Aku vs Maggi

"Sreeeettt..."
Tengah aku mengelamun baca blog orang, tetiba sliding door bilik aku diselak. Housemate aku rupanya. Datang-datang je terus picit bahu aku. Urut-urut. "Eh, tebiat apa plak ni!" bisik ati aku. Aku toleh pandang dia, die sengih-sengih bajet kiut. Ha, ni tak lain mesti ada konspirasi sulit ni.

"zack,makan luar jom."

Memandangkan aku malas nak keluar, aku geleng pala je , "malas ah. aku kenyang lagi. aku makan maggi je kot. ang pegi la..."

Actually, bukan aku tak lapar. In fact, dari tadi lagi perut aku dah berbunyik, sengaja aku malas nak layan. Kang nanti, kalau makan luar, paling cikai mesti abis seribu yen (RM37.80) punya. Gile.

 *****************************

Duduk kat negara orang ni, bukan macam kat Malaysia. Agak-agak ang lapar skit, capai kunci motor, zaaas! seploh minit da sampai mapley. Cakap je nak makan apa? nasik goreng kampung, nasik goreng pattaya, mee goreng, mee hailam, sume ada. Harga plak stok bawah 5 hinggit je.

Tak macam kat jepon ni. Serba-serbi makanan nak kene belek satu-satu. Kalau kata pegi kedai 7e nak beli roti tu, 1st-1st skali kene baca ingredients kat pembungkus blakang dia.



Masa tu mula la mata melilau dok carik huruf "豚肉”, atau bahasa omputihnya 'pork'. Agak-agak tak jumpa tulisan tu, belek tulisan yang lain plak, kalau-kalau ada tulis  "ゼラチン”(gelatin). Kalau tak jumpa jugak, baca lagi. Mana tau kadang-kadang ada tulis "動物性” atau 'lemak haiwan', haram jugak tu. Agak-agak da clear takde benda-benda syubhah tu, baru la boleh beli. Baru la boleh makan.

Seksa kan? Ada member aku yang kat Malaysia tanya, "zack, ang kat sana makan KFC tak?".



Gile apa? Jangan buat pasal. Kepsi (kfc) ke, Mekdi (mcD) ke... mana boleh makan. Diorang bukan sembelih pon daging ayam tu. Stakat french fries tu, boleh la kot.

"Ala, ang makan je zack! Orang bukan tau pon."

Ha'ah, ye la sangat. Memang la orang tak tau, tapi tu yg kat 'atas' tu? Ingat DIA tak tau? Ang jangan main giler . Ingat lagi ustaz aku cakap dulu, sabda rasulullah s.a.w. :

 "Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram, maka api nerakalah yang lebih layak baginya."(Riwayat At-Tarmizi)

Aku ni amal da la sekangkang kera. Kalau benda-benda simple camni pon aku pakai redah je, alamatnya menjawab la aku kat akhirat esok. Ang tu lain ah, ang tu banyak amal ! Hakhak.

**************************************
Ok,cukup tazkirah untuk ari ni. Nak dijadikan cerita, minggu lepas parcel yang mak ayah aku pos dari Malaysia tu da sampai. Hehe! Besssaaaar punye!





Serba serbi nenek moyang ada dalam tu. Maggi, serbuk kari, tuna, sup bunjut, nescafe 3in1, kulit kayu manis, bunga cengkih dan ntah hapa-hapa rempah ratus lagi ntah, semua ada. Tapi yang jadi perhatian aku cuma dua benda je. Maggi ngan nescafe. Benda-benda lain, aku campak tepi je.

***************************************

Aku usha housemate aku kat bilik sebelah. Tak gerak-gerak lagi beliau. Ingatkan da kuar makan.

Aku capai maggi asam laksa sebungkus, aku gi dapor. Aku tuang air panas semangkuk, aku pecah telor sebijik.

