Bile aku takde keje, macam biasa aku suke bersiar-siar dari satu website ke satu website. Ye la kan, mana la tau kalau-kalau ada info/ilmu yang berguna utk aku. Ini ari kan zaman IT? Maklumat sumer kat ujung jari je. Ang cakap je ang nak apa, semua ada.
Tak reti nak masak sambal ayam? taip je "resipi sambal ayam", zaaass! beribu resipi keluar. Sambal ayam johor, sambal ayam pedas, sambal ayam berempah, sambal ayam mawi, semua ada. Pendek kata segala tok moyang sambal, semua keluar. Lengkap dengan sukatan sekali. Tak payah ang nak call mak ang kat kampung, dok tanya "mak, garam ni nak bubuh brapa sudu?".
Ari ni aku ke ruangan soal jawab bersama Dr. Mashitah Ibrahim.
Antara lain info yang aku dapat :
1) SOALAN :
SAYA seorang yang dilahirkan berpunggung agak leper. Jadi saya bercadang untuk menjalani pembedahan menambahkan saiz punggung agar menjadi besar sedikit. Dalam proses pembedahan itu, dua implan berisi silikon atau berisi cecair saline (yang dibuat dari bahan halal) akan dimasukkan ke dalam punggung saya bagi menambahkan saiznya (ia sama seperti proses menjalani pembesaran buah dada). Adakah ia diharamkan?
SHASHA
Kuala Lumpur
JAWAPAN :
Islam menitik beratkan soal kebersihan dan kesihatan. Proses pembedahan seumpama ini jika mengundang kemudaratan adalah dilarang.Tujuan puan mahu melakukannya juga harus jelas. Jika sekadar mahu kelihatan cantik saja eloklah dihindarkan perkara yang shubhah ini. Jika ia kehendak suami demi menjaga keharmonian rumah tangga yang sudah dibina dapatkan dulu nasihat doktor pakar islam untuk menjamin kesihatan supaya tidak mudarat.
*********************************************************
Lepas belek-belek lebih kurang, aku pon mula la buat keje gila, macam biasa. Aku carik info berhubung soal jawab seks dalam rumahtangga plak. Well, aku dah 23 kot? Lagi 4 tahun da nak kawen. Aku berhak belajar benda-benda ni demi 'kesejahteraan' rumahtangga aku kelak. Wah!
Tetiba terjumpa soalan bodoh ini.
(jangan click kalau ang belom cukop umoq!)
Oh,ok. Takpe2. Bagus! Malu bertanya sesat jalan kan? Pedulikkan mereka yang ketawa! Haha.
*********************************************************
And then, aku merayau lagi sampai la ke ruangan soal jawab cinta remaja. Ini part yg paling aku tak berapa berkenan. Kadang-kadang soalan yang diajukan terlalu common. Sampaikan aku rasa, "eh,budak yang soal ni, mak ayah die tak antar skolah ke?". Soalan die lebih kurang camni.
Soalan :
Dr Love, saya jatuh cinta dengan abang senior skolah saya. Tapi dia tak cintakan saya. Macamana ya?
-gadis buntu,Ipoh-
Jawapan :
Dr Love faham masalah saudari. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Lupakan dia, cari yg lain. Itu penyelesaian terbaik.
Yang peliknya, doktor tu boleh layan plak soalan-soalan macam tu. Kalau la aku jadi Dr.Love tu, aku akan jawab dengan jujurnya "Tak payah la kau nak menggedik. Dah orang tak suka tu, tak reti-reti ke?".
*******************************************************
Jadi,hari ni aku nak adakan sesi soal jawab berhubung masalah cinta remaja versi aku sendiri.
Surat.
Soalan :
Dr.Zack, saya merupakan seorang penuntut tahun 2 jurusan seni lukis di salah sebuah IPTA di Malaysia. Di situ, saya berkenalan dengan seorang lecturer lelaki yang tampan dan cukup berketerampilan. Hubungan student dan guru yang saya sangkakan biasa pada awalnya bertukar kepada perasaan cinta. Setiap hari saya akan mengekori beliau ke pejabatnya atas alasan mahu bertanyakan soalan-soalan tutorial, walhal saya sebenarnya ingin melihat wajahnya sahaja. Apa yang perlu saya lakukan Dr.Zack ?
Gadis bengong,
Kuala Lumpur.
Jawapan :
Pertama sekali, Dr.Zack faham dengan masalah anda. Jurusan seni lukis memang satu jurusan yang mencabar. Setiap minggu ada saja tugasan dan tutorial yang perlu diselesaikan. Dr.Zack tau sebab Dr.Zack dulu pon menuntut jurusan yg sama. Dan sampai sekarang pon Dr.Zack masih lagi jatuh cinta pada lecturer wanita di tempat Dr.Zack belajar tu. Dr.Zack pon buntu! Apa kata kita lupakan soal lecturer tu, kita berdua kawin je? Anda tentu cun kan?
Email
Soalan :
Saya sudah puas bertanya pendapat rakan-rakan saya tapi semuanya tak membantu. Saya berharap sangat Dr.Zack dapat membantu saya kali ni. Buat pengetahuan Dr.Zack, saya merupakan seorang gadis berusia 22 tahun dan masih belajar. Sebagai seorang manusia normal, saya tak lari dari perasaan cinta dan ingin dicintai. Saya menjalinkan hubungan cinta dgn rakan sekelas saya. Masalahnya ialah rakan sekelas saya itu seorang perempuan.. Saya tak tau kenapa wujud perasaan cinta pada dia. Saya tau percintaan songsang kami ni tak kemana. Tapi saya sayangkan dia! Tolong saya Dr.Zack!
Gadis dilema,
Seremban.
Jawapan :
Masalah sebegini sudah seringkali Dr.Zack dengar. Dr.Zack rasa anda berdua ni bodoh. Mesti setiap kali ujian pendidikan agama islam, anda dapat markah C dan kebawah kan? Celah mana yang menariknya kawan perempuan anda tu, sampai anda boleh tergoda pada dia? Apa kurangnya Dr.Zack? Masih tak cukup kacak kah?
Sms
Soalan :
Dr.Z,saya ada adik angkat cun di skolah. Dia sayangkan saya dan mintak couple ngan saya. Tapi saya tak nak. Saya nak belaja lagi. Tambahan pulak,saya anggap die macam adik je. Saya da cuba terangkan pada dia, tapi die tak faham. Die tetap nakkan saya! Dan ini bukan kali pertama saya ada masalah begini. Dulu kakak angkat saya pernah meluahkan prasaan cintanya pada saya, tapi saya tolak mentah-mentah. Untuk pengetahuan Dr.Z, saya ni kacak orangnya. Selalu menjadi rebutan di kalangan pelajar perempuan di skolah. Kadang-kadang saya puas mencari alasan untuk menepis cinta mereka. Apa harus saya lakukan Dr.Z?
Brader kacak,
JB
Jawapan :
Pegi mampos dengan anda.
Ada soalan lain? boleh hantarkan di
SINI
********************************************************
p/s : aku amik kesempatan ni ucapkan thanks kat
Qeera sebab sudi review blog aku secara percuma di page beliau. Korang boleh baca kat
sini.