Drama sebabak 4

ZACKZUKHAIRI PRODUCTION (C)
kembali lagi dengan sebuah drama komedi romantis
arahan sepenuhnya oleh Zackzukhairi
berjudul...

Penerbit : Zackzukhairi
Skrip : Zackzukhairi

Sabtu, Kg. Hulu Tiram, Kedah.
Di sebuah perhentian bas...

Amat : Celaka kau Roy! aku ingat ang da mati! Hakhak!
Roy : Kuang ajaq lu! Haha. Mati mende nye!. Bertambah 'sihat' lagi ada la! (sambil menggosok2 perutnya yg memboroi tu)
Amat : Ye laa...Aku ingat ang da tak jumpa dah jalan balik ke kampung ni...Orang bandar la katakan~ (sambil mendongak ke langit)
Roy : Ceh! Aku ingat laa...busy skit je. Company tempat aku keje tu, tiap-tiap bulan ada je tender baru masuk. Tak menang tangan dibuatnya. Tu yg aku jarang dapat balik.
Amat : Ah sudah la ang Roy! Alasan!
Roy :  Aduhai...Sejak bile plak ang pandai merajuk ni? Dah macam awek-awek la pulak! Hakhak
Amat : Haha. Celaka!



Amat : Walawei! Ni kete ang ke ni ?! 
Roy : Tak ah! kete arwah nenek aku! Haha
Amat : Cinabeng! Cakap ar betol-betol.
Roy : Bongok! haha. Kete aku la! Amacam ? 
Amat : Pergh! Ang jual dadah ke apa kat Kelumpo tu? Kaya giler!
Roy : Ish! ada plak. Ala mat... Alhamdulillah la ada rezeki lebih skit..

Roy : Eh, apa sembang kat sini! Tak reti-reti ke nak naik?
Amat : Ish, segan la! Kreta mahal-mahal cam ni, mana layak aku nak tumpang. Buat kotor kete ang je.
Roy : Dah-dah, takde drama-drama. Naik cepat sebelum aku rembat bontot ang.
Amat : Haha. Ok ok...

Dalam kereta

Amat : Brapa ang beli kreta ni? Mahal tak? Agak-agak kalau aku jual motor peninggalan arwah bapak aku tu, boley angkat sbijik tak?
Roy : Honda kapcai bapak ang tu? Haha! buang lombong je la!
Amat : Ces! Siot.

Tiba-tiba, sedang diorang rancak berbual, lalu kelibat seorang wanita di tepi jalan...
Berbaju kurung, free hair. Rambutnya hitam mayang. Lenggoknya cukup menggoda. Potongannya 34-26-36.. Pendek kata memang cun ah!

(background music)



Roy : Eh mat! sapa tu?! (tak berkelip mata nmpak awek cun)
Amat : Mana? Awek baju itam tu ke?
Roy : Ha'ah! Ang kenal ke?
Amat : Laa...apa tak kenal plak! Apsal, ang berkenan ke?
Roy : Giler ah! baru 3 bulan aku tak balik kampung, tup-tap-tup-tap da ada awek cun plak kat kampung ni. Tak boley jadi ni.
Amat : Hentikan niat ang Roy...Ang tak kenal budak tu lagi.
Roy : Apsal? Budak tu kaki kikis ke? Hakhak...Ang jgn risau la Mat. Ini Roy la! Silap jantan ar mau kikis!
Amat : Wah...cakap besaq!
Roy : Ang tak percaya?! Ha, esok aku ayat die! Hehe. Ang tunggu la.
Amat : Sukati ang la Roy...hakhak.

**************************************************************


Keesokan harinya...
Di lokasi yang sama...
Seperti kebiasaannya, Roy akan menghabiskan cutinya dengan berfoya-foya di pekan. Kononnya mahu mencuci mata dengan awek-awek kampung...Tiba-tiba...

"Eh, tu macam awek semalam"- (bisik hati kecik Roy)

Kereta diperlahankan, rambut disikat kemas, ayat diatur rapi, cermin tingkap diturunkan perlahan...

