Kelas Sains Darjah Empat

Malam itu cuaca sungguh baik. Nun jauh di langit, bulan sedang rilek-rilek baring diselimuti awan-awan gebu. Beburung yang dari pagi terbang riang tak henti-henti, semuanya sudah pulang ke sarang. Kucing-kucing yang berpeleseran di premis-premis kedai makan, masing-masing sudah mula menjilat bulu di blakang kedai tanda kenyang. Semut-semut yang dari tadi sibuk memikul lebihan-lebihan nasik sorang sebutir atas kepala, kini sekor-sekor dah boleh berlapang dada di dalam sarang. Walaupun hakikatnya mereka tiada dada.

Begitu lah lumrah fitrah kitaran alam. Penat lelah seharian memerah keringat di ofis mencarik sesuap dua suap nasik, kini bertukar santai. Tak kira la penjawat awam, buruh kasar, juru ukur, operator pengeluaran wanita, pembantu makmal, supervisor kilang papan, pembantu tadbir, kerani sekolah, semuanya mengambil kesempatan untuk berehat di sebelah malam. Pon begitu, di saat warga kota bersenang-senang duduk bergelak tawa bersama keluarga tercinta menyaksikan rancangan-rancangan yang disajikan di kaca telebisyen, lain pula senario yang berlaku di Pusat Tuisyen Warisan Pendeta (bukan nama sebenar), Seremban, Negeri Sembilan...

******


Jam 9 malam. Kelas sains darjah empat.

Fail hijau yang tersusun bersama fail-fail lain di atas ruang meja guru, guwa capai kemas. Sahelai demi sehelai lembaran kertas di dalamnya guwa selak ligat. Bebola mata guwa laju mencari helaian bertajuk "attendence form". Sesambil itu, hujung mata guwa melilau sekitar kelas mencongak bilangan pelajar yang hadir satu-persatu di dalam hati.

"Hurrmmm... Baiklah. Nama-nama yang saya sebutkan ni, sila angkat tangan ya?" ujar guwa ringkas sambil jari jemari guwa sudah bersedia menge'tick' nama pada attendence form pelajar.

"Ahmad Takiudin bin Abu Mansur?"

"Saya cikgu."

"Nurul Katriona Nabila binti Tan Sri Megat Tajuddin?"

"Yup."

"Chan Sow Lin?"

"Yes teacher!"

"Puteri Fathiatun Nadirah Syuhada Binti Ali?"

"Yes. Err... teacher!"

"Yup. Ada apa Puteri?" soal guwa.

"Bukan Fathiatun laa teacher.. Jamiatun!"

"Oh.. ok ok. Sori Sori."

Dan begitulah seterusnya sehingga guwa selesai menanda kedatangan memurid. Dari cara mereka menjawab soalan guwa tadi pon, guwa sudah boleh mengagak karektor masing-masing. Guwa sudah boleh mencongak pelajar mana yang agresif, pelajar mana yang pendiam, pemalu, peramah, attention seeker, ngada-ngada dan sebagainya.

"Sebelum cikgu mula kan kelas malam ni, kita baca doa dulu."

"Allah hum maftah 'alaina hikmata ka wanshur 'alaina min khoza iniroh mati ka ya arhamar rohimin...amiiin."

*******

Subjek guwa malam tu - Sains darjah empat. Nampak ringan, tapi guwa sedar guwa tak boleh pandang ringan. Walaupun guwa sekadar guru part time, guwa tak mahu kerjaya seorang guru dicemar dan dilacurkan demi wang ringgit semata-mata. Pada guwa, kerja ialah amanah. Guwa sedar setiap sen yang guwa terima ujung bulan nanti, takkan ada sesen pon yang terlepas pandang untuk dihitung dan dihisab di kemudian hari. Justeru, guwa harus dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja guwa. (sambil membetul-betulkan tali leher)

"Orait. So... Hari ni kita akan blaja pasal "Basic needs" atau pon dalam bahsa melayu nya "Keperluan asas". 

"Keperluan asas ni hape mende cikgu?? Ok, die macam ni tau. "Keperluan" tu ialah benda yang kite perlu atau pon benda penting yang mesti ada. Contohnya macam duit. Duit kita perlu tak?"

"Perluuuuuuu...." jawab memurid guwa dengan hujung bibir terjuih ke depan. Die punye "luuuu..." tu doblas harakat ada guwa rasa.

"Ok. Duit tu memang satu keperluan. Tapi kalau kita tengok manusia zaman batu dulu, diorang takde duit pon tapi still boleh hidup. Diorang buat macam mana? Diorang berburu dalam hutan mencarik makanan. Jadi, kita kata 'duit' bukan lah satu keperluan asas bagi manusia. Sebab apa? why? Sebab takde duit pon, manusia masih boleh hiiii...???"

"duppppp....!"