Tetiba ternampak ada lebihan kobis hijau kat atas meja. Macam elok lagi je rupanya. Aku hiris-hiris, aku campak dalam mangkuk tu skali. Alih-alih, terpandang bawang merah elok2 je port depan mata aku. Aku racik-racik skit, bubuh skali. Pastu, untuk memastikan telur tadi masak sepenuhnya, aku masukkan campuran bahan-bahan tadi bersama-sama mangkuknya ke dalam microwave, aku set time die 2 minit.



Tadaa! Siap dah maggi aku.

Tapi, tetiba aku rasa macam nak tukar selera skit. Aku capai serbuk lada merah, aku bubuh dalam maggi tu. Konon-konon baru piyau sikit pedas dia. Kata anak noghori? Mesti mau pedas2 skit meh!

Pastu, aku bubuh asam keping secarik, nak bagi masam skit. Last skali baru aku bubuh garam secubit. Ok,siap!


sila abaikan meja aku yang bersepah itu.

Dengan yakin dan penuh konfidennya, aku try jamah sesudu.

Hurmm...

Try sesudu lagi.

Ok. Aku amik kamera, aku snap gambar maggi tu. Aku gi dapur, aku curah maggi tu dalam sink!

Celaka.

Aku bukak pintu bilik housemate aku.

"OK. SIAP! KITA MAKAN LUAR! "


**********************************

p/s : baru perasan blakang plastik bungkusan maggi tu ada tulis ini.





Ceh! Terkena aku.



.

102 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hahahaaa.. tu lah.. tambah itu ini sangat.. kan dah kena :P

ardinihumaira said...

Aduh..baru je berazam nak skip megi. Minggu ni 1x megi 2x pama. Huaaa.. :'( nak kena makan megi ni dah terliur..

aurikelsan said...

hahhaha..ptutnya kalau nk midified bubuh bhn2 lain kena rasa sket dlu.. jgn main simbah je

Emora Valeria said...

besaaarrr punyee!hehe...yg ang makan tuh ah ade iklan besar punye uh.
btw gatai sgt buh mcm2 dlm megi awat?
mau sedap,mase masak ang buh sos tomato.kacau2,pastuh buh telur lak,terus kacau,jangan smpi dye jdi telur masak kobau lak.Bagi hancur.sodap!

Yna_Mina said...

wahaha..aku baru je cam nak sedap terliur tengok megi tu..skali cmtu ending dia..hakhak..

zack, apa rasanya sampai ang buang megi tu?cite ar cket...

maisyara pot! pot! said...

ang dok jepun ka?? ngee ^^ takel kn sowg mamat jepun ala2 matsumoto utk ku.. xD

hehehe.. padan muke dye.. abis mmbazir! xD

sheera said...

baik punye ;) sian abgg kan ;DD haha . gile lawak meyh . 2 laaa lenkali xpayah la bubuh itu ini ahaha . ;)
pity u !

sheera said...

baik punye ;) sian abgg kan ;DD haha . gile lawak meyh . 2 laaa lenkali xpayah la bubuh itu ini ahaha . ;)
pity u !

sI tEDI said...

yup!
mekdi ngan kepsi ayam ek lembu ke apa ke.. mana sembeleh kan?

isk.. payah gak kalau x de kedai halal yg berdekatan dan murah!

~kuyam~ said...

eh,knape ktika d perantauan ja citarasa tidak boleh di ubah sebarangan?pantang larang ka?

zack zukhairi said...

@aisumi : aip! gelak? nak kene babap ek? haha

@ardinihumaira : jangan makan maggi slalu2 sgt, tak elok utk kesihatan. eceh! ;p

@aurikelsan : awat ang tak bagitau awai2? haha

@Emora : buh sos tomato? ang biaq betoi! haha. Kang jadi cam kes ni lagi, alamatnya mati kebuloq ah aku.

@Yna_Mina : rasa dia? Masam macam haram, dan masam die memang stok lain macam punya! hakhak. pastu ada rasa pedas2 skit dan terlebih masin. sekian! (-_-")

@maisyara : matsumoto? ya ampun...geli aku dowh! muka jambu! :p

@sheera : kesiankan aku, tapi ang gelak? sob sob..taknak geng ang! :p

zack zukhairi said...