Roy : Assalamualaikum sedari.
Awek : Wa'laikumsalam. (senyum menggoda! maklum la...BMW tu! )
Roy : Sedari nak ke mana? Boleh saya hantarkan?
Awek : Oh, tak pe... saya nak ke pekan. Cari benang jahit skit.

"Benag jahit? wah! ini betul-betul kampong mari punya!" bisik hati kecil Roy.

Roy : Naik lah. Kebetulan saya pon nak ke pekan ni. (sambil turun dari kereta dan membukakan pintu)
Awek : Tak susahkan awak ke?
Roy : No no...my pleasure!
Awek : Apa tu?
Roy : Oh..takde pape. (sengih)

"Awek ni memang innocent! confirm masih dara.com! "Roy ketawa dalam hati.

Roy : Semalam saya ada nampak awak lalu sini...Tak sangka plak hari ni pon dapat jumpa awak lagi. Macam ada jodoh plak kan? hehe.
Awek : (senyum). Saya memang selalu lalu kat kawasan ni. Rumah saya blakang tu je. (menuding jari arah rumahnya)
Roy : I see..
Awek : Saya tak pernah nampak awak pun kat kampung ni. Awak duduk area sini ke?
Roy : Oh, tak la. Saya duduk KL. Kerja kat sana. Tapi rumah orang tua saya kat sini...
Anway...saya Roy... (tangan di hulur)
Awek : Saya Kamalia...panggil je Lia. (senyum)

Menyedari salam tangannya tak disambut, Roy terus meng'cover' malunya dengan mengalihkan tangan ke gear kereta. Com'on Roy! Ang tak boleh samakan awek bandar ngan awek kampung!

Setibanya di pekan...

Roy : Lia...kalau tak jadi keberatan, boleh tak kalau saya nak teman awak?
Awek : Emm.... (diam)
Roy : Tak boleh ya? Takpe2.... Saya faham. It's ok. (senyum control)
Awek : Bukan macam tu... Awak tak malu ke jalan ngan saya ? Lia ni budak kampung je...
Roy : Laa...! Apa nak malu pulak! Saya yang patut cakap camtu. Lia tu da la cantik! Segan je nak jalan ngan Lia...

Awek : Hehe. Ada-ada je awak ni. (senyum.) Kalau awak betul tak malu, jom la.
Roy : Heh! Saya memang tak malu pon! Especially ngan awak. Hehe.

Awek : Tak payah la ber'awak-awak' dgn saya... Panggil je saya Lia. (senyum)
Roy : Oh, ok ok. Hehe.. Lia pon sama. Panggil je saya Roy. Nak lagi sweet, panggil 'abang' pon boleyh~! Hehe. (roy mula memancing)
Awek : Ok...Baiklah abang Roy! Hihi

"Wah! Senangnya nk tackle awek ni!"

Dari satu kedai ke satu kedai mereka singgah. Dan sepanjang perjalanan tu jugak la Roy tersengih-sengih. Gayanya seperti orang baru kali pertama jatuh cinta!

Semua orang di sekeliling hanya melihat dan memerhatikan gelagat mereka berdua. Mungkin mereka jeles dengan Roy kerana Roy ada awek cun. "Ah! pedulikkan mereka!" kata Roy...

Roy : Lia..perasan tak?
Awek : Apa?
Roy : Orang-orang ni asyik pandang kite je dari tadi. Lia tak pelik ke?
Awek : Orang kampung ni memang macam tu. Tak boleh tengok orang jalan berdua. Ada je yg tak kena kat mata diorang.
Roy : Tu la... tak spoting langsung!

Dipendekkan cerita,tiba-tiba...

Awek : Abang...Lia nak gi toilet jap la.
Roy : Oh, ok. (senyum)
Awek : Abang pegang henbeg Lia kejap ya? Kejap je...
Roy : Ok sayang! Hehe.
Awek : Nakal! Hihi

***********************************************************

Dah 2 minit Lia pergi...

