Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

...bukan kah ini satu kemajuan?

    Tahun ni umur saya bertambah satu angka lagi menjadikan saya lebih dewasa. Dulu-dulu, masa saya masih di bangku sekolah, saya selalu terfikir 'alangkah bagus nya kalau aku dewasa...'. Time tu rasa tak sabar nak dewasa. Time tu jugak daya pemikiran banyak bergantung kepada logik akal semata-mata. Logik akal waktu tu pulak terbatas dek pengetahuan yang cetek. Biasanya, sumber pengetahuan tu datang dari drama-drama tibi yang ditonton tak lupa juga dari perbualan dengan rakan-rakan sekolah time waktu rehat tengah hari. Pada usia tu, kerja sekolah dan ujian pertengahan tahun, dilihat perkara yang amat annoying dan kira paling susah la time tu. Sampai tercetus rasa nak cepat-cepat dewasa. Konon-konon bila dah dewasa, tak payah susah-susah nak ambik peperiksaan lagi. Punye naif.

    Pada saya, definisi hidup berubah-ubah sejajar dengan fasa umur kita. Atau dalam bahasa matematiknya, definisi hidup berkadar langsung dengan usia. Oh ya, hari ni saya nak guna 'saya-awak'. 

    Masa saya masih baby, 'hidup' ni pada saya adalah tidur, bangun, nangis dan menyusu. Bila saya naik darjah satu, 'hidup' ialah dengar cakap mak ayah, dan pegi sekolah. Bila saya meningkat remaja, 'life' is to have a girlfren so that you can show to others yang kononnya macam "weh! aku ada girlfren la! so aku dah complete syarat untuk jadi remaja!" Dan akhir sekali, bila dah menjelang dewasa ni, aku rasa hidup ni ialah belajar, kerja carik duit, kawen dan akhirat...

    Bila duduk-duduk sendirian, kekadang saya terfikir juga "hurmm... sepanjang dua puluh lima tahun kehidupan aku atas muka bumi ni, apa je yang aku dah buat? rasa macam banyak abis dek main je." Jadi, aku capai pen dan kertas.. Eh silap! Saya. Jadi, saya capai pen dan kertas. Cuba menconteng sambil mengingat semula apa yang saya dah capai sepanjang hidup saya.

    Saya ingat lagi, waktu kecik-kecik dulu, saya cukup tak berani nak menggoreng telur. Saya takut minyak panas tu terpercik kene muka saya. Awak perasan tak kalau kita goreng ayam ke, goreng ikan ke, minyak dia mesti macam 'bedeceeyyyyy!!!' pastu melantun-lantun ke muka kita?? macam wadafak je kan? Jadi, saya mengambil inisiatif menahan minyak-minyak tu dengan menggunakan tudung periuk sebagai perisai.


Emak saya kalau ke dapur, beristighfar panjang dia sambil urut-urut dada. "Astaghfirullah... ni hape mende goreng telur macam nak gi perang ni??!"

Tapi hari ni tak lagi. :) Saya dah pandai goreng telur! Sikit je minyak yang melantun-lantun tu, Bukan kah itu satu kemajuan ? Meh saya ajar awak. Kalau awak taknak minyak tu melantun-lantun, awak letak la telur tu secara slow and steady. Baru la minyak die tak melompat.

************

Lepas tu, saya ingat lagi waktu kecik-kecik dulu saya tak pandai berenang sangat. Mandi lombong tu boleh dikatakan tiap-tiap hari tapi bodoh berenang tu tetap di tahap tu juga. Masa berenang tu, wah muka bukan main lagi. Macam gaya berenang nak masuk pertandingan.


Tapi yang sebenarnya, kaki dekat dalam air tu mengayuh atas tanah. Tangan je yang eksyen konon-konon macam berenang sangat. Hurmm.. boleh tahan bebal juga rasanya.



Tapi hari ni tidak lagi! :) saya dah pandai berenang sikit-sikit. Alah, boleh la kalau setakat nak berenang dalam pool sekangkang kera tu. Jadi, bukan kah itu satu kemajuan?

