Jumaat di Jepon

Alhamdulillah, hari ni 26 Februari 2010, aku masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara atas muka Bumi pinjaman Allah yang maha Esa ni. Ye lah, kekadang tu risau jugak... Pernah tak ang terpikir kalau-kalau malam satgi ang tido, pastu pagi esoknya tak bangkit-bangkit dah? Parah gak tu! Kalau subjek amal ibadat atas Bumi ni dapat A+ , takpe la jugak. Kalau yang 50-50 ? Amacam? Toksah mimpi ar Munkar Nakir nak bagi ang 'repeat paper'.

Sedikit mukadimah berunsur agama petang ni. Bukan apa, ini ari 12 Rabiul Awal 1431 - Maulid Nabi. So, tak salah rasanya aku nak berpesan-pesan barang satu dua, kan? Enjoy tu enjoy jugak, tapi bile masuk bab-bab akhirat ni, kite mesti mau ingat. Ok kawan-kawan? Wah! Macam pesanan wonderpets plak.




So, apa kita nak buat kalau Maulid Nabi ni, abang zack? Berarak ramai-ramai kat dataran merdeka ke? Tak jugak.

Banyak cara ang nak memperingati detik-detik kelahiran Rasulullah sebenarnya, tapi yang paling simple - banyakkan berselawat. Sebab dari apa yang pernah aku blajaq dulu, Malaikat Izrail hat cabot nyawa maknusia tu penah cakap lagu ni, "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Amacam? Ok? Tamat mukadimah.

******************************
Ini ari aku dapat hidayah. Bukan NorHidayah binti Ahmad Takiudin. Tapi hidayah atau petunjuk hat Allah bagi tu. DIA kejut aku bangun gi smayang jumaat dengan cara yang cukup 'unik'.

Seploh minit lagi nak pukol doblas tengah ari, klentang-klentung bunyik lori sampah memekak depan rumah dok kutip sampah. Cinabeng. Takde kasik can langsung orang nak tido lama sikit. 

Bangun kemas-kemas muka, gosok gigi, tukar boxer, salin baju, terus bergegas gi Masjid Nagoya. Dari rumah aku nak ke masjid tu, kena naik kreta api bawah tanah (subway).  Paling tidak pon makan masa lima belas minit. Kire macam dari stesen Universiti nak ke Masjid Jamek jugak la.


Tiket ketapi nak ke masjid tu adalah dalam 260 yen.

Anggap macam dua ringgit nam posen ah. Skali skala Pegi masjid, apa la sangat nak berkira kalau nak dibandingkan dengan ganjaran pahala di akhirat esok? Ya tak? Eceh.

Raba-raba poket kiri, ada kunci beskal. Raba-raba poket kanan, ada henset. Try usha wallet, ada duit kertas je. Duit syiling takdak. Tak sempat nak capai tang rumah tadi. Nak tak nak masukkan je lah duit kertas seribu yen. Ka-Ching! berterabur duit syiling keluaq kat slot "balance".


Tiket ketapi subway kat jepon ni kecik je. Besaq skit dari ibu jari kaki orang dewasa. Jimat kertas kot.

Dari Nagoya, kena tukar train kat stesyen Fushimi sebab train tu tak lalu sampai Masjid. Kene menapak la sikit dalam seminit dua lagi gamaknya.

Masa tu dalam kepala otak aku dok terbayang kata-kata member aku dulu. "Zack, ang tau dak? setiap langkah kite ke masjid dikira sebagai satu pahala tau". Lepas tu ada member aku sorang lagi menyampuk, "kalau macam tu, memang tak bertambah la pahala aku!". 

"Pasai pa?" - aku tanya dengan pandangan sedikit berkerut.

"Ye arr.. Aku gi masjid naik EX5. Nak langkah mende?"

"Kepala bana ang!" sahut member aku tadi. Ikhlas, padu dan jitu.

