Tahun ni aku berkesempatan untuk beraya bersama keluarga tercinta dekat Malaysia. Alhamdulillah, tiket flight pon da beli, la ni tinggal dok pangkah kalender ari-ari ja sampai ujung bulan lapan ni. Tak sabaq rasanya. Dia punye feel sama macam tengah tunggu bini yang sarat mengandung anak sulung, keluaq baby pertama. Hari-hari dok bubuh telinga dekat perot bini dok ulang ayat yang sama "Hai anak papa! lekas-lekas keluaq ya?".
Happy tu memang la happy. Sapa yang tak happy bile dapat balik beraya dengan keluarga, ye dak? Tapi, ang tak tau sebenaq nya ada beberapa perkara yang tak berapa nak best bile balik bercuti ni.
Tak best lagu mana? Ha, meh aku nak habaq.
Setiap kali aku balik Malaysia sempena cuti panjang, aku terpaksa berdepan dengan tiga golongan yang tak jemu-jemu dok tanya soalan-soalan yang hampir sama, setiap tahun. First skali, golongan bebudak kecik anak jenjiran hat umoq lima ke enam tahun. Tiap kali nampak ja muka aku tengah rilek-rilek dekat serambi rumah, mula la memasing dok pakat-pakat kerumun ramai-ramai.
"Abang ju! dekat jepon tu selalu tak jumpa otromen petang-petang?"
Demi tak nak menghampakan hati depa, kengkadang aku layankan jugak. Maklum la, bebudak... Orang kata memasing tengah nak membesaq. Semangat ingin tau dalam diri tu tengah 'peak'. Semua benda pon depa nak tau.
"Dak aih! Otromen dah takdak. Resaksa semua da mati!"
Lepas tu mula memasing dok tarik muka, jawab "Owww...." sambil angguk kepala gaya paham.
Kalau abis takat tu ja, takpa jugak. Kena pulak jenis bebudak yang tak paham bahsa, mula la depa dok argue jawapan dengan aku.
"Abis tu, yang dalam tibi tu??"
Ah, sudah!
"Dalam tibi tu diorang berlakon ja, sayangggg...."
"Oowww..."
Depa punya "oowww" sikit punye panjang. Bunyik macam paham. Aku pon baru nak tarik napas lega, sambung main gosok-gosok kepala kucing, tetiba ada pulak suara liar dari kelompok yang sama...
"Ada jumpa Doremon tak??"
Ha, mula la darah aku nak mendidih. Tanya macam lah doremon tu kucing biasa hat jilat bulu tepi jalan. Kalau ada, dah lama aku culik bawak masuk luggage, tambat depan rumah! Ha, tengok la sangat puas-puas.
"Takdak. Doremon tak keluaq siang-siang."
"Owwwwh..."
"Tapi kenapa??"
"Sebab siang-siang banyak anjing! Doremon takut."
"Owwwh..."
"Dah, pi main sana! abang nak baca surat habaq ni."
Biasanya depa dengaq cakap kalau kita dah puaskan ati depa. Time tu, memasing mula bersurai sambung main lari-lari depan rumah. Baru lah selesa sikit aku nak rilek-rilek tanpa gangguan.
Tapi esoknya, di tempat yang sama, masa yang hampir serupa...
"Abang ju! dekat jepon ada jumpa Shin Chan tak?"
Gampang.
***********************
Golongan kedua yang terpaksa aku hadap pulak terdiri dari kengkawan rapat yang umoq hampir sebaya. Golongan brader-brader.
Biasanya, kalau tengah bersembang dekat mapley sambil pekene roti canai telor sama milo tabur, diorang mesti petik punye soalan-soalan bangang untuk 'hiburkan' hati aku.
"Zack, lu dekat sana ada jumpa Maria Ozawa tak?"
Untuk menjawab soalan-soalan dari golongan pertengahan yang aku kire sebagai golongan cerdik pandai ni, jawapan aku harus tajam. Tak boleh silap langkah. Depa penuh dengan trick dan tipu muslihat. Kadang-kadang depa bukan nak tanya sangat pon, saje nak menganjing lebih. Ada satu kali, aku dah terkena dah. Tetengah minum, ada sorang member aku tanya "Zack, lu rasa apa beza antara orang jepon dengan orang melayu?".
