Showing posts with label lelaki vs perempuan. Show all posts
Showing posts with label lelaki vs perempuan. Show all posts

Tilam..Tilam..! Tilam lama tukar baru!

    Tadi siang, guwa duduk-duduk di beranda rumah sambil memerhati bebudak sekolah balik rumah. Sambil menengok bebudak sekolah tu, sambil guwa meneguk oren sangkuik tanpa gula. Tabiat guwa memang macam tu. Tak suka bubuh gula kalau bancuh oren sangkuik. Guwa tak suka manis-manis. Nak kata guwa pemalas pun iya juga. Tapi hari ni punye panas memang lain macam guwa perhatikan. Garang punye panas. Kalau kejap lagi melintas moto aiskerim 'mat kool mat kool oh kawanku' lalu depan rumah guwa, guwa memang nekad nak tahan je terus tanpa banyak soal bicara. Kalau selalu tu guwa siap halau lagi cina aiskerim tu pasal memekak pasang lagu mat kool tetengahari buta. Orang nak tido pun tak senang. Tapi hari ni lain cerita.

    Ha! sebut pasal ni, guwa teringat satu kisah...


Di satu ketika dulu, di taman perumahan guwa, setiap petang akan lalu sebuah lori cina mundar-mandir jual tilam. Boleh dikatakan seminggu tu dalam tiga empat kali juga dia datang berlegar-legar sekeliling taman mencarik customer.



Dekat atas bumbung lori tu ada macam siren. Lepas tu siren tu bunyik macam ni..

"Tilam..Tilam! . Tilam lama tukar baru! "

Begitu la rangkap yang diulang-ulang lori tu setiap hari tanpa jemu.

Kadang-kadang sehari tu sampai dua tiga kali juga lori tu lalu depan rumah guwa. Bayangkan seminggu berapa kali pulak guwa kena hadap lagu tu? Mahu tak mahu, guwa terhafal juga lah lirik dia.


Satu hari tu, guwa sedang leka main kucing dekat beranda rumah. Incik ayah pula bersandar di kusyen pekena surat kabar sambil layan nescafe panas. Puan emak pula duduk di ruang tamu menengok sinetron sambil lipat baju.


Sedang kami leka buat hal masing-masing, melintas lori tilam lalu depan rumah sambil memekik

"Tilam..Tilam..! Tilam lama tukar baru!"


Tiba-tiba entah macam mana nak dijadikan cerita, hari tu tetiba pulak cik ayah gatal mulut gi ajuk lori tu. 

"Bini Lama Tukar Baru ~~ "

Puan emak dekat dalam dah berdehem dah guwa dengar.

Guwa dah tak sedap ati.



Time tu guwa dah terasa aura hitam.

Langit jadi mendung sekejap. Awan hitam pekat.

Petir tak semena-semana sabung menyabung.

Burung-burung lari balik sarang memasing. Dah tak terbang dah. Time tu, burung pun jadi lupa mereka ada sayap.


Sejurus kemudian, kelibat puan emak muncul di depan incik ayah sambil cekak pinggang.

Guwa lekas-lekas tarik kucing bawak masuk rumah.

Incik ayah pula menyorok belakang surat kabar. Kalau boleh menyamar jadi kucing, guwa rasa time tu juga incik ayah bertukar jadi kucing.

Kesan daripada peristiwa petang tu...


Malam tu guwa dah incik ayah makan malam dengan maggi sorang sebungkus. Tumis sendiri-sendiri. Puan emak mogok masak.

Cinabeng!

*********


p/s :
perempuan dan poligami umpama api dengan petrol. jangan dibuat main bai! terbakar!

Lelaki, Wanita dan Cinta... part2

Ok. So, hari ni kita sambung cerita pasal entry yang terbengkalai itu ari. Pasal cara-cara memahami si pakwe dan cik makwe. Memana yang belom ada makwe, boleh gi amik pen sama kertas sekarang. Salin buat nota. Esok-esok kalau kapel, takde la kelam kabut. Ini tidak, baru makwe merajuk tarik muncong sikit, dah panik tak tau nak buat apa. Nak dipujuk tak reti. Nak belanja teddy bear, gaji tak masuk lagi. Nak carik makwe baru, muka pulak tak berapa nak ensem. Ha, time tu mula la salahkan takdir, "kalau la aku edward cullen..."



Berikut adalah antara soalan-soalan yang aku dapat dekat Formspring. Giler. Menitik-nitik peluh jantan nak menjawab satu-satu. 

Kalau ini macam pattern soalan hari-hari, cukup ujung tahun, rasanya aku da boleh mintak kerja sama fadilah kamsah kot? Silap-silap, boleh masuk segmen Wanita Hari Ini tv3 slot kaunseling rumah tangga. 