************

Waktu saya kecik-kecik dulu, saya cukup liat mandi pagi. Saya menyampah dengan air sejuk tu. Selalu buat saya selesema. Jadi, emak akan bangun seawal lima pagi semata-mata nak jerangkan air panas untuk buat mandi saya. Bukan amik air panas curah atas saya! mati lah saya kalau begitu. Maksud saya, emak campurkan air panas sebaldi bersama-sama dengan air kolah. Jadi suhu die kire suam-suam kuku la. Time tu mungkin keluarga kami tak berapa nak ada duit sangat untuk beli water heater. Jadi, terpaksa la guna cara manual tu.


Lepas balik dari jepun, saya guna duit sendiri ajak mak ayah pegi Giant carik alat pemanas air. Saya ingat lagi time tu harga pemanas air tu dalam dua ratus lebih. Saya beli guna duit sendiri sebab dalam rumah tu memang saya sorang je tak boleh mandi pagi. Lepas dah beli, saya call pak cik apa ntah nama dia. Pakcik tu keje die pasang wiring. Selepas mengupah pakcik tu rm50, maka bilik air saya sudah siap di install pemanas air!


Panas yang saya sangka sampai ke petang, rupanya ujan di tengahari. Air panas yang keluar tu laju sikit je dari air mata anak dara putus cinta. macam cilake. dah tu, die punye air panas tak boleh nak control. mungkin reostat die rosak. mana taknya, baru pusing tombol nombor satu, panasnya macam boleh rebus telur! sejak tu, keluarga saya buat maggi guna pemanas air tu. ok, itu saya tipu.

Tapi apa pun, dari cara manual ke cara automatik, bukan kah itu juga satu kemajuan?

************

Dulu masa di bangku sekolah..

Kejap! kenapa mesti bangku? Dari dulu lagi saya tertanya-tanya. Mengapa mesti bangku dan sekolah dijadikan satu frasa? kenapa tak 'meja sekolah'? mungkin kah sebab bunyi nya yang tak berapa nak pergi?

Ok. takpe lah. Saya teruskan cerita saya.

Dulu masa di bangku sekolah, saya sering dikecil hati kan oleh pakcik-pakcik yang semayang jemaah di surau. Tiap kali saya sembahyang jemaah bersama-sama mereka, pakcik-pakcik tu slalu tak bagi saya semayang satu saf dengan mereka. Diorang kata, "belum sunat gi smayang blakang ya?"



Habah dia ngajar. Aku da sunat kot time tu! -_-"

Haa kan?! kan aku dah terkeluar 'aku'.

Bila muhasabah diri balik, baru saya sedar. Masa tu saya tak berapa nak tinggi sangat. Maklum la budak lelaki lambat sikit tingginya..

Jadi, hari ni tinggi saya dah mencecah 169 sentimeter. Walaupun tak berapa nak tinggi, tapi dapat pegang pemegang gantung-gantung dalam tren tu kire ok la tu. Ye dak? Bukan kah ini satu kemajuan?

************

Sebenarnya banyak lagi kemajuan yang dah saya capai dalam hidup ni. Contoh lain, saya dah boleh makan ikan sikit-sikit. Walhal dulu saya anti gile dengan ikan. Dah la busuk, pastu bile dah sejuk sikit, lembik macam hape je. Mujur siakap tiga rasa dah mengubah persepsi hidup saya. Bukan kah tu satu kemajuan?

Cerita ayah sewaktu di zaman dia tentera dulu, perang sana sini. Masa zaman penjajah, nak keluar rumah pun takut-takut. Tapi sekarang kita dah merdeka. Dah boleh perintah negara sendiri. Nak keluar ke mana-mana pun takde hal. Aman dan sentosa. Jadi, bukan kah ini satu kemajuan? Kenapa mesti kita nak cari titik perbalahan? Bukan kah ini negara kita? Negara anak cucu saya. Dan negara anak cucu awak-awak juga?

