Cerita kartun dulu dulu

Aku kalau masuk bab cerita-cerita kartun ni, aku memang tak amik port sangat. Ye la, umur pon da 23, tahun ni da masuk 24. Dah tua. Janggut pun da lebat. Kalau kawen, silap-silap da beranak empat. Ok, itu tipu.

3 tahun lepas punye kes, aku ingat lagi. Merengek-rengek cik awek nak ajak aku tengok cerita Enchanted. Ntah hapa yang best nye pon aku tak tau. Nak tak nak, aku download kan aje. Bagi die tengok sorang-sorang. Bukan main seronok lagi aku tengok muke die masa layan citer tu. Die punya feel mengalahkan orang baca novel Bukit Kepong!

Ada sekali tu time aku balik bercuti kat Malaysia, time tu wayang tengah sibok main citer katun "Geng".

Kebetulan hari tu, cerita tu bertindih dengan cerita hape ntah. Aku tak ingat. Tapi yang pastinya aku tak nak tengok citer katun tu. Masa tu cik awek mula la tarik muncung 2 inci setengah. Dah boleh sangkut hanger baju da gamaknya.

Sayang punye pasal, takpe lah. Aku mengalah.

Boley tahan la cerita tu. Nasib baik ada dua karektor comel kepala botak yang macam toyol nama upin ngan ipin. Kalau tak, alamatnya konfem aku lelap dalam movie tu. Aku senang betul tertido kalau dalam wayang. Nak nak kalau tengok citer genre romantic. Tapi kalau bawak aku tengok citer "jangan pandang belakang" ke, "Santau" ke, ha time tu 90 darjah tegak aku duduk. Khusyuk!

*******************************
Kalau nak di ikutkan sejarah perkatunan kat Malaysia ni, aku rasa not bad laa... Ada improvement.

Kalau dulu, tak kire la kartun apa pun, baik Usop Sontorian mau pon Keluang Man, kalau masuk bab bercakap je, gerakan mulut die mesti ke atas ke bawah je. Ekspresi muka plak sama je. Monotonous. Tapi skang, da ok skit. Malaysian animator pon da pandai bikin graphic. Skrip pon lebih natural dan bersahaja. Upin ngan Ipin tu so far aku rasa the best la kot.

Kalau dulu time aku kekecik dulu, bile masuk ari Sabtu, pukul 8 pagi aku da mandi sarapan sumer siap2! Knapa? Sebab pukul 9 satgi ada KFC Hour.  Ada banyak kartun best time tu. Ada Tazmania devil, Roadrunner, Tom n jerry, memacam lagi ah. Memang tak boleh miss punye.


Lepas tu pukol sepuloh, ada cerita Dragon Ball. Ha, ini da macam rancangan wajib bagi kanak-kanak zaman tu. Kalau terlepas satu episod, rasa macam taknak pegi sekolah ari Isnin. Sebab nanti kengkawan berborak, tak boleh nk join. Tapi, kadang-kadang aku menyampah gak ngan citer ni. Tetengah sedap Hero tu baru nak berlawan, dandan tu citer abis. Paling menyampah bile dengar orang kat tv tu cakap "Bagaimanakah nasib Goku seterusnya? Adakah die berjaya menumpaskan Fliza? "...Sangat anti-klimak ok?


Lepas tu masuk pukul seploh setengah, da abis cerita dragon ball, ada cerita Sailormoon plak. Cerita golongan akak-akak. Time tu, aku da keluar gi main guli ngan memember dah. Tak kuasa aku nak layan citer ni. Merepek ok? Pakai skirt singkat tak hingat, tapi bile time berlawan, tak pernah skali pon kantoi spender die. Tak logik!

Aku dengar akak-akak aku cerita, kononnya heroin die ni ada tongkat magik. Kalau dalam bahaya je, die hayun tongkat die pastu posing gaya macam gambar kat atas ni sambil kangkang kaki, then die cakap "dengan kuasa bulan, akan menghukummu!", secara otomatiknya tongkat magic tu akan kluar satu cahaya laser. Hakhak!

Pastu, watak paling tak boleh blah - tuxedo bertopeng. Tugas die just datang bilemana kesemua sailormoon ni tadi dalam bahaya. Kire Hero la. Time tu mula la die campak bunga ros berduri. Eceh! Hero tak main bunga la bai... Bawak la pedang ke, pistol ke... Macho la jugak.


