Showing posts with label upsr. Show all posts
Showing posts with label upsr. Show all posts

Kelas Sains Darjah Empat

Malam itu cuaca sungguh baik. Nun jauh di langit, bulan sedang rilek-rilek baring diselimuti awan-awan gebu. Beburung yang dari pagi terbang riang tak henti-henti, semuanya sudah pulang ke sarang. Kucing-kucing yang berpeleseran di premis-premis kedai makan, masing-masing sudah mula menjilat bulu di blakang kedai tanda kenyang. Semut-semut yang dari tadi sibuk memikul lebihan-lebihan nasik sorang sebutir atas kepala, kini sekor-sekor dah boleh berlapang dada di dalam sarang. Walaupun hakikatnya mereka tiada dada.

Begitu lah lumrah fitrah kitaran alam. Penat lelah seharian memerah keringat di ofis mencarik sesuap dua suap nasik, kini bertukar santai. Tak kira la penjawat awam, buruh kasar, juru ukur, operator pengeluaran wanita, pembantu makmal, supervisor kilang papan, pembantu tadbir, kerani sekolah, semuanya mengambil kesempatan untuk berehat di sebelah malam. Pon begitu, di saat warga kota bersenang-senang duduk bergelak tawa bersama keluarga tercinta menyaksikan rancangan-rancangan yang disajikan di kaca telebisyen, lain pula senario yang berlaku di Pusat Tuisyen Warisan Pendeta (bukan nama sebenar), Seremban, Negeri Sembilan...

******


Jam 9 malam. Kelas sains darjah empat.

Fail hijau yang tersusun bersama fail-fail lain di atas ruang meja guru, guwa capai kemas. Sahelai demi sehelai lembaran kertas di dalamnya guwa selak ligat. Bebola mata guwa laju mencari helaian bertajuk "attendence form". Sesambil itu, hujung mata guwa melilau sekitar kelas mencongak bilangan pelajar yang hadir satu-persatu di dalam hati.

"Hurrmmm... Baiklah. Nama-nama yang saya sebutkan ni, sila angkat tangan ya?" ujar guwa ringkas sambil jari jemari guwa sudah bersedia menge'tick' nama pada attendence form pelajar.

"Ahmad Takiudin bin Abu Mansur?"

"Saya cikgu."

"Nurul Katriona Nabila binti Tan Sri Megat Tajuddin?"

"Yup."

"Chan Sow Lin?"

"Yes teacher!"

"Puteri Fathiatun Nadirah Syuhada Binti Ali?"

"Yes. Err... teacher!"

"Yup. Ada apa Puteri?" soal guwa.

"Bukan Fathiatun laa teacher.. Jamiatun!"

"Oh.. ok ok. Sori Sori."

Dan begitulah seterusnya sehingga guwa selesai menanda kedatangan memurid. Dari cara mereka menjawab soalan guwa tadi pon, guwa sudah boleh mengagak karektor masing-masing. Guwa sudah boleh mencongak pelajar mana yang agresif, pelajar mana yang pendiam, pemalu, peramah, attention seeker, ngada-ngada dan sebagainya.

"Sebelum cikgu mula kan kelas malam ni, kita baca doa dulu."

"Allah hum maftah 'alaina hikmata ka wanshur 'alaina min khoza iniroh mati ka ya arhamar rohimin...amiiin."

*******

Subjek guwa malam tu - Sains darjah empat. Nampak ringan, tapi guwa sedar guwa tak boleh pandang ringan. Walaupun guwa sekadar guru part time, guwa tak mahu kerjaya seorang guru dicemar dan dilacurkan demi wang ringgit semata-mata. Pada guwa, kerja ialah amanah. Guwa sedar setiap sen yang guwa terima ujung bulan nanti, takkan ada sesen pon yang terlepas pandang untuk dihitung dan dihisab di kemudian hari. Justeru, guwa harus dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap kerja guwa. (sambil membetul-betulkan tali leher)

"Orait. So... Hari ni kita akan blaja pasal "Basic needs" atau pon dalam bahsa melayu nya "Keperluan asas". 

"Keperluan asas ni hape mende cikgu?? Ok, die macam ni tau. "Keperluan" tu ialah benda yang kite perlu atau pon benda penting yang mesti ada. Contohnya macam duit. Duit kita perlu tak?"

"Perluuuuuuu...." jawab memurid guwa dengan hujung bibir terjuih ke depan. Die punye "luuuu..." tu doblas harakat ada guwa rasa.

"Ok. Duit tu memang satu keperluan. Tapi kalau kita tengok manusia zaman batu dulu, diorang takde duit pon tapi still boleh hidup. Diorang buat macam mana? Diorang berburu dalam hutan mencarik makanan. Jadi, kita kata 'duit' bukan lah satu keperluan asas bagi manusia. Sebab apa? why? Sebab takde duit pon, manusia masih boleh hiiii...???"

"duppppp....!"

