Showing posts with label dongeng. Show all posts
Showing posts with label dongeng. Show all posts

Cinta aku dan Yukiko

Awal Januari 2009.

Pagi tu macam biasa kaki aku melangkah longlai menuju ke kelas. Subjek 1st period hari tu - quantum mechanics. Subjek yang sememangnya tak best langsung. Lecturer pulak Otsuka sensei. Umur dalam lingkungan 40-an. Pakai spek bingkai hitam, rambut hitam berkilat sikat belah tepi, baju kemeja kemas, tali leher jerut sampai cecah kerongkong. Cukup untuk menggambarkan dirinya seorang lecturer berkaliber.


Dingg dongg...!
Loceng da berbunyik. Senyap sunyi satu pelosok Universiti. Class yang tadinya riuh rendah dengan hilai tawa, semuanya terdiam. Menikus. Langsung takde suara.

Dengan pandangan yang serius ke arah student, Otsuka sensei memulakan lecture pagi tu.  "Hait, dewa hajimemashou..." atau dalam bahasa melayu nya "baiklah, kite mulakan skarang.".

Macam biasa, port aku sebelah tingkap, lebih kurang 4 meja dari belakang. Port yang aku rasa cukup selamat. Biasanya kalau sensei nak soal student, die mesti aim sama ada budak yg duduk barisan depan skali atau blakang skali. So, port aku tu kire paling strategik. Sengaja aku pilih sebelah tingkap kononnya kalau mengantuk time lecture, boleh la cuci mata pandang pokok-pokok hijau yang segar kat luar kelas. Tapi biasanya, tak sempat aku tengok pokok-pokok tu, aku da terbungkang atas meja dah.

***************************

Kuliah pagi tu sangat 'fun'. Sensei ajar macam mana tindak balas yang melibatkan tenaga cahaya. Dari jauh, sayup-sayup aku dengar die sebut "max planck". Ntah kejadah hape ntah. Aku usha blackboard. Aku nampak huruf-huruf yang macam selalu aku nampak.
E = h \nu\!
Oh, okay! Aku sambung tido.


Baru kepala aku nak landing atas lengan, tetiba bahu aku disentap. "Sapa plak ngacau time tido aku ni?" bisik ati aku. Aku toleh belakang. Yukiko sengih manja. Yukiko ni classmate aku. Japanese girl. Comel! Suara macam sizuka dalam cerita doremon. 

(soundtrack)

"Hait, nani ka...?" ( Ya, ada apa-apa ke? )

"Un un..." Die menggeleng kepala sambil senyum. Die hulur aku sekeping kertas. Aku balas senyuman die, aku capai kertas tu. 

Aku balik ke posisi asal. Aku bukak lipatan kertas yang dia bagi. Dengan mata separuh terbuka, aku gagahkan jugak untuk baca. Isi kandungannya sudah pasti dalam bahasa jepon. Tapi aku translate kan ke Bahasa Melayu untuk bagi ang faham. Bunyi suratnya lebih kurang begini...

"Zack kun. Saya da lama perhatikan awak. Dari tahun satu lagi. Saya selalu nak tegur awak, tapi saya malu. Saya takut awak marah. Lagipun awak foreigner. Mesti awak tak suka kawan dengan japanese macam saya...Tapi hari ni saya nekad. Saya betul-betul nak kenal awak. Boleh tak kita kawan?"

Di hujung ayat tu, ada satu icon comel. ◕ ‿ ◕

**********************************
Mata yang tadinya layu, ternganga luas! Eh Apahal? tak penah-penah aku dapat surat cinta macam ni. Err... maksud aku surat cinta dari japanese. Kalau surat cinta dari malay girl, tak heran. Berlambak.

Aku capai pensel tekan. Aku koyak skit kertas tu, aku tulis "ii yo, betsuni. =) " atau dalam bahsa melayu "ok je, tak kesah pon. =) "

Aku pass kat die. Tersengih-sengih die sambut kertas tu. Lecturer kat depan membebel sorang-sorang. Aku ngan Yukiko boley bantai romantika-de-amor kat belakang. Ah nice!