Tapi apa pun, respect jugak la kat citer ni sebab lagu die best. Versi bahsa melayu. Sekali dengar layan gak ah. Dua kali dengar, dah jadi lawak plak. Hakhak!

**************************************

Ok, masuk bab cerita kartun sebelah petang plak. Seingat aku, pukul 5 ada cerita power rangers. Skarang ni da macam-macam power rangers aku tengok ada kat tv. Dah bertukar-tukar da costume die. Tapi still tak boleh lawan citer power rangers yang awal-awal dulu. 'Mighty morphin power rangers' kalau tak silap.


Wallawei! ni paling old skul dalam adik bradik power rangers. Akak aku awal-awal da booking power rangers pink (Kimberly). Aku pulak minat yang kaler itam tu sebab weapon die kewl ! Macam kapak, tapi kadang-kadang boleh jadi senapang. Haha. 

Nama die Zack Taylor kalau tak silap. Well, aku tak macam kengkawan aku yang lain. Diorang sumer pilih power rangers merah (Jason) je. Konon-konon hero la dalam team tu.

Hek eleh! Lame! Buat apa tiru orang kan?
Part yang best dalam cerita ni, bilamana diorang tengah berlawan ngan musuh-musuh, tetiba sampai satu tahap, diorang macam da tak berdaya. Ha, time tu yang paling best sebab masa tu diorang akan combine kan semua weapon2 ni jadi bapak weapon! Besssaaar punye! Ha, time tu memang bersepai la segala resaksa yang ada. 

Cerita die tak abis takat tu je. Ntah hapa sihir yang orang jahat tu hembus ntah, tetiba je resaksa yang bersepai tadi tu tetiba akan bercantum jadi lagi besar. Dan benda yang  sama berulang untuk setiap episod! Ha-Ha. Aku layankan aje. Bebudak kan? Mana la pandai nak mengkritik time tu. Akal singkat lagi.

Sebagai power rangers, mesti la kene power kan? Masa tu mula la memasing seru robot memasing. Ada robot yang datang dari gunung berapi, ada robot yang muncul dari permukaan air laut, dan ada yang datang dari celah ceruk mana ntah! Tetiba je.

Pastu bercantum jadi robot baaapak besar dan akhirnya berlawan ngan resaksa tadi. Selalunya menang la macam biasa...

****************************************

Menjelang senja kang, cerita Doraemon pulak. Ha, yang ni aku taknak sentuh sebab aku da buat entry pasal ni dulu. Sesapa tak baca lagi, boleh usha sini

Apa yang aku cerita ni baru masuk part hari sabtu. Ahad citer katun lain plak. Haha! Sumpah seronok bile ingat-ingat balik zaman kekanak riang dulu. Langsung xde masalah. Kiranya cuti sabtu ahad tu memang heaven ah! Lupa semua keje skolah cikgu bagi. Tapi time tu keje skolah pon rilek-rilek je. Paling susah pon stakat buat buku scrap je. Tu pon tak susah mana. Stakat gunting2 kertas warna, pastu tepek2 guna gam je.

Ok,kite sambung skit lagi. Skang ni masuk part citer kartun yang advance skit. Ingat lagi tak 'suria baja hitam'? Ada sesetengah bebudak panggil 'suria perkasa hitam'. Bebudak jepon panggil 'kamen rider'. Mat salleh plak panggil 'masked rider'. Kire nya memang femes sangat la kot sampai satu dunia ada bagi gelaran memasing. 
Tapi apa pun gelaran yg ang bagi, pada aku mamat ni tetap legend. Pergh! lu tengok la moto die. Suzuki lama tu. Mana nak carik moto camni brader! Yang bestnya, moto die ni paham bahasa melayu! Kalau tuan die dalam kesusahan, tetiba je die datang sendiri. Haha. Lepas tu, kalau orang jahat tembak, sah-sah tak kene. Mesti peluru tu sekadar kena tanah kat belah kiri ngan kanan moto je. Dari episod 1 sampai la final. Tak tipu punye!

