Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Misteri Cikgu Sabarudin

Bila ingat-ingat balik time aku kekecik dulu, masa tu cikgu tak macam sekarang. Masa zaman tu, cikgu tak pandai bergaya sangat. Tudung pon skadar tudung biasa je. Takde batu-batu. Takde ropol-ropol. Tudung ekin, tudung wardina, tudung heliza AF sumer-sumer belum ada lagi. Baju kurung pulak corak bunga besar-besar warna terang. Kiranya, kalau cikgu datang, sebatu lagi jauhnya bebudak da boleh nampak. Punye silau. Masa tu mula la lintang pukang lari duduk tempat memasing. Menikus. Takut dengan cikgu.

Mana tak nya? Kalau ang ingat lagi, waktu tu cikgu semua ada pembaris kuning lebar tapak tangan, panjang die lebih kurang sedepa. Tujuan asal konon-konon nak guna untuk buat garisan lurus bile menulis kat papan hitam, tapi 'tujuan sebenar' die memang nak bagi bebudak takut. Toksah cakap banyak, aku dulu penah kena libas sekali kat tapak tangan gara-gara tak siap keje rumah bahasa melayu.

sekadar gambar hiasan.

Waktu tu hukuman denda dilaksanakan mengikut budi bicara cikgu. Kalau kene cikgu yang baik, especially cikgu-cikgu pelatih, kalau ang buat bising, paling kejam pon die suruh ang diri atas bangku je. Kalau kene cikgu yang veteran hat pakai spek tebal bulat besaq bingkai itam tu, lain pulak hukuman die. Silap-silap ang kene diri luaq kelas sampai abis masa. Kalau stakat diri je takpe jugak, ini siap kene ketuk ketampi lagi.

Bercakap soal denda dan hukuman ni, ada satu nama yang masih segar dalam ingatan aku. Puan Hartimah. Cikgu geografi aku masa tingkatan tiga. Die punye style lain sikit.

duster

Kalau ang tertidoq atau berborak time die tengah mengajaq, satgi die toleh die lempaq kapur, duster, dan kadang-kadang pen ke arah ang. Kalau jenis yang buta tuli tak reti nak mengelak tu, alamatnye memang sah-sah makan kapur kat dahi.

Tapi dalam banyak-banyak cikgu, yang paling taiko di kalangan cikgu ada dua jenis je.

Cikgu disiplin (Hal Ehwal Murid) ngan Cikgu kemahiran hidup. Dua jenis cikgu ni dikenalpasti cukup berbahaya. Dan selalunya, jawatan ni disandang oleh kaum lelaki. Istilah "lelaki" kat sini dengan erti kata lain, lelaki yang memang lelaki. Bukan 'lelaki adik-adik' hat main tepuk tampaq dengan student pempuan tu.

Ingat lagi cikgu disiplin kat skolah aku dulu. Sabarudin ke hapa ntah nama die. Lebih kurang gitu la. Die punye penampar, ang toksah citer. Tapak tangan die macam kertas pasir gred 3. Mak datok punye kasaq. Kalau dia nampak ang pakai baju skolah tak masuk dalam sluaq (tuck in) , siap la ang. Memang masak punye.

Dari pengalaman memember aku yang bercerita, kononnya cikgu Sabarudin ni dulunya bekas tentera. Isteri die tinggalkan die sebab tak tahan dengan sikap panas baran dia. Panas baran macam mana? Ha, ada skali tu bebudak skolah tak berdiri tegak masa nyanyi lagu Negaraku. Abis je time perhimpunan, die panggil bebudak tu, lepas tu sorang-sorang kene tarik sideburn tinggi-tinggi.

sideburn.

Pergh! Terjengket-jengket hamba Allah tu dibuatnya. Kalau ang tak pernah rasa, pi suruh member ang tarik sideburn ang. Kalau ang dapat bertahan dalam lima minit, ang hero! serius.

Ada satu kes yang buat aku ingat kat die sampai la ni...

Waktu tu aku form 3. Macam biasa petang tu, lepas class aku mesti singgah library pinjamkan buku siri penyiasatan EnidBlyton untuk mak aku. Ya, ang tak salah baca. Memang untuk mak aku pon.


