Pisang berbuah dua kali ?

Aku rasa bebaru ni aku da terkene jangkitan kuman la. Rasa sakit yang semacam je...

Bile datang time sakit tu, meronta-ronta sangat rasa hati ni. Kadang-kadang sampai meleleh air liuq dibuatnya. Aku jumpa doktor itu ari, beliau kata aku mengidap sejenis penyakit hati. Aku tanya lagi "penyakit camne tu tuan doktor?", beliau jawab, dalam bahasa scientific nya, penyakit aku ni namanya homesickupalytis B  atau orang Melayu kita panggil "buang tebiat". Penyakit yang bilamana ang tengah duduk-duduk depan komputer, tetiba je rasa teringin nak makan itu dan ini.

Contohnya macam petang tadi, ntah hape mimpi ntah, tetiba teringin sangat-sangat nak makan kuih kaswi. (klik kalau tak tau).

Giler! Mana nak carik kuih kaswi tetengah jepon ni ?

Photobucket

Aku call tuan doktor. Sambil menarik nafas panjang, beliau berkata "maafkan saya. penyakit awak ni takde penawarnya..."

Ah, parah!

*******************************

Malam ni penyakit tu datang lagi. Jam da pukul 10:30 malam waktu jepon. Tetiba perut rasa meronta-ronta macam nak makan pisang. Apa ke hal?

Nak tak nak, aku gagahkan jugak kaki ni mengayuh basikal. Destinasi aku - Seven Eleven.


Pergh! Tu dia! 98 yen untuk sebijik pisang. Kalau convert, 3 hinggit 70 sen.

Kalau kat Malaysia diorang jual pisang sebijik sampai 3 hinggit macam ni, serius tahun depan aku pakat ngan bebudak ni ajak reramai tunjuk perasaan kat depan PWTC. Bawak sepanduk sorang satu sambil jerit "TURUNKAN HARGA PISANG !". Ok, merepek.

*********************************

Tapi seriously kalau nak dipikirkan balik, memang tak lojik harga pisang macam ni kan? Seingat aku, time aku nak amik result SPM dulu, aku pernah bernazar sekali. Kalau la aku dapat straight A, aku nak sedekah pisang kat masjid 2 tandan.

Alhamdulillah aku dapat straight A. Tak lengah-lengah aku gi carik pisang kat kedai buah ngan bapak aku. Masa tu setandan besar baru 16 hinggit kalau tak silap. Dalam setandan tu pulak, ada la dalam 50 bijik pisang which mean lebih kurang tiga posen la sebijik. Ha, baru ar lojik! Puas ati makan! 

Ha, sebut pasal pisang, teringat satu story.

Ang tau dak, kan ada peribahasa melayu cakap "jangan sampai pisang berbuah dua kali" ? Penah dengaq tak ? Ha, kalau nak tau, last year baru aku realize yang pisang tu rupanya memang takkan berbuah dua kali. Selama ni punye la bangang, aku ingat pokok pisang tu berbuah macam pokok mangga, betik dan lelain pokok yg berbuah banyak kali ikut musim. Bodo kan?

Sekali tu last year, aku balik kampung jenguk tanah kebun ngan bapak aku. Tetengah menebas semak, tetiba aku nampak bapak aku tebang pokok pisang. 

"Yah! Pasai apa dok tebang pokok tu? Biaq la dia besaq skit ?"

Ayah aku jawab, "laaa...kan da berbuah tu? kene la tebang."

"Dah tu, bilenye pokok tu nak besaq kalau asyik dok tebang ja!" - jawab aku tak puas ati.

Terkekek-keke bapak aku ketawa. Aku da naik blur da.

"Ang ni tak skolah ka? Pisang mana berbuah dua kali !"

********************************

Tu dia! Rasa macam kene petir tepat kat jantung. Tersentak seminit!

Dandan tu otak aku recall balik matapelajaran sains kat skolah dulu. Bermula dari bab biji benih, klorofil, fotosintesis sampai la ke bab pembiakan buah dari keratan batang, debunga, dan hydrofonik.  Pendek kata semua berkaitan tumbuh-tumbuhan semua aku recall balik. 

Sebab masa tu dalam pala otak aku dok ingat yang pokok pisang ni berbuah banyak kali macam pokok2 lain.



Lepas argue jap ngan bapak aku, akhirnya aku surrender.

Rupanya banyak lagi dalam dunia ni yang aku tak tau. Cikgu Biologi aku dulu tak ajar pon pasal pokok pisang ni! mana aku tau! Eceh. Salahkan cikgu plak. Hehe!