Soalan nampak macam simple. Macam tak payah pikir. Aku pon dengan laju dan konfiden terus jawab "Orang jepon rajin bekerja. Tak curik tulang macam orang melayu..."
Tetiba, memasing dekat table tu semua senyap macam ada malaikat lalu. Memasing saling berpandangan. Cilake. Aku dah syak mesti ada something wrong dengan jawapan aku. Nak tarik balik rasa dah terlambat.
"Salah... jawapan die, orang melayu suka kondem bangsa sendiri..."
Jahanam.
Percuma guwa kene bahan malam tu.
*****************************
Ok. Last sekali, golongan yang paling super annoying, iaitu golongan pakcik makcik.
Bangun tidoq, ang cuci muka nak pi beli sarapan, sat lagi sampai depan pintu pagaq, jiran depan rumah bagi morning greet, "Budak jepon, bile balik?"
"Baru sampai petang semalam..."
"Cuba cakap jepon sikit?"
Aku cukup menyampah dengan soalan macam ni. Bukan tak nak jawab, tapi ang bayangkan lah. Tak terasa bodoh ke speaking jepon pepagi buta dengan orang yang tak paham bahse jepon? Nak cakap jepon, bukan satu benda yang boleh disuruh-suruh. Kalau orang tegoq ang dalam bahse jepon, buleh la jugak balas dalam bahse jepon. Baru la kene.
Senang cerita macam ni la... Ang lelaki. Lepas tu sat lagi ang kluaq rumah, ada sorang pakcik tahan ang dok tanya "Eh, ang laki kan?". Lepas ang jawab "ya", tetiba die suruh ang tanggai sluaq untuk buktikan ang lelaki. Tak ke pelik bunyik nye? Tak tau la kalau ang jenis lurus bendol pi tanggai sluaq jugak. Keh keh keh..
Lebih annoying bile aku balik kampong time raya, tiap kali mak ayah aku perkenalkan aku dekat kengkawan lama depa, ha time tu memang masak la... Kene tiga buah rumah aku pegi, tiga-tiga kali jugak aku kene hadap soalan yang sama.
Penah jugak aku try melawak sekali sekala.
"Cuba cakap jepon sikit, makcik nak dengaq!"
Sambil tersenyum, aku jawab...
"Jeppppooooon!"
Ha, setel.
Tapi kang takut kene cop biadap pulak. Tapi tu la... Kalau depa baca entry ni, aku harap depa paham la perasaan aku. Bukan aku sombong tak nak jawab.. cuma aku tak boleh. Kalau aku study dekat England, lepas tu depa suruh aku speaking omputih, ha takpe jugak. At least bahse inggeris dah selalu dengaq dekat tibi. Setakat cakap "good morning uncle" ada apa hal sangat... ye dak?
Tahun ni aku harap takde lagi soalan-soalan macam ni. Tolong lah... Bagi can la aku nak beraya dengan hati yang senang dan gumbira.
Atau perlu ke aku buat macam ni?
Tambat dekat batang leher, lepas tu jalan macam biasa. Style jugak kan?
Dah macam orang gile. Tak wajib puasa.
Dah macam orang gile. Tak wajib puasa.
******************
134 comments:
zack, ckp jepon ckit! kah3.
p/s: cute dowh kucing2 tuh.
nasib baik bila balik tak kena tanya "ang bila nak bawak balik awek jepun?"err.. :D
pendapat anda?
blogger yang tersepit
haha . nanti kimsalam kat nobita pulak yer..
sebenarnya zack.... kalau aku jumpa ko.. aku tanya satu benda gak...
nak tahu??
naruto sihat?
sekian
lawak gile .
nanti raya nak g umah abg zack la.
kat taman desa rhu eh ?
haha . belasah jeh ckp desa rhu . haha.
pastu nak cakap ceni ;
"cube cakap jepun sikit."
haha xD
kehkehkehhh!!
