Tandas jepon

(note : entry ni panjang)

Ingat lagi tak, dalam entry aku yang lepas, aku ada bawak ang sumer jalan-jalan sambil belajar ke seven eleven kat jepon? Tak ingat? Ang ni banyak minum air semut ni ! Patut la senang lupa. Hakhak! :D

Ok,sila refer entry ni. Banyak jugak feedback yg aku dapat dari entry tu. Dan salah satunya adalah ini :


Jadi, untuk tak menghampakan permintaan chah, aku akan story skit pasal tandas jepon. Kawan-kawan punya hal, aku memang tak berkira punya. Kan chah? :D


Ramai yang tak percaya bile aku cakap kebanyakan tandas awam kat jepon ni takde pintu. So, ari ni aku bubuh gambaq skit, bagi ang tengok sendiri.

Tandas pempuan aku tak sure, tapi kalau tandas lelaki memang takde pintu macam dalam gambar ni.

Aku pernah tanya member jepon aku pasal rasional di sebalik benda ni, tapi malangnya die pon xde jawapan. Maka aku pon terpaksa lu carik sendiri kat internet. Antara jawapan yang boleh diterima pakai adalah atas faktor keselamatan. Kiranya kalau ang pengsan dalam tandas tu, ada la orang kuar boleh nampak ang. Lagi satu, kalau berlaku kes cabul or ragut dalam tandas, senang la orang luar nak slamatkan ang...Kisahnya~

Lagi satu benda pelik pasal tandas awam ni, kadang-kadang ada certain tandas yang tak provide tissue tau.. Pandai-pandai ang la nak selet guna apa. Hakhak! Rasionalnya?



Ok, macam ni, kat jepon, kalau ang jalan-jalan kat town, kebiasaannya ang akan terserempak dengan group-group pengedar tissue. Tissue-tissue ni diberi percuma pada orang yg lalu lalang. Tissue ni bukan tissue biasa yang ang beli tiga posen kat kedai tu. Tissue die disertakan dengan iklan-iklan dari pelbagai company. Antaranya termasuklah pengiklanan hotel murah, cybercafe, salon rambut dan macam2 lagi. 


So, disebabkan benda ni seolah-olah dah menjadi satu fenomena biasa kat jepon, maka atas dasar tu, diorg tak sediakan tissue kat tandas awam kot. Kiranya ang dapat tissue tu, sila la simpan dalam handbeg kot-kot tengah jalan kang, ang nak terkucil, takde la meraban dok carik tissue.

*******************************************

Ok. Tamat bab tandas awam. Skang ni aku bawak ang sumer tengok teknologi jepon dalam bidang per'tandas'an plak. Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman dan sebab tu la aku suke travel. Suka perhatikan benda2 kat negara orang yg takde kat negara sendiri.



Ok, firstly kite tengok benda yg simple dulu. Aku tak sure sama ada Malaysia guna sistem tandas macam ni ke tak, tapi jepon mmg mostly guna cara ni. Simple sangat-sangat. Diorang just tambah satu cabang pipe je kat atas tangki flush tu. Kalau ang penah bukak tangki flush jamban kat Malaysia tu, bentuk dalam die lebih kurang gini kan?



Mekanisme nya camni.. Bila ang flush, air akan keluaq sekaligus at the same time air baru akan masuk. Kan? Air yg masuk ni, sebenarnya datang dari tangki rumah ang yg besaq kat atas loteng tu. Which mean air tu bersih. Tapi, kalau ang perhatikan, dalam gmbar ni takde pon cabang paip mcm tangki kat jepon kan? Ni la sebenarnya pembaziran. Sedangkan air yg masuk tu ang boleh guna utk basuh tangan or istinjak. Japanese realize benda ni, sbb tu diorg keluarkan muncung paip tu letak atas tank. Then, air basuh tangan tadi tu akan remains dalam tank tu sbagai air yg akan diflush utk cuci najis ang nanti. Faham tak? Ahaha! sorry ah. Aku fail ar bab explanation ni. (-_-!)

Ok, settle bab tangki, kite tengok bab mangkuk tandas plak.



So, macam ni rupa mangkuk tandas kat jepon. Kalau ang perhatikan, ada button-button kat belah kanan tempat duduk tu kan? Sebenarnya, setiap button tu ada fungsi die masing-masing.

Aku akan terangkan satu persatu...