Yang menariknya pasal mamat ni, tali pinggang die je sebenarnya. Bile tekan je, scara otomatik hero die bertukar jadi suria baja hitam. Pastu jurus yang paling hebat -Tendangan Padu Maut. Oh,okay! Padahal, yang sebetulnya 'Rider kick'. Tapi bile da translate, jadi lain plak. Tak pe la, janji cool !


Cybercops. Ok, ni pon antara fevret aku time kekecik dulu. Cybercops ni sebenarnya polis biasa yang makan gaji bulan-bulan. Tapi demi nak lawan org-org jahat yang semakin advance, diorg pon dilatih untuk pakai suit kalis peluru macam gambar kat atas ni. Dah macam robocop pon iye jugak.

Yang menariknya pasal cybercops ni, setiap member dalam group tu ada kad sorang satu tau. Kad ni plak macam kad telefon. Paling tak boleh blah, bile die cucuk kad ni kat memana public phone, tetiba je kluar weapon kat celah mana ntah! Kadang-kadang tu, dari celah pembetung pon boleh kluar briefcase yang ada weapon. Ntah hape hape.


Ok la, cukup la tu. Kang muntah darah plak ang nak baca panjang2. Kalau ikut ati aku, banyak je lagi nak tulis ni. Belum masuk part flashman, maskman, dash yonkurou sumer2. Hehe.

*******************************


p/s : aku tak tengok citer sailormoon, ok ? :D


.

108 comments:

Mimi Dyana said...

dulu suke sailormoon kaler biru tu. xsilap sailor mercury, sebab knon2nye die pandai. :)

tak sangka igt lagi ea semua katun ni? haha

Syaiful Azhar said...

ang tengok citer kickers..citer dak2 main bola..layan dok..pas citer tu citer the three musketeers(ejaan tibai jerk)..sad ending plak citer tuh..hakhak..

Mashii said...

mmg long term memory ang power la..semua katun yg telah ang paparkan semua aku tgk sampai mata aku rabun la ni..tudia la byk sgt tgk talibesen..aku menyesal sekarang sbb kena pakai spek akibat suka nak duduk seat vip tym kecik2..klu boleh, tv tu aku nak pelok biar aku sorang jer tgk...nanti aku ade anak aku tak bg diorang tgk katun..rosak mate dan minda..(ceh..diorang tu..bunyi macam ramai)

Izan said...

zack mmg dok tgu2 spender sailormoon nampak ke??haha

Anonymous said...

dragon ball bkn pkol 9 ke?
sbb klu x sala aq,aq tgk sailormoon pkol 930
bdak2 dulu cm ad jam sdrk jek
tme kecik2 dlu pkol 9 mstih trbgn sdrk.
lpas stu episode sailormoon aq ngamok kat akak aq
sbb x kejutkn..haha
lpas abes sailormoon ad cite wedding peach plk
stok2 sailormoon.awek ad kuasa g lwn org jht
haha..maji sonok zaman dolu2
thanx la kery ngingatkn blk zaman dolu2 time tgah tensen exam nih..

lyla said...

huhu, sangat nostalgic..tak pasal2 terus recall time zaman kanak2 ribena dulu, pastu ade lagi 1 cite nih, big bad beetleborgs..cume cite dolu2 sangat mengujakan*ayat skema*best best!

ISZA said...

suka tgok crita kartun,
salah satu cara nak release tension,
kadang2 tgok ngan anak2,
bukan pe.. kena pantau gak,
ada je bab2 yang x betul,
kena bagibetul tanggapan mereka,
rumah ni anak punya siaran je selalu.. 611, 613, TV9.. huhuhu

shuko said...

haha..kreatif la ko..mcm org jepon dh..haha..tringt aku zmn kecik2..asal jumpe hari sbtu & ahad,muka aku je dpan tv..xingat dunia dh..

ardinihumaira said...

suker kat sailormoon, doreamon, dan tengok kelab disney malaysia masa zaman kanak2. siap hantar lukisan kartun2 ke tv3 weh... tapi tak pernah bertuah. haha...


skang, layan SHIN CHAN dengan maruko tahap kritikal. siap beli vcd dengan bantal gitew. keskeskes...