Masa tu mak aku cukup berhantu dengan buku-buku cerita penyiasatan macam NancyDrew,  Tiga Penyiasat (Jalil, Gopal dan AhMeng), Siri Penyiasatan Salma, dan entah hapa-hapa lagi ntah. Kadang-kadang jadi keje plak aku nak kene balik lambat semata-mata nak pulangkan buku-buku tu.

Ok, lepas pinjam buku tu, aku pon buat selamba je la kluaq dari library tu. Tiba-tiba tengah aku capai beg kat rak kasut luar tu, dari jauh aku dengaq sayup-sayup ada suara...

"Kamu..."

Aku toleh. Aku nampak die berjalan ke arah aku. Langkah die perlahan tapi garang. Masa tu jantung aku da berdegup laju dah. Peluh jantan, peluh betina semua da mngalir dah...Terasa ada awan hitam atas kepala aku. Kalau dalam komik, dah siap kluaq petir kilat sabung menyabung dah time tu. Punye la takut.

"Saya ke? " jawab aku terketaq-ketaq lepas perhatikan takdak orang lain kat kiri kanan aku.

"Ya. Kamu."

Kali ni die dah berdiri betul-betul 50 sentimeter depan aku. Sebelah tangan pegang buku rekod prestasi murid-murid. Sebelah tangan lagi dok elok dalam poket seluaq.

"Ada apa cikgu?" satu soalan yang ringkas tapi cukup padu aku bagi kat dia.

"Kamu tanya saya ada apa?"

Aku diam. Tunduk menikus.

Aku dapat rasakan bunyik tapak kasut dua tiga pelajar yang dari tadi dok berborak kat depan library tu sayup-sayup semakin pudar, tanda diorang dah blah. Aku belek kasut aku. Putih, tali terikat kemas. Takde apa salahnya kat situ.
sekadar hiasan

Aku tengok baju skolah aku, masih lagi dalam sluaq. Kemas lengkap dengan lencana dan tanda nama... Dah tu, apa yang tak kena? kepala aku da semak. Jiwa jadi tak tenteram. Dalam kepala dok terbayang penampaq cikgu Sabarudin je. Ini kang, kalau kata aku kene penampar, memang aku mogok ngan mak aku tak pinjam buku sebulan! Tak pecaya, tengok lah nanti!

"Kamu tau hari ni hari apa?"

Soalan die mematikan segala persoalan yang baru nak timbul dalam benak aku.

"Err..Isnin cikgu."

Ya Allah. Aku lupa aku dah tertanggal necktie tadi waktu bunyik loceng tamat class! Mana aku tau nak jadi macam ni. Kat skolah aku dulu, setiap Isnin memang wajib pakai necktie. Tapi bile da abis class, standard la kalau nak tanggal necktie. Panas kot! "Tolong la jangan pukul saya cikgu..." aku merayu dalam hati...

"Saya tak sengaja cikgu...Lain kali saya tak lupa lagi. Janji!".

Terpacul kata-kata tu sambil aku terhegeh-hegeh keluarkan necktie dari poket kanan seluar warna hijau tua aku.

"Isnin ya?" soal cikgu Sabarudin lagi. Aku rasa kali ni die nak carik salah aku yang lain.

Aku mengangguk perlahan..."ya cikgu..."

Peluh dingin dah mengalir dari celah songkok aku...

"Terima kasih... Saya mati-mati ingatkan hari ni hari Selasa. Haha..."

Jawab Cikgu Sabarudin ringkas sambil beredar pergi dari situ meninggalkan aku sorang-sorang bersama seribu lapan belas ratus persoalan yang sampai hari ni aku tak tau apa modus operandi nya...

Ada sapa-sapa boleh tolong jawab?



Nostalgia rombongan skolah rendah

Bila masuk cuti panjang macam ni, kadang-kadang aku rasa macam nak pecah kepala je. Bosan giler. Duduk terperap dalam bilik macam anak dara, langsung xde buat apa. 