"jeppoooonnnnnn" hahaha kelas aa jawapan nih..gelak guling guling.. haha
zack,tlong wat blik sakura yekk..
hehe :)
Allah. I kt DI tu tiga titik. gaya budak perempuan skola zaman dolu-dolu ja. haha.
waaaaaaaaaaaaaaaaakakakakaka
sies gila vavi aku gelak baca nih weh..
memang aaaa aku paham pasaan ang nih tapi kalo baca lam nada lawak aku memang aaatak buleyblah tahap gelak aku. baca sambil sengih gaya ayaq lioq nak meleleh bagai pasal sengih tak tutup2 mulut..
haha.. ang memang besh aaa aku suka baca post ang.
okeh zack... pekata kalo depa soh cakap jepon ang cakap je ang tak flexible. kalo balik negara sendiri ang gheti cakap melayu ja hehe
--> leh ang bawak balik dorayaki kat aku? hahaha ni lagi sorang nak kena lempang ngan zack. okeh baik aku lariikkkksss
Cg yankumi xdak jumpe ke??
selain itu,
HAGEMARU ada tak?
haha~
:)
hahaha~
sin chan tu part yg tak boleh blah.
err, zack, mee soba aku hang dah bungkus belum?
hahahaha...konnichiwa..tu je aku tau...hahahaha
oizumi..heheheh
haha..comel je bebudak tu tanya..kekee.agreed bab pakcik dan makcik tu!aku yg dah btaun2 study local uni pun dorang tanya bila abis study n bla bla bla..ntah brapa puloh kali nk jawab.huu.apatah lagi ang yg study ovrsea tuh.lgi byk soalan.haha!
hahahahak..lawak!!
hahahahha..best ar baca..lawak crite engko nih... :p
comel plak kucing tu.. :p
bawak hagemaru balik okey... :p
kahkahkahkahkahkahkahkah..
hahaha selagi ang ada kat jepun, selagi tu dorang akan ulang2...percayalah,cam saya,keje tempt yang gah lah juga,tp contrct stff je pun,penat nak jawab,project tu la ,project ni la,gaji besar la..ok kalo gaji besar,boleh la belanja ang kan, ni tak gaji cukup2 je..hahaha =P sin chan tu comel apa..hehe
ok ar 2...
dowg excited kot nak tau psl hang...hehe...lyn je la...stahun skali...
p/s:aku tingin gak nk jmpe ikuta tohma (kalo x slh spelling)...hang pnh jmpe x?hehe...jgn mrh incik zack...
hahahaha
comel lahh
biasala, org x penah dok jepun mst nak tnye macam2
ekekekeke
hahaha!!incik zack..kalo ade soklan pasal hagemaru mcm ne plak???hahahahah
hahaha..~~
sumpah lawak..!!
ceq gelak guling2..
hehe..~~~
(^____-)
btw..
nice + cute.. :)
terrrrrbaekkkkk...kih3~ang ade bape tahun g kat jepun nu?
hahahaha
tak sah kalau aku baca entry hang aku xgelak bro
hehehe
budak2
biasalah
aku pun penat melayan anak2 buah aku
hohoho
pasal yang para hang dengan member2 seusia tu..
aku sokong member hang...
melayu sebenarnya rajin...
banyak buku hang leh baca kalau hang nak...
semua tu permainan media jer...
pasal yang makcik2 suruh hang cakap jepun tu memang lawak
ekekek
apa2pun nanti selamat beraya dekat Melaka noh...
leh makan ketupat lemang puas2
P/S : Drama Minggu Ini : Awak NAK Guna PC Ker Wahai Si Kacak?
kalau aku, msti aku tnye ko bende ni.
zack, ko g tak cosplay tuh.
