Fashion jepon

Semenjak, dua menjak ni idop aku agak kucar-kacir skit. Kepala semak dengan macam-macam masalah duniawi. Banyak bende nak kene setelkan dalam masa yang terdekat. Jepon ni leceh sikit. Ops. Silap! Leceh banyak.

Bebudak da start cuti musim bunga. Dengar citer, junior 1st year ramai yang da balik Malaysia bercuti. Maklum la, cuti panjang. Kalau ikut kalender cuti yang pihak universiti bagi awal semester dulu, cuti kali ni sebulan lebih jugak lamanya. Ikut ati, mau je aku balik sama, tapi nak buat macam mana? Keje banyak tak setel. Housemate ajak pindah rumah baru sebab rumah aku duduk skarang ni banyak problem! Paip gas bocor la, lantai dapor kopak la, jiran memekak la... macam-macam hal.

Ni nak carik part-time job pon satu bala gak. Semuanye nak kan pengesahan pihak universiti. Entah hapa-hapa. Kalau kat Malaysia, ang nak carik part time job punye la senang. Datang je stesen minyak memana, tanya je "bang, ada keje kosong tak?". Esok lusa da boleh masuk keje. Setel. Tak payah nak pakai cop tandatangan lecturer sumer-sumer.

*************************

Pada kengkawan kat blog, aku mintak maaf siang-siang kalau-kalau ada soalan ang yang tak sempat aku jawab. Bukan apa, tak terkejar dek masa. Malam tadi baru dapat rilek-rilek sikit layan movie citer indonesia, "Merantau".

Boleh tahan ar citer die. Lebih kurang macam citer Ong-Bak. Gaduh-gaduh punye cerita. Tapi plot die longgar ah. Harap awek je cun. Housemate aku lagi tak guna. Awal-awal tengok punye la semangat. Masuk setengah jam cerita, aku tengok die da berdengkur. Cilake. Memang tak boleh bawak berunding !
So, memandang kan aku free kejap ni, aku ingat nak conteng-conteng skit ah. Itu ari ada sape ntah suruh aku tulis pasal dunia fashion kat jepon. Aduhai... Aku bab-bab fashion ni aku out sikit la. Tapi aku try tulis apa yang aku tau k?

*******************************

Aku mulakan dari zaman tadika kanak-kanak jepon. Ok, kalau ang ingat-ingat balik masa zaman kite kanak-kanak kat Malaysia dulu, bile masuk tadika, kan ada uniform masing2? Macam aku kekecik dulu, uniform taska ABIM masa tu kaler ijau muda kalau tak silap.. Kalau bebudak tadika KEMAS plak, uniform die kaler biru. Pendek kata, lain skolah, lain uniformnya. 

Bebudak jepon plak simple je. Topi dengan beg. Tu jer yang nampak ketara menunjukkan diorg tu bebudak preschool.


Kalau ang slalu tengok citer shin chan, perasan tak ada beg macam ni? Ha, beg ni memang khas dicipta untuk bebudak skolah kat jepon. Harga die mahal. Aku try usha dalam internet, harga die ada yang cecah 300 US dollar. Kulit die tebal dan keras, memang dicipta supaya tahan lasak sebab beg ni akan diguna sepanjang 6 tahun zaman skolah rendah tu.

 

Sistem pembelajaran pra-persekolahan diorang sangat menarik. Kalau ang jalan-jalan kat jepon, kadang-kadang boleh nampak sekumpulan kanak-kanak jepon dengan topi yang comel, jalan berpegangan tangan sambil dipimpin oleh beberapa org cikgu. Dalam bahasa jepon, dipanggil "ensoku" maksudnya lebih kurang macam "field trip". Masa ni, diorang akan diwajibkan pakai topi yang kaler terang supaya cikgu senang nak detect kekalau ada budak yang ilang/tercicir.

Aku rasa cara pembelajaran macam ni bagus untuk bebudak yang masih "hijau". Kadang-kadang boleh nampak macam mana cikgu diorang ajar cara melintas jalan, cara greet/ucap selamat kat orang tua, dan macam-macam lagi. Maklum la...bebudak kan senang tangkap benda yang die nampak? Aku rasa maybe Malaysia pon patut buat macam ni... Aku perhatikan cikgu tadika kat Malaysia asyik-asyik ajar bebudak mewarna, menyanyi dan melompat (senaman) je. Paling advance pon ajar baca doa makan. Cuba la sekali skala bawak bebudak jalan-jalan? 

