Berperang dengan lipas

Ahad, 12 am, bilik aku.


Itu hari, time aku tengah syok-syok menaip, tiba-tiba beliau lalu depan keyboard aku buat muka bodo je. Muka tak berdosa. Ok, fine. Mood aku baik time tu. Aku maafkan je la dosa beliau.

Selang beberapa ari lepas tu, sekali lagi kesabaran aku diuji. Kali ni lebih hebat. Aku tengah sedap-sedap tengok movie kat pc, alih-alih beliau datang buat catwalk atas screen monitor aku. Ok, aku da mula fed-up.

Tapi, sebagai seorang lelaki yang berfikiran matang dan rasional, aku masih mampu bersabar. Aku percaya setiap makhluk yang tuhan jadikan tu punya sebab dan alasan yang munasabah. Jadi, aku berfikir apa rasionalnya tuhan menjadikan lipas ni... Mungkin sebab nak menguji kesabaran manusia? Or mungkin jugak nak menyedarkan manusia yang leka dalam menjaga kebersihan ?

Justeru, aku mengambil langkah positif dengan mengemas kawasan sekitar meja study aku. Dengan harapan, beliau tak mengganggu gugat hidup aku lagi.

Tapi, ternyata harapan aku punah sama skali! Baru aku nak meneguk air nescafe yang aku bancuh sejam yg lalu, tiba-tiba aku ternampak kelibat beliau berenang-renang di dalam Mug aku. Terus aku campak air nescafe tu ke dalam sinki sambil menyumpah seranah makhluk hitam berkaki lapan tu. Maafkan aku ya Allah, aku gagal dalam ujian Mu.

Ok,ini tak boleh dibiarkan. Memang tak boleh diberi muka. Satu langkah drastik perlu diambil.

Setelah puas menggeledah almari dan kotak2 lama, akhirnya aku jumpa jugak perangkap lipas yang aku beli tahun lepas. Buat pengetahuan korang, kat jepon ni, lipas-lipasnya kecik2 belaka. Comel. . Tak sebesar dan segarang lipas di Malaysia. Maka, ubat gegat yang bulat-bulat dan berbau extreme macam kat rumah korang tu memang tak dijual di pasaran jepon.



So, ini la rupa perangkap lipas yang aku maksudkan. Terdiri dari tiga komponen utama. Perumah, alas kaki dan umpan. Jom follow aku pasang jerangkap samar ni. (Wah! bunyiknya macam gaya uncle seekers yg serius)


Langkah pertama, bukak perumah tadi dengan cermat.



Langkah kedua, lekatkan alas kaki di tempat yang disediakan. Ini bertujuan memastikan habuk-habuk pada kaki lipas akan tertinggal di sini sebelum beliau memasuki perumah. Sekaligus menyebabkan possibility untuk beliau melepaskan diri menghampiri sifar.


Next step, tanggalkan pelapik pada perumah. So, akan wujud permukaan ber'gam' yang melekit pada bahagian lantai perumah. Gam ni sangat kuat ok?! Err...at least kuatlah bagi seekor lipas yang kerdil.


Seterusnya, buka paket umpan/makanan lipas tadi. Makanan lipas ni dikatakan mampu menarik perhatian lipas dalam lingkungan setengah meter persegi.


Ok, next. Letakkan makanan tu di tengah-tengah perumah.


Kemudian, tutup perumah tu tapi make sure tingkap-tingkap rumah tu dibuka supaya lipas boleh masuk ke dalam rumah.

 
Siap! seterusnya, letakkan perumah ni di tempat yg mana selalunya berlaku kes-kes biadap seperti yang dinyatakan pada awal entry ni tadi. Macam kes aku, aku letak kat tepi Mug aku. Konon-konon kalau beliau nak singgah minum air aku lagi, beliau sure nak jengah perumah tu skali ye tak? Haha.

Okay, lepas tu biarkan dalam beberapa jam.



Tadi, dalam pukul 4 petang waktu jepon, aku da try bukak dah. Hehe. Ada dua ekor lipas comel sedang terkapai-kapai nak melepaskan diri. Hehe. Gasak kau la! Sapa suruh kacau aku. Padan muka kau.

Biasanya, kalau dibiarkan seminggu, korang akan perhatikan terdapat lebih kurang  20 ekor lipas dalam perumah ni lagaknya seperti sedang menyambut 'open-house' di hari raya.