Hati Roy pulak macam tak sedap.

"Pelik. Apsal plak aku kene pegang henbeg dia? Bukan selalu perempuan bawak henbeg masuk toilet ke? Biasanya tissue,pad, lipstick semua kan dalam henbeg diamnya?"

Tiba-tiba persoalan ni bermain di benaknya.

Roy buntu. Seribu satu macam perkara difikirkannya. Die nekad! Dia mula menyelongkar henbeg Lia. Ada compact powder, lipstick, celak dan macam2 lagi barang make-up wanita.

Fuhh! Lega hati Roy.

Tapi, pandangan nya tertancap pada purse di henbeg Lia. Dibeleknya isi kandungan purse tu. Alangkah terkejutnya dia bila terlihat nama pada kad pengenalan 'Lia' tertera...

MOHD KAMAL BIN TAWIL !

Ha?! Kepala Roy dah semak! Lantas dia berlari ke toilet tadi...

Sebaik pintu tandas diselak, terlihat la dia 'Lia' sedang kencing...tapi berdiri !






What the ....!

'Kamalia' konon! Patut la dari tadi orang sumer perhati aku semacam! Sial !

Terus dilemparnya henbeg tu ke lantai.

Dikeluarkan henset Nokia dari poketnya. Nama 'Mat Jebon' pada senarai frenlist dicarik pantas.



"Celaka ang! Apsal tak bagitau aku yg dia jantan! "


Teet!

Message sent.



.
p/s : semua nama watak yg digunakan tidak ada kaitan dgn yg hidup mahupon yg sudah tiada.

(pictures credit to google.com)

49 comments:

MiSyA GaDiS TeRbiLanG said...

Bhahahhaa... GT bntai gelak smpai haruk!

NanLimo Bertuah said...

syahdu nian.... :D
salam ziarah dri seberang.. :D

arc13 said...

bangsat gila hahahha
patotla senang je tekel awek tuh

whisperingmoment said...

hahaha cerita ditambah dengn sound ditambah dengan gambar>>>syahdu nye kalau terkena macam nih hahahahahaha guling2...

HAZWAN17 said...

hahahaha......
padan muke...
tp ak dpt agak awek tu jantan

Aelfi said...

tahniah bro!kreatif.

enyheartsdiamond said...

hahaha..tu la Roy..miang sangat!

kay said...

hahaha..terkena..kali ni roy kena..

Armyrule said...

crita dah boleh bajet endingnya, tapi dialognya tetap terbaik...dan nama Roy mmg femes dlm setiap posting ko ni Zack...Mantop beb...hahaha..xbleh disangkal lg..hahaha...xyah jd engineer ar, jadi penulis skrip drama melayu...kompom 'kotak pejabat' ko nyer filem bro...hahaha

Fina Fento said...

teringat waktu amek kursus komputer dulu kawan2 lelaki g kacau nyah tengah kencing kat toilet..sempat lagi bajet ayu kepit2..hahaha

..nOj.. said...

1. apesal org melaka ckp utara lak ni
2. apehal suara kamal-lia dh tukar jd sore pompuan ek, roy xleh beza...

hahaha ape2 pn best best

my[s]ara said...

haha. kelakar tak hengat! keep it up! special request! leh tak wat entry tajuk psal jiwang2 skit dan pengakhirannya adalah sedih? ang buat btol2 smpi leh aku wat nangis! haha.

zack zukhairi said...

@noj : wah! bagus2! tak prasan plak.

1) mungkin diorg ni orang utara, tapi dok menetap di melaka? hahaha

2) ada je suara nyah yang macam perempuan tau. haaa...jgn tak tau. :p

merahjamboo said...

hehehehe..lerr,jantan lah pulak..
tadi sparuh jalan cite saya dah saspen dah,ingatkan cite hantu sbenarnya..hihik,n knowing ur blog nih, saspen gile kalo scroll2 bawah ada gambar pocongke,dh tgh2 mlm buta ni...!;p

-pja

Qismina said...

hahhaha.. tk leh berenti gelak.. ahahaha..