besela tuh.org blaja lua ngra, mesti byk mau tnyer. ;p
btw,kucen doremon tu comey oh.agk2 klw betol2 wujud kuceng biru,mesti rmi nak bela. ;)
zack, guling2 baca entry ni..haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahahahhahahahah
klu jumpa ngan anak akak mesti dia tanya, "abg ni otoman ke? esok sy dah beso nk jd mcm abg otoman"..hahaha
agk2...raya ni ada x pakcik n makcik yang tya hg bila nk kawin..?? hehe
sat2..sebut raya2 ni..duit raya weh..duit raya..bg dlm yen blh? hak3
kuang2.. huhu.. malas malas+menyampah+annoying bila ditanya soalan tak mencabar IQ..hehe
aku ni lagi la..blajaq kt india.. bila blik mesti depa dok suruh cakap tamil ngn hindustan..klu jumpa dak kecik mesti tanya jumpak dak dgn shah rukh khan..nasib kita mmg sama la.. kdg2 rasa nk bagi penampaq ja sekoq2.. hahaha..cobaaannn..
p/s: sedih ar tahun ni aku x blik qaya kt mesia mcm hg
zack... kat jepung ada Keluang man? Miahaha kompem aku kena tibai !
aku suka!haha :) kalo study dlm malaysia ni pn dh kene tanya macam2, inikan plak yg duk jauh2 mcm ko zack.
tp asal aku nk klik 'like' x bleh ek?
Dengar cite Ultraman kena langgar lori..tul ke..hihi.
(saje nak bakar darah Zack)
macam2 la bro..wa..bleh raya kat malaysia tu..tahniah..bukan senang nak dapat balik raya kan?huh..
btw, zack, ang org negori ka org utaqha?hihi
Soalan ni ada tak Zack?
"Ang bila nak kawen ?"
Haaaaaa.. :p
p/s : Aku pun selalu kena soalan num 3 tu. Aku study German, pastu asal gi umah jiran2, semua suruh cakap german. aku hangin je. kang cakap bukan nye paham. kadang2 aku goreng je, hahaha.
eh tengok pe'el meleis. sikit sikit butthurt. takde sense of humor langsung.
kah kah kah kah!
gua baru plan nak tanye pasal detective conan tu dengan lu, sape lagi tinggi.
hahaha lawak tol lah...lagi2 dak kecik tu..hehe
tu dia pgaruh tv punyer pasai...
payah apa zack, gtau depa sebelum pi makkah pi jepun dulu...dok sne setahun guwa rasa tak sempat nak rasa nikmat makkah...mau taknya.. balik m'sia berjuta yg tnya apa mcm kat sna...mau muntah darh jugak la nak jawab ni...belum cuba belum tahu
haha...tgelak aku baca...
best la entri hg ni bro...
awat xmo ckp jepun? mst seksi abg jack ckp jopun..rupe da ade da mcm ken hirai tanpa janggut...eh.. ;p
hohohoho....
aku suka tang tag yang kau nak gantung kat leher tu!!!!
kena dengan baju melayu kot!!!
hahahahaha
saya org Malaysia ok
hahahaha.. style ah jawapan tu. kalo tak nak gantung kat leher, amik kertas tampal kat belakang badan. okeh gak kan?
setuju~!
satu lagi orang yang bila kita nak balik, mula lah nak pesan macam2.pastu datang jumpa nya tak.
yang maria ohzawa tu, aku selalu kena. bila aku jawab aku kenal, terlopong gak dorang.
`ko pompuan pun kenal maria ohzawa eh?`
cuba kau ckp jepon sikit.. sikit je.
lg annoying bile tanya soklan geografi
jepun dekat dengan azebaijan?
Best kan study kat Jepun :0
bese la tu..org sebenaqnya teruja ko blaja sna tu. diorang x de peluang nk kesana kan...ak nk tnye ko jgk ni..duk sna ko de jupe GTO..hahaha!!jgn mare..guwau2 je der..hik3
hitam gak tangan hang. hihi...
pulang dgn selamat yer =)
LOL~
alew...layankan jela ngan hati terbuka....sian bebudak tu...bru nk berimaginasi..dah u potong..hahahaha...
if u r annoyed sgt ngan pakcik makcik yg swoh u ckp jepon tu..u ckp je u x puas hati dgn dorang dlm bahasa jepun sambil tersenyum..if dorang swoh translate u translate la menda laen...dorang bukan paham pown...
settle...hahahaha
lawak la...anyway...if jumpe kucing mcm dalam gambar tu..bwk balik ek..jual dkt i...suke gila kucing tu
hajimemashte!
wakarimasen... watashiwa marasia jindesu(^_^)
hehe..
atashinchi ade x..??