@tedi : tau xpe! beruntung ang dok Malaysia. makan senang.

@~kuyam~ : maybe maksud phrase tu "ke mana skalipon kita pegi, lidah kita tetap lidah org melayu. kira nya mmg tak lari dari makan maggi. kira citarasa tu takboleh diubah la."

kot..

hehe :p

chamn said...

hahahaha serius lawak... adohai... siap pos dari M'sia bagai... terseksa batin gak tu beb...

p/s : aku terpikir kalo dok jepon ko g smyg jumaat x? cite la sket camne~

Syima Syaz said...

nak g jepong~

kasihkuamiera said...

kesiannyer awk ni zack..btl gakkn klu kat mesia nie..senng sngt nk dpt mkn tp kita plk yg xreti bersyukur

HAZWAN17 said...

ahahaha...
resipi megi yg x menjadi dari zack..
jangan try kat umah ok haha

otak ketat said...

hahaha. pepandai tambah mcm-mcm. mkn mcm tu ja sudah. abis kuat pn buh telur ja la. kan dah membazir. amalan syaitan tuh. isk. isk. oke. itu sahaja tazkirah jumaat utk hari ini. hahah.

.:fifi:. said...

hahhha ak mula2 bc,hurm mcm sedap nk try..sekali tettt xsedap..hahaha tergendala niatku~

kay said...

bro,membazir tu..nape?rasa pelik sangat ke?aku tak pernah makan megi asam laksa..ntah camna rasanya..

si manes yaya said...

hahaa..
siap ada eh pesanan kat blakang bungkusan megi tuh?
sarkastik gile..
xpenah nak pasan..
da lame x melantak megi..

ieQa sWetLuv said...

nak belagak kat zack ni..sodap tau makan kat Malaysia ni.. KFC McD nk beli pergi je tak perlu nak was2.. makan maggi nak beli apa2 borong je insyaAllah selagi kenal ingredient makanan tu x perlu khuatir semua selamat dari ba alif ba ya.. lagi dalam Malay tak yah pening2 nak baca.. ika bangga dan bersyukur jadi anak Malaysia dan duduk kat negara sendiri.. hehehe ;p

ieQa sWetLuv said...

boleh beli nasi lemak ke baut sendiri ke sekelip mata.. kat Jepun tak jumpa nasi lemak kan??hak3.. ;p

Zura said...

hahahahhaaa....cm tue plak erk...

aBoi said...

apa salahnyer sekali sekala buat ekperimen..hehe

susah juga ye duduk d perantauan..

Fairuz Zulaila said...

haha...lawak je ko ni..sesuka hati je campur kan dah bazir..huhu
(kan dah kwn ngan setan..hehe :p)
u suka minum nescafe 3 in 1 tu ke..bukan apa dulu ada dapt email pasai nescafe 3 in 1 tu tapi not sure la kan..leh rosak kan buah pinggang..kalo suka minum nescafe better buat sendiri jgan minum yg 3 in 1 tu..

chah~ said...

haha.. amik ko..

tu megi asam laksa kan..? besarr punye!!!

zinnia-lyana said...

majide ada tulis tu? hakhak.
mesti dia pesan awal2 sebab kesian kat kita di `perantauan'ni.nanti rugi megi sebungkus.

seb baik aku tak serajin ang.rendam ayaq panaih sudah.;p

zack zukhairi said...

@chamn : smayang jumaat buat kat masjid yg dibina pada bangunan yg macam blok kedai tu. nnt ada masa aku story.

