Cerita Snow White versi 2010

Al kisah, di zaman dulu kala, di sebuah hutan yang terpencil, tinggal seorang gadis remaja belasan tahun yg bernama puteri salji. Kulit nya cukup putih. Rambutnya ikal mayang. Cukup cantik paras dan budi pekertinya. Dia cukup sygkan haiwan2, dan tumbuh-tumbuhan di hutan. Tiada lah lain pekerjaan nya sehari-harian melainkan bermain2 dgn haiwan dan memetik buah-buahan untuk dijual.



Semenjak kecil,puteri salji dibesarkan di bawah asuhan beberapa ekor orang kerdil yg sememangnya merupakan anak jati hutan tu. Orang-orang kerdil ini lah yg menjadi tempat puteri salji mengadu ketika hatinya gundah gulana.
 

Kehidupan mereka sekeluarga cukup bahgia. Makan kenyang, tidur lena, mandi pon basah. Pendek kata, memang takde masalah langsung la.


Pon begitu,bumi mana yang tak ditimpa hujan? Cerah yg disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. (Wah!)

Nun jauh di atas puncak gunung, tinggal seorang ahli sihir yg tua dan amat hodoh. Menurut sumber yg boleh dipercayai, ahli sihir ni mempunyai sebuah cermin ajaib. Cermin ajaib tu dikatakan boleh berkata-kata dan setiap butir perkataannya adalah benar-benar belaka. Cermin itu di simpan di dalam tandas. Setiap hari selepas mandi, ahli sihir ni akan melaram di depan cermin kesayangannya itu. (Edisi toilet camwhore).

Pada suatu hari, tergerak hati ahli sihir ni nk bertanya pada cermin ajaib nya. "Agak2 kau la cermin, ada tak pempuan lagi cantik dari aku dalam dunia ni?". Dengan tak semena-mena, cermin yg tak mampu berkata bohong tu pon terus meluahkan isi hati yg slama ini sudah puas dipendamnya.


Mendengar kata-kata cermin tu, panas la hati si ahli sihir ni. Dilemparnya cermin tu jatuh ke tanah. Berderai, retak seribu.


Merasakan dirinya tercabar dgn kejelitaan puteri salji, lantas ahli sihir tu segera membaca jampi serapah ke atas sebiji epal. Lagaknya seperti mahu disantau nya puteri salji tu.



Setelah siap di'manderem' epal tu, dia pon terbang menaiki penyapu nya terus menuju ke rumah puteri salji. Nak dijadikan cerita, ketika itu orang-orang kerdil tiada di rumah (office hour mungkin). Ini memudahkan kerja si ahli sihir untuk memperdaya puteri salji.



p/s : cuba tgk betul2 pada puteri salji tu. Korang nmpk tak apa aku nmpak? hehe

Puteri salji yg bodoh-bodoh alang itu terus memakan buah epal tadi tanpa syak wasangka. Barangkali lapar benar agaknya sehinggakan tangkai2 pon abis di'cekik'nya.


Apalagi, dengan tak semena-mena rebah la puteri salji tu. Menurut riwayat buku melayu lama, dikatakan kononnya puteri salji ni koma tak sedarkan diri seminggu lamanya. Sehingga la pada suatu hari, seorang putera raja yg kebetulan berburu di hutan tu datang menziarahinya. Bergelora nafsunya tatkala melihat puteri salji tu yg sedang dalam koma. Lantas diciom nya puteri tu bertubi2. (napsu serakah manusia mmg begitu)

Ntah di mana silapnya, mungkin kerna tak tahan  bau nafas putera raja yg wangi umpama longkang tu, puteri salji tu terus tersedar. Dan dengan  tak semena-mena, putera raja tu pula bertukar rupa menjadi seekor katak yg sgt hodoh. Kalau stakat katak pisang yg kecil tu tak mengapa, ini katak puru! sudah la besar, menggerutu pula satu badannya. 


Namun, katak yg masih terpinga-pinga tu cuba berlagak cool lalu berkata...




Jangan harap puteri salji tu nk menciumnya. Memandang rupa katak tu je da cukup menjijikkan. Tapi akhirnya, disebabkan dek pujuk rayu janji manis katak puru tu, puteri salji menggagahkan jua dirinya mencium katak tu smbil membayangkan die sdg mencium jejaka idamannya, norman hakim.