1st skali, kite zoom-in gambar button tu dulu.




Ok, sepertimana jamban kat KLIA tu, jamban kat jepon ni pon ada guna sistem air pancut yang keluar dari bawah tu. Tapi masalahnya jamban pancut kite, mak aku slalu mengadu pedih punggong sebab air yang dipancutkan tu kadang-kadang laju. Aku tak nafikan benda ni sebab aku pon penah kena. Mungkin sebab tiub air yg ditembak kluar tu terlalu sempit, maka air yg kluar tu pon laju cam mat rempit kene kejar polis. Terkinja-kinja jugak ah kalau kena bontot !

Masalah ni tak timbul kat jamban jepon sbb kalau ang perhatikan butang bulat yg paling kanan skali tu, benda tu boleh dipusing untuk adjust kelajuan air. Butang 'shower' tu pulak gunanya untuk cebok. Butang 'bidet' tu pulak gunanya utk pempuan. Aku tak tau apa bezanya butang spray ngan bidet tu. Maybe sebab pempuan punya 'ehem2' tu sudut die lain skit. Hakhak! Abaikan.

Pastu kan, oleh sebab jepon ni negara bermusim, mangkuk tandas tu dilengkapi dgn sistem heater. Kiranya kalau masuk musim winter, xde la beku punggong ang masa nak berak.

Lebih menarik lagi, aku dengar tandas pempuan ada sikit kelainan dari tandas lelaki. Hehe. Macam mana aku tau? Sebab aku suke mencarik. Apa kelainannya?


Ha, macam ni... benda kat sebelah ni dipanggil
音姫 (otohime). Benda ni aku rasa tak semua tandas pempuan ada. Mungkin sekadar satu gadget yg boleh dipasang sendiri kalau ang mau.

Fungsi die camni. Seperti mana yg ang sedia maklum, pempuan ni makhluk tuhan yang semulajadi pemalu. Jadi, bile diorg berak, diorang konfem akan segan kalau ada bunyik 'plup!' or bunyik2 yg sewaktu dengannya. Maka, diorang akan berpura-pura menjirus air ke dalam jamban bagi meng'cover' bunyik2 yang tak diingini tu. Japanese memandang benda ni sbagai satu pembaziran air.

Maka alat ni dicipta untuk mengeluarkan bunyik jirusan air tanpa melibatkan air pon. Haha! Lebih funny bilamana aku dapat tau yang kononnya bunyik yg dikeluarkan boleh diadjust sampaikan boleh mengeluarkan bunyik burung berkicap! Hakhak! Ntah hape-hape.




Dulu, kalau tak silap aku ada satu company tengah dalam proses nak siapkan satu toilet yang mana boleh ukur berat ang, tekanan darah ang, heart beat, darah dalam urine sumer2. Giler.


Kajian demi kajian orang-orang jepon dan orang barat buat, sampaikan ada satu konsep nak buat tandas macam gambar kat atas ni. Mekanismenya menarik. Basuh baju macam biasa, and then air basuhan baju yg di spin tu akan dijadikan air pencuci tandas ataupon air yg akan di flush utk cuci najis ang pd mangkuk tandas tu. Konsep die sama mcam yg aku explain awal2 tadi. Menarik kan?

Aku harap sangat-sangat akan datang, ada anak melayu kita yang rajin explore dan kaji benda2 macam ni. Kadang-kadang, kite ni terlalu cepat berpuas hati dgn apa yg kite ada sampaikan kite taknak berfikir utk mengkaji lebih jauh skit...

Ok lah. Dah terlebih panjang dah ni . Sebagai penutup, aku bagi korang tengok satu video yang comel macam mana japanese ajar anak diorg berak. Maybe Malaysia patut buat rancangan pendidikan macam ni. Ahaha!


(pictures credit : google)

p/s : Lepas ni korang tak yah da pegi jepon. Aku da citer sumer! =p


.

104 comments:

MR.Z said...

memang terlebih maju dah negara Jepun ni.. sampai tandas pun habis di renovate nye.. ;D

Unknown said...

impian aku nak ke jepun sedikit sebanyak tercapai dgn adanya blog ko ni zack...hahaha...nice entry...tp aku baca xdetail sgt la...pjg...hahaha

erysweetie said...

peh~ jamban pon semoden ini..amazing ah..tp kan,nape dalam cite jepon,takde pulak jamban terbukak takde pintu

weh zack,ko RPKJ yek dulu..
berjiran rupenye kite dulu..aku pasum..hehe =p

zack zukhairi said...