@Hazwan17 : sila jgn cuba resipi di atas. sekian. :p

@all readers : sila jgn amalkan teknik di atas kerna sesungguhnya membazir itu amalan syaitan. aku try sebab nk tau camne rasanya. mana la tau sedap ke kan? tetiba, terlebih msam dan masin! dah macam hape dah. kalau makan, konfem sakit perut. so, aku tpaksa buang.

shapikapikabon said...

hahaha.
magi pun sampai dah berubah rasa you auter,dsyat gak. :P

p/s : last2 habis jugak seribu yen. :P

ini q i L L said...

heaven nye mkn maggie di malaysia ghupenye. hehe

bEEdLE d' bARd said...

byk sgt yg ditambah..memg la camtu jadi nyer..huhu

silent murmuring of mine..... said...

bb.......kreatip btul kamooo!!!!haish.....klo nk pedas nxt time hiris jer cili api k?jgn buh da serbuk cili tuh....serbuk cili tuh kne masak cik abg!mne leyh maen buh cmtu jer.......hihi.......

Weeda said...

tgk megi ang yg di pos dr Msia tu teringat yang aku ngem mak aku ngen bapak aku slalu bungkus megi anta kat adek aku. adek aku duk jepun gak..
smpai satu tahap dia mintak megi perasa lain pulak sebab da muak kitorang slalu pos megi tomyam ngen kari...haha

adek aku x penah g semyang jumaat sebab kat kawasan dia xda org Islam..

sian korang kan..tapi kalo megi asam laksa tu ang x usik apa2 x tambah apa2 mesti lagi sedap..haha

are-pa said...

hok allo~
dah la asam laksa tu dah masam, kasi lagi buh asam keping..haha! cannot imagine la..kecur air liur aku dengan setories ni..

eh? ko blajar luar negara bukan dpat scholarships ke? takde sponser makanan ke? haha!

AJ Nismihan said...

kalau megi japang hang belek bagai nak rak, ni megi Malaysia hang tak belek pulak. tu la pasai. kan dah melayang seribu yen lagi.
lagi shial kan!
tak apa.ambik pengajaran hari ni
[jangan gatal2nak ubat resepi meggi.kalau kita bagus sangat,dah lama meggi ambik kita jadi tukang masak depa!]
Stop.

♥CIK SHA♥ said...

kikiki...rindu lak zaman kt kampus..x cukup wit nk mkn kt kafe mkn megi pon dh sedap..hahaha..

eh??my sensei pon suke makan megi2 ni..kalo die bwk student die shopping trip teman die smbil prektis cakap jepun..konpom2 die bg wit suh beli megi tuk die..die kta megi sedap..kui3..

beLLa said...

susa gak dok d perantauan en..
ingt td cm pro je tmbah 2 tambh ni..jap ag rasenyer..baekk punyer..!haha

fiza said...

Tu la, yg ang gi tambah bahan perasa yg pelik² buat apa, rugi dah maggi sebungkus...ahaks...

cHiQuE CoMeL said...

alalala tetiba rasa kesian plak baca entry nih... hmmm jom pekena roti canai bawah tiang letrik kat puchong indah tuh... sedappp wooo!!!

farhana ghafar said...

zack org negeri 9 ke??? hoho

Aini said...

kahkahkah...gaya macam teror sangat je kan macam-macam duk campak dalam meggi tu. Terkagum sebentar masa baca separuh entri ni. Tapi last2? sinki jugak tempat dia..huhu

enyheartsdiamond said...

hakhahaha..klaka la ayat blakang plstik megi :)

amoi said...

tapi nampak sedap je. *drooling.
haha

Izz said...

hehe..kan da terkene.

Misz_zana85 said...

Gaya cerita dah macam tukang masak..skali tak sedap..haiysh :D

Didi Nadhirah said...

asam laksa sila tambah ikan hahahhahah

nand nasyari said...

haha..chef failed.. ;D

klaka ouh..tp cm best je..
blogwalking..lalala~ :)

syazwan safwan said...

nasi kandar lagi mahal kat sana kan..hehe

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Terseksa gila duduk kat jepun...
sobo je la...

Maggi pun import dari malaysia...

pudding pie said...

ciannyer.. hidup kat neg mmg byk dugaan..hu3

sye pun ske gak maggie..