"Pandai... :) "

Sengaja guwa puji diorang walaupun hakikatnya menyambung perkataan yang tak sudah, bukan la benda yang boleh dibanggakan pon. Tapi pada guwa, untuk mengajar bebudak, 1stly lu mesti tackle diorang dulu. Once lu dah dapat perhatian diorang, insya Allah diorang dengar kata. Guwa tak mau garang-garang dan tegas sangat. Ini bukan kelas tingkatan 5. Guwa mau rilek-rilek tapi input tak lari.

"So, 'keperluan asas' ataupon 'basic needs' ialah sesuatu yang kita perlu untuk hidup. Kalau takde je kita mati."

"Faham tak?"

"Faaaahaammmm...."

"Ok, kalau faham, saya nak tanya. Apa benda yang kalau takde je, manusia akan mati? haa, apa dia?"

"Udara cikgu!" jawab salah sorang student guwa yang duduk di barisan tepi.

"Kenapa pulak?" soal guwa sengaja menguji kefahaman beliau.

"Ye la. Kalau takde udara, macam mana manusia nak bernafas??".

"Bagus. Pandai!" 

"Lain?"

Kali ni guwa tengok muka masing-masing macam eksaited nak jawab tapi diorang tak tau jawapan. Jadi, guwa cuba pancing dengan teknik menyambung perkataan.

"Makaaa....??" soal guwa dengan lontaran vokal yang tinggi di bahagian hujung ayat.

"naaannnn!" jawab memurid dengan muka selamba. 

"Makanan... Kan? Kalau takde makanan, manusia boleh hidup tak?"

"Tak boleyyy....."

"Jadi, kita kata makanan ataupun 'food' ialah salah satu  'basic needs' of humans." terang guwa lebih lanjut sambil menulis nota ringkas di white board.

"Lagi, what else?"

"Tempat tinggggg.....??"

"Galllll.....!"

Wah. Tetiba guwa rasa macam tak boleh jadi. Senang bebenar bebudak ni. Takat nyambung perkataan je keje sekor-sekor.

"Eh class!. Kejap! Saya nak tanya satu soalan. Ayah nabi Muhammad bernama Abdul Mutaaa....???"

"libbb....!"

Haa, kan guwa dah agak. (-_-")

"Banyak la kamu punya Abdul Mutalib! Bapak nabi, Abdullah.. Abdul Mutallib tu datuk nabi. Haa, kan dah kena trap? Lain kali, fikir dulu. Jangan main nak senang je. Ok?"

"Teheee!" . Tersengih-sengih muka seko-seko. Mujur la guwa ni tak garang.

********

"Orait, skarang ni kita belajar pasal basic needs of animals pulak. Animals ni sama macam manusia. Keperluan asas dia tadi apa?? Air, food, water and ??..."

"Shelter!" 

"Good."

"Ok, cuba tengok gambar yang cikgu bagi dalam nota tu tadi."


"Haa, kenapa anak ayam tu mati?"

"Sebab mak die takde!" jawab sorang student guwa. Dari raut wajah dia, langsung tak menunjukkan yang dia bergurau. Jadi, guwa cuba tahan marah. 

"Hmm... memang lah mak dia takde. Tapi dia masih boleh hidup kan? Ok, sapa tau jawapan dia? Kenapa anak ayam tu mati?"

"Saya cikgu! saya! saya!"

"Ha, apa jawapan die Balkis?"

"Die mati sebab takde air!"

"Ok. Pandai. :) Binatang kalau takde air, dia akan mati. Sama macam manusia. Sebab apa?? Sebab air ialah salah satu basic needs binatang."

"Awak tau tak, unta kat padang pasir tu boleh hidup selama sepuluh bulan tanpa minum air??" Kali ni sengaja guwa bagi sedikit info buat student guwa yang masih hijau dalam kancah kehidupan.

"Sebabb... dia ada bonggol dekat blakang badan dia. Bonggol ni dalam dia ada air" terang guwa sambil melukis gambar seekor unta di white board.

Tiba-tiba telinga guwa sempat menangkap sesuatu.

"Teacher! Kenapa unta teacher macam zirafah je?" 

Cilake.

********

Jam di tangan guwa sudah menunjukkan pukul 9:45 minit malam. Ini bererti, guwa ada lagi lima belas minit untuk handle bebudak ni.

Guwa skarang dah masuk subtopik "Basic needs of plants" ataupun 'keperluan asas tumbuhan'. Tadi guwa ada terangkan secara details pasal salah satu keperluan asas tumbuhan iaitu sunlight, atau cahaya matahari. Guwa siap lukis gambar daun dan hubungkaitnya dengan cahaya matahari. Guwa cerita yang daun akan absorb cahaya matahari untuk buat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Guwa tanya "faham tak??", diorang jawab "fahammm...."

