Showing posts with label dream. Show all posts
Showing posts with label dream. Show all posts

Kalau la aku terer main gitar

Teringat aku waktu study kat UM dulu. Kalau cuti hari sabtu macam ni, biasanya pagi-pagi lagi aku dah ada kat pasar seni (central market) dah. Buat apa? Macam biasa la, tunggu bas nak balik seremban dengan baju busuk stok seminggu berkepok kat dalam beg.

Biasanya kalau aku balik sebelah petang, aku akan lepak-lepak dulu kat lorong pasar seni tu, duduk-duduk sambil perhati brader-brader jalanan main gitar.



Ya Ampun! serius sangat cool !

Aku memang minat gile dgn alat-alat muzik ni. Tapi tak reti nak main. Setakat rekoder, kastenet ngan kerincing tiga segi tu, aku reti la. Tu pon sebab subjek muzik masa tu termasuk dalam silibus pendidikan skolah rendah dulu. Skang ni tak tau la ada lagi ke tak.

Tapi betul weyh! cool giler tengok brader2 main gitar. Muka masing-masing tak hensem pon. Tapi diorang dressing selamba je. T shirt Megadeath lusuh, jeans Levis biru cair yg dah season, pastu datang-datang je port kat tepi lorong, bukak guitar case letak kat jalan, pastu main lagu 'kau ilhamku' yg Manbai nyanyi tu. Fullamak! Sempoi giler. Kalau ada orang yg baik, dapat la singgit dua, orang campak dalam guitar case dia tadi..

Sejak tu aku da pasang niat da. Sebelum kawin, aku mesti mau pandai main gitar! Skang ni aku tengok, trend kenduri kawin, semua orang nk pasang karaoke lagu kawin dulu-dulu. Pastu siap dengan ahli kumpulan kompang pon nak nyanyi jugak. Ini cara lama! Haha.

Aku taknak la tiru orang. Aku ada cara aku sendiri. Hehe.

Nanti masa majlis kenduri kawen aku, time lepas bersanding tu, aku nak capai guitar ngan mic, pergi kat stage tu, aku nak main lagu ni khas untuk isteri aku...



Pastu at the same time, akan ada satu projektor dekat stage tu. Masa aku tengah main lagu tu sambil nyanyi, maka bermula la slide show gambar detik-detik perkenalan aku ngan isteri aku dari zaman mula-mula bercinta sampai la ke jinjang pelamin...

Bila aku abis nyanyi je, audience pakcik makcik sumer tepok tangan. Masa tu, aku nak sarungkan cincin kat jari wife aku...

MySpaceWuuu~ Hakhak!

Orang kata kawin ni sekali seumor idup. So, kalau boleh aku nak buat la something yg aku akan ingat smpai bila-bila. Tak salah kan?

Okay2! Haish! Berangan taknak kalah !! =p


Sambung cerita kenapa aku nak sangat blaja main gitar...

Kalau korang follow entry-entry aku sebelum ni pasal 'Teknik mengorat' tu, Ha! ari ni aku nak bagitau satu lagi pasal perempuan.. Kalau ang nak tau, guitar ni pon boleh jadi satu medium untuk pikat hati perempuan tau!



Aku jarang bercakap tanpa bukti. Kalau korang perhatikan, nama perempuan dan muzik memang cukup sinonim. Cuba perhatikan lirik-lirik lagu yg selalu main kat radio ari ni.

"Jesnita kali pertama terpandang wajah
Terpegun aku dan terpesona
Dengan senyuman dan lirikanmu
Membuat aku telah jatuh cinta.." - Exist

"Farhana oh Farhana
Kau cantik tapi berbisa
Indah rupa mu tak terkata
Dek renungan sinar mata..." - Jinbara

dan banyak lagi. Jarang atau tak pernah pon kita dengar lagu yg memuji lelaki. Jap2! cuba kita bayangkan...

"Tajudin oh tajudin...Kau tampan tapi berbisa..."

Ok. Sumpah lawak.

Apa yg aku nk cakap kat sini, kenapa adanya lagu2 macam ni? Sebabnya perempuan sukakan pujian..tambah2 lagi bila pujian tu datang dalam bentuk yg sweet, dalam bibit-bibit lagu misalnya.
Kalau la aku pandai main gitar, aku nak je bawak gitar tu kat tepi pantai, pastu lepak kat atas batu besar, pastu main gitar. Macam cool je aku rasa. Sebab aku penah tgk satu brader ni buat camtu kat Port Dickson. Tetiba, ramai plak awek-awek datang surrounded dia! "Bang, lagu Sephia satu! Best la abg main!"...

Cinabeng. Bikin guwa jeles je~
MySpace

Lagi satu, kalau la aku terer main gitar, aku taknak la bukak band. Nanti kalau ada band, awek-awek sumer mesti akan pandang pada vocalist je. Tak fair sungguh! So, aku lebih prefer untuk main gitar dan menyanyi secara solo. Macam yuna ke...zee avi ke... Style beb!



Guitar ni bukan macam alat muzik lain. Guitar ni senang je nak bawak ke hulu ke hilir. Tak macam drum. Giler ang nak pikul drum gi sana sini?! Tak sayang tengkuk, try la pikul.

Kadang-kadang bile tengok brader rambut panjang pikul beg gitar karen Ibanez dalam LRT, aku rasa jeles gile. Sungguh maskulin.

Ok2! lepas ni nekad! Aku nak blaja main guitar bile aku balik Malaysia nanti.



.