AcanCapik said...

aik, macam tu pun boleh effect rasa ea? klo nak masak better jgn guna microwave oven la... huhu...

zaza said...

mls nk komen takut ang xbaca...
tp nk komen gk...

yg ang buat pala reti tu pasai pa...
p buh mcm2...
siap garam skali....
fuhhh!! gila mau darah tinggi...

len kali kalo rasa nk buat resepi sendiri pun rasa la dlu zack oiii...

nizaa said...

hahahaahaahahaha....nasib curah dalam sinki..kalau cirit birit tu kes apa pulak?

http://kancilbiru.blogspot.com/

~ana SoLehah~ said...

^^saLam..

Lame rase x bkunJung ke siNi..
CeriTa yg banyK pengajaran n Informasi ..

trusKan..^^

Qismina said...

yang pi gatal letak asam keping ngn garam tue pesal??? haishhh... letak bwng ngn telur ok lagi.. aku bese wat camtue.. aku rindu megi msia.. asik duk mkn yg indon jah.. tapi aku pelik dak2 kat msia suka sgt mkn megi indon.. huhu

Bungakopi said...

laa..tak penah tau ada megi perantau

aimanjafre said...

arrgghhh!!!
memang buang ka??

sayangnyaaaaaaa....

Edriena Hazelina said...

eh? kat plastik megi tu ade eh bende tu?
saye xpenah da makan megi.
xtau lak mende tu ade.

my bf pon selalu g jepun.
terase lak nak g sana.

lemonade said...

pengajaran untuk bungkusan megi yg berikutnya. hikhik

Fathiha Zainal said...

Erk.. Haha! Nak gelak gk. ;p

Qiha Aziz said...

hahahahahaha. tak sangka blakang pack megi ada tulis camtu.

p/s: kakak aku ckp kfc ngan mcd sana diorg masak minyak diorg campur dgn alkohol kan?

wAnIe said...

kah333..nampak je cam sedapp..cyan2..laen kali nak masak megi jgn ubah2 lagi da..hehehe

redbirdfe said...

erk. ade ke ayat tu ? tak pernah baca pom...

sy dah tak boleh makan maggi mysia lagi!! :( sbb hari hari duk mkn maggi IndoMie....nk beli mggi keluaran mysia, mahal la jgk.

cik nurulain said...

weih. buat default jela. ades. kau pegi modify megi tu watpe...

Aus said...

ahahahaha..
asal aku ras cm lawak sangat ni..
haha..
ko kat jepun je..
member aku ade gak sane..
xtaw la kat nagoya ke mane..
syed muslim , nazep ahaha..

aku sebut je name dorang , cam la ko kenal..
ahaha..

gudluck kat jepun..dgr cte susa blaja sane..
haha..
okie!!!

mysara newrie said...

haha. gelak guling2 doh! BTW thn lepas aku slalu kebas maggi dgn member2 aku even masa last day skul *esoknya da last paper spm kitorang kebas 2 bngkus maggi dan makan dalam baldi sebab mangkuk dh siap kemas2 nak bwk balik rumah. haha. sekarang ni rasa macam dah muak giler makan maggi. hehe

aYu said...

asam laksa..
nape letak telo?
kobis?
hehehe

joegrimjow said...

ooo
kat jepon lagi ya?
hehe
baru tau

sini makanan halal xsusah
so masak mmg senang

ak nak p jepon jalan2
ley la sambut2 nanti
ok?

fiza Mastar said...

haha...kasiihan..tula lain kali jgn nk ubah2 resepi maggi tu..kang rugik jek buang kat sink balek..hihi~

anok ayoh yeh said...

abang nie blaja kt jepon ea?
wawawawa
hebatnyer!amek kos aper?

'AQILAH said...

mesti maggie yg ko dah ote tuh ta sedap ea...:P

miloicekaw1119 said...

kalo kene cara masaknye mesti sedapnye....

