Showing posts with label trend. Show all posts
Showing posts with label trend. Show all posts

Fashion jepon

Semenjak, dua menjak ni idop aku agak kucar-kacir skit. Kepala semak dengan macam-macam masalah duniawi. Banyak bende nak kene setelkan dalam masa yang terdekat. Jepon ni leceh sikit. Ops. Silap! Leceh banyak.

Bebudak da start cuti musim bunga. Dengar citer, junior 1st year ramai yang da balik Malaysia bercuti. Maklum la, cuti panjang. Kalau ikut kalender cuti yang pihak universiti bagi awal semester dulu, cuti kali ni sebulan lebih jugak lamanya. Ikut ati, mau je aku balik sama, tapi nak buat macam mana? Keje banyak tak setel. Housemate ajak pindah rumah baru sebab rumah aku duduk skarang ni banyak problem! Paip gas bocor la, lantai dapor kopak la, jiran memekak la... macam-macam hal.

Ni nak carik part-time job pon satu bala gak. Semuanye nak kan pengesahan pihak universiti. Entah hapa-hapa. Kalau kat Malaysia, ang nak carik part time job punye la senang. Datang je stesen minyak memana, tanya je "bang, ada keje kosong tak?". Esok lusa da boleh masuk keje. Setel. Tak payah nak pakai cop tandatangan lecturer sumer-sumer.

*************************

Pada kengkawan kat blog, aku mintak maaf siang-siang kalau-kalau ada soalan ang yang tak sempat aku jawab. Bukan apa, tak terkejar dek masa. Malam tadi baru dapat rilek-rilek sikit layan movie citer indonesia, "Merantau".

Boleh tahan ar citer die. Lebih kurang macam citer Ong-Bak. Gaduh-gaduh punye cerita. Tapi plot die longgar ah. Harap awek je cun. Housemate aku lagi tak guna. Awal-awal tengok punye la semangat. Masuk setengah jam cerita, aku tengok die da berdengkur. Cilake. Memang tak boleh bawak berunding !
So, memandang kan aku free kejap ni, aku ingat nak conteng-conteng skit ah. Itu ari ada sape ntah suruh aku tulis pasal dunia fashion kat jepon. Aduhai... Aku bab-bab fashion ni aku out sikit la. Tapi aku try tulis apa yang aku tau k?

*******************************

Aku mulakan dari zaman tadika kanak-kanak jepon. Ok, kalau ang ingat-ingat balik masa zaman kite kanak-kanak kat Malaysia dulu, bile masuk tadika, kan ada uniform masing2? Macam aku kekecik dulu, uniform taska ABIM masa tu kaler ijau muda kalau tak silap.. Kalau bebudak tadika KEMAS plak, uniform die kaler biru. Pendek kata, lain skolah, lain uniformnya. 

Bebudak jepon plak simple je. Topi dengan beg. Tu jer yang nampak ketara menunjukkan diorg tu bebudak preschool.


Kalau ang slalu tengok citer shin chan, perasan tak ada beg macam ni? Ha, beg ni memang khas dicipta untuk bebudak skolah kat jepon. Harga die mahal. Aku try usha dalam internet, harga die ada yang cecah 300 US dollar. Kulit die tebal dan keras, memang dicipta supaya tahan lasak sebab beg ni akan diguna sepanjang 6 tahun zaman skolah rendah tu.

 

Sistem pembelajaran pra-persekolahan diorang sangat menarik. Kalau ang jalan-jalan kat jepon, kadang-kadang boleh nampak sekumpulan kanak-kanak jepon dengan topi yang comel, jalan berpegangan tangan sambil dipimpin oleh beberapa org cikgu. Dalam bahasa jepon, dipanggil "ensoku" maksudnya lebih kurang macam "field trip". Masa ni, diorang akan diwajibkan pakai topi yang kaler terang supaya cikgu senang nak detect kekalau ada budak yang ilang/tercicir.

Aku rasa cara pembelajaran macam ni bagus untuk bebudak yang masih "hijau". Kadang-kadang boleh nampak macam mana cikgu diorang ajar cara melintas jalan, cara greet/ucap selamat kat orang tua, dan macam-macam lagi. Maklum la...bebudak kan senang tangkap benda yang die nampak? Aku rasa maybe Malaysia pon patut buat macam ni... Aku perhatikan cikgu tadika kat Malaysia asyik-asyik ajar bebudak mewarna, menyanyi dan melompat (senaman) je. Paling advance pon ajar baca doa makan. Cuba la sekali skala bawak bebudak jalan-jalan? 

*****************************

Ok, kite masuk bab skolah menengah plak. Bile masuk skolah menengah, setiap skolah ada uniform masing-masing. Tapi yang pastinya uniform diorang sangat cool ok? 1st, kite usha dulu fashion yang disenaraikan dalam top-rated-seifuku (uniform) bagi tahun 2008 kalau tak silap.

Photobucket

Aku suke yang nombor 3 dari kiri. Eceh! 