Kadang-kadang saya fikir, usah lah kita cemburu kejayaan orang. Usah kita dongak ke langit hentak-hentak kaki tangisi kenapa aku tak ke bulan.. Sebaliknya kita usaha lagi supaya ada kemajuan. Kalau tak ke bulan pun tak mengapa. Boleh jadi kita ke bintang? :)

Sekian karangan saya pada hari ini.

Jalan-jalan sekitar rumah

Ntah apa slack nye, ari ni awal pulak aku bangun. Celik-celik je bijik mata, tengok jam da pukul 1 tengahari. Kalau dapat tau dek mak aku kat Malaysia tu, nahas! Beliau cukup anti kalau aku bangun time-time cam ni. Sat lagi dengaq la mulut beliau membebel. Ayat yang paling basic akan beliau cakap termasuk lah,

"kau ni takdo apo guno eh laaa... camno nak buek laki nih ?! tongahari buto baru nak colik... Peghangai tak somonggah!"

Kalau kena tang bapak aku pulak, bahasa beliau lagi puitis dan lebih bersifat 'makan dalam'. Beliau jarang nak membebel, tapi sekali beliau bersuara, pergh! mau berdarah telinga, tercucuk pangkal hati rasanye.

"Eden bosa kau ni, dah ke sawah dah nolong omak den. Ni kau, tongah aghi baru nak bangun! Buek malu yo jadi jantan. Memang takdo hapah guno eh! Buek ompang pon tak buleh! "

Ang paham tak? Ha, meh aku translate skit. Maksud die lebih kurang gini ah.

"Ayah masa besar kau dulu, dah ke sawah dah tolong nenek kau. Yang kau plak, tengahari baru nak bangun! buat malu je jadi laki. Hapah tak berguna. Satu keje pon tak buleh arap!"

Amacam? Pedih tak? Tapi tu laa... Nak besar kan aku ni, bukan senang beb! Degil macam setan. Bak kata orang negeri sembilan, 'Bega yang amek!". Atau dalam bahasa melayu nye "Degil sesangat! ".

Oh, lupa nak bagitau ang. Ramai jugak yang konfius dok tanya aku "zack, ang ni orang utara ka ?"

Sebenarnya aku lahir kat Melaka dan membesar di Negeri Sembilan. Tapi dalam blog ni aku convert semua ke bahasa utara sebab aku suke bahasa utara. Macam fun je. So, kalau ada salah silap memana, orang utagha sila tegoq cheq naa ? Cheq budak baru belajaq...

*********************

Cecelik mata, aku usha luar. Alhamdulillah, cuaca cantik ari ni. Cerah. Takde sebarang petanda nak ujan. 

Perut dah berbunyik. Aku jeling kotak parcel yang mak ayah aku kirim bulan lepas. Maggi tinggal sebungkus! Tak boleh jadi. Kene simpan buat stok last minit. Kot-kot tengah malam perut buat hal, ada jugak benda nak isik. Ye tak?

So, no choice. Nak tak nak, kene pegi 7E gak ni. Capai roti dalam sebuku dua ke... Baru ada tenaga. Baru boley buat keje!

*******************

Aku ingat ini ari nak bawak ang jalan-jalan sekitar rumah aku, sepanjang nak ke seven eleven. At least, ang dapat gambaran sesikit macam mana keadaan idop kat jepon ni. Amacam? Ok?


Yang tu lah rumah aku. Tempat aku ngan housemate aku mengabiskan sisa-sisa idop kat sini. Rumah ni kecik je. Ada 2 bilik. Sewa sebulan 67000 yen. Kalau convert, bersamaan dengan RM2400. Bahagi dua ngan housemate aku, sorang RM1200 sebulan. Gile. Tu belum masuk part bil api, bil internet sumer-sumer. 

Ha, nampak tak lot parking basikal tu? yang tu pon kene bayar 300 yen sebulan! Pada hal bukan berbumbung pon. Kalau basikal aku kene tibai pon, bukan aku boleh claim se sen pon. Tapi nak buat macam mana? Tanah kat jepon mahal. Ikut kan aje la.. Tempat orang... Kan?