Ibu Ammar said...

aku layan semua kartun, weh jangan kau kutuk hero bawak bunga ros berduri, sebab aku suka gila part tu. hahahahaha!

ini q i L L said...

tuxedo mask bwk bunge tu macho gak ok. haha.

miss asyue said...

ade lagi satu cite katun tomatoman...snggup ponteng klas agama nak tgk tomatoman n buah buahan yg len..haha..:P

ddyana said...

pasni citer pasal flashman dan maskman..paling suka citer tuh...

Didi Nadhirah said...

suka sailormoon merah
tomato man pun best gak
paling suka layan flashman ngan maskman tyme petang2 sambil tunggu mak ayah balik keje

Anonymous said...

saya peminat power rangers sejak dari dulu lagik..:D

Qiha Aziz said...

memori betul semua ini :)

Unknown said...

argh, ini suma crita mengarut...hahaha...padahal aku la peminat no. 1 kat rumah aku masa kecik2 dulu(skang pun still bleh layan gak)...time waktu siaran...xda org bleh kacau...maklumlha time tu adik beradik xramai lg...xberebut la tv tu kan...menggamit kenangan entri hg zack

enyheartsdiamond said...

sayalah!sailor venus!!! :D

Rara said...

fulamak,aku punyela cari lagu tema sailormoon dari ary tuh g xjumpe2.maseh z!

cHiQuE CoMeL said...

erkkk seingat sy bukan "suria baja hitam" tp "kesatria baja hitam" :D

lg satu xde citer pasal gaban plak dlm entry nih... zaman zack gaban dah xde kot ekkk???

Ieqa Swetluv said...

sangat suka tengok sailormoon dolu2 hak3.. cardcaptor sakura x termasuk ke dalam ni??ngee

:-: LilacMessy :-: said...

wah.. respect lorh.. hengat erkk.. mmg besh lorh cite2 katun tuh.. sunggup weh bgon awal nk tgok.. ahaks..

:P

epalejau said...

yg epal igt, epal da book siap2 ranger kuning..nama dia Tanya. :) pink akak epal, dan itam abang epal. jiran epal kaler merah. biru pulak sepupu. tu diaaaa..lengkap semua! hakhak.

kalau ranger kuning beraksi, rasa macam bangga gile. padahal kau duduk depan tv je pelok lutut.haha..

--- tak penah tgok pun citer cybercops tu.apasal haa?

joegrimjow said...

ak dengar lagu salermon ni
trus xbaca da yg bawah2
haha

camne nak buat lagu kluar camni?
ajar2

cik beLLanan said...

rindu plak zaman dolu2.
ye je xtgk sailormoon..besh 2!hehehe
ape ek menatang y famly masked rider bela 2?comey je..;p

AMOI KUSUT said...

besh2!!
sume citew kartun tue aku tgk..
yg plg aku suka dragon balls..
tiap2 pagi, aku akn ngadap tv 2 sbb nk tgk..
hehehe..

k0 tgk tak cad captur sakura?
tue p0en besh gak!!!

farah si monster said...

kalau xtgk sailormoon, cmna ang taw plot dia weh??
hahaha ;D
siap lagu bagai ;))

Anonymous said...

naseb baek kau x kutuk2 ultraman. kalau x mmg nahas la kau,Zack! haha
kipassusahmati Ultraman nie.

dengan kuasa bulan, akan menghukummu!


aku taw Zack paling suka part sailormoon nk bertukar . sbb time tu sailormoon akan bogel bogelan. sila mengaku.

Aelfi said...

haha.lagu sailormoon mmacam haram.beat dram dah gempak sekali kantoii dol.

aku masih inginkan belalang tempur suria baja hitam.nasib takda jual.

chamn said...

wei dash yankuro aku suke sgt.. mmg addicted gile.. smpai rela xmkn kat skolah semata2 nk kumpul duit beli model kete TAMIYA punye.. hakhak.. mmg best ah~

Sarah Mohd Ritha said...

hahaha..
plg takleh lupa tyme lg sailormon mula2 niy...
semua adik beradik aku menari2 dpn tv...mcm gila....hahah..tp smpi skang buat mcm tu lg...bila tgk conan.huahua

Melz said...

siyes aku pernah menangis coz takdapat tengok dragon ball! wtfish

morriss said...

lu dah buat gua rindu zaman masa budak2 dulu... lu kena bertanggungjawab ni zack.. sebelum gua nanges.. hahaa

Anonymous said...

mse kecik2 dragon ball n sailormoon jela lyn.. skng shin chan! hohoho.. :P

*rase pelik lak dgr lagu sailormoon versi melayu!

imma.jayma.azima said...

tetibe t'igt blk aku ngn adik bradik lyn cite dragonball reramai ngn kazen mazen..
BEST WOOOO~~

kenangan oh kenangan!
[waiceh]

hafizahharuno said...