Aku ingat kalaulah aku ni seekor anak dara, mau berpuluh ribu jugak duit hantaran kawen
ni ! Paling tidak doploh ribu mesti mau ada. Baru boleh kawen ngan aku. Ye la, mana tak nye? Anak dara 'pure' kot? Duduk rumah je 24 jam. Pendek kata stakat keje masak-memasak, kemas rumah, pasang langsir, basuh baju guna berus sabut, sidai kain kat ampai, dan segala macam urusan rumahtangga yang lain, sumer celah jari je. So, kire duit hantaran doploh ribu tu paling standard la orang kata... Termasuk dengan pakej urut, pandai mengaji, dan boleh kejut smayang subuh sumer-sumer. Kire berbaloi la tu.

Ini jam punye anak dara, bile masuk part duit kawen, demand nak 5 angka. Pastu, nombor-nombor pulak kene susun cantik-cantik. Paling tidak RM22,222 ringgit dua puluh dua sen. Kalau tak, nanti orang kata tak romantik. Takde style. 

Tapi biasanya lepas sebulan berumahtangga, si suami da mula garuk kepala. Peluh mengalir dari dahi sampai ke muka. Mau taknya? suruh goreng telur pon rentung telo dibuatnya. Suruh urut kaki, mau calar balar kaki orang tua tu dikerjakannya. Pendek kata semua serba tak kene. Ok. Tutup cerita.

*********************

Tetengah melalut depan komputer, tetiba ingatan aku terpalit pada kenangan lama...

Kenangan sewaktu bergelar budak skolah dulu-dulu. 

Biasanya, sebulan sebelum cuti panjang bermula, cikgu-cikgu da mula buat announcement. "Siapa yang nak ikut pegi rombongan ke Melaka, boleh bagi nama pada ketua kelas ya?..."

Masa tu mula la aku start berkira-kira. Balik je rumah, lempar beg skolah jauh-jauh. 


Masuk bilik, terus usha tabung ayam yang dapat masa main game kat funfair last year. Tabung tu dulu aku adik beradik ada sorang satu. Tapi biasanya tak sempat penuh, da pecah. Asyik jolok dengan pembaris je, memang la jahanam mende alah tu. 

Goncang punye goncang, rasa macam ringan. Paling banyak, ada la dalam seploh hinggit kot. Time tu belanja skolah stiap ari mak bagi tujuh posen. Tolak duit jajan sama duit beli 'tikam' kat babu, dapat la save dalam tiga posen satu hari. Dan yang pastinya, dalam tabung tu takde duit kertas. Kalau pon ada, itu time raya. 

**********************

Nak tak nak, terpaksa la ikat perut sikit masa kat skolah. Cikgu kata duit rombongan tu kene bayar sebelum ujung bulan. So, nampak gayanya sebulan la kene puasa. Time rehat, teguk air teh O yang mak bancuh pagi tadi. Masa zaman aku dulu, bawak botol air tu perkara biasa. Skang ni tak tau la bebudak macam mana. Mungkin agak malu dan tidak macho kalau bawak botol air ke skolah kot?

Tapi time tu aku ada 'extra' skit. Hehe.

Masa tu zaman Mahathir. Sesapa bebudak yang mak ayah die berpendapatan rendah, akan dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan). RMT ni kire macam kupon la. Kalau time rehat tu, tak payah berbaris, hulur je kupon tu kat mak cik kantin, nanti die bagi mee goreng sepiring sama air kordial oren free of charge! 


Tapi aku ni setan skit. Orang bagi free, aku boleh plak jual kat member aku. Masa tu, mee goreng sepiring lima posen. Air oren segelas dua posen. Tapi, member aku malas nak beratur sebab panjang. So, aku jual kat die dengan harga 50 sen dan die tak payah susah-susah nak beratur. Dengan cara tu, die da untung 20 sen, dan aku plak untung 50 sen! 