*********************************

Jam da pukul doblas tengahari. Waktu rehat untuk lunch. Macam biasa, time-time camni aku da balik bilik dah. Kalau nak lepak cafe pon buat buang masa je. Bukan boleh makan apa bende pon. Semuanya haram belaka.

Tetengah aku kemas beg, yukiko datang kat aku. "Isshoni tabemasenka?" ( Makan sama2 jom? )

Wah!Terkejut aku. Die bukak bento (bekal) die depan aku. Aku jeling nipis. Aku nampak ada nasik, sayur carrot, ngan ham kaler pink.


Aku balas dengan baik, "ano...chotto... boku wa saa... niku taberarenain da. Gomen ne.." (err...excuse me. i dont eat meat.. Sorry).

Die diam. Aku pun diam. Dua-dua diam. Sunyi...
"Tapi takpe!! saya teman awak makan ok?" aku bersuara bagi memecah kebuntuan suasana...

Die senyum sambil mengangguk. 

Bermula dari hari tu, detik perkenalan kitorang pon bermula...

*******************************

Sedar tak sedar, dah dekat seminggu kitorang kawan baik. Da macam couple pulak aku rasa. Mana tak nya? berkepit je 24 jam. Ke library, ke bilik komputer, ke lecture hall, pendek kata ke mana saje aku mesti ada ngan die. Segala assignment, report, sumer kitorang buat sesama. Tak kurang jugak banyaknya perkataan japanese baru yang die ajar aku.

Tapi aku perasan something. Bebudak jepon yang lain macam tak senang tengok aku kawan ngan Yukiko. Member japanese aku yang lain da macam tak campor ngan aku lagi dah. Kalau dulu, selalu gak diorang tegur-tegur aku. Tapi sejak aku geng ngan Yukiko ni, memasing buat donno je. Macam jealous ngan aku je...

Yukiko perasan air muka aku berubah. Die tanya kenapa? Aku jawab takde pape...

***************************

Hari tu hari Sabtu. Cuti.

Yukiko sms aku ajak kuar jalan-jalan. Memandangkan aku pon xde keje, aku jawab "ok".

Hari tu Yukiko dressing cukup comel. Baju putih, gaun kembang. Siap bawak teddy bear. Ntah hape motifnya, aku pon tak tau. Tapi yang pastinya, die cukup comel ari tu. Aku pulak pakai simple macam biasa. Shirt ngan jeans. Aku usha jam. Da pukul 1 tghari. Nak lari balik tukar baju, macam tak dan je. Ah, lantak ah! kite mesti cool.

amacam? comel tak?

Yukiko kata die tak kisah aku pakai apa pun. Die senyum je. Aku tarik napas lega. 

Kitorang jalan-jalan. Dari satu kedai, ke satu kedai. Yukiko minat tengok baju-baju kaler pink. Aku temankan aje. Walaupon dalam hati aku meluat gile tengok kaler tu. 

Tiba-tiba tengah jalan-jalan, die pegang tangan aku. Jari jemari kitorang bertemu. Erat. Lembut.

Sebagai lelaki, aku punya ego aku sendiri. Aku diam tanpa suara. Membiarkan jari jemari tu bertaut sekian lamanya. Menghiasi hari indah aku dan si dia...
***********************

Pukul 6 petang. Hari da gelap. Umpama pukul 8 malam waktu Malaysia.

Aku hantar Yukiko balik. Aku bukan jenis jantan keparat cap ayam yang kluar dengan anak dara orang sesuka hati, tapi tak reti hantar pulang.

Sampai depan pintu rumah Yukiko, aku mintak diri untuk beredar. Tak sedap hati pulak aku. Rumah die gelap. Mungkin parent die tak balik keje lagi kot.