@cik ery : tandas awam dekat bandar2 besar macam tengah-tengah tokyo tu mungkin modern skit. tandas yang takde pintu ni biasanya jumpa kat taman-taman bunga macam tu. :)

pasum ek? uiyo! slalu usya budak pasum! cun melecun! :D

Anonymous said...

sangat menarik la..
kreatip gile ek dorang..

nak gi jepon gak..
cerita ngan pengalaman sendirik x sama la.. =p

♥♥Sew.It.Art♥♥ said...

"plup"..hahaha..sound effect yg xbleh blah..keskeskeskes..
mmg benar2 memahami naluri wanita negara jepun ini yew..

perghh..mmg maju..terkesima sebentar..apsal la msia xleh pk cm2sume..nnt ang balek msia ang jela yg cipta,okeyh z@ck~

neway, nice entry..sgt2 berinformatif!

Nurul Ain Zubaidah Bt Mohd Khalid said...

best la dok jepun..sbg anak muda malaysia kita bley ambik taw sume teknologi ciptaan dorg and try untuk buat kt malaysia..gud post~

zack kt sna suke tgok drama jepun x??

n plus kn kt sna remaja pmpn ada style tersendiri..bley story skit bila2 :)))

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

hebatlah teknologi jepun. kagum2..

AzilaPalal said...

satu sistem per'tandasan' yang hebat.kagum-kagum.kalau kat rumah saya ada tandas sebegini nescaya seharian duduk di tandas sambil bermain picit-picit button yang ada untuk menonjolkan kejakunan.serius,saya rasa teruja kalau dapat guna tandas secanggih ini..cciitt..ciiitt..cciiitt

Milimilo said...

haih,nape ah maju sgt jepon ni..tringin gile nk g jpon nak jumpe domyouji..eh x,nak tgok kecanggihan toilet pompuan pulak..hihi

smile said...

haha kelakar la y nk cover bunyik tu
*malu kalau tebunyik* :PP

TinaSofea said...

giler ganas jmbn diorg..hahahah

nada hanis said...

bagos entry ni. mana ada org cerita pasai jmbn kt blog. haha. thumbs up!

Cipina said...

baru nak tanya pasal kebenaran tandas yang sediakan bahan bunyian untuk cover bunyi yang tak diingini tu..eheh

Rara said...

smart a jamban tuh!

enyheartsdiamond said...

pergh!!!cita pasal pakaian pulak lah! :)

deus X machina said...

macam langit dan bumi beza tandas jepun dan tandas malaysia...
aklu lebih rela tahan sakit perut dan buang kat tandas rumah (kalau boleh la) dari membuang di kebanyakan tandas di m'sia ni...
erk888

iera said...

Canggih btol teknologi kat Jepon...
Ble lah kat Msia ni nk maju cam dieorang...

leameera said...

zack. ko patot jadi tourist guide utk org msia g japang lah. haha. in detail sunnguh. =)

Anonymous said...

pehhh.. mesin basoh pown ats jmban.. tv ats jmban tade ke? ngee^^

canggih uhhhh!!! beli satu mngkuk jmbn tu utk ku! ngee^^

emma said...

Pergh! best gler la entry ni..siyes ikhlas..ni la entry the best ang buat zack! huhuhu..tahniah..sy suke bc entry ni..

emma said...

x abes ayat td..haha..sebab suke ngra jepun..haha..dorg mmg maju dr segi ape pun.. ^__^

::miErA:: said...

haha..
shii pappa...un pappa..(leyh wat lagu lullaby nk tdo baby ar)
a very happy looking poo! lawok2..
haha...xleyh bygkan org nynyi gitu nk suh pee n poo...mmg xkuar smpai kiamat ar kalo gitu..

NADIA vs BERON said...

cter pasal pkwe jepun pulak *angkat2 kening*...haha

ayeesha qist said...

haha.
tringat masa pergi sana tak lama dulu.
tengok toilet. tgelak habis sebab tak sure nak pakai ke tak.
pintuu sparuh.haha:)

bila lah lagi nak sampai sana.
grrr

Mysara Newrie said...

zack. ang citer lah psal fesyen budak2 jepun. hehe. aku dgr budak2 kat sana dressing memang gempak lah!