*****************************

Ok, kite masuk bab skolah menengah plak. Bile masuk skolah menengah, setiap skolah ada uniform masing-masing. Tapi yang pastinya uniform diorang sangat cool ok? 1st, kite usha dulu fashion yang disenaraikan dalam top-rated-seifuku (uniform) bagi tahun 2008 kalau tak silap.

Photobucket

Aku suke yang nombor 3 dari kiri. Eceh! 

Bebudak pempuan memang cantik-cantik uniform diorang. Tapi bile masuk part mini-skirt tu, ada cerita sikit. Macam mana nak cakap ek? Ok, macam ni... Dulu, dari apa yang aku dengar, bebudak pempuan skolah mnengah ni, diorang macam ada satu trend tau. Siapa yang pakai mini-skirt paling pendek, die la yang paling cool dan berani. Ha, lebih kurang macam tu la. Tapi tak semua tempat yang ikut fahaman ni. Biasanye bebudak bandar je. Dan, ada pihak skolah yang benarkan pakai skirt pendek-pendek, dan ada pulak yang tak benarkan. Depends pada skolah.

 

Dalam satu survey yang dibuat, diorang ada ranking kan senarai mini-skirt yang terpendek mengikut kawasan/tempat. Ok, macam yang ang tengok dalam gambar atas ni. Bebudak pempuan highscool kat Tokyo dapat ranking pertama yang mana purata panjang skirt diorang 16.7 cm dari paras lutut. Biasa la, bebudak bandar. Kire kalau kat Malaysia tu, ang tengok la fashion bebudak KL, kan macam sedikit advance gitu? Hehe.




Bagi bebudak laki pulak, fashion uniform diorang lebih kurang sama macam kat Korea. Memang smart! Tak tipu punye. Tapi kat Malaysia tak boleh nak buat macam ni. Masuk time rehat, mau berbau satu kelas! berpeluh ketiak! paling tidak tak cukup sobotol Rexona nak cover. Al maklum laa.. Malaysia kan panas?

 

Bile sebut pasal fashion bebudak lelaki ni, aku nak habaq skit ah. Aku perhatikan bebudak pempuan Melayu ari ni ramai betul yang fanatik ngan artis-artis lelaki jepon ngan korea. Pasai pa ek? Pelik tengok taste ang ni. Hehe. Sorry to say la kan...tapi ni pendapat aku. Ang tak rasa macam diorang tu jambu sangat ke? Kadang-kadang aku sendiri pon naik confuse nak bezakan laki ke pempuan. Sebab muke memasing lebih kurang je...

Maybe sebab ang tengok diorang berlakon macam cool je kan? Hehe. Silap besaq ah wei! Kalau ang dok jepon ni, ang tau la macam mana kesotongan mereka. Dalam drama je berlakon letap-letop! Konon-konon die la hero paling cool. Bertumbok tak nak kalah punye. Tapi bile belakang scene, menari macam bapok. Ha-ha. Sukati ang ler...

Tapi kalau la aku jadi pempuan kan... KALAU la ek?

Kalau aku laa, aku prefer laki yang betul-betul 'pure' punye!




Ini macam baru la 'jantan' ! Memang takde ciri-ciri yang menampakkan yang die tu pempuan. Kalau ang baca novel-novel inggeris pon, diorang describe lelaki yang macho macam mana? "Dark, tall and handsome" kan? Mana ada istilah lelaki putih-putih ni? Jambu weyh! Hakhak! Jadi laki, biar gelap skit takpe.

Eh! Lari topik plak. 

******************************

Ok la, cukup dulu kot. Nanti tulis lagi. Sekian.




p/s : Thanks pada yang sudi follow blog budak sewel ini. Ang memang terbaik! Heh!