 

Ok. Yang ni pulak pemandangan salah satu lorong berdekatan rumah aku. Sempit kan? Ngam-ngam boleh muat satu kerete je. Tapi belum penah dengar lagi jiran-jiran berkelahi rebut jalan. Memasing boleh mengalah. Diorang kalau bab pemanduan ni, memang berhemah. Sebab tu jarang dengar japanese mati eksiden. Dan sepanjang aku dok jepon ni, belum penah sekali pon aku terserempak ngan polis trafik. Ntah-ntah jawatan tu tak diwujudkan langsung kot? Tak sure.

Cuba tengok tiang letrik tu. Berserabut kan? Sebijik macam dalam citer otromen masa kecik-kecik dulu ! Situ la diamnye wayar telepon, wayar api, wayar internet dan segala macam tok nenek moyang wayar lagi ah. Agak-agaknye kalau macam ni la tiang letrik kat Malaysia, aku ingat isu gaji pekerja TNB pon boleh naik dalam pembentangan bajet belanjawan 2011 kot? Mana taknye, selang sepuluh meter, sebijik tiang letrik. Kejadah apa?




Ok. Selang beberapa langkah je dari rumah aku, da boleh nampak port buang sampah macam dalam gambar ni. Ha, cakap pasal sampah ni satu hal gak. Kat jepon ni bukan macam kat Malaysia yang boleh buang sampah ikut suke ati ang. Kat sini undang-undang die lain skit. Sampah yang boleh dibakar (combustible garbage) macam kertas, kulit telor, kulit bawang sumer2 tu, kene buang pada hari Isnin ngan Khamis je. Hari lain tak boleh! kalau ang buang jugak, nanti kene denda. 

Tapi yang peliknya, tak penah lagi ada masalah bau busuk walaupon tempat buang sampah betul2 selang 2 meter dari umah aku. Mungkin sebab faktor kelembapan udara kot? Tak pon, sebab orang jepon jarang buang perut ikan, sumer2 kot? Orang jepon ni kalau ang perhatikan menu harian diorang, bukan macam mak-mak kat Malaysia. Diorang masak simple je. Sayur ngan air, pastu tambah telur skit. Nak malas lagi, makan ramen je. Pendek kata, masakan diorang macam masakan orang pemalas. Tapi healty sebab kurang guna minyak, santan sumer-sumer. Teh O pon tak guna gula.

Kat Malaysia? Jangan mimpi! Celik mata, teh o segelas, gula 2 sudu. Tengahari sikit, kari ayam santan setengah liter. Nak goreng ikan, minyak sekuali. Malam kang, pasar malam pekene roti John pulak. Pergh, mau tak berkelahi isik perut? 



Selang beberapa langkah lagi, ada vending machine plak. Kat jepon ni, orang kata selang 500 meter ang boleh jumpa vending machine. Punye la banyak! Nampak tak anak panah dalam gambar tu? Yang kaler merah tu maknanya air panas. Contoh macam coffee ngan teh. Kalau yang kaler biru pulak maknanya air sejuk. Nak citer pasal vending machine ni je dah boleh bikin satu entry. Takpe, aku story lain kali ok?




Kite teruskan perjalanan lagi. Kali ni sampai kat subway plak. Kat jepon ni tak guna sangat sistem putra LRT macam kat Malaysia tu. Diorang banyak underground je. Yang ni pon kalau nak cerita, memang penuh satu entry. Takpe, kite skip dulu.




Sebelum sampai 7E, kene lalu stesen minyak dulu. Macam yang ang nampak dalam gambar tu, harga minyak buat masa ni, (regular) satu liter 128 yen. Kalau convert, dalam RM4.75 . Stesen minyak diorang aku rasa tak banyak beza ngan stesen minyak kat Malaysia kot. Cuma ruang die agak sedikit sempit berbanding ngan stesen minyak Petronas kat Ampangan, Seremban. Kalau tak silap aku, stesen minyak diorang takde kedai kot? Tak sure.

Lepas stesen minyak ni, maka sampai la kat 7E. Ha, part ni aku da boleh skip kot, sebab aku da story dalam entry aku yang lepas-lepas kan ? 