Anonymous said...

waa..memang sah maju..nkk try gAK..XD

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...ish...awat la mesia ni tak mo buat cam jepon...mesia ni suka sangat membaziaq......tu yg t ak brapa nak maju tu....best no hg pi sana....aku pun tringin gak....tapi nak buat gena aku keja kat sini...aku tak pandai cam hg....

Shahira said...

huhuhu.
toilet cmtu laa best if kuar.
aritu struggle cr toilet cmni kat takashimaya.
mujur ada!

Aelfi said...

lelaki jepun **** pendek bleh ar nak cover dekat toilet open macam tu.wakakakaka.lagi satu bunyi "pluppp"hadoi laa...

tapi serius aku kagum dgn gajet&futuristik toilet tu.

chamn said...

wallawei... majunye diorang...gune air yg da gune wat cuci lam mgkuk jmban.. creative!

pasal tndas awam tu,,,, kalo nk berak cmne?? xkn terbuka camtu jer....

annadzirah said...

agaga.
aku baru terpikir nak wat sinki smbung ke tangki tuh ntok my FYP.
upenye da wat kat jepon..
sungguh advance mereka ni..
agaga.
kawaii lah video tu..
xterase takot ntok be*ak ag!!.
yea yea!!.



-tetap nak pergi jepon. yoshh!!-

Yna Mina said...

giler menarik!!!!

walopun ang cakap xyah pi jepun, tapi aku lagi cam teringin nak pi.hahaha

Nand Nasyari said...

nk pg jugak..dgr je xbest..
kene rasa sklai..bru mantap.. :)

Anonymous said...

lagi byk cite lg la terhingin nk p
tapi tataw la bila bulih p
mahai nk mampuih kos pelncongan nk p sana kn?
baek la p mekah
huu

Didi Nadhirah said...

open jamban malu2 hehehe tp i like ngan bunyi2 dlm tandas perempuan yg depa reka tu

Kancilbiru said...

aku kan kalau baca ceta pasal inovasi jepun, mesti aku terkesima ngan ternganga jap..almaklumlah, aku kan jakun..haha..

aya said...

blik msia ko tlg buat tndas cmtuh eyhh
;p

Redbloodsnow said...

giler canggih ek tandas kat jepun. teruja lak aku nk satu..haha :P

ceksumolek's said...

betoi.. xyah p jepun dah.. zack dah cita suma kat sini..

luvly mya said...

menariknya tandas kat jepun..ta bley kata apa la coz jepun memang negara maju..buat teringin je nak g sana..hehe

aBoi said...

mak aih..tandas pun boleh jadi topik entri... hebat !

well, ur blog best..because banyak info n detailnyer skali...
keep it up friend !

psst ! kene bace part muncung paip kat atas tank tu dua 3 kali..baru paham..hehehe..

eryramlee said...

hebatnye jepun nie..
teringin nak g jepun tgok ape yg terbaik diorang buat pada masa nie..

Unknown said...

paham je penerangan ko tu, tapi kene baca 2 kali..hehe..nie kali ke 2 kisah jamban ek?

2-2 kisah pun best :D

Mashii said...

lepas ni nak nyanyi lagu ni la kalau nak berak..un pa..un pa..unpappa...

Ibu Ammar said...

haa, pakcik aku pernah emailkan tandas di jepun nih.. canggih tu main tekan2 je..haha

ini blog wirdah said...

wah,cite sal tandas jepon pon menarik.boleh buat tajok oral ni.haha

ardinihumaira said...

fuhyohhh...


tandas saja dah cemtu. ruang tamu... bilik tdo... dapur... apatah lagi kan kan?

Miss Ekin said...

perrgghh mantoopp!!
bersih lak tu. tandas mesia nak masuk pun kne tutup hidung.

btw, my dream nak g honeymoon kt jepun hakhak.

norfaridahanum said...

hohohoh!!!yg part "ploopp,plopp" tuh sgt r..aq pun tergolong dlm golongan membazir air ah..cam siot even mmg betul pun kan..meh pos sinih r satu..hoho!

CITY® said...

canggih n bersih
i suka
teringat lak ketika i di german dulu
masuk tandas dia kat hiway
dah la air sejuk gilos
ewwwwwwwwwwwww

.: Si BungaKopi : . said...

tahu plak ko yg perempuan ni buat2 jirus air yer.