ANIME rulez the world.
tu jer yg aku nak ckp~

silent murmuring of mine..... said...

best entry ever!kuikui...kalo citer cartoon jer.....best entry ye cik itah?mmg psycho.....lalala.....


p/s- ye ke leyh sangkut hanger?pnh cube ker? :p

Unknown said...

kahkahkah
aku style awek ko
cite katun kt wayang sme nak tgk
heheheheh

. said...

O damn rindu glyer zaman tu!!!!

Ultraman tak tengok?

Unknown said...

Salam :)
Yeah..zaman itu sangat besh!
er..kantoi tgk Salormoon!

♥♥Sew.It.Art♥♥ said...

waaa..hebat giler ingatan ang z@ck..siap pukul abpe sume igt..btw, sume katun2 yg ang sebut neh aku lyn..mmg besh..tingat zaman knk2 dahulu kala..

p/s:aku pn cop power rangers pink, si kimberly tu..hakhahak..1more thing, aku suke sailormoon oke..agaaga~

nabiha said...

doraemon , sinchan xnak masuk ke? feveret tuh.. hik2

XIX Dragunov said...

haha..ak minat sume, tp yg highlight, tomatoman ngan cybercop la.. dragonball sume tuh mmg sume org suke..wakakaka...

HEMY said...

aku ingat sume yg dlm entri ni...fuh..flashman...meriam katakkk!!!!

Nurul Aina Adnan said...

tomato man jgn lupe...aku suke cte tuh...haha..

Mysara Newrie said...

Walaweh! Sailormoon aku layan skit2 jer. hehe. Tpi yg pling aku suke Power Rangers ar. Adik aku lg best! Mintak beli PR punyer seluar dalam. Cyebercops pun layan gak ckit2. Haha. Haih ~ Nak tengok kartun lagik!

ini blog wirdah said...

power ranger merah tetap dihatiku.weee~

Nand Nasyari said...

haha..lawak ouh lgu sialormoon tu.. ;D

aBoi said...

Sume katun yang ko sebut tu aku layan..

Cybercops dengan Power Rangers layan abehh..

dulu slalu gak layang Keroro...katak ijau tu..hehe

jajarina said...

ala, np tak tengok sailormoon?? rugi jek.. hehe
sailormoon, slamdunk, dragon ball, mmg best.. hehehe

k said...

kamu ni kelakar la...
hahahahahahha.....
time tgh tensen suke bace blog kamu...
mesti gelak nyer!
anyway..
gud luck!

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...semua kartun yang awak nyatakan tu akak tengok.....satu lagi awak tak masukkan.....miss comet....mioro attack....sailormoon akak tak tengok akak baca komik saja....paling suka mask rider...maskman...altraman....suria perkasa hitam...banyak lagi la...

Unknown said...

suria baja hitam ker? bukan satria baja hitam ker? ker? ker?

suke citer nih sbb msa tu hero dia hensem. haha. nie ikut pendapat masa kanak-kanak la. tak macam cerite gaban. tak hensem pon. pastu lagu penutup dia best :D

aemy said...

ang lupa 1 citer..,
tomatoman.. aku fanatic giler citer ni dulu..
haha
citer ni dlu pkl 5 x silap aku..

Syima Syaz said...

power rangers saya suka hijau sbb dia hensem!

NADIA said...

i command u to destroy the power rangers!! :D

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Mat...lu tengok sailormoon ke...x boleh bla..