***********************************
pemandangan stesen ketapi bawah tanah.

Lepas mengelamun melayan perasaan, ketapi pon tiba. Ok, bile masuk bab ketapi kat jepon ni, aku rasa biar kite tolak tepi dulu. Sebab banyak sangat benda kalau nak citer. Tapi takpe, rilek. Pelan-pelan kayuh. InsyaAllah cukup setahun ang follow blog aku, ang da boleh master 90% pasal jepon. Esok-esok kalau ang honeymoon ngan laki/bini ang kat Jepon ni, ang da tak heran dah. Masa tu, ang boleh jalan-jalan dengan segak bergaya tanpa perlu menjeling pada buku-buku tourism guide dah. Pendek kata, perasaan ang masa tu seolah-olah berada di sekitar Lembah Klang je. Takde apa yang nak diherankan.

masjid nagoya

Lepas sampai stesen Honjin, ang kene jalan kaki lagi dalam 5 minit sebelum ang sampai betol-betol depan pintu Masjid Nagoya. Ha, macam dalam gambaq yang ang tengok tu, macam tu la masjid kat jepon ni. Kecik je. Saiz die macam kedai 7E kat Malaysia, tapi ada la dalam 3-4 tingkat camtu. Macam bangunan kedai.

Kat jepon ni, masjid boleh kire dengan jari je. Tak banyak. Mujur la Nagoya ni kire macam bandar besaq jugak ah. So, macam ramai jemaah dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia sumer-sumer yang keje kat sini. Diorang pakat reramai kutip duit derma ihsan buat masjid ni. Macam memember aku kat tempat lain, dengaq cita depa langsung tak jumpa masjid. Nak buat macam mana kan? Tempat orang...


Ok. Ini rupa dalam masjid tu. Aku snap gambar ni masa semua jemaah dah keluaq. Nak snap masa jemaah tengah semayang, agak kuajaq aku rasa. Oh, lupa nak bagitau ang. Henset-henset kat jepon ni pelik sikit. Aku tak pasti sama ada satu kemestian atau pon tak, tapi kalau tak salah aku hampir kesemua henset kat jepon ni dicipta dengan function "berbunyik bile amik gambaq". Tak kire ang silent kan henset ang lagu mana skalipon, bile ang amik gambaq, die mesti berbunyik! Tujuan die supaya boleh kurangkan jenayah skodeng dan paparazzi kononnya...

Kekadang, kalau time ada class petang, kitorang tak dapat la pegi masjid. So, masa ni bebudak malaysia, arab, pakistan, syria, dan lelain yang buat Master,Phd, Post Graduate sumer-sumer ni akan berkumpul kat 'international student house', bentang tikar, dan smayang jumaat kat situ. Imam pulak bergilir-gilir. Minggu ni budak Malaysia jadi imam, minggu depan brader Bangladesh plak dan seterusnya. Khutbah pulak dibaca dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan semua bangsa faham.


Gambaq kat atas ni pulak waktu aku first year dulu. Tengok la sendiri. Macam mana susahnya nak semayang kat negara orang. Bukannye ada surau kat memana macam kat Malaysia. Ingat lagi satu kes tu, aku ngan kengkawan aku smayang kat satu sudut kat tepi car park area. Tetengah kitorang semayang, datang sorang pak guard jepon berdiri terpacak tengok kitorang. Orang-orang yang lalu lalang lagi la toksah cerita. Sumer dok jakun tengok kitorang. Siap ada yang berhenti jalan semata-mata curious nak tau apa yg kitorang dok buat. Masa tu risau jugak kalau-kalau tetiba ada anjing yang diorang bawak tu lalu kat kitorang. Tapi tuhan punye kuasa agaknya, pak guard tu jaga kitorang sampai abes smayang.

Kekadang, kene pak guard yang jenis tak reti bahasa, diorang mati-mati tak bagi kitorang smayang kat public area. Aku ingat dalam pala otak die mesti terbayang "terrorist". Risau kot-kot kitorang pasang bom kat situ agaknya. Hehe.

****************************


Sebenarnya, dari rumah tadi nawaitu aku dah sedikit terpesong dah. Konon-konon nak pekena kebab barang sekeping dua memandangkan ada satu kedai turki dekat-dekat dengan masjid tu. Tapi nawaitu utama memang nak gi smayang jumaat. Harap-harap pahala jumaat tadi dapat la sikit. Buat tambah-tambah...