:p grau je..
haha..lawak la entri ni.nnt kem salam kt sailormoon yep! ;)
mmg nak tergelak pn baca entri ni..org utara ckp sedap..jgn marah no, anak akak pn dok jepun..satgi semua dok tanya macam tu jugak la klu dia blk mai mgu depan...sabaq ja laa..
hehe... ckp 'kesian' dlm bhse jepun ape? =p
aku pon kena cm hang jgk la.
ade ke srh aku ckp arab?
kang aku ngaji al-fatihah terus br pueh ati sume.
sampai kn adek badek aku jeles sbb org duk bg perhatian kt aku je. tp bkn ku pinta jd begitu huk3
zack,kalau ang wat camtuh.pakai benda tergantung tuh pi beraya rumah orang,ang snap la gambaq.tingin nak tengok. ^__________^
oh2 selamat berpuasa nanti =p
kire okay la dorang semua sibuk tanya perihal jepun kat u, maknanya dorang banggalah adanya ahli keluarga mereka yang belajar di jepun sana, ingat senang ke nak belajar kat sana. hahah. kadang2 i jeles tgk u, best je balik kampung, ada je cerita nak cerita kat mereka. pengalaman kat jepun ke, dll.
jgnlah fedup...just be happy with them.
hahahha..klakar la
mcm mane ntah terjumpe blog incik zack ni..nice.. ape yg blh i kate, incik mmg sgtla kelaka, berbakat...n i sgt2la terhibur...congrats2...
nasibku hampir serupa.. memang cenggini ye nasib nyer kalau kita ni taw bhsa lain n study oversea?
me gelak terkekeh2 baca entry ni :p anyway, selamat pulang berhari raya di msia...me thn ni beraya kat nottingham UK..sob sob
eh? ang laki kan?
ekeke~
omedetto!!!
selamat pulang ke Malaysia...
maknenye kamu ni orang melayu la??
hohohoho...acah2 ayam jep.
lame tak singgah sahur kat sini.
selamat kembali pulang~
bgus2....haha
nghhaha~mmg style pun..tp.....nak jugak t\suoh hang kem salam kat Maria Ozawa ye,kalau juma..hahahah
Hang memang lelaki melayu terakhir la bro..tajam akal..tajam lidah..Masuk politik ada chance jd YB ni bro :)
hahaha lawak gile!! Dialect utagha mmg best, bile baca ur post with the northern dialect rasa lawak nak mampos hahahahhaa XD
hahaha si doraemon tuh siyes comel lah!!
slamt pulang.
slmat datang ke malaysia. ;p
yang kena bahan ngan memember tu yg menusuk kalbu tu kan..
eh kalau balik Jepun nanti minta autograph Masashi Kishimoto, Eichiri Oda n Tite Kubo..
kalau boleh minta diorang lukis gambo aku dlm chapter manga diorang.. hahahhaha..
yang kena bahan ngan memember tu yg menusuk kalbu tu kan..
eh kalau balik Jepun nanti minta autograph Masashi Kishimoto, Eichiri Oda n Tite Kubo..
kalau boleh minta diorang lukis gambo aku dlm chapter manga diorang.. hahahhaha..
part tak wajib puase tu lawak..
hahaha
hahahha...
abg zack..ada jumpe Aizdean tak???
hahahhaha...
ko bikin aku gelak memalam ne..
OhaiOO minna sama!
cakap jepon senang je.. juz cakap, "jepon". setel..
oh..lega..seb bek shah alam xda bhsa yg specific...kalo x mampos aq nk ckap bhsa shah alam kt owang kg.. fuh..bereh..