Bebudak pempuan memang cantik-cantik uniform diorang. Tapi bile masuk part mini-skirt tu, ada cerita sikit. Macam mana nak cakap ek? Ok, macam ni... Dulu, dari apa yang aku dengar, bebudak pempuan skolah mnengah ni, diorang macam ada satu trend tau. Siapa yang pakai mini-skirt paling pendek, die la yang paling cool dan berani. Ha, lebih kurang macam tu la. Tapi tak semua tempat yang ikut fahaman ni. Biasanye bebudak bandar je. Dan, ada pihak skolah yang benarkan pakai skirt pendek-pendek, dan ada pulak yang tak benarkan. Depends pada skolah.

 

Dalam satu survey yang dibuat, diorang ada ranking kan senarai mini-skirt yang terpendek mengikut kawasan/tempat. Ok, macam yang ang tengok dalam gambar atas ni. Bebudak pempuan highscool kat Tokyo dapat ranking pertama yang mana purata panjang skirt diorang 16.7 cm dari paras lutut. Biasa la, bebudak bandar. Kire kalau kat Malaysia tu, ang tengok la fashion bebudak KL, kan macam sedikit advance gitu? Hehe.




Bagi bebudak laki pulak, fashion uniform diorang lebih kurang sama macam kat Korea. Memang smart! Tak tipu punye. Tapi kat Malaysia tak boleh nak buat macam ni. Masuk time rehat, mau berbau satu kelas! berpeluh ketiak! paling tidak tak cukup sobotol Rexona nak cover. Al maklum laa.. Malaysia kan panas?

 

Bile sebut pasal fashion bebudak lelaki ni, aku nak habaq skit ah. Aku perhatikan bebudak pempuan Melayu ari ni ramai betul yang fanatik ngan artis-artis lelaki jepon ngan korea. Pasai pa ek? Pelik tengok taste ang ni. Hehe. Sorry to say la kan...tapi ni pendapat aku. Ang tak rasa macam diorang tu jambu sangat ke? Kadang-kadang aku sendiri pon naik confuse nak bezakan laki ke pempuan. Sebab muke memasing lebih kurang je...

Maybe sebab ang tengok diorang berlakon macam cool je kan? Hehe. Silap besaq ah wei! Kalau ang dok jepon ni, ang tau la macam mana kesotongan mereka. Dalam drama je berlakon letap-letop! Konon-konon die la hero paling cool. Bertumbok tak nak kalah punye. Tapi bile belakang scene, menari macam bapok. Ha-ha. Sukati ang ler...

Tapi kalau la aku jadi pempuan kan... KALAU la ek?

Kalau aku laa, aku prefer laki yang betul-betul 'pure' punye!




Ini macam baru la 'jantan' ! Memang takde ciri-ciri yang menampakkan yang die tu pempuan. Kalau ang baca novel-novel inggeris pon, diorang describe lelaki yang macho macam mana? "Dark, tall and handsome" kan? Mana ada istilah lelaki putih-putih ni? Jambu weyh! Hakhak! Jadi laki, biar gelap skit takpe.

Eh! Lari topik plak. 

******************************

Ok la, cukup dulu kot. Nanti tulis lagi. Sekian.




p/s : Thanks pada yang sudi follow blog budak sewel ini. Ang memang terbaik! Heh!




Soal Jawab Masalah Cinta bersama Dr.Zack

Bile aku takde keje, macam biasa aku suke bersiar-siar dari satu website ke satu website. Ye la kan, mana la tau kalau-kalau ada info/ilmu yang berguna utk aku. Ini ari kan zaman IT? Maklumat sumer kat ujung jari je. Ang cakap je ang nak apa, semua ada.

Tak reti nak masak sambal ayam? taip je "resipi sambal ayam", zaaass! beribu resipi keluar. Sambal ayam johor, sambal ayam pedas, sambal ayam berempah, sambal ayam mawi, semua ada. Pendek kata segala tok moyang sambal, semua keluar. Lengkap dengan sukatan sekali. Tak payah ang nak call mak ang kat kampung, dok tanya "mak, garam ni nak bubuh brapa sudu?".

Ari ni aku ke ruangan soal jawab bersama Dr. Mashitah Ibrahim.



Antara lain info yang aku dapat :

1) SOALAN :
SAYA seorang yang dilahirkan berpunggung agak leper. Jadi saya bercadang untuk menjalani pembedahan menambahkan saiz punggung agar menjadi besar sedikit. Dalam proses pembedahan itu, dua implan berisi silikon atau berisi cecair saline (yang dibuat dari bahan halal) akan dimasukkan ke dalam punggung saya bagi menambahkan saiznya (ia sama seperti proses menjalani pembesaran buah dada). Adakah ia diharamkan?

SHASHA
Kuala Lumpur 


JAWAPAN :
Islam menitik beratkan soal kebersihan dan kesihatan. Proses pembedahan seumpama ini jika mengundang kemudaratan adalah dilarang.Tujuan puan mahu melakukannya juga harus jelas. Jika sekadar mahu kelihatan cantik saja eloklah dihindarkan perkara yang shubhah ini. Jika ia kehendak suami demi menjaga keharmonian rumah tangga yang sudah dibina dapatkan dulu nasihat doktor pakar islam untuk menjamin kesihatan supaya tidak mudarat.

*********************************************************

Lepas belek-belek lebih kurang, aku pon mula la buat keje gila, macam biasa. Aku carik info berhubung soal jawab seks dalam rumahtangga plak. Well, aku dah 23 kot? Lagi 4 tahun da nak kawen. Aku berhak belajar benda-benda ni demi 'kesejahteraan' rumahtangga aku kelak. Wah!