Siti Salwa Hanim said...

hahaa...yg ngengada letak asam keping tu knp?siap letak gram lagi...gmbr dah cntek..rasaa....hahaha..hanya kau yg tahu..kahkahkah

farhana said...

hahaha..kononnk jadi chef la 2 ya..
amik..trus xleh mkn
hahaha (sambng gelak lagi)

nursarah said...

huhu, mmg mahal kan kos hidup kat jepun, pakcik aku kata beg skolah anak dia harga rm1000.. adoi. pokai la..

nabil said...

zack,xkan xsedap kot maggi tue??mcam menarik je ak tgk..heheh

diDEN™ said...

kha3.. skit perut aku

Aelfi said...

itulah..brg2 jepun ang nak belek sgt tgk instruction.mentang2 barang "malaysia" ang main tibai ja..wakaka..kesian kat maggi tu masuk tong sampah.

rizputra7 said...

satu kotak tue berapa kilo bro??..aku ingat nak pos barang2 makan kat adik aku ler..

SaRaH NoRDiN said...

hahahahaha!!!
makan meggi masak mcm biasa sudey..
ape da..
kan da kena..
ahakz

zack zukhairi said...

@Weeda : oh, memang ramai je student malaysia kat tempat lain tak smyang jumaat sebab tak cukup syarat. ada universiti yg jemaahnya tak cukup dan takde masjid.

@are-pa : sponsorship makanan? hahaha! mana ada dowh! :p

@Aj Nismihan : Hehe! yup. itu la pengajaran utk ari ni. :)

@chique comel : ok, i tuntut later ok? hehe! aku ingat tau. :p

@farhana ghafar : a'ah. saya org negeri. :)

@amoi : sila jgn tertipu dgn gmbr maggi itu. hehe

@Didi Nadhirah : kalau tambah ikan, aku tak dapat bayang rasa die dowh! ahaha!

@zaza : komen la weyh..aku baca je la... slalu kalau aku tak buh garam, die jadi tawar skit. tu yg aku buh garam tu. tak sngka ari ni die termasin plak. haish!

@Qismina : oh, aku kureng skit kalau indomee. rasa die tak kaw! :D

@Qiha aziz : ha? betol ke pasal mcD ngn kepsi tu? tak tau plak aku..

@redbirdfe : ala, mana ada mahal...best woo maggi! baik ang makan maggi! ;D

@Aus : bro, guwa rasa guwa kenal la syed muslim ngan nazip tu. macam junior guwa je.

@mysara : aku penah gak makan maggi dalam baldi! ahaha! zaman dok asrama dulu sllau kot buat cmtu. makan satu baldi smpai 12 orang! gile! :D

@joegrimjow : a'ah,aku kat japan lagi ni. :)

@anak ayoh yeh : tak hebat laa..biasa je. amik mechanical engineering. :)

@Siti Salwa : jgn tertipu pada luaran k ? hehe

@nursarah : yup! sini serba serbi mahal.

@rizputra7 : kalau tak silap aku, sekotak tu 5 kilo smthing, kena rm176.

@all readers : thanks sbb sudi drop comment :) u guys best!

cik ery said...

rupe dah cantek dah~

so,mksdnye ko masak dgn air panas,tuang perencah je..lg sedap..hahha

antibiotic_teh4 said...

miahahaha..susah gak dok lua nieh..

::sAnG pEriNdU:: said...

mmg susa kn duk kt perantauan..ptotla berat 55kg je..hehe...

eh nk tnye..pe rase megi tu smpai zack buang??

Mashii said...

sila jgn makan megi...atas nasihat pakar..(mmg doktor sebenar)..makan maggi dgn kadar yg kerap akan mengundang masalah appendix..wlupon appendix tu klu takde pon takpa..namun setiap kejadian yg Allah cipta mesti ada fungsinya...(taktawula klu doktor tu tipu sebab taknak bg menantu dia yg baru kawen malas nak masak..abes kat bakal2 menantu dia pesan jgn makan megi takot kena buang appendix)asal aku eja apppendix macam dalam report jer..lantaklah...ni appendix kat perut tu..bukan yg kat page belakang report..

zack zukhairi said...