Gambar last tu terbaik la Z!
kemslm kat hakuto dan minami...aku x mngerti smpai srng knp combination male + female = ultraman maskulin yg tiada dada bsar sket belah kanan mahupun pinggul saiz 36..pe kejadah nyer..haisshhh
zack, aku baru belajaq bahasa jepun 3 bulan kat malaysia. tp makcik2 kat kmpg tu dok suruh aku cakap jepon macam aku dah p sana. lagi trok...
haha...nak wat camne, bahasa dia len dari yang len. btw, bley tak saya nak join kelompok yang bertanya mengenai ultraman itu?hahha...
sweet punya 'ooowwwwhhhh' hahha.....
hehe..igt dorang taye bile nak kawen ke ape..suruh cakap jepung ke..haha
cuba cakap jepun mencarut kat dorang pun dorang xtau ape..hehe (sila jgn)
klaka la citer zack nie..
hurmmm...
by the way wanie pown kdg2 diorg suh ckp jepon..
sbb my step mom jepun..
krg kita speaking bkn diorg phm powm.
tp mmg best sgt2 pg sne kan kan kan..
culture dia amat berbeza...
air longkang dia pown putih jernih...
hahaha3...
btoi2..
tiap kali time rye msti macik2 yg dtg umah tnye solan same kat mak ak..
n tiap2 taon dgar mak ak ulang jwpn same...
ari2 kena ejek pggil jepon
last2 name uh jad nickname .
haha ;P
encik, nk mintak izin nk link-kn entri ni kt fb. utk adik sy. teehee
huh rasa macam dah kena....owg balik malaysia nanti pon mesti kena macam nie...'jan cakap korea sikit'...owg rasa la zack...apew kata kita speking ja ngan owg yg tanya tue...biar die nganga...padan muka...huahuahua
ogenki desu ka?hehe
hahahahahahah~~
lawak2~~~ coz aku pon suka tnyasoalan merepek kt mber aku yg balik dr uk...
"kat sana ada muka aku x??"
pastuh bila dia da nak balik sana....
"jgn lupa bwk balik salji,...."
hahahahahhaah~
wahhh...syok~
tolong belikan anime dvd banyak2
heeheh
gmbq tuh da ilang aaa.awat jdi lagu tu?
abang ju,,mmg terbaek ar bahasa kedah uh..best betoi dengaq!keh3..kita sama2 oghang kedah sejati :)
hahhahhahahaaaa.... lawak giler la cte ko... teguling2 aku bace atas tilam... hilang jap stress wat cs nie... ;))
somei je cter nie...=)
en.zack....sy share yer post awk ni kat my FB...suke bc....hehe...
hehheee.....kira okes lah tue..sebenarnya dia org tue teruje je dgn awak tue yg mcm tue yelah dpt dok negeri org..depa x perase pun....klu saya nak pesan bawak balik salji blh?
hehehehhehehee
Apabila saya berjumpa dengan awak...
Saya akan ajukan soalan dengan awak..
Awak ada bawa balik Pikachu? atau Pichu? atau Skarmory?
baru je bukak blog neyh. terus layan ni blog. tau tau dah sampai ke your first post sekali. hahaha. very nice blog and tabik kamu sangat2 lah!
kuang3x...kena sebijik.
tp serius lawakkk...hahaha.
depa bangga la ada anak jiran depa blajaq kat Jepun. Depa kenai mesin basuh keluaran Jepon jaa...
Skali skala layan pi la sat karenah makcik2 tue..amek hati oghang tua la kata..(^___^)
pape pn, smOga slamat smpi ke tanah air ea nanti! InsyaALLAH selamat.
nak tye gak..
sinyu tu mmg mulut tajam ka??
hahaha..
btol la 2..da org suh ckp jepun kn...jepun la bunyi nyer..hahaha...lwk2..sme le kte..slalu t'kena coz amik course bhs jepun..
apasal sume nk jumpe kartun..?? tiru aku.. ''zack, awek jepon satu.. bley..?? aku nk yg montel2.. boleh buat stock bini muda'' request mcm ni baru mengancam..