Tapi takpe. I'm cool.

Soalan-soalan cinta macam ni, eleh! macam makan nasik je. Bukannye tahap nak kene tekan kalkulator pon. Ye tak? Not a big deal, kata omputih.

Cuma.. tinggal lagi jawapan yang bakal korang dengar tu, tak tentu la betul ke tidak. Ha-ha.

Aku jawab based on pengalaman dan pemerhatian aku je after all.

=)      (rasa macam cool gile bubuh icon ni.)

****************************

1) Zack, macam mana ek nak bagi boyfren I sayang dekat I ? I risau la kalau-kalau die carik lain... hukhuk. 

Ok. Die macam ni tau. Ada satu famous quote yang pernah aku baca dulu. Katanya "Woman are meant to be loved, not to be understood.". Atau dalam bahasa melayu nye, "pempuan dicipta untuk disayangi, tapi bukan untuk difahami." Kalau dipikir-pikir, memang ada logik nya. Bukan la maksud kata pempuan ni tak perlu difahami langsung. No. Bukan macam tu. 

Maksudnya pempuan perlu lebih disayangi atau lebih diberi perhatian. Contohnya, pempuan suka bila dapat mesej dari pakwe die yang berbunyik seperti "I love u sayang..", atau "Please take care syg. Jangan lupa makan ubat tau?"...

Macam laki-laki, kitorang perlu lebih difahami rather than to be loved. Berbeza dengan kaum Hawa. Lelaki tak perlu sangat kata-kata "I love U" ni. Sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sebab die tau pempuan memang sangat mempamerkan kasih sayang die dengan kata-kata.

Lelaki suka kalau si gadis tu boleh memahami life dia. Contohnya kalau lelaki tu minat bola, bile masuk musim-musim worldcup macam ni, die akan lebih banyak habiskan masa dengan tv dan kengkawan. So, kalau pempuan tu tak faham die, pempuan tu akan cakap "U ni tak abis-abis dengan bola...boring lah."

Sebaliknya, kalau pempuan tu cakap "Its ok syg. U tengok la bola. I nak keluar tgk movie with my housemates. Make sure SPAIN menang tau! Hikhik.", biasanya lelaki tu mesti akan happy gile babi. Terasa bertuah ada awek yang memahami macam tu.

Sebab tu kalau korang perasan, bile ditanya pada lelaki, "apa ciri-ciri pempuan yang kau carik?"

Dalam banyak-banyak jawapan dia, last sekali mesti die cakap "aku nak pempuan yang boleh faham aku".

Kalau tanya pempuan pulak... jawapan die? "I nak lelaki yang boleh sayang I sepenuh hati!"

2) Zack, kenapa lelaki ni nak awek yang cun-cun je ? abis tu, orang tak cun macam aku ni nak buang mana? Ah, nak bunuh diri la camni! 

Yes. Lelaki memang suka awek yang cun-cun. Ini fakta.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”


Kalau dah nama nye lelaki, mesti die nak yang cantik-cantik jugak. Tak dapat Lisa surihani, Tiz zaqyah pon layan juga. Lelaki memang macam tu. Err, gay lain cerita.


Pon begitu, kecantikan ni subjektif. Maybe pada aku, Lisa surihani tu cun. Tapi tak pada sesetengah lelaki.

Sama jugak kes nye dengan jacklyn victor. Pada brader-brader india, jacklyn victor tu mungkin habis cun la agaknya.  Saing-saing Lisa surihani jugak tu. Tapi dalam versi lain laa.. Lebih kurang gitu la perumpamaannya.

Dari apa yang aku perasan sepanjang pengalaman aku, lelaki ni pada peringkat awal perkenalan, die memang akan pilih yang cantik-cantik. Tapi lepas lima enam bulan kapel, bile die tengok perangai awek die tak elok, die terus jadi tak kesah dah pada kecantikan.

Back then, aku pernah ada sorang awek cun. Cukup cun sampai memember aku pon naik berbulu bile aku dating dengan die. Lebih kurang Nora Danish jugak la kalau nak dikira-kira. Tapi yang slacknye, die ramai kawan lelaki. Slalu bertenggek atas moto jantan, selalu gayut dengan laki lain, dan terlalu sosial. Mana boleh tahan bai? Memang la setakat berkawan tu tak salah, tapi kalau dah sampai date dengan aku pon nak bantai SMS dengan jantan lain, baik tak payah kapel. Mana lebihnya aku sbagai boyfren kau kalau nak dibandingkan dengan kawan lelaki kau yang lain ? Tu semua la tu...



3) Zack, awek aku kuat membebel la! Mana boleh tahan dowh.

Standard tu bro. Takde hal tu.