Jadi, guwa petik satu soalan sebelum mengakhiri kelas malam tu.

credit : Longman, Pearson Essential KBSR Science UPSR


"Ok, apa fungsi daun pada tumbuhan??"

Guwa tengok satu class senyap. Barangkali diorang leka buat latihan yang guwa beri tadi.

"Haa, Fatin. Cepat! apa kegunaan daun?" Kali ni guwa tukar pattern soalan biar senang dia faham.

"Hurmm..... buat herba, cikgu."


**********


Ok.

Minggu depan guwa dah boleh bawak rotan sama pembaris besi.


295 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 295   Newer›   Newest»
payedd said...

1st!! huhu.. bangga2

inspirasiizra said...

hahhaa,, macam2 ragam kan bila mengajar . . .

Anonymous said...

mereka tu kreatif.



evolusi arus menjadikan mereka lain daripada kita yang dulu.

dieja yusoff said...

ahahhahaha... cute..n interesting

soniacamili said...

adooiiiii..dudak2 bleh buat sakit perut jer walau geram semacam..^^

Vee El-Dina said...

heheheeh budak2 skang nie mmg advance zack.. vee dl pun penah mengajar budak2 nie, pening kepala..tlebih pintar hehehehe

Hidayah Hanif said...

hahahahaaaaaaaaa...;)

keet said...

haha...cigu..kata takmau garang2..ni rotan sama pembaris besi neh apa kes..

Q said...

lawak budak budak zaman sekarang.
aku pun tak terpikir daun nak buat herba! hahaha
tahniah cikgu zack! :p

Yuyu Zulaikha said...

HAHAHAHAAH... COMEL JEEE~

BACE KALI KE DUA LA ^^

Anonymous said...

hahahh...ko ajar budak skola rendah pun da mcm2..tapi jujur...cuba terai ganti tpt aku nak x ajar budak sijil..laaaagggiiiiiii (12 harakat) byk loyar buruk...

Mizz Farah said...

ahahaha....comeiiii...budak2 tu tak lama lagi mesti pandai cam cekgu die...teehee~ :p

Anonymous said...

hahaha...bdk2 mmg mcm2 ragam..:)

Nier Zecter said...

unta mcm zirafah??
hahaha budak2 main cakap jer
apa diorang nk cakap..

Faizal R said...

Syok2 haha..

Asni Misri ❤ said...

ALAHAI COMEL JER ANAK2 MURID CIKGU ZACK..

Ibu Ammar said...

AHAHAHA. nasib baik ko pandai lukis. bleh gak wat anak murid tu tertarik nak blaja. ok apa lukis unta rupa zirafah. sebab ko lukis org pun macam doraemon what. bhahaha!

::Cik Zatie:: said...

betul ke blog zack ni? sbb ak rasa mcm masuk blog subject science darjah 4 plk...hehe. keep it up cikgu! hehe

akuss_styLe said...

wah laju giler korg komen... haha~

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

hahaha tergelak besar part unta macam zirafah tu.. *sambung gelak*

along said...

hahaha..cmtu la zamn budq2 dlu pown :)

Izzah | zulkifli said...

best nye if cikgu saye dulu camnie..comfirm dapat A++ mse science dulu.. =D

lovelyadibah said...

hahaha..budak2 mmg la lawak:)comel jer..tp leh sakit jiwa gak:P

selamat mengajar:)

Nurul Fahri said...

Jangan garang2 sangat.
nti bebudak banned tanak dtg tuisyen dh..


keh keh keh..

::ThisIsNotMe:: said...

tahan gelak x nak bg kentut! ahahaha

Gadis Gempal said...

zack update!!! da elok kew lap top

ladygirl said...

haha. buat herba!! logik gk eh. takpe zack mungkin lu kecik2 dlu lebih kurang deme gk, so bersabar la ye mendidik anak bangsa. sat2 gi deme jadi dokter lu gak bangga. ;p

Admin said...

buat herba...hahahah kelakoo.. :))

Miss Shizu said...

entry paling panjang aku rasa..kehkehkeh...syok jek bebudak tuh kan menyambung2 ayat lu..hhahaha...kalau cmni aku pon nak join gak r tuisyen ang bro..hikhikhik

~mizalovefamily~ said...

haha...IntersetinG!!

tahniah cikgu Zack~!!

4feet8 said...

sekali dia buat herba..jauh betul perginya..hehe

Anonymous said...

skrg gua rasa, gua sendiri nk tuisyen dgn lu..

keh keh keh!

