Showing posts with label fesyen jepun. Show all posts
Showing posts with label fesyen jepun. Show all posts

Fashion jepon

Semenjak, dua menjak ni idop aku agak kucar-kacir skit. Kepala semak dengan macam-macam masalah duniawi. Banyak bende nak kene setelkan dalam masa yang terdekat. Jepon ni leceh sikit. Ops. Silap! Leceh banyak.

Bebudak da start cuti musim bunga. Dengar citer, junior 1st year ramai yang da balik Malaysia bercuti. Maklum la, cuti panjang. Kalau ikut kalender cuti yang pihak universiti bagi awal semester dulu, cuti kali ni sebulan lebih jugak lamanya. Ikut ati, mau je aku balik sama, tapi nak buat macam mana? Keje banyak tak setel. Housemate ajak pindah rumah baru sebab rumah aku duduk skarang ni banyak problem! Paip gas bocor la, lantai dapor kopak la, jiran memekak la... macam-macam hal.

Ni nak carik part-time job pon satu bala gak. Semuanye nak kan pengesahan pihak universiti. Entah hapa-hapa. Kalau kat Malaysia, ang nak carik part time job punye la senang. Datang je stesen minyak memana, tanya je "bang, ada keje kosong tak?". Esok lusa da boleh masuk keje. Setel. Tak payah nak pakai cop tandatangan lecturer sumer-sumer.

*************************

Pada kengkawan kat blog, aku mintak maaf siang-siang kalau-kalau ada soalan ang yang tak sempat aku jawab. Bukan apa, tak terkejar dek masa. Malam tadi baru dapat rilek-rilek sikit layan movie citer indonesia, "Merantau".

Boleh tahan ar citer die. Lebih kurang macam citer Ong-Bak. Gaduh-gaduh punye cerita. Tapi plot die longgar ah. Harap awek je cun. Housemate aku lagi tak guna. Awal-awal tengok punye la semangat. Masuk setengah jam cerita, aku tengok die da berdengkur. Cilake. Memang tak boleh bawak berunding !
So, memandang kan aku free kejap ni, aku ingat nak conteng-conteng skit ah. Itu ari ada sape ntah suruh aku tulis pasal dunia fashion kat jepon. Aduhai... Aku bab-bab fashion ni aku out sikit la. Tapi aku try tulis apa yang aku tau k?

*******************************

Aku mulakan dari zaman tadika kanak-kanak jepon. Ok, kalau ang ingat-ingat balik masa zaman kite kanak-kanak kat Malaysia dulu, bile masuk tadika, kan ada uniform masing2? Macam aku kekecik dulu, uniform taska ABIM masa tu kaler ijau muda kalau tak silap.. Kalau bebudak tadika KEMAS plak, uniform die kaler biru. Pendek kata, lain skolah, lain uniformnya. 

Bebudak jepon plak simple je. Topi dengan beg. Tu jer yang nampak ketara menunjukkan diorg tu bebudak preschool.


Kalau ang slalu tengok citer shin chan, perasan tak ada beg macam ni? Ha, beg ni memang khas dicipta untuk bebudak skolah kat jepon. Harga die mahal. Aku try usha dalam internet, harga die ada yang cecah 300 US dollar. Kulit die tebal dan keras, memang dicipta supaya tahan lasak sebab beg ni akan diguna sepanjang 6 tahun zaman skolah rendah tu.

 

Sistem pembelajaran pra-persekolahan diorang sangat menarik. Kalau ang jalan-jalan kat jepon, kadang-kadang boleh nampak sekumpulan kanak-kanak jepon dengan topi yang comel, jalan berpegangan tangan sambil dipimpin oleh beberapa org cikgu. Dalam bahasa jepon, dipanggil "ensoku" maksudnya lebih kurang macam "field trip". Masa ni, diorang akan diwajibkan pakai topi yang kaler terang supaya cikgu senang nak detect kekalau ada budak yang ilang/tercicir.