Owned!


p/s : Sorry lipas. Lu yg bikin wa panas dulu...



.

80 comments:

Armyrule said...

lipas baka jepun mmg kecik2 ek....nanti klu aku berpeluang pegi jepun aku bawak baka Tanah Melayu plak...pastu buat hybrid ngan lipas jepun...hahaha

.:fifi:. said...

hahaha kijam kau!

Legasi Piston Pecah said...

kalau letak kt rumah aku konpom penuh rumah tuh..

zack zukhairi said...

@Armyrule : Ahaha! jangan dikau memandai-mandai nak kacukkan baka lipas jepon ngn malaysia. Memang haruk rumah aku jadinya nanti! haha.

@Fifi : Haha. Diorang lagi kejam minum air aku!

@Piston Pecah : Uish! Lipas Malaysia pandai skit kot. Dia boleh escape. hehe

bEEdLE d' bARd said...

haha...comel giler perangkaplipas tu..nak tangkap tikus blh x? hehe

nurafiqahmohamadadnan said...

bapak ah meja pn ada lipas.
mesti serabut ohh. haha.

chamn said...

hahaha..comey gile lipas tuh!

NanLimo Bertuah said...

good job brother.. :D

Fathiha Zainal said...

Lipas oh lipas! Aku benci kau.. Wakaka!

Fina Fento said...

Lipas yang ada kat Malaysia ni adalah lipas Amerika@Periplaneta Americana. Sekian.

zaza said...

lipas??? makhluk yg paling aku geli smpai otak...

kalo aku jumpe xmain r tgk ngan mata jer...g amik penyapu terus katak dia smpai mampus...10x pun lg baik...huhu

Nur Amelia Safuraa said...

lipas. aku penah pengsan sbb nmpk lipas. sumpah fobia ngn lipas dr kecik lagi. wuaa!!! takutnya :( tapi kan, kalau lipas kecik mcm kat jepun tu, takdela geli sgt kot? kot ah. tgk gambar boleh lah kan zack. ahha.

zack zukhairi said...

@nurafiqah : haha! mana ada serabut sgt. biasa je! :p lipas tu je yg kuang ajaq.

@chamn : comel kan? hahaha!

@Fathina : Kau sama macam akak aku. Benci gile ngan lipas. Tapi kadang2 lipas ni comel ah!

@Fina : wow! giler ah! siap tau nama scientific! ni mesti minat lipas ni! :p

@zaza : Ok zaza.. Ang lagi kejam dari aku! :p sekian.

zack zukhairi said...

@Nur Amelia Safuraa : Alaa..kecik je lipas jepon. besar paper clip je. tak takut punya :)

mUnie UncLe hUsin said...

bwk balik jual kat msia la perangkap lipas tu..
hahaha

sI tEDI said...

comelnye lipas dan rumahnya..

kat malaysia ade ke tak agaknye alat pembunuh lipas elain ridsect!

zack zukhairi said...

@munie : hehe! bagus gak idea tu! tapi lipas malaysia gumuk-gumuk. takut tak berkesan je.

@si tEDI : kat malaysia kan ada benda bulat2 kaler putih tu? ubat gegat ke hapa ntah nama die

Shaifful Hairi b Ramli said...

cantik perangkap lipas tu..takde ura2 nak jadi peniaga perangkap lipas yang berjaya masa balik kat malaysia nanti hihihi..auranya dah ada tu..customer yg pertama uncle lah hahahha

AcanCapik said...

mak aih, canggih gilo perangkap... huhu...

dayana|azhar|mohd|arshad said...

paling benci lipas dlm toilet...nak mandi takde privacy...ish

Emora Valeria said...

lol..aq ingt pe la td.

ekino said...

haha ..

tak suka mereka jgk! kalau mereka ada dlm bilik mndi, sngup biarkan diriku mndi di bilik tandas taw!

eeiiiii.. gelilah!

aku zaty said...

ya Allah, geli nye!

budk nie ===============>
sangat takut ngan lipas..
selalu hempok je ngn surat khabar/ape2 buku..

bile tngok dye dah penyek,
baru puas hati..
lagi kejam kn?
hee~

apepon. agk comel perumah tuh..=p

zack zukhairi said...