Tiba-tiba Yukiko tarik tangan aku. Belum sempat aku nak respon apa-apa, die peluk aku. Erat! Suasana sunyi seketika. Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku rasa bahu aku basah dengan cecair panas. Aku toleh kepala. Dalam samar-samar, aku dapat lihat Yukiko menangis...

Aku balas pelukannya...dengan harapan tangisannya reda...

"Awak ok ke?" aku tanya perlahan cuba untuk menenangkan die.

"Daisuki yo...Zack kun..."    
( I like u so much, zack )...

Semuanya datang terlalu pantas. Aku tak tau apa yang patut aku buat...

Yukiko tarik aku masuk ke ruang kamarnya... Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak mampu untuk menolak. Semuanya bagaikan sudah tertulis! Aku seolah-olah merelakan apa jua yang dia buat.

Yukiko menolak aku perlahan ke atas katil empuknya. Dalam sayup-sayup cahaya, aku dapat lihat susuk tubuh Yukiko yang mengiurkan. Seketika kemudian aku rasakan badan aku ditindih. Aku rasa aku tewas malam ni... Serius!

*************************

"Zack, bangun! Makan jom? Aku lapaq ni."

 Aku bukak mata. Housemate aku tercongok kat ujung katil. Celaka! Aku mimpi je rupanya!

Aku capai towel, aku masuk bilik air...


"Sahaja aku mandi...."


Bedeburr!!



p/s : kuang kuang kuang... ada orang da kene tipu! hakhak! jangan marah~


(note: Gambar tu aku shoot masa hari cosplay last year. Ntah awek jepon mana ntah. Aku pakai sesah je! Haha"


.



Singapura dilanggar todak 2010

(Ini adalah cerita dongeng)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


p/s : Kata orang tua-tua, begitu lah asal usul pantun "pisang emas dibawa belayar...".
Ok. Aku tipu.


(note : cerita ini diadaptasi dari kisah dongeng dulu-dulu. sila jangan percaya)
.

Batu Belah Batu Bertangkup 2010



 
 
 
 
 





p/s :  Da lama tak melukis. Jangan banyak komplen ok. =p

.

Kalau la doremon itu wujud...

Aku selalu bayangkan kalau la aku dapat bela sekor Doremon, mesti hidup aku tak macam ari ni. At least aku ada roomate yg boleh buat pelok2 time tido. Paling tak pon, boley ajak bergusti. Dia kan bulat2 comel je, mesti sah-sah aku menang! Hakhak. Kalau ada masalah cinta ke, boley citer kat die. Nanti die mesti kuar kan benda2 pelik dari poket die. 

Tapi tu sumer fantasi mengarot je. 

Tapi....Hurmm...

Kalau la Doremon tu betol2 wujud...




Kalau la doremon tu wujud, 1st thing, aku nk die tolong siapkan homework aku. Segala keje-keje mathematic ke, english ke, sumer aku nk die buatkan. Keje aku just balas comment orang kat fecbuk je.

Tapi, kalau la doremon ni wujud, aku taknak la die ada banyak2. Kalau boleh,biar sekor je! Biar dalam dunia ni, aku sorang je yg ada. Baru boleh nganjing kat memember. Kalau ada banyak2, nanti orang da tak heran kalau jalan-jalan je jumpa doremon. Tak best!




Kalau ada doremon, boleh mintak pinjam die punya 'take-copter!'. Tak payah susah2 nak jalan kaki. Leceh. Terbang je, cepat smpai. Takde la awek aku membebel lagi. Mana tak nya, janji datang pukul 12, jalan jam punya pasal, pkul 2 baru sampai.


Kalau aku ada roomate seorang seekor doremon, boley pinjam 'pintu suka hati' dia ! 

Takde la susah-susah nak chat guna 'ym' lagi. Kadang2 tu, gara-gara internet kat malaysia yg laju macam siput khinzir, aku jadi sampai bergadoh ngan awek aku. Bayangkan la, mesej yg aku taip susah payah, setengah jam pastu baru dapat kat dia. Hangin la aku. 