FaTiN said...

tipu x tengok sailormoon.kekeke. describe baik punya detail tadi.siap ada lagu tema lagi.haha=p

Anna Boleyn said...

oit2..jangan nak kutuk2 sailormoon k. itu kartun faveret siap angan2 nak jadi macam mereka lagi. hakhak. itu masa kecik2 lah.

jap nak ingat balik ada sailormoon, sailorjupiter, sailormars, sailorvenus, lagi satu hape ntah. ohho~rindu plak tetib nak tengok kartun tu. hehe

cite maskedrider layan gak.

Nurrain Elfrisha said...

Ske cybercOps je!dpd tu ai de trigt nme katun ni..lpe..igt cOps je..thx la..kre dh igtkn la ni..=)

SweetyMui2 said...

suka sailormoon!
xsuka upun ipin
suka power rangers!
xsuka kamen rider

hehe

TinaSofea said...

HAHAHHAAHAH..ABG SY DA TGK SUME EWK~??HAHAHHAHA..NICEEEEEE

hanumHae said...

dlm semua katun ko snarai kat cni zack, aku xpenah tgk sailormoon..hahaha ;p

tingat dlu zaman kecik2 cepat2 laju2 berlari ngn adik nk balik umah pas abes klas agama sbb nak tgk katun tomatoman..!sgt comellah!!hik hik ;p

joegrimjow said...

bro
komen video yg aku buat
hehe
;)

Nurul Huda Rahim said...

tak suka katun. tak logik. tp lg menyampah cerita manusia yg berlakon tp katun. katun at least kita taw dia katun. bkn manusia. eh faham ke? ah. apa-apa je lah. haha.

acap de souza said...

flashman ngan maskman tak tgok ke?

Neyra Shazeyra said...

go go power rangers

aku Zaty said...

rindu katun dragon ball!=p
skunk katun dah byk xbest.. T____T

Kamil Kahar said...

woi zack...aku suke cite kamen rider...yg ko cite 2 pasal kamen rider black...apsal x cite pasal kamen rider black rx...

haha...papepn aku mmg fan hard die kamen rider...smpi skrg aku tgk...

lpas zaman old skul...muncul zaman heisei lak: start tahun 2000-2010

kamen rider kuuga 2000
kamen rider agito 2001
kamen rider ryuki 2002
kamen rider faiz 2003
kamen rider blade 2004
kamen rider hibiki 2005
kamen rider kabuto 2006
kamen rider den-o 2007
kamen rider kiva 2008
kamen rider decade 2009
kamen rider double 2010

haha...terer x aku...ingt sume kamen rider yg ada...

Pojiepooh Abdullah said...

Hahahaha..
Xbleh blah siot entri kali ni..
Mengimbau memori kanak²..
Sumer best la, power la..
Dah tua² bangka nih baru realize, mengarot sgt kan!

Penjenayah Bahasa said...

ninja turtle xde ker?? uja dolu siap beli set pinggan,cawan sudu siri ninja turtle ag..hahahaha...skunk cme lyn katon anime jer laa...katon len kureng ckit..huhuhu

Miss Sweet Tooth said...

eleh.. x tgk konon citer sailormoon... tp tau aje detail citer tue....
hahahaha

Jongkang dan Jongket(^_^) said...

bro cara awak phrase ayat sailormoon tu.. mcm real je.. maca selalu tgk je... terbaekk!!!ahahahha

Anonymous said...

salam..
ni first time saya bka awak pnya blog..sgt menarik awak pnya entry..selalu ada je idea utk create..dlm byk2 entry awak saya paling ska yg ni..hahaha..leh ckp semua cartoon 2 saya tgk..paling ska cybercop..smpai ayah saya xberani nk tukar channel kalo time 2 saya tgh menonton..pas2 lg satu saya ska dragon ball..mmg xprnh miss kot..saya sggp ponteng tuisyen sbb nk tgk dragon ball..hahaha..

dzarhuzaifa said...

suria baja itam mmg power...hakhak

dan paling aku suka crita gaban..ngee

Anonymous said...

perghh...igt lagi ke katun2 tu sume...wa tabik spring la sama lu...terel la hang...mst mnat gilerr ngn katun2 tu kan..

Anonymous said...

mana cite gaban sob3 =((

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

haha igt lg sbijik2..xleh blah

brat2104 said...

ko lupa gaban!