Sebaik sahaja bibir puteri salji bersentuhan dengan bibir katak puru tu, berlaku satu tindak balas kimia yg luar biasa. Lantas, Poof !!












Oh,okay!

Puteri salji terus rebah dan meninggal dunia.



Sekian.




p/s : adakalanya hidup tak seindah yang diharapkan...









36 comments:

Unknown said...

lagi best dari citer cinderella 2010 , hahaha orang tua sihir tu ketinggalan zaman still guna cermin sihir . Zaman sekarang orang search kat google jer. Takyah guna cermin sihir-sihir nie.

furreyzarh said...

YE AKU NAMPAK APE YANG ADE KAT SNOW WHITE

chah~ said...

hahaha.. hidup mmg x seindah yg kita harapkan..

sebab, kita hanya merancang.. Tuhan yg menentukan..

hehehe~

Anonymous said...

kah3..bek ang p publish crta ang..laku wekk. tp x sesuai ar ngan bdk2 bwh 12 XD

Mohd Hazwan said...

hahaha....putera katak tu kacak ap..
dah macam maskot

Anonymous said...

hahahahha..best giler la cerita yang awk postkan ni..truskan ye..:)

Cik Yaya said...

zack..pasni wt sleeping beauty lak..hahaha

ziesya zulkifli said...

siot jek..
then bwat cte shrek plak~

yuyueyuliana said...

norman hakim?? heheh
compem tanak cium.. haha

ini q i L L said...

untuk santapan oeg dewase je. hehe

kim said...

ahaha , nice story. :)

aku Zaty said...

hahaha!
cter nie bole jdi bedtime story laa..
err ak gse ak nmpk ape yg kt snow white tuh..=_="

Rara said...

aaa...aq blur weh..ape ade kt putri salji kt foto tuh..aq tgk je dri tdi..sik dapt tgkp .huhu

Ieqa Swetluv said...

hensem gak katak jd orang katak ek..terpegun x terkata2 puteri salji tgk muahahahaha(sbb da kiok)

zack zukhairi said...

@Emora : hahahaha! cuba tengok betol2. Tengok dengan pandangan yg agak nakal skit. :p

intan.maisarah said...

saya nampak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Fatin Aliyya said...

ngeh2 kesengalan di situ yer.:)

Asfan Ash said...

ko mmg xde keje eh zack...haha lawak2

Unknown said...

haha, i see what you see baii ;D

'AQILAH said...

aku nmpak...

Asfan Ash said...

Emora slowww!!!hahahhahahha
awek British lawa ohhhh.....moarrr

.:fifi:. said...

mmg xleyhbla la kn...
lawak..
ngek toi la ang neyh

udacun said...

hahahaa.. sengaL...
uda nampakkk... ish3.. xbek btol la zack nilllne kali wat cite cube BLUR kan yang xspatutnyer eaaa..hehehehe....

nnt smbg cite Princess n Frog lak eaaa

Anonymous said...

eh ni mcm cter princess and frog je

Ismail Noh said...

Bertuah anak beranak, dapat papa 'tak, si wonderpet'.

ranshinichi22 said...

bterus terang doe crmin tu...kah3..putera katak tu mmg smart seyh..

FiqaSaleh said...

hahah lawak tak pasal2 mati terkejut..
hahahahah..aku nampak apa yg kau nampak....hahahha...

Unknown said...

kesengalan melanda diri pabila part suh tengok betul2 kt gambar puteri tu...hehehe...

Anonymous said...

aku nampak.....

kam sad said...

kah kah kah...
sngt menynth jiwa r bro...

kam sad said...

kah kah kah...
sngt menynth jiwa r bro...

Fatin Haxira said...

aku nampak apa yang kau nampak dalam gmbar snow white tu. HIHI. perv!!

Wafa Awla said...

barulah namanya putera katak ! hiw2 lawak sungguh !

Unknown said...

haahaahaha mcm gamp je!!! hotak dia putra katak jadi mc tu..sengal!

Vickiejnen said...

hensem gak katak jd orang katak ek..terpegun x terkata2 puteri salji tgk muahahahaha(sbb da kiok)

allah taala said...

Hahaha putri salju mencium katak yg hodoh itu lalu puru nya sangat banyak

Related Posts with Thumbnails