Tetiba terjumpa soalan bodoh ini.


(jangan click kalau ang belom cukop umoq!)

Oh,ok. Takpe2. Bagus! Malu bertanya sesat jalan kan? Pedulikkan mereka yang ketawa! Haha.

*********************************************************



And then, aku merayau lagi sampai la ke ruangan soal jawab cinta remaja. Ini part yg paling aku tak berapa berkenan. Kadang-kadang soalan yang diajukan terlalu common. Sampaikan aku rasa, "eh,budak yang soal ni, mak ayah die tak antar skolah ke?". Soalan die lebih kurang camni.

Soalan :
Dr Love, saya jatuh cinta dengan abang senior skolah saya. Tapi dia tak cintakan saya. Macamana ya?

-gadis buntu,Ipoh-

Jawapan :
Dr Love faham masalah saudari. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Lupakan dia, cari yg lain. Itu penyelesaian terbaik.

Yang peliknya, doktor tu boleh layan plak soalan-soalan macam tu. Kalau la aku jadi Dr.Love tu, aku akan jawab dengan jujurnya "Tak payah la kau nak menggedik. Dah orang tak suka tu, tak reti-reti ke?".

*******************************************************

Jadi,hari ni aku nak adakan sesi soal jawab berhubung masalah cinta remaja versi aku sendiri.



Surat.
Soalan :
Dr.Zack, saya merupakan seorang penuntut tahun 2 jurusan seni lukis di salah sebuah IPTA di Malaysia. Di situ, saya berkenalan dengan seorang lecturer lelaki yang tampan dan cukup berketerampilan. Hubungan student dan guru yang saya sangkakan biasa pada awalnya bertukar kepada perasaan cinta. Setiap hari saya akan mengekori beliau ke pejabatnya atas alasan mahu bertanyakan soalan-soalan tutorial, walhal saya sebenarnya ingin melihat wajahnya sahaja. Apa yang perlu saya lakukan Dr.Zack ?
Gadis bengong,
Kuala Lumpur.

Jawapan :
Pertama sekali, Dr.Zack faham dengan masalah anda. Jurusan seni lukis memang satu jurusan yang mencabar. Setiap minggu ada saja tugasan dan tutorial yang perlu diselesaikan. Dr.Zack tau sebab Dr.Zack dulu pon menuntut jurusan yg sama. Dan sampai sekarang pon Dr.Zack masih lagi jatuh cinta pada lecturer wanita di tempat Dr.Zack belajar tu. Dr.Zack pon buntu! Apa kata kita lupakan soal lecturer tu, kita berdua kawin je? Anda tentu cun kan?


Email
Soalan :
Saya sudah puas bertanya pendapat rakan-rakan saya tapi semuanya tak membantu. Saya berharap sangat Dr.Zack dapat membantu saya kali ni. Buat pengetahuan Dr.Zack, saya merupakan seorang gadis berusia 22 tahun dan masih belajar. Sebagai seorang manusia normal, saya tak lari dari perasaan cinta dan ingin dicintai. Saya menjalinkan hubungan cinta dgn rakan sekelas saya. Masalahnya ialah rakan sekelas saya itu seorang perempuan.. Saya tak tau kenapa wujud perasaan cinta pada dia. Saya tau percintaan songsang kami ni tak kemana. Tapi saya sayangkan dia! Tolong saya Dr.Zack!
Gadis dilema,
Seremban.

Jawapan :
Masalah sebegini sudah seringkali Dr.Zack dengar. Dr.Zack rasa anda berdua ni bodoh. Mesti setiap kali ujian pendidikan agama islam, anda dapat markah C dan kebawah kan? Celah mana yang menariknya kawan perempuan anda tu, sampai anda boleh tergoda pada dia? Apa kurangnya Dr.Zack? Masih tak cukup kacak kah?


Sms
Soalan :
Dr.Z,saya ada adik angkat cun di skolah. Dia sayangkan saya dan mintak couple ngan saya. Tapi saya tak nak. Saya nak belaja lagi. Tambahan pulak,saya anggap die macam adik je. Saya da cuba terangkan pada dia, tapi die tak faham. Die tetap nakkan saya! Dan ini bukan kali pertama saya ada masalah begini. Dulu kakak angkat saya pernah meluahkan prasaan cintanya pada saya, tapi saya tolak mentah-mentah. Untuk pengetahuan Dr.Z, saya ni kacak orangnya. Selalu menjadi rebutan di kalangan pelajar perempuan di skolah. Kadang-kadang saya puas mencari alasan untuk menepis cinta mereka. Apa harus saya lakukan Dr.Z?
Brader kacak,
JB

Jawapan :
Pegi mampos dengan anda.


Ada soalan lain? boleh hantarkan di SINI
********************************************************

p/s : aku amik kesempatan ni ucapkan thanks kat Qeera sebab sudi review blog aku secara percuma di page beliau. Korang boleh baca kat sini.