Dengan adanya pintu ni, takde la aku susah payah nk booking tiket MAS balik malaysia. Biler agak2 aku rindu nk jumpa awek aku, bayang je bilik awek aku kat dalam kepala, pastu bukak pintu! Taraa! aku da pon smpai kat bilik awek aku! hehe. Kalau agak2 teringin nk makan sambal udang mak aku, bayang je umah aku. Taraa! da smpai umah! senang kan?

Tapi kan...kalau satu hari tu die mrajuk taknak bagi pinjam barang2 ajaib dia. Ha,cam ne? 

Ala,pujuk ar baik2 kan? Hehe. Kalau tak berjaya gak, susah-susah sangat, upah je dorayaki. 


Doremon ni bukan macam awek manusia, merajok nak lama2. Bagi je kuih dorayaki, satgi meleleh ar air liuq dia! hehe.


Kalau la ada Doremon, time-time exam je, aku nak pinjam die punya 'pensel ajaib'.



Masa kecik-kecik dulu, dalam cerita doremon kat tv tu, konon-konon pensil ni boley jawab sumer soalan exam dgn cemerlangnya tak kire apa subjek pon. Sejak tu lagi aku da pasang  nawaitu jahat da. Memang kalau ada Doremon, sah-sah aku nk tibai pensil ni kat poket die. 



Kalau ada Doremon, boleh aku suruh die kuar kan 'lampu picit ajaib' (betul ke nama dia? lupa da.). Lampu picit tu boleh bagi ang jadi besar or kecik ikut suka ati ang. 


Kalau la ada lampu ni, 1st skali aku nk try kat kucing aku dulu. Hakhak! Suluh die biar dia jadi besar rimau! boleh aku naik atas blakang die. 

Pastu kan, kalau ada doremon, aku nak suruh die kuar kan 'kain halimunan'. Ha, ni yg paling best! Aku pakai je kain ni, secara otomatik, orang da x nmpak aku. Boley la aku gi umah lisa surihani, skodeng die mandi.
 


Eh, tak boleh2! Dosa2. Tuhan marah. Nanti masuk api nurraka bak kata uda cun. 


Kalau ada Doremon, ada 'laci ajaib'! Konon-konon laci ni boleh bawak kite tengok masa depan. Waa! boley la aku tengok lagi doploh tahun aku keje apa, kawen ngan sapa sumer2. Gile best! 



Jom try skit.

"wahai laci ajaib, bawak aku ke hari ahad ni!  Go go! "

Taraa!




Wah! Dengan sekelip mata je aku da smpai ke Old Trafford! MU menang blasah Hull city 2-0 ahad ni! yezza!

"wahai laci ajaib, bawak aku ke bulan hadapan! Go go!" 


Tingg!



Walaweii! New year ah! syok2!

"wahai laci ajaib, bawak aku ke tahun hadapan! Go-go!"


Tingg!



....

Eh,tak nak la ada Doremon. Tak best.




p/s : entry ni khas buat cik Nur Masyitah bt Ismail sebab saya tau dia suke doremon. Sayang awak. :)


Cerita Snow White versi 2010

Al kisah, di zaman dulu kala, di sebuah hutan yang terpencil, tinggal seorang gadis remaja belasan tahun yg bernama puteri salji. Kulit nya cukup putih. Rambutnya ikal mayang. Cukup cantik paras dan budi pekertinya. Dia cukup sygkan haiwan2, dan tumbuh-tumbuhan di hutan. Tiada lah lain pekerjaan nya sehari-harian melainkan bermain2 dgn haiwan dan memetik buah-buahan untuk dijual.



Semenjak kecil,puteri salji dibesarkan di bawah asuhan beberapa ekor orang kerdil yg sememangnya merupakan anak jati hutan tu. Orang-orang kerdil ini lah yg menjadi tempat puteri salji mengadu ketika hatinya gundah gulana.
 

Kehidupan mereka sekeluarga cukup bahgia. Makan kenyang, tidur lena, mandi pon basah. Pendek kata, memang takde masalah langsung la.