98 comments:

oReNdeViL'89 said...

eit!!!!!!!!!!! mna da jambu! drama jer pown..hang x mgenal perasaan mpuan la bro XD
ak nk p korea, jepon xnak sbb da c zack..hampehh! XD kah3

luvly mya said...

haha..certain2 tue memang jambu terlebey..xlayan sangat jugak..hehe

dark,tal and handsome?hehe..like it=)

hUziRa aYieRa said...

johnny depp ka tu?
isk²...i like!!! hahaha...

Miss Lula said...

setujuuu sangat.. x gemar dgn lelaki jambu2 ni. manggis okay. haha.. (:

Ariff Shah said...

thanks sebab ngaku sewel. agagagagagaga...

Jangan kecik ati lak. Tak macho! Aku gurau je.

zinnia-lyana said...

kokousei area kansai pakai skirt skirt labuh paras lutut/bawah lutut sebab ohime pose datte. ;)sbb tu tak hyogo/osaka tak sesingkat tokyo

-misz*meza- said...

uuu.
johnny depp~~ ;D

ezany said...

besh la ko ek.. mini skirt tu.. hahaha..

FANA FARHANA said...

ouh.
anda telah bg idea yg bernas.
lepas nie nk usul kan cadangan bawak budak budak tadika jalan..
:)

leEya said...

janganlah yang jambu sangat,,nanti terlebey manje pulak dari gurlz..wuhuu..suke yang sedang2,,jambu sikit,,macho banyak sikit ^^

bunga said...

aku minat laki korea weh. kalo tgk lama2 boleh pitam. haha

zack zukhairi said...

@zinnia-lyana : ah! そうなの? patut la.. aku pon pelik gak bile tengok result tu sebab rasanya Osaka pon tahap bandar maju gak tu. "ohime pose" kaa... arigatou! :)

anyway, banyak sangat2 benda yang aku terlepas pandang lagi ni. Belum masuk part fashion stoking, fashion gantung key-chain teady bear kat wallet, banyak lagi! hehe.

AFIQah said...

weyh, jgn ckp gitu, akanishi jin x jambu aihh.

x caya try gi intai sket kt Johnny's Entertainment tu.
pastu tlg snap gmbar dye ok? :D

Jijahh @ f.k said...

memang smart mamat pirate of the C'n tu....

menarik .. menarik .. (bila laa jijah nak sampai jepun nii)

nabil said...

ak nak beli beg shin chan gak la..heheh

Cieri said...

ko 3nensei ke skang? aku ingat kan ko dah nak balik dah.

ari ari tengok budak jepun pkai seifuku beb! kosen kena pakai seifuku lagi~

if only peminat2 fanatik tahu yang budak jepun xmandi pagi n busuk xhengat....
aku sangat anti duduk sebelah dak laki esp time summer.nak nak lepas lunchtime.

^^pWiNcEsS sYaQeErA^^ said...

aku xsuke laki putih..jambu arhh..
dan juge bukan mat saleh..
aku suke yg muke pure melayu..
dark is handsome okeyh..barulah nmpk gagah perkasa..ecehwah~

nand nasyari said...

agakla..mule2 tgk cm comel..
tgk kali kedua cm pondan pon ade gak..
hahahah ;P

fecca said...

wahahahahahaha~

superbbb suke watak nakatsu shuichi dalam Hanazakari no kimitachi he!!!

heavennn~~

;))

Fika said...

oh sumpa bace entry zack nih buat aku rase nk terbang jepon skang! haha xD


jepon mmg best ah. tp pasal part laki tu, ak rase mmt korea tak sumeny jambu! ad yang btol2 macho beb. haha

Emora Valeria said...

tak kesah la jambu ke tak,janji rambut mantap. =p
hey johnny depp,sudikah dikau ke sini untuk menemani diriku.huhu
kalau baju sekolah jadi fashion sekrang kan best.

budak psiko said...

ikot survey bdk2 U mesia yg giler batak kt mamat jepon/korea, mmg sbb actor tu jambu.. dorg tak ske yg itam manis sbb kt mesia nih berlambak!! wakakaka.. guys, jgn marah haa..

rusyda latif said...

nak pakai skirt gi skolah jugak...
oops..tak skolah dah..

kurogane_reyz said...

senang nk cakap~ memang majoriti yg ang ckap tu btol zack~ nampak jer macho tapi jambu~ ahaha~

AyuE said...

aku suka korea,jepon kureng sket...huhu ala suka gitu2 ja kwin nnt tetap kena cri org melayu jgk klu xmaw kena katok ngn mak pak...haha

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

dalam novel omputih je describe camtu. but the reality, mane ade omputih tu kulit tahap darkkkkk? paling busuk pun sawo matang je kot. tu pun pas berjemur kat pantai. hehe..

virulent lolita tan benihime said...

hotness

Hanafana said...