Wanita, Diet dan Islam

Aku heran la dengan korang ni. Aku tulis cerita sedih,korang gelak. Aku tulis cerita serius, korang gelak. Aku open cerita antu, pon korang bantai gelak. Kadang2, termenung aku sorang2 sambil skrol mouse atas bawah dok carik balik mana la point yang lawak sgt tu. Ke...korang tak abis baca pastu korang just blasah je komen? Hakhak! Tak kesah la, janji korang happy. Memang itu pon tujuan aku.

Orang kata,hidup ni biar la macam Mr.Bean. Eventhough orang kata ang gila, ang tak pandai, ang tu otak tiga suku, tapi at least ang menghiburkan orang lain.

Ok, tak nak intro panjang-panjang pasal entry aku kali ni agak berat dan macam panjang je...

Tadi, aku baca surat kabar Kosmo online. Ada satu berita yang agak menarik perhatian aku.




Nak kurus punya hal, sanggup gi sedut lemak. Sudahnya lemak hilang, kurus pon tak dapat.

Pelik jugak kaum wanita ni. Diorang berusaha untuk nampak cantik di hadapan suami sampai telan pil itu, telan pil ini, cerut pinggang dengan alat senaman ntah hapemende ntah, diet sampai kene tahan ward. Aduhai...apa kes?

Orang kata, sebelum kawin, tanya pasangan ang tu "sanggup tak terima diri ni seadanya?", which mean kalau satu ari nanti ang gemuk lepas kawin, sanggup ke dia sayang ang lagi? Kalau sanggup, baru kawin. Ini tak. Pegi kursus kawin bagai nak rak, dah macam orang nak amik lesen memandu da busy nya. Tiap-tiap minggu ulang-alik ceramah. Isik borang itu ini. Tapi last-last cerai jugak. Kalau tak cerai pon, kene bermadu. Alasan? "I da tak cantik....dah tak hot macam muda-muda dulu".

Masa tu, yang si lelaki pulak mula la keluarkan sunnah. "Sebagai lelaki, I berhak kawin dua. Itu kan sunnah?". Bullshit. Weyh brader, Nabi kawin dengan isteri no.2 dia, Saudah binti Zam'ah hanya lepas isteri pertamanya Siti Khadijah meninggal dunia la. Tu pon lepas 3 tahun kematian Siti Khadijah. Yang ang plak, bini kat rumah sihat walafiat tengah baring depan tv uli cekodok sambil tengok sinetron, ang da standby pasang satu lagi. Pastu ang nak cakap pasal sunnah? Bagi statement tak pikir, macam org tak skolah.

Ok. Aku taknak teruskan. Nanti jap lagi, ada yg hentam aku.

Berbalik pada topik asal tadi, wanita dan diet. Actually, benda ni simple je. Islam tu dah bagi garis panduan dah sebenarnya. Tinggal lagi ang tu tak pandai nak explore.

Nabi da tinggalkan kita 2 benda. Al-quran dan sunnah. Kan? Dan aku percaya, isi kandungan Al-Quran tu takkan ditelan zaman. Tak kira la ang moden macam mana skali pon, tetap boleh digunapakai. Ha, itu Al-Quran.

Tak payah ang kaji dalam-dalam. Kalau ang perasan, cuba ang tengok tapak tangan ang. Jari-jari kita dibentuk mcm ni sebab ada tujuan dia. Bila ang rapatkan jari-jari tu, jadi la dia sudu. Dan bile ang renggangkan jari-jari tu, jadilah garfu. Dah complete dah. Lepas tu nabi ajar kita makan guna tangan dan jilatlah jari lepas makan. Ang kata, "apa barang jilat jari?".



Setelah dikaji, ahli saintis da jumpa bahawa enzim banyak terkandung kat celah-celah jari, 10 kali ganda lagi banyak dari yg terkandung pada air liur. Enzim ni menolong ang menghadam makanan lebih cepat. Tapi ang nak jugak guna sudu ngan garfu, kononnya baru ada style! Hakhak. Lantak ang lerr..

Sama jugak macam kes diet ni tadi. Islam tu cantik dan simple. Sebagai contoh, kita tengok amalan pemakanan Rasulullah. For your info, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya. Petuanya :

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL



Rasionalnya? Kita amik satu contoh. Nabi pernah tegah kita makan ikan bersama ayam di khuatiri akan cepat dapat penyakit. Saintis dok kaji benda ni dan terbukti teori Nabi ni benar bila diorang jumpa dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-. Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan, maka terjadilah tindak balas biokimia yang mana boleh merosakkan usus kita.

Banyak lagi petua Rasulullah dalam pemakanannya, antara lain, jangan makan buah selepas makan nasik, tapi sebaliknya makan buah terlebih dulu, baru makan nasik. 

Al-Quran pon ajar kita mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Sebab air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak dari berkumpul. Ang boleh perhatikan orang yg mengamalkan mandi pagi kebanyakannya badan diorg tak gemuk. Unless, ang mandi pagi tapi sarapan satgi ang bantai roti canai 2 keping, tengahari plak kari kepala ikan dengan Milo ais. Ah, toksah mimpi la nak kurus. =p

***************************************************
Ok, ni plak ada satu fakta menarik aku jumpa kat internet, tapi khas bagi orang yang da berkahwin.


"Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. "



Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari
kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk "Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit" di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.