Anonymous said...

hahaha...rilek2 la ckgu..kot da bwk rotan t tkot msuk suat kbar je kang.b'tmbah glamer ckgu zack..haha =D

Mizz Intan said...

aku tak tahan le nk gelak....
asal bace skit je dh nk trgelak...
hahaha :)

gud job ckgu zack

Carl Samsudin said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAH!!! MACAM CILAKE!

dee said...

ok la dapat ngajar dak2..ak jap g kna ngajar dak f4-f5.. =.="..
xdapat byg la cmne nk kontrol dak2 zmn skrg nih... btw, tengs memartabatkn profesion perguruan ni >.<

intan.maisarah said...

kenape nak bawa rotan? budak budak tu baik aje kan?

ika~~ said...

gimme 5!
penat tau mengajar nih =.=

Anonymous said...

Hambek kau...panjang cam gabang...tapi dh habis bace...lawak doh!!!

Zachary Joker said...

hehehe....kecian la dorg next week..xD

ct echa said...

be cool..tu lumrah kalau nak jadik tecer..macam kerenah..terima jawapan dorang puji dan betulkan..puji jwapan salah? means jawpan tuh betul tapi bukan tuh jawpan yang cekgu nak.. =)
selamat mendidik~

amiraliyana said...

haha..part yg last..buat herba..;p

Eiza GreenAppleKu said...

Pelajaran kanak-kanak zaman sekarang tak sama mcm kita dulu-dulu. Kini mereka lebih advance.So memang patut cikgu kena kreatif dan bersedia dengan soalan yg tidak di jangka dek akal fikiran. Ibu baba pun tidak terkecuali dlm bab mendidik nih.

Fariehan Ibrahim said...

haha! sempoi r cikguu,
comel jerk! (^^)v

nxt week msti dyeorg senyap sbb ada rotan dh. haha!

Anonymous said...

hahaha, sgt comel and innocent lah budak2 ni :)

Cik Nursya said...

garangnyer cikgu zack.. huhuhu

Zura Tahir said...

hahaha..lawak tul..

Unknown said...

kiddo mmg xbosan!!! wlupun kekadang pning pale ngan dorg...

ismimaizura said...

sbb tu la ak x ske ngaja bdk2..aku ni garang..hehe

Ifa Young said...

Great Teacher Zack!!

Anonymous said...

srnk kot ngajar tak kesah la kt mane pown ye dak? yg penting dpt kembangkan knowledge..baki pglmn ngajar kt tusen yg tak sampe sebulan sgt2 berguna for me..sedih tgk prestasi sum of da students yg not perform well..tak puas kot 1 jam..n paling sadis, budak2 ni terbiasa bhs ringkasan sms n aplikasi dlm esei..nangis bc esei diorg..

belog|amiyo said...

fungsi daun adalah herba..!!
hahaha

Anonymous said...

dulu penah ajar budak skolah rendah...memang best pengalaman tu..paling x blh lupa bila dapat surat layang dari budak tahun 6...dia bagi amaran jgn rapat ngan guru kelas diorang...hahahaha...punyalah jeles depa ngan aku...budak lagi tuuu..

Unknown said...

Haha... terasa seh; budak2 kecik nih mcm ak mse skola rendah je dulu. Terlebih imaginasi =D

Shahada Fauzi said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..COMEL GILE ANAK MURID ANG..MEMAIN BANYAK NIH..BAEK ANG GARANG2 SKET WEH..

PENGALAMAN AKU NGAJAR TUISYEN BUDAK FORM 1 YG PERANGAI MACAM BEBUDAK PUN SAKIT JANTUNG OWH..AKU EXPLAIN KAT DEPAN DEPA MEN KAT BELAKANG..RASE MACAM NAK LEPUK2 JE..NYESAL BUAT MESRA2 MASA MEMULA..

shima amiza said...

terbaekkkk!!! :D

♥ AyaHikari ♥ said...

kalo sy jd ckgu tu, mau tergelak time bebudak tu bg jwpn..

''mati sbb mak die xdek...''

''buat herba..'' T_T

hahahaha

apiz.kamarudin said...

tak garang, tapi tegas yang agak sopan.. good! :D
hehee

Anonymous said...

kuat main ea bdak2 ni.haha..
harap mr.zack bole share lg byak2 sal 'dunia cikgu' kamoo ni.
bole gak jd bahan tuk kami2 bakal guru ni.huk huk :)

Fizah Ibrahim said...

haha, cam apa je...

Aliesha Kirana said...

adeh..lawak2..mcm2 perangai depa. mmg nk kena babap sorang2..hahaahah!

Anonymous said...

herba xtahan tuh.. kita kecik2 dlu xtau pn padia la herba 2.. hahha

Shadow Of Life said...

speechless...bleh ketawe je bile bace...so sweet...hahahaha... =p

adibah said...

hahaha..budak skrg memang pandai+bijak belaka...

Putri Zara Sofea said...