@uncle : haha! bagus gak idea tu. :p uncle punya pasal, kire harga kawan2 la. satu trap = singgit! Amacam ? haha.

@dayana & ekino : laa,dalam toilet, simbah je la air! hehe

@aku zaty : lagi kejam budak skola ni! hakhak!

chah~ said...

zack.. beli kat aku satu perangkap lipas ni.. cam comey je perangkap nya.. hahahha.. aku nk wat koleksi.. haha

aku serius!

merahjamboo said...

nak jugak perangkap lipas ni..comel nyeh!!!!zack, u buat bisnes import masuk malaysia sket.org jepun ni mmgla kepala otak diorang eh;p

-pja

ARC said...

gua punye cte, eh apehal lagu lemon tree?xde kaitan

patut letak lagu papa roach
ade syllable ngan cockroach gagagga

okeh sambung. gua nak tidur ade 1 malam ni gua tdgr bunyik kritch kritch

gua amek shieldtox tgn kanan, ridsect tgn kiri
dual-hand attack la
bergelimpangan beliau

zack, cane ko wat music player sempoi ini mcm?campak kt shoutbox gua

zack zukhairi said...

@chah : ha, insyaAllah nnt kalau aku balik malaysia, aku bawak satu utk ang. Kalau ang main2, aku sekeh pala ang. hakhak.

@kak merahjamboo : hehe. da ramai btol yg suruh bukak bisnes. :p tengok la camne nanti. :)

@ARC : okay. guwa spam chatbox lu japgi.

Aini said...

iyewwww.. geli...

hUziRa aYieRa said...

jangan lupe nnt post lepas seminggu punye, ok mr. veteren? =D

whisperingmoment said...

zack..sebelah cawan tu duit syiling ke???banyaknye..kumpul eh hehehehe
sampai takat ni aku masih tak nampak kecomelan lipas jepun tu..pendek kata semua lipas tak comel...isy..alergik ngan binatang ni..

zack zukhairi said...

@huziera : ok, dah seminggu nanti, ingatkan aku ok? hehe

@whisperingmoment : ha'ah! duit syiling. hehe. kat jepon ni bnyk guna duit syiling. tu yg sepah2. :p

Hana Ghazali said...

perangkap cicak xde?geli ohh cicak~~

pudding pie said...

wah, cam best jek perangkap tu
kalo jual kat mesia konfem laku!
heheh

anti segala lipas, cicak di rumah

lemonade said...

biasanya kalau nampak lipas, buat x tau je. kalau dia kacau, brulah dijentik hingga terbang melayang-layang. hahaha

nadey said...

waaaaaaaaaaaaaa nak gak la
mcm besh gile dpt hapuskn lipas

Alyssa Villamor said...

comelnye!cockroach motel~ ;p
tapi kt cni dorang xleh check-out da..hehe

tOsHiO..... O.o said...

terigt peristiwa lipas merayap kat kaki tyme kecik2..
eiyuuuu
geli seyyy..
>.<

epalejau said...

lipas tak penah comel. fobia gile ngan lipas. x penah x jerit berlari-lari kalo ternampak lipas. adiah bfday masa kat uitm dulu, member2 bg lipas. haram! ko pos utk aku menatang tu bleh? bukan lipas. rerumah tu. mak cakap, ko besar banyak dari lipas tu. nak takot apa? masalahnya, takot campur geli.

zack zukhairi said...

@Hana : perangkap cicak xde kot sbb jarang jumpa cicak kat jepon.

@pudding : maybe aku patut buat bisnes jual mende alah ni kat msia kan? hehe :p

@lemonade : haha! kotoq la wei nak jentik pon! hehe

@nadey : best kan? padan muke diorg! sronok tgk diorg terperangkap.

@Alyssa : haha! betol2! check in saja. check out xleyh!

@Toshio : pijakkan je! hakhak!

zack zukhairi said...