********************************

Tapi...

Jeng-jeng-jeng !

Nak dijadikan cerita, tadi masa aku tengah google gambar 'kuih kasuwi', aku terbaca satu artikel ni secara tak sengaja.

Photobucket
sumber : BERNAMA

Hehe, Ada jugak pisang berbuah dua kali ? Amacam ? 

Tanpa teragak-agak lagi, dengan tahap konfiden dan jati diri yang tinggi, aku terus SMS bapak aku kat Malaysia.

"Ayah, Ini ari pisang da berbuah dua kali ah! "


Teet.


Message sent.

 **********************************


p/s : Ha, baru ah fair 1-1!  Hakhak.


52 comments:

Suhada Razak said...

hahaha 2 sebab kukuasaan Allah.kalau betol2 mane ade pisang buah 2 times.ekeke.nk menang gak 2;p

azura majid said...

Salam

pisang pun bleh jadi entri ek. pelik kan ko ni? yang lagi pelik, bleh plak aku pegi baca tentang pisang ni. haha

shikin said...

penyakit buang tabiat? mcm org tua je..hakhak
ak rse pyakit ang lebih kpd mengidam..aiseh,cam pompuan lak..

udacun said...

erk..
zack.. ko ngidam eaa???....

ciann... ehh.. LIMAU CINA, Limau MANDARIN xnak ke???.. kan ngah nak raya cina ni.. berkoTak2 da kat umah..hehehhee...

pisang berbuah 2 kali... urmm mmg kekuasaan Nya...
ade gak yg POKOK NAngka Berbuah pisang.. cube search r.. nge3x

virulent lolita tan benihime said...

ghahahahahha

chamn said...

gile xpuas ati ngn bapak sendiri.. hakhak!!

zack.. kt jepun ada jual goreng pisang?

Zahidah said...

hahahaha. lawak2.

shuko said...

adeh..intenet aku lmbt cm siput plak ari ni..pagi tdi try xpat msuk..nsib baik mlm ni dpt msuk..

ko sakit hati ek..cian..hehe..kuih kasuwi tu 1st time aku dnga dari ko..tngok gmbar pon mmg sblum ni aku xpenah tngok..

pa pe pon..kt jepon ade kuih sedap2 x?kuih tradisional ke?mane tau kt sana ade karipap ke..donat ke..kehkehkeh..

Miss Lula said...

dulu pun aku ingat pisang berbuah 18 ratus kali.. sekali peribahasa tu betul lak, ingatkan main2.. haha..

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

ayah zack jawab ape??

Emora Valeria said...

macam budak2 la ang neh -.-'

AFIQah said...

dgn ayah pn nk berkira, x nk klh.
haha.

Faarihin said...

hahaha.. memang tak nak kalah betul.. satu keajaiban dari-Nya.. Selalunya memang pisang tak kan berbuah lebih dari sekali.. (^__^)

ini blog wirdah said...

oh.aku sgt gile pisang!
erm..pisang mmg tak berbuah dua kali. tapi sejak akhir2 ni,byk perkara cegini berlaku. keajaiban dariNya .

Adam said...

1. Pisang berbuah dua kali.

2. Kucing bertanduk.

3. Ayam jantan bertelur.

beLLa said...

taley blah..nak menang gak 2 ngn ayah..;pp
kuasa tuhan.ape2 y mustahil smue ley jd en..

kookey said...

haha.. aku pon argue ngan mak aku dulu sal neh..

mysara newrie said...

Haha. dengan bapak sendiri pun nak gaduh. haha. sweet lah tue

cikgu isza said...

info:
sebenarnya memang ada pisang berbuah 2 kali, tapi buah yang kali kedua selalunya tidak elok kualitinya. Itulah sebab peribahasa itu muncul..
(tak tahu lah ketulenan informasi.. sekadar berkongsi)

Armyrule said...

I dont want banana fruit two times...derh

violetmemory said...

kuih kaswi dan pisang jd entri...ok gak tuh hehe...kt jpan x der bhn nkwat kuih tu ka??huhu ;)

maisyara Pot! Pot! said...

baru tahu yg pisang kne tebang bwu berbuah.. cm gitu rupe yea.. hehehe..

Athirah Ibrahim said...

HAHA! Kan? Dulu belajar Biologi, tak pernah pun belajar pasal pokok pisang nih. Mungkin lepas nih harus tambah dekat silabus. Haha.