COOL betul jadi cikgu rupernye kan? lagi2 ngaja bebudak ! haha. best2 !! :)

SyafZ said...

sambung-sambung ayat ! haha

http://duniasyaf.blogspot.com

nur aisya humaira said...

waaa,terbaik laa cikgu zack...:)
anak2 murid pn jdi dgr cakp kan?:)

izuddinrahim said...

santai gilee boleh teacher macam ko zack. haha

Aya Ariel said...

aku rase jap ag ngko mental ah zack..
baik ko prepare mental dan fizikal..bleh menjauhkan ngko dr jadik psiko..
keh keh keh..
pape pun..good job bro :D

Aida said...

hahahha..bes citer...btw, dak skunk ni memg advance lebey...so, kn ebebanyak la besabo ek...hahahahha...

MiszCoMoT said...

ahahaha...loyar buruk xbleh blah...budak2...huhu

Anonymous said...

hahahahahaha...sgt3 kelakar...mcm2 ragam la bdak2 ni...biasala, bdak skola rendah...dieorg bkn tau, smbung2 ayat, tau la...hahahah... :D

ape2 pn, trsgt3 klakar dgn gelagat dieorg...

keep it up bro! have fun teaching... ^__^


Lily

Liyana said...

comel je la budak2 ni. nasib baik wa x jadi cikgu. hehe

suzialfredshin said...

alahai......"comel" sungguh budak2 skrg nih, keh3..^^

suzeng said...

lawak la...patut la aku tgk muke cikgu tuisyen kadang nampak mcm tension..kadang2 dier bleh gelak sorang2....mungkin ini yg terjadi kat diorg erk....

ceNdaWan UngU said...

penglamn ajar budak yg msih hijau ni seronok walupun hnya semntara.....

faiz said...

memang cikgu yg best...tak membosankan...heheh

Fieza Areyza said...

hahaha..lawak la murid2 zack ni...
nape la time wa dlu xde cikgu cam zack ni.. :D

melorkoo said...

Hahaha, seriously cute. ade jugak pengalaman mase ngajar dulu(jd GSTT). memang budak sekarang advance. dulu masuk kelas je terus tanye " cikgu ade pakwe ke?". giler ar. zack, takde ke student tanya zack macam tu. haha. :)

~aYeeN & SuE~ said...

bestnya pat ckgu cmni..
ckgu ajau murid 20 thn ke ats x??keke

JuanYuan said...

terbaik ah zack..

ternyata lu masih belum berkarat :D

Ninis said...

waaaaaa,garangnyeee cikguu nak bwk rotan plak!takot! >.<

zakiah ghani said...

wahhhh.. macam bestnye jd cikgu:D
tetibe garang lak cikgu zack di pengakhirannye..

ezyanie said...

haha , nasib baik herba . kalau jamu ? menangis la T___T

Anonymous said...

coolllll gila dak2 nie...huhu...^_^

..belog si tuan tanah ke daun.. said...

teringat zaman kanak2 dulu..
cekgu jawab satu,kite tolong sambung..
hahahaah..
tak berubah..

maisarah sarah said...

bebudak yang sgt bijak.hahaha

farah jamil said...

well done!!!
aku dah happy, thanks to your entry, senyuman yang agak malas harini datang jugak.

mintak kebenaran, tapi bukan nak amik ayat kat belog ni, cuma this entry url shj..:)

Zana Zingaa. said...

konfem ! aku tamao jadi cikgu. hahaa

Aida Zafirah said...

comel lah student2 nih....:)
tergelak sorang2 nih...hahahaha...

Sr. Maryam Fatanah said...

HA HA HA..klakar giler..knape unta teacher mcm zirafah...guling2 den baco ha...anyway..gud luck !

Nabiel said...

best der..hahaha~
bdk2 mmg suka bab smbung2 ckp nie..hehehe

Nur Qalby said...

kuang..kuang..kuang..pengaruh daun ketum ke ape tu...ngeeee~

airaniez wirdani said...

dang..unta ngan zirafah pun takleh beza..ckpla unta tengah jenguk jiran..jd tinggi..hoho

Fadzleen Ezyani said...

ayam mati sebab mak dia takde..wakakakaka..

nasib bak tak cakap sebab makwe dia takde.. ;D

Miss b said...

comel ah jd cikgu. ngahahahahaha

ratna syazana said...

gwa lex je jdi ckg pndidikan khas.. :))

Cute Mommy said...

kalo mcm tu cara ko ajar,aku pon nk masuk kelas ko...ini da mcm kelas sambung ayat da ni bukan kelas sains...hehehehe

Unknown said...

sape la ank murid abg zack nie..
huhu

Cikgu Jaja™ said...

cool~ :)

hata said...

comel btul jawapan yg fatin tu bagi..
bhahaha

A I N A said...

oke pe jwpn dye.haha!;)

farhanieza said...

hahahaha...suke pektaan cilake tu

Hishyamuddin said...

hahahah..terbaik la cikgu zack ni..
terrrrr ape? terbaikk..hahahaha

IZDIHAR ISMAIL said...

bleh than..not bad...haha

아가씨 Dina Dior said...

entry pertama yg aku baca sampai habis :)

hanabanana said...

haha lawak2! btw sy pon ajar tusyen science std. 4.mmg agak mncabar la science diorg. hehe

shams said...

cikgu zack..
bace entry ni serupa cam pi kelas tusyen cikgu je..
hmm sabar la dgn budak2 tu..
tapi ia mg sagt menguji kesabaranmu ea cikgu...
pandai2 la nak ngajar seterusnya camne...