Skarang ni aku tak tau la sama ada RMT tu wujud lagi ke tak. Sebab aku rasa macam banyak 'nikmat' yang dulu-dulu kerajaan bagi percuma, tapi skarang da ditarik semula. Dulu-dulu, buku teks semua orang dapat percuma. 
Setiap tahun plak, ada la dalam dua kali lori MILO ngan VICO datang skolah buat promosi percuma. Beratur ikut kelas depan lori MILO, claim air MILO ais percuma. Best gile. Stiap orang boleh dapat secawan je. Tapi aku punye cerdik, skali aku datang, aku pakai songkok. Kali kedua aku datang, aku tanggal songkok. So, diorang tak perasan dah terbagi aku 2 cawan. Ala, kire halal la ek?

****************************

Ok, sambung cerita.

Setelah 3 minggu menahan lapar, akhirnya tiba la masa untuk mengopak tabung. Masa tu ada la dalam lapan belas hinggit lebih kurang. Cikgu kata, duit rombongan nak pegi Melaka paling tidak kena ada 25 ringgit termasuk duit makanan sarapan dan tengahari yang disediakan oleh pihak skolah.

Aduhai. Macam mana ni? Duit dah shot dalam tujuh hinggit. 

Aku da garuk kepala.

Nak mintak ngan mak, memang sah-sah tak dapat. 

Ingat lagi sebulan sebelum tu, aku ada mintak mak lima ringgit sebab cikgu rekemen bebudak supaya beli Sampoa. Konon-konon boleh terer matematik la kalau ada benda alah tu. Padahal, aku tak pernah dapat B pon dalam subjek tu. Tapi dek sebab cikgu beriya-iya suruh beli, aku ikutkan jugak. Mak aku da bising-bising. 'Membazir!' katanya.


Tapi dalam pada beliau merungut-rungut, beliau hulur juga lima ringgit tu. Katanya lagi, "Sebulan ang jangan mintak duit kat mak lagi lepas ni! "

******************

Termenung jugak aku pikir mana nak cekau lagi tujuh hinggit ni.

Akhirnya malam tu aku slowtalk ngan akak-akak aku. Tarik muke jambu, mata bergenang-genang, ayat kene susun manis-manis. At last, akak aku pakat ulur sorang singgit. Lebih-lebih diorang tak dapat nak bagi sebab diorang pon nak guna duit beli majalah 'Mangga'. Punye cilake.


Langkah terakhir, terpaksa mintak bantuan incik ayah.

Masa tu, mula la bebaik-baik dengan beliau.

"Ayah, nak beli rokok tak? Kalau nak beli, nanti bagitau orang. Orang tolong beli kan..."

Masa tu incik ayah isap rokok Benson. Kalau tak silap time tu harga die skotak seringgit lapan kot? Tak ingat. Tapi yang pastinya ada 'lapan posen' kat ujung die. Sebab slalunya incik ayah bagi genap-genap dua ringgit beli rokok tu, dan lazimnya belen dua posen tu aku songlap buat beli gula-gula hudson.

Bile malam, time incik ayah sedang baring-baring tengok berita perdana TV1, aku datang bawak twizer.

"Ayah, meh sini orang tolong cabut uban ayah..."

Incik ayah pandang muka mak. Mak yang tengah lipat kain pulak pandang muke incik ayah. Masing-masing senyum nipis. Aku buat donno jer...

*************************

Masuk hari ketiga 'ops pancing memancing', satu ari tu aku nekad. Aku kena bersuara jugak ni. Cikgu kat skolah da macam nak pungut duit dah. Lambat bayar, tak pegi rombongan la nampak gayanya.

Satu hari, tengah incik ayah baca suratkabar, aku datang port sebelah beliau.

"Ayah..."

"Hurm... ada apa?" jawab beliau ringkas sambil menghembus asap rokok.

"Cikgu ada buat rombongan sekolah..."

"Bile?"

"Minggu depan."

"Pergi mana?"

"Melaka..."

"Laa...Melaka kan kampong kite? Buat apa nak pi sana?"

"Tapi ni lain yah... Hat ni pi ngan kengkawan. Naik bas. Makan minum cikgu sponsor! Boleh la ayah... Orang tak penah pegi rombongan skolah...Kali ni je..."

"Dah tanya mak?"

"Ala... mak tak bagi punye. Mak takde duit."

"Ayah pon takde duit. Duit sumer da bagi kat mak ang buat beli lauk."