"Pandai... :) "

Sengaja guwa puji diorang walaupun hakikatnya menyambung perkataan yang tak sudah, bukan la benda yang boleh dibanggakan pon. Tapi pada guwa, untuk mengajar bebudak, 1stly lu mesti tackle diorang dulu. Once lu dah dapat perhatian diorang, insya Allah diorang dengar kata. Guwa tak mau garang-garang dan tegas sangat. Ini bukan kelas tingkatan 5. Guwa mau rilek-rilek tapi input tak lari.

"So, 'keperluan asas' ataupon 'basic needs' ialah sesuatu yang kita perlu untuk hidup. Kalau takde je kita mati."

"Faham tak?"

"Faaaahaammmm...."

"Ok, kalau faham, saya nak tanya. Apa benda yang kalau takde je, manusia akan mati? haa, apa dia?"

"Udara cikgu!" jawab salah sorang student guwa yang duduk di barisan tepi.

"Kenapa pulak?" soal guwa sengaja menguji kefahaman beliau.

"Ye la. Kalau takde udara, macam mana manusia nak bernafas??".

"Bagus. Pandai!" 

"Lain?"

Kali ni guwa tengok muka masing-masing macam eksaited nak jawab tapi diorang tak tau jawapan. Jadi, guwa cuba pancing dengan teknik menyambung perkataan.

"Makaaa....??" soal guwa dengan lontaran vokal yang tinggi di bahagian hujung ayat.

"naaannnn!" jawab memurid dengan muka selamba. 

"Makanan... Kan? Kalau takde makanan, manusia boleh hidup tak?"

"Tak boleyyy....."

"Jadi, kita kata makanan ataupun 'food' ialah salah satu  'basic needs' of humans." terang guwa lebih lanjut sambil menulis nota ringkas di white board.

"Lagi, what else?"

"Tempat tinggggg.....??"

"Galllll.....!"

Wah. Tetiba guwa rasa macam tak boleh jadi. Senang bebenar bebudak ni. Takat nyambung perkataan je keje sekor-sekor.

"Eh class!. Kejap! Saya nak tanya satu soalan. Ayah nabi Muhammad bernama Abdul Mutaaa....???"

"libbb....!"

Haa, kan guwa dah agak. (-_-")

"Banyak la kamu punya Abdul Mutalib! Bapak nabi, Abdullah.. Abdul Mutallib tu datuk nabi. Haa, kan dah kena trap? Lain kali, fikir dulu. Jangan main nak senang je. Ok?"

"Teheee!" . Tersengih-sengih muka seko-seko. Mujur la guwa ni tak garang.

********

"Orait, skarang ni kita belajar pasal basic needs of animals pulak. Animals ni sama macam manusia. Keperluan asas dia tadi apa?? Air, food, water and ??..."

"Shelter!" 

"Good."

"Ok, cuba tengok gambar yang cikgu bagi dalam nota tu tadi."


"Haa, kenapa anak ayam tu mati?"

"Sebab mak die takde!" jawab sorang student guwa. Dari raut wajah dia, langsung tak menunjukkan yang dia bergurau. Jadi, guwa cuba tahan marah. 

"Hmm... memang lah mak dia takde. Tapi dia masih boleh hidup kan? Ok, sapa tau jawapan dia? Kenapa anak ayam tu mati?"

"Saya cikgu! saya! saya!"

"Ha, apa jawapan die Balkis?"

"Die mati sebab takde air!"

"Ok. Pandai. :) Binatang kalau takde air, dia akan mati. Sama macam manusia. Sebab apa?? Sebab air ialah salah satu basic needs binatang."

"Awak tau tak, unta kat padang pasir tu boleh hidup selama sepuluh bulan tanpa minum air??" Kali ni sengaja guwa bagi sedikit info buat student guwa yang masih hijau dalam kancah kehidupan.

"Sebabb... dia ada bonggol dekat blakang badan dia. Bonggol ni dalam dia ada air" terang guwa sambil melukis gambar seekor unta di white board.

Tiba-tiba telinga guwa sempat menangkap sesuatu.

"Teacher! Kenapa unta teacher macam zirafah je?" 

Cilake.

********

Jam di tangan guwa sudah menunjukkan pukul 9:45 minit malam. Ini bererti, guwa ada lagi lima belas minit untuk handle bebudak ni.

Guwa skarang dah masuk subtopik "Basic needs of plants" ataupun 'keperluan asas tumbuhan'. Tadi guwa ada terangkan secara details pasal salah satu keperluan asas tumbuhan iaitu sunlight, atau cahaya matahari. Guwa siap lukis gambar daun dan hubungkaitnya dengan cahaya matahari. Guwa cerita yang daun akan absorb cahaya matahari untuk buat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Guwa tanya "faham tak??", diorang jawab "fahammm...."

Jadi, guwa petik satu soalan sebelum mengakhiri kelas malam tu.

credit : Longman, Pearson Essential KBSR Science UPSR


"Ok, apa fungsi daun pada tumbuhan??"

Guwa tengok satu class senyap. Barangkali diorang leka buat latihan yang guwa beri tadi.

"Haa, Fatin. Cepat! apa kegunaan daun?" Kali ni guwa tukar pattern soalan biar senang dia faham.

"Hurmm..... buat herba, cikgu."


**********


Ok.

Minggu depan guwa dah boleh bawak rotan sama pembaris besi.


Related Posts with Thumbnails