua terlebih dahulu ok? Sebab kite nak pakai separuh aje~ Hikhik.


Dah siap potong bawang, kite potong apaa~ ? (sambil acu-acu senduk ke arah camera man)

Halia! Pandaiii!!


Baik la puan-puan, so far macam mana? Dapat ikut Zack tak ? Zack laju sangat ya? Ok ok.. Kite slow-slow.

Lepas potong bawang sama halia, kite kupas kentang! Zack gemar kentang. So biasanya Zack guna dua bijik. Ikut selera masing masing. Tapi jangan la sampai enam bijik. Mengalahkan ayam pulak. Kang silap-silap jadi kari apa ? (sambil menjegil mata ke camera man)

Kari kentanggg!! Pandai~


Sekarang ni kita kembali pada ayam yang dipotong tadi, lumurkan dengan serbuk kari. Bagi sebati. 

Pesan emak Zack, ayam ni kita perap sama-sama dengan serbuk kari tadi selama lebih kurang lima belas minit supaya rasa kari tu meresap dalam ayam tu. Ha, masa Zack di oversea dulu pon, ada satu kali tu chef di India ajar Zack supaya perap sekali dengan serbuk cili bagi pedas sikit.

Ikut cita rasa puan-puan ya? Yang nak makan ni siapa~ ? 

Diri sendiri! Pandaii~


Sementara tunggu ayam siap diperap, kita boleh la masak nasik. =)

************************

Baiklah puan-puan di rumah, jam di tangan Zack dah lima belas minit ya... Jadi, sebelum kita mula memasak, kita bukak dulu kipas dapur ya? 

Bukan apa, sengaja bagi jiran-jiran sebelah, makcik rogayah, kak eton sumer-sumer tumpang bau sekaki~
Hikhik.


Ok, panjang pulak Zack membebel kan ? Tanpa membuang masa lagi, mula-mula, kita tumis bawang sama halia yang kita hiris tadi. Pastikan api tidak terlalu besar ya puan-puan ?


Agak-agak da naik bau die, kite masukkan ayam dengan kentang~


Puan-puan tau tak kenapa kita bubuh kentang awal-awal ? Sebab... kentang ni lambat masak. So, kene bubuh awal-awal. (Ye ke?) 

Lepas tu, kita gaulkan sebati dan biarkan selama sepuluh minit.

Sementara tu, boleh la kita sediakan santan ya puan-puan ?


Macam Zack kat sini, susah ya nak dapat santan cair. So, Zack guna santan serbuk. Ini depends ya?

Ada sesetengah orang tak suka guna santan. Boleh jugak. Tapi Zack suke! Hikhik.


Orite! Dah seploh minit pon! Boleh la kite masukkan santan tadi dan kacau ! 

Puan-puan boleh tambahkan air sikit kalau taknak pekat ya?


Akhir skali, masukkan garam secukup rasa dan kacau.

Biarkan sehingga kari mendidih dan siap! Senang kan? Kata mak Zack, nak tau kari tu da masak ke belum, ambik kentang tadi, cucuk guna garfu. Kalau kentang tu da empuk, maknanya kari tu da siap untuk dimakan! 
Hikhik.

************************



Siap satu entry!

Sila jangan ngengada nak mintak aku resipi siakap tiga rasa. Memang aku lempaq sendok kat ang satgi. 

keh keh keh.

*********************

p/s :
sekali skala gedik nice juga.




Related Posts with Thumbnails