Memang student kat Jepun hot and lawa!!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Like :)

FaTiN said...

kenapa depa dalam tv nampak bergaya dan macho? nampaknya aku tertipu dgn ke-macho-an mereka

-N e Y r A- said...

malas nak komen apa. aku suka cerita Hanazakari no kimitachi. itu je. ahha

aNis aMirAh said...

sokong zack 100%!
kita sama selera.
ahahahah.
takde la sama selera,
tp sama pendapat bab laki yg sepatutnya menjadi idaman perempuan ni.

Alyssa Villamor said...

johnny depp!!memang laki yg macho n pelakon yg berbakat sgt2 ;)

maisyara Pot! Pot! said...

cerita tu mmg ade ala2 cerita ong bak. hurm.. rmai kate tiru.. dunno lerr.. jnji lyn.

*jepun jambu, korea pun jmbu.. tk ada yg jmbu ke? penat ler asyk tgk muke jmbu..

cik bunbun said...

hahaha.. betol menjawab persoalan jambu sejak semalam. erk.. bunbun tak miant korea jepon ehh..

haha.. lelaki melayu?? hmmm.. zack?

iedaLUVsham said...

fashion bebudak pompuan jepun memang comel tapi kalo yg lelaki tuh, kalo bab rambut yg aku getik, tak kenan bebeno ngan rambut selebet gitwe, eheheh!! botak lah seksi, wakaka!! ;p

LORD ZARA 札拉 said...

statement sumpah tak bleh blah zack~

hahaha~

aku suka aktor2 nya sahaj~

betul~

hehehe~

~kuyam~ said...

owh yeke dunia sbnr diorg sotong amat?
aiyaaaa~

ila-ali said...

suka ngan beg merah utk budak sekolah rendah tu...boleh pakai sampai 6 tahun?? tak beratke?

mysara newrie said...

Haha. Betul weh! AKu heran jugak asal lah ramai betul minat dgn budak2 laki jepun n korea. aku minat edward cullen weh! hehe

Mimpi said...

Nak buat camne...budak2 skarang bnyk membesar ngan movie2/drama2 ni.

Orang dulu2 besar ngan ngaji Al-Quran je.

Ery Farieha said...

hahaha
aku xla minat sgt depa ni
mmg btl ckp hang
jambuuuu sgt.
tall & handsome aku ske. tp dark? erkk. xley ckp lebey. hihihih

Nurrain Elfrisha said...

ZACK, Takeshi Kaneshiro xjambu.=)

izzad b* said...

mahalnyer beg 2,
sokong dgn pendapat kamu, cikgu2 tadika nie cubelah sekali sekala bawak bbdk jln2, bru bdk2 btamb pandai, tol x?hahaha
btw nice blog

joegrimjow said...

banyak idea boleh dapat ni nak update dengan baca cite atas
ahaaa

nak buat jugak ;)

Weeda said...

ahh..walau ape pun ang kutuk laki jepun ak tetap gk minat cite jepun..ahaha..best dowh cuci mata tgk artis jambu..haha..tp jambu2 ni bukan taste aku..macam yang ang ckp..tall,dark,hensem..ahah

zack, adik aku balik msia nnt..bley la ang nk tumpang duk dlm beg~

Fatul Akrul Ramli said...

haha.. beg sin chan

farwalis said...

jadi laki, biar gelap sikit takpe.


aku suka! heheh. sebab aku tak putih. coklat

Zahidah said...

haha aku minat laki korea! tetap di hati~

einz_momoe said...

hah3..tol kot..jepon nye guys tlebih jambu ah..x besh..gik satu cepat sgt nk nangih.rimas tol cm nyah je..

tp klo ak, x itam pon x pe, jnji nmpak muke bersih..n meti ade muscle sket..heh3..br tao die gagah pkasa ke x..huh3