Ok, sila lah pelok bini ang! Hakhak. Kalau yang belom kawen, jangan nak memandai pelok awek ang. Bukan stakat dosa, ang juga dikhuatiri mendapat penyakit birat-birat dan lebam di bahagian belakang badan gara-gara ditibai dengan batang penyapu oleh bapak awek ang. 



p/s : Gelak, gelak jugak. Sekali skala cakap pasal agama skit. Takpe kan? Sorry kalau buat korang bosan...




(kredit : pengalaman, google)

Trend bercinta yang annoying

1)Pakwe makwe di shopping complex


Awek cun + balak tak hensem
Benda ni dah banyak aku perhatikan. Si awek nya bukan sikit-sikit punya cun. Boleh kata bawah sikit je dari lisa surihani.Tinggal lagi muka tak berapa nak jambu je. Yang si boyfren plak, muka memang tak ensem langsung.

Okay,fine. Aku tak kisah la, mungkin dah rezeki ang dapat awek cun. Tapi tolong la jangan buat drama bile selisih dengan aku. Semacam da jadi satu trend plak, bile aku selisih ngan kapel-kapel macam ni, si pakwe tu akan tiba-tiba tarik aweknya rapat2. Macam la aku nak sangat tackle awek dia. Pastu, dan-dan tu la si boyfren ni buat new topic bagi awek die pandang muka die. Pada masa yang sama, mata si boyfren ni tak berkelip pandang muka aku, macam nak ajak bertumbok.



Lebih annoying bile bersilisih di escalator, si balak yang pada awalnya pegang tangan awek dia, tiba-tiba je terus pegang pinggang awek dia. Macam nak tayang kat aku yang die sorang ada awek paling cun dalam Malaysia. Dush!

Awek tak cun + balak hensem
Same thing happens. Slalu gak aku perhatikan, si awek yang tak berapa nak jelita ni akan pegang tangan boypren dia memang stok kaw-kaw punya. Bile selisih ngan gadis-gadis yang cantik, si awek ni tadi akan bagi  jelingan maut skit kat amoi tu. Sangat la wadafak. Insecurity problem maybe?. Takut balak die sangkut kat awek cun tu.

Awek tak cun + balak tak ensem
Dua-dua pon buat muka biasa je. Takde orang nak amik port. So, diorg pon rilek2 je. Jenis yang macam ni, aku ok.



2) Pakwe makwe di fecbuk
Ni memang dah tak dapat nak elak dah. Trend 'wajib tayang' ni memang da lama menular di kalangan remaja melayu ari ni. Asal baru balik dating je, nak update status fecbuk bagitau sumer orang yang dia tengah in lav. Biasanya orang-orang macam ni ada tak kurang 800 friends dalam frenlist dia. Dan dia rasa kesemua 800 orang ni harus tau yang dia ada steady boyfren yg the bestest in the universe.



Kadang-kadang jenuh jugak memikirkan apa rasional di sebalik benda ni. Apa salahnya bagitau through YM je? Tak pon SMS je ke? Kalau stakat alasan skali skala nak bermanja, ok la..aku tak kesah la sangat. Aku pon open minded gak. Tapi bilemana diorg da start berbalas-balas message sampai habis live feed fecbuk penuh dgn kisah cinta dia je, memang jiwa kacau gak ar. Nak 'hide' kang, kawan-kawan...



3) Pakwe makwe di jalan raya
Ha, part ni paling aku menyampah... Sejak zaman aku merempit dulu, bawak la ke hari ni, trend ni memang tak abis-abis lagi. Lampu isyarat da merah. Kebetulan kreta aku betul2 depan skali. So, aku drop gear, aku berenti. Tup-tup tup-tap lalu sebijik moto port sebelah aku. Yang bawak moto tu, brader spek itam, helmet Ms88, pakai rantai gambar helang. Abis cool. Yang si awek plak, pakai baju hitam ketat size XS, ada tulis "Guess" kat tshirt belah dada. Curve badan dia memang tak boleh blah. Kalah curve lap litar sepang.


Guess? Breast Implant?

So,sebagai lelaki normal bernafsu, harus la aku memandang beliau. Kan? Dan bila aku pandang skit je, balak die terus daring maut kat aku, sambil hembus asap rokok perlahan-lahan gaya macam cilake. Si awek ni plak, bile sedar aku usha dia, terus die pelok balak die pastu pandang tempat lain. Mentang-mentang aku naik kelisa je. Cuba kalau aku bawak BM 6 series ?


4) Pakwe makwe on phone.
Ok, ni pon satu hal gak. Slalu terjadi kat kaunter pembayaran. Time nak bayar, masa tu plak balak dia call. Tak menang tangan la awek ni nak jawab phone, nak carik duit, nak pegang paper bags lagi. Puas dok kepit henset kat bahu, carik duit kecik tak jumpa-jumpa. Orang yg beratur blakang dia, sume da geleng pala dah. Memang chaos. Apa la salahnya gayut lain kali je ?

Time bercinta ni, orang kata dunia bagaikan milik ang sorang. Sampaikan orang lain punya hal pon ang da tak nampak. Tapi bile time bergaduh pakwe makwe, maki sana maki sini. Tak cukup dalam diari, dalam blog pon ang bubuh. Biar sumer orang tau jantan tu jahat, jantan tu la keji...