"Orang tau.. Orang da kumpol duit da. Kurang lima hinggit je lagi yah... Ayah tambah ya?" (sambil tarik muke nak nangis. )

"Ayah takdak duit. Sungguh ni! Tak tipu!". 

Jawapan ayah ringkas dan padat. Rasa nak terkeluar air mata ni tapi aku tahan. Anak laki-laki mana boleh nangis. Dengan longlai, aku beredar perlahan-lahan...

"Hurmm...takpe la kalau macam tu..."

Sebaik je aku nak masuk rumah, sayup-sayup aku dengaq sumthing.

"Pi tengok dalam poket sluaq ayah..."

Dengan tak semena-mena, aku terus lari check sluar slack keje ayah kaler itam yang sangkut kat dalam bilik mak.

Ada seploh hinggit lebih! 

Dari dalam bilik mak, aku jerit "Ayah, orang amik semua ok?! "

"Malam ni urut belakang ayah! Lepas tu cabut uban ayah! " Jawab ayah.

Dengan tak berpikir panjang, dengan hati yang berbunga-bunga, dengan bebola mata yang sedikit berair, dan dengan rasa gembira yang amat, aku balas  

"Ok bos!".


*************************

p/s : aku rindu zaman sluar biru tua. zaman uniform lencana di dada... haish!

Biar sampai syurga...

(soundtrack)

 
  
  
  
  
  
  
  
  
 
  


p/s : 
Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted. If your someday was yesterday, learn. If your someday is tomorrow, hope. If your someday is today, cherish...



(note : percubaan pertama untuk versi happy-ending. Kalau tak best, aku stick ngan versi sad-ending je la pas ni. )

 

Kawan baik aku

Ujung bulan doblas itu ari, akak aku yang nombor dua tu selamat diijabkabulkan. Tahniah la aku ucapkan. Dah 7 tahun couple, elok benar la korang kawen. Dah nazak benar aku tengok kadang-kadang tu. Mana tak nye? Ada satu ari tu, aku masuk bilik die, tengok2 die dok nangis teresak-esak sambil koyak-koyak gambar die ngan boyfren die. Aku tanya "eh, ni apa masalah?". Jawapan simpe - gaduh ngan boyfren.

Hek eleh! Menggeleng kepala aku dengar jawapan camtu. Pempuan ni memang camni ek? Kadang-kadang, dari apa yang aku nampak, pompuan ni kalau menangis, dia ada dua reason je. Kalau tak sebab period (PMS), tak lain mesti gado ngan boyfren punye. Ces!

Kesian punya pasal, aku port sebelah die, aku slowtalk lebih kurang. Tup-tap-tup-tap malam tu balak die call balik mintak maap. Baru la nampak muka akak tu senyum. Dandan tu gi carik sellotape, dok cantum gambar yg die koyak tadi. Terkekek-kekek aku gelak. Sengal!

*********************************

Takpe la. Biasa la tu, adat bercinta ye tak?

Ok. Nak dijadikan cerita, dua tiga bulan sebelum akak aku kawen tu, ayah aku kat Malaysia dah sms aku dah. "weyh, ang balik tak? akak ang kawen ujung bulan doblas ni"

Kebetulan, aku takde cuti. So tak dapat la aku balik tgk akak aku bersanding. Tapi dari jauh aku dah call ucap tahniah. Duit pon lebih kurang aku da kirim. Selebihnya aku hanya mampu doa moga2 korang bahgia ke akhir hayat.



Sebagai anak laki dalam keluarga tu, aku rasa tanggungjawab aku berat. Nak arap adik laki aku sorang tu? Hah! Tak payah! Tangan tak lekang dok pegang enset. Bercinta macam orang gile. Selang seminit henset vibrate.

Last-last, aku sms member baik aku kat seremban, nama Amai.
"Amai, akak guwa kawen ujung bulan ni. Guwa tak dapat balik ah.. Cuti takde. Lu tolong ah tengok-tengok apa yang patut ek?"

5 minit pastu, die reply. "Ok, takde hal. nanti guwa settle."