Edriena Hazelina said...

saye suke tengok drama jepun.
sebab cite dorang nie ade lawak2 ckit.
xmacam korea.
tapi xsuke lelaki jepun.
sebab betul cakap awak. jambuuu...
cukup2 ah my lover tu asyik g sn.
jangan die pon jadik jambuuu..
haru saye nanti. hehe..

hans said...

aku suka baju diorang
menyerlahkan kekacakan
tapi memang pelik la kalau buat dkt malaysia
tambah2 musim skrg
panas nak mampus

ムゾンケ光 said...

hohho.. masing masing ade minat masing2 kot... ade yang kata itam legam tu hensem, ade yg kate putih melepak tu hensem.. Ciptaan Allah pn kan sume tu.

-bukan memuja hanya memuji-

Owh.. belajar kat Jepun? best nye.. Teringin nak terbang ke sana n tau sendiri REALITI orang Jepun ni camne ( asyik dok tgk drama je ...! )

NuRul said...

beg merah tu sgt comel!!!!belikan sy satu!! hehehe mmg mavelouslah style jepun nih

|arieza| said...

alamak johnny depp!!! jiwa tergundah sebentar! betul betul! x suke lelaki fashion jepun or korea.. terlalu jambu.. huuh rasa terancam plak klu bjln sblh bf, bf nmpk lg jambu dr kita.. hahahah

Nurul said...

bet0l2... pandngan kite lain2 terhadap seseorg tu... tpi wt pe pndg rupe jer encem, tpi hati tu x seencem mane pn... yg pnting hatinya luhur.. ada ke kt dunia ni skng... hmm... hehehe

farhana said...

beg budak tadika 2 mmng comel dn nampak berat :P

XIX Dragunov said...

hak3...ak rse, ak tau sbb pe ko suke yg tiga dari kiri 2, sbb skirt die yg paling pendek... kn? miahahaha

Mariam Badidu said...

reminds me of sailormoon!

syaira said...

macam kostum sailormoon!!!
kalau x aurat,memang aku akan pakai camtue!!!
hehehehe

kummentlaa entri bru sy gak ekk~
^____^ heeee~

wartawanskandal said...

hah blog ko memang best la..hari2 aku bc,xjemu.smpai dah khtam.follow blog aku lak k.anyway aku sllu amik kata2 hikmah dlam blog ko.okay

wartawanskandal said...

hah blog ko memang best la..hari2 aku bc,xjemu.smpai dah khtam.follow blog aku lak k.anyway aku sllu amik kata2 hikmah dlam blog ko.okay

balqis ♥ music said...

artis jepon/korea mmg jambu ke diorg tepek lotion ntahapeape tu?

sbb lom penah nmpak org korea/jepon ni ade jerawat.

Miss Marquis said...

Fuh padat betul post ni.
Tapi serious best sebab byk benda yg MM tak tawu.
Hahaha laki-laki kat sanan memang jambu rupanya. Hahahahah.

monica said...

gadis jepun cantik2 cute2..hehehehe..:D

ieQa sWetLuv said...

wahh sgt setuju dgn pendapat zack.. ika pown pelik asai r taste diorg suke bebeno lelaki jepun/korea ni.. pelik2.. taste kite samela..jgn rebut wokey!!! (APAKAH??!! ;p)

Faten Hannani said...

cantik uniform dorang kan. hurm ape kata lps ni zack post blog pasal kebersihan orang jepun. kita pon tahu orang jepun die pembersih orangnye. so why not zack share dgn ktorg pasal topik ni. at least ble sedarkan orang kita. hehe!

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Baju sekolah kat jepun smart...

whisperingmoment said...

haha seyes aku terasa..diorg mmg jambu la..tetibe jadik suke giler kat boy2 korea n jepon nih..tp naseb baek le my boy xgtu..if jambu gak satu hal nak jaga hahaha

~shashu~ said...

kalo budak2 malaysia mane leh lki beg sama jer. haha. mesti ade yg nak bawak beg lain. haha. keseragaman kat sane mcm 'scary' jerh. but then, bagus r system dia, latih budak2 tgk 'dunia'..