Bercinta biar la sederhana.. Jangan melebih-lebih sangat. Tak tentu lagi pasangan yg ang kenal 5-6 tahun tu akan confirm jadi suami/isteri ang,ok ? Peace.


p/s :  Ni adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sorang... Kalau ada terkene kat sesapa, mintak ampun mintak maap, tu semua sekadar kebetulan sahaja. 

“Let’s put a smile on that face!”- the joker. 
 


.

Drama sebabak 1

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan bangganya mempersembahkan
sebuah drama hasil terbitan beliau sendiri...yang diberi judul


arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
skrip : ZackZukhairi

Scene 1 ( Di sebuah bus-stop di KLCC)
Situasi : Fasha,si gadis cantik metropolitan berusia lingkungan 20-an sedang menunggu bas untuk ke Masjid Jamek. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tak kurang tampannya di hadapan beliau dan drama pun bermula....

Fasha : Err...Encik, surat khabar incik jatuh.
Roy : Oh,thanks. Tak prasan plak. (sambil tersenyum gaya macho).
Fasha : (tersenyum)
Roy : Anyway, da lama ke tunggu ?
Fasha : Sorry ?
Roy : Oh,no no... I mean... dah lama ke tunggu BAS ?
Fasha : Oh, tak la. Baru je. Dalam setengah jam?
Roy : Haha. Tak sangka u pandai buat lawak. (Umpan dipasang kemas)

Fasha : (tersenyum)
Roy : Hurm...patut la... (sambil membelek jam ditangan nya)
Fasha : Excuse me?
Roy :Oh takde, skarang ni da masuk lunch hour. Patut la susah nak dapat bas.
Fasha : Oh... I see...




(Kelihatan dari jauh, sebuah bas rapidKL bernombor 43D tersipu-sipu datang...)

Roy : Eh, bas i da sampai. U jangan jeles ok? I rasa u naik teksi je la susah2. Ha ha.
Fasha : Eeii, jahat! (sambil menjuih bibir bajet comel)

Fasha : Eh,wait! Tu bas I la!
Roy : Really? U nak pegi mana?
Fasha : I nak pegi Masjid Jamek.
Roy : Oh,kalau macam tu,betul la tu. Sama la ngan I. Hehe. Macam ada jodoh plak kita ni. (Wah!)
Fasha : Wekk! (buat muka comel lagi)


Scene 2 (Dalam bas)
Roy sengaja bagi Fasha naik dulu konon-konon gentleman gitu.
Roy port betul2 sebelah Fasha.
Matlamat cuma satu - No phone Fasha.

Roy : Haish...(mengeluh)
Fasha : Knapa ?
Roy : Ni haa... (sambil menunjukkan surat kabar METRO yg dibawa tadi) Tak habis-habis kemalangan. Hari-hari ada kemalangan. Bawak bas yang sebesar alam tu pon boleh berlanggar. Ni tak lain,kes cuai la ni! (Roy tarik muka serius konon2 macam seorang warga yang prihatin)
Fasha :  A'ah. I ada baca jugak berita pasal tu. Skang ni takut betul nak naik bas malam-malam...

(Wah! dalam hati Roy berkata 'ini awek mesti syok sama guwa. Lelaki up to date ni!" )

Roy :  Eh,kita ni dari tadi sembang. I tak tau pon nama u lagi. Nama I Roy. U ?
Fasha :Hehe. Tu la... Dari tadi I tunggu u tanya soalan ni sebenarnya. (gatal !) Nama I Fasha...
Roy : Waaa! Bestnya nama. Macam artis! Fasha Sandha. Cantik macam tuan dia jugak.

(pancing Roy...pancing lagi...)

Fasha : (tersenyum sipu sambil melarikan pandangan ke tingkap bas)
Roy : Ececeh,malu malu meow pulak...
Fasha : Eeii..! Jahat la u ni! (senyum bajet cute buat kali ke2)
Roy :  Eh,u nak gi Masjid Jamek buat apa? I tau! U mesti nak shopping tudung kan?
Fasha : Eeee! Pandai! macam mana u tau?
Roy :  I tengok tudung u pakai, i da boleh agak. Sbb kat sana banyak jual tudung cantik-cantik kan?
Fasha :: Yup! terer la u ni!

(Padahal, Roy memang slalu teman awek die beli tudung kat situ)

Roy :  Eh,tak la. I teka je. (tersenyum kontrol macho )
Fasha : U pulak ? Buat apa gi Masjid Jamek?
Roy :  I nak pergi semayang jumaat laa..hehe.

(dalam hati Roy - "wah, mesti awek ni suka laki alim dan warak mcm aku)

Fasha : Wah! Bagus nya u. (tersenyum manis)
Roy : Eh, tak la. Biasa je Fasha...Kita ni kaum laki-laki kene la dekat-dekat kan diri ngan masjid skit. Esok-esok da kawen, xde la kekok nak jadi Imam kpada isteri. Kan?

(Wah, Roy main kotor. Dia guna teknik dakwah pulak... )

Fasha : Kalau semua laki-laki macam u, bertuah semua pempuan kat malaysia ni.

Dipendekkan cerita, bas pun sampai di Masjid Jamek.