Aku rasa cara pembelajaran macam ni bagus untuk bebudak yang masih "hijau". Kadang-kadang boleh nampak macam mana cikgu diorang ajar cara melintas jalan, cara greet/ucap selamat kat orang tua, dan macam-macam lagi. Maklum la...bebudak kan senang tangkap benda yang die nampak? Aku rasa maybe Malaysia pon patut buat macam ni... Aku perhatikan cikgu tadika kat Malaysia asyik-asyik ajar bebudak mewarna, menyanyi dan melompat (senaman) je. Paling advance pon ajar baca doa makan. Cuba la sekali skala bawak bebudak jalan-jalan? 

*****************************

Ok, kite masuk bab skolah menengah plak. Bile masuk skolah menengah, setiap skolah ada uniform masing-masing. Tapi yang pastinya uniform diorang sangat cool ok? 1st, kite usha dulu fashion yang disenaraikan dalam top-rated-seifuku (uniform) bagi tahun 2008 kalau tak silap.

Photobucket

Aku suke yang nombor 3 dari kiri. Eceh! 

Bebudak pempuan memang cantik-cantik uniform diorang. Tapi bile masuk part mini-skirt tu, ada cerita sikit. Macam mana nak cakap ek? Ok, macam ni... Dulu, dari apa yang aku dengar, bebudak pempuan skolah mnengah ni, diorang macam ada satu trend tau. Siapa yang pakai mini-skirt paling pendek, die la yang paling cool dan berani. Ha, lebih kurang macam tu la. Tapi tak semua tempat yang ikut fahaman ni. Biasanye bebudak bandar je. Dan, ada pihak skolah yang benarkan pakai skirt pendek-pendek, dan ada pulak yang tak benarkan. Depends pada skolah.

 

Dalam satu survey yang dibuat, diorang ada ranking kan senarai mini-skirt yang terpendek mengikut kawasan/tempat. Ok, macam yang ang tengok dalam gambar atas ni. Bebudak pempuan highscool kat Tokyo dapat ranking pertama yang mana purata panjang skirt diorang 16.7 cm dari paras lutut. Biasa la, bebudak bandar. Kire kalau kat Malaysia tu, ang tengok la fashion bebudak KL, kan macam sedikit advance gitu? Hehe.




Bagi bebudak laki pulak, fashion uniform diorang lebih kurang sama macam kat Korea. Memang smart! Tak tipu punye. Tapi kat Malaysia tak boleh nak buat macam ni. Masuk time rehat, mau berbau satu kelas! berpeluh ketiak! paling tidak tak cukup sobotol Rexona nak cover. Al maklum laa.. Malaysia kan panas?

 

Bile sebut pasal fashion bebudak lelaki ni, aku nak habaq skit ah. Aku perhatikan bebudak pempuan Melayu ari ni ramai betul yang fanatik ngan artis-artis lelaki jepon ngan korea. Pasai pa ek? Pelik tengok taste ang ni. Hehe. Sorry to say la kan...tapi ni pendapat aku. Ang tak rasa macam diorang tu jambu sangat ke? Kadang-kadang aku sendiri pon naik confuse nak bezakan laki ke pempuan. Sebab muke memasing lebih kurang je...

Maybe sebab ang tengok diorang berlakon macam cool je kan? Hehe. Silap besaq ah wei! Kalau ang dok jepon ni, ang tau la macam mana kesotongan mereka. Dalam drama je berlakon letap-letop! Konon-konon die la hero paling cool. Bertumbok tak nak kalah punye. Tapi bile belakang scene, menari macam bapok. Ha-ha. Sukati ang ler...

Tapi kalau la aku jadi pempuan kan... KALAU la ek?

Kalau aku laa, aku prefer laki yang betul-betul 'pure' punye!




Ini macam baru la 'jantan' ! Memang takde ciri-ciri yang menampakkan yang die tu pempuan. Kalau ang baca novel-novel inggeris pon, diorang describe lelaki yang macho macam mana? "Dark, tall and handsome" kan? Mana ada istilah lelaki putih-putih ni? Jambu weyh! Hakhak! Jadi laki, biar gelap skit takpe.

Eh! Lari topik plak. 

******************************

Ok la, cukup dulu kot. Nanti tulis lagi. Sekian.




p/s : Thanks pada yang sudi follow blog budak sewel ini. Ang memang terbaik! Heh!




Related Posts with Thumbnails