Rumahku syurgaku

Baiklah brader-brader, ari ni kite skip dulu class mengarut 'mengorat' k?
Jangan risau...pelan-pelan kayuh. Masa banyak lagi. Aku akan turunkan ilmu2 aku satu persatu dari masa ke masa. Cukup bulan ni, gerenti lu orang dah boleh pakai reben kat leher, pastu bubuh costume telinga arnab kat kepala...



Ini ari nak cerita pasal mimpi aku malam tadi. Pergh! Mimpi dasat beb. Mimpi basah? Teettt! Bukan. Aku pon da lama tak mimpi basah. Malam tadi aku mimpi jadi kaya. Woooaaaa! Best siot. Serius shit rasa taknak bangun!

Celik je mata, aku terus mencarut. "Siot ar! mimpi je rupanya. Ces!"

Tapi bile sebut pasal kaya, tetiba aku teringat kat mawi.

Dulu, masa mula-mula die duduk kat felda, rumah dia macam ni je...



Pakai ampai kain dawai je. Yang penting ASTRO kene ada. hehe. Tapi skarang ni, mawi da kaya. Secara otomatik, rumah pon mesti kelihatan sedikit kaya.



Alhamdulillah...rezeki masing-masing kan? Ni baru rumah mak ayah die, belom tengok banglo mewah dia lagi. Jom kita jalan-jalan tengok banglo abang mawi.


Yang ni ruang tamu dia. Tempat die tengok Akademi fantasia malam-malam dengan Ekin.

Agak-agak da abis tengok AF, rasa nak baring-baring, boleh pegi kat sofa atas ni... Pekena urut sepam dua. Pergh, heaven!

Da kene urut, baru la ada tenaga! "Ok sayang, jom 'tido'!" kata mawi. Teeettt! acah je. Mana ada mawi cakap camtu.

Amacam? cantik kan bilik tido mawi? Jom kita usha dapor die plak.


Pergh! dapor dia ada style beb. Macam kat bar. Aku suke style camni. Tapi cam sempit je aku tengok?


Part ni aku paling xleh bla! Siap ada table snuker plak kat umah. 'Berbulu' je mata aku tengok. Hakhak. Kalau semua rumah macam ni, alamat tokei snuker "WeLike" kat terminal one seremban boleh lipat table snuker masuk dalam lori, humban ke gaung.

Tapi, aku tak brapa berkenan la dengan design perabot rumah mawi. Macam classic sangat. Macam owner die era-era 60an. Tapi maybe sebab die pandang pada 'harga', bukan pada 'rupa' kot. Well...Selera orang beza-beza kan?

Tapi kalau lah ditakdirkan suatu hari nanti aku kaya...ini KALAU okay?

Mana lah tau, aku berjaya menjadi seorang engineer yg berjaya dan berkarisma, 1st skali aku taknak rumah aku ada perabot banyak2. Semak. Aku nak simple je. Jadi engineer, rumah mesti la sofistikated dan fleksibel. Baru style!


Okay, ni ruang tamu rumah aku. Simple and modern enough aku rasa. Balik keje letih-letih, campak briefcase, terus landing kat sofa tu. Walaawei! Best gile. Pastu baru nak terlena, wife aku datang bawak air oren ngan buah tembikai. "minum bang..." Isteri solehah ok?
 

Dah pekena air oren seteguk dua, kita ke meja makan plak. Baru balik keje, mesti lapar nasik kan? stakat buah tembikai mana boleh hadap! Ok,ni la rupa dining room aku. Simple je. Takde la bini aku tersadung kaki kat mana2 nak angkat pinggan mangkuk.


Lepas makan, boleh la naik bilik solat, semayang jemaah zuhur sama-sama. Baru tuhan suka.



Perut dah kenyang, hati dah tenang, baru boleh layan movie! tak pon drama cinetron 'bawang putih bawang merah'. Untuk tujuan ni, aku memang khas kan satu sudut menonton di rumah aku. Tv sebesar alam lengkap dgn surround sound system kiri kanan atas bawah. Baru ada feel tengok movie.

Tengah sedap-sedap tengok tv, bini aku panggil "Sayang...cepat la tido. Dah malam ni. Esok kan syg kene bangun awal hantar saya gi skolah?" Bini aku seorang cikgu skolah. Tapi bukan tu yg aku nak cerita. Aku nak cerita pasal bilik tido. Ha, tengok gambar tu. Simple je kan? tapi apsal xde slimut? Ces! Tempat 'beradu', mesti la kene ada selimut !

Sayang. Sila tutup lampu.


Tingg! Dah siang.

Nak mandi lah. Bathroom. Yup! ni part paling penting bagi aku dalam structure sebuah rumah. Aku cukup amik berat pasal bathroom. Aku akan pastikan ada satu bathtub besar dalam tu! Baru lah boley main bubble sama-sama ngan isteri tercinta! Teett!.Dan yang paling penting ada heater sbb aku takut mandi air sejuk.

Tapi buatnya satu hari, mak ayah aku datang dari kampung nk melawat aku. Parah gak aku rasa. Silap-silap die tanya aku mana gayung? Hakhak. Takpe-takpe, mak ngan ayah mandi shower ok?



Okay! Masa untuk sarapan! cantik tak dapor aku? simple kan? Bayangkan aku duduk kat chair kaler merah tu, lepas tu perhatikan wife aku bancuh coffee. Hehe. Cam comel je..


Zack! sudah2! Bangun2! Berangan je keje kau!
Dushh!


p/s : Ini macam, baru la "home sweet home"!

(pictures credit to : google.com & furniturestoreblog.com)

Related Posts with Thumbnails