Chef Nur said...

hahaha..kelakar2..rase tkut plak nk jd ckgu ni..susa nk aja bdk2..kne phm btol2..hehe..

scdsaadiah said...

hahaha..mmg xtahan nk gelak je bace entry ni..btw, welcome back! rindu woh~ :D

Mya Myra said...

cikgu zack jgn sakit jiwe sudah..
haha

Cipina said...

hahah.

dan cikgu jugak kena pandai melukis supaya anak murid tak salah faham antara unta dengan zirafah..hahah

http://fentomatte.blogspot.com

Emmy Afif said...

uit..pembaris besi bagai..hehhe
xyah la zack..ang ni kata xnk garang2..bwk rotan sudh..ang gertak ciket jeq..ang ketuk2 meja gne rotan sudh..hehe

hud said...

ape kate bg gula2 kalo dpt jawab.. kan lebih bagus..

Hajar Yumi said...

bersabarlah cikgu zack..memang ragam yang melucukan kan..tapi itulah kenangan sebenarnye...eheheheh

wancta said...

lawak la en.zack nie......kene ngan anak murid...pe2 pun..enjoy bce your story..

Cik Tetra said...

hahahaha,,,seriosly entry ni mmg best gile,,teringat zaman2 sekolah,,suke sambung ayat cikgu je,,,comel jeeeeeeeeee,,,bace entry ni,,buat sennyum memanjang!!!heheeh,,love this entry,, (^_^)

faiz said...

kahkahkah
lu plak kene main ngan budak tu.

SaYraH WonDerLanD said...

sejak bila Zack x reti melukis nie??Xkan lukis unta jadi zirafah? hakhakhakhak sengal tol..Bila baca ur entry ni rasa mcm cita2 nak jadi cikgu makin berkobar kobar,.isk isk...sadis tol x dpt jadik cikgu

ecah said...

haha..sblm ni aku ngajo part time dak pra pon da rase d permainkn diorg..pasni da jd ckgu betul xtau la cmne gamoknye..=)

Emi said...

HAHHA..x ley blah bebudak nie. mau jadi budak darjah 4 jugak ar. p blaja tuisyen ngn cikgu zack..huahua...

TSYA'Z (~_^) said...

hahahah......jawapan yg last sekali lawak...hehe..tpi btol juga..hehe

Dee said...

hahahaa... ini macam, cikgu Zack pon naik tocang.. haha..sabar ye..1 day,u gonna miss this moment.. :) Best of luck ya..hati2 ya,jgn smpai muka hang msok paper gare2 pembaris besi dan rotan 2..ahhaha :)good job.!

dill said...

guru adalah segala-galanya bagi murid. macam-macam karenah murid. boleh buat pening kepala. tetapi kadang kala pengubat duka :)

Selamat datang ke alam perguruan ^^


Miss Dill^^

Afiqah Mohammad said...

hahaha. part unta macam zirafah tu legend.

Andre Gyn said...

kenapa ayam mati ?

sebab mak dia takde!


LOL. kllasik sungguh.

Emira Darmia said...

hahah...cumel je bebudak tu...
tp nama bebudak zaman sekarang pepanjang kan..hadoi...esk spm nk hitamkan nama tu agaknya makan 10 minit kan..

lily said...

hahahahahaa..
budak2 mmg camtu..

Nur. said...

comelnya murid-murid tu. alahai. nak bermanja ngn cikgu ja ni. 10 tahun baru kowt..haha

Nur. said...

comelnya murid-murid tu. alahai. nak bermanja ngn cikgu ja ni. 10 tahun baru kowt..haha

Nur. said...

comelnya murid-murid tu. alahai. nak bermanja ngn cikgu ja ni. 10 tahun baru kowt..haha

CEOMesinTaip said...

kehkhekhehe,....tergelak aku sorang2 baca blog zack ni....student sume leh tahan eh....jangan anak murid buli cikgu plak nanti..hehehehe...butdaway TAHNIAH berjaya satu fasa...yeay...

Anonymous said...

hak3.. cikgu layankan aje bebudak nih..

zety said...

cukup hujung tahun zack dh ade darah tinggi.weeii..budak2 bkn senang nk handle

diLa said...

die jawab buat HERBA??
lawok! lawok!;p

norziyana said...

kegunaan daun = buat herba
ahahahahahaha bakal pengusehe ubat ubatan tradisional murid ang zack.sekian

Si-D said...

serius ak gelak bace citer ko..tp mmg,skrg ni budak kecik pn susah nk handle..dibuat nyer diorg tanye math tahap phD kt kita,x ke kantoi...hua3

Anonymous said...

hahaha best !
gelagat cgu dan budak2 .
Tak sbr nak jadi cgu dan ade pngalaman cmnie .