Lepas smayang jumaat, aku terus gi kedai tu. Masuk-masuk kedai je, tengok table macam da full. Last-last aku port tepi je. Port yang macam kat bar tu. Alih-alih, tetengah aku belek menu yang ada, datang sorang mamat Arab mana ntah, port sebelah aku. Die pandang aku. Aku pandang dia. Aku senyum. Die pon senyum balik.

"Assalamualaikum" aku sapa die. "Wa'laikumsalam"- jawab die.

Itu je la perbualan kitorang sampai aku sudah makan. Sorry ye brader? Guwa takde mood nak beborak la ini ari.


Menu aku ari ni namanya 'Mixed Sis Kebab'. Pergh! Heaven. Nikmat die sama macam nikmat baru lepas kene test JPJ masa amik driving license dulu-dulu. Rasa lepas segala azab seksa. Harga mende alah ni 980 yen. Mahal ke tidak, blakang kire. Aku da lapar ni.

Mamat Arab sebelah ni plak dari tadi dok perhati aku je. Aku order ini, die order ini. Aku order coke, die pon order coke. Tetiba teringat memember aku penah cakap dulu, pak arab ni kuat seks! Aku dah tak sedap ati, ni kang kalau die ngayat aku mintak nombor phone, aku memang tak syak lagi akan simbah coke ni ke muke die. Serius.

Mujur la sampai aku sudah makan, die takde touch memana.

Lepas tapau kebab 2 keping, aku bayar kat counter. Aku terus blah dengan sedikit senyuman menganjing pada diri sendiri. "bodo punye zack. ang ingat ang jambu sangat ke sampai die nak ayat?"

******************************

Waktu aku menaip entry ni, perut rasa lapar. Aku bukak plastik kebab yang aku tapau tadi. Sekali aku terkesima. Diam. Buntu. Sebak pon ada. Rasa nak aku lempar plastik kebab tu jauh-jauh.


Cinabeng. Sikit punye jambu. 

Aku saspek, tokei kebab ni pon nak ngayat aku ni. 
(-_-")



p/s : takpe lah. janji kebab die sedap. sekian.


94 comments:

khai said...

huhu bagus si zack nie..
thumb up!

Aus MeLankoLik said...

hahahak .
sonok bace pengalamn kau .
hahaha .

Rara said...

ook....pembalut pun pink..sengal gila.dia suka ang kut weh!
solat tetap nombor satu,jangan tinggal sewenang2nya. =)

Cik 373 said...

comel giler tiket tue.
kebab tue nmpak sdap sungguh!!
xleh bla,pembalut tue ciap bunga2 n pink agi tue.

salam maulidur rasul...

Kancilbiru said...

hahaha....memang sangat jambu ok plastik kebab dia..kimsalam kat tokey kedai tu yer..hahaha

Neyra Shazeyra said...

bru dapat offer kat japan. pasni leh cte pasal jepun mcm z. *kalau aku pegi hahahah* gila jiwang paper bag tuh

Cik Renex said...

wah..bekas nak isi kebab pun lawa mcm g2..haha..unik2..=]

Admin said...

wahh!! tringin nk pegi jepon jgk...
btw, lawa jgk pmbalut pink 2....hehe

emma said...

zack,bapak jauh masjid tuh..huhuh..tp xper..jgn tgal solat suda..wish u gudluck n take care kat sn ok..babai! :)

aurikelsan said...

hahaha comelnya bekas isi kebab, siap ada tag 'thank you'.. memg kedai tue provide wrapper utk take away food mcm tue ka or spesel just 4 u? huhu

Frodo Baggins said...
This comment has been removed by the author.
Nurrain Elfrisha said...

org arab xde jambu cm zack kot.
haha.