Wafaa said...

saya sokong. air basuh kain tu diguna utk flush tandas. bahan buangan sikit je tapi air 1 tong utk flush. bazir tu.

udacun said...

hik3.. bgs btol lerrrr

ainmohd. said...

wo.memang takperlu gi jepun.semua cita jepun ada kat sinih.
kalau pegi pun takda la macam "jakun" sgt kat sana.
cerita lagi pasal jepun sbb bersmanagt nak tawu.em cik, btol ke org jepun semua tempat dia duduk dia baca buku?

wawa syaida said...

waaaaaaaaa......mmg superb penerangan ny.....
suka suka suka

wawa syaida said...

waaaaaaaaa......mmg superb penerangan ny.....
suka suka suka

AMOI KUSUT said...

pjg lebar dye explain..
canggih jgk tndas jepun ny..
bile laa tandas awam kart msia nk upda8 cam tue..

*b'angan2 sdg mgune kn t0ilet di jepun.

ini q i L L said...

nampak macam sgt pembersih je org jepun ni. hehe...

Nur Farhana Adnan said...

cool~huhu~
tandas org sini mcm biasa aje;))

~NySz~ said...

video yg sgt comey..huhu..:D

Wafaa said...

zack, takde gambar tandas lama? laki aku kata ada tandas lama, bentuk panjang, pelik, mcm longkang. hang cari, pastu tampal kat sinih

zack zukhairi said...

@Wafaa : ada. cuba tgk kat sini,

http://zackzukhairi.blogspot.com/2009/12/tragedi-jamban-puaka.html

aku Zaty said...

waa~
best nye!=p

Syima Syaz said...

huhuhu still lagi nk pegi jepun!!

Nur Diana said...

suke! suke!

GengBlogger said...

aik...apsal oshiri tu jadi shower dlm pic yg mula?

ampeh tul translation die...sape yg tak tau..oshiri tu maksud die jubur..keke

joegrimjow said...

hehe
ni buat impian ak nak ke jepon ni
kortea da
taiwan da
jepon in coming!!

Unknown said...

Salam :)
Thanks for sharing the info..
besh betol..
Jepon sangat advance dalam ape jua technology..
Oh! Penjimatan air itu penting!

angelofmine <3 said...

aku berkenan nak tengok ulzzang2 ( pretty face) dr korea or jepun.. zack pnh tgk tak? huhuhu~
tp kalau kat jepun fashion dia harajuku la kan. pelik ckit.
thx for sharing bout tulet nih!
org tua reti ke pakai
huhu
ups

Ariff Shah said...

hahaha. tak boleh blah la kartun dia tu. Kalau orang melayu buat confirm pelik giler punya

akitA ymU said...

nanak pi jepun!!!!
besnyer zack dpt blajaq kat sna..

contilover said...

Jepun maju sebab sikap rakyatnya yg berani mati.. Kita juga boleh maju kalau ikut trend diorang.. Tp jgn lupa sejarah.. rakyat pernah dipancung dek orang Jepun satu masa dulu.. Barangkali sekarang?? Apa pendapat anda??

Anonymous said...

Orang Putih x suka tahan bile keadaan amat memerlukan. Mereka mnggunakan PULL UP DIAPER seperti video di bawah: Orang Jepun bagaimana pula??

http://www.youtube.com/watch?v=-M_37GHaPhA

diapergirl said...

I'm Diaper Girl who prefer to wear Adult Diaper when emergency. Click me at this link. http://www.diapers4girls.com/photos/0055/d4g-0055-53.htm

Lekir said...

ko ni buat aku rasa mcm nak pegi jepun je zack

Iliana said...

Last week saya ke jepun atas urusan akademik slama 10 hari, sempat la experience mcm2 kat jepun ni.. prof kat uni sana kata, souvenir yang org plg suka amik dr jepun ialah tandasnya, saya ingat maksud dia gmbr tndas tu. Tapi pastu saya dpt tahu doktor dr uni kitorg kat mlaysia yg g wat research kat jpun, nak beli tnds jepun wat balik malaysia. dia kata benda yg tekan2 butang tu leh pasang je kat tndas kite kat malaysia. betul kaa?

awiefie said...

teknologi jepun sememanya jauh kedepan berbanding kita

fariharafz said...

teknologi jepun mmg maju bertapak2 dah...bout the video, ahahhaa..very happy looking poo n peee...sengal la..