*************************************

Alhamdulillah, lepas majlis kenduri kawen tu abis, malam tu aku call mak aku.. Mak aku kata semuanya berjalan lancar. Mujur la ada Amai ngan memember aku yang lain. Diorang la yang tolong pasang papan tanda tunjuk arah umah pengantin. Tolong pasang khemah. Tolong basuh pinggan. Segala macam keje diorang handle walaupon aku takde. Ha, itu namanya kawan! Ini ari aku nak story pasal kawan baik aku.



Baju itam tu aku. Yang baju kuning tu encik Amai. Nama die mohd akmal. Dalam beribu kawan-kawan aku, dia la sesatunya kawan baik aku dunia akhirat. Kawan yang memang tak makan kawan. Aku berani cakap ni sebab aku kenal die dari umur aku 4 tahun lagi. Sama-sama membesar, susah senang memang aku share ngan die je.

Kalau nak cerita sejarah idup aku ngan Amai ni, pergh! sumpah cakap, memang tak abis kalau nak citer semua dalam shari. Macam-macam perangai setan kitorang buat! hakhak! Tersenyum aku masa taip entry ni bile kenang-kenang balik kenakalan kitorang.

Masa kecik-kecik dulu, time tu cerita kartun dragon ball memang tgh top. Sampaikan bebudak sibok dok ngumpul komik-komik die dari jilid 1 sampai jilid 43 (last episode) kalau tak silap.



Setannya aku ngan si Amai ni, setiap bulan bile keluar komik Dragon Ball episod terbaru, aku ngan die mula la pegi kedai apek buat 'projek'! Si Amai akan bantai borak dengan apek tu, keje aku plak masukkan komik tu dalam baju cepat2. Lepas tu, demi tak menampakkan syak wasangka apek tu, kitorang end up dengan membeli senaskah surat kabar DIDIK yg harganya cuma tujuh posen. Kiranya, apek tu tak syak la kitorang curik komik die sbb kitorang datang beli smthing. Kang kalau blah tangan kosong je, kantoi plak kan? hakhak! Sampai skang apek tu tak tau.

Kalau ang lahir zaman aku, ang akan perasan bile time skolah menengah dulu, sebok bebudak remaja layan trend hiphop la, punk la, gothic la, dan segala macam trend. Macam aku ngan amai, kitorang layan skinhead. Pergh! Bile ingat-ingat balik, sumpah bodoh. Dressing bebudak skin head ni sempoi je. Kemeja lusuh,sluar skinny. Time tu, takde duit nk beli baju ngan jeans ni sumer2. Puas la dok toreh sluar jeans lama dengan pisau lipat smata-mata nak dapatkan effect lusuh dan koyak2 tu. Hakhak! Si Amai ni lagi bahalol. Seret sluar jeans kat jalan raya.


ish ish! hakhak! miss u guys.

Bile abis form 3, masa tu result PMR aku gempak jugak ah. 7A1B. Macam mana aku dapat result camtu, jgn tanya aku. Aku pon musykil. Aku bukan cam ang. Seumur idop aku, tak penah pegi tuisyen walau skalipon. Apa cikgu ajar kat class, tu la yg aku blaja. Takde nye nak extra2 ni.
Alih-alih naik tingkatan 4, aku dapat offer masuk skolah asrama penuh SASER. Maka berpisah la aku dgn Amai. Kat SASER tu la baru aku blaja jadi orang skit sebab kat sana bebudak cam gud-gud je. Ye la...budak pandai...

Tapi bile abis SPM, heaven!

Time tu bebudak tengah menggila carik duit nak beli henpon. Sapa ada henpon, kire bergaya ah. Baru ah tak segan nak turun town carik awek. Ini jam bukan macam zaman aku dedulu. Henset 1st aku, nokia 3310 harga die masa tu RM250. 


 Itu pon harga setelah berunding macam orang gile dok tawar menawar dengan tokei kedai tu. Starting Simpack Maxis masa tu plak RM60 kalau tak silap. Celaka.

Last year, aku balik Malaysia, aku ajak Amai turun town carik henset yg sama macam ni. Aku suke henset ni sebab tahan lasak. Die punya button pon best sampaikan aku boleh taip sms dgn kelajuan 160 patah pkataan dalam masa 10 saat. Pastu, siap dengan game Bantumi yg macam game main congkak. Best!