**td bru lyn vdeo wonderpets kt fb.
=)

Anonymous said...

hahaha baek punya bunkusan tue..sesuai kot ngan jiwa ang :P

letaknamaterlalumainstream said...

uiks, gila sedap tengok makanan tu, lapaaaaa uhuu :D

Afiqah Azmee said...

masyarakat islam kat sana bersatu tak? heh.

bapak ahh sis kebab tu. wat org lapaq ja. ahhahaha..

vanilla ais said...

whooaaa! wrapper kebab tu sangat cun! haha. :D

nadz ruslan said...

kool sangat semayang dipublic. ^_^

nadz ruslan said...

kool sangat semayang dipublic. ^_^

Ibu Ammar said...

dari stesen U ke masjid jamek..(ini kes time blaja kat ambang asuhan jepun um la ni).

pak arab tu nak mintak tunjuk ajar, kena husnuzonn..

Unknown said...

comell gila nama, masjid nagoya.
haha.

Anonymous said...

sumpah weh aku dok pikir tdi dlm kete
dok rindu rindu kau
aku fikir jga
mcm mne lah kau kat jepon solat jumaat.kan wajib kan?
then aku balik aku bukak blog kau.sumpah jdi kenyataan.terkejut kot.kau tls ape yg aku fikir

smart beb beg dia.jambu mak gitu!

cik FIFFY said...

apsal ko tak jalan kaki je dr umah g masjid? tapayah nek tren..lagi byk pahala ko kot..haha!!

FaTiN said...

gilak cun pembalut ^^

Mohd Hazwan said...

borak la dgn pak arab tu
masmuka
kaifa haluka
hahahaha

Anonymous said...

ok ler tu pmbalut cm gitu.. drpd gmbr doreamon.. :)

salmonelalah said...

aku suke kebab tu.. (^^"). mengiurkan je nampak.

Narcolepsy said...

merciiiik gila bungkuih pink.
time makan kebab tu mesti hati hang ropol2 kan zack kan?
aiyo..aku bg hadiah kat boipren pon tadak tera tu.
nk pitam aku tgk.. ish ish ish..x abeh lg dok sengeh sorang2 ni huhu

Anys Amyra said...

pehhh,ingatkan nak lempar sbb kebab tu dah basi.
serius baru nak kesian kat ang.
hahahahah.

Unknown said...

bagus2
truskan amalan ni
solat kan wajib :))

Unknown said...

hakhakk. pembalot jambu untuk si jambu. ngihahaha


jambu kew zack ni? lalalala :P

ザ-sylver- S said...

gamba tgh jemaah mane ko ambik del..natsukashiina~

ami auni n auji said...

alaa zack.. comel pe kaler pink.. ahahhahaa.. dari ko baling kebab tue baik ko sedekah kat aku..

siggplus said...

masa jalan2 tu kira tak berapa langkah?

agak2 boleh balance tak berat kiri ngn kanan? hehe

Edriena Hazelina said...

zack,
memule nak mintak maaf.
sebab da terumpat awak.
ari tu de cite kat my lover sal awak tinggal kat jepun. sorry.

pastu..
PINK??? haha!!!!!!
jepun nie memang mengamalkan konsep jambu ke hape?

zack zukhairi said...

@Edriena Hazelina : owh! ngompat ya? yang buruk2 ke yang baik2? hehe

Cikgu Khairul Arif said...

skali skala wok XD

epalejau said...

ah..yg penting kebab tu sodap..
bukan nak makan pun plastik dia tu kan..

zack, tiap tingkat masjid tu ke isi ngan jemaah saf? sory kalo soalan budus..tp tadi cakap ada 3-4 tingkat..atau pun sesetengah floor da buat jadik opis mende-mende ke..

zack zukhairi said...

@epalejau : tingkat 1 untuk ambik wudhuk dan office. tingkat 2 dan ke atas utk saf. :)

chamn said...

hahahha.. nice packaging~

Syafiq said...

hakhak!
giler cantek menarik tertarik plastik uh,,
pink2 gitu...haha
tak boleh berenti den gelak ni kang,,

tapi best ape camtu.
kalau kat malaysia bungkus gune suratkhabar jek..sikit punye kedekut nak beli kertas mahal2..haha

Naozu said...

sugoi na.... nihon e ikitai da... huhu.. teruja tgk でんしゃチケット tu.. hehe もしゃしんを取ってください。 =)

zack zukhairi said...