@epalhijau : statement mak kamu mmg sempoi! hahahaha! lawak2! :p

si manes yaya said...

aku lagi x ske lipas kecik2 cam tuh..
takot masok telinga..
err.. tapi lipas besar pon x ske gak.. hahaa..

didieadila said...

ko bg la aku harimau (ok tipu) ke..ayam ke..kambing ke..tikus ke..aku can go lg..tp lipas sumpah cannot go..

klu aku jumpa lipas aku ketuk smpai hancur (ala2 moroyan)..dan klu jumpa lipas aku tanpa ragu2 jerit sekuat hati xkira situasi dan di mana aku berada..hahaha..(seyes over jijik)

ieQa sWetLuv said...

dengan lipas pun nak bersilat ke?? hehe

blueCITY said...

comelnya...

leh belikan satu n poskan kat akak,
ekkekekkek...

ingatkan tikus tadi yg bikin hot
huwaaaaaaaaaaaa

mamma mia! said...

uiiiii umah aku tikus duk lepak kat siling ko tau.. agak petang2 skit malam2 skit... dengarla dorang main kejar2 kat atas tuh. mlmpau betul! de x kcu kat umah. atas siling je.. msti gemok gedempol. kne hantar kucing hutan ni jaga atas siling

ini q i L L said...

bkn main payah ag nak perangkap lipas. cepok kan aje beliau itu. hehe...

HEMY said...

comey je lipas..nu kalau cencurut pun leh melekat ni..tikus apa sume

p/s : bro, tolong ushar rega lense dslr buleh?

bunga_angkasa said...

haha lawak ar ko ni zack..aritu aku jalan2 kat giant bukit indah skali terjumpa lak perangkap lipas seperti dalam pic ko tu..tapi x beli ar walopun kat umah tu ada je lipas..dah ar ske ngintai orang mandi..lipas jantan kot..kuang ajaq betoi..huhu

zack zukhairi said...

@bluecity & mammamia & hemy : aku rasa kalau tikus guna perangkap ni, alamat dengan perumah2 ni die bawak lari! haha. bapaaak besar kot tikus! :D

@bunga angkasa : oh, giant ada jual ke? haha! advance gak msia ni!

JMR said...

wat sushi lipas pon ok gak tu..oishii!!

enyheartsdiamond said...

buat makanan ikan haruan laa :)

nizamsani said...

bagus la rumah lipas ni.

my[s]ara said...

haha. dapur rumah tok aku nie punye lah byk giler lipas. aku pown terpikir2, wan aku ni ternak lipas ke apa? haha

diDEN™ said...

wahaha... cam best je benda nie

Aelfi said...

lipas dekat jepun memang hensem.wakakaka!

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

gelii.. xsuke lipas...

Ayu Candy said...

HAHAHAHA.. kelakar la. suka sgt baca.

miss leya said...

zack..kat mesia ade x jual rumah lipas tuh??

maw beli kasik mak aku..dia mesti suka nya..

xpon ko send satu kat aku..LOL>.

Anonymous said...

rasenye pernah sekali pakai perangkap lipas cam ni kat msia..tapi susah gile nak cari...itulah kali pertama n terakhir...mmg berkesan

Sun+flowerLuvMe said...

lipas ok lg.
aku sampai cicak landing atas tgn.rase sejok je..ngok btol.>.<

hans said...

kecik ke besar aku geli
aku xsukaaa

iManAzRaf said...

moral: jgn wat sepah kt umah...
patut ko kms sklai seisi umah.. bkn takat meja sedepa tikus je... haha

FiqaSaleh said...

aku nampak lipas..pijak je..huh!! tak suke serangga yg merayap nihh.. (serangga ke?....nak tarok binatang cam besar sgt jer bunyik ek..)

Fara171 said...

Perangkap lipas ala2 mcm ni ada dijual kat Msia, fara dah penah guna, siap letak dlm keta lagi, tapi mmg berkesan.

Anonymous said...

teringat time cuti aritu ada wat keje mendajalkn cencurut kt dpr umah nenek pkai perangkap camni la. binatang tu kecik je. baby lg kot.. tp xsangka. binatang tu lg pandai. xsampai 1/2 jam dia dh escape!!! pergh.... dashyat sungguh....

nur iffah said...

memng x suka serngga merayap cmni sbb x leh nk bnuh. klu bnuh maka bleh mnimbulkan bau yg busuk skali. bdn je kecik tp bau....

nurse @n!$ said...

kahkah..jap hang tak bukak tabur2 die punye bait tuh?? haah kat mesia da ade tapi tak se fancy yang kat jepang la..huhu

cik kak comel collections said...