Ok, lepas beli roti, aku pon balik. 

Duduk depan pc sambil menaip, sambil makan roti. 

Taraa! Da siap satu entry! 

Sekian.
**************


p/s : Aku ingat lepas ni Tourism Malaysia boleh amik aku keje ngan diorang ah. Gaji boleh runding kemudian. Harga kawan-kawan.


Aku vs Maggi

"Sreeeettt..."
Tengah aku mengelamun baca blog orang, tetiba sliding door bilik aku diselak. Housemate aku rupanya. Datang-datang je terus picit bahu aku. Urut-urut. "Eh, tebiat apa plak ni!" bisik ati aku. Aku toleh pandang dia, die sengih-sengih bajet kiut. Ha, ni tak lain mesti ada konspirasi sulit ni.

"zack,makan luar jom."

Memandangkan aku malas nak keluar, aku geleng pala je , "malas ah. aku kenyang lagi. aku makan maggi je kot. ang pegi la..."

Actually, bukan aku tak lapar. In fact, dari tadi lagi perut aku dah berbunyik, sengaja aku malas nak layan. Kang nanti, kalau makan luar, paling cikai mesti abis seribu yen (RM37.80) punya. Gile.

 *****************************

Duduk kat negara orang ni, bukan macam kat Malaysia. Agak-agak ang lapar skit, capai kunci motor, zaaas! seploh minit da sampai mapley. Cakap je nak makan apa? nasik goreng kampung, nasik goreng pattaya, mee goreng, mee hailam, sume ada. Harga plak stok bawah 5 hinggit je.

Tak macam kat jepon ni. Serba-serbi makanan nak kene belek satu-satu. Kalau kata pegi kedai 7e nak beli roti tu, 1st-1st skali kene baca ingredients kat pembungkus blakang dia.



Masa tu mula la mata melilau dok carik huruf "豚肉”, atau bahasa omputihnya 'pork'. Agak-agak tak jumpa tulisan tu, belek tulisan yang lain plak, kalau-kalau ada tulis  "ゼラチン”(gelatin). Kalau tak jumpa jugak, baca lagi. Mana tau kadang-kadang ada tulis "動物性” atau 'lemak haiwan', haram jugak tu. Agak-agak da clear takde benda-benda syubhah tu, baru la boleh beli. Baru la boleh makan.

Seksa kan? Ada member aku yang kat Malaysia tanya, "zack, ang kat sana makan KFC tak?".



Gile apa? Jangan buat pasal. Kepsi (kfc) ke, Mekdi (mcD) ke... mana boleh makan. Diorang bukan sembelih pon daging ayam tu. Stakat french fries tu, boleh la kot.

"Ala, ang makan je zack! Orang bukan tau pon."

Ha'ah, ye la sangat. Memang la orang tak tau, tapi tu yg kat 'atas' tu? Ingat DIA tak tau? Ang jangan main giler . Ingat lagi ustaz aku cakap dulu, sabda rasulullah s.a.w. :

 "Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram, maka api nerakalah yang lebih layak baginya."(Riwayat At-Tarmizi)

Aku ni amal da la sekangkang kera. Kalau benda-benda simple camni pon aku pakai redah je, alamatnya menjawab la aku kat akhirat esok. Ang tu lain ah, ang tu banyak amal ! Hakhak.

**************************************
Ok,cukup tazkirah untuk ari ni. Nak dijadikan cerita, minggu lepas parcel yang mak ayah aku pos dari Malaysia tu da sampai. Hehe! Besssaaaar punye!





Serba serbi nenek moyang ada dalam tu. Maggi, serbuk kari, tuna, sup bunjut, nescafe 3in1, kulit kayu manis, bunga cengkih dan ntah hapa-hapa rempah ratus lagi ntah, semua ada. Tapi yang jadi perhatian aku cuma dua benda je. Maggi ngan nescafe. Benda-benda lain, aku campak tepi je.

***************************************

Aku usha housemate aku kat bilik sebelah. Tak gerak-gerak lagi beliau. Ingatkan da kuar makan.