Roy : Nice having chat with u, Fasha... Anyway, ni email I. Nanti add I kat facebook k? I tunggu.
(sambil menghulurkan secarit kertas surat kabar yg tertulis emailnya)
Fasha : Emm...Ok.

Scene 3 ( Malam kejadian. Lokasi : bilik Roy)

Roy tersenyum panjang. Balik-balik terus bukak laptop. Website pertama dicarik nya - Facebook.com

Seronok bukan kepalang bile terlihat ada new friend request dari fasha.


Ditenungnya lama-lama gambar profile Fasha.
Gambar pengantin baru.

"Ah! ni gambar member dia kot..."
(Roy cuba sedapkan hati sendiri)

Roy cuba usha wall profile Fasha... Klik!





Terkedu melihatkan status fecbuk Fasha.

Perlahan-lahan cursor mouse Roy bergerak ke arah button 'ignore'.
Klik!

"Celaka."







p/s : lelaki...lelaki...trick lu dalam  poket guwa la. hakhak.


[picture kawen : credit to akak aku]

Keunikan jepon

(note : adult content. 18 and above sahaja. ok?)


Ces! Aku pegi post office sat, balik2 je tgk bersepah komen. Cilakak lu orang. Gelakkan aku ya? Mentang-mentang selipar aku ada 'love-love', ang bahan aku ek? hakhak!

Kalau ang nak tau, kat jepon ni banyak je jual benda-benda merapu dan kadang2 tu ang akan rasa "eh,wadafak? barang camni pon boleh jual ke?"

Sebelum ang ketawakan selipar aku, ang tengok dulu selipar ni.



Unik kan? Asalnya benda ni kasut. Tapi didatangkan dalam bentuk 2-in-1. Selipar boleh,kasut pon boleh. Agak-agak kalau ang tengah date kat bintang walk, tetiba matahari mencanak panas,ang boleh bukak zip tu, supaya kasut tu boleh jadi selipar. Kat malaysia ada jual tak? Aku tak sure. Tapi kalau ada,bagus gak. Pegi class,pakai kasut. Balik bilik, jadi selipar. hehe.

Ha, yang ni bantal peluk edisi kuda laut. Slalu kalau kat malaysia, orang guna bantal peluk straight je yang macam hantu bungkus tu kan? . Ha, pasni ang boleh buang dah. Sebab kita da nak masuk tahun baru. 

Lagi 10 tahun da 2020! kereta pon da tak guna petrol. Masak air pon da tak guna api. Petik buah kelapa pun da tak guna monyet. Guna remote control je. Pendek kata serba serbi modern dan berteknologi. Baru la boleh respect skit.



Cuba tengok cam jepon, bantal yg simple pon diorang boleh pikir macam mana nk jadikan menarik. Buat bentuk breast camni. Memang khas dicipta untuk kaum brader-brader yang belom kawin. 
 


Agak-agak kalau letih balik keje tu, boleh la capai bantal ni, gesel-gesel skit, pergh! heaven. Kalau nak lagi effektif keberkesanannya, sila la bayangkan bantal tu macam megan fox. 



Siap boleh squeeze tu. Ces! Pandai tol japanese ni. Kadang-kadang aku rasa ngan cara ni boleh mengurangkan statistik jenayah rogol dan cabul di kalangan remaja. Da tak payah da nak usha aweks2 kilang balik keje.

"Ala zack, stakat breast je pebarang?"

Okay, nah! Aku bagi edisi riba skit. Hakhak.



Aku ingatkan skali lagi,benda alah ni sumer untuk yg belum kahwin ok? Da kawin,sila la buang kalau tak mahu dihambat keluar oleh bini ang.

Aduhai...Macam-macam. Tu baru part bantal. Belum aku masuk lain-lain part. 
Kadang-kadang tu, kreatif nye orang jepon ni sampai tahap takleh diterima akal pon ada.




Nipple plastik. Aku pikir sapa la yang desperate sgt nk beli mende alah ni. Kalau pon aku pempuan, masa nak bayar kat kaunter tu, sumpah aku malu. Mesti akak cashier tu dok usha dada aku. hakhak. dush!




Yang ni lagi satu benda pelik. Konsep dia simple je. Sama macam mascara. Ang bubuh kat telinga kucing ang, dalam masa seminggu, telinga die boleh lentik.Ha, ang ingat ang je ke nk bergaya, kucing pon mau bergaya gak. Baru ar boley pasang sugar daddy edisi kucing.

Okay, tu baru open story pasal barang-barang pelik. Skang ni aku ajak korang tengok barang-barang menarik yg berfaedah plak. 




Slalu kalau kat office, korang panas sebab pakai necktie kan? Ha, kini necktie didatangkan dengan USB cabel. Korang plug in kat laptop, secara otomatiknya, cooler fan kat laptop ang tu salurkan udara ke batang leher ang. Amacam? 


Tapi aku tak berminat. Rasa macam nerd plak bile necktie aku ada wayar2. 

Next stuff please...


Mengantuk di pejabat? kini tidak lagi!. Mende alah ni akan bergoyang2 supaya mata korang kembali fresh dan bertenaga.Tapi tak berkesan untuk wanita. 