ak paling suka golongan budak2 a.k.a kanak2....mmg kelakar seeehhhhhhh...hahahahaha
name kite lily..
lorh..lily lg suke na ckp jepon wlaupon xdok tat jepon n ta rety cgt ckp jepon..hihi~~
mampu ketawa je..hoho..
koniciwa!!!
lyn je org2 cm2..nti di kte kn sombong plak kn...budak2 kecik tu leh la gebang ja~hahaha~
sangat kesian okeyh kne layan golongan lagu tuh..ang sabaq ja na..
kawaii :)
the best blog ever . :D
hahhaha lucu la ko ni zack..
suka entry ni..
kena2 lg kucing doraemon tu. huhuhu
best entry nie... ang nie belaja kat jepon bile nak abeh???
this is a good one! two thumbs up!
zack...ang buka kelas bahaso jepon loorrr...
Aku yg skolah Cina nih pon Pak/MakCik(blah bapak aku) asek sroh aku ckp Cina,tp aku ckp Cina le dgn diorg sbb diorg smua Cina,hehehehe
Tp Alhamdulillah muka aku X rupa Cina (ikut mak).
Layankan aje...X baek kecik kan ati diorg.
Terbaek lah blog nih...Happy!
haha! sangat kelakar!!
sumpah lawak. hahaha
owh..scene yg makcik2 tu mmg familiar sgt la..ade skali tu,sorang technician kat tempat keje aku tanye sorang Bangla ni"can speak Malay or not?" bangang tak?? org yang btanye pon tak cakap melayu..tah ape2 je
SMART!!
ahaha. rupanya ni yang semua budak oversea rase.
kau bayangkan aku belajar India orang duk cakap:
"cakap india sket"
aku rasa nak lempang je. nasib baik kawan.. ciss
saya copy citer ni ek.........lawak.......tq =)
erm..klakar la ang ni..aku br bc 2,3 pge dh glk tglg2..suka la 2 jiwa 2..rmntk ngat..besnyer klu aku yg jd 'saya' hehehe...
haha..briilianto
agegege,... lawak der,.. cumil toi dak2 tecik tuh ty kt ang noh,.. sat g pi london owg ty ader jmpe pwer rangers x,..?? hahahaha,..keep it up,..zack
Hi Zack,
Bertuah dapat belajar lebih dari satu bahasa. Gunakan kelebihan itu sebaik mungkin. :)
K
salam..
haha..lawak laa..klo la jumpe doremon tol2 kn best..btw kucing tu sgt chumeell..
kite stuju
kite pon menyampah klo ad org suh ckp bhs kt tmpt kita belajar tp dyorg xphm pon adoi...conflict jiwa tol
klo depa phm xpe jgk...
adeyhhh..sakit pewut ak glak
haha,,org utara ke??
hehe sgt2 lawak..
haaa..tu la die org malaysia en.zack ooii..act..semenanjung msia..
even kte duk blaja kat sarawak je pon, balek2 tnye..."cube ckp sarawak sket"..xpon.."cube ckp iban sket"..xpon.."ko xjumpe ke org pakai cawat sne??"..haaa..pe mau jawab..diam je sudah le kn...hahahha..thats call "CULTURE"..
haha ^_^
lu punya idea gila bongok ar der! kalu org lampi,mandom, mmg x dapat.hahahaha!!!
soalan bodoh je sume tu..klu asek nk bg jwpn yg cool mmg la rs ssh. ambik ati sgt lu ni
konnichiwa....
dou itashimashite...
hak 2 aku tau la...
hak len hampeh..
tak dak satu pon lekat dalam kepala...
:D
hak3, ak pham sangat seyh..
sebijik ak kna,
'awk blaja mesir kn, cbe cakap arab' soalan tahunan.
kengkdng, ak mls nk lyn ak ckp je la hape2,btol salah, ade ak kisah.bkn dorng phm, klu ak ckp baget dorng nk reply, ade yg dh surh ckp arab then dy tnye, haa awak ckp apa td?? ok~ daymmmm -.-''
Post a Comment