'AQILAH said...

ahahah..cintakan buta

Fathiha Zainal said...

Pdn muka Roy. Wakaka!

Hakim Hakemo's said...

boleh buat skrip drama.
haha.
nice :)

acap2405(1169) said...

tak rela daku berkapel ngan nyah..
bro pernah ker alami situasi begini..??

Kujie said...

boleh menang anugerah skrin 2010 :p

Aini said...

kat jb pun ade Kg Ulu tiram =)

zack zukhairi said...

@merahjamboo : hehe! bagus2! da paham ek ngan style crita aku? part ujung2 je mesti suspen kan? :p

@acap2405 : haha! aku tak penah lg kena macam ni dan mintak jauh la! haha.

@Kak Kujie : waaa!! old timer datang jengah blog aku! terharu...

@Aini : Oh, ye ke? ok2. tukar! mekasih :)

acap de souza said...

hahaha...rupe2nye pmpuan jadian ..melepas la roy..hakhak

SuRayA^i. said...

pergh..msti awek tsebut mmg cun gilos smpi roy pun ley t'tipu~

harharhar!~

zinnia-lyana said...

hakhakhak. rajin betoi la ang buat drama2 ni. hehe

cik nurulain said...

zack ko memang bengong. dah la berenti blaja kt jepun gi buat filem jual kat david teoh. hahahah

lagu pe ko tepek ni?

Emora Valeria said...

gilo sengal lah!sore dye perempuan sungguh ke smpi xcam dye tuh act laki?ahaha..tergelak2 aq doe!

kutojimedo said...

hahaaha
hilang mengantok aku tgh study layan blog ko zack
XD

Ryna Tri Asmara said...

hahahaha ;D
best la cerita kamu :

aku zaty said...

hahaha!
gelak guling2 aku!
=))

zack zukhairi said...

@all readers : thanks sbb sudi baca drama gile ni. hakhak!

si manes yaya said...

haha.. lawak tol..
eh zack.. mmg suke ea gune name roy..

Mashii said...

maafkan aku..aku tak puas hati dgn ending dia..

Ismail Noh said...

'Bang..Lia nak ke tandas'
part ni aku dah mula syak sesuatu. dan kau memang pandai bercerita.

biarlah rahsia said...

loklak!!!

FiqaSaleh said...

cetttt.. hahahahha... part last tu wat suspen jerr... ;p

.: atyNn :. said...

zack, ta an la roy ta pasan sore lia 2 len.pekak pe?haha

n[i]ck sTiLL WaiTiNg said...

dah conform dara.com...siut jek,hak3~

Anonymous said...

ko ni asyik guna nama tawil je...
tu nama arwah atok aku...huhu....
apa2 pun blog ko mmg best... (:

Nur Asyuraini said...

hahahahaha ^^
gler ah!!! cian gler si Roy nih...
punya la tgkp cintan, sekali jantan da...
xley blah tul...
gatai lg....
kang dh kena....
x pasal2 aku terguling2 gelak dgn cter nih... :p

...miSS fAi... said...

hahahhaahha, kesian.....

Dekstro said...

hahaha,giler kelakar..bajet bleh ar hapily ever after...and bleh ak nak tau lagu yg digunakan as soundtrack..takleh nak bufferinglah..

Anonymous said...

LAGU APE NI EK?CM BEST JE

permatahijau90 said...

Hahaha...lawak2,pandai ang zack,dok reka cita mengarut..aku yg tengah dok tension2 saimen ni,trubat la cket..thnxz

Amirah Yusof said...

sadis seyh..haha

Farey Precio said...

lagu five minutes - semakin ku kejar , semakin kau jauh

LittleGurl said...

hahahaha gelak guling-guling!

... Wafa Awla ... said...

kih33...lawakla

KiD said...

hahhaahahahaa... lawak gilos!!! leh pulak berdiri..

shakiddo.com

Related Posts with Thumbnails