Awal Januari 2009.
Pagi tu macam biasa kaki aku melangkah longlai menuju ke kelas. Subjek 1st period hari tu - quantum mechanics. Subjek yang sememangnya tak best langsung. Lecturer pulak Otsuka sensei. Umur dalam lingkungan 40-an. Pakai spek bingkai hitam, rambut hitam berkilat sikat belah tepi, baju kemeja kemas, tali leher jerut sampai cecah kerongkong. Cukup untuk menggambarkan dirinya seorang lecturer berkaliber.
Dingg dongg...!
Loceng da berbunyik. Senyap sunyi satu pelosok Universiti. Class yang tadinya riuh rendah dengan hilai tawa, semuanya terdiam. Menikus. Langsung takde suara.
Dengan pandangan yang serius ke arah student, Otsuka sensei memulakan lecture pagi tu. "Hait, dewa hajimemashou..." atau dalam bahasa melayu nya "baiklah, kite mulakan skarang.".
Macam biasa, port aku sebelah tingkap, lebih kurang 4 meja dari belakang. Port yang aku rasa cukup selamat. Biasanya kalau sensei nak soal student, die mesti aim sama ada budak yg duduk barisan depan skali atau blakang skali. So, port aku tu kire paling strategik. Sengaja aku pilih sebelah tingkap kononnya kalau mengantuk time lecture, boleh la cuci mata pandang pokok-pokok hijau yang segar kat luar kelas. Tapi biasanya, tak sempat aku tengok pokok-pokok tu, aku da terbungkang atas meja dah.
***************************
Kuliah pagi tu sangat 'fun'. Sensei ajar macam mana tindak balas yang melibatkan tenaga cahaya. Dari jauh, sayup-sayup aku dengar die sebut "max planck". Ntah kejadah hape ntah. Aku usha blackboard. Aku nampak huruf-huruf yang macam selalu aku nampak.
Oh, okay! Aku sambung tido.
Baru kepala aku nak landing atas lengan, tetiba bahu aku disentap. "Sapa plak ngacau time tido aku ni?" bisik ati aku. Aku toleh belakang. Yukiko sengih manja. Yukiko ni classmate aku. Japanese girl. Comel! Suara macam sizuka dalam cerita doremon.
(soundtrack)
"Hait, nani ka...?" ( Ya, ada apa-apa ke? )
"Un un..." Die menggeleng kepala sambil senyum. Die hulur aku sekeping kertas. Aku balas senyuman die, aku capai kertas tu.
Aku balik ke posisi asal. Aku bukak lipatan kertas yang dia bagi. Dengan mata separuh terbuka, aku gagahkan jugak untuk baca. Isi kandungannya sudah pasti dalam bahasa jepon. Tapi aku translate kan ke Bahasa Melayu untuk bagi ang faham. Bunyi suratnya lebih kurang begini...
"Zack kun. Saya da lama perhatikan awak. Dari tahun satu lagi. Saya selalu nak tegur awak, tapi saya malu. Saya takut awak marah. Lagipun awak foreigner. Mesti awak tak suka kawan dengan japanese macam saya...Tapi hari ni saya nekad. Saya betul-betul nak kenal awak. Boleh tak kita kawan?"
Di hujung ayat tu, ada satu icon comel. ◕ ‿ ◕
**********************************
Mata yang tadinya layu, ternganga luas! Eh Apahal? tak penah-penah aku dapat surat cinta macam ni. Err... maksud aku surat cinta dari japanese. Kalau surat cinta dari malay girl, tak heran. Berlambak.
Aku capai pensel tekan. Aku koyak skit kertas tu, aku tulis "ii yo, betsuni. =) " atau dalam bahsa melayu "ok je, tak kesah pon. =) "
Aku pass kat die. Tersengih-sengih die sambut kertas tu. Lecturer kat depan membebel sorang-sorang. Aku ngan Yukiko boley bantai romantika-de-amor kat belakang. Ah nice!
*********************************
Jam da pukul doblas tengahari. Waktu rehat untuk lunch. Macam biasa, time-time camni aku da balik bilik dah. Kalau nak lepak cafe pon buat buang masa je. Bukan boleh makan apa bende pon. Semuanya haram belaka.
Tetengah aku kemas beg, yukiko datang kat aku. "Isshoni tabemasenka?" ( Makan sama2 jom? )
Wah!Terkejut aku. Die bukak bento (bekal) die depan aku. Aku jeling nipis. Aku nampak ada nasik, sayur carrot, ngan ham kaler pink.
Aku balas dengan baik, "ano...chotto... boku wa saa... niku taberarenain da. Gomen ne.." (err...excuse me. i dont eat meat.. Sorry).
Die diam. Aku pun diam. Dua-dua diam. Sunyi...
"Tapi takpe!! saya teman awak makan ok?" aku bersuara bagi memecah kebuntuan suasana...
Die senyum sambil mengangguk.
Bermula dari hari tu, detik perkenalan kitorang pon bermula...
*******************************
Sedar tak sedar, dah dekat seminggu kitorang kawan baik. Da macam couple pulak aku rasa. Mana tak nya? berkepit je 24 jam. Ke library, ke bilik komputer, ke lecture hall, pendek kata ke mana saje aku mesti ada ngan die. Segala assignment, report, sumer kitorang buat sesama. Tak kurang jugak banyaknya perkataan japanese baru yang die ajar aku.