Sang Murabbi said...

hehehe...adeh...ase nak fly jer skang ni ke Jepun..

Lina said...

salam. saye baru jek follow, ngikot2 kwn. best giler blog ni. hope byk lagi cite keunikan jpn. trimas!!!

lia said...

menarik gler..tp mg jepun gler2 otak diorg..bro klu pasni leh cter sal otaku n kdai2 manga n anime x???...mende ni menarik gak sbb kat m'sia kan xde..=)

gherkin said...

thumb up!!
untuk ko n jepun..

••♥shidaradzali♥•• said...

cooLL!!

lysa_alisz said...

wah...hebatnye teknologi kat jepun tu...tandas pun sebegitu canggih...
Huhu...

5zal said...

tq la zack sebab byk stori pasal nippon..guwa dh lama tingin nk g..tp x cukup bijak cam lu..
zack,jemput dtg umh guwe beraya..guwa wat float beb..

naieman said...

wah...menarik n canggih giler...
tringin ak nk g Jepun.

Anonymous said...

sokong ngn ayat ko ''kdg2, kite ni tlalu cpt bpuas ati ngn ap yang kite ade smpaikan kite tak nak bepiki tuk mgkaji lbh jauh cket''....

nad_dd257 said...

sgt mnrik n t'trik..
wt aq ase nk g toilet kt sne jek.. hihi..

Anonymous said...

advance tol la teknlogi dyeorg ni..ni y smgat nk travel kat jepun ni..walau ko da cite tpi aku nk gak g tgok cndri(da pasang azam..aminn)..hehehe

hamomada said...

aku ni bole di kategorikan sebagai seorang yg agk malas nk membaca.hoihoihoihoih..tp bila first time "terbace" penulisan dia, aku xsangka aku bole bertahan bace sampai abes..waaaaaa~~~~

awatif said...

based on a week experience di jepun mmg teknologi sangat maju..dan sangat disiplin espc dkt toilet and subway.. kena beratur

shapsha_88 said...

actually,jepn is one of ngre yg sy nk sgt jejaki(hope so)..coz ngre nie pndi memanipulasikn ape jua yg ader disekeling mereka for their own sake,,n its very2 creative n inovative..i luv it so much,,your entry..im in d sme field too

susan said...

eh zack...owg2 kt jepun cmner sikap dowg ea? dowg tnggi2 x? sbb aq bca tnggi kaw sme jew ng aq
-sye budak form 5..hehe tnggi kn?

Anonymous said...

nice entry la zack. weh yg psl bunyik 'plup' tu aku mmg setuju sgtt if ade kt m'sia. HAHHA. segan doh. tp pmpn je ke ? laki pon ade ar, lgi dasyat.

cekodok apple said...

da macam kat jepun dah ase...heheheh

Anonymous said...

besnyer kat jepun............thanks zack coz bagitau bnyk benda pasal jepun.

alin said...

zack! saybas kepada anda.. hahhaaha. ank aku dah berjaya poo kt toilet guna kaedah potty train mcm iklan japanese yg ko tunjuk tu.. hebat ar.. dok nyanyi2 123 urmmmm urmmm ank aku pun keluarkan cute poooo nya.. hak hak hak... aku sukerrrr.. tq kt ang..

LittleGurl said...

paling kelakar bile ade sound effect chip chip tu! hahahahaha psstt psstttt bru taw ne rupenye kalo ade org nak cover bunyi 'toing' dalam mangkuk tandas kena bukak air kuat2. hahaha yes yes kena praktik! ;D

zinnia zenith said...

mereka maju untuk mengelakkan pembaziran;

di Malaysia;
pembaziran berganda-ganda.. =)

btw;
nice exploration about the cool gadgets.

aizamia3 said...

dorang dah lama jauh ke depan.. kita baru nak maju setapak.. yang setapak ni pun ada yang nak dikondemkan..

Unknown said...

perhh hebat jugak tandas mereka ni kan hahaha....

Fathiyah Selamat said...

salam...best nye bace... terasa mcm kat jepun da ha.... tp memang menarik la.. kalau kat mesia ade gerenti org berebut2 nk g toilet....

Anonymous said...

Aku pernah terfikir tapi aku bukan pencipta.. aku xtahucipta nk cipta mcm mna.. biar jelah pakar yg ciptakan.

Related Posts with Thumbnails