Perempuan memang satu makhluk yang banyak cakap. Aku sendiri pon, sejak kapel dengan macam-macam makwe, apa yang aku nampak, dalam 10 orang makwe, 8 daripadanya banyak cakap.

Tapi bile fikir-fikir rasionalnya, mungkin kaum hawa memang dicipta sebegitu. Kebolehan banyak cakap tu perlu ada dalam diri diorang untuk mengajar anak-anak nanti. Contohnya, masa kekecik dulu, puan emak selalu membebel "Jangan main jauh-jauh ya? Pakai selipar tau.. Nanti cacing masuk kaki. Kalau ada orang tak kenal ajak naik kereta, jangan ikut tau?"...

Incik ayah tak banyak cakap. Cecah maghrib kang kalau takde kat rumah, tali pinggang je ubat die. Setel.

Ada jugak kengkawan aku yang komplen katanya pakwe diorang berubah bile lepas kawen. Sebelum kawen, cakap banyak. Lepas kawen cakap sikit. Mungkin ada betul nya jugak.

Sebelum kawen si pakwe cakap "Yang, hari ni U cakap je nak makan apa. I belanja! Tomyam ? Kepsi? Mekdi? Satay ? Cakap je! anything for u..."

Si makwe balas " I ikut U je..."

Lepas kawen, si isteri cakap "Bang, dah lama kita tak makan luar...malam ni kite makan luar ya?"

Si suami balas " Jangan membazir..."

4) Zack, boyfren I selalu lupa birthday I !! Menci menci menci! 

Biasa la tu. Aku pon macam tu jugak! Hakhak. Kalau tak percaya, pi tanya cik awek. Berapa banyak kali dah aku lupa tarikh aniversary we all. Lelaki memang macam tu.

Atas dasar lelaki yang tak berapa nak peka, sebab tu perempuan dijadikan dengan kebolehan semulajadi which is they are very particular. Makhluk yang sangat details dalam kerje.

Sebab tu jangan marah kalau pempuan bersiap lama gile. Dengan eye shadow nye lagi, dengan lipstick nye, dengan mascara nye... Solek muka je mau makan setengah jam! Tu belum masuk part baju sama tudung lagi. Selagi baju tak sama tune dengan tudung, jangan arap die nak kluar. Lelaki ? Baju melayu dengan seluar jeans pon takde hal. Jalan!

Pempuan memang dicipta dengan sifat detail macam tu sebab supaya die boleh detect kalau-kalau ada ruam atau kudis-kudis kecik dekat badan anak-anak dia, or mungkin juga guna untuk mengingati benda-benda kecik dan remeh macam contohnya bawang kat dapo da abis ke... garam tak cukup ke.. apa ke..

5) Zack, macam mana nak tegor lelaki ek ? Kang kalau salah tegor, takut die kecik ati pulak...

Nak tegor lelaki ni kene ada cara die. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah, 7 kali puji, 1 kali kutuk.

Contohnya, si makwe nak tegur incik boyfren supaya tukar fesyen rambut yang sikat belah tepi tu kononnya nampak skema. Tak boleh nak cakap "U, rambut U tak cantik la sikat macam tu...". Memang sah-sah kecik ati si pakwe. Lelaki memang tak boleh dikondem terang-terang macam tu.

Sebaliknya, die kene tegur slow-slow dan berhemah..

"Yang, U tau tak muka U ni skali pandang macam Fahrin Ahmad ? Serius! I tak tipu ni. Kawan-kawan I pon cakap macam tu... Bertuah I ada boyfren macam U. Tapi, kalau rambut U tu, U bagi style skit, pergh! Memang ensem abis!"

Tu cara dia.

6) Zack, apa lagi yang lelaki suka dari sorang pempuan tu ? nak tau jugak sebab I  baru bercinta. Tak tau sangat pasal lelaki...


Lelaki suka pempuan yang merangsang kehebatan die. Ini membuatkan die rasa ada high level of confidence. Pendek kata, die rasa sedikit macho la...

Contohnya, lepas selesai tengok si pakwe main futsal, si awek datang duduk sebelahnya dan terus puji die. "Wah! terer la U main bola tadi. Macam Messi !"

Maka, akan kembang lah si pakwe tadi sambil ada bunga-bungaan di hatinya.

Lelaki tak suka kalau awek tu suka kondem keje dia. Rasa moral down gile-gile.

"U ni bola je... Main bagus-bagus pon bukan boleh wakil Malaysia!"

******************************

Cukup la kot. Guwa nak tengok game England pulak ni. 

Oh ya, lelaki tak suka dipujuk. Kalau team die kalah, jangan cakap apa-apa. Diam je. Ok?

Keh keh keh...

Related Posts with Thumbnails