@ichiban : はい!機会があれば、ぜひ いっぱいの写真とって見せるわ。^^

aku Zaty said...

hahaha!
pink..? xbole bla..=p

Syima Syaz said...

jgn dia bagi hang mimpi dia mlm ni naa...naya

dayanaazhar:) said...

hey bro zack.

what a nice post. teringin pi jepun la pulak. anyhow, segala pengalaman yang dapat tu ialah sebagai ilmu yang tidak ternilai harganya. semoga berjaya kat sana...amin

Mr Semut said...

best2..
cakap pasal pak arab nih!
aku dulu kn kaco ngan pak arab kat usm ni..hahaha
ckit2 nak pelok..lage2 pipi la..
itu mmg la budaya dorang, tp die buat x kn tempat..plik giler!
tp skrg dah selamat la...=)

Shahada Fauzi said...

comel owh cover kebab tuh..pink kaler siap bunge2..kui3..

nice entry..rasa mcam betul2 ade kat jepon..

susah eh dok kat negara orang..nak solat pon xde tempat..tp kat malaysia ni byk je tempat leh singgah solat..ramai jugak yg terbarai solat jumaat..siap leh p berlegar2 lagi kat sopink kompleks..awek jalan kat sebelah pun leh wat bodo je pakwe x p solat jumaat..ish3..musafir la gamaknye eh..tapi leh tgk wayang..pelik2!!

hmm..dok kat tempat org memang leh menginsafkan diri..T_T

Fathiha Zainal said...

Zack, ape yg hg borak ngn ichiban lam bhse jepon tu. Haha! Sebok je nk taw kn??

Err.. Bia betik wrapper kebab tu mcm tu. Kwang3~~

Mysara Newrie said...

Sebak je rasa bila tgk betapa susahnya korang nak smayang jemaah kat negara org. Hhuu


BTW plastik kebab tue cantik lah ~ haha

JijahJambu@Jj said...

macam beli barang kat kedai gift lak .. sabo je lahh

SYB said...

perenggan last memang terbaik laa zack!

papepun,aku bangga ngan rakyat malaysia beragama islam yang tidak lupe tanggungjawab kepada Khaliq kite walaupun di mana mereka berada...alhamdulillah~~~

Munsyi said...

respect sgt org yg usaha nk solat walo kt mane pon. kdg2 org yg malas ni jdkn tu alasn mrk xsolat. ^_^

Diyana Aziz said...

hahah. pak arab gile seks? ta jdk r nak carik satu ginniey =.='

Mohd Shahrul Hafizi said...

Jambu siot!!!

Ummu Nuha said...

Salam zack. thanks sbb kongsi cite ttg masjid di sana.. :)

Nand Nasyari said...

sampai cmtu skali ea rupenye.. hoho..
kt Malaysia yg nk pg masjid yg sgt dekat ni pon ade je yg ponteng smyg jumaat..hehe ;D

CM. said...

gile jambu ah plastik kebab tuh..
ingat kan dpt adiah..

hehee..

strategi nk suh ko dtg lagi la tuh..

hehe..

Awek Ninja said...

besnyerr bile la dpt g jpoon... neway jgn arr buang plastik kebab tu...bg kat sy hehehe....

farhana said...

Mak aihhh..xtahan wrapping kebab 2..
agaknya muka Zack ni idaman pak2 arab kot..haha

syahira ariff said...

WAUUUUUU
menariknyer wrapper
hak hak hak
romantiklaa tauke kebab tue zack,,ang jer x hargai,,hak hak

Unknown said...

erk..jambu??

molliesa said...

whoaa...sedapnye kebab~!
jage2 okeh ngan pak arab...=)

TinaSofea said...

terbaikkkkk

Anonymous said...

JAMBU??jambu batu kah??haha!!nway nice ur story ni..

XIX Dragunov said...

hak3~~ XD

Azwan Azmi said...

macam tahu-tahu je ape yang aku nak zack..lepas ni cite pasal shopping complex kat jepun zack...please....

.: Si BungaKopi : . said...

