Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Drama sebabak 1

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
dengan bangganya mempersembahkan
sebuah drama hasil terbitan beliau sendiri...yang diberi judul


arahan sepenuhnya oleh : ZackZukhairi
skrip : ZackZukhairi

Scene 1 ( Di sebuah bus-stop di KLCC)
Situasi : Fasha,si gadis cantik metropolitan berusia lingkungan 20-an sedang menunggu bas untuk ke Masjid Jamek. Tiba-tiba lalu seorang pemuda yang tak kurang tampannya di hadapan beliau dan drama pun bermula....

Fasha : Err...Encik, surat khabar incik jatuh.
Roy : Oh,thanks. Tak prasan plak. (sambil tersenyum gaya macho).
Fasha : (tersenyum)
Roy : Anyway, da lama ke tunggu ?
Fasha : Sorry ?
Roy : Oh,no no... I mean... dah lama ke tunggu BAS ?
Fasha : Oh, tak la. Baru je. Dalam setengah jam?
Roy : Haha. Tak sangka u pandai buat lawak. (Umpan dipasang kemas)

Fasha : (tersenyum)
Roy : Hurm...patut la... (sambil membelek jam ditangan nya)
Fasha : Excuse me?
Roy :Oh takde, skarang ni da masuk lunch hour. Patut la susah nak dapat bas.
Fasha : Oh... I see...




(Kelihatan dari jauh, sebuah bas rapidKL bernombor 43D tersipu-sipu datang...)

Roy : Eh, bas i da sampai. U jangan jeles ok? I rasa u naik teksi je la susah2. Ha ha.
Fasha : Eeii, jahat! (sambil menjuih bibir bajet comel)

Fasha : Eh,wait! Tu bas I la!
Roy : Really? U nak pegi mana?
Fasha : I nak pegi Masjid Jamek.
Roy : Oh,kalau macam tu,betul la tu. Sama la ngan I. Hehe. Macam ada jodoh plak kita ni. (Wah!)
Fasha : Wekk! (buat muka comel lagi)


Scene 2 (Dalam bas)
Roy sengaja bagi Fasha naik dulu konon-konon gentleman gitu.
Roy port betul2 sebelah Fasha.
Matlamat cuma satu - No phone Fasha.

Roy : Haish...(mengeluh)
Fasha : Knapa ?
Roy : Ni haa... (sambil menunjukkan surat kabar METRO yg dibawa tadi) Tak habis-habis kemalangan. Hari-hari ada kemalangan. Bawak bas yang sebesar alam tu pon boleh berlanggar. Ni tak lain,kes cuai la ni! (Roy tarik muka serius konon2 macam seorang warga yang prihatin)
Fasha :  A'ah. I ada baca jugak berita pasal tu. Skang ni takut betul nak naik bas malam-malam...

(Wah! dalam hati Roy berkata 'ini awek mesti syok sama guwa. Lelaki up to date ni!" )

Roy :  Eh,kita ni dari tadi sembang. I tak tau pon nama u lagi. Nama I Roy. U ?
Fasha :Hehe. Tu la... Dari tadi I tunggu u tanya soalan ni sebenarnya. (gatal !) Nama I Fasha...
Roy : Waaa! Bestnya nama. Macam artis! Fasha Sandha. Cantik macam tuan dia jugak.

(pancing Roy...pancing lagi...)

Fasha : (tersenyum sipu sambil melarikan pandangan ke tingkap bas)
Roy : Ececeh,malu malu meow pulak...
Fasha : Eeii..! Jahat la u ni! (senyum bajet cute buat kali ke2)
Roy :  Eh,u nak gi Masjid Jamek buat apa? I tau! U mesti nak shopping tudung kan?
Fasha : Eeee! Pandai! macam mana u tau?
Roy :  I tengok tudung u pakai, i da boleh agak. Sbb kat sana banyak jual tudung cantik-cantik kan?
Fasha :: Yup! terer la u ni!

(Padahal, Roy memang slalu teman awek die beli tudung kat situ)

Roy :  Eh,tak la. I teka je. (tersenyum kontrol macho )
Fasha : U pulak ? Buat apa gi Masjid Jamek?
Roy :  I nak pergi semayang jumaat laa..hehe.

(dalam hati Roy - "wah, mesti awek ni suka laki alim dan warak mcm aku)

Fasha : Wah! Bagus nya u. (tersenyum manis)
Roy : Eh, tak la. Biasa je Fasha...Kita ni kaum laki-laki kene la dekat-dekat kan diri ngan masjid skit. Esok-esok da kawen, xde la kekok nak jadi Imam kpada isteri. Kan?

(Wah, Roy main kotor. Dia guna teknik dakwah pulak... )

Fasha : Kalau semua laki-laki macam u, bertuah semua pempuan kat malaysia ni.

Dipendekkan cerita, bas pun sampai di Masjid Jamek.

Roy : Nice having chat with u, Fasha... Anyway, ni email I. Nanti add I kat facebook k? I tunggu.
(sambil menghulurkan secarit kertas surat kabar yg tertulis emailnya)
Fasha : Emm...Ok.

Scene 3 ( Malam kejadian. Lokasi : bilik Roy)

Roy tersenyum panjang. Balik-balik terus bukak laptop. Website pertama dicarik nya - Facebook.com

Seronok bukan kepalang bile terlihat ada new friend request dari fasha.


Ditenungnya lama-lama gambar profile Fasha.
Gambar pengantin baru.

"Ah! ni gambar member dia kot..."
(Roy cuba sedapkan hati sendiri)

Roy cuba usha wall profile Fasha... Klik!





Terkedu melihatkan status fecbuk Fasha.

Perlahan-lahan cursor mouse Roy bergerak ke arah button 'ignore'.
Klik!

"Celaka."







p/s : lelaki...lelaki...trick lu dalam  poket guwa la. hakhak.


[picture kawen : credit to akak aku]

Related Posts with Thumbnails