=)

Lalala said...

lama juga since last entri.. betul budak kecil ni macam2 karenah .. tapi best layan budak2 ni dari remaja.. dorang pun boleh bikin pecah perut..hhahaha

dayah said...

cikgu garang baru student pandai, siryes kagum ngan ncik z ngajar dah, rajin2 mngajar k :)tp jgn la rotan dorang -.- nt dorang tadatg tusyen kang :'( sy penah nangis takut cikgu rotan sebb tak siap hw tusyen

Wan said...

hahaha lawak giler..
gud luck dgn profession baru...

Hani Si Blogger Picisan said...

buat herba ek? nice.. (=___=')

hihihi~ comel je zack ngajar..
naseb bek my students most of them x bleh ckp coz severe autism..
klu x mst kreatif cm student zack gak..
kikiki~

HerNameIsWZ said...

daun pisang buat ape murid2??

lapik nasi lemak cikgu!!
cikgu marah ker~?

abil rahmat said...

den sukoooooo ! ngee ~ ^_*v

Ima said...

mula2 baca igt cerpen tadi..hehe..
zack, bila nak wat entry katun bulat2 tu lagik...

cik-terompah said...

aku cikgu garang...

Eyn said...

pembaris kayu yang panjang sedepa warna kuning tu pun cool gak!!
heppy teaching!

SuRiaNi HaSsaN said...

sonok btul murid2 menyambung...hahahha



pannn.....daaiiii......
hahahah....

+ bintang Biru + said...

zack, lepas dia cakap pokok herba tu, hang bantai dia habis2san ke ? HAHAHAHAHAHAHAHHA

Intan Suhana Mohamad Rahim said...

best!!..ayat dah boleh buat novel, kalo buat sure ramai nak baca, termasukla kite sekali...keep it up cikgu zack...

.::nisa::. said...

kalu aja dak drjh 4 5 ni bhase melayu lg sakit..tmbh2 rmai student india..sume perkataan nk kne terang..
"cikgu, 'terik' 2 ap?"

.::nisa::. said...
This comment has been removed by the author.
haslinda yusoff said...

sumpah ! kelakar gila. sakit kepala terus ilang baca entry inchik z nie.

Anonymous said...

hahahaha..sumpah kelakar gila! adehhh...budak2 la katakan...mcm aku gak dolu2

syarifah radiah ibrahim said...

heh dah nama pun bebudak
sabaq ja la zack~

Akulah Aqilah Itu said...

ramai gil akomen kat sini! Smapai aku dah lupa nak komen apa. adehh..

-me- said...

~welcome to edu world~
(sekadar berkongsi cerita)
dah nama pun budak2x..they're so cute..=)
(berlaku sewaktu musim peperiksaan bm)
perkataan yang di BOLD-membakar
ayat: kejayaan kakaknya membakar semngat haziq..
dia: cikgu,haziq tue apa??
saya: nama khas bg org.
dia: dia bakar haziq ye??
saya: hah??

Anonymous said...

hahhahah kelakar pn ada
budak-budak sekarang makin bijak
bijak menjawab sebenarnya

she will be love said...

gelak guling2..bce entri ni...hehehe

Mimi Saidi said...

nak jadi jugak student kau weh

Unknown said...

hahaha semamngnya lah mereka nih sejibik mcm sy dlu..huhuhu tlg lah cikgu...

n.a :) said...

hahaha..lawak-lawak..
sabar yer cikgu zack.. :)

nabielah said...

haha. tue memang kelakar.
budak2 ney tahu menyambung ayat je. HAHA.

♛ Kerani Sekolah ♛ said...

okey la tu, otak die berjalan jugak..kalo tnye aku waktu kecik2 dulu, aku jawab je guna tuk main2 beli brg..daun jdi duit.. -,-

najwa's said...

LOL. nak gelak guling-guling aku baca. :P kretip betoi pemikiran diorg ni ha..

cik atika said...

huhu... buat aku rindu kat zamn skola2 dulu jew...tp lucu la jwpn dak tu..buat herba..hahahahahahaha

ateyn said...

eh betol ke de budak name chan sow lin tuh ????

HAZRIL HAFIZ said...

hahaha kuang asam tul budk yg perli ko nye unta cam zirafah tu..ahahahaha

ashiqin said...

kerja adalah amanah....yup , memng betul tu...tahniah bro , sebab berpgang pada tanggungjawab sbg seorg guru...

Gimi said...