~~!![m][[y][a]!!~~ said...

zack....kalo 189 yen...lam rm brp?

zack zukhairi said...

dalam 7 ringgit malaysia.

^ ZuMaWaMBa ^ said...

pas bc entry ni tibe2 plak rs tanak ngaku minat laki korea!
ahahahaa :D

beLLa said...

comeyla uniform dye.tp memang xseswaipun wat kt mlysia cmni..
my sis ske gler ngn mat2 jambu nih.
kdg2 terikot gak..hehehe

::iniainithemovie::: said...

kat skola org kan, bdk2 ni mcm dah gler mamat korea dah..
naseb baek den ade pendinding, kalau tak dah lama jadik mcm diorg.ngeee
tapi ensem jugak diorg ekh? haha

~~!![m][[y][a]!!~~ said...

¥189.00..kalo die tules cm nyh???

lieya orange M.I. said...

...tak minat la laki putih2 ni...tak macho...=p
...betul tu, kadang2 tak tahu laki ker perempuan...ngee

kurosagi said...

ang xtengok teppei koike...muke mmg jambu, tapi body tough...suare pon bes....hahaha...ak bagi ko 滝沢秀明, msti ko nak, kan ??

Mohd Shahrul Hafizi said...

Like :)

shapikapikabon said...

eh.laen macam je puji artis sejantina ni.

p.s : uhuk2. :P

Kaseh Esmiralda said...

Weh~ selamba je kutuk. diorang muka je jambu tp body tough pe... sore best. lakon pon mantop...

Tak duli... aku tetap ske artis Jepon Korea... hahaha~

Fatin Al-Rajeh said...

yeahhh.. !!!! Johnny Depp.. like like like

kurosagi said...

lain orang lain taste kot...mane boleh semua org suke johnny depp...klu semua org suke johnny depp, yg muke jambu xde sape nk kahwin....

nursarah said...

yes, beg skola tu harga rm1000. tapi memang tahan la. anak pakcik aku skola kat jepun. (bini die minah jepun).

amalina said...

hahahahaha. tebaik ahh. terasa dowh part minat lelaki korea jepun yg jambu. kahkahkah.

lekir said...

zack, aku cop gambar yang bawah 2 dari kanan. tweettt.. tweett.. tu aku punya..

حوريات الجنة...Heavenly maidens said...

aiseyh... sesekali aq nmpk..ang pun ade jmbunye..agagaga

budakbaikgiler said...

papepun dressup awek2 jepon mmg sempoi..haha..mcm nk sek kat sane plak..hahaha

amal_fc1303 said...

sokong2 pe la yg diorg suka sgt kat pelakon jepun ngan korea nie. mmg la ensem tpi jambu sgt kot.

noneyloveswhite said...

alaaa..tp pkwe aku putih jambu cm korea.xkan nak cat muke die kaler itam kowt abg zack??cmno2??

akuBudak said...

hurm..memang "dark,tall n handsome" 2 dikatekan macho.
tapi most girl skrg suke yg kiut punyer..i guess..
bio la bebudak pompuan minat korean n japanese 2.. xdapet pon..hahaha

hOney n' cLOver said...

nk pie jEpun bkn sbb arTis, sbb nk pie jalan2 ja..hehe...XD


=^.^=

Syakir Rahman said...

feshen ala2 ldy gaga mesi bnyk kn kt sner :p

Anonymous said...

jambu2 pn,ttap comey!!
tu la y ta ley thn tu..huhuhu ^^

Anonymous said...

ey, diorg good-looking laa. not jambu

aienna said...

tau tak pe..
tapi bagi sy la..
lelali yang jambu-jambu ni just tok main-main boleh la..
tp kalau tok jadi laki..
hrmm...i dont think so..
macho is better ma..
baru rasa save skit

{ finieViolet} said...

salam singgah..

citer pasal jepun ni teringat lak masa duduk sana jap tahun 2001 dulu..

mmg pesen baju sekolah diorg best.. kool sgt... rindunya kat Jepun tu,.. kat Nagano, Suzaka..

damnsgirl said...

heheheh....................
aq suke style rmbut dorg<3
ekeke.....bf aq pon nnti aq suh wat rmbut cmtu..ekeke..<3

Related Posts with Thumbnails