(note : entry ni panjang)
Ingat lagi tak, dalam entry aku yang lepas, aku ada bawak ang sumer jalan-jalan sambil belajar ke seven eleven kat jepon? Tak ingat? Ang ni banyak minum air semut ni ! Patut la senang lupa. Hakhak! :D
Ok,sila refer entry ni. Banyak jugak feedback yg aku dapat dari entry tu. Dan salah satunya adalah ini :
Ramai yang tak percaya bile aku cakap kebanyakan tandas awam kat jepon ni takde pintu. So, ari ni aku bubuh gambaq skit, bagi ang tengok sendiri.
Tandas pempuan aku tak sure, tapi kalau tandas lelaki memang takde pintu macam dalam gambar ni.
Aku pernah tanya member jepon aku pasal rasional di sebalik benda ni, tapi malangnya die pon xde jawapan. Maka aku pon terpaksa lu carik sendiri kat internet. Antara jawapan yang boleh diterima pakai adalah atas faktor keselamatan. Kiranya kalau ang pengsan dalam tandas tu, ada la orang kuar boleh nampak ang. Lagi satu, kalau berlaku kes cabul or ragut dalam tandas, senang la orang luar nak slamatkan ang...Kisahnya~
Lagi satu benda pelik pasal tandas awam ni, kadang-kadang ada certain tandas yang tak provide tissue tau.. Pandai-pandai ang la nak selet guna apa. Hakhak! Rasionalnya?
Ok, macam ni, kat jepon, kalau ang jalan-jalan kat town, kebiasaannya ang akan terserempak dengan group-group pengedar tissue. Tissue-tissue ni diberi percuma pada orang yg lalu lalang. Tissue ni bukan tissue biasa yang ang beli tiga posen kat kedai tu. Tissue die disertakan dengan iklan-iklan dari pelbagai company. Antaranya termasuklah pengiklanan hotel murah, cybercafe, salon rambut dan macam2 lagi.
So, disebabkan benda ni seolah-olah dah menjadi satu fenomena biasa kat jepon, maka atas dasar tu, diorg tak sediakan tissue kat tandas awam kot. Kiranya ang dapat tissue tu, sila la simpan dalam handbeg kot-kot tengah jalan kang, ang nak terkucil, takde la meraban dok carik tissue.
*******************************************
Ok. Tamat bab tandas awam. Skang ni aku bawak ang sumer tengok teknologi jepon dalam bidang per'tandas'an plak. Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman dan sebab tu la aku suke travel. Suka perhatikan benda2 kat negara orang yg takde kat negara sendiri.
Ok, firstly kite tengok benda yg simple dulu. Aku tak sure sama ada Malaysia guna sistem tandas macam ni ke tak, tapi jepon mmg mostly guna cara ni. Simple sangat-sangat. Diorang just tambah satu cabang pipe je kat atas tangki flush tu. Kalau ang penah bukak tangki flush jamban kat Malaysia tu, bentuk dalam die lebih kurang gini kan?
Mekanisme nya camni.. Bila ang flush, air akan keluaq sekaligus at the same time air baru akan masuk. Kan? Air yg masuk ni, sebenarnya datang dari tangki rumah ang yg besaq kat atas loteng tu. Which mean air tu bersih. Tapi, kalau ang perhatikan, dalam gmbar ni takde pon cabang paip mcm tangki kat jepon kan? Ni la sebenarnya pembaziran. Sedangkan air yg masuk tu ang boleh guna utk basuh tangan or istinjak. Japanese realize benda ni, sbb tu diorg keluarkan muncung paip tu letak atas tank. Then, air basuh tangan tadi tu akan remains dalam tank tu sbagai air yg akan diflush utk cuci najis ang nanti. Faham tak? Ahaha! sorry ah. Aku fail ar bab explanation ni. (-_-!)
Ok, settle bab tangki, kite tengok bab mangkuk tandas plak.
So, macam ni rupa mangkuk tandas kat jepon. Kalau ang perhatikan, ada button-button kat belah kanan tempat duduk tu kan? Sebenarnya, setiap button tu ada fungsi die masing-masing.