@Mashii : ang ni sumpha lawak! hakhak! adoi ai. memang btol pon ang cakap. tak elok makan maggi slalu2 snagat sbnarnya. ada aku dengar orang kata, kalau lepas makan maggi, at least kite kena amik masa 3 hari dulu before kite makan next maggi. kalau tak, bahaya utk usus! kisahnya~

farra8979 said...

dlm ati ni mmg rase cam nk makan megi dr smlm...

zack, best x dok jepun???

lalalialia said...

hahaha,,sengal,,pdan muke,,
hahaha

aLiYa aTHiQaH said...

bhahaha! lawak gila kau nih..n gmba maggee yg de tulis "bila di perantauan" tuh kau tambah2 je kan? mmg susah hidup sbg perantau..kita senasib lah..just kau kt jepun maybe lg susah sbb bahasa..
btw, nice blog!

rakuban said...

sup bunjut je bro.xtaw la sn ayam halal or x.tumis bwng merah bwng putih.msuk ayam.msuk sup bunjut msuk halia.check dapur stiap 10 minit.setel

Hani Haron said...

Tak faham.. kenapa dengan Maggi tu? kenapa takbleh ubah kalau kat perantauan?

FiqaSaleh said...

ade plak tambah garam.. hehehhe.. klu tamabah telo, syur ok lgi.. tambah udang ke fuhhh... bwg lom try lgi.. :p .. maggie ayam best klu tamabh limau dah tu tarok cili d patah2.. slruuupppp...

Anonymous said...

eshie affiani : bodohnyanya aku. baru aku taw boleh komen kt blog kau ni setelah aku berlelah pegi cari fb kau htr mcj.apsal plak maggi di perantauan xboleg diubah citarasa sesuka hati???

jira ^o^ said...

hak3.. megi is the best.. ade kwn aku kate klu nak study overseas kena mkn megi byk2 bru otak jd pndai..x tau la btul ke x.. sbb dia x mkn megi so dok study kat malaysia je.. kwn2 dia yg mkn megi sume da p overseas.. as konklusi, rezeki org lain2..

Nurul Hani said...

tuh la, buat resepi sendiri g..hiisshh~

lotusfinder said...

destructive comment : aku tengok gmba kau punya megi pun aku dah tau rasanya.ha3.*kejinya* ha3,jangan marah. joking.

aku suka buat megi tapi aku x amik la rencahnya tu,aku tukar kuah lain plak..contoh,kalo megi tu perasa ayam ke,aku buat kuah lain..tomyam adabi ke..best lagi.

nak makan megi neh,kena agak2 la.at least 3 hari sekali.ho3.kasik digest baek2 dulu,baru smbar yg baru.kalo tidak,mau tidak ber'buah pinggang' di kemudian hari..Naudzubillah.itu la yg x bek tentang sejenis makhluk bernama megi neh.kwang3..

last mid year exam.aku bantai megi stp hari.gile hape.nak jimat masa la kata.ceh!ari last exam tu lak.waktu ptg..pagi tu aku sambar 2 bungkus.pergh..aku rasa cam gali kubur sendirik tetibe. (*_*)"

Anonymous said...

masyi says
hahaha..2la len kali amik ilmu kt chef btauliah lu...

Anonymous said...

bole tak aku nak minta emel ang?
aku ada nak tanya pasal jepun..
aku harap ang selamt kat sana sekrg..amin...

Kyoko Takashi said...

maggi tu dalam gamba macam sedap dah!aish!rasa pulak hancuss!!haha..len kali tanya chef zam duu ye chef zack?!

vpcea45fg_90 said...

meggi ialah makanan last skali lau time sempit..
x elok slalu mkn megi..tp kos hidup mahal pe leh buat kan..

anis said...

bile bace tadi,bahan2 yang dimasukkan tu macam sedap je maggi tu..rupenye hampeh jugak..

Aisyah said...

coi, takpenah tau pun ada dia punya instruction~ grr~

Related Posts with Thumbnails