Atiqah Almy said...

dash yankurou...hahaha..best gile citer tu..dulu2 kn pakai tape..tak pakai cd lagi...sanggup beli tape setiap episode citer tu...tambah siap beli kete dash yankuro..pasang sendiri..sume sbb pengaruh abg2 aku...ahaha

shah said...

Shah Arif: bagus la ang zack.... kisah ko ni lebey kurang sama je ngan aku.... aku still ingat kartun2 dlu tu.... . teruskan zack... I follow....

e d a y u a t e h said...

zack..asal sumer katun jepun jek? sebab duk kat jepun ek? mane pegi usop santorian? along? yokkies? fruities? anak-anak sidek? and banyak lagi citer katun melayu..tak minat eh? hahaha

sYaFaRiNa said...

sume katun zmn ak ni.... sgt best... sbut dash yankurou igt lg ak tergedik2 pg crik kete yg bdk pompuan tu pnya apetah nama nye dancing doll... crik smpai ke ipoh, tp last2 kt tepeng gak ak jmpa...

Anonymous said...

haaha...zaman2 giler katon dulu..
idup katon
sampeai owg kta aku katon..apa2 ja la

U'mi Nona Amar navi said...

bahahahaha
salam..
baru je jd stalker kat blog ko ni..
ei
gamba power rangers ko x masok yang ijau.tommy..aku admire die..zasssssss..
sume katon ko tulis aku layan, kecuali dragon ballz, aku bace komik die je..

ohhh..skang aku masih layan katon walaupon da kawen n tua sangat bangke..

kat jepon One piece da episode bape? penat aku tunggu 2 tahun semate2 nak collect episode die banyak2..ni baru 400++ episode kat malaysia..apekehe lambat menauuu...
komik die da jauh daa..eikhhhhhhh....

ijatnuar87 said...

heheheh..ambe br jek join blog ni...mmg entry menarik la,yg pling menarik skali ofkos la entry ni...sumer2 citer tu mmg feberet la...xcept citer sailormoon la,juz minat tuxedo mask jek,hehehhe...power renjes tu smpai leni ambe minat lagi,hehehe...layan smpai tua...citer flashman, maskman pom peberet,still mencari2 lagi,saper ader episod dier ek,huhuhu

Anonymous said...

tomatoman pun bes..

sArA said...

semua katun diatas sngt2 dilayan
tggu dpn tV on the dot :D

Sailormoon ahad 9pg
Dragon ballz ahad 930pg
power rangers sabtu 5ptg
Cybercorp sabtu 12 tenga hari :D

lia said...

encik abg..haha
eh..bkn kol 9 n 9.30 ke cite drgonball dgn sailormoon?
haha..nyway..siyes..dulu2 punye weekend dari pkol 9 smpi lew 12 nuh mmg tcongok dpn tv xgerak2..huu
skang neyh weekend 9-12 wktu memanjekan mate je..hahah

wani said...

besh lau sal bab cite zaman dulu~~~
suka power ranggers kaler putih~~ xtawla zaman y mn~~ tp suka~~ lupe da nama dy~~ ciap ad cd ag y power rngers tu~~ hihi~~~

Miss Mirano!! said...

wahaha.... sme2.. cme tmbh lagi satu je peberet aq... barney n friends!!! haha..

Hawa86 said...

klu dulu msa kecik2, masi kat skola rndh, saya suka tengok sailrmoon... n watak yg paling saya minat sekali sailor mercury...heheh...bijak... kat mna2 pun bwa buku...
sekarang pun masi suka tengok kartun...naruto....best giler...

Anonymous said...

Enchanted....sya suka,ada lagu..lagu dia pon sya hafal gak..ehehe..sailormoon,mmg minat sgt2...sya suka yg kaler hijau tu..Makoto @ sailor jupiter..kat skolah kitorg da gak main2 cm sailormoon nih..wah,mmg besh r zaman dulu2 nih..power rangers yg dulu2 pon sya layan gak dgn adik2..abis je cta tu,sibuk r kitorg nk lawan cam power rangers tu gak..hahaha...skrg katon yg sya minat shin chan n spongebob..tu yg sya paling minat..

hazz said...