Aku akan terangkan satu persatu...
1st skali, kite zoom-in gambar button tu dulu.
Ok, sepertimana jamban kat KLIA tu, jamban kat jepon ni pon ada guna sistem air pancut yang keluar dari bawah tu. Tapi masalahnya jamban pancut kite, mak aku slalu mengadu pedih punggong sebab air yang dipancutkan tu kadang-kadang laju. Aku tak nafikan benda ni sebab aku pon penah kena. Mungkin sebab tiub air yg ditembak kluar tu terlalu sempit, maka air yg kluar tu pon laju cam mat rempit kene kejar polis. Terkinja-kinja jugak ah kalau kena bontot !
Masalah ni tak timbul kat jamban jepon sbb kalau ang perhatikan butang bulat yg paling kanan skali tu, benda tu boleh dipusing untuk adjust kelajuan air. Butang 'shower' tu pulak gunanya untuk cebok. Butang 'bidet' tu pulak gunanya utk pempuan. Aku tak tau apa bezanya butang spray ngan bidet tu. Maybe sebab pempuan punya 'ehem2' tu sudut die lain skit. Hakhak! Abaikan.
Pastu kan, oleh sebab jepon ni negara bermusim, mangkuk tandas tu dilengkapi dgn sistem heater. Kiranya kalau masuk musim winter, xde la beku punggong ang masa nak berak.
Lebih menarik lagi, aku dengar tandas pempuan ada sikit kelainan dari tandas lelaki. Hehe. Macam mana aku tau? Sebab aku suke mencarik. Apa kelainannya?
Ha, macam ni... benda kat sebelah ni dipanggil
音姫 (otohime). Benda ni aku rasa tak semua tandas pempuan ada. Mungkin sekadar satu gadget yg boleh dipasang sendiri kalau ang mau.
Fungsi die camni. Seperti mana yg ang sedia maklum, pempuan ni makhluk tuhan yang semulajadi pemalu. Jadi, bile diorg berak, diorang konfem akan segan kalau ada bunyik 'plup!' or bunyik2 yg sewaktu dengannya. Maka, diorang akan berpura-pura menjirus air ke dalam jamban bagi meng'cover' bunyik2 yang tak diingini tu. Japanese memandang benda ni sbagai satu pembaziran air.
Maka alat ni dicipta untuk mengeluarkan bunyik jirusan air tanpa melibatkan air pon. Haha! Lebih funny bilamana aku dapat tau yang kononnya bunyik yg dikeluarkan boleh diadjust sampaikan boleh mengeluarkan bunyik burung berkicap! Hakhak! Ntah hape-hape.
Dulu, kalau tak silap aku ada satu company tengah dalam proses nak siapkan satu toilet yang mana boleh ukur berat ang, tekanan darah ang, heart beat, darah dalam urine sumer2. Giler.
Kajian demi kajian orang-orang jepon dan orang barat buat, sampaikan ada satu konsep nak buat tandas macam gambar kat atas ni. Mekanismenya menarik. Basuh baju macam biasa, and then air basuhan baju yg di spin tu akan dijadikan air pencuci tandas ataupon air yg akan di flush utk cuci najis ang pd mangkuk tandas tu. Konsep die sama mcam yg aku explain awal2 tadi. Menarik kan?
Aku harap sangat-sangat akan datang, ada anak melayu kita yang rajin explore dan kaji benda2 macam ni. Kadang-kadang, kite ni terlalu cepat berpuas hati dgn apa yg kite ada sampaikan kite taknak berfikir utk mengkaji lebih jauh skit...
Ok lah. Dah terlebih panjang dah ni . Sebagai penutup, aku bagi korang tengok satu video yang comel macam mana japanese ajar anak diorg berak. Maybe Malaysia patut buat rancangan pendidikan macam ni. Ahaha!
(pictures credit : google)
p/s : Lepas ni korang tak yah da pegi jepon. Aku da citer sumer! =p
.