Pon begitu,bumi mana yang tak ditimpa hujan? Cerah yg disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. (Wah!)

Nun jauh di atas puncak gunung, tinggal seorang ahli sihir yg tua dan amat hodoh. Menurut sumber yg boleh dipercayai, ahli sihir ni mempunyai sebuah cermin ajaib. Cermin ajaib tu dikatakan boleh berkata-kata dan setiap butir perkataannya adalah benar-benar belaka. Cermin itu di simpan di dalam tandas. Setiap hari selepas mandi, ahli sihir ni akan melaram di depan cermin kesayangannya itu. (Edisi toilet camwhore).

Pada suatu hari, tergerak hati ahli sihir ni nk bertanya pada cermin ajaib nya. "Agak2 kau la cermin, ada tak pempuan lagi cantik dari aku dalam dunia ni?". Dengan tak semena-mena, cermin yg tak mampu berkata bohong tu pon terus meluahkan isi hati yg slama ini sudah puas dipendamnya.


Mendengar kata-kata cermin tu, panas la hati si ahli sihir ni. Dilemparnya cermin tu jatuh ke tanah. Berderai, retak seribu.


Merasakan dirinya tercabar dgn kejelitaan puteri salji, lantas ahli sihir tu segera membaca jampi serapah ke atas sebiji epal. Lagaknya seperti mahu disantau nya puteri salji tu.



Setelah siap di'manderem' epal tu, dia pon terbang menaiki penyapu nya terus menuju ke rumah puteri salji. Nak dijadikan cerita, ketika itu orang-orang kerdil tiada di rumah (office hour mungkin). Ini memudahkan kerja si ahli sihir untuk memperdaya puteri salji.



p/s : cuba tgk betul2 pada puteri salji tu. Korang nmpk tak apa aku nmpak? hehe

Puteri salji yg bodoh-bodoh alang itu terus memakan buah epal tadi tanpa syak wasangka. Barangkali lapar benar agaknya sehinggakan tangkai2 pon abis di'cekik'nya.


Apalagi, dengan tak semena-mena rebah la puteri salji tu. Menurut riwayat buku melayu lama, dikatakan kononnya puteri salji ni koma tak sedarkan diri seminggu lamanya. Sehingga la pada suatu hari, seorang putera raja yg kebetulan berburu di hutan tu datang menziarahinya. Bergelora nafsunya tatkala melihat puteri salji tu yg sedang dalam koma. Lantas diciom nya puteri tu bertubi2. (napsu serakah manusia mmg begitu)

Ntah di mana silapnya, mungkin kerna tak tahan  bau nafas putera raja yg wangi umpama longkang tu, puteri salji tu terus tersedar. Dan dengan  tak semena-mena, putera raja tu pula bertukar rupa menjadi seekor katak yg sgt hodoh. Kalau stakat katak pisang yg kecil tu tak mengapa, ini katak puru! sudah la besar, menggerutu pula satu badannya. 


Namun, katak yg masih terpinga-pinga tu cuba berlagak cool lalu berkata...




Jangan harap puteri salji tu nk menciumnya. Memandang rupa katak tu je da cukup menjijikkan. Tapi akhirnya, disebabkan dek pujuk rayu janji manis katak puru tu, puteri salji menggagahkan jua dirinya mencium katak tu smbil membayangkan die sdg mencium jejaka idamannya, norman hakim.





Sebaik sahaja bibir puteri salji bersentuhan dengan bibir katak puru tu, berlaku satu tindak balas kimia yg luar biasa. Lantas, Poof !!












Oh,okay!

Puteri salji terus rebah dan meninggal dunia.



Sekian.




p/s : adakalanya hidup tak seindah yang diharapkan...









Kisah cinderella versi 2010


 
 
 

Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu, Cinderella pon x jadi pergi.


Sekian.


p/s : Adakalanya, hidup ni tak adil.



Related Posts with Thumbnails