Tapi aku perasan something. Bebudak jepon yang lain macam tak senang tengok aku kawan ngan Yukiko. Member japanese aku yang lain da macam tak campor ngan aku lagi dah. Kalau dulu, selalu gak diorang tegur-tegur aku. Tapi sejak aku geng ngan Yukiko ni, memasing buat donno je. Macam jealous ngan aku je...
Yukiko perasan air muka aku berubah. Die tanya kenapa? Aku jawab takde pape...
***************************
Hari tu hari Sabtu. Cuti.
Yukiko sms aku ajak kuar jalan-jalan. Memandangkan aku pon xde keje, aku jawab "ok".
Hari tu Yukiko dressing cukup comel. Baju putih, gaun kembang. Siap bawak teddy bear. Ntah hape motifnya, aku pon tak tau. Tapi yang pastinya, die cukup comel ari tu. Aku pulak pakai simple macam biasa. Shirt ngan jeans. Aku usha jam. Da pukul 1 tghari. Nak lari balik tukar baju, macam tak dan je. Ah, lantak ah! kite mesti cool.
Yukiko kata die tak kisah aku pakai apa pun. Die senyum je. Aku tarik napas lega.
Kitorang jalan-jalan. Dari satu kedai, ke satu kedai. Yukiko minat tengok baju-baju kaler pink. Aku temankan aje. Walaupon dalam hati aku meluat gile tengok kaler tu.
Tiba-tiba tengah jalan-jalan, die pegang tangan aku. Jari jemari kitorang bertemu. Erat. Lembut.
Sebagai lelaki, aku punya ego aku sendiri. Aku diam tanpa suara. Membiarkan jari jemari tu bertaut sekian lamanya. Menghiasi hari indah aku dan si dia...
***********************
Pukul 6 petang. Hari da gelap. Umpama pukul 8 malam waktu Malaysia.
Aku hantar Yukiko balik. Aku bukan jenis jantan keparat cap ayam yang kluar dengan anak dara orang sesuka hati, tapi tak reti hantar pulang.
Sampai depan pintu rumah Yukiko, aku mintak diri untuk beredar. Tak sedap hati pulak aku. Rumah die gelap. Mungkin parent die tak balik keje lagi kot.
Tiba-tiba Yukiko tarik tangan aku. Belum sempat aku nak respon apa-apa, die peluk aku. Erat! Suasana sunyi seketika. Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku rasa bahu aku basah dengan cecair panas. Aku toleh kepala. Dalam samar-samar, aku dapat lihat Yukiko menangis...
Aku balas pelukannya...dengan harapan tangisannya reda...
Semuanya datang terlalu pantas. Aku tak tau apa yang patut aku buat...
Yukiko tarik aku masuk ke ruang kamarnya... Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak mampu untuk menolak. Semuanya bagaikan sudah tertulis! Aku seolah-olah merelakan apa jua yang dia buat.
Yukiko menolak aku perlahan ke atas katil empuknya. Dalam sayup-sayup cahaya, aku dapat lihat susuk tubuh Yukiko yang mengiurkan. Seketika kemudian aku rasakan badan aku ditindih. Aku rasa aku tewas malam ni... Serius!
"Zack, bangun! Makan jom? Aku lapaq ni."
Aku bukak mata. Housemate aku tercongok kat ujung katil. Celaka! Aku mimpi je rupanya!
Tiba-tiba Yukiko tarik tangan aku. Belum sempat aku nak respon apa-apa, die peluk aku. Erat! Suasana sunyi seketika. Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku rasa bahu aku basah dengan cecair panas. Aku toleh kepala. Dalam samar-samar, aku dapat lihat Yukiko menangis...
Aku balas pelukannya...dengan harapan tangisannya reda...
"Awak ok ke?" aku tanya perlahan cuba untuk menenangkan die.
"Daisuki yo...Zack kun..."
( I like u so much, zack )...
"Daisuki yo...Zack kun..."
( I like u so much, zack )...
Semuanya datang terlalu pantas. Aku tak tau apa yang patut aku buat...
Yukiko tarik aku masuk ke ruang kamarnya... Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak mampu untuk menolak. Semuanya bagaikan sudah tertulis! Aku seolah-olah merelakan apa jua yang dia buat.
Yukiko menolak aku perlahan ke atas katil empuknya. Dalam sayup-sayup cahaya, aku dapat lihat susuk tubuh Yukiko yang mengiurkan. Seketika kemudian aku rasakan badan aku ditindih. Aku rasa aku tewas malam ni... Serius!
*************************
"Zack, bangun! Makan jom? Aku lapaq ni."
Aku bukak mata. Housemate aku tercongok kat ujung katil. Celaka! Aku mimpi je rupanya!
Aku capai towel, aku masuk bilik air...
"Sahaja aku mandi...."
Bedeburr!!
p/s : kuang kuang kuang... ada orang da kene tipu! hakhak! jangan marah~
(note: Gambar tu aku shoot masa hari cosplay last year. Ntah awek jepon mana ntah. Aku pakai sesah je! Haha"
.