Aku capai maggi asam laksa sebungkus, aku gi dapor. Aku tuang air panas semangkuk, aku pecah telor sebijik.

Tetiba ternampak ada lebihan kobis hijau kat atas meja. Macam elok lagi je rupanya. Aku hiris-hiris, aku campak dalam mangkuk tu skali. Alih-alih, terpandang bawang merah elok2 je port depan mata aku. Aku racik-racik skit, bubuh skali. Pastu, untuk memastikan telur tadi masak sepenuhnya, aku masukkan campuran bahan-bahan tadi bersama-sama mangkuknya ke dalam microwave, aku set time die 2 minit.



Tadaa! Siap dah maggi aku.

Tapi, tetiba aku rasa macam nak tukar selera skit. Aku capai serbuk lada merah, aku bubuh dalam maggi tu. Konon-konon baru piyau sikit pedas dia. Kata anak noghori? Mesti mau pedas2 skit meh!

Pastu, aku bubuh asam keping secarik, nak bagi masam skit. Last skali baru aku bubuh garam secubit. Ok,siap!


sila abaikan meja aku yang bersepah itu.

Dengan yakin dan penuh konfidennya, aku try jamah sesudu.

Hurmm...

Try sesudu lagi.

Ok. Aku amik kamera, aku snap gambar maggi tu. Aku gi dapur, aku curah maggi tu dalam sink!

Celaka.

Aku bukak pintu bilik housemate aku.

"OK. SIAP! KITA MAKAN LUAR! "


**********************************

p/s : baru perasan blakang plastik bungkusan maggi tu ada tulis ini.





Ceh! Terkena aku.



.

Seven Eleven Jepon

Pengetip kuku aku ilang lagi. Celaka. Slalu macam tu. Bile time mencarik, memang tak jumpa. Kalau time tak guna tu kang, sampai terpijak-pijak!

Nak tak nak, terpaksa aku kayuh beskal pegi 7 eleven beli ketip kuku baru. Kuku da panjang benar da ni. Kalau cebok, mau berdarah bontot.

Nak dijadikan cerita, tadi masa sampai kat 7 eleven, tetiba macam ada satu suara datang dari dalam sanubari (wah!) yang suruh aku tulis pasal 7 eleven. Korang penah tak macam tu? Ala, konsep dia sama macam time kite tengah sembahyang, tengah baca al fatihah, tiba-tiba macam ada satu suara bisik kat ati "Eh, air yang aku jerang kat dapor tadi da tutup ke belom ek?.."...

Penah tak? Tak penah? Ok. Abaikan.



So, macam ni la rupa 7 eleven kat jepon. Kemas kan? Bersih je... Mana tak nya, sampai tiga bijik tong sampah kat depan kedai. Satu untuk sampah plastik, satu untuk sampah kertas, satu lagi untuk sampah botol ngan tin. So, takde alasan la ang nak buang sampah merata-rata.




Ha, yang ni 7 eleven kat Malaysia. Dah la takde tong sampah, moto pon boleh parking depan pintu kedai. Memang 'bersih' giler. Maybe tak semua, tapi kebanyakan 7e yang aku slalu pegi, mostly takde tong sampah.

Heran aku. Bende macam ni sebenarnya nampak tak penting. Tapi kalau ang pikir betul2, ang akan nampak kesan die. Kadang2, orang singgah 7e sebab dahaga, nak beli air. Lepas minum depan kedai, carik tong sampah xde, diorg pon buang je la tepi longkang tu. Tak pon, baru lepas beli kad topup , key in masuk dalam henpon, pastu nak buang kad tu, tapi tak jumpa tong. So langkah mudah - gumpal2 campak je kat depan kedai. Settle!

Ok. Cukup. Taknak curse sesapa. Kang nanti ada orang marah. Ini ari susah nak tulis blog. Tulis pendapat sendiri pon ada orang nak sound. Baik dok diam-diam dalam gua, ambik arang, conteng kat dinding gua. Baru takde sesapa nak sound.