Alimaz-Kembara Terasing said...

pisang berbuah dua kali????? sakit...sakit..

nizaa said...

ha, tu tanda-tanda nak akhir zaman, pisang berbuah 2 kali. sib baik ang tak kena jawab soalan tu dalam exam, kalau tak mesti bertengkaq dengan cikgu pulak...ekekeeke

nand nasyari said...

huh..~ takmo kalah..hahaha ;D

Amar Amirah said...

oooohhhh, jadi teringin nak makan banana split!

Chika Chika said...

itu hari saya teringin mangga muda. Carik punya carik. Jumpa. Satu bijik 2 dolar. Atau dalam kata lain, RM6.

okay cry me a river T____T

(tempat kejadian : Brisbane)

http://nurulism.com

Atilia said...

u teringin mkn kuih kasuwi tu ok lg, ade yg lg trok. nak rojak petis. mane nk dpt klu duk u.k? hahaa. tp tp pisang bpk mahal kat sana ea? ksiann

Fina Fento said...

kat langkawi ka pisang berbuah dua kali?
kesian saya tak tau..nampak sangat tak mengikuti perkembangan semasa..isk

Lady B said...

Ya Allah...giler comel kartun kepala bulat tu. Cuba tengok muke dia betul-betul. Cube tengok sekarang!

ok..dah penat berasa geram. Seyes shit!

gadis keyel said...

Haha..klakar2..
ngan ayh sndiri pown xnk klh gak tu..adoyai..haha
btw,mmg sronok singgah cini..gler besh

~kuyam~ said...

laaa pisang xberbuah 2 kali ke?
hahaha..sy pn bru thu ni
thxs zack 4 dis info!kah3
cetek btl ilmu alam :p

HaNi said...

funny la kau ni.
best2

FaTiN said...

zack, tgh makan kuih kasuwi ni.. sedapnyer.. rasa nak pegi amek lagi lakat dapur..

nyum nyum!

LORD ZARA 札拉 said...

ko nak kasuwi Zack?

awat taj habaq?

kih3~

eh, kalau pisang berbuah dua kali, boleh aku buat tarian pisang lagi~

SaRaH NoRDiN said...

nyum2 sedap nyer kuih kasuwi.
nk ke zack??? nyum2..(sambil mkn kuih kasuwi)

sarah skang ni kenyang mkn limau mandarin jer..al maklum x lama ag chinese new year..
hehehehe..

Kyuubi_85 said...

ko ni mcm mengidan je... keh3

kdg tu memang pisang tu akan berbuah 2 kali... pernah berlaku depan mata aku.. :D

-N e Y r A- said...

kaswi is my fav. puteri ayu too. kuih yg rasa makan tiap hari. ahahahah. pisang buah 2 kali da bnyak jd. nangka berbua pisang juga ada kat tasek chini baru2 ni. allah maha kuasa. subhanallah

larasephia said...

aku bagi resepi ,kao buat sendirik la ye Z. kalau nk post p kt hang pn, smpai sana basi berulat dah. hahaha

tak baek trigger org tua kao~

aku zaty said...

encik zack suda mengidam ya?
banana never fruit 2 times..
hehehe..

hans said...

mengidam betul nih

selamat makan limau banyak2...hehehe

apeqchan said...

kali ni cerita pasal pisang eh...

tinta lughahwi said...

zack, aku nk ty ko satu soalan ni..

- apakah perbezaan antara pisang berbuah dua kali dgn pisang berbuah dua??.. haahaa ok, gurau.

sickfr0g said...

hehehkk..bro, klu la bro xtulis pasal pisang x bebuah 2 kali tu kan...rase nye aku pon xtau kot...hahahah...sian gile rase umo da bape da ni bru tau..hahakkk..

Didi Nadhirah said...

pasal pisang pun mau gado ka hehhehe

aBoi said...

ceh ! ngan ayah pun nak lawan...

Mohd Shahrul Hafizi said...

Like :)

nuhan said...

hakhakhakhak sengal ang zack! ngan bapak sniri pon berkira aih.. ;p


eh langkawi?? kampung cheq tuu..hee~ :D

Ismail Noh said...

Pisang (jepun) = nasi berlauk (malaysia)..

Khairi Hairi said...

Pokok pisang mak sy tanam berbuah dua kali..lokasi keramat wangsa..sy bru perasan ptg td..nk tngok cal sy 0177287570

Khairi Hairi said...

Pokok pisang mak sy tanam berbuah dua kali..lokasi keramat wangsa..sy bru perasan ptg td..nk tngok cal sy 0177287570

Related Posts with Thumbnails