BEST AR. artis jepun mana paling top skang?

niny said...

seb bek ada mosque kat tmpt ko. kat tmpt aku space nye mcm surau je. tu pun tumpang kat uni lain.

tujuhhariseminggu said...

alololorrr... chummel sungguh wrapper kebab tuh... :)

hana said...

klu tokey 2 nk ngorat u pown ape slhnyer kn... nnt dpt mam kebab ari2.. free plak 2.. hahahhaha =)

Unknown said...

zack~ kcik jer srau ek? eh, masjid.. perper pun kire ok gak ah ade masjid dri xde lngsung.. psal wrapper tuh, xyah bengang ah.. rembat jer.. lagi stu.. iklan baru eh? nk pkai skli leh?

suria_reaL said...

hehe...t'gelak sorang2 bc en3 ni..yg xthn mamat arab tu...btul la tu dia syok kt ang...

kurosagi said...

pak arab...aku pon takut...serius...ko kene berhati2 walaupon ko xjambu...mungkin bagi pak arab 2, ko jambu...

Yna Mina said...

giler jambu wrapper tu..bunge2 pink siot...dah cam bunga2 cinta lak..kakaka

Cikgu Akim said...

best arr pengalaman kat jepon..teringin plakk nak pigi sana..

smile said...

hehe enid blyton! :)

buku kegemaran kott!

Wafiq Legacy said...

ahahhaa....awesome...baru 3bulan..tp followers ko, entry ko..mmg superb!

farwalis said...

nak kebab!

MIN03RITY™ said...

haha.. cheq rindu lak kat kebab weh
hehe..

apek said...

hahaha.. best ah lu zack.. teringin aku nak pergi jepun

Anonymous said...

umah sewa aku dulu n tempt aku blaja skg pon ramai arab...kalau yg ramah tamah @ gatal tu mmg senyum manjang. yg bestnye gf mst melayu. ntah la...tp klu yg sombong tu mcm haram siap tarik kerusi jauhkan diri. hampeh

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

huhu...beshnye pengalaman kamu...sangat jelez okeyh..huhu..jepon tmpt yg diimpikan tp..uhuk3x..tringat lak kos die..ase cm nk kne parkinson..aahahaha...

1 pendedahan yang baik umat islam dimate orang bukan islam ;g2 kat jepun..ermm...biar dorang tahu..kat mana pun kita dicampak..tiang agama kte tetp no 1..wa tabik sama lu bro..bri pgajaran pd kite..huhu..chayok2....

*terlebey lak komen*
k..daaaa...
salam

Nazzmee said...

terbaekk la ang punya blog..ak suka bca pglman2 ang kt jpun tuh..sonok rasa cm duk kt sna gak..(^_^)

bdk kousen said...

salam, beli iphone r bro, br leh buat ilang bnyi time snap pic tu., pnglmn ak solat kat public ni solat tpi elevator.. tp bgs gak r org jpn, die nak lalu tu die cm mengelak sket dr kitorg.. x kacau pun. yg second time solat kat stesen smbl tggu tren.. mmg terbaik mse tu.. haha.. nice r ko nye blog.. keep up..

Unknown said...

1st time baca ur blog ..make me smile n give strengh di bulan pose..arigato!

Ana said...

har3..aduhai mmg xbley bla r warna pink

Anonymous said...

kat nagoya ade masjid? kat mane tu?
rugi tak pat singgah

Anonymous said...

SUKE.SUKE.SUKE.

1st tyme neh bce ur blog.
da la suke negara jepon. wow. best2.

...miSS fAi... said...

wow, giler jambu...
hahahahaa

Anonymous said...

pas aku bce entry dak zack neh, ak plak rse cam na ayat dea! huakaka ;p
~Yana 세카로우

{ finieViolet} said...

salam..

dapatla jugak jumpa Masjid.. alhamdullilah..sy masa tinggal kat Nagano, sebijik masjid pun x nmpak.. tmpat org kann...

sheeraY said...

bang . ayat bawah bawah tu siot bes

anis said...

kalau den lah tu,semayang memang dah tak khusyuk dah..hehe

Anonymous said...

ade kedai makan Islam ke kat sana? ingatkan susah nak cari mknan halal.. lebih2 lagi mkn daging/ayam.

tahniah r dpt hidup sana

Related Posts with Thumbnails