So, macam ni la rupa 7e kat jepon. Ang bukak je pintu, masuk-masuk je kedai tu, orang cashier tu dengan pekerja2 7e yang lain sumer tunduk kepala skit cakap "irasshaimase!" atau dalam bahsa melayunya 'selamat datang!' kat ang. Yang bagusnya, kadang2 pekerja yang tengah susun barang-barang pon boleh berenti kejap wat keje, semata-mata nak cakap 'selamat datang' kat ang. Kira memang respect abis ar, pada hal ang datang nk beli pengetip kuku je pon. Hakhak.

Okay, jom usha apa ada dalam 7e ni.

 

Ang bukak je pintu 7e tu, mesin ATM da siap sedia kat belah kanan ang. So, memang xde masalah langsung kalau ang terlupa nak bawak duit. Nak cerita pasal mesin ATM ni pon satu hal. Boleh bikin satu entry lagi. Tapi takpe, aku ringkaskan je la ek?



Mesin ATM diaorang bukan calang-calang. Siap dengan phone skali. Tujuannya kalau orang tua nak guna mesin tu tapi tak reti caranya, maka mesin suara ATM tu akan guide satu persatu through the phone. Yang fun nya, kalau kata transaksi ang gagal sebab ang salah tekan apa-apa butang, mesin ATM tu akan automatically connect kan ang dengan call center dan operator diorg akan tolong ang deal.



Lebih menarik lagi, mesin ATM die boleh deposit duit syiling.. Aku penah terserempak ngan sorang pakcik tua ni, bawak satu tupperware penuh duit syiling masuk kan dalam ATM.. Pakcik tu dressing sempoi je. Baju kemeja lusuh, sluar slack, naik basikal. Gaya memang sebijik macam pakcik homeless. Tapi aku ingat, kalau tiap-tiap minggu die masuk duit syiling satu tupperware macam tu, cukup 10 tahun, boleh beli rumah kot?

Ok, sambung part 7e tadi. Kat mana kita tadi?

Ha, lepas ang jumpa ATM belah kanan, cuba ang toleh belah kiri pulak. Nanti ang akan perasan ada sebijik mesin lagi.



Mesin ni cantum ngan mesin photostat. Kalau selalu ang photostat kad pengenalan ngan kertas kerja kan? Tapi mesin ni advance skit. Bukan stakat print gambar ngan faks, tiket wayang ngan tiket kapal terbang pon ang boleh print direct kat sini.

Ok, kita jalan lagi...



Yang ni nama dia 'onigiri' atau org putih kata 'rice ball'. Rupa die macam isik lemang tapi ada inti. Macam2 perasa ada termasuklah tuna, salmon, mentaiko(telor ikan) dan asam boi... Orang kata makan benda ni seketul je da boleh kenyang, tapi ntah la. Aku tak minat sangat benda ni.



Yang ni aku minat! Hakhak. Diorang jual buku blue jual macam jual surat khabar. Kalau ang datang 7e dalam pukul 2-3 pagi tu, ang akan perasan ada mamat2 japanese berdiri sambil baca mende alah ni. Muka memasing sangat khusyuk ok~ Diorang memang kasi baca free, tapi kalau ada yang latest edition tu, diorang bind(ikat) guna tali rafia. So, takde cara lain, kene beli. Tapi sepanjang aku dok jepon ni, aku tak penah beli lagi la. Tak best pon.



Lepas capai dua tiga barang, ang pon pegi la kat kaunter. Skali tengok mamat cashier tu tengah merebus fishball ngan sosej. Ang jangan pelik pulak sebab memang macam tu 7e diorang. Ha! Baru la orang kata kedai serbaguna! Hakhak.

Maybe 7e kat Malaysia pon patut ada sistem macam ni. Tak dapat aku bayangkan akak cashier kat seven eleven Seremban dok menggoreng karipap kat kaunter. LOL.


Okay la. Cukup la lawatan sambil blaja ke 7 eleven untuk ari ni.



p/s:  Weyh korang, aku ingat nak buat facebook fan page la. Macam cool je? Korang kasi tak?
Hakhak!

.

Related Posts with Thumbnails