Tapi sayangnya da tak jumpa. Ada member aku kata, henset ni skarang da jadi barang 'rare' dah. Lima puloh hinggit seketul orang tolak. Aduhai... Betapa lah zaman tu dah berubah. Kan? Starting Simpack Maxis skang ni pon aku tengok tak smpai seploh hinggit dah.

Ok, sambung cerita. Masa tu macam-macam keje aku buat ngan si Amai ni. Semuanya sebab nak carik duit beli henset. Nak mintak mak ayah belikan? Nangis guling-guling kuar air mata darah skali pon, jgn harap mak ayah aku nak belikan!

Antara keje yang penah kitorang buat tmasuklah carwash, attendant pam minyak, jual tshirt bundle, keje kilang dan macam2. Dan setiap keje yg kitorang buat, ada je memori untuk diingat smpai tua. Contohnya, macam keje carwash. Satu ari tu, ada pakcik cina ni masuk carwash tempat kitorang keje tu. Die bawak kete Merc lama, kaler itam. Die punya berlagak, sampai maki kitorang sebab cuci slow sangat. Padahal, belum ada customer yg komplen kitorang basuh slow. Die siap kata kat kitorang, 'pekerja bangla kat carwash lain lagi laju kejenya dari kitorang'.

Time tu aku da pandang Amai. Amai senyum nipis je.

Aku kenal Amai ni. Die memang panas baran skit. Tapi hari tu die cool je... Abis je keje, petang tu kitorang lepak2 minum-minum ngan memember lain.


zaman muda-muda

Ntah macam mana, keciknya dunia, ternampak kreta Merc tu park kat sebelah kedai minum kitorang. Amai terus tarik aku pegi kat kreta tu, die toreh kreta tu ngan kunci motor, bercalar! abis 2 pintu. Gile. Aku diam je. Hakhak!


amacam? ensem tak guwa muda2? hakhak!


Banyak lagi kenangan-kenangan kitorang zaman memuda dulu. Tu belum cerita part merempit sumer2 lagi. Memang tak abis kalau nk citer sumer. Tapi jahat-jahat Amai ni, die dah ajar aku banyak benda yang berharga dalam idop ni... Dia jugak da ajar aku bahawa kawan adalah ini :

Kawan itu adalah bilamana dia cuma ada lima ringgit dalam poket dia, tapi die masih mampu tersenyum dan beriya-iya offer nak blanja ang minum teh o limau segelas dan nasik lemak sebungkus. Sedangkan minyak motor die dah tertera abjad 'E'.

Kawan itu adalah bilamana ang call die tengah malam pukul 2 pagi sebab moto ang buat hal, die sanggup datang terkebil-kebil baru bangun tido, semata-mata nak tolong hantar minyak moto.

Kawan itu adalah bilamana ang call die bagitau ang nak balik Malaysia, serta merta die tanya 'bile?' sebab die nak mintak cuti semata-mata nak jemput ang kat KLIA.

Kawan itu adalah bilamana ang kecewa gara-gara ditinggalkan girlfren yang ang sangkakan kononnya 'teman sehidup semati' tu, die sanggup teman ang pukol 2-3 pagi di mapley smata-mata mahu mendengar luahan hati ang dan menenangkan ang...

Thanks a lot, my friend.


p/s : Amai, Aku berani puji ang dalam entry aku ni sebab aku tau ang buta IT. Ang takkan tau pasal kewujudan blog ni! Hakhak.

Saya sayang awak...

(soundtrack)



 
 
 
 
 
 
 
 
 

p/s :
I’m scared to care too much, to miss too much, to feel that rush once more, to love again at the risk of getting hurt. But what I fear most is the thought of you leaving me, when I’ve already conquered those fears for you. 


Singapura dilanggar todak 2010

(Ini adalah cerita dongeng)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


p/s : Kata orang tua-tua, begitu lah asal usul pantun "pisang emas dibawa belayar...".
Ok. Aku tipu.


(note : cerita ini diadaptasi dari kisah dongeng dulu-dulu. sila jangan percaya)
.

Related Posts with Thumbnails