Dugaan bila jadi cikgu..sabo je ar

sArA said...

budak2 bnyk ragam kn
da bw rotan nt cne la plak gayanya sorg2 haha
all the best la cikgu :D

WanFadhilah said...

hahaha.. macam2 ragam bdk2 sekolah ni.. teringt plak zaman skolah dulu..

Saya Seorang Pelancong (5): Kundasang War Memorial

farahaminudin said...

hahaha....sains masa darjah 4 memang seronok..kadang2...nak lagi kan bgus kalau cikgu zack yang ajar mase tu..hehe

~MiSs iFF@~ said...

hahahahahahaha... guling2 ak gelak doe. asyik kne bahan je ko kan zack.. ekekeke.. XD

sjaa64 said...

hahahahaha..lawak la bro!!congrates cikgu zack!!tapi anak murid tu mmg la..reti nk nyambung je..haha aku kecik-kecik pun cmtu gak..lalalla

Unknown said...

bahahaha...herba yg x bleh blah tuh !!

Anonymous said...

:)

cArBOnAtE S0Da said...

cikgu zack... mau tergelak sorng2 bce enrty ni...

iem said...

zirafah??? unta??
unta?? zirafah???

cik jannah said...

haha..siot je anak2 murid dia..

nadtravellerina said...

cikgu zack...
hm.. tgh memahami karier cik awek ke?
hehehehe

Anonymous said...

Salam, saya nak share kat FB and website. Tqvm. May Allah bless u. Monink cigu! :)

farhana sahri said...

rotan besi tu yang pnting..dak skrg nakal..hehehe

syiera said...

adoiii budak2 ni best jugak bile dilayan kn. budak2 yg lawak or u yg lawak sbenanye ni...
sangat suci pemikiran mereka ^^_

Miss Ayumi said...

zack!! minggu depan aku nak jadi student kau!! kehkehkeh

aliarosli said...

hahaha
best pulak bace
macam-macam ragam
celite la lagi

yuki yuri said...

zack...hg nk mendera ka aper...hahha..be cooll...bdk2 jer tue...hahah.....siyes, best ar ko dpt jdik guru smbilan.....dpt handle bdk2 yg comel2 ...hahahhaha

shida anwar said...

anaklah ayam anak ayam mati seekor..lalalala

Fateen Insyirah said...

Zack . kau bawak penukul okay ? Senang nak hempuk kepala budak- budak . Minggu depan tengok tengok blog ni tak terupdate . Kenapa ? Sebab kau duduk dalam penjara dengan penukul kau Hakhakhak

|.a.r.i.e.z.a.| said...

teacher teacher! my fren says daun can make ganja meh :p sorry teacher. i go to toilet!

Anonymous said...

hahahaha
sungguh comell
:)

aLya maNip said...

waaa.sangat comei anak murid ckgu zack..ngeee
sakit perut gelak baca entri nie. minggu depan bleh tnye fatin lagi..:)

Ain Asrar said...

cikgu zack?? cool gile huhu.1st time class ngan budak2 deporg pun exicted dpt cikgu baru. pastu?? tunggu dan lihat lah huhu

E r n a said...

teehehee...agaknya cikgu2 memang style nak ngajar memang mcm tu kot..sama la ngan sy bila ngajar bebudak tahun 2..

mesti rajin baca buu...

kuuu... ^_^

kiera syakirah said...

waaaa....mcm best je jadi cihkgu ni an..hehe...tapi kena banyak bersabar la abg zack..bukan mudah nak jadi mudah..huhu...

Larasephia said...

cekguuuuu, kenapa unta cekgu nampak seiras sgt dgn cekgu?

:p haha

sabar zack. kau dh baca notis pekeliling amaran tatatertib disiplin KPM bagi? kalau blum sila kaji skrg.

Hafiza Hafinas said...

tergolek2 jah gelak ni... lawak la cikgu.. lagi2 tang unta tu... bijak sungguh la anak2 murid cikgu ni...

NorainBaharuddin said...

hehe..gler sronok ad cekgu cm zack neh..
nk blk ke drjah 4 la..
konfem sains ak A..

me said...

haha.murid2 skrg mmg cm2... kreatif n xtau tkut... aku yg duk ngajar smbiln pn cam2 gak...
cikgu:awak sk ke kn mrh selalu?(dgn nada serius n ala2 mrh)
semua murid:suka!!!! (germ je, rs dipermainkan)
murid 1: mak kt,sape mrh cepat pndai?
cikgu: (terpinga2) sape mrh cpt tua sy tau lah.
murid 1:mak sy rotan sy sllu,sbb tu sy pndai.
murid 2:mrh tnda syg.klu cikgu xmrh mknanya cikgu benci kami.
cikgu:(adoyai!!!) sambil gelak guling2 dlm kelas...jujur btl ank murid aku!

Anonymous said...

hai zack..i love u....

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 295   Newer› Newest»
Related Posts with Thumbnails