(Ini adalah cerita dongeng)
p/s : Kata orang tua-tua, begitu lah asal usul pantun "pisang emas dibawa belayar...".
Ok. Aku tipu.
(Ini adalah cerita dongeng)
Dari chatbox, sampai ke ruangan komen, bawak la ke fecbuk, korang sibok carik aku.
"Zack, buat la entry pasal cara nak tackle lelaki pulak!"
Tetiba aku rasa aku ni macam Fadilah Kamsah plak. Lawak la lu orang. Aku tulis entry merapu pun, korang still nak baca. Dah tu, siap request plak tu! Steady lah! Hakhak.
Okay, takpe-takpe. Ini hari aku nak share pasal cara-cara menambat hati lelaki. Tapi siang-siang aku bagitau, ini semua adalah sekadar dari pengalaman dan pandangan aku je. Tak semestinya betul ya?
Actually bukan aku taknak tulis pasal cara-cara nak pikat lelaki. Just aku rasa benda ni terlalu common or dengan kata lain, terlalu basic dan mudah. Tak percaya? Kalau korang perhatikan, baik dari iklan awek topup dalam entry aku sbelum ni, bawak la ke iklan syampu, sampai ke iklan pencerah wajah, hingga la ke iklan gincu, semuanya da bagi hint awal-awal kat korang macamana nk tambat hati guys tapi korang je yang tak sedar.
Sampaikan ada satu iklan tu, hanya dengan mengangkat ketiak yang telah disapu deodoran , berebut-rebut brader teksi tu nak hantar korang. Tak payah nak susah-susah tunggu teksi lama-lama.
Secara ringkasnya, kebanyakan lelaki memang suka kan kecantikan luaran. Aku sendiri pon, kalau ditanya, aku sukakan perempuan yang berbaju kurung dan free hair. Pada aku, baju kurung tu seksi. Kene plak dengan rambut panjang yang ditiup angin... pergh, cun! Santai gitu.
Tempat : Library
Situasi : Si awek tengah dok usha rak buku kononnya tengah mencarik buku rujukan untuk next assignment. Datang sorang brader lalu dari tepi, dan zaaass!
Cara lama :
Brader : Emm...Patheology. Nice. (sambil senyum)
Awek : (balas senyuman)
Brader : You amik social science ke? (ini ayat cucuk intro)
Awek : Yup.. and you?
Brader : Oh, i tak pandai macam u. I amik civil je. (low profile)
Awek : Eh, tak la.. mana ada pandai. Biasa je la. (senyum)
Brader : Anyway, u cari buku pasal apa? Kalau-kalau i boleh tolong?
Awek : Oh, xpe. Thanks. Just belek-belek je. (senyum)
Brader : No no...Seriously i ikhlas ni. Cuba tengok muka i. (buat muka serius)
Awek : Ahaha! u ni kelakar la. (symptom awal umpan da mengena)
Brader : Hehe. I tolong u ok ?
Langkah seterusnya, tukar phone number, seminggu kemudian,couple.
Mana nak dapat skill lama macam ni bro! Kasi adjust skit~
Cara baru :
Lalu sebelah awek yang tengah belek2 buku tu, terus pura-pura rebah. Buat seperti gaya orang kene sawan or gaya orang diserang sakit asthma smbil tangan menjerut2 leher seperti org sesak nafas.
Brader : Urghh...tolong...(muka tgh nazak)
Awek : Eh! U tak apa2 ke?! Ya Allah, macam mana ni! Tolong! (si awek confirm cuak)
(Silap aribulan, percuma lu dapat kene raba ngan awek tu. Hakhak.)
Brader : I just need fresh air. Boleh tolong bawak i kat tepi tu? Please...
Awek : Oh, ok ok! (masih cuak)
Brader : Nasib baik u ada, kalau tak, i tak tau apa nasib i...
Awek : Eh, jangan cakap macam tu. I tak buat apa-apa pun.
Brader : Seriously i mintak maaf sgt2 dengan u. Dah curi masa u. Buat susah u je... (pancing)
Awek : Laa..it's ok. Yang penting u da slamat. Kan? (senyum manis)
Brader : Mana boleh! I da hutang nyawa dgn u tau. Sebagai balasan, i nak blanja u minum. Kalau u tolak, i nk bunuh diri! (buat muka comel)
Awek : Ahaha.. Lawak la u ni!
Brader : I serius ni.
Awek : Ha,ya ya.. ok ok....
Settle!
Tapi ni trick untuk lelaki yang wajahnya 50-50 je. Ok? Kalau hensem macam aku Farid Kamil , tak payah guna taktik ni. What u need to do is just being cool and automatically sumer awek akan usha lu. Tak percaya? tengok ni...
Hakhak.
Celaka. Dunia tak fair.
p/s : Sila pastikan tiada pak guard berhampiran lu. Kalau ada, masak lu brader. Silap2 die hantar lu pegi hospital.
*Part 2 , coming soon.
Diorang buat ramalan horoskop guna teleskop. Konon-konon teropong bintang,buruj, bulan di langit, lepas tu tafsir dan tulis atas kertas. Aku kata, "Ah! persetan kan tu semua! Mengarut."
Setakat ramalan-ramalan kurafat macam tu, tak payah susah-susah guna teleskop,mikroskop, mahu pon steteskop bagai, aku pon boleh buat sendiri.
Al kisah, di zaman dulu kala, di sebuah hutan yang terpencil, tinggal seorang gadis remaja belasan tahun yg bernama puteri salji. Kulit nya cukup putih. Rambutnya ikal mayang. Cukup cantik paras dan budi pekertinya. Dia cukup sygkan haiwan2, dan tumbuh-tumbuhan di hutan. Tiada lah lain pekerjaan nya sehari-harian melainkan bermain2 dgn haiwan dan memetik buah-buahan untuk dijual.