tumpang lalu yer... heheh
nk share mende yg paling berkesan utk bunuh lipas nih.. ade 1 spray dari "cosway" "land shield" nama dia.. product ni mmg berkesan... cume spray kat mane lipas tu slalu nk lalu.. contoh nye kat bawah pintu masuk kat dapur.. spray dari ujung ke ujung...pastu nnti kalau ade lipas yg lalu..gerenti dia akan mati nye..saye slalu guna kan.. hari² ade je lipas yg cube nk masuk ..tp x lepas... heheh... tergolek gak dekat ngan pintu masuk tu.. spray tu x busuk... wangi.. sekali spray leh thn utk mase 1 minggu... lepas seminggu tu leh lah spray lagi.. :) cube lah... sgt² berkesan... harga pon x lah mahal sgt... x sampai 10 hingggit pon.. :p

Anonymous said...

erm, mmg x ske lipas.. banyak kot knangan pahit ngan lipas ni.. huhu~ tp yg pasti, klu jumpa lipas lg2 yg leh terbang tu, komphem time tu lari xckup tanah.. (-_-")

Ichikawa Nanie said...

comelnya rumah lipas....
padan muka lipas!!
x leh lari hehehehe

NurSolehah said...

hahaha... ckp psl lps ni... tringat my hubby.. dia mmg tkttt lipas...

Anonymous said...

Errr, encik Zack, aku rasa la kan, ada sikit xkena dengan entry ko.
Setau aku la, kaki lipas ada 6, tapi ko bedal kaki lipas ada 8.hakhak, lipas jepun sume da mutate ea??

Ape2 pon, ko mmg cool :D

hazz said...

salam...nak share sket cara2 menghapuskan lipas2 yg comel2 tue..
1stly,jgn bunuh dgn care memijak,mempenyek,menampar or pape2 perilaku yg boleh memecahkan perut beliau..lipas betina byk telur..klo pperut beliau pecah..telur2 yg beribu melon tue xde effect pon..telur2 beliau sgt susah pecah n can't be destroy ar senang ckp..
antara cara yg senang,murah dan effektif is..botol yg boleh spray..cam botol perfume tue...taruh air sabun..sabun ape2 pon bleh..dettol lgi bagus..bersih sket kan..huhu..ble nmpk jer beliau spray tros..dlm beberape second insyaAllah beliau akan meninggal..punca kematian,asma..a.k.a. x dpt bernafas...
de byk lagi cara yg bersih dan kejam nak membunuh lipas nie..tpi x leh melalut plak kat cnie byk2 kan...kang jdi cam entry lak panjang nyer..huhu..
sekian..trimas =3

hazz said...

salam...nak share sket cara2 menghapuskan lipas2 yg comel2 tue..
1stly,jgn bunuh dgn care memijak,mempenyek,menampar or pape2 perilaku yg boleh memecahkan perut beliau..lipas betina byk telur..klo pperut beliau pecah..telur2 yg beribu melon tue xde effect pon..telur2 beliau sgt susah pecah n can't be destroy ar senang ckp..
antara cara yg senang,murah dan effektif is..botol yg boleh spray..cam botol perfume tue...taruh air sabun..sabun ape2 pon bleh..dettol lgi bagus..bersih sket kan..huhu..ble nmpk jer beliau spray tros..dlm beberape second insyaAllah beliau akan meninggal..punca kematian,asma..a.k.a. x dpt bernafas...
de byk lagi cara yg bersih dan kejam nak membunuh lipas nie..tpi x leh melalut plak kat cnie byk2 kan...kang jdi cam entry lak panjang nyer..huhu..
sekian..trimas =3

Anonymous said...

haha..ak ske lgu ang zack!(soundtrack)

vpcea45fg_90 said...

jepon fuyoh respect la..
tengok dari cara tangkap lipas pun menitik beratkan soal pencemaran alam..

2 la yg aku dapat tangkap base dari entry nih..

nice to follow u zack..

anis said...

hadoiii,siap buat open house tu...x menahan..

... Wafa Awla ... said...

hish! memang kecil la =,=

pak uda penang said...

Salam..nak share sket ngan korang pasal ubat lipas yg paling berkesan aku penah guna setakat ni...
Aku beli kat ropewalk, penang...ubat tu jenis serbuk, dijual dlm kotak warna merah!!!
Serbuk ni pakai tabur je, lipas akan makan dan bawak balik ke sarang n mati satu family...
Yang bestnye, bleh gna kat dlm kete gak.......

Related Posts with Thumbnails