Okay, ni lagi satu benda yg menarik dijual kat jepon. Slalu kalau korang demam, penah tak sampai tahap selsema yang kaw-kaw? Pernah skali tu,aku demam teruk. Hingus meleleh da macam pili bomba pecah da. Sampaikan nak rukuk time smayang tu seksa gile. Kalau kena time tengah smayang jemaah, mau menangis tunggu imam abis rukuk. Dengan adanya mende alah ni, takde la jadi kes2 camni. 



Yang kat atas ni gambar rokok elektrik. Kegunaannya untuk perokok tegar yang susah nk berenti merokok. Kadang2, org merokok sebab nak kan 'gaya' je. Konon2 macho la ada asap2 kepol-kepol. Hakhak. Rokok ni boleh kasi berasap tanpa melibatkan nikotin,tar dan sebagainya.


Dah macam smartshop plak aku. Ces!

Banyak lagi kalau aku nk list kan semua. Kalau nk tau, korang datang la sini. 



p/s : jangan gelakkan selipar aku ok? Beliau tak bersalah. Hakhak





(pictures credit to google.com)

Selipar jepon di musim winter

Malam tadi aku lepak2 ngan member aku. Lepas pekena nasik goreng beriyani sepinggan dua, member aku ajak pegi 'donkey-hotei.' Konon-konon mahu usha barang2. Kalau ada berkenan,boleh rembat barang satu dua. Duit scholar bulan lepas pon bnyk lagi ni.

Donkey hotei ni kira macam kedai MyDin la kat malaysia. Serba-serbi nenek moyang jual kat sana.Memandangkan aku pon xde keje nak buat, aku follow ah. Nawaitu asal, nak beli stokin tebal pasal kaki aku da naik beku da bile ngadap komputer lama-lama musim2 winter ni.

Sampai2 je, mata aku tertarik kat satu stokin ni. Tebal die ok,bulu pon cantik. Tapi ada slack skit ar pasal corak die cam haram jadah. Puas aku dok belek2, memilih corak yang paling rasional dan logik bagi seorang lelaki. Akhirnya, aku nekad. Aku beli yang ni.



Bila balik rumah, aku terus masuk bilik. Tak buang masa, aku terus sarung selipar yang aku beli tu. Excited. Barang baru la katakan.




Termenung kejap aku ngadap selipar tu bile da kena ngan kaki aku. Dengan corak love kecik-kecik,da macam hape da. Cilake. Aku rasa aku da salah beli la. Ntah apa punya taste aku malam tu pon aku tak tau. Mungkin sbb aku takde choice malam tu, tu yg aku main rembat je asal boleh.

Terus aku pesan kat housemate aku, kalau nk masuk bilik aku,ketuk dulu. Jangan sampai die nampak aku pakai mende alah ni. Sumpah malu.Hilang kemaskulinanku. Oh,tidak...




p/s : selamat ulangtahun blog aku yang ke sebulan. 


Lelaki dan handbag

Sesetengah lelaki ni memang cukup romantik. Cukup sweet. Aku tak nafikan benda tu. Tapi kadang-kadang romantik tu tak bertempat sampai bikin mata aku sakit je.


camni la rupa aku agaknya kalau aku pegang henbeg awek aku. hakhak!


Muka hensem-hensem, bawak beg tangan gucci. Argh....
Kadang-kadang tu muka macho, pakai jaket hitam levis, tapi bawak beg tangan awek kaler pink.Oh tidak...
Muka tak ensem, bawak beg tangan bunga2. No komen..!

Aku tau ang hensem bro. Aku tau ang sayang awek ang.. Aku pon sayang gak awek aku. Tapi takkan la sampai tolong bawakkan handbeg dia. Tak sampai sekilo pon handbag tu aku rasa. Biar je la kaum aweks-aweks yang bawak. Jangan la gedik sangat...

Memang la pada si awek, diorg akan rasa :
1)  Gosh! my boyfie looks soooo sweet ! so romantik! tak macam boyfren u all.
2)  This macho man is belongs to me. Cant u see the handbag he's holding? mine okkaayy!

Tapi pada mata kebanyakan orang (especially laki) , ang kelihatan bodoh dan pelik.




Kalau laki-bini, aku tak heran sangat. Ang tak boleh samakan orang da kawin ngan orang bujang. Kadang-kadang, si bini letih nak dukung baby, so suami dia tolong la bawakkan handbag bini dia. Ha, kalau macam tu, takpe la jugak.

Ni ada satu kes penah terjadi kat member aku. Satu ari member aku ni gi teman mak die gi beli kain kat mall. Die tolong bawakkan handbeg mak dia sbb kesian kan mak dia. Ok, aku respect ar dia ni sbb berbakti pada mak sendri. Nak dijadikan cerita, waktu die lintas jalan, mak die ni jalan slow sampai tertinggal kat blakang. Tiba-tiba lalu sorang brader naik motor ni, tak pasal-pasal terus berhenti, tumbok muke member aku ni. Dia ingatkan member aku ni ragut handbag org tua(mak) tu. Ha, kan da tak pasal2?

So,lepas ni masuk tahun 2010 aku harap aku tak jumpa lagi trend macam ni k ? Jadi la lelaki yg romantik bertempat...melindungi kaum hawa, bukan bererti ang kena jadi boneka. Ya?


updated : picture (credit to photoshop).

Related Posts with Thumbnails