wagh..lme x tgk citer katun dolu-dolu..huhu..sumer citer2 di ats ku tgk,xcept cybercops tue..
tiap2 sabtu ahad mmg bangun awal punyer sbb nak tgk citer2 katun tue..straight dri pagi sampai tengah hari..dri kol 8 smpai kol 1...klo terbangun lmbt,mmg frust x hingat nyer..sedeyh dowh..
katun laen yg bez mse zaman dulu kala nie, Dr.Slump,Card Captor Sakura,pe lgi yer..klo katun melayu,de silat lagenda,usop santorian,n ade 1 citer telur,x igt dah tajuk die..
katun melayu pling bez waktu tue Silat Lagenda ar..teringin nak tgk..hukhuhkhuk

battrique^sya' said...

kuat gak memory hang ni dik ekk.. tapi seingat akak la kan, mighty morphin power rangers tu dah terkemudian punye batch, ada batch yg laaaaaaaaaaaagi awal, tapi kaler same gak la, kalo s xsilap la.. k blaja kt jepun kan? jgn kutuk otoman tau, habih ko kono buang U nanti.. hehee... org sana penyokong kuat otoman tuuu..

battrique^sya' said...

moero attak---- "sommersoult berpusing!!" heheeehh...

tapi kan dragon ball tu kn, mk akak slalu mrh time kitorg tgk katun pasal time tu patut2 kitorg menyapu laman, tp yg x puas ati lepas2 tu mk akak pulak yg layan, kalo die miss bley tanye lagi, "goku cm ne? fliza dh mati ke?" mcm2 la pulak....

ezma said...

kehkeh... aku rase dah berpuluh kali dah aku bace blog ko dan entry ko yg ni... asal bace je aku gelak sorang sorang. asal bace je gelak.. kehkeh. Part yg sailormoon beraksi yg tak leh tahan gelak tu.. hahaha...
ko memang blogger pilihan aku la wei. tak sia sia aku bace blog ko. haha..

Nor Hafiza Baharudin said...

ske giLos cite saiLormon tu....
ade skali tu dah blaja kat poli dah rasenye....dpn mmbr2 ni, cdg nye nk nyanyi algu erra...

dgn penuh penghayatan ni....
Tiba2 kejaiban terjadi...
kekuatan muncul di diri...

pergh!!!kene gelak sakan dgn mmbr2 sbb deorg pon tgk saiLormon gak dulu2..terpadam dah cite2 nk jd penyanyi tros...

sebenarnye lirik yang betul...
tiba2 kulihat sikapmu tak seperti dulu....ah,cenggitu le....

argh...best x hingat katun duLu2..

Nor Hafiza Baharudin said...
This comment has been removed by the author.
emey said...

weh! ko lahir 1986 ek? aku pon, patut la cite2 klasik zaman budak2 tu lebih kuang cam cite aku! adeh, mengimbau zaman muda remaja betul la time baca blog ko nih! layan betoi! haha!

CN said...

Aq igt lg ktun2 ni..wlpn time 2 aq bru drjah 1...bdk2 lg..hehe yg plg aq igt wtak majumia,maitibu,fliza ngn popo dlm dragon ball..aq igt sgt,bb kmi dlu siap pggl nma gelaran cm2..hak3!!ps2 sailormoon...ska texudo bertopeng..smart2!!!wlpn gya ja lbh...tp dia cool apa!hahaha

anis said...

saya sudah tentunye sailormoon tu..hehe..siap nak buat rambut depan macam tu,yang belakang tu x leh,nanti berkutu mak kate..ahaks..paling tak suke batman..nyampah..hitam je,gelap je.macam orang nak tido

ImaNajwa17 said...

bukan chicky hour ke? Saya pun dulu layan Sailormoon ngan Power Rangers. Memang terbaik! Sekarang? Entah hape-hape punya kartun -_-'

megumiChan❤ said...

Skarang ni dah ada BoBoiBoy !

Anonymous said...

salam zack, kesatria baja hitam lah zack...

Unknown said...

Salam...saya suke satu kartun ni dlu..tapi lupe tajuk...kartun nii dia gune cermin bedak kompek ajaib tok tukar dia...sape ingat?tolong bgi tahu tjuk..tringin nk tgk blik

Unknown said...

Secret of akko chan

Unknown said...

grander musashi dulu pukul brapa...sya nak thu lpas grander musashi... karton ape

Related Posts with Thumbnails