Semalam hari emo sedunia. Rata-rata orang semua nak emo. Bad mood tak memasal. Otak tak boleh nak berpikir dengan waras. Pukul 9 malam aku dah membuta. Satu entry pon tak publish. Cilake.
Ada orang tanya, "ang ni asyik emo je?"
Ang tau kuda tak? Kuda tu kalau ang nak tau, memang tuhan ciptakan sbagai makhluk yang keje nye berlari je. Seminggu ang tambat die kat kandang, tak bagi die jalan-jalan, cukup bulan mampus die. Pon macam tu, kalau ang lanyak die suruh die lari 24 jam non stop je pon, aku ingat mau berbuih gak mulut minatang tu. Mati die. Sama la macam manusia. Bukan hari-hari boleh ceria. Ada ari perasaan die akan terganggu. Normal la tu...
****************************************
Tutup bab emosi.
Aku baru balik makan tengahari ni. Makan kat kedai masakan Thai. Macam biasa, bukan semua benda halal. Ada certain food je yang halal, contohnya macam tom yam ngan nasik goreng. So, ari ni menu tengah ari aku nasik goreng udang + tolo mato kobau (sile pronounce cara org noghori).
Harga bersih, 980 yen. Kalau convert, bersamaan dengan RM36.95. Tapi sebelum fly dulu, kitorang memang dah diajar untuk tak convert harga2 barang kat jepon ni. Sebaliknya, kitorang diajar untuk menambah titik ( . ) pada dua angka terakhir sesatu harga tu. Contohnya, dalam kes nasik goreng aku ni, 980 yen kan? Bila ditambah titik pada 2 angka terakhir, jadi la 9.80 atau dengan kata lain RM9.80 untuk sepinggan nasik goreng. Ha, kire murah la tu kan?
Last year, aku singgah super market, jalan-jalan kat bahagian jual buah-buahan. Terpandang sekumpulan buah manggis. Oh ya, buah manggis sangat-sangat rare di jepon ni ok? Sekali aku datang dekat, usha harga die. Sebijik 100 yen. Kalau tambah 2 titik, sama dengan RM1 sebijik. Terdiam jap aku... Kalau kat Malaysia, sebijik manggis singgit ke? Dah tu, takkan aku nak beli sebijik je? Belum ada sejarah orang beratur kat counter semata-mata nk bayar sebijik manggis. Paling tidak, mesti 4-5 bijik kan? Sudahnya, aku tak beli langsung. Tak berbaloi.
*****************************************
Sebut pasal makan ni, teringat kat mak aku. Mak aku ni, aku cukup paham da trend die. Sebulan sekali die mesti call punya. Selain bertanya kabar, ada 2 soalan yang wajib die akan tanya. Dan yang pastinya kedua-dua soalan tu aku tak berapa gemar. Firstly, die mesti tanya "ang blaja ok tak?"
Jawapan yang selalu aku bagi, "biasa-biasa je mak...".
Yang sebenarnya, susah kot study kat sini. Everything in japanese. Takde satu pon bahasa inggeris. Tapi, demi tak nak bagi mak aku susah hati, aku jawab je la biasa-biasa...
Soalan kedua yang mak aku akan tanya, "ang makan apa ari ni?". Soalan ni aku paling tak sampai ati nak jawab. Bila aku jawab makan roti, or makan maggi, mak aku mesti buat suara tahan nangis. Pastu die kata,
"Ala...kesiannya...Tu la, blaja elok-elok. Pastu cepat balik. Nanti boleh kawen. Senang skit ada orang tolong masakkan untuk ang..."
Ceh!
*********************************************
Lek lu mak...
Pelan-pelan kayuh. Ada jodoh tak ke mana...
Ingat lagi dulu-dulu, ada satu petang tu aku lepak-lepak ngan mak aku kat beranda rumah. Saja sembang-sembang kosong ngan mak aku. Ntah macam mana, tetengah menyembang, mak aku bukak topik kawen. "Ang suke pempuan macam mana nak buat bini?"
Erk! terdiam jap aku. "Ntah la mak... yang penting die baik budi bahasa, boleh terima kite dah la kot?".
"Kalau tak jumpa?"
"Kalau tak jumpa, mak carik kan la memana anak dara kat kampong tu, orang kawen je la. Tak kesah rupa camne, janji kampung girl ! "
"Knapa nak awek kampung plak?"
"Ye la mak...Awek kampung ni bukan macam pempuan bandar. Sumer pandang duit je... Padahal, masak tak reti, kemas rumah tak reti, silap-silap tukar lampin budak pon tak reti."
"Amboi-amboi, tak semua pompuan bandar macam tu la. Akak ang tu boleh je masak? Kemas rumah pon terer je mak tengok?"
"Ye la, tapi awek kampung ni aura die lain macam skit la mak..."
"Hahaha! sudah la ang! "
"Ya Allah, betul mak! awek kampung ni macam ayu-ayu skit. Macam NurAmina dalam cerita NurKasih tu. Lembut je muka... Baru ar sedap mata memandang"
Terkekek-kekek mak aku ketawa.
"Ang tau dak, pempuan ni macam kereta... semua orang sibok nak ferrari,honda city, camry sumer2 yang mewah tu... Bile da dapat, nak menjaganya tu leceh. Maintenance tinggi. Banyak guna minyak. Calar skit, beribu nak ganti baru. Kalau ang guna kereta biasa-biasa macam proton saga akak ang tu, walaupon tak secanggih ferrari, tapi still boleh gerak. Minyak pon tak pakai banyak, servis pon tak mahal. Sama la macam pempuan. Kalau ang nak carik yg cantik-cantik, bukan tak boleh dapat, boleh je... Tapi nanti, ang susah nak jaga. Silap2 ari bulan, ang kuar pintu depan, die kluar pintu blakang ikut jantan lain..."
Bile pikir-pikir balik, ada betulnye cakap mak aku tu. Ini ari kalau ang belek paper, penuh dengan cerita cerai-berai artis je. Dah macam satu trend plak. Kalau ang perhatikan, yang cerai berai tu pulak, bukan calang2, cantik-cantik belaka.
"Lagi, ang suke pempuan macam mana?"
"Hurmm...suke pempuan yang pakai kain batik. Pandai masak. Terer mengurut! "
"Eceh! Selera tinggi! Haha"
"Ala mak, bini ni kan kite nak pakai sampai mati? Kalau boleh, biar la memilih skit. Haha"
"Dulu masa arwah Siti (bukan nama sbenar) idup dulu, ang tak nak plak tackle die? Mak tengok die ada je sume ciri-ciri yang ang nak..."
"Ala mak...Siti tu baik sangat la plak. Pandai mengaji. Cantik plak tu. Orang tak nak la yang perfect-perfect sangat. Kang nanti, bile da kawin, pukol 2-3 pagi die kejut orang ajak qiamullail. Satu hal plak."
"Hahaha. Apa la ang ni! Elok la tu dia ajak smayang sunat."
Hakhak. Terbarai-barai aku gelak ngan mak aku.
***********************************************
Tak berapa lama lepas tu, dalam seminggu kemudian, satu ari tu aku drive nak balik kampung ngan mak ayah aku. Sesaje jenguk tanah kampung, kalau-kalau pisang kat kebun tu da masak, boleh la tebang bawak balik Seremban. Nak dijadikan cerita, on da way nak masuk jalan kampung tu, berselisih dengan 2 orang awek kampung naik motor RXZ. Baju ketat,sluar jeans koyak2, tak pakai helmet. Bawak moto macam pelesit. Laju!
Tetiba mak aku yang duduk seat blakang, terus tepuk bahu aku.
"Ha, tu awek kampong yang ang carik. Nak tak? Mak boleh adjust kan?"
"Oh, takpe takpe! Cancel !"
Hakhak!
*********************
p/s : “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)
(some pics credit to aminorazmi )
70 comments:
hahaha... amek hang.. nk awek kampung sgt.. hakhak.. ko ingt seme awek kampung baik k? dulu2 bleh la kot...
waaa.. aku suke part p/s tu.. same dlm latest entry blog aku.. gimme 5!!
http://simplecrucial.blogspot.com/2010/01/aku-suka-kerja-aku.html
ahaha~padan muka.kan dah kena sebijik ngan mak ang.hehe..
gadis kampung sekarang dah laen ah weh..kadang2 tuh same naek je.
btw,ang xdak idea pun,berjela2 entry neh.bagus!
hambik..semua lelaki nak yang pandai mengurut bagai.. Bf siap cakap,tak pandai mengurut, hantaran tolak seribu...huhu. Tak buleh jadik, kena belajar lah ni... =)
sempoi ja mak ang kan..sonok ckp2 cm tu...haha..
Sporting lah mak ang zack...best (^_^)
pandai mengurut ekhh?? akan di usahakan lah camni... haha~~ perempuan skrg ni xmcm perempuan dulu kot, kadang2 yg kampung lebih bandar dari yg bandar... xboleh nk tgk luaran saje...
hehehe best la boleh borak ngan mak lagu tu..anyway depends jugak tak semua gadis kg tu mcm ang nak n tak semua gadis bandar tu tak pandai dlm hal ehwal rumah tangga...depends camne die bawak diri die walau mana asal die...sume ade pro n con...tp kalo ang jumpa gadis kg macam ang nak tu memang baguih betui la
ala jodoh tu bukan boleh nak pinda2dah, Allah dah susun baik punya. ala ang jangan risau, ada punya tuh. kalau tiba2 jer dah 'kuch kuch hota hai' tu la awek hang yang meletup.
tak payah nak dok specific nak awek macamana, takut nanti makan diri pulak.
yang penting, doa jer pada Allah, kendian redho. mana tau, esok lusa slisih masa naik LRT dekat meleysia ka, naik bullet train dekat japan ka, tu le jodoh hang.
ehem2......xsemestinya budak kampung tuh baik.....n budak bandar tuh jahat......che' ngajaq kedah.....giler kampung....tp budak form 1 gurl siap ckp lg...nk carik bf yg pandai bab2 ats katil...form 1 ok?bkn f4.....advance x advance...home adress xleyh menunjukkn yg seorg tuh baik atau jahat.....hihi
p/s-jgn emo da tau :)
weh bro,ang pos kat aku nasi goreng tuh.mcm sedap aa aku tgk.
*miahahaha..oi2,balik sini dulu baru citer bab kawen.
suruh je minah rxz tu pakai kain batik bawak rxz.. mesti kau cair
suruh je minah rxz tu pakai kain batik bawak rxz.. mesti kau cair
budak kampung pun da UP arr skang ni.. kadang2 dressing nye lebih UP dari yg duk bandar.. hahaha
ouh..lahir n dok kt KL kire gadis bandar la kn..?
tadela smpai tahap xpndai kms umah n masak..
cume xpkai kaen batik je..cmne tu..? hahah :D
hahahaha
awek kampung skrg lg otai dr awek bandar ok
siyes.
blh knal mcm mane style awek bndr yg mmg kebandaran dgn awek kampung yg nak kebandaran
pk2 la sendri
hehehe
haha. suke entry nieh. mak org kalo kol pon mesti tnya 2 soklan wajib tuh. pastu kalo jwb x mkn lg mesti akan tnya ada duit x? duit ckup ke x? ehehehe....
hihi..gades kampung asli da susah nk cari skang ni en. zack..haha..kalo jmpe sorag tros lah grab ye! hehe.. ;p
sdp kew nasi grg tue??
mcm tak jewk..
aq p0wn naik sedih bila tgk k0 mkn mcm tue..
*suara thn nanges..
hehehe..
ssh k0 kawen dgn org asli jewk laa..
baru original ke aslian nyew tue..
huhuhu..
haha..bagus selera tinggi..mmg betol la ang ckp tu,nk pakai smpai mati,so kenela memilih..tp 1 je, baek buruk pempuan bkn bergantung kt bandar or kampung..sume bergantung pade cara pembawaan diri..awek kg skang pn dh byk yg advance lol~agagaga
jodoh tak kemana insyaALLAH...
rindu kampung.
la ni ada lagi ke kampung girl yg 24 jam pakai kain batik.. kampung mom ada lah.. muahaha!
haaa... ang jangan dok ngada tuduh2 awek bandar @ kampong tu baek ke tak elok.. tu bergantung pada individu.. tak kira tempat mana dia tinggal pon.
ini ada satu kes bila stereotypekan pompuan negeri tuh pompuan negeri ni cemtu cemni.. memang tak patot... kesian kan kalo asik cakap pompuan qlate mahal.
saper cakap? aku nyer hantaran letak 3-5ribu jek nanti. haha... (sebab aku tak cantik :p) padan muka aku.. hehe...
dan epal selalu terfikir kenapa epal selalu diputuskan? dorang jahat. so, epal baik la..dan dorang tak ckup baik utk epal..hehe..leh tak gitu? tak meginsafkan langsung epal ni..
dulu teringin nk blja kat jepun..xdpt, so takat blaja third language jepun ni, harap epal dapatla lepaskan kempunan..huhu...
zack, serius mak ang sebut satu2 nama keta2 tu? dasiat dasiat..
hakhak!ang ni superb lawak..kekek...best2..tol gak an..awek yg cun2..free hair..mmg boleh dpt..tp susah jg..hak!tp aku siyes tabik ang..ang dpt citer2 lawak+agama..ang mmg best la..gud luck stdy ang..^^_
hehe...sempoi je mak ang...open je cm mak aku...ley share mcm2...
skang ni rasenye bndr n kg da takde beza..same je..sbb teknologi da ade merata2...
tp pe2 pon laki yg baik tuk pompuan yg baik...gtu gk sbaliknye...
bdk kampung skrg mmg dress up pawer tau..tmbh2 bdk kmpg yg skolah menengah..
heheheeh gud luck mencari..
ehem. sy gadis kampung. jln dpn org tua pn tunduk 90 darjah. hahahah. eh mcm suffer plak idup ang kt sana. kazen aku nak g jepun gk bln 3 neh. heharap dia oke ja la. hikhik. oh selamat belajar. betul ckp mak ang. belajar cpt, kasik habis, bleh balik mesia ;)
hahah .. cerianya dua beranak bersembang ... tetiba rasa rindu lak nak balik kampung ...
untung ada mak sporting kan ;) ahaks ..
u noe wut zack,xsmestinya yg kmpung itu xpndg duit tau
sbb ko pnh dgr x yg kena tipu dgn buaya darat yg larikan gdis2 kmpung ke bndar tu?
sbb those kmpg girls kemilau mata dgn duit laki buaya tu la jd gitu~
so,xsmestinya klau kampung= x mata duitan,bndar=mata duitan..
entry pnjang tp besh bace.. hehe~ kelaka laa mr.zack ni...
pompuan ni kene kenal dulu, tak kisah la dari kampung ke bandar ke.... sebab sekarang sumenye dah takde beza...
itu pon kalau nak yang terbaik....
:))
sweet anak beranak.. :)
kdg2 yg tak nak tu lah yg dapat. hehe...
mak..mahal nye nasik goreng. manggis pun boleh tahan mahalnye. patut la asek makan meggi
awek kmpg tk mcm dulu dh.. smue dh maju! hehehe..
so, pilih btul2 utk jd bini jela.. tk kisah owg bndr or tk.. hikhik.. :)
bro... the truth... gadis bandar tak seperti yang anda bayangkan...=) peace!
bestnya dpt mak mcm tu kan. smla. kalo ckp psl cinta mak sy sempoi je. haha.. siap ble bwk kutuk2 lg kalo yg xbkenan tu..hihi..awek kpg skang da moden..dorg xmcm dulu lg..smua da g bndr study/keje..jgn pndg rndh ye!
awek kg ke bandar ke sama je sekarang.. dh xde beza pun.
klu aku jadi laki, aku nak awek aku pembersih...itu pon dah cukup dah..urut ker,masak ker,apa2 ker,yang tu aku boleh hantar die pegi tusyen, ajar lepas kawen..
klu perempuan tu pembersih insyaallah dia tu perfect la..
hakhak. yg betulnye, xkisah awek kg ke bandar.. zaman skg bukan cam dulu. skg da len... yg penting budibahasa kan3..
isk3 sebak i baca part mak tanye pasal makan 2. isk3...
Haha. tak per. klu dah jodoh, nak buat camana kan?? haha. cuma aku nak mintak pnjelasan skit pasal status kau dalam FB. sila bg comment anda. haha
salam
correction! awek bandar pun pandai pakai kain batik tau.
nampaknya ramai awek2 bandar tgh blajar pakai kain batik skrung nie..hehehe...
bro...blajar kat jepun ker?1st time dtg...
HAHAHA..TULA..NK AWEK KG SGT..HEHEHEH..tp kn tak semestinya muke baik tu baik n muke jht tu jht..ade pra n cons..kite manusia dijadikan saling melengkapi..klu abg baik,memgla bini abag baik gak tp ade gak sifat jht skit2..btul tka??contoh je..heheheh
beb, menu baru ke tuh?
hahhhaaaa pdn mka ang!
a big round of applause and standing ovation for ur mommy.
she's very realistic. I like! huu;)
Ak orang kampung dan tinggal kat kampung sekarang .
Perempuan naik motor ngan laki bukan muhrim selalu leh nampak . Klu setakat warna rambut dah jadi trend . Yup ! benda nie berlaku kat kampung .
saye saye saye!
gadis kampung disini :))
HAHAHAA
emo=tido
hahaha~
aku nampaknya kantoi di akhir perenggan~
hehehe
xyah r nk memilih jdoh bro..kalo dh jdoh kite tuu,mmg tuu la yg terbaik ntok kte..kalo bkn yg terbaik pown,tu cme ujian ntok kite sblum kite dpt yg terbaik ( pe yang aq merapu neh?)...paham x...xpaham??? ok,abaikan...hahahaha
kampung atau bandar bukan la penting sgt pun...mesti igt ayat yg nk sy ckp ni mcm klise...tp itu la hakikat...kenal hati budinye...jgn terlalu bersandar pd paras rupa...
best la entri nie.. cite psl buah hti plak..hehehe
tak nak aweks kampong dah? hehehhehehe.. pandai plak cancel.. :p
hakhak,,baik2 ceq xde mood,,ttibe tgelak bce entry nih..hakhak..tu ler ang nak sgt awex kg,,kan mak ang da crikan tuh,,siap nak adjuzkan lgi,,.bezz gile la blog ang ni..
zack nak jugak p/s nih. mekaseh
hak3...sy yg dtg dr kg, seriesly la nak ckp..dak2 kg zmn skg dh len...bnyk yg kene kejutan budaya..saja nak habaq mai la..huu
tp masih ada lagi yg bek2..ciri2 pakai kain batik, pandai masak.pandai ngurut tuh ad lg..berani ckp cm ni, sbb member2 sy ad yg cm tu..respect kt dorg.pandai jg diri...
lu BLM owner's ker... join PROSBOC jom......... ngeh².... =)
kalu lu bleh jumpa nuramina lah zack,bahagia tue bai...hahaha..sapa tak mo..
HAHAHA,tau x p !! aweks kg ni, da x kg lg da. x mcm dulu2,dok umah,msk,bsh kain la bagai. skunk dorunk kaki lepak bwh lampu neon TNB daa~~klu nk g kedai 2 dpn umah, fuh!! ngan dress-up, make-up cam nk g kolumpo la.aku yg dok kolumpo ni pon, g KLCC pkai suar tracksuit je.janji sempoi..ahaks~
p/s:certain je la.sbb aku pon dak kg..^^
great post...:-)
bestnye dapat mak mcm tu...ehehehhe...just like my mother....sempoi....
ang ni zack, skg ni awek bandar ke kg ke sumer sama je.....
keh3..
x kira la bai pompuan tu budak kampung ke,bandar ke.yg penting,kau bahagia.dunia akhirat.dat's the most important.kan Rasulullah s.a.w ada bersabda:"perempuan itu dinikahi kerana 4 faktor"..kerana agamanya,keturunannya,hartanya,dan kecantikannya.tapi,pilih yg beragama itu.. lebih baek =] nanti kau jugak yg senang.x gitu?
keh3.nanti kau dh sampai masa nak kawen,post entry kasik gempaq punya,pastu jemput aku rasa nasik minyak ko sekali.lama dah aku x mem'baham' nasik minyak org kawen neh.hmm. (-.-)
sempoi la mak lu zack.. mesti best kalu mak aku spoting mcm 2..
tp mak aku pown sempoi gak..
paling banyak-banyak entry,den paling suke entry ko berburak ngan mak...waktu ang berburak,bergelak ketawa,den rase ko laki paling macho di dunia..
Assalam. Ohaiyyo Gozaimasu. Akak follower baru di sini. Orh N9 yo? Samolah kito. Nnt akak explore lagi yer...
Oh yes, manggis, durian kalau nak makan, tunggulah sampai Malaysia. Nak makan nasi goreng, terpaksalah masak sendiri kalau tak nak habiskan yen. kan..kan..kan...
salam kenal dik
lucu baca komen semua org ..
sampai akk x tahu nak komen ape
ape2 punn salam kenal dari akk , happy reading ur blog
bab kain batik
akk x pernah pakai kecuali dlm pantang ekke tu punn mak yg pakaikan .. ;))
agama Islam tak cakap pun budak kg salah satu ciri pompuan baik untuk dibuat isteri dik....
QUANTUM BINARY SIGNALS
Professional trading signals delivered to your mobile phone every day.
Follow our signals NOW and profit up to 270% a day.
Post a Comment