(note : ni adalah entry terpanjang dalam blog ni)
Bile cakap pasal facebook, aku rasa macam tak cukup kalau aku nak tulis semua dalam satu entry. Topik ni terlalu banyak aku perhatikan dari satu blog ke satu blog. Jadi, sebagai rumusan, ari ni aku ingat nak compile balik segala isu/ topik2 berkaitan Facebook yang penah aku baca, masukkan dalam 1 entry, abis cerita.
1) Facebook punca result student teruk.
Awal-awal dulu time aku join fecbuk, berita ni da masuk pala otak aku. Kononnya, dek terlalu asyik ngadap fecbuk, 'bercucuk tanam' segala bagai, korang sampai lupa study. Pastu result pon hancur. Ok. Aku langsung tak amik port pasal ni. Lantak la, aku nk main gak fecbuk! Hakhak.
2) Facebook punca penceraian
Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.
Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: "Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.
"Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.
"Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.
"Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan."
Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.
Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.. - Agensi
(sumber : hmetro )
3) Dipecat gara-gara Facebook
Lepas tu, aku terbaca ini pulak...
Lepas tu, aku terbaca ini pulak...
Swiss - Hati-hati dengan ketagihan laman web jejaring sosial facebook. Anda boleh kehilangan pekerjaan seperti yang dialami seorang wanita di Swiss.
Ceritanya, wanita yang identitinya dirahsiakan itu meminta izin pada bosnya kerana menderita sakit migrain. Wanita itu mengaku kepalanya terlalu pening/sakit untuk berada di depan komputer dan harus berbaring di ruang yg gelap untuk meredakan sakit kepalanya.
Demikian seperti ditulis ananova.com dari BBC, Isnin (27/4/2009).
Namun, syarikat tempat wanita itu bekerja mendapati wanita itu meng'akses' acount facebook miliknya. Lantas dia pun dituduh sebagai pembohong dan dipecat.
Wanita itu cuba membela diri dengan mengaku bahawa dia mengakses facebook melalui handphone miliknya di atas tempat tidur. Tapi syarikatnya tidak mau ambil tahu. Mereka beranggapan, siapapun yang cukup sehat mengakses facebook, bererti cukup sehat juga untuk bekerja di depan komputer.
4) Hukum sertai Facebook
Ok. Tak cukup dengan berita-berita tu, kepala otak aku disemakkan lagi dengan isu pengharaman fesbuk. Kononnya fesbuk ni menyumbang pendapatan kepada orang Israil...Soalan :
“Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”
Jawapan :
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:
1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.
2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.
(sumber : hmetro )
5) Pelajar Didakwa Guna Internet Ancam Keselamatan
Yang terbaru, aku dengar ada student kena tahan sebab gatal-gatal buat main isu sensitif kat fecbuk.
PETALING JAYA: "Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."
Tulisan dalam Facebook itu telah mengheret seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet untuk membuat komen yang boleh mengancam keselamatan orang lain lima hari lalu.
(sumber : Berita Harian )
************************************************************
Macam-macam hal kan? Kadang-kadang aku rasa pelik dengan sesetengah orang ni. Aku duduk kat depan pc hari-hari, memerhatikan gelagat ang kat fecbuk. Ada yang mengadu sibok kononnya kerja banyak,bersepah-sepah sampai takde masa. Ada tu plak mengadu assignment bertimbun-timbun. Tapi yang peliknya, selang sepuluh minit ang update status fecbook. Tak sibok pulak kan? Hehe.
Bebaru ni, ada tak ang terdengar berita pasal budak U buat maksiat dalam keta pastu langgar orang sampai mati ? Takde? Haish, ang ni memang kurang membaca ni! Hakhak. Takpe, aku story skit.
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Akibat panik dan ketakutan dicekup berkhalwat dalam kawasan kampus, seorang mahasiswa yang sedang berdua-duaan dengan pasangannya dalam kereta bertindak memecut kenderaannya untukmelepaskan diri.
Tindakannya dalam keadaan tergesa-gesa itubagaimanapun mengundang padah apabila pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dekat sini itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pagar keselamatan di pintu utama universititersebut.
Rempuhan kuat itu mengakibatkan pagar besi di situ tumbang lalu mengenai kepala seorang polis bantuan yang kebetulan berada di situ sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepaladalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.
Malangnya,setelah dua hari bertarung nyawa, mangsa, Mohd. Sufian Khamis, 25,gagal diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)pada pukul 4.30 petang tu.
*********************************************
Apa kaitannya dengan fecbuk?
Ok, lepas je dari kes langgar tu, tup tap tup tap muncul 'satu group ni' kat fecbuk yg seolah2 nak membela nasib arwah yg dilanggar tu, tapi cara die scara tak langsung mengeruhkan keadaan...Aku tak rasa arwah/si mati yang dalam kubur tu akan gembira dgn cara ni. Cukup la sekadar kita sedekahkan fatihah, kan lebih baik?
Kalau pon ang benci someone, tak suke dengan dia, cukup la ang benci sorang-sorang. Dah, tutup cerita. Yang ang nak pegi buat group macam ni, ang tau tak yang ang ni sebenarnya ajak orang benci orang? Bile da ramai join group macam ni, nanti akan ada discussion yang masing2 akan menyuarakan rasa menyampah,benci, dan meluat diorg thadap org yg dikutuk dalam group tu. Secara tak langsung, benda kecik jadi besar. Fitnah,kutuk mengutuk toksah cakap la kan?
Memang la kadang-kadang aku tak nafikan ada orang atau artis tu yang kita tak berkenan. Tapi cukup la skadar bencikan perangai dia. Jangan kita melebih-lebih sangat... Teringat aku pada spotong ayat yang pernah aku baca dulu.
Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)
************************************************************
Ok lah, rasanya da banyak sangat aku membebel ni. Selebihnya, aku da tulis dalam gambar ni. Terpulang korang nak tafsir macam mana. =)
click untuk zoom yg lbh jelas.
Aku tak suruh korang berenti guna facebook sebab aku pon guna! Hakhak. Just, cara pemikiran kita tu, kadang-kadang aku rasa kena ubah skit. Peace. :)
p/s : Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah, dan yg buruk tu datang dari kelemahan diri aku sendiri. Wallahualam.
.
79 comments:
Setiap benda ada pro n kontra.
Pandai2 la budget biar benda yg elok2 bg pro xberubah jd kontra
HAAA.... camni baru aku paham... yg entry ko wat td aku xdapat tgkap la.. tahap pemikiran aku x sampai tahap pemikiran ko lg.. :P
p/s : tu la...hmm...byk pro n kontra pasal facebook.. tp tu semua atas kita nk gune facebook tu k arah mane.. kebaikan atau keburukan.. bg aku kalo org nk berdakwah kt facebook pon xsalah kan?? org lain pon dapat ilmu.. org yg menyebarkan tu dapat pahala.. betul x?? so gune la medium yg ada ni utk kebaikan.. hekhek! ayat power seh!!
ok, aku x de fesbuk.
kuno? don't think so cz aku mmg mls nk lyn fb. haha.
Xde pesbuk -inesen-
Btol xde... Siriyes...
Mak saye mmg xde fesbuk. Ape lagi abang-abang saye, akak-akak saye.
Ok cau... XD
lagi satu yang kes HANI TARMIZI.. Ni pun pasal facebook jugak ni.. Hot juga cerita die akhir-akhir ni.
memey?haha!cam name mmbe aq ja z!
menyampah bila nak sayang-saying kat fesbuk. then penuhkan newsfeed aku je..geli je
setiap satu benda ada hitam dan putihnya.ikut cara bawak.ikut cara hidup.
sebab ada 10hinggit,budak2boleh pi isap syisya,bli najis dadah,beli haram pil kambing apa sgala
sebab ada 10hinggit,boleh ringan2dengan pondan sejam dua,boleh usya blue se-CD-dua, boleh bagai-bagai
jadi salah ker menatang 10hinggit nih?
bab israel itu berat jugak.sendiri kutip ilmu fikir panjang.lain orang lain pandang.yakin atau meyakinkan.
bab Hani Tarmizi tuh aku dah sampai dah.Sedih.Sedih dengan subject group dan sedih dengan group itu sendiri.
simpul kasarnya;
ada sejuta jalan nak mati.pilih jalan gelap atau jalan suci.hati-hati.esok lusa dah tak ada ganti.sedar,sebelum masa jadi lewat!
ak ngaku ak x bace sume entry sbb pnjng sgt..hehe
thx zack...btul2 kasi bukak mata aku sal fecbuk ni...aku dgr2 gak fecbuk ni israel pnye...tp sgtla samar2...
good job zack...smoga Allah mberkati ape yg hg buat nie...
p/s: aku skrg tgh sebarkan entri ko dkat status fecbuk aku...aku nk kwn2 aku baca gak entri ko nieh
fuuuhhh..mmg panjang entry kali ni.
anyway padat dengan info.well done bro!
ko try tgh grup i hate fasha sandha~
haha...
gila bapak!dia punya fan banyak gila..
br bukak 3 bln kot~
Aku just guna FB sebab ikut kawan2 tpi lama2 aku rasa aku FB bermanfaat sgt2 sebab aku dpt kontek balik dengan semua kawan2 aku masa dekat sekolah rendah dan sekolah lama disamping mengeratkan hbungan aku dgn kawan2 satu sekolah dulu dan cikgu2 aku. hehe. so tak salahkan??just nak mengeratkan sillaturahim antara kitoang semua
good one zack!
-pic yang last tuh ada name zack.. ang la tuh kan.. hahaa..
-ada jugak name roy tuh.. hish..
sume nye kena tgk camne cara kite guna sesuatu tuh..
kdg2 benda baek, tapi di salah gunakan kan.. bertukarlah benda baek tadi jadik benda yang xbaek..
ahah ape aku mengarut nih.., =P
gunakan kemudahan dengan sebaiknya....
cari awek yg penting..hehehe
aku nk sentuh bab kate-mengata, keji-mengeji, hina-menghina..
cth kisah memey tu..or ape2 kisah yg sewaktu dgn nye lah..
bg aku, itu kisah die..nape kite plk yg menyibukkn diri kite utk kate-mengata bagai sume tu..ape yg kite patut buat sbnrnye?meh aku gtau..
yg sepatutnye kite buat adalah jd kn pengajaran ape yg jd disekeliling, bkn mengkecam org tsb.
kenape?sbbnye kite kene igt, kite sume ni manusia..jd kite kene akui yg kite mmg xkn terlepas dari slh&silap..hari ni hari die..esok luse mgkin hari kite siape yg tawu,kn?bile kene kt kite sndiri nnt barula terase telan balik kate2sndiri..xgitu cik bedah.
bukan kite yg lyk utk menghukum org..sbb kite sndiri pn xsempurna..itu antara urusan die dgn tuhan..kite ptt jd kn pengajaran.dats it~
alamak, pnjg plk aku membebel..sowy~
heh
besela tuu.
org tu yg x reti nk gune dgn btol
FB x bersalah :P~~
aku daftar tapi x aktif
aku tambah point no 6. fesbuk tmpt mencari jodoh. auwwww. hahahah.
terbaik! aku suke yang gambar last skali.
and aku sangat agree yg pasal grup hate memey hate fasha sandha whatsoever la. aku pon takde la ske sangat fasha sanda tu. tapi agak ah. tak pyh nak join grup sampai cmtu. cube kalau org buat grup hate kite? tak ke melecet hidup.
nasib la aku xde minat kat facebook ni sgt.. tp byk jer yg dah ketagih kalau tak silap.. tp mmg btul la.. kalau niat kita baik gunakan sesuatu benda tu.. baiklah jadinya.. begitu gak sebaliknya..
hahahaaa..
org yang akan gelak, mcm biase..kitelah..=)
entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya tak bernafsu dengan fesbuk..
bagus2...=)
nyata ikhlas entry nih..
dakwah itu dimana-mana..=)
tahniah adik z ( dolu2 punye panggilan..haha)
maybe ada kaitan ngn niat kut kalo nak main social network cmni. wallahualam.
tp cm dah mkin bsn ngn fesbuk. hehe. ;p
pergh...
terbaek la...
aq mmg menanti2 an post mcm ni...
yg plg aq tension, maen pkl2 bantal, tuka2 pokemon n mcm2 menatang yg menyemakkan notification serta inbox aq... aq agk tension...
klu nk pandangan yg lbh mendalam la sal hal ni, click kt link ni:
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-bila-kamu-bising-fasal-facebook/#more-2042
sekarang ni pulak kes dengan sarawakkian. ada ppuan tu, org kedah, dia ngamok pasal ada swrkian gurl tu kacau laki dia. then mengamok kt fb, swkian ni 'lubang brt gatal'.
then sekarang berlambak grup ' i hate hani tarmizai sebab bla bla bla' then beribu dah join. pastu x abis2 kempen kt aku soh join. adei
epal ada facebook.
agak aktif.
tp setakat utk kontek member2 yg takde dpan muka je..
:)
so, tak salah kot kan?
:))
gambar epal dalam facebook tu pun, sume member2 je yg tag..
epal ade upload pn dalam sebijik je kot..
giler ahh.. citer pasal uniten pun dah sampai sana ehh.. uniten uniten~
stakat ni kuy masih berpuas hati dengan facebook
slagi pandai mengawal
ok la tu
jgn sampai dikawal sudah
hahahaha..gmbar pesbuk yg ko wat tu xmenahan dowh..hehe
@all readers : terima kasih atas komen2 korang. :)
pasal isu Hani Tarmizi tu, aku ada terbaca jugak. macam2 hal kan? aduhai...soal personal boleh bawak sampai perpecahan bangsa. siap masuk bab kutuk negeri. kan lagi parah jadinya? Sebab tu la aku cakap, benda kecik ni jgn dibesar2kan...
dan aku setuju dgn korang semua. selagimana kita pandai uruskan sesatu benda tu, means dat kita pandai bezakan yg mana baik dan buruk, insyaAllah benda tu tak mendatangkan keburukan pada kita.
majulah Melayu utk semua!
eh,tetiba! :p
benda baik (connect with old,new friends) bila ditambah2,diubahsuai menjadi 'lebih baik'...hm...ni la jadi nye~
dgn smgtnye crik grup pasal budak uniten nak kena tgkap khlwat then lggr org smpi mati plk tu.
pergh penuh dgn kutukan smate2 org yg join grup tu. pastu bile ade yg sound mcm nk nasehatkan, org tu plk d katekan bajet bgs.
lol bajet dorang bgs sgt la kot buat grup cmtu, konon ley jdik hero ke ape?
er ter'emo plk. =D
gune jela utk mngeratkn hubungan sesama manusia.. jgn dok gatai2.. dowg ney slh gune fb kowt.. adesh.. sengal jela..
wat malu uniten je...
kecewa aq
aku update status fb 3 hari sekali.. hahah.. x penah bercucuk tanam, x penah buka cafe.. heh~
stakat ni tidak terlalu terjebak ngn alam fb ni.. hah~
haha... agak menarik fakta2 yg anda kongsikan nih...
taktau plak aku psl sume2 tu...
hehe...
Haha...tdi bru je lec sebut2 psl facebook nie.
1) Psl yg result trk tu
2) Pasal kes cerai
3) pasal kene pecat tu...
Tup..tup..Zack plk post dlm blog...
Hm...stu lgi lec ade ckp yg ade sorang bdk buat sajak psl mak dia dan facebook...hahaha. Smpi ank pon dh xpeduli. Parah tu...
salam
oit pakcik zack. ang tukar skit nama roy ngan azura tu bleh? kasi busuk nama aku je ang ni. hakhak (aku serius ni weh)
@suraya^i : hehe! ang da jumpa group tu? senyum je aku tgk budak2 dalam group tu. :) ntah apa2.
@iera : sajak pasal mak dan fecbook? hahaha! teruk ar mak dia.
@azura majid : hakhak! nama roy dan azura mana boleh dipisahkan weyh! ibarat irama dan lagu. :) tapi demi ang, aku tukar next time. k?
salam.
hurm. saya sebagai student medic yang nak exam final sem minggu depan telah mendeactivated kan FB kerana mahu menambahkan focus kpd study,
chewah ~
huhu..
byk giler keburukan pesbuk nie..
hurm.. smpai skunk, xphm knape org ramai addicted sngt ngn pesbuk nie..
smpai kn 1malaysia punye pesbuk pown ade haa..
zaty takat wujud je acount tuh..
tp xaktif pown..
peace!=p
bosan dah dgn FB!!
my contribution for the lulz
http://img13.imageshack.us/img13/2219/11760962.jpg
thanks for sharing..saya suka..XD
Segala2nya boleh terjadi di facebook
"Ada Facebook, Ada Segalanya"
gud info la bro. thanks. i link ur entry on my facebuk (opss..) so that others can read it too
sarkastik yg terbaik ah zack gmba tu hahahha aku rase nak upload kt fb pastu tag sume bloggers hahahhaha
isu bom petrol bodola...mcm xde keje je..kalo bebudak lg bolela agak2..ni da besau..otak kedaung..zzz
Burung apa?Burung apa?
ang senyum..aku da duk tegelak bc ngan rumet aku..
btape hebat nye kuase fesbuk..bnde remeh temeh pun smpai ade grup jgk -__-"
Suke facebook sbb game blh bersaing ngn member2, pastu ramai member yang dah lost contact dpt jumpe balik..tak suke sbb aaa…tak de kot?kuikui~
tak pernah ada akuan facebook, adakah aku kolot?
heeeeeeeeee
salam. ramai pensyarah aku termasuk HEP ada akaun Facebook. Ekkkk! Bahaya giler. Silap2 boleh kantoi kalau kutuk diaorang kat Facebook.
no komen..heheh
pape pun terpulang pada individu tu sendiri..kalo tujuan nye baik..insyaAllah akan baik gak..n kalo sebaliknye..sendiri mau ingat la..
ada grup hate fasha sanda.
lg heran bila org bangun tgh2 malam utk menuai farmville
dalam ruang 'maya', tak kira la fb ke, blog ke, segalanya harus kena pada tempatnya.. jgn kerana 'maya', badan binasa..
suke tang fesbuk kat bawah tu. sengal gile. hehe..
bagus entri ni..kalo la sume org berfikiran terbuka n normal mcm zack ni bagus tul..tp sayangnye kebanyakan org fikiran nye x normal..tu yg jdik kes2 mcm kat ats tuh..ohh..dunia2..mcm2 tul..
suke gile yg gmbr las tuh..fesbuk buatan tgn tu..senget je..kah3...
uRHHMM..betol...
kne pndai menilai...thats rite..setiap bnde ade PRO n KONTRA....
kdg2 trpikir gak...apesal lar aku x create acc kat 'faceb0ok'??
malu gak kne lable KUNO ngn mber2..
bukn xnak create..haku BUZY..
kang sbb FB...keje aku pending..
bek aku layan wat keje..yg sebenarnye..mate haku dah juling asek bwat keje tg0k pc....
mak...abah...tOLONGGGGG...
giler menyampah aku nk dtg OPIS..
ada satu group aku baru jumpe pagi tadi, tapi rase group ni dah wujud lame.
kesah dia. sorang pompuan name hana ke hani ape tah, pegi maki maki pompuan yg ngorat2 laki dia.
dan maki-makian tu berbau sentimen kenegerian yg not bad try again ditujukan utk org2 sarawak.
hasilnye, semua org sarawak berpadu menghentam pompuan ni.
sile search : Hani Tarmizi Dont Try To Humble All The Sarawakian's :
:angeldream:
setiap benda ada pro and kontra...
kita nk guna facebook ada baek buruk nya...
tp ..jgn smp benda ni melalaikan kita..
tu je
Hmm..
Sha setuju yg group I HATE tu..
xpatut..
sha pn xminat artis yg dbnci tu..
tp xde la smpi nk join..
=)
@all readers : thanks for dropping comment here :) aku da baca semua komen2 korang. yup! aku totally agree ngan korang. :)
setuju 100%!!! yeahh!
nak save gambar pesbuk tu blh tak?
mntk izin dr tuan punya dulu nih. hehe
@amalina : boleh2. sile2. :)
ak pn x thu amende yg bestnye pesbuk tu..tp ak layan jer psl sume adik badik, sedare mare,kwn2, opismate dk layan pesbuk..x kn ak x boh layan..kuno la ak cemni..adik ak umo 13 thn pon dh de pesbuk..gile jatuh la status ak sbg sister klu ak x derk!...huhu
zack
i nak copy share this pic kat fb
comel owh.
can?
zack
i nak copy share this pic kat fb
comel owh.
can?
can can. :)
kalo takde pesbuk, takde lah ak sbg follower ko yang ke brape ribu ntah. ho ho ho
aku ase aku mmg gler2 nye addicted dg FB... tiap2 hari mengadap FB...
tp plg aku setuju..... FB mmg berjaya men"jahanam"kan result exam aku... x pasal2 result aku makin teruk.... dan paling ketara... result aku jatuh sejak aku ada FB...
dan makin menurun setiap sem...
adoyai.... perlukah aku deactivate???
hahahaha ^^
anyway, thanx for all the info..
hai zack...suke dpt bace entri nie...actually bdk U yg langgar security U tue, tmpt yg sy keje skrg...mcm mane nak citer ekk???...lagi pon bende tue dh lepas..pihak urusan U pon dh ambil tindakan kepada yg meng-active kn FB tuk arwah tue...*sy pon ade FB gak tp xjoin group tue pon..wee~ =)*...effect mmg byk...1 kelbihan nya, sy dpt jumpe mmbr lama... nice blog...keep it up =D
http://zueamin.blogspot.com/
ok2...aku suka last pic tu..
selama ni aku 'Silent Blogwalking' je..usha2 entry n komen2 para pengikut ko..
arini sampai seru aku tuk komen lak (semggu gak la nak abiskan (baca) sume entry ko)..haha..=p
hi zack... i like all of your entry.. can i copy the last pic, really nice... well done.. =))
Entri lama tapi nak komen jugak .. Hehehe ...
Mintak izin nak guna petikan Firman Allah tu ye Encik Zack ! TQ ^_^
fesbuk xda apa2..aku dh ttup akun fesbuk aku sbb ada org tduh aku stalker fesbuk dia pdahal updated status dia terpampang kt home aku...buat semak home aku jek! pastu dia updated status dia mrah2..aku mls nk baca jd senang crita, aku ttup trus..lgi class!
ceh deiiii nme aq pn terbabit...
_azura_
salam,
saya minta copy paste ayt2 awk kt fb yer.
sbb suka nk share ngn kawan2.
mintak izin